Penggunaan thermostat pada sistem air kereta
Salam,
Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.
Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.
Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.
Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan enjin akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose atas pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.
Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.
Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat enjin tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Enjin sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.
Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali.
Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .
Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.
sejenis thermostat |
Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.
Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan enjin akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose atas pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.
Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.
Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat enjin tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Enjin sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.
Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali.
Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .
Wow.. heee~
ReplyDelete"..thermostat boleh dikeluarkan untuk lebih menyejukan enjin cuma pastikn ianya ditukar selepas dikeluarkan.."
ReplyDeletechup.. kompius.. sebenarnya? nak kena tukar ke bukak terus? tak payah pakai?
cik nad
ReplyDeletetak pakai pun boleh tapi kurang digalakkan ,tukar lagi baik dan prestasi serta keselamatan enjin lebih terjamin
salam..saya ada masalah dengan kerosakkan kereta saya..saya menggunakan enjin daihatsu L5 16valve (4 piston)..apabila saya memandu, air dalam radiator akan tendang masuk ke dalam reserve tank...semakin laju saya pandu semakin cepat air akan tendang..saya telah menukar radiator+cap baru untuk mengatasi masalah ni...tapi masih berlaku lagi..saya ada rujuk mekanik tapi dia kata BUKAN berpunca daripada head bengkok...betul ke macam tu? berapa kos baik pulih (skim) head balik kalau memang berpunca dari head bengkok? harap dapt membantu...salam...
ReplyDeletesaudara amiril kafy,
ReplyDeletemasalah air tendang semula ke tank adalah masalah silinder head,Skim head ,tukar silinder gasket.
Anggaran Kos sekitar rm400
salamkum, tksih atas info2 tentang pembaikan kereta oleh enck.berapa angaran utk tukat head gusket proton saga 1990 sebab kereta sya ada tnda 2
ReplyDeletehead gusket rosak .bidl engin dh panas akan keluar asap putih .radiator dh servis cap dh tukar wterpump ok termostat dh tukar kipas pusing laju cuma yg sya blum tk tukar sensor suis je.
wslm,kos kira2 rm1500
Deletesalamkum...nk tnya boleh ke suis sensor radiator rosak ? Camne nk tahu sebab kipas kereta sya pusing .dan berapa angaran utk tkar head gusket?Kereta sya proton 1990 asap putih keluar bila engin panas .Apa masaalah tu...waterpump ok radiator dh servis termostat baru tkar.tlng beri komen...
ReplyDeletewslm,asap putih banyak yang berterusan dan kadangkala bunyi ring2 pada bahagian bawah enjin tanda enjin bering dah haus ,begitu juga piston ring,kos pembaikan dalam rm 2500
Deletelagi satu camne nk bagi clutch lembut
ReplyDeleteselain dari tukar baru?
Tukarkereta baru.. Cia cia cia
DeleteKlac akan lembut jika bering klac lembut,ada terdapat alatganti klac yang kurang baik dan terasa sangat ketat ,gunakan jenama proton atau mitsubishi
Deletesaudara sazman22
ReplyDeleteasap putih adalah masalah piston ring yang dah haus dan kepanasan yang kurang ketara juga adalah tanda2nya juga
Saudara perlukan overhaul untuk tukar enjin bering dan piston ring.Bawa ke mekanik untuk overhaul.
Untuk lembutkan clutch ,kabel clutch kena diselaraskan jika clutch masih elok.Pusingkan sendiri kabel clutch dalam enjin pada dinding sebelah pemandu.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalam.. Sy baru beli kereta lama sentra n16 2003.. Masalah sy, air radiator dok kurang jer.. Tp kt tank spare, makin penuh.. Sy tmbah lg air radiator, jalan punya jalan, check esok pg nya, dh kurang.. Spare tank dh pnuh.. Apa nk buat, ek.. Mahal x? Mohon bantuan.. Terima kasih..
ReplyDelete@mEeradiator mungkin sumbat servis radiator,dan tukar water pump,kosnya sekitar rm300
ReplyDeleteRadiator dh servis sblm ni.. Tp water pump x tuka la.. Nk kne tukar water pump jgk ye.. Nti sy try tuka dlu.. Nti sy update ksudahnnya.. Utk rekod, dia jd klo sy "perah" enjin kuat, cth; naik bukit genting.. Temp x igt la.. Tp x smpai nyala lampu aladin lg la..
