Arena kereta adalah mengenai kerosakan kereta
Salam,
Kalau nak cerita mengenai arena kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.
Kereta terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu kereta terpakai boleh terus guna dan kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu.Olehkerana nama pun kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai.
Pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman kereta samada elok atau tidak dari kerusi,lekap pintu,dashboard dan juga luaran seperti enjin,body serta roda.Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman kereta sebelum membelinya.Kita terus pergi kepada bahagian enjin kereta dan roda.
Di dalam bidang kereta selalunya mereka yang menjual kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta.Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-
Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing).Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.
Label kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan.Pastikan label tersebut telah disematkan pada kereta yang akan dibeli.
Kereta gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah kereta terpakai.Untuk kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan.Jika kereta terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti.Manakala kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.
Penelitian terhadap kesempurnaan amat sukar dicapai ,walaupun begitu sedikit pengetahuan kadangkala boleh dimanafaatkan juga
Sekian,
Kalau nak cerita mengenai arena kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.
Kereta terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu kereta terpakai boleh terus guna dan kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu.Olehkerana nama pun kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai.
Pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman kereta samada elok atau tidak dari kerusi,lekap pintu,dashboard dan juga luaran seperti enjin,body serta roda.Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman kereta sebelum membelinya.Kita terus pergi kepada bahagian enjin kereta dan roda.
Di dalam bidang kereta selalunya mereka yang menjual kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta.Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-
- Timing belt atau talisawat
- Brake pad atau cekam brek
- Minyak enjin dan penapis minyak
- Minyak gear auto dan
- Klac
Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing).Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.
Label kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan.Pastikan label tersebut telah disematkan pada kereta yang akan dibeli.
Kereta gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah kereta terpakai.Untuk kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan.Jika kereta terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti.Manakala kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.
Penelitian terhadap kesempurnaan amat sukar dicapai ,walaupun begitu sedikit pengetahuan kadangkala boleh dimanafaatkan juga
Sekian,
Comments
En. antara kereta vios dan honda city tahun 2005, mana satu yang selalu mengalami kerosakan? yang saya tau honda city ada masalah pada gearbox tp bole jaga dgn service tiap 20km,vios saya tak tau. bantu saya sbab saya ingin membeli kereta 2nd hand
Kereta saudari mungkin telah mengalami kebakaran silinder gasket dan perlu diganti.Ianya terjadi jika temperature yang terlalu panas sehingga tahap merah pada penunjuk suhu.Walaupun kereta kadangkala boleh dihidupkan ,lama-kelamaan kereta tersebut akan berhenti terus tanpa boleh dihidupkan semula,sebaik-baiknya saudari buat top overhaul dan jika inginkan penjimatan kos beritahu foeman untuk menukar silinder gasket sahaja.
Nasihat saya jika temperature panas berhentikan kereta SEHINGGA SEJUK kemudian isikan air di radiator,dan hidupkan kereta,cara ini adalah sesuai sekali untuk mengelak silinder gasket dari terbakar.
Jika kereta auto mengalami lonjakan yang berlainan drpd biasa,kebarangkalian kereta saudara mendapat kerosakan pada drive shaft (inner shaft) dan juga mounting gearbox yang telah pecah.
Jika saudara berhasrat menukar drive shaft adalah lebih elok jika saudara tukar sebatang iaitu terdapat d/shaft luar dan dalam.
Saya ingin bertanya mengenai gear auto Waja 1.6.
Kenapa gear utk letakkan pada P (parking) jadi susah nak masuk? Kena paksa/tolak dengan keras baru masuk.
Kalau nak kena adjust clucth, kat mana nak adjust?
Terima kasih.
Sham
Pengguna Waja Auto 1.6
utk pengetahuan saudara,sistem clutch waja auto adalah sistem clutch minyak yang tidak mudah untuk diadjust,memerlukan 2 orang utk membuat bleedinhg minyak clutch.Kebiasaannya jika susah hendak dietak pada P adalah masalah pin pada pemegang gear tersebut,buka tombol gear dan betulkan kedudukan pin tersebut,sudah memadai.
Saya dah buat seperti saranan tuan, Kini gear saya kembali elok dan nak letak pada P sudah lancar. Terima kasih.
