Dapatkan buku bercetak ini dari Amazon sekarang-klik gambar

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin


Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.


Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.














2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

Teknologi terkini minyak hitam

Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

Minyak hitam 3 silinder

Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Comments

  1. Salam...tumpang tanya minyak enjin apa ssuai utk myvi 1.5(a) yg dh 3 thn dgunakan..

    ReplyDelete
  2. wslm,boleh terus gunakan minyak perodua 10w 30 atau semi sintetik castrol dan petronas

    ReplyDelete
  3. wslm,minyak bergrade 15w 40 castrol atau petronas adalah terbaik dan kelikatannya rendah oleh itu ia amat sesuai untuk kereta bawah 5 tahun,selain tu perlu tukar minyak auto setiap 2 kali servis termasuk filter

    ReplyDelete
  4. Assalam bang,, ape mslah ye klu headlamp @ spotlight nyala walaupn enjin da off..
    mohon bntuan bang..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan..sy pakai kete pesona 1.6..auto..mileage 147000km.nk dkat 10thn..kete mmg hari2 jln..timing belt br tukar last month..cma nk brtny ape lg yg patut sy service selain minyak hitam sbb kreta dh mula bising..dan pemilihan mnyak hitam yg sesuai..skrang pki win20w50..nk service nnt ade rekemen x??..Tq

    ReplyDelete
  6. @Ahmad Albabwslm,tukar relay bertanda HEAD LAMP,pastikan tiada sambungan yang terkena pada mana2 body

    ReplyDelete
  7. @Mel's Blogwslmoil filter dan air filter wajib tukar bila tukar minyak hitam,kemudian plug dan flush radiator,tukar coolant .

    Minyak grade 20w50 dah ok cuma kalau boleh gunakan jenama yang lain bergrade sama

    ReplyDelete
  8. Assalam...nak tanya berapa cost kalau tukar valve cover gasket utk wish 1.8

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum. Sy bru 2nd car toyota rush 2008,b4 ni sy gunakan minyk enjin shell 10w-40. Tapi sy try untk gunakan shell 5w-30. Ada effect utk masa trdekat kerana sy gunakan utk perjalan jauh n9-johr. Minta pencerhan..terima kasih

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum. Sy bru 2nd car toyota rush 2008,b4 ni sy gunakan minyk enjin shell 10w-40. Tapi sy try untk gunakan shell 5w-30. Ada effect utk masa trdekat kerana sy gunakan utk perjalan jauh n9-johr. Minta pencerhan..terima kasih

    ReplyDelete
  11. Assalam... saya menggunakan perodua myvi 1.5 tahun 2012... sebelum ni sy hanya menggunakan minyak pelincir semi synthethic.. tp baru2 ni suami sy ke bengkel servis, mekanik tu pergi tukar kepada minyak mineral 20w50 brand pennzoil... Kawan saya cakap, kereta bawah 10 tahun, tak patut pakai minyak mineral kerana dikhuatiri enjin lembap/lambat pickup atau mudah rosak.. betul ke? adekah sy perlu tukar semula ke semi synthetic? KALAU kene tukar semula, perlu ke buat flushing? Terima Kasih..

    ReplyDelete
  12. @Nora..Leezawslm,tak perlu flush cuma gunakan minyak tersebut sehingga tamat 5000 km kemudian baru tukar ke semi semula

    ReplyDelete
  13. ok...terima kasih byk2 atas bantuan nasihat encik... semoga Allah murahkan rezeki encik sekeluarga..

    ReplyDelete
  14. Salam ..alza 2012 dulu pakai perodua 5w30..skrg tkr maxoil 10w40 ok ke...semi syntitik..

    ReplyDelete
  15. @Qaisarawildan Qaisarawildanwslm,ok takpe sebab kereta masih bawah 5 tahun

    ReplyDelete
  16. Salam tuan,boleh saya tau brp liter diperlukan utk Toyota Estima keluaran tahun 2001,ada yg kata 4 dah cukup...minyak apa yg sesuai. Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam Tuan,

    1.Saya pakai honda FD 2007, sejak beli pakai minyak fully syntetic honda.
    masih relevan kah utk guna fully syntetic kat kereta yg dah nak masuk 9 tahun ni. sbb saya baca soal jawab dari atas, tuan tak rekemen fully syntetic utk kereta yg lebih 2 tahun.

    2.kereta saya kalau servis paling byk buat pun, tukar minyak hitam, oil filter, minyak auto (atf), dan air filter. skrg mileage dah nak masuk 250K, apa lagi yg perlu tukar/servis ya?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  18. Salam tuan...Saya mgunakn kereta Proton Exora Cfe tahun 2012,baru2 ni saya servis diluar SC. Saya mggunakn minyak Shell Helix Ultra 5W/30. Lpas servis baru perasan kat botol minyak tu tertera : For Engine DIesel and Gasoline Engine. Jadi..boleh ke saya terus gunakn mnyak pelincir tu atau saya patut tukar yang lain. ??

    ReplyDelete
  19. @Batmeng Ultramengwslm,sebaiknya saudara tukar gunakan minyak yang sama digunakan oleh SC

    ReplyDelete
  20. @adham syarkawiwslm,memang 4 liter mencukupi,Toyota juga ada jenama minyak ,gunakan jenama Toyota untuk Estima tersebut gunakan mineral bergrade 20w50

    ReplyDelete
  21. @Kamarulwslm,1.Memang saya rekomen minyak mineral untuk kereta diatas 5 tahun kerana kelikatannya agak rendah dan amat sesuai untuk menahan kebocoran gasket dan kepanasan enjin

    2.Tukar fuel filter untuk elak minyak yang kotor

    ReplyDelete
  22. salam,sya gna myvi 1.3 thun 2008. sya nk tukar mnyak hitam bleh ke sya gna 10-30? ni prtma kli nk tkar hrap tuan dpat mmbantu..........