Delete@mEewater pump banyak membantu dalam sistem penyejukan enjin.
ReplyDeleteTerima kasih ats feedback yg pntas, en. Arsad.. Much appreciated..
Deletesalam, encik, adakah semua kereta menggunakan thermostat ?
ReplyDeletesaya menggunakan mazda BD, saya tidak pasti di mana thermostat saya ?
@Muhammad Firdaussemua kereta ada thermostat yang diletakan pada hujung hose atas radiator
ReplyDelete@Arsad mekanik
ReplyDeletesaya sudah membuka apa yang encik cakap, ternyata ianya benar, dan kebenaran telah terbukti apabila saya mendapat tahu thermostat kereta saya sudah dibuang, saya dapati berkarat, sangat berkarat. sedih dibuatnya..
apa yang perlu lakukan ?
@Muhammad Firdausthermostat berkarat tu maknanya dah rosak,tukar yang lain tapi jangan tak guna ia memudaratkan kereta.
ReplyDelete@Arsad mekanik
ReplyDeletemaksud saya adalah, thermostat itu memang tidak digunakan sejak 10 tahun yang lalu, patotlah suhu x naik pun. huhu. saya sudah menyuruh mekanik saya memasang semula thermostat. tetapi di dalam lobang thermostat tu berkarat. perlukah saya membersihkannya ?
@Muhammad FirdausBuka hose atas tersebut bersihkan termasuk tempat tinggal thermostat tu ,kalu tak sumbat nanti tak bersihkan
ReplyDeletesaya sudah menggantikan dengan pipe yang baru dan membersihkan nya semua. alhamdulilah. sekarang sudah selamat. dan tidak mengalami masalah kekurangan air lagi. saya mempunyai soalan.
ReplyDelete1.Adakah 'WAJIB' saya menggunakan coolant atau air pipe sahaja untuk radiator saya ?
Jika coolant, berapa botol yang perlu saya tuang ? Adakah saya perlu mengisi di tangki spare ? atau di radiator ?
2.Adakah kesejukkan aircond dipengaruhi oleh suhu enjin ?
Maksud saya, jika suhu enjin panas, maka aircond tidak berasa sejuk ?
@Muhammad Firdaus1)coolant biasa digunakan dengan nisbah 1:1 iaitu 1 botol coolant 1 liter adalah untuk dicampur dengan air 1 liter kira2 separuh dari tangki raiator mestilah dipenuhi coolant.Boleh juga menggunakan coolant pada tangki spare tidak menjadi hal.
ReplyDelete2)A/cond adalah sistem yang lain dan tiada kena mengena dengan kepanasan enjin.A/cnd kurang sejuk sebab kompressor,cooling coil,kondenser dan kipas sahaja.
salam...
ReplyDelete1)Mengenai pertukaran thermostat. Adakah ia perlu ditukar pada setiap kali sekian…sekian.. seperti mana pada waterpump untuk pertukaran timing belt yg kali ketiga, gearbox filter untuk 2kali pertukaran minyak gearbox, dll?..saya tak pernah tgk keadaan thermostart pada wira 1.5A (injection) saya itu…huhuhu
2)Coolant radiator kena topup lagi pada waktu yang macamana?..ada ikut millage ka?
3)Kereta saya guna bateri sel basah dan masuh menukar kpd sel kering tapi pemasangan sendiri. Saya nk tanya sikit, sebelum saya pindahkan bateri sel basah, terminal mana dulu perlu saya cabut terlebih dahulu? Dan setelah memindahkan bateri sel kering, terminal mana yang perlu saya pasangkan terlebih dahulu?
Terima kasih atas informasi yang diberikan…
Reset_root
@Anonymous1.thermostat bukan penukaran berkala,cuma jika ada masalah pada sistem sejuk kereta barulah thermostat juga diambilkira sebagai satu masalah.
ReplyDelete2.colant hanya topap sekali tapi jika keaddan kereta lambat menyejuk dan menyebabkan air cepat kurang topap dalam tabung reserve pon memadai.
