Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Saturday, October 01, 2011

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik

Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendengar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Keadaan ini akan terjadi bila terdapat kehausan pada rocker arm dan valve seat.Namun begitu tidak perlulah kita terus menukar sebatang rocker arm(batang silinder) kepada yang baru mahupun valve seat yang baru,cukup sekadar membuat penyelarasan supaya bunyi yang sumbang tersebut tidak ketara didengar dan menambahkan bingit bunyi bising kereta anda.

Apa yang diperlukan adalah sedikit pengetahuan dan cara-cara menyelaraskannya atau lebih senang dgn perkataan biasa adjust tappet.Walaupun penyelarasannya mudah pengetahuan awal adalah amat penting seperti alat yang perlu digunakan semasa kerja ini ingin dilakukan.Alat-alat seperti spanar bersaiz 12 dan 10mm,philip screw driver,tolok pelaras adalah wajib ada dalam menyelesaikan adjust tappet anda.

Cara-cara

1.Sediakan alat lengkap-philip screw driver,blade clerance(tolok pelaras),spanar bulat bergerigi bersaiz 12,10 dan 8mm
2.Setelah buka penutup silinder legakan semua tappet pada injap ekzos dan injap inlet
3.Gunakan spanar bergerigi dan mulakan pelarasan mengikut turutan 1432.(1432 bermaksud bila kedua injap tanpa kelegaan pada injap pertama selaraskan injap keempat dan begitu seterusnya pada 4 selaraskan 1 dan pada 3 selaraskan 2 dan pada 2 selaraskan injap 3.(lihat gambar)
4.Laraskan menggunakan tolok pelaras (blade clearance) pada saiz yang sesuai.Saiz tersebut selalu terdapat pada manual kereta .Sebagai pengetahuan kereta Malaysia biasanya pada saiz 15,10mm.10mm untuk injap inlet.
5.Hidupkan enjin setelah penutup silinder dipasang dan dengarkan lagaan injap,jika terlalu bising laraskan semula pada kadar yang lebih rendah .

Amaran:-Jangan terlalu rendah saiz pelarasan kerana ini mungkin menyebabkan enjin susah dihidupkan dan jangan sekali-kali laraskan pada kedudukan kedua-dua injap yang masih ada kelegaan,jika ini dilakukan piston anda mungkin pecah jika tidak dapat menahan ketukan.

Mudah bukan,memang mudah ,akantetapi ianya hanya untuk mereka yang tahu menggunakannya dengan langkah yang betul dan menjaga amaran serta keselamatan semasa melakukannya.Lakukan berhati-hati dan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif jika anda pertama kali membuatnya.

88 comments:

  1. zahidi8/7/12

    Salam
    Saya pandu kelisa. Enjin kadang2 ada bunyi ketukan. Nak adjusr tappet. Tapi perodua cakap enjin kelisa tak ada tappet. Tapi guna 'shim' katanya. Minta suruh adjust supaya kurang bunyi tu. Tapi macam2 dia terang pasal shim tu, entah apa dia merepek tak faham, macam keberatan nak buat. Katanya kena buka enjin adjust shim tu. Betul ke macam tu?

    ReplyDelete
  2. saudara zahidi,

    shim tidak boleh diadjust,ianya adalah seekeping logam nipis yang digunakan untuk menyelaras ketukan,jika terdapat ketukan kuat shim tersebut haruslah ditukar dan carakerja tersebut seperti membuat adjust tappet.Bawa ke mekanik biasa dan minta tukar shim untuk pelarasan .

    ReplyDelete
  3. Anonymous8/8/12

    Salam.nak tya brapa saiz kelegaan inlet & exhaust utk kereta mazda 1.3 16v

    ReplyDelete
  4. saudara valve clearance,

    saiz yang biasa digunakan adalah 0.3 mm untuk kedua2 valve inlet dan exhaust,tetapi mungkin saudara boleh mulakan dgn 0.5 dahulu

    ReplyDelete
  5. bgaimana dengan kembara. Dia guna shim?

    ReplyDelete
  6. Kembara guna tappet saudara FEDO.

    ReplyDelete
  7. oh. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. mcmana kalau kembara kedengaran bunyi bar.

    ReplyDelete
  9. saudara FEDO,

    bunyi bar yang bagaimana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud saya bunyi valve. adakah distributor perlu laras atau jarak tapet dkt?

      Delete
    2. adjust semula tappet saiz tappet tidak tepat

      Delete
  10. Anonymous25/9/12

    S1M..
    ukuran teppet utk kancil nya berapa? dan adakah ia di adjust mengikut urutan 4321 atau 123 atau 321 tau apa2la..