    ReplyDelete
  23. @Arifflove Sabahwslm,boleh ,minyak perodua 10w-30 paling sesuai dan kandungannya juga sesuai untuk 3 liter enjin

    ReplyDelete
  24. Salam..saya baru je tukar enjin myvi saya ke enjin passo, dan saya dapati ada bunyi tappet dri dlam head sy tu..enjin sy 1.3,..cmn nk atasinya, boleh bgtaw ap kesan jangkamasa panjang bunyi tappet thdap enjin?dan kalau tukar minyak itam boleh hilangkan atau tak?boleh cadangkan minyak hitam yang sesuai..enjin passo 1.3 tahun 2007..

    ReplyDelete
  25. @zikrilhakim ramlywslm,minta mekanik adjust tappet,tukar minyak sedikit saja membantu tapi unyi akan ada selagi tappet tidak diselaraskan

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum en.arsad. sy guna myvi 1.3 tahun 2011..lebih kurg 110k odometer. Minyak hitam ape ye yg sesuai sy gunakan untuk menjaga enjin saya..tq tuan

    ReplyDelete
  27. @arexammwslm,minyak perodua 10w30

    ReplyDelete
  28. Assalamualikum. Sya nk tanya sye bru tukar bateri baharu. Apabila start enjin x hidup. Kenape ye?

    ReplyDelete
  29. @loinel messiwslm,kalau ada bunyi crank ,minyak tak naik,fuel pump problem,tapi kalau tiada crank langsung,tapi panel meter hidup,ada problem pada starter samada wiring tak kena ataupun starter jam

    ReplyDelete
  30. Tuan, apakah minyak hitam yg paling optimum utk myvi 1.5 auto. Mileage dah 70,000. Kalau boleh bg jenama. Samada mineral semi or fully. Thank you

    ReplyDelete
  31. Asslamualaikum.. Saya kol sc nak booking 1st servis.., tanya kena berapa dia cakap 175.., termasuk engine oil treatment.. Oil treatment tu optional.., elok ke pakai oil treatment keta 1st servis? Dan minyak mana yg elok utk 1st servis .. semi atau fully sentetic..terima kasih..

    ReplyDelete
  32. @cbyirawslm,tak perlu treatent pada servis pertama,biasanya 2 kali servis baru engine treatment dan lagi minyak sekarang telah ada engine treatment,treatment yang banyak akan cepatkan proses rosak gasket,minyak semi memadai

    ReplyDelete
  33. @rizalguna minyak semi memadai 5w30 genuine oil perodua

    ReplyDelete
  34. Assalam....saya mengunakan kereta honda accord 2010,adakah minyak hi-rev 10w40 sesuai untk kereta saya.

    ReplyDelete
  35. @faizoljoewslm,sesuai,tapi cadangan saya ialah minyak grade 20/50w adalah lebih baik

    ReplyDelete
  36. Salam en.arsad..
    Saya beli Honda City Auto tahun 2011.. Mileage sekitar 79,000Km
    Owner sebelum ni sentiasa hantar ke Honda Service.. jadi saya tak pasti apa minyak pelincir yang di gunakan...
    Selepas beli saya hantar ke bengkel biasa dan gunakan fully syntetic Shell Helix Ultra 5W,40... Soalan saya :
    i) Adakah minyak pelincir yang saya gunakan sekarang sesuai?
    ii) Apakah minyak yang sesuai jika kereta saya berumur lebih 5 tahun dan mileage dah cecah 100,000 Km?

    ReplyDelete
  37. @one_guywslm,kalau ikut umur kereta yang melebihi 5 tahun minyak semi sintetik sudah memadai lebih2 lagi mileage lebih dari 100000 km.Akantetapi jika minyak mineral digunakan untuk kereta lebih 5 tahun ini lebih baik kerana ia mempunyai viscosity yang tinggi dan sesai untuk komponen dalaman yang agak lama telah bekerja disamping kepanasan enjin yang mudah dikawal





    ReplyDelete
  38. Salam tuan. Sy pakai kereta proton saga 1.5 tahun 1990. Apakah minyak hitam yg paling sesuai dgn usia kereta sy skrg? Dan brand apekah yg dishorkan?

    ReplyDelete
  39. @Ahmad Syahmanwslm,gunakan minyak mineral 20w50 jenama castrol

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum, tumpang tanya. Saya pakai kereta wira 1.3. Tapi engine BDO. Saya ada problem pasal minyak hitam. Last month saya baru service kereta, dah semlm saya check minyak hitam dah berada di paras minimum. Nak kata bocor, tak nampak pulak kesan minyak atau menitik, kenapa ya? Dan ada org bgtau saya, wira tak pakai minyak hitam, betul ke?

    ReplyDelete
  41. @kareem R A M O N Ewslm,semua kereta guna minyak hitam,mesti ada yang bocor biasanya pada gasket atau oil filter tak kunci kuat

    ReplyDelete
  42. Slmt ptng tuan..kereta saya jenis p/iswara 1.3 2004..engin saya ada leaking..saya selalu jalan jauh..minyak engin selalu kurang..nak buat bajet x brp nak cukup..so minyak engin apa yng sesuai saya gunakan utk kurangkan pengaliran minyak tu keluar menitis..

    ReplyDelete
  43. slmt ptg,pastikan sentiasa guna minyak mineral bergred 20w50 tak kisah apa jenama pun asalkan 20w50.Kereta yang agak berumur perlukan kelikatan yang rendah untuk menyeimbangi kekuatan enjin supaya kurang bocor pada gasket.

    ReplyDelete
  44. slm tuan...minyak engine n brand apa sesuai untuk toyota altis 1.8 2003 dan innova 2007

    ReplyDelete
  45. @underskywslm,boleh gunakan minyak mineral 20w50 sesuai dengan umur kereta,tak kisah apa jenama bgai saya maxoil,castrol,bardahl adalah baik

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum bos, sy guna gen2 tahun 2006, minyak gred ap yg sesuai utk keta sy. skrang guna 10/40.