3.tukar bateri sebaiknya cabut kabel negatif dahulu kaerana boleh meresetkan semua sistem elektronik yang ada.
Assalamulaikum.
ReplyDeleteSy menggunakan kereta satria neo auto tahun 2008.
Masalah saya yg baru saja terjadi ialah radiator saya cepat kering,tapi air spare tank melimpah keluar dan kadang2 mengelegak macam air panas kat spare tank tu.saya ada test awal pagi,dalam masa 20minit macamtu meter suhu dah naik setengah dan makin menaik.
Radiator sy dah flush sendiri,cap pun dah tukar,thermostat baru jer buang pas jadi mcmni,kipas berfungsi dgn cemerlang.harap dapat membantu...
@Prince Of Darknessw/salam,radiator perlu diservis dan waterpump juga perlu ditukar.
ReplyDeleteTerima kasih..tadi hantar buat pemeriksaan.saya suruh service radiator dan pomen tu cakap motor fan radiator yg rosak sb bila buka aircond,motor tu tak pusing highspeed sb tu overheat.
ReplyDeleteApapun terima kasih sb blog ni byk memberi info yg berguna.
Salam..saya mengunakn gen2 2005..masalah yg saya alami kipas engine tidak berhenti dalam tempoh yg lama setelah kunci di matikan.Adakah ia berkaitan dengan thermostat??
ReplyDelete@Anonymousw/salam,ia memang berkaitan thermostat,tukar thermsotat rosak tersebut
ReplyDeleteTerima kasih atas bantuan En.Arshad..semasa saya menukar thermostat pada gen2 saya terdapat skru size 8 di atas perumah thermostat..apakah fungsi skru tersebut??adakah terdapat langkah-langkah yg perlu di ikuti semasa menukarnya atau sekadar buka lock ring dan gantikan sahaja thermostat yang baru?adakah skru size 8 tersebut ada kaitan semasa proses penukaran thermostat?
Delete@Anonymoustiada kaitan dengan skru 8 tersebut,skru tersebut digunakan untuk menahan termostat dari bergoyang 2 lebih kuat.
ReplyDeleteSalam..lampu engine gen2 saya sentiasa menyala bila enjin dihidupkan.Tetapi bila aircond adjust pada level high semasa hidupkan enjin lampu engine tak menyala tetapi dalam setengah jam atau sejam lampu engine akan mula menyala.Saya sudah dianogsis system menyatakan fan error.Sudah tukar set motor dan kipas baru serta gantikan fius yang baru tapi lampu engine tetap menyala.Hartar kat proton SC pun mereka tak boleh nak solve.Pada pendapat encik apakah masalah yang dihadapi??Ada yang menyatakan magnet compresor problem.Ada bengkel menyatakan ECU dah problem.Berapa harga pertukaran ECU??perlu kah menukar imobilizer yang baru semasa reprogram ECU??Boleh tak encik syorkan bengkel yang bole melakukan petukaran ECU di kawasan Shah Alam atau sekitarnya.TQ
ReplyDelete@AnonymousAda pernah cuba cabut kabel negatif semasa enjin hidup tak?cuba dulu resetkan dgn cabut negatif bateri kmdn lekatkan semula selepas seminit,kalau mati maknanya reset je yang tak jalan.
ReplyDeleteEcu jarang problem cuma wayar2 yang berkaitan dengan sensor je selalu tak fungsi.
ECU tukar kat SC pon boleh tapi sebaiknya cuba dulu w/syop biasa yang buat wiring kereta,minta mereka periksa dulu.
salam..sy mengunakan viva 850..kipas radiator x berfungsi..sy dh tukar motor baru, fius baru(yg dulu putus..kereta x overheat semasa brgerak,jika berhenti lame jd overheat..apakah masaalahnye...minta tulung...
ReplyDelete@riey52w/salam,jika sebelum ini meter suhu telah mencapai merah ketika enjin panas ada kemungkinan head gasket telah terbakar dan menyebabkan overheating ketika berhenti.
ReplyDelete2.Sebaiknya servis dulu radiator dan pastikan kipas berpusing mengikut arah yang betul jangan terbalik pasang ,minta mekanik periksa.