Memang biasa rpm akan naik mendadak keranan speed yang terlalu sedikit pada gearbox dan enjin akan jadi bising keranan gear yang terlalu sedikit,cuba dapatkan gearbox 4 speed kancil 850.
Terdapat beberapa cara menentukannya,saya berikan yang termudah sahaja.
1)Masukan gear pada no 4 dan tarik handbrake serta menekan minyak ,jika kereta bergerak bermakna klac plate saudara hampir habis.
2)Periksa pada klac kabel selaraskan pada kedudukan tertinggi jika ianya masih boleh diselaraskan,tetapi jika telah diselaraskan gear susah hendak dimasukkan bermakina klac hampir habis,keselesaan menolak tombol gear bermaksud klac plate masih banyak.
3)Jika pada tempat berbukit kereta saudara tidak berdaya menaikinya pada tahap gear 2 klac plate hampir habis.
Dapat keeta biasanya dah tukar minyak gear tapi jika belum setiap 40000 km tukar minyak gear untuk manual untuk gear auto setiap 2kali servi tukar minyak gear auto iaitu kira2 10000 .
masalah rpm memang ada kena mengena dengan enjin,Jika saudara telah tukar throttle body kita boleh andaikan saudara tiada masalah pada pedal minyak dan gerigi pada throttle yang mengawal idling enjin.Oleh itu kemungkinan yang biasa terdapat pada masala demikian adalah pada plug yang cepat kotor,itu hanya boleh dibaiki dengan membuat timing enjin yang lebih baik dengan menukar kabel plug dan menyelaras distributor dan servis fuel injection atau karburator.
Apa yang saya boleh bantu ialah cuba saudari tukar dulu minyak gear auto kancil tersebut dan pastikan mekanik habiskan segala minyak gear dalam gearbox auto tersebut baru masukan yang baru,kos untuk berbuat demikian adalah dalam rm300 kebawah,dapatkan minyak auto transmission penzoil sahaja.
dsini saya mhadapi kesulitan y teramat :
2 minggu lepas saya telah menukar segala lower arm kereta saya didepan mahupun dbelakang , tp selepas itu ada kedengaran bunyi y menyakitkan hati ... semasa menekan brake , pecutan , dan y terbaru ketika membelok kiri mahupun kanan ... apa masalah sebenarnya ? bunyi ketek2 , krek2 ... kenapa bunyi 2 terjadi ?
boleh x pihak admin bgtahu tanda2 gearbox auto ni nak rosak ? bila nak rosak 2 berbunyi ke ?
stering rack sebelah kiri dia punya getah putus ... ble ganti x tempat tersebut atau kena tukar sebatang ?
achman , tolong jawab ye admin ...
Biasanya lepas tukar lower arm kereta kena hantar BALANCING DAN ALIGNMENT untuk diselaraskan semula,jika tiada kecacatan semasa pemasangan kereta saudari akan pulih dari semua bunyi roda.
Olehkerana terdapat KEROSAKAN DRIVE SHAFT pada kiri dan kanan yang mengeluarkan bunyi seperti yang saudari terangkan adalah lebih baik untuk saudari tukar sebatang untuk kedua2 bahagian drive shaft tersebut kerana biasa terjadi bunyi akan datang juga bila jalan lurus dan ini dapat mencegah kira2 80 peratus kerosakan pada gearbox auto.
Gearbox auto akan rosak bila gear bertukar dengan sendirinya dari 4 ke 1 dan 3 sahaja tanpa bertukar.
Masalah getah steering rack ia boleh ditukar getah sahaja tak perlu tukar rack yang baru.
saya da buat balancing dan alignment tp keputusannya menduka cita dmana bunyi tersebut menjadi lebih kuat dan kerap ...
ada kemungkinan x benda ni dsebabkan ole disk brek gelong ? sebb semua lower arm da tuko tp disk brake x servis pon ?
nak tya , kecatatan y mcm mana y saudara maksudkan ? adakah semasa pemasangan tersebut berlaku kecuaian or ralat ?
driveshaft unt waja sebatang harga brapa ?