    ReplyDelete
  47. @Joenaidy Musawslm,kereta ni pun dah berumur 9 tahun jadi kalau nak bertukar dari sintetik,turunkan dulu ke semi sintetik oil kemudian selepas 10000 penggunaan semi barulah boleh tukar ke minyak mineral.Gunakan semi sintetik dahulu.

    ReplyDelete
  48. Tuan. Sy pakai toyota wish 1.8 tahun 2010. Minyak injin apa yg sesuai? Terima kasih

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Adakah additive oil memberi kesan buruk kpd enjin kereta sy? Sbb mase servis aritu formen telah masukkan additive oil dlm tagki enjin. Sy pakai minyak castrol gtx 20w50. Adakah jenis minyak itam sy pakai sesuai utk kereta saga 1.5s tahun 1990. Adakah perlu sy pakai aditif oil? Harap dpt mebantu. Trima ksh.

    ReplyDelete
  50. @siti rohanaKereta ni dah menghampiri penuh 5 tahun,jika masih gunakan sintetik tukar kepada semi dan jika gunakan semi sintetik bertukar kepada mineral 20w50 adalah paling baik

    ReplyDelete
  51. @Ahmad Syahmanwslm,additive ni sebenarnya penggalak minyak berbahan kimia,biasanya bila ditambah pada kenderaan baru ia bagus tapi pada kenderaan lama ia tak begitu sesuai kerana komponen bahan kimia tu kuat dan biasanya memerekahkan gasket enjin jadi enjin mudah bocor gasket terutamanya bahagian penutup silinder dan o ring

    ReplyDelete
  52. Ooo mcm tu. Apakah perlu sy lakukan? Adakah sy perlu flush smula minyak hitam dan tkr mnyak itam yg baru? Sbb sy dapati ada kesan kebocoran pada enjin.

    ReplyDelete
  53. @Ahmad Syahmantak flush pun takpe ,tak rosakkan enjin cuma gasket je kurang tahan,tukar sampai kilometer semula pun ok

    ReplyDelete
  54. Salam tuan...saya menggunakan proton saga fl 1.6 tahun 2011... soalan saya, minyak apa yang sesuai untuk enjin saya...sekarang saya menggunakan petronas fully synthetic 15w/50...tapi bergred sm...

    ReplyDelete
  55. @Unknownwslm,kereta saudara masih baru,teruskan guna fully sintetik samada mobil,shell atau castrol tapi jika nak bertukar gunakan semi memadai jangan terus ke mineral boleh memudaratkan komponen dalaman enjin.

    ReplyDelete
  56. Tuan adakah gear oil treatment sesuai digunakan utk kereta berumur lebih 10 tahun? Dan brp anggaran kos utk tkr mnyak gear manual?

    ReplyDelete
  57. @Ahmad Syahmanoil treatment biasa digunakan pada kereta auto dibawah umur 10 tahun,kos tukar minyak gear manual kira2 rm100

    ReplyDelete
  58. Salam tuan, mintak maaf sy bertanya lagi. Brpkah kos anggaran utk servis kaburetor + repair kit skali? Kereta saga lama 1.5. Apakah komponen yg ada dlm repair kit? Trima ksh. Smoga allah permurahkan rezki tuan.

    ReplyDelete
  59. @Ahmad Syahmanwslm,kosnya dibawah rm100 dan komponenya adalah semua jet termasuk plunger getah ada dalam repair kit karburator

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum. Bang saya nak mintak pandangan abang. Saya pakai iswara berumur 13thn. Saya dah buat top overhoul sbb ada leak pada head. Skrang ni dah sampai masa saya nk tukar minyak enjin. Grade apa dan jenama apa yang sesuai? Berapa kilometer saya perlu tukar semula minyak enjin? Setiap kali saya tukar minyak enjin apa yg perlu saya perhatikan dan check?
    [ saya baru pakai kereta..mintak tunjuk ajar :) ]

    ReplyDelete
  61. @Mohd Afiqwslm,minyak hitam mineral bergred sae atau sg/api 20w50 ditukar setiap 5000 kilometer.Bila tukar minyak hitam ini oil filter,air filter perlu ditukar dan setiap 10000 kilometer tukar plug

    ReplyDelete
  62. Salam, sy pakai viva auto 1.0 tahun 2010, minyak hitam apa yg sesuai ye untuk diguna kan? trima kasih

    ReplyDelete
  63. As salam bos,mnyk enjin t,baik utk persona 1.6 manual thn 2012...sesuai x gunakan minyak jenama MOTUL? klu x sesuai..bos tlng syorkn mnyk yg t,baik utk sya

    ReplyDelete
  64. @zulhelmi mohamedWsalam,MOTUL,ROLUF,BARDAHL semua ok

    ReplyDelete
  65. @Eyta Zulkifliwslm,gunakan jenama dari perodua 10w30 pun ok

    ReplyDelete
  66. Salam, sy pakai viva tahun 2010, kalau guna minyak hitam jenama castrol ok tak? Trima kasih

    ReplyDelete
  67. @Eyta Zulkifliwslm,sebaiknya guna castrol,lebih terjamin

    ReplyDelete
  68. Assalammualaikum en. Arsad,

    Boleh saya tanyakan bbrp soalam dan solution?

    Saya gunakan kelisa auto 1.0 tahun 2004, berikut masalah kereta saya skrg.
    1. Indicator bentuk paip menyala, apa kemungkinan masalah2 dia ya? Lepas servis kereta, padam kejap. Lepas seminggu dua camtu, menyala semula.

