Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm
Salam Sejahtera
Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali kepada asal sebelum kerosakan.

Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.
![]() |
ECU |
Kebaikan dan kesan reset pada kereta
Sesebuah kereta moden dilengkapi dengan sebuah microprocessor atau pemacu micro yang digunakan kira2 80 pertus untuk mengawal sistem sebuah kereta terutamanya untuk menjimatkan penjimatan minyak dan asap serta mempercepatkan proses pengesanan kerosakan tanpa melibatkan kerja dan tebakan yang banyak untuk suatu kerosakan malah lebih dari itu pemeriksaan secara wire diagnose lebih mudah dilakukan.
Kesan utama reset ini pula ialah kereta akan menjadi stabil semula,contohnya apabila sistem ECU/ECM diresetkan komponen yang baru saja ditukar akan menemui semula sistem asal ECU/ECM untuk memastkan kereta dapat dikawal dengan sempurna kembali.
Terdapat beberapa reset penting dalam sebuah kereta diantaranya:-
1.Reset Alarm atau kunci remote
Kadangkala terjadi enjin tidak dapat dihidupkan dan bunyi alarm kereta juga tidak berfungsi dan terpaksa membuka pintu secara manual.Keadaan yang terjadi ini biasanya disebabkan oleh sistem alarm remote yang menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dengan kotak hitam alarm dalam kereta.kaedah reset alarm perlu dikenalpasti untuk mengembalikan sistem ke asal.
Kaedah paling mudah adalah menekan butang reset yang disediakan pada dashbod atau dibelakang sebelah tepi kanan steeng pemandu.Jika butang reset ini tidak disediakan ,pendekatan cara lain pula mestilah diketahui.
Kaedah biasa adalah dengan memusing kunci kereta sehingga penghujung sebanyak 2 kali akantetapi tidak semua kereta yang dikeluarkan boleh menggunakan kaedah ini.Cara yang terbaik secara mekanikal yang biasa dipraktikan oleh mekanik ialah dengan menanggalkan terminal positif bateri kemudian disentuhkan semula 2 kali dengan jarak antara 2 sentuhan kira-kira 5 saat pada positif bateri sehingga alarm berbunyi 2 kali serta lampu hadapan yang akan berkelip 2 kali juga.
2.Reset Throttle Body/Fuel Pump
Kaedah reset ini pula adalah apabila aliran minyak ke sistem injektor ditanggalkan seperti mencuci Throttle body atau menukar fuel pump.Kaedah ini biasa terdapat pada kereta Malaysia enjin Campro pada Pesona,Exora dan Perdana .Reset ini adalah untuk mengembalikan prestasi komponen kepada asal sebelum ia ditanggalkan supaya kereta dapat berprestasi sediakala dan lebih baik.
Pusingkan kunci kereta pada ON tetapi jangan dihidupkan cuma biarkan semua lampu pada panel dihidupkan kira-kira 2 minit.Setelah itu pusingkan semula kunci atau tutupkan kunci tanpa menarik keluar kunci dari tempatnya.Kemudian tekan pedal minyak sehingga habis menjejak lantai kereta dan biarkan ia kekal begitu setelah itu dan ON kan semula kunci kereta ,biarkan kira2 10 saat sehingga 2 bunyi kedengaran pada bahagian depan enjin sekitar Throttle Body dan seterusnya lepaskan pedal minyak perlahan-lahan.Anda selesai!Tutup kunci dan hidupkan enjin seperti biasa.
3.Reset ECU/ECM (Engine Control Unit/Engine Control Module)
Reset ini adalah amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah sensor dan pengawal sistem pada kereta yang kadangkala disertakan dengan nyalaan lampu CHECK ENGINE pada panel meter.