Saudari kena jumpa mekanik dan periksa semula kedudukan disc brake,absorber dan sekeliling roda.
Kadangkala ada mekanik yang mengetuk disc brake sehingga bering rosak.
Ada juga yang tidak mengunci skru disc dikedudukan yang betul dan tidak kuat.
Ada juga yang memulas kuat lower arm dan menyebabkan kedudukan absorberdan getah alas beralih dari kedudukan asal dan akhir sekali periksa bering absorber.
Salah satu dari yang saya katakan mesti ada masalah.
Sebatang drive shaft untuk auto sekitar rm 300.
apa2 hal nant saya post semula kat sini sama ada ok ato x ...
saya baru sebulan pakai Honda city baru...
skung dh ade bunyi benda bergetar pd dashboard... risau la plak.
bunyi ape sebenarnye tu? huhu..help me plz
Jika bergetar dashboard adalah kerana timing yang rendah dan jika bunyi getaran dalam dashboard mungkin ada terdapat mana2 skru dashboard yang longgar,bawa semula ke honda servis untuk periksa semula.
kereta honda city 2005 saya bila masuk gear reverse dia akan berbunyi dan "jerking" yg agak kuat dan semput2 (kadang2). adakah itu tanda kerosakan pada gear box? mohon bantuan info tq ya :-)
tukar suis gear reverse pada gearbox dan perhatikan kesannya.
Benar ada masalah gearbox pin yang berfungsi mengalih clutch kedepan dan kebelakang.
Ada masalah pada throttle body anda.Stepper motor mungkin rosak,jika tukar throttle body adalah lebih baik.
karburator saudara perlu diservis/setting semula dan jika boleh gantikan kabel pedal minyak.
kancil auto 850 tahun 2002 lampu petak.
masalah saya:
1-pada gear p atau n,tiada gegaran yang kuat
2-jika pada gear r,juga tiada gegaran yg kuat
3-jika pada gear d,gegaran sgt kuat hingga dashboard bergegar jika brek di tekan
4-gegaran hilang bila kereta telah bergerak
mohon pandangan saudara
Mounting yang pecah dan enjin RPM yang tak stabil sebab ada hose vakum yang bocor,tercabut atau koyak menyebabkan gegaran bila pedal brek ditekan ketika D.
Periksa semua mounting dan hose vakum,pastikan RPM enjin tidak terlalu rendah dibawah 900 ,tukar plug dan kabel jka perlu.
saya nak tanya berkenaan kereta kancil auto..
mengapa gear R saya tidak berfungsi?adakah disebabkan enjin terlalu sejuk kerana dah 3 hari hujan xbehnti ataupon ada masalah lain?tolong la saya yer..
saya menggunakan kancil auto yg lampu bulat..
saya ada masalah mengenai gear Reverse..ianya tidak berfungsi..apakah yang menyebabkan kerosakannya?sebab gear lain smua okay kcuali reverse..
adakah sebab cuaca yg hujan berhari-hari ni atau apa ye?tolong saya ye..
Reverse yang tak berfungsi adalah kerosakan gearbox itu sendiri.Saudara boleh cuba tukar dulu minyak gear dan auto filter dan reverse switch,jika itu tidak membantu ini bermakna terdapat kerosakan pada gearbox
Reverse switch pada gearbox tukar dulu kos tak mahal kira2 rm50 saja.
adalah digalakkan menukar air filter dan plug untuk setiap kali servis bukan 3 bulan ,ini kerana air filter dan plug berupaya menambah prestasi enjin.
Susah start waktu pagi akan berlaku
1.fuel pump yang kurang elok
2.karburator yang kotor
servis karburator dan dinasihatkan tukar fuel pump dan fuel filter
1.muatan banyak-
2.rpm rendah-perlu tuning
3.minyak gear dan auto filter tak tukar
Saya nak tanya berkenaan kereta saya. Saya guna kereta ford everest 4x4. Masalahnya kenapa kereta saya bila hendak undur kereta xbergerak. Handbrake saya telah turunkan, saya bergerak ke hadapan sedikit (ada bunyi benda berlaga) baru boleh undur. Adakah handbrake saya rosak atau sangkut, atau ada masalah pada gear?