    2. Ada cara utk bg aircond lebih sejuk?

    3. Bila langgar bumper atau lubang, rasa keras. Itu maksudnya kena tukar absorber ke? Brp anggaran kos? Boleh saya bersedia sebelum ditipu org bengkel.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  69. @Mastura Ab Rashidwslm,

    1.Tanda tu isyarat minyak hitam,suis minyak hitam dah rosak tukarkan ia.

    2.Cara yang baik ialah tukar kompressor,periksa jika ada bocor,servis aircond kelisa tersebut

    3.Absorber yang dah keras memang akan rasa terhenytak bila langgar lubang,kos tukar absorber sebelah rm200

    ReplyDelete
  70. Salam tuan..sy nk tye..sy pkai kancil thun 2003..minyak hitam mne yg sesuai yea??

    ReplyDelete
  71. @aqizarawslm,gunakan 10w30 perodua genuine oil.

    ReplyDelete
  72. Assalam tuan,
    Minyak engine apa sesuai utk kia forte 1.6sx 2010,
    Baru2 ni sy tukar dr fully sintetik petronas 10w30 kpd castrol magnatec 10w40,
    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  73. @Adziz Razakwslm,castrol magnatech dah cukup sesuai!

    ReplyDelete
  74. Assalammm....
    Erkkk...emmm..argh lupe pulak ape soalan nk ditanye tadi.
    Maaf

    ReplyDelete
  75. Assalam. Preve 2 tahun boleh pakai Mobil 1 5W-50 tak?..tq

    ReplyDelete
  76. @Nawfal Mustaqeemwslm,boleh 15w 50 fully sintetik tak jadi masalah boleh guna

    ReplyDelete
  77. Salam Bro....saya pakai proton saga flx sv tahun 2013...saya terbeli minyak syntetik 76 10w30...ada effect ka di dalam engin

    ReplyDelete
  78. @Phrazelee Maxkey Pangiranwslm,ok tak jadi hal,kereta masih baru

    ReplyDelete
  79. salam tuan,,, terima kasih atas blog yang sgt berguna.. saya sdah tukar cover gasket, ring distrubter, ketat kn spark plug dan mandi kan enjin tapi minyak hitam lenyap begitu saja tanpa ada leaking di tepi bawah dan atas...

    ada kah di sebab kn ring piston sda haus??? adakah dgn mengunakan minyak API SG/CD 20W 50 boleh membantu tunggangan Kancil 850 saya

    ReplyDelete
  80. salam tuan,, kereta kecil 850.. sda tukar cover gasket, ring distrbter, ketat kn spark plug dan mandi kn dgn decreaser... sda tdak leaking tapi minyak hitam yang baru tiga minggu telah lesap sampai ke LOW... ada kah ring piston punca nya... mohon cara mengatasi jika ada selain overhaul.. teirma kasih atas ilmu yang di kongsi kn

    ReplyDelete
  81. @helfiewslm,periksa keliling cover gasket dan oil filter kemungkinan juga oil sump gasket bocor

    ReplyDelete
  82. @helfiewslm,minyak hitam yang hilang sebenarnya disebabkan valve seal bocor dan perlukan top overhaul,minyak cepat mengering dan membentuk kerak pada head silinder,jenis minyak kancil 3 liter dan bergred 10w30, minyak sg agak likat dan menambah kepanasan enjin untuk membentuk kerak head dengan cepat

    ReplyDelete
  83. salam tuan..toyata vellfire 2010..semalam tukar minyak hitam pomen tu taruk 4.5 liter,berapa liter minyak hitam diperlukan sebenarnya?boleh ke pakai minyak castrol 5w40w..sekian..terima kasih tuan..

    ReplyDelete
  84. @wan dinwslm,mana2 kereta pun gunakan maksima 4 liter sahaja ,4 liter tersebut ditunjuk pada penunjuk paras maksima minyak hitam kereta,itu normal.minyak castrol 5w40 boleh guna.

    ReplyDelete
  85. Salam tuan . Boleh cadangkan minyak hitam apa dan gred apa yg sesua dgn proton saga flx se 1.6 tahun 2013 ? Terima kasih

    ReplyDelete
  86. @Tajul Qhushairywslm,minyak gred semi sintetik castrol magnatech 10w40 atau petronas sintium

    ReplyDelete
  87. En arshad mekanik.. sy memiliki kereta toyota avanza tahun 2009. Da 1 tahun 2 bulan kereta sy x diservis sbb kereta ni kurang bergerak dan belom mencapai mileage utk diservis. Sy gunakan petronas half syntetic sblm ni. Jd berapakah kelikatan minyak yg perlu digunakan dan apa lg servis utk dilakukan. Sekian.

    ReplyDelete
  88. @Aun KamalSaudara perlu tukar oil filter,air filter,spark plug,fuel filter dan minyak hitam semi sintetik grade 15w40 petronas atau castrol magnatech

    ReplyDelete
  89. apakah minyak utk kereta atoz 2004 auto yg sesuai ye

    ReplyDelete
  90. @marliahashimgunakan minyak mneral dari castrol ,atau bardahl

    ReplyDelete
  91. Minyak hitam apa yg sesuai utk nazaria yg guna NGV.

    ReplyDelete
  92. @Zaharudin AhmadGunakan Petronas NGV lube khas untuk kereta guna gas

    ReplyDelete
  93. Boleh suggest x engine oil ape yg terbaik
    Tuk myvi se 1.3 2009

    ReplyDelete
  94. @Atikah Yamaniminyak perodua genuine oil semi sintetik 15w40 4 liter

    ReplyDelete
  95. kete saga flx sv auto sy bru 1100km,bru nk servis,minyak enjin mane yg sesuai?

    ReplyDelete
  96. @hanif zainguna minyak petronas syntium!

    ReplyDelete
  97. Salam En. Arsad.. sy bru gunakan alza selama 1 tahun n mileage kreta sy dh mncpai 30k sbb sering bawa utk jalan jarak jauh.. biasanya sy gunakan minyak semi yg hnya bertahan selama 2 bulan/10km perjalanan shj.. jika sy tukar kpd minyak fully adakah tempoh mileage utk next servis dpt dipanjangkan?