Salam Admin, Moga sihat dan dirahmati Allah.minta pandangan sket pasal meter temperature Wira 1.5 saya yang sebelum ini kekal separuh kini melonjak ke takuk yang satu lagi (lagi 2 takuk nak ke H).semalam dah buat Servis Radiator (RM160) termasuk pasang thermostat (RM25), masukkan coolant (RM30) dan tukar fius suis kipas radiator (RM25)..tetapi masih lagi jarum temperature di takuk tersebut (lagi 2 takuk nak H) sama ada dalam kereta bergerak mahu pun berhenti.kipas jalan dengan ok masa enjin panas.apa masalahnya dan adakah bahaya kalau saya teruskan memandunya?
ReplyDeleteSalam Admin, moga sihat dirahmati Allah selalu.minta bantuan mengenai jarum temperature Wira 1.5 saya yang kini melonjak naik dari takuk separuh ke takuk yang satu lagi (lagi 2 takuk nak ke H) sama ada kereta bergerak mahu pun berhenti.semalam saya dah Service Radiator (RM130), pasang Thermostat (RM25), tukar fius suis radiator fan (RM25) dan coolant (RM30).namun jarum tetap di takuk yg sama.mohon sedikit penjelasan dan pandangan adakah situasi saya dalam keadaan bahaya untuk memandu Wira 1.5 sy tersebut.Tq.
ReplyDelete@Rahim Rahimmw/salam,bahay untuk dipandu tu tidak cuma bila ia panas enjin kereta terus mati tu saja.Gasket head dah pecah tu ,kena tukar head gasket dan skim head kena buat
ReplyDeletesalam en arsad.. sya nk tnya mngenai kereta wira 1.5 auto saya.. slpas overhaul sya tgok jrum suhu pda meter lambat naik sewaktu sya stat enjin pagi2.. kna tunggu lbh krang 5 or 10 mnit baru ok..
ReplyDeleteKereta tu overhaul sbb overheating coz air kering.
sebelum overhaul dlu trempreture tu ok naik ckit2 sbaik enjin dihidupkan..
Adakah makenik yg buat overhaul dh buang TERMOSTAT kereta sya??
kalau kerta wira kat mna kdudukkan termostat, coz saya nk check dlu ada atau tak..
Kalau tak pkai termostat tak pe tak..???
Trima ksih...
@Aielien doraemonwslm,penunjuk jarum wira adalah ditengah jika ia normal dan jika dibawah sangat dari paras tengah,tandanya tiada thermostat.
ReplyDeleteThermoatat ada pada hujung hose air radiator sebelah atas.
Tak pakai thermostat boleh tapi tak digalakan kerana air aliran terus banyak kesan sampingan pada enjin kereta
Salam, nak tanya dimanakah letaknya thermostat untuk kereta persona?.. Terima kasih..
ReplyDelete@aizat azharwslm,thermostat diletakan dihujung hose radiator sebelah atas didalam paip alloy
ReplyDeleteTerima kasih encik Arsad, saya dah berjaya tukar thermostat untuk kereta persona saya dan isu kipas masih berpusing apabila enjin dimatikan dah pun selesai..
DeleteSalam sy pki iswara 1.3 tahun 97,masalah kete bl bw laju dan bhenti di trafik light,temp akan naik.radiator da tukar double layer,kipas pusing kuat,sensor fan da 2kar, termostat da buang.apakah ia bpunca dr termostat dibuang.air dr spare tank xpernah kering tp ada kalanya air tendang.
ReplyDelete@Sharudin Mdshahwslm,tukar water pump insyallah ok
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAdakah ketiadaan thermostat akan menyebabkan enjin berbunyi kasar dan mengganggu kelancaran pemanduan
@Dhameeya 2810wslm,btul
ReplyDeleteSalam en mekanik. Saya memandu satria neo manual 2008 dan ada masalah kipas masih berpusing walau enjin dah off sejak 1-2 minggu lepas. Saya tangani dgn start enjin dan off kan balik smpai kipas stop. Tetapi semalam semasa tgh drive, tiba2 enjin overheat + bunyi nyaring mcm wisel. Saya berhenti dan sejuk kn dlm sejam lebih kemudian cuba start balik dan kipas enjin terus tak brfungsi + air radiator kering. kemudian sy isi air di radiator dan biar enjin running, kipas masih tak berpusing. Mohon pencerahan kepakaran en. Mekanik yg budiman.