Sy mempunyai waja 1.6 manual. Baru2 nie sy ada tukar driveshaft kiri dan kanan(bkn ori)kerana terdapat ketukan apabila membelok...selepas menukar driveshaft baru, kereta sy mengalami gegaran apabila menggunakan gear 5 dalam kelajuan 130...mengikut nasihat pomen, sy tukar keempat-empat tayar baru dan buat alignment, balancing dan chamber...masalah itu masih terjadi dan pomen menukar semula driveshaft panjang dan masalah itu hilang..tetapi masalah lain yang timbul...semasa menggunakan gear 3 dan 4 semasa menekan pedal minyak kereta sy mengalami gegaran yang amat kuat dan semasa menggunakan gear 5, gegaran itu berkurangan...sy tukar pula mounting enjin atas dan bawah...masalah gegaran sedikit kurang...
Adakah masih disebabkan driveshaft panjang atau gearbox ada masalah atau cluth ada masalah atau masalah lain...
Gearbox ada mounting tak?
Ada dua mounting gearbox yang memegang kedudukan gearbox untuk stabil bila bergerak.
Gegaran kuat mungkin terjadi jika getah mounting salah satunya terkoyak.
Tq
berbunyi bila jalan lurus adalah disebabkan d/shaft dalam yang dah rosak.
a. semua sistem elektronik dalam kereta mati secara tiba -tiba dan kemudian di ikuti dengan bunyi pengera
b. kereta ssh untuk dihidupkan apabila berlaku masalah ini dan semput apabila bergerak.
untuk pengetahuan, saya ada memasang fog lamp dan memeriksa air cond kereta sebelum berlaku perkara ini.
terima kasih
Masalah macam ni biasa terjadi sebab :-
1.Bateri yang weak
2.Computer box yang malfunction
Saudara perlu diagnose kerosakan menggunakan code diagnose untuk kenalpasti masalah elektronik sedemikian.
saya baru sahaja tukar gearbox myvi se auto saya disebabkan gearbox saya dah kong. masalahnya sekarang bila saya berjalan jauh bila saya tukar gear dari N ke D ada sedikit jerking yang tidak kuat... saya telah servis body throttle, adakah disebabkan mounting gearbox tu dah pecah? kalau biarkan kereta tu sampai keesokkan hari masalah jerking tu tiada lagi mengapa ye?
periksa munting depan gearbox dan enjin mungkin ada yang dah pecah,mengenai klac biasanya keras sebab klac pam dah bocr atau rosak
Periksa minyak gearbox ,adakalanya minyak gear yang banyak menyebabkan enjin sedikit tersedak kerana sensor terlalu banyak ditenggelami minyak gear.
Saya berhasrat untuk upgrade enjin kereta wira saya daripada 1.3 kepada 1.5. Bolehkah kapasiti enjin diupgrade hanya dengan menukar blok 1.3 kpd 1.5 shj tanpa menukar keseluruhan enjin tersebut? Adakah ianya akan menjejaskan prestasi enjin kelak?
terima kasih.
jika saudara tukar blog bermakna saiz piston pada blok adalah saiz 1.5 dan prestasi akan tetap kekal pada 1.5 cc.
Sy menggunakan kereta mitsubishi grandis na4w tahun 2004 . Masalah kereta saya ni bila hujan lebat dan langgar air bertakung stering jadi berat dan tak boleh nk putar stering , sy sudah bawa ke servis centre mitsubishi mereka jg tak tahu apa masalahnya . Harap dapat membantu
sy ada 2 soalan
1) sy menggunakan vios tahun 2012. baru2 nie temperature naik dan bunyi ketukan pada enjin (ketek) sehingga enjin mati. sy dapati air melimpah atas enjin..sy biarkan sejuk dan masukkan air. bila sy start kereta enjin hidup.. boleh ke sy menggunakan air biasa pada radiator?
2) aircond sy bau hangit, sedangkan sy baru saja pakai 7 bulan..
moon bantu dan beri tips mudah menjaga kereta
2.saudara boleh tambah air biasa tapi saudara perlu periksa dimana tempat yang bocor samada pada hose atau radiator.
