Skip to main content

Macamana yang sebaiknya pasal servis kereta

Pertama sekali mengenai servis kereta,ramai orang tahu kalau servis keta je kena ganti minyak hitam dan oil filter dan yang mana pandai pulak tu bagi je kat foreman suruh servis,memang betul pun tapi kita sebagai pengguna nak kena tahu gak serba sedikit pasal servis ni,Nak tau apa sebabnya ialah bila kita tak tau langsung selalunya mekanik cuma tukar minyak hitam,oil filter dan plug tapi yang sebenar-benarnya servis ialah tukar tiga parts tersebut ditambah dengan senarai dibawah dan pastikan semua yang 10 ini mekanik dah periksa:-

1) periksa air bateri jangan sampai tak cukup
2) periksa air radiator jangan biarkan tak penuh
3) periksa timing belt supaya senang tau patut ke kena tukar
4) periksa belting dan bearing supaya tau mana yang dah bunyi dan haus
5) periksa 'air filter'sebab ini adalah jika dah hitam berkeladak enjin cepat semput
6) periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal
7) periksa alternator samada berfungsi atau tidak
8) periksa segala minyak yang berkaitan seperti minyak brek,minyak clutch dan minyak gear
9) Periksa kabel plug samada masih boleh digunakan supaya enjin tak dipacu kurang kuasa api
10) Periksa sumer hose mana tau ade yang bocor lebih2 lagi hose minyak petrol.Itu yang selalu kereta terbakar tu sebab hose petrol bocor.




Comments

  1. Try minyak yg kualiti.. Maxoil :)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    nak tanya..if kita mintak mekanik untuk check 10 perkara ni...akan kene bayar extra ke?

    cth: biasa kalau normal service (tukar minyak htm 7000km) + labor cost = rm95. kalau kita suruh diorg check 10 perkara diatas..diorg akan minta extra payment x?

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. saudara payad,

    Tiada charge extra utk periksa 10 perkara tersebut,itu termasuk dalam rutin mekanik bila servis kereta.Cuma sebagai pengguna kita kena perhatikan juga takut2 ada yang tertinggal tak diperiksa.

    ReplyDelete
  4. Assalammaualaikum Tuan..Nak Tanya psl rpm..kereta sy,bila tekan minyak rpm hanya naik 3 shja..bila tekan minyak smpi jer dkt 3 dia trus drop..kereta Saga vvt 2016..Apakah yg sy ptut lakukan..kereta pun kdg2 check engine menyala,kdg2 hilang sndri

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm.kereta ini ada sumbat di injector ,tukar semua injector dulu,inshaallah ok

      Delete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,


Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.