Jika ada terdapat kesilapan pada aliran arus voltage pada sensor seperti terkena air pada soket penyambung contohnya sambungan sensor ekzos,kesannya pula kereta akan semput dan ingin mati serta terdapat nyalaan lampu check engine.Ini menandakan kaedah ini perlu dilakukan akantetapi tidak semua masalah reset ECU/ECM ini dapat menyesaikannya melainkan komponen sensor terlibat dibersihkan atau ditukar.Sensor-sensor yang mudah terkena minyak atau air dalam enjin adalah seperti sensor ekzos,sensor,throttle,sensor camshaft dan sensor abs.
Jika tiba2 check engine menyala selepas membersihkan kereta dengan air, sensor ini perlu dikeringkan dahulu dengan membiarkan kereta kira2 setengah jam sebelum digunakan,bolehjuga dilap alat sensor jika anda ada pengetahuan mekanikal membuka dan memasangnya semula.
Kaedah pertama reset ECU/ECM adalah dengan mencabut kabel negatif bateri dan biarkan 10 minit tanpa dipasang.Setelah 10 minit berlalu pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta selama 10 minit juga.
Kaedah kedua adalah dengan mencabut fuse bertanda ECU/ECM dan relay ECU/ECM kira-kira 10 minit juga dan pasangkan semula tanpa menanggalkan kuasa bateri.

Comments
parking pon bole bunyi alarm tiba2 walaupon takde sape usik kereta tu..
kadang2 tak bole start,kosong je,bateri ok starter ok semua..
lampu D kadang2 kelip2 time memandu..
tolong bagi cadangan ape perlu buat,tq
1) timing kereta naik turun smpi mencecah 2000 rpm
2) bila masuk gear D dan semasa berjalan gear tersentak dan 'o/d' sign blinking dan gear tidak switch..kereta jadi mengaumm sepanjang jln..selepas tu saya berhentikan kereta mati kan dan hidupkan semula baru la 'o/d' sign padam..apakah masalah yang kereta sy hadapi? dan apa penyelesaianya..
sila beri tunjuk ajar tuan..
Tukar kotak hitam remote,in sha allah keadaan pulih kerana ada bocor elektrik pada kotak hitam yang sebabkan kuasa bateri habis
Nak tahu apa masalah sebenarnya?
Periksa dan baiki kedudukan papan fuse di bawah kaki pemandu
Ada satu lgi masalah .bila enjin panas on aircond kereta timing jdi naik turun
brg da tukr plug,coil,kabel,fuel pump,icm relay ,bateri.
tp mslh msih sama enjin nak mati2
cmne tu???
Lambang engine naik..dah tukar sensor dua kali exzos sensor dgn ape tah lgi satu atas pada exzos sensor .petrol filter dah tukat plug pun dah tukar...lmbang engine kadang naik ..bila naik kereta akan jadi nak mati..bila start semula..kereta hidup lmbang engine xde..toi kereta nk mati juga walau tak jalan..bila try bawak..memng kene main minyak kalau tak memng mati...pening betul.ade cakap ecu kene cabut biarkan sehari baru pasang balik.ade pulak cakap...relay poblem..yg pasti duit keluar mcm air...tak boleh tahan...tolong bantu
boleh ke tukar relay fuel pump crv 2002 kepada relay lain (bukan ori denso japan ) sbb online & kedai tak ada jual
Saya dah check kotak fuse bawah semua ok. Fuse/Relay kat Engine (kiri dan kanan) saya tak tau la nak check macam mana.
Kereta saya Wira 1.5 Injection, kalau drive speed lebih 100 km/j, Coolant Temp naik sampai lebih 105 Deg. Saya terpaksa jalan slow bawah 100km/j supaya Temp tak overheat.
Saya try tukar high speed Fan/11 blade, temp improve skit, lambat naik, tapi tetap sampai lebih 105 Deg. Saya dah tukar termostat, problem sama saja.
Coolant dalam radiator dan tank simpanan tak kurang, maknanya tiada kebocoran pada water pump atau hose.
Adakah ini disebabkan radiator tersumbat dan perlu servis dahulu, atau saya perlu juga tukar water pump sebab saya tak tukar water pump masa tukar timing belt itu hari. Yang mana satu saya perlu buat dulu ?