ReplyDelete@adi putrawslm,kipas tak berpusing maksudnya motornya dah rosak.tukar relay bertanda RAD juga.
ReplyDeleteAssalm..saya mnggunakan satria 1.3 tahun 2000..temperature kereta saya tlh naik lebih dpd biasa beberapa hri lepas.apabila sy hntar ke bgkel,mekanik telah membuang termostat saya.kini temperature lbih rendah dpd biasa tapi bila saya cek air dlm radiator telah berkurang manakala air dlm tangki spare penuh.apabila saya tambah air radiator dan start enjin.keluar buih sperti buih teh tarik.sy telah tnya pd mekanik sy,dan beliau beritahu buih itu akibat dari buang termostat dan tiada apa2 kesan buruk.hrp tuan dpt bri pndangan pd situasi sy ini.
ReplyDelete@adi putrawslm,kereta saudara mengalami kepanasan berlebihan yang membakar head gasket dan perlu tukar head gasket atau buat top overhaul.
ReplyDeleteBuih tersebut bermakna enjin terlampau panas dan pada mulanya jika water pump ditukar insyallah head gasket tak terbakar
salam sy nk tnya mslh kereta sy..sy mngunakan satria neo 1.6..sy ad mslh temp gila kdg naek kdg turun..dlm perjalanan 7-8km jarum temp sy hmpir 100°c tp dlm berapa minit jarum temp sy kmbli normal..sy dah tuka moto water pum,moto dn fan blower,radiator,thermostat,cap radiator..bru2 ny sy trpksa tuka gasket head dan skim head skli dgn harapan mslh sy ny selesai.. tp ttp gila temp sy?air ok x keringpn...pomen ckp temp sy xd mslh wayaring sbb dy cek suhu mmg bacaan tepat jd sensor oklh kn? sbb bacaan fc sy bru 6.6..klu sy on ac lg cpt temp sy naek..mcm mn ye sy nk selesaikn mslh kereta sy? klu tambah kipas kt radiator blh ke?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@hafiz azaliwslm,saya rasa head silinder ada retak atau nipis sangat ,tambah kipas pun tak selesai maaalah melainkan head ditukar
ReplyDelete@hafiz azaliwslm,silinder head dah retak dan nipis,tambah kipas pun takan selesai masalah melainkan saudara tukar head tersebut
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@hafiz azaliwslm,perlu tukar head,head dah nipis dan mungkin retak sebab tu panas sentiasa berulang
ReplyDeleteassalammuailaikum en...sy sentra n16 2004..temp naik..semua bermula bila sy flush radiator..terus temp naik..sy dah tukar water pump,radiator cap,sensor temp,termostat,servis radiator...tapi masih naik...baru2 ni ok 2bulan bila buat bleeding angin...sabtu lepas sy flush radiator temp naik balik...buat bleeding ok sekejap...sy harap tuan boleh tlg...sy dah pening kepala.
ReplyDelete@Azahari Mahamadwslm,bila flush radiator,pastikan lubang angin dibuka dan biarkan sebotol air dilubang masuk air radiator setelah coolant dituang,biarkan sehingga kipas pusing ,semuanya ketika enjin dihidupkan,patikan buih takde ketika botol air diletakan diatas radiator sehingga kipas pusing
ReplyDeleteSalam... nk tahu sbb pa temperature naik bila jln sesak atau daki bkt, tangki baru lps cuci, water pump baru g. Kereta Nissan Sunny 1990 1.5cc sekali sekala da gak air penuh pd tank spare tp radiator da air.
ReplyDelete@Mazuki Ishakwslm,tukar termostat dan kipas radiator,motornya dah perlahan
ReplyDeletekreta ae101 blacktop, masalah temperature meter naik 1bar dari takat normal ketika memecut, suhu normal semula apabila enjin idle atau parking.. thermostat sudah tukar ..kipas sudah direct on
ReplyDeleteMohon bantuan Tuan
Blacktop ae101 masalah meter suhu naik 1bar apabila memecut, kembali normal ketika enjin idle atau parking..thermostat sdh tukar, kipas sudah direct on
ReplyDelete@RedLinesalam,servis radiator dan tukar water pump.