    ReplyDelete
  98. @Hawa Hazwanwslm,memang boleh dipanjangkan kerana minyak fully sintetik perlu ditukar semula selepas 10000 km berbanding semi sintetik yang kira2 5000-7000 km sahaja

    ReplyDelete
  99. Assalam tuan. Sy pakai Isuzu Trooper 2.8t. Minyak enjin apa yg sesuai dgunakan? Adakah minyak enjin untuk servis sama dengan minyak enjin untuk topup? Bleh guna x minyak enjin topup untuk servis enjin?

    ReplyDelete
  100. Mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
  101. @Unknownwslm,minyak yang bergred sama boleh dicampurkan samada untuk topap atau untuk servis.

    ReplyDelete
  102. Assalam
    1.saya nak tanya auntuk exora bold yang baru berusia 7 bln minyak hitam apa yang sesuai.
    2.Jika kita temasuk minyak hitam untuk diesel apa yang perlu dibuat...ini kerana semasa saya servis kat pusat servis proton mereka telah memberi minyaak diesel utk exoraa saya dan pls sampai dirumah baru saaya tahu perkara ini.apa yg perlu saya buat.

    ReplyDelete
  103. @Unknownwslm,gunakan minyak fully sintetik dari petronas atau castrol

    2.Buang minyak tersebut,tukar oil filter gantikan dengan minyak untuk kereta petrol

    ReplyDelete
  104. Salam tuan.. Boleh suggest x enjine oil yg paling sesuai untuk proton savvy manual usia 8 tahun?

    ReplyDelete
  105. @razaliwslm,minyak 20w50 apa jenama pon ok

    ReplyDelete
  106. assalamualaikum tuan, terima kasih atas perkongsian.

    mercedes c220 buatan 1997, mileage 95++++.
    apakah jenis dan jenama yang terbaik dan sesuai?

    ReplyDelete
  107. @Unknownwslm,minyak gred 20w50 jenama castrol,bardahl,sharlu,idemitsu dll amat sesuai

    ReplyDelete
  108. kancil 850... bawah distrubuter mcm da minyak hitam apa ka sebab n perlu di lakukan dan kos2 nya... dan macam mana nak tahu kalau nak servis caburator

    ReplyDelete
  109. @helfiesalam,hitam tu tandanya ada sikit2 minyak hitam yang melimpah keluar dari distributor,perlu tukar O ring dia,kosnya dibawah rm100.

    Servis karburator jika enjin semput dan mengaum tapi tak ada daya kuat untuk memecut.

    ReplyDelete
  110. salam tuan lupa pla bgtau o ring bru tukar 3 bulan tu yg nda paham apa masalah nya di sana...

    servis caburator standard charge berapa yg tuan

    ReplyDelete
  111. @helfiewslm,o ring tak sesuai cepat bocor semula,rm100

    ReplyDelete
  112. Tuan sy pkai viva 850 tp kerap kurang minyak hitam...minyak hitam apa yg sesuai utk kereta sy ni..tq

    ReplyDelete
  113. @Leeya Lyaguna minyak hitam castrol 20w50

    ReplyDelete
  114. Salam tuan..kereta sy brusia 6 thn vios thn 2009..jadi minyak gear bos & minyak hitam apa yg terbaik utk kereta sy..mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  115. @meon lemanwslm,castrol gtx 20w50 dan castrol ep90

    ReplyDelete
  116. Assalam.. Kereta saya persona hampir masuk 6 tahun. Selalunya saya akan pakai ikot rekemen dari kedai, tapi lain kedai lain rekemennya. Jadi kereta saya dah bercampur pelbagai jenis minyak. Minyak hitam apa yang sesuai untuk saya teruskan en arsad?

    ReplyDelete
  117. @I.M.A.Hwslm,guna minyak semi sintetik dari castrol atau petronas ,tapi kalau sebelum ni guna minyak mineral 20w50 teruskan guna tak kisah apa jenama,lagi satu kalau dah guna minyak fully sintetik tukar lah kepada minyak semi sintetik yang saya sebutkan tadi

    ReplyDelete
  118. Boleh x sy guna minyak petronas syntium 1000 15w50 utk satria neo cps..milage skg 105000km..kalau ikut manual book dia suro guna 5w30 atau yg lbih baik..

    ReplyDelete
  119. @Unknownboleh,sebenarnya minyak yang bergred viscosity lebih tinggi lebih tahan panas,

    ReplyDelete
  120. salam encik...sy br beli myvi second thn 2006.milage skrg dh 100k.minyak enjin ape yg sesuai utk keta sy selain minyak perodua?

    ReplyDelete
  121. @zema jasriwslm,minyak 20w50 castrol gtx amat sesuai

    ReplyDelete
  122. assalam tuan. nk tumpang tnya skit. sy pkai unser 2004. kete sy ni slalu minyak hitam dan air radiator kering. slalu kena topup dua minggu or sbulan skali. sy syak ni kena top overhaul atau overhaul enjin. btul ke?

    lgsatu, klo btul, kos utk overhaul mmg sy blum mampu lg. jdnya minyak hitam apa yg sesuai sy guna utk perlahankn atau atasi masalah kete sy ni?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  123. assalam tuan. sy pakai unser 2004. masalah kete sy ni minyak hitam n air radiator slalu kering. kena topup sbulan atau 2 mggu skali. sy rasa kena top overhaul or overhaul enjin. btul ke?

    lgstu, klo btul overhaul, sy skrg blum mmpu lg utk kos overhaul. jdnya, minyak hitam yg sesuai utk atasi mslh ni? terima kasih.

