Skip to main content

Posts

Bagaimana menukarkan spark plug proton exora

Menukarkan spark plug sebuah kereta adalah tidak semudah yang seperti kita lihat ianya dilakukan oleh mekanik kereta.Ini adalah kerana susunan plug dan kabel mestilah betul supaya bila enjn dihidupkan ia tidak berfungsi pada nisbah yang tidak betul.Oleh sebab itu kabel plug kereta dibuat supaya ukurannya tidak sama antara satu sama lain. Sebagai pengetahuan ukuran kabel plug melambangkan kedudukan yang tepat yang harus diikuti bila menukarkan spark plug sebuah kereta.Turutan 1342 mengikut arah jam adalah turutan pada distributor bermaksud pada kedudukan 1 distributor adalah untuk plug nombor 1 dienjin kereta dan begitulah seterusnya bermula dari plug yang berdekatan dengan timing belt atau timing chain. Turutan 1342 adalah dari distributor coil samada yang menggunakan contact point ataupun jenis elektronik. Harus difahami juga dalam aktiviti automotif plug 1 adalah yang berdekatan dan palng hampir dengan timing belt atau timing chain. Spark plug boleh dibuka dengan menggunakan al...

DIY eksklusif video bagaimana melakukan servis kereta

Salam, Rangkaian video ekslusif  youtube Mk bagaimana melakukan servis kereta (DIY), yang dihasilkan untuk membantu dan memudahkan serta memberi pelajaran bagaimana servis kereta dilakukan.Video eksklusif 6 siri ini memperlihatkan alat yang sesuai untuk membuka dan mengunci alatganti seperti oil filter dan skru minyak hitam di bawah enjin.

Penjajaran roda dan Penyeimbangan Tayar (alignment and balancing)

Aspek keselamatan adalah perkara amat penting sekali dalam pemanduan,tambahan lagi bila tiba musim perayaan seperti hariraya .Ramai yang nak berhariraya bersama sanak saudara dikampung dan tak kurang juga yang berhariraya bersama-sama sahabat handai,rakan taulan ditempat-tempat yang jauh dari tempat bermastautin dsbnya. Pada tahun 2009 aku pernah sentuh aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh menaiki kereta tetapi hanya sekitar keadaan enjin,brek,hose dan belting.

Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin kereta

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer (ECU/ECM) yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta. Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan. OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai iCarsoft CR Plus OBD2 Scanner Diagnostic Tool, Code Reader for ABS Transmission Engine Airbag System. Car Scan Tool with EVAP and O2 Sensor Test,On-Board... Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer d...

Servis aircond (komponen utama)

Atas permintaan ramai pengunjung blog ini suka aku tuliskan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan.Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:- 1) Kompressor 2)Cooling Coil atau jaring penyejuk 3)Kondenser

Arena kereta adalah mengenai kerosakan kereta

Salam, Kalau nak cerita mengenai arena kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.

Masalah kunci ignition

Salam, Aku suka nak sentuh tajuk mengenai pemuka kunci atau lebih senang perkataan yang selalu aku guna iaitu ignition kerana banyak terdapat kereta yang dihantar ke mekanik selalunya mempunyai masalah demikian.

Tayar rosak atau gandar rosak

Kadangkala dalam kehidupan nie,kita selalu tersilap buat perkiraan dan kadangkala tindakan yang kita ambil tu tak bersesuaian dengan yang seharusnya.begitulah jugak dengan kereta,kadangkala kerosakan lain tapi yang lain pulak kita fikirkan dan perbaiki.Bukan mudah jika ingin membaiki kenderaan anda sendiri,begitu juga dengan mereka yang berurusan secara langsung dengan enjin kenderaan.

Bunyi pada brek kereta gear automatik

Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta. Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal

Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta. Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu. Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekat...