Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak
Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya.
Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.
Komponen tersebut seperti berikut:-
1.compressor
Pada compressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada kompessor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada Kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan.
Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi,kompressor tersebut juga mengalami kerosakan bering.Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.
2.Cooling Coil
Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi.Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas.Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil.Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.
3.Valve aircond
Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.
4.Aircond fan
Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta.komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk samasekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa.Gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan.
5.condenser
Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser.Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas kondenser anda rosak samasekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.
6.Suis aircond
Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil.Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi.Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik.Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.
7.Gas aircond
Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian.HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.
Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda.Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu.Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.

Comments
saya nk tnya ,apabila kdudukan kunci berada pada acc atau on..adakah blower aircond automatic on walaupun suis aircond off? jika tidak adakah suis problem atau ada benda lain yg perlu sy check.kereta proton persona.
Saya nk tanya,sy baru pakai perodua axia baru xsampai 2tahun lg.. Masalah sy,enjin kereta sy bunyi kasar bila jln,aircond xbeberapa sejuk beberapa minggu lepas sy servis utk 40k millege.. Baru hari ini, lampu check engine menyala,dan aircond sy xsejuk.. Aircond hny mngeluarkan haba dan berbau sedikit.. Apa masalahnya ya? Sy baru servis aircond dgn pusat servis pd servis yg sebelum ni..
https://mekanikkereta.blogspot.com/2020/04/kuasa-pecutan-hilang-tiba-tiba.html
Jika masih tak sejuk ia tanda ada masalah seperti kipas tak berpusing dan gas bocor teruk sehingga magnet clutch tidak melekat dikompressor,ini ditunjukkan dengan bau busuk gas dan haba panas akibat hose yang mungkin pecah.Saudara perlu gantikan kipas motor jika tak pusing serta hose yang pecah jika ada. Tapi yang pasti gas semua telah tiada akibat bocor
Selang seminggu dua lepas tu, kejadian sama berulang utk kali ke 2. Apa sbenarnya masalah kereta sy ye?
Thanks!
apa pnyebab compresser dn hos ke kondenser panas? mnyebabkn aircond kurang sejuk
note
-compresser baru
-condenser baru
-pnapis gas baru
-valve baru
-tiada kebovoran gas
tetapi aircond tetap kurang sejuk (suam²)
TQ tn...
Saya pengguna Toyota Innova 06. Baru² ni ada tukar kompressor aircond tp guna Estima acr30. Ada masalah x berbanding kompressor aircond asal? Kadangkala aircond x sejuk.. pastu ok balik
Saya nk tanya mengenai kereta waja,knp bila on aircond,kipas aircond xhenti2,dan aircond xberapa sejuk? Apakah masalahnya?
Masalahnya waktu pagi sejuk beku... Suhu 25c pon sejuk tetapi tengahari kena set 20c dan blower hampir full kenapa tengahari lambat sejuk
Saya nak bertanya pasal aircond kereta Alza, bila on suis aircond tu dia langsung tak berfungsi, blower tak jalan, compressor pun tak jalan. Apakah masalah sebenar sistem aircond kalau mcm ni? Terima kasih