    ReplyDelete
  124. @Md Ashrafwslm,boleh cuba gunakan minyak sg grade 20w50 dari maxoil atau castrol atau idemitsu

    ReplyDelete
  125. @Md Ashrafwslm buat top overhaul memadai tapi jika ingin overhaul tak jadi hal

    ReplyDelete
  126. salam tuan, minyak hitam yg mana paling sesuai utk proton saga baru flx? dun berapa harga dia kalau service d kedai?

    ReplyDelete
  127. salam tuan, minyak hitam yg mana paling sesuai utk proton saga baru flx? dun berapa harga dia kalau service d kedai?

    ReplyDelete
  128. @Unknownwslm,sintetik shell atau petronas serta mobil 1 paling sesuai

    ReplyDelete
  129. @Alvin Linwslm,gunakan synthetic oil mobil 1 atau shell helix atau petronas synthium,kos tukar sekitar rm300

    ReplyDelete
  130. Assalam..

    Sy memakai Saga BLM Manual (2009). Buat ms ini, belum ada masalah besar, melainkan gear 5 terus ke free (dh settle). Memandangkan usia melebihi 6 tahun:

    1. Apakah minyak pelincir yg paling sesuai utk enjin? Biasanya Shell Helix HX5 (kuning) sejak kali pertama servis sbb pomen tanye, minyak ape pakai? Jadi smbung je pakai brand yg sm. Kalau lain brand pun skali skala.
    2. Enjin sy bbunyi spt 'tek tek tek'. Pomen kata ni biasa berlaku pd Saga, takkan effect pd enjin. Masalahnya sy xselesa bunyi tu. Mcm mana nk hilangkan bunyi tu?
    3. Tayar yg sesuai untuk kereta ini. (rim 15). Pun tak mahir ilmu tayar ni. Pernah gunakan continental, falken, good year (masa kereta keluar dr kilang). Tp tak pasti mn terbaik utk kereta.
    4. Standard spec & harga utk tinted kereta. (mengambil kira biar bermodal sikit, janji puas hati utk tempoh yg lama)

    Sy bertanya sbagai persediaan apabila mengunjungi bengkel, tak nak mudah ditipu sbb kereta makin tua, mesti byk penyakit. Paling kurang sy ada ilmu (perempuan kan). Pening bc kat byk blog. Last2 tanye direct. So fokus pd masalah sendiri je huhu. Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  131. Assalam. sy nk tnya untuk wish 1.8 thn 2010. kna tukar CVT utk setiap brp km? sbb tnya kat toyota service center dia kata setiap 100km. kalau xguna CVT xblh ke? apa kelebihan CVT? kalau xguna CVT, setiap brp km kena tukar mnyak gearbox? tq in advance

    ReplyDelete
  132. @Max Linwslm,setiap 100000 km ,bukan 100 km.kelebihannya ia tak guna gear jadi lebih stabil,kalau tidak guna cvt setiap 20000 km kena tukar minyak gearbox

    ReplyDelete
  133. @Monalisa Aliaswslm,

    1,gunakan minyak castrol 20w50 atau 15w40

    2.kalau bunyi tersebut dari enjin kemungkinan iafm Intake air fuel model) problem

    3.continental adalah yang paling baik

    4.standard kira2 rm750

    ReplyDelete
  134. Boleh x guna minyak hitam 15w/40 selain drpd 20w40 utk wira 1.3 1999 baru lepas overhaul?

    ReplyDelete
  135. @cr3w|20w40?pertama kali dengar enjin kereta guna minyak gred ni.15w40 moinyak semi ,memang boleh guna

    ReplyDelete
  136. Salam..minyak hitam apa yg sesuai utk saga flx tahun 2015

    ReplyDelete
  137. Salam.. disebabkan buat service kereta terlalu mahal kat srvce centre, utk kereta vios baru ( umur 2 tahun ) minyak hitam mana yg terbaik? Sblm ni pakai fully synttic... Cadang nak buat svc kat luar je.

    ReplyDelete
  138. @juldabigboszwslm,guna minyak castrol gtx semi pun boleh tapi jangan terus bertukar ke mineral guna semi kira2 2 kali servis baru tukar ke mineral untuk penjimatan kos minyak hitam

    ReplyDelete
  139. @hamizan anuarwslm,minyak sintetik apa jenama pun boleh ,castrol,shell,petronas atau mobil one

    ReplyDelete
  140. assalamualaikum,nk taye viva 1.0 2012 pkai myk Bardhal bleh x??sbb bce post tuan kereta >2thn xsesuai pkai Bardhal...tq

    ReplyDelete
  141. @Fikri Jelaniwslm, boleh apa2 jenis minyak pun boleh guna tapi kereta saudara masih baru 2 tahun jadi jika ingin menukar jenama minyak kepada minyak mineral pastikan kereta tersebut memang telah menggunakan minyak mineral sebelum itu,jika guna minyak sintetik atau semi pastikan menukarnya mengikut kesesuain seperti dari sintetik ke semi dan semi ke mineral

    ReplyDelete
  142. Salam..sy ade waja campro 1.6. saya bercadang menggunakan minyak hitam shell.. ape perbezaan hx5 dan hx7.. Dan yang mane sesuai untuk kereta waja campro sy??

    ReplyDelete
  143. @Lutfi Alifwslm,hx5 semi sintetik,h7 sintetik bezanya,yang baik ialah gred viscosity 15w40 hx5

    ReplyDelete
  144. Assalamualaikum encik sy guna keta preve cvt iafm 1.6 executive auto dlm 2tahun..minyak apa yg sesuai digunakan?sy cdg hndak guna minyak syutium800 10w-40?adakh sesuai?

    ReplyDelete
  145. Assalamualaikum en arsad..saya guna myvi 1.3 2011 auto mileage 80k..minyak ape yg sesuai ye..

    ReplyDelete
  146. @arsh apixwslm,guna semi sintetik castrol,petronas

    ReplyDelete
  147. Salam...atf yg bagus untuk waja 1.6 fluid ape ye?? n brape liter untuk waja?

