Skip to main content

Penjajaran roda dan Penyeimbangan Tayar (alignment and balancing)

Aspek keselamatan adalah perkara amat penting sekali dalam pemanduan,tambahan lagi bila tiba musim perayaan seperti hariraya .Ramai yang nak berhariraya bersama sanak saudara dikampung dan tak kurang juga yang berhariraya bersama-sama sahabat handai,rakan taulan ditempat-tempat yang jauh dari tempat bermastautin dsbnya.
Pada tahun 2009 aku pernah sentuh aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh menaiki kereta tetapi hanya sekitar keadaan enjin,brek,hose dan belting.

Tips periksa kereta tanpa berjumpa mekanik
Pada post kali ini suka aku titikberatkan pada penjajaran roda dan penyeimbangan tayar(allignment dan balancing) kerana ramai yang telah menggunakan kereta baru dalam jangkahayat tidak lebih dari 3 bulan dsbnya.

Alignment(Penjajaran)

Alignment dan balancing roda adalah amat perlu untuk sesebuah kenderaan seperti kereta lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh dengan berat muatan yang lebih pada musim perayaan ini walaupun kereta anda berusia tidak lebih dari 3 bulan.

Ini adalah kerana roda kereta yang digunakan adalah telah diuji dan disesuaikan untuk menampung berat dan muatan tertentu pada kelajuan maksima yang tertentu.Jika kita selalu menggunakan kereta kita mungkin pergi kerja dan balik sahaja sudah tentu kurang dari 3 orang penumpang dan halaju maksima ditambah dengan trafik jam tidak melebihi 110 pada setiap masa.Untuk itu kereta tersebut telah terbiasa pada berat dan halaju sedemikian jadi bila alignment dan balancing yang sedikit tidak elok sukar dikesan.

Balancing (Penyeimbangan tayar)

Pada suatu halaju yang agak tetap dihighway alignment dan balancing pada tayar dan roda adalah punca utama banyak kemalangan terjadi bila kereta sukar dikawal pada kelajuan melebihi 90 km sejam.Pada waktu tertentu keadaan roda akan menjadi tidak seimbang pada kawasan angin lintang dan jalan yang rata serta hentaman angin dari kenderaan memotong,itulah sebabnya alignment dan balancing roda amat perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan jauh anda.Pemeriksaan yang tidak melebihi satu jam dan kos dibawah rm50 mungkin banyak manafaatnya dan mungkin juga menyelamatkan nyawa anda dan keluarga.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa alignment dan balancing kereta anda untuk keselamatan keluarga dan mereka yang anda sayang.

sekian,

Comments

  1. Anonymous1/2/12

    Nk tanya..boleh ke adjust toe utk tayar belakang wira..part mana yg perlu utk adjust toe & chamber belakang..tq

    ReplyDelete
  2. saudar toe & chamber

    adjust toe keluar dan ke dalam hanyalah dengan memusing steering rod menggunakan saiz spanar yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. Haus setempat je

    ReplyDelete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,


Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.