ReplyDelete@RedLinesalam,servis radiator dan tukar water pump
ReplyDeletekereta saya gen 2...bile mati enjin, kipas masih berpusing...piping dah tukar sbb aritu bocor..radioator dh servis...water pump pon dh tukar...terpaksa cabut bateri untuk hentikan kipas...bila pasang bateri semula, kipas masih berjalan...ape ye agak2 probs nye
ReplyDeletethermostar tukar
Deletesalam tuan, saya guna proton waja tahun 2000, masalah saya bila jalan jauh ,(lama) temperature akan naik.. saya dapati air penuh dlm spair tank.. matikan enjin selama 20 hingga 30 min, air masuk semula ke radiator. hidupkan enjin jarum suhu meter kembali ok.. masalah akan berterusan jika memecut, mendaki bukit dn prjalanan yg berterusan. mohon bantuan,, apakah perlu servis radiator sahaja tanpa menukar thermorstat
ReplyDeletewslm,tukar head gasket adalah jalan terbaik
Deletesalam tuan , saya guna proton waja tahun 2000 , meter suhu akan naik apabila memecut,mendaki bukit dn memandu dlm masa yg lama..saya berhenti dn matikan enjin.. saya dapati air dlm tangki spair penuh tunggu 20 hingga 30 min air masuk semula ke radiator (apbila enjin semakin sejuk).. kedaan akn jadi balik apbila memandu semula dlm keadaan yg sama.. perlukah saya servis radiator tanpa menukar thermostat ataupun thermostat harus dtukar.
ReplyDeletewslm,keadaan begini biasanya disebabkan head gasket yang dah terbakar tetapi boleh cuba tukar thermostat dan servis radiator cuma yang pasti keadaan ini akan tetap berulang selagi head gasket tidak ditukar
DeleteAssalaamualaikum tuan, saya pkai dihatsu charade lama, kereta saya baru nie temperature dya tak menentu, bila bawak temp dya naik sampai 3/4 tp bila drive jugak temp dya akan turun, dya tak constant,air saya isi,kipas jalan elok tp air dari radiator dya push ke spare tank, tp saya dah bawak ke kedai, mekanik tu buang thermostat saya, mekanik tu nasihatkan saya untuk buat top overhaul, selepas buang thermostat temp okey, tp bila dalam jammed temp dya naik jugak, saya nak mintak nasihat tuan, saya nak bawak balik kereta tu ke rumah perjalaanan jaoh untuk top overhaul, adakah boleh atau tak??
ReplyDeletewslm,head gasket kereta ini sudah terbakar,sebaiknya tukar asket dahulu sebelum dibawa perjalanan jauh.Jika thermostat telah dibuang enjin tetap panas keadaan ini adalah kritikal.
DeleteAssalaamualaikum tuan, saya ada kereta dihatsu charade lama, kereta saya baru ni mengalami kenaikan suhu yang tak sekata, kadang kalanya naik 3/4 tp saya terus drive suhu kembali turun, dan terus menerus tidak sekata, tp kadang kalanya naik dan saya berhentikan kereta, saya mendapati air dari radiator tolak ke spare tank, selepas tu saya bawak kereta saya ke kedai, mekanik telah buang thermostat saya, mekanik tersebut menasihati saya untuk buat top overhaul, selepas buang thermostat temp dalam keadaan normal tp bila dalam jammed suhu naik, saya belajar jauh dari rumah saya, saya ingin bawak kereta pulang ke rumah untuk dibaiki, adakah boleh atau tidak?? Terima kasih tuan
ReplyDeletewslm,sebaiknya tukar head gasket dan water pump sekali dahulu sebelum digunakan untuk perjalanan jauh.Saya rasa enjin ini tidak akan tahan lagi dan akan mati sendiri selepas kepanasannya tidak dapat dikawal lagi.
DeleteKancil kalau bwak laju suhu temp lebih dpd sparuh dan smakin mningkat klau kekal highspeed. Tp bla slowdown dia akn turun balik bwah dpd sparuh. Masalah apa ya tuan?
