Skip to main content

Bagaimana menukarkan spark plug proton exora

Menukarkan spark plug sebuah kereta adalah tidak semudah yang seperti kita lihat ianya dilakukan oleh mekanik kereta.Ini adalah kerana susunan plug dan kabel mestilah betul supaya bila enjn dihidupkan ia tidak berfungsi pada nisbah yang tidak betul.Oleh sebab itu kabel plug kereta dibuat supaya ukurannya tidak sama antara satu sama lain.

Sebagai pengetahuan ukuran kabel plug melambangkan kedudukan yang tepat yang harus diikuti bila menukarkan spark plug sebuah kereta.Turutan 1342 mengikut arah jam adalah turutan pada distributor bermaksud pada kedudukan 1 distributor adalah untuk plug nombor 1 dienjin kereta dan begitulah seterusnya bermula dari plug yang berdekatan dengan timing belt atau timing chain.

Turutan 1342 adalah dari distributor coil samada yang menggunakan contact point ataupun jenis elektronik. Harus difahami juga dalam aktiviti automotif plug 1 adalah yang berdekatan dan palng hampir dengan timing belt atau timing chain.

Spark plug boleh dibuka dengan menggunakan alatan spanar soket bersaiz 14 atau 12 bagi plug yang bersaiz kecil. Ada 2 jenis saiz saja yang biasa untuk semua jenis kereta iaitu saiz 6E dan 5E, Saiz 6E adalah lebih kecil berbanding saiz 5E.

Jenama yang terkenal adalah NGK dan Bosch. Jenis ini amat banyak di pasaran sekitar Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.





Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.