    ReplyDelete
  148. Salam tuan,kereta saga flx 1.3 3thun lbh millage 85k minyak hitam mana sesuai?sebelum ni gna petronas fully syn 800.semalm tkr shell helix 10w40 kwn rakemen.tp rasa pickup krg semacam lh n bila gear 5 rasa mcm gear 4 , krg smooth mcm sebelum. Saya silap tkr mnyk ker?

    ReplyDelete
  149. @Matrul 01wslm,sepatutnya ok juga kerana ia minyak yang seakan sama tapi pengalaman saya mengatakan minyak shell agak cair dan akan menyebabkan kereta cepat sikit panas dan berat

    ReplyDelete
  150. @Lutfi Alifwslm,castrol adalah jenama paling sesuai .gunakan hanya 2 liter sahaja

    ReplyDelete
  151. Salam..temperature waja 4g18 sy ekon slalu lmbat sejuk n temperature salu lmbat naik...knape ye? tempat termostat waja di mana ye,,kalau bole tunjuk di gamba lg baik.

    ReplyDelete
  152. Aslkum sya pakai iswara 1.3 aeroback tahun 2002..minyak pelincir pe yg sesuai tuan?

    ReplyDelete
  153. @IRD ENTwslm,kereta ini dah agak lama jadi minyak mineral apa jenaa pun adalah amat sesuai

    ReplyDelete
  154. @Lutfi Alifwslm,aircon lambat sejuk adalah sebab kompressor yang hampir rosak dan tidak tahan tekanan.

    2.Termostat adalah sentiasa diletakan dihujung hose radiator sebelah atas

    ReplyDelete
  155. assalamualaikum tuan,
    saya pakai kereta myvi 1.3 tahun 2007, saya nak tanya kalau untuk service kete tu mcm mana kalau kereta tu jarang bergerak sgt, nak ikut mileage ke atau ikut tempoh bulan? mcm mana nak kira bajet? terima kasih...

    ReplyDelete
  156. @Ydalium Esormawslm,ikut mileage,maknanya setiap 5000 atau 10000 km perlu servis,tapi kalau kereta jarang gerak contohnya 3-4 bulan gerak sekali,apa yang perlu dilakukan ialah hidupkan enjin setiap pagi kira2 10-15 minit supaya minyak tak kering dalam silinder head atau oil sump jadi tak perlulah servis selepas 2 atau 3 bulan.Walaupun mileage tak lebih dari 5000 atau 10000 km enjin takan rosak walaupun minyak tidak diganti.

    ReplyDelete
  157. Anonymous16/11/15

    Slm tuan. Saya kerap bertukar minyak enjin keta. Stakat ni prestasi enjin spt kurang pick up. Kalau saya tukar kpd minyak enjin castrol 20w50 ok x? Lg 1 myvi se saya krp bising spt bunyi knok2 wlapn berjln d atas jln berturap. Pin caliper sdh saya ganti dgn yg oversized spt mekanik cdngkn namun bunyi akan dtg blk slps 2 mgu mcm tu. Mohon penjelasan dr tuan... Ty.. Wan.

    ReplyDelete
  158. Anonymous16/11/15

    Ddddj

    ReplyDelete
  159. @Unknownwslm,minyak 20w50 ok,boleh digunakan.

    2,mungkin bering roda ketat,masukan gri

    ReplyDelete
  160. Sekarang ni minyak hitam sering habis walaupun x ada kebocoran yg kelihatan..kenapa yea?minyak apa yg sesuai utk mslah ini.kete sy caldina zzt.

    ReplyDelete
  161. @pinkpurplekereta ini dah makan minyak hitam,top overhaul adalah paling baik,tukar minyak hitam pun tidak banyak membantu,mesti guna gred 20w 50 supaya enjin kurang panas

    ReplyDelete
  162. Salam @arsad mekanik.
    Sy nk tnya, sy pki myvi se 1.3 2011(M) n wife sy pki myvi 1.3 2010 (auto) minyak hitam mana yg lebih bagus dengan kereta sy, mintak tlg ajr sy beli minyak hitam,semi synthetic ke fully synthetic?

    ReplyDelete
  163. @Myvi Sewslm,kereta myvi ini masih baru tak sampai pun 5 tahun sebaiknya mengekalkan minyak semi synthetic untuk keadaan viscosity lebih baik ,gunakan jenama perodua genuine oil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bg tunjuk ajr en arsad..

      Delete
  164. Salaam.
    1-.minyak hitam apa sesuai untuk atos gla 1.1.
    2-saya ada nampak kesan minyak itam menitik di bawak kereta adakah ia dari oil sump?
    3-jika ada air putih menitik dari hose adakah ia air aircond?

    ReplyDelete
  165. Salam. Macam mana nak beza minyak enjin tiruan, recycle dan minyak ori? Baru ni beli petronas syntium 3000 dari sorang seller, siap bagi free gift cool box. Harga 26% lg murah dr stesen minyak. Takut yg sy beli tu tiruan

    ReplyDelete
  166. @cicakubingwslm,petronas memang ada offer sehingga 12 ogos 2015,saya rasa itu stok lama yang mahu dihabiskan.