3.A/cond jadi hangit sebab belting jadi panas sebab enjin terlalu panas,ia akan kembali ok bila enjin sejuk.
4.Minta mekanik periksa mana2 saluran air yang bocor
Sy gunakan wira 1.5 auto thn 2003,tiap kali bila saya hidupkan enjin ia akan mati dan saya perlu tekan minyak selama 5 minit atau lebih untuk menstabilkan timing.Bila saya masuk gear ia akan mati,bila kat traffic light tukar(N) kemudian masuk gear mati lagi.Tambah lagi bila buka aircon lagi teruk.
Kedua,bila buka aircon terasa macam bau asap.Harap en dapat bantu.Terima kasih.
sy gunakan wira 1.5 auto thn 2003,tiap kali sy hidupkan enjin sy perlu tekan minyak utk menstabilkan timing selama 5 minit atau lebih,kalau tidak ia akan mati.Selepas itu sy masuk gear ia pun mati juga.Tukar gear dari (N) ke (D) semasa di traffic light pun mati juga.Buka aircon lagi teruk.Tanya mekanik dia cakap timing ok.Throttle body dah tukar.
Yang kedua bila buka aircon bau asap ekzos.Harap en bagi komen.Terima kasih.
saya menggunakan gen 2 tahun 2008
bila sy bw slow & melalui jalan tidak rata, ada bunyi di sebelah kiri depan & belakang tp bila jalan rata or kelajuan tinggi tiaada bunyi.
Tkasih.
Kalau disebelah hadapan tanda sedemikian adalah kerana kerosakan lower arm dan jika dibelakang pula terdapat arm pendek yang mempunyai bush perlu ditukar.
2. Masa parking pulak dah tarik handbrake kereta tetap bergerak kna tarik kuat skit..
Kereta saya Wira S.E tahun 2007 (automatik). 7 bulan lepas saya tukar cable plug.
Tapi baru-baru ni bila start enjin, ada bunyi 'ketak' tapi tak lama lepas tu kereta boleh start.
Bila dekat traffic light masa nak tukar dari N ke D dia ada bunyi macam hentak kuat. Kalau letak gear D masa berhenti, enjin kereta gegar kuat.
Lepas tu bila jalan yang berbukit sikit, kereta jerking. Saya bawak ke bengkel, tukar lagi cable plug sbb pomen kata cable plug rosak dan keluar api sama macam kes 7 bulan lalu.
Tapi tak sampai seminggu, keadaan kereta jadi kurang pick up. Bila start ejin pun ada bunyi 'ketak'. Lepas tu bila on aircond, masuk gear R, kereta pun gegar kuat.
Dalam keadaan berhenti contoh parking, bila on enjin pun bunyi kuat sangat dari jauh pun boleh dengar.
Apa masalah kereta saya sebenarnya?
Terima kasih.
kete vios 2007 saya ade bunyi ketak kat bahagian depan belah driver setiap tekan brek
Saya ada beberapa soalan
1. Kenapa lepas tukar rim14 pada kancil 850 drive shaft kerap patah?
2. Bila kereta br gerak ada bunyi ketak2, selekoh pun bunyi. Ingatkan drive shaft tp mekanik ckp drive shaft ok.
3. Lepas tukar alarm kereta (yg lama rosak) kereta selalu buka tutup lock sdiri. Alarm pun selalu bunyi tiba2. Tgh bwk kereta pun bunyi.
4. Bila kunci pulas pd on, enjin bunyi cm dah hdp tp belum start lg.
Terima kasih. Harap dpt jwb mslh kereta sy.
1.Rim yag lebih besar akan membawa beban yang lebih berat jadi drive shaft mudah rosak
2.Bunyi tersebut memang ada kena mengena dengan bahagian rods terutamanys rumh bering,perlu buka dan pastikn kedudukannya beralih,biasanya jika bunyi demikian bering roda tidak berkeadaan selesa.