ReplyDeletewslm,suis coolant temperature tukar
DeleteSuis dengan sensor temperature benda yg sama kn tuan? Cecah rm50 tak?
Deletesuis aircond adalah yang ditekan dalam kereta manakala suis temperature berada dalam cooling coil dan terdapat alat yang berkeadaan sejuk yang mematikan suis pada kompressor,suis ini murah mungkin tak sampai rm100 tapi sukar untuk ditukar melainkan buat sendiri.
DeleteAssalamualaikum....masalah kereta exora saya adalah air di radiator kerap kering kalau jalan jauh tapi di tangki simpanan air naik@ bertambah.cap dan water pump dah tukar.radiator dah service.tapi suhu masih x stabil.kejap naik kejap turun.
ReplyDeletewslm,perlu tukar head gasket,sebenarnya ia telah lama pecah
DeleteBolehkah thermostat dibersihkan sahaja jika ia masih berfungsi. Bagaimana hendak pastikan ia masih berfungsi. Di mana posisi thermostat sebenarnya. Dalam article saudara di hujung hos bawah. Dalan jawapan kepada soalan berkaitan saudara nyatakan hujung hos atas. Mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteThermostat adalah gabungan komponen kimia yang bila panas akan mengembang dan menutup laluan air ke dalam laluan penyejukan jadi ia memang pasti tidak boleh hanya dibersihkan melainkan ditukar apabila fungsinya berkurangan.
DeleteLokasinya sentiasa tetap dihujung hos air sebelah atas!
As-salam..saya guna kancil 660. Bila jalan sesak atau kereta berhenti, temp naik dan enjin berhenti. Tapi bila on aircond, temp turun dan enjin kembali stabil. Masa tak on aircond, kipas radiator tak berpusing. Ianya berpusing bila on aircond. Terima kasih
ReplyDeletewslm,thermostat perlu tukar supaya kipas radiator berpusing dan ficd pula adalah untuk menaikan rpm ketika ada aircon
DeleteTerima kasih atas penerangan. FICD tu pun kena tukar ke?
Deletekalau rpm stabil tak perlu tukar tapi bila rpm drop bila ada aircon ficd ada masalah
DeleteBerbanyak2 terima kasih . Moga rezeki saudara dipermudahkan dengan keikhlasan saudara berkongsi ilmu dlm blog ini..
Deleteberapa kos tukar termostat tu?
ReplyDeletebawah rm100
DeleteNsib baik x buat lg. Kemarin tnya bengkel tu dia ckp rm200. Bengkel encik kat mna
Deletecuba wsyop lain,
DeleteSalam tuan,
ReplyDeleteWira saya berumur lbh kurang 15 tahun dan tak pernah tukar termostat.
Pada minggu lepas saya servis radiator di bengkel radiator. Tiada masalah apa-apa cuma kerana lama xpernah cuci.
Saya cadangkan pomen utk tukar termostat sekali tapi pomen kata xperlu tukar kalau xde masalah. Katanya air di dalam tangki bersih dan termostat masih ok walaupun telah lama.
Benarkah termostat tidak perlu ditukar selagi tidak rosak walaupun telah sangat lama dan mungkin berkarat?
Terimakasih
wslm,thermostat adalah alat mekanikal berkimia yang akan mengembang bila panas dan mengecil pada asal bila sejuk jadi bila ia agak lama kekuatannya akan menurun dan juga ia mudah karat apabila terendam lama dan juga boleh merosakkan dinding manifold bila ia berkarat sebaiknya jika telah tukar air thermostat juga diganti untuk mengekalkan prestasi sistem radiator dan kipas
DeleteTerimakasih tuan, ia sangat membantu :)
DeleteAssalam tuan pomen,
ReplyDeleteSaya memakai keta proton saga 1.5a 1990..temp selalu overheat...saya bawa ke kesai radiator...dia cakap coolant dh karat dan hose dah lama...better tukar kedua2 sekali total damage rm530 ....tetapi selepas tukar baru radiator dan hose baru tetap jarum gauge temp tidak ditahap normal...adakah ia sebab enjin failure pula atau ada sebab2 lain.