    ReplyDelete
  167. @Unknownwslm,

    1.Minyak gred castrol,bardahl dan petronas 20w50 amat sesuai

    2.kadangkala ia dari lelehan kecil skru tangki atau oil filter yang tidak ketat

    3.hose dari depan ,ia adalah air aircond yang dibuang keluar

    ReplyDelete
  168. Salam arsah mekanik. sy nk tnye,untuk waja 4g18,minyak atf yang sesuai ape ye?? bole bg tao specs dye skali tak

    ReplyDelete
  169. @Lutfi Alifwslm,minyak atf tak banyak jenis asalkan guna gred ep90.Selama ini saya banyak gunakan castrol ep90 dan adalah paling baik setakat ini

    ReplyDelete
  170. Assalam tuan.
    Saya pakai toyota altis 1.8 2015.
    Milage 9900km. Nak dekat servis yg ke 3.
    Last servis 1000km sc guna minyak toyota sm/cf 10w-30.
    Kemudian Servis 5000km sc guna minyak toyota sn/cf 5w-30.
    Persoalan saya, apa beza minyak sm dgn sn.
    Tak lama lg nk servis 10000km, so minyak apa yg patut sc guna.
    Berapa lama perlu guna minyak semi sintetik ni tuk kereta baru. Dan lepas tu minyak apa yg sesuai. Selagi under waranti 3 tahun atau 100000km, sc dok promote minyak semi sintetik.

    Dari awal entri tuan bnyk suggest guna minyak castrol. Kwn2 yg pakai kereta bmw dgn vw pn ckp sc diorg guna castrol. Ada apa2 kelebihan dgn minyak castrol compare to others oil?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak sm atau sn adalah minyak masih elok dan sesuai untuk kereta baru berbanding gred sg ,sl dsbnya.Minyak semi juga baik cuma ia ada mineral didalamnya,tetapi biasanya kereta baru gunakan minyak fully sintetik kerana viscosity lebih tinggi seperti 15w 40.
      Mungkin sc nak lariskan minyak semi berbanding sintetik yang biasa digunakan kereta baru.castrol adalah pengeluar minyak enjin yang sangat lama dipasaran dan paling likat minyaknya dan tiada tiruan lebih terjamin serta amat sesuai untuk bermacam2 jenis kereta berbanding minyak lain.

      Delete
  171. Salam tuan...sya guna myvi 1.3m 2007 milge dh dekat 200000km..mnyak ape yg sesuai.seblm2 ni pkai 5w-30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mileage yang begini sebaiknya bertukar ke semi sintetik 15w 40 dari castrol atau seumpamanya

      Delete
  172. Saya guna proton preve bru 1 tahun lebih..Tpi mileage suda cecah 99 ribu..disebabkn tpt kerja terlalu jauh..saya sekarang mengunakan engine oil torco full synthetic..persoalan ada patut saya tukar engine oil lain...atau terus mengunakan engine oil tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ingin bertukar boleh tukar ke semi sintetik kerana minyak ini mempunyai viscosity yang tinggi dan enjin cepat sejuk dan dapat meningkatkan prestasi dan menjaga enjin kerana kerap bekerja

      Delete
  173. salam...encik saya nak tanya minyak enjin yang sesuai untuk kereta proton iswara 1.3 aeroback manual tahun 2008.sebab baru ni saya pakai hardex 10w40..sebelum ni pakai 5w30

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak semi sintetik apa jenama pun masih sesuai kecuali shell

      Delete
  174. Askm bos, minyak hitam ape yg sesuai utk kereta saya ni:-

    1) kancil 1998 turbo L2s Manual
    2) persona 2008 auto

    Mohon tips penjagaan sekali. Terima kasih banyak² bos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,
      1.minyak perodua 10w30 memadai
      2.guna semi sintetik castrol atau havoline

      Delete
  175. Salam tuan...saya pakai keta perdana v6 twin tuubo. Apa jenis minyak engin yg paling sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak semi atau sintetik havoline

      Delete
  176. salam tuan arsad.. sy guna vios model 2005.. mileage dh lebih 300,000 km.. minyak enjin apa yg sesuai sbb saya selalu bertukar2 jenama... enjin pun dh mula bergetar... niat nak tukar mounting... satu lg... sy dh kesan ad kebocoran yg minimum pada gasket... trima kasih atas bantun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan minyak gred sae 20w50 mineral saja dari castrol atau lain jenama boleh kurangkan sedikit kebocoran pada gasket

      Delete
  177. Salam bang...sy dh terbeli minyak pelincir shell helix ultra 5w-40 fully synthetic...pemikiran untuk menjualnya semula..persoalannya,utk kereta jenis apa yg sesuai...sy ada kereta wira SE 2004 dan vios 2011...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak tersebut boleh digunakan pada vios juga.

      Delete
  178. Salam..untuk kereta axia baru,minyak hitam mna kah elok utk dgunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan semi sintetik oil jenama castrol atau proton genuine oil

      Delete
  179. Salam .. Nak tanya sikit leh tak?? Wira 1.5 tahun 1998.. Minyak pelincir jenis apa yang sesuai dengan enjin tersebut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,castrol magnatech atau bardahl 20w50 amat sesuai

      Delete
  180. Salam...nak tanya .. Minyak hitam apa yang sesuai untuk wira 1.5 yang dah berusia 17 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saya dah jawab pertanyaan ini,sila rujuk dia atas

      Delete
  181. Salam.. Wira 1.5 tahun1998 .. Minyak pelincir shell 15/40 ok tak kalau digunakan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh digunakan tetapi sebaiknya gunakan minyak yang lebih likat gred 20w50 mineral kerana ia lebih likat dan sesuai untuk kereta yang umur sedemikian disebabkan komponen2 yang agak lama

      Delete
  182. Salam Tuan,
    Nak tanya kereta saya toyota avanza 1.3 2012, selama ni guna toyota genuine engine mineral oil 10/30 dan baru-baru ni tukar ke shell helix hx5 15/40.sesuai tak? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm

      sesuai kerana ini minyak semi sintetik,keadaan minyak juga seakan2 sama

      Delete
  183. Assalamualaikum. Saya guna myvi 1.3 2008 millege 175000. Saya menggunakan minyak sumo 5W/30. Sesuai ke kalau saya nak tukar kepada minyak bergrade 10W/40 atau ada suggestion lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh sintetik ke semi insyallah sesuai

      Delete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,


Popular Posts