3.Cabut negatif bateri kemudian sentuhkan kekepalanya sekali dua sehingga terdapat lampu menyala 2 kali bermakna alarm telah diresetkan
4.Jika alarm dah diresetkan ini tak akan berlaku
Sy guna hyundai getz auto 2005.sabtu lps aircond tiba2 jd panas,berbau hangit & ade bunyi 'ketak' yg kuat dr enjin.sy perlahankn kereta utk berhenti & enjin mati sndr sblm sy smpt berhenti.temp naik mendadak.bunyi kuat semasa pedal minyak dtekan.3 bengkel yg sy tnya mberikan jwpn berbeza,antaranya:
1.piston rosak
2.water pump rosak
3.kompresor aircond rosak
4.perlu overhaul
5.perlu tukar enjin
Blh encik beri pendapat?
kereta saudari mengalami overheating,cara terbaik ialah melakukan top overhaul kerana inilah cara terbaik jka kepanasan enjin melampau begini terjadi,saya rasa ini terjadi sebab bocor air ataupun kipas tidak berpusing
Nak tanya harga enjin kancil 850 se yg baru dan halfcut.
Terima kasih dan selamat berpuasa
keta wira saya semput bile hujan & langgar lopak air. bile start semput saya berenti & bia enjin running. pastu enjin akan ok cm biase. ape pblm ek??
keta wira saya semput bile hujan & langgar lopak air.
biase bile semput saya akan berenti tepi jalan & bia enjin running.
enjin akan ok balik lepas tu. so ape pblm ye??
Nak tanya...saya pakai saga kereta kebal tahun 2005..kebelakangan nie..bila nak reverse temp naik lebih dari separuh..tp bila jalan temp mcm biasa je...apa tandanya tuan???
Saya pemilik Grand livina Auto 1.8..masalah saya apabila masuk gear reverse...tanda (R) pada meter x menyala...reverse sensor x berbunyi...lampu reverse pun x menyala..tapi kereta boleh reverse...apakah kemungkinan yg rosak tuan?terima kasih
kenapa bila bawak laju ade bau asap...
(wira 1.5)
sy pakai kete persona, masalahnya lampu reverse dan bunyi bib x brfungsi bila reverse....sy agak suis reverse rosak....boleh tuan bantu
Mohon izin bertanya, saya mempunyai kereta hyundai accent 1.5, kereta ok cuma bila bawa kerap jadi semput dan tak kena laju dengan tekan minyak.
Mula-mula pomen kata masalah sensor knock atau fuel sensor, dah tukar ok kemudian tak lama jadi balik. Pomen kata ekzos sensor pula.
Apa pendapat tuan? Apa yg boleh menyebabkan kereta ini semput bila dibawa? Minyak hitam, minyak auto, timing belt dll dah tukar. Terima kasih.
1. semasa memandu enjin kereta bergegar bila tekan minyak dr 80km ke 100km & semasa naik bukit.
2. bila panaskn enjin pd awal pagi, on aircond ada bunyi (treett) dienjin dlm 20saat.
Mohon pencerahan Tuan Admin.
1.Gegar sebab RPM yang rendah dan tak stabil,jika ingin kurangkan gegar ,perlu servis Throttle Body ,tukar TPS sensor dan air filter.
2.Bunyi datang dari belting yang berkemungkinan terlalu kendur
1. Baru ni sy servis minyak atf, mekanik kereta kata gearbox mungkin ad mslh, sbb nk tukar dr P / R ke D mcm ad sentakan kedepan sikit, tp xkuat.
2. Bila naik bukit kereta jadi slow/kurg power
3. Bunyi bising kadangkala bila on air cond di bahagian enjin depan pemandu
Minta pendapat y boleh dibuat selain tukr gear box, modal belum ad lg...terima kasih banyak2
1.minta mekanik tukar solenoid shift dalam autofilter
2.Pastikan minyak atf yang digunakan sesuai seperti atf castrol atau hyundai
3.aircond bising sebab belting kendur
Saya memakai kereta toyota vios auto 2nd tahun 2010.
Saya nak tanya, bila saya nak kalih gear reverse mcm susah sikit dan ada bunyi "ktak". Setiap kali reverse mesti akan rasa gegar.
Boleh saya tahu punca dan penyelesaiannya?
Saya harap tuan dpt bantu saya utk mendapatkan jawapan mengenai masalah ini. Tima ksh.Mama qayyum
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,