    ReplyDelete
  11. saudara SIM,

    ukuran biasa adalah 15 10.turutan untuk laraskan masih sama utk semua kereta 1432.

    apa2lah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kancil 3 cylinder. Bermakna firing order dia 132 ka mcmna cikgu

      Delete
    2. Kancil 3 cylinder. Bermakna firing order dia 132 la kan cikgu.
      Kancil boleh ejas tappet pakai cara on the rock method tak.ataupun cuma firing order sahaja terpakai utk kancil. Tq cikgu

      Delete
    3. olehkerana tinggal satu jadi 132

      Delete
    4. boleh ejas sama saja

      Delete
  12. Anonymous7/11/12

    Saudara sord87
    Nk tnya cara yg btul utk plarasan tappet.. Mcm saudara ckap 1432 tp da pmen yg ckap 1342 dan ada yg ckap psing cam puly bg btul mark dan adjus tappet intake 1 & 2 xzos 1 & 3 pas tu psing cam puly setengah psingan adjus intake 3 & 4 xzos 2 & 4.. Ag 1 adjus tpet pada klegaan intake 0.20 mm xzos 0.25 mm bg enjin prton 12v.. Yg mna btul dan tepat??

    ReplyDelete
  13. Anonymous7/11/12

    Saudara sord87
    Nk tnya cara yg btul utk plarasan tappet.. Mcm saudara ckap 1432 tp da pmen yg ckap 1342 dan ada yg ckap psing cam puly bg btul mark dan adjus tappet intake 1 & 2 xzos 1 & 3 pas tu psing cam puly setengah psingan adjus intake 3 & 4 xzos 2 & 4.. Ag 1 adjus tpet pada klegaan intake 0.20 mm xzos 0.25 mm bg enjin prton 12v.. Yg mna btul dan tepat??

    ReplyDelete
  14. dua- dua cara pun boleh,cuma kena pastikan bila keadaan 'on the rock' iatu bila dua rocker arm berada pada kedudukan pegun adjust yang tidak pegun(tidak bergerak atau mempunyai kelegaan.

    2.0.2/.25 atau 15/10mm adalah mempunyai kelegaan kecil jika lebih dari itu tappet akan berbunyi.Ramai yang bermula dari kelegaan 15/10 mm.

    ReplyDelete
  15. Salam.saya nak tahu cara nak ejas tepet dari 1432 bleh terangkan dari mula hingga siap.tlong ya.tq

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. @TAJUL ANUAR ANUAROn thge rock bermaksud valve 1 dan 4 tiada kelegaan bila pusingkan pulley silinder head,bila jadi gitu selaraskan tappet 3 dan 2 yang ada kelegaan,begitulah seterusnya bila 3 dan 2 on the rock selaraskan tappet 1 dan 4

    ReplyDelete
  18. Engin 4g93 naj edjust tappet sama jugak ke..nak buat sendiri xberani pulak kang lain jadinya....
    sy xpandai pasal kete ni..

    ReplyDelete
  19. @Roy Aris Palilahsama!minta mekanik adjustkan kalau banyak bunyi ketukan

    ReplyDelete
  20. Saya dah tukar cylinder head dari 4g92 ke 4g93. Berapa valve clearance intake and exhaust. Dalam o/h manual proton .20 / .30. Yang mana lebih sesuai. T/kasih.

    ReplyDelete
  21. mau Tanya cara adjust vall kancil 660 mcm mna...? sifu2 sekalian ajar dlu... org Susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tappet boleh adjust,valve tak boleh

      Delete
  22. As Salam en. Saya memiliki kenderaan 4x4 menggunakan enjin mitsubishi storm diesel turbo. Boleh saya tahu pelarasan utk enjin ini.sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,enjin diesel diselaraskan juga ketika enjin panas,gunakan kaedah yang sama seperti tulisan di atas,jika 6 silinder aturan firing order adalah 1,5,3,6,2,4,mulakan dengan no 1

      Delete
    2. Ok cik..terima kasih

      Delete
  23. Assalamualaikum..admin tumpang tanya,4g93 mmg enjin tepet ke?sakit telinga klau nak start,dgr dri mulut org sekeliling mmg enjin nie jenis mesin jahit.adr ape2 efect ke klau x buat tepet tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kalau belum inigin ajust tappet lagi,boleh bertukar ke minyak yang lebih pekat seperti minyak mineral 20w50 dari bardahl gred sg untuk mengurangkan bunyi atau castrol.Untuk pengetahuan kos adjust tappet dibawah RM100,

      Delete
    2. Sebelom nie sy pkai eneos 10w40,x jd masaalah ke kalau sy bertukar ke 20w50?myk yg sifu ckp tu 'bardahl' mane2 kedai adr jual x?ke kedai yg terpilih sj..last soalan,gred 'sg' tu ape sifu..maaf sy btl2 bdk baru..

      Delete
    3. tak jadi masalah ,minyaka ada tertulis SG,SAE dll,gunakan yang tertulis 20w50 SG

      Delete
  24. Salam. Macam mana mau tau yg injap tu suda lega atau belum ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bial tiada bunyi tappet lagi bermakna sudah ok

      Delete
  25. Salam saya baru je tukar valve seal engine 4g13 masa proses keja tu saya buka rocker arm dan bila pasang balik engine tak hiduk jadi saya adjust kesemua tappet la cuba start senag je hiduk Tapi kejap kejap mati bunyi ketukan kuat sangat apa yang harus saya lakukan sekarang minta tolong sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu adjust semula tappet ikut bacaan sebenar

      Delete
  26. Bunyi ketukan kuat sangat

    ReplyDelete
  27. Aslmkm...brapa plarasan tappet untuk perodua rusa Dan firing order...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,firing order 1342 manakala tappet masih pada 10mm inlet dan 15mm untuk exhaut,jika hydraulic perlu ganti shim saja

      Delete
  28. Terima kasi atas tunjuk ajar yg bermakna

    ReplyDelete
  29. Salam tuan..kereta chevrolet captiva 2010 sy bila start enjin bunyi agak kuat.selang 5min bunyi senyap..itu petanda perlu adjust tappet ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,chevrolet guna shim tiada tappet,tak perlu buat apa2

      Delete
  30. Salam admin... Nk tanya kalau enjin 3 piston mcm kancil... Bacaan firing order berapa 132 atau 123?? Nk mula adjust dari piston berapa?? Nk kene tgok overlap mcm mne??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,132 ,mula dari satu dan dua,adjust 3

      Delete
  31. sy pkai engin viva baru overhoual.dh ukur shim...kdai pomen yg wt...tapi engin sejuk.xdgr sngt bnyi shim...bila engin panas sngt lg kuat bnyi....sbb pa.....skrg pkai minyak engin 10/30

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ia bunyi shim ,shim ada ukurannya jika ia tidak sekata ia akan bunyi kuat,gunakan dulu sehingga seminggu ,mungkin ia akan berkurang

      Delete
  32. Bos..kereta kncil nk adjust tepet mcm mna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 3 valve ,letak valve 1 dan 3 pada "on the rock" adjust no 2,letak 2 dan 3 'on the rock' adjust no 1 ,begitu seterusnya

      Delete
    2. Saiz sesuai 15 / 10 ke utk kncil tuan..lgi 1..bila valve 1 dan 3 dlm keadaan on the rock dan slesai adjust valve 2..tpi dlm msa yg sama valve 1 atau 3 trdapat kelegaan wlupon dlm keadaan on rock..perlu ke sy adjust valve 1 dan 3 trsebut..

      Delete
    3. ketiga3 mesti adjust,ikut saiz untuk inlet dan ekzos

      Delete
  33. Bos..saiz utk tepet kncil brapa pling sesuai..dan bila valve 1 dan 3 on the rock dan trdpat kelegaan pda salah stu valve 1 dan 3..mcm mna perlu adjust jugak ke..atau biarkn dan adjust valve 2 shaja..

    ReplyDelete
  34. Salam...nk tnya ada x minyak threatment yg dpat kurangkan sikit bunyi shim..coz dh 3 bulan overhaul.camne nk buat ye.. Asap putih xde tp minyak enjin berkurangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Engine oil treatment banyak ada di pasaran dan jenama juga banyak seperti STP,Castrol,Shell dsbnya.Minyak enjin berkurang jika valve seal tidak ditukar.Proses top overhaul mesti dilakukan pada head

      Delete
  35. Salam..chef adjust tappet kancil pusingan MCM mana chek

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pusing pulley camshaft pada on the rock dimana terdapat 2 rocker arm valve berhenti,adjust yang mana tidak berhenti

      Delete
  36. Salam Tuan,

    nak tnaye pendapan tuan, saya gune Proton Saga 1996 1.3. Enjin baru lepas Top Overhaul, bile memandu, mase tekan minyak dengar bunyi loceng dr enjin, die akan berbunyi hanya mase kite tekan minyak samada nk memotong ataupun nak amik speed. bile maintane xde bunyi. adekah ini disebabkan olet tepet juga dan bagaiman cara untuk mengatasi masalah ini termasuk juga kosnya. Harap tuan dapat membantu, Terima Kasih dan wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi loceng tersebut biasanya akibat minyak hitam yang kurang.Oil pump perlu ditukar suapay flow minyak dalam enjin lebih baik

      Delete
  37. terima kasih atas nasihat. boley tuan share location bengkel tuan? Susah nak cari mekanik yg berpengalaman mcm tuan sekarang nie..

    ReplyDelete
  38. salam. saya pengguna chery easter 2009 enjin mitsubisi.
    kebelakangan ni tepet saya berbunyi.. la ni makin kuat sikit.. kata mekanik mahal nk betulkn.kena tukar barang dlm enjin. apa ntah. saya pn x ingat namanya. tpi saya ada google satu product minyak katanya guna tu jer tepet dh berhnti bunyi.. betul ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan minyak jenis 20w50 boleh kurangkan bunyi,adjust tappaet kos sekitar rm100

      Delete
  39. salam..satu lg soalan. apa yang menyebabkan tepet berbunyi. dan bagaimana kaedah untuk menjaganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,geseran banyak jadi clearance pada tappet membesar dan perlu diadjust,cara untuk mencegah ialah tukar minyak hitam secar berkala,in sha allah ok

      Delete
  40. Anonymous9/4/19

    Satu blog yang bermanafaat,say Nak tanya,apa masalah kalau minyak enjin bercampur dengan air?
    kereta saya kancil.660.air sampai di valve dan turun sampai di tangki minyak enjin(warna minyak seperti campuran kopi dan susu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada saya tulis di sini
      https://mekanikkereta.blogspot.com/2015/06/bagaimana-air-bercampur-dengan-minyak.html

      Delete
  41. Pagi saya pengguna kancil 850 masaalah engine berasap tpi kurang budget ada cara lain ka untuk mengurangkan asap terutama naik bukit dan pertanyaan kedua edjust valve guna berapa MM dan mna yg di edjust yg dibawah sekeru atau di bahagian kemshaft..terima kasih Cigu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi kembali
      enjin akan banyak asap putih saja jika piston ring haus,kalau begini perlukan overhaul
      jika enjin berasap juga tetapi tiada putih berterusan boleh gunakan kaedah servis throttle body atau karburator

      2.Setting tappet baca tulisan saya di sini
      https://mekanikkereta.blogspot.com/2011/10/menyelaraskan-tappet-kereta-dan-muzik.html

      Delete
  42. salam boss mcm mne ye adjust tappet waja mmc

    ReplyDelete
  43. Salam tuan sy nk tnya..kreta hyundai getz enjin bunyi mcm 4x4 smua dh tukar codrod dh tukar piston dh tukar tepet pn dh tukar tp ttap same bunyi nye ape perlu tukar lgi tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar ekzos sensor atau O2 sensor,insha allah kurang bunyi

      Delete
  44. Assalaamu'alaikum tuan
    Saya belum berapa faham mau ejas rocker arm iswara..

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum sy nk tnye..jika tappet berbunyi atau rocker arm haus akn effect pd part enjin yg len kew jika di biarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika tappet berbunyi ia tanda ketidakseimbangan pada gerakan ketika valve ditekan dan keluar akibatnya enjin juga ada getaran dan akibatnya prestasi enjin juga jadi kurang. Untuk kesan jangka panjang tappet yang tidak diselaraskan akan akibatkan bocor minyak di atas permukaan piston dan jangkahayat enjin untuk top overhaul jadi lebih cepat

      Delete
  46. Salam tuan.kereta viva lepas grind valve perlu ke adjust valve.sbb x guna shim xda roker arm.mohon pencerahan

    ReplyDelete
  47. Kereta waja tahun 2005.. dh tukar fuel pump baru.. still x hdup.. makenik kta mslh wiring.. tu pun dh buat.. jln cm biasa tp utk 2 mggu je.. trus wt hl lg.. kete x hdup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukarkan camshaft sensor inshallah ok

      Delete
  48. Askum...sy pakai hyundai getz 1.4...apabila sejuk jer enjin ad bunyi ketik² bnyak kali...tapi lepas 5minit lepas tu da senyap...ape mslah tu erhh bosskur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,oil pump berkemungkinan telah lusuh dan akibatnya minyak lambat disebarkan ke seluryh enjin lebih2 lagi bila enjin sejuk,boleh juga guna engine treatment untuk sementara,sebaiknya ganti oil pump

      Delete
  49. Sape tahu kt mana jual shim tappet kelisa bhg exzoz 0.25mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari di kedai alat ganti,buka page saya tajuk alatganti untuk beberapa kedai di lembah klang sahaja

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,