Tolong saya yang keliru
TKasih
wslm,enjin yang selalu overheat menandakan gasket head pecah,perlu ganti gasket tersebut
DeleteOk..tq sgt membantu
ReplyDeleteSalam.. sy azman pengguna Saga FLX 1.3M 2014. kereta hampir 2thun. masalah dihadapi pd mulanya kipas xberhenti slpas enjin dimatikan. kmudian dlm keadaan idle, temperature naik kpd 4bar (normal 3bar) dan aircond jd tidak sejuk. apabila kereta bgerak, temperature kmbali 3bar dan aircond sejuk spt biasa. apa kemungkinan kerosakan?
ReplyDeletewslm,tukar thermostat dan temperature coolant sensor,flush radiator,ganti air dan coolant juga
DeleteSalam encik arsad ,,saye pemilik kancil 850,,,saye bru jew hntar buat top set overhaul,,sebab overhet,,,tapi bile saye bukak penutup minyak hitam,,minyak hitam berbuih mcm bercampur ngan air,ape patut saye but
ReplyDeletewslm,hantar semula ke pomen tersebut,ini adalah tanda top overhaul tidak kemas ,grind valve yang tidak kemas menyebabkan air disedut ke dalam enjin
Deletesalam,kereta kembara saya selalu kena tambah air lepas perjalanan. Kadang2 kalo bawa terlalu laju dan bila buka bonet tangki spare akan mendidih dan penuh. Kelmarin suhu kereta sampai maksimum bila bawa kat highway.
ReplyDeletePomen tepi jalan cakap hos atas panas dan hos bawah sejuk,dan ni sebab termostat atau radiator sumbat.
Radiator pernah servis.
Baru2 ni saya bawa kereta ke tempat servis radiator,pomen tu buang termostat sebab tak ada sparepart dan lagi bagus kalo air mengalir satu enjin. Bagus ke tuan?
Tapi bila balik,air tangki tetap penuh dan air radiator tetap kurang..apa masalahnya tuan?
wslm,masalah sebenarnya adalah head gasket yang telah pecah,perlu lakukan top overhaul untuk mengembalikan semula kesihatan enjin,sebaiknya selepas buat top pastikan thermostat digunakan semula
Deletesalam encik,saya pengguna preve tahun 2012,masalah saya skrg ne ialah aircond kereta saya tidak sejuk.bahagian compressor yang tidak berfungsi manakala bahagian blower masih berfungsi.adaka maslah saya ini berkaitan dgn thermostat nya?
ReplyDeletewslm,kompressor mungkin telah rosak,jika hanya cooling sensor yang rosak tandanya samada terlampau sejuk atau panas seketika ,sejuk sedikit
DeleteSalam..saya guna gen 2 2012. Masalah air radiator/ spare tank akan kering/berkurangan. Radiator, termostat, dan haed gasket dah tukar tapi masih masalah tidak selesai.Moga encik dpt memberi penjelasan tentang masalah ini..TQ
ReplyDeletewslm,water pump dah kotor,perlu ganti
Deletesalam tuan. tumpang tanya.
ReplyDeletesimptom: air tendang dari reserve tank bila idle on aircond. off aircond air tak tendang. bila jalan on ke off ke air tak tendang.
repair yang dah dibuat:
1)waterpump tukar
2)radiator service
3)hose tukar
4)fan dah tukar
5)top overhaul dah buat
6)fan direct
7)thermostat buang
still dia tendang. adakah sebab cap reserve tank dh problem. atau fan saya tukar tu tak cukup untuk sejukkan radiator. sebab benda lain dah macam tak logik.
mohon penjelasan. terima kasih.
wslam,sebaiknya thermostat dipasang balik,cuba dulu kemudian beritahu saya jika ada apa2 perubahan,insyallah
Deletesatu lagi kipas jangan didirectkan!insyallah
DeleteSaya guna waja campro 2006. Masalah saya adalah pernah temperature naik hampir aras merah. Lepas tu saya tukar waterpump, thermostat, cap radiator dan juga coolant. Cuma saya dapati selepas tukar semua meter temperature berkedudukan setengah. Soalan saya adakah model waja capro 2006 meter temperature nya memang setengah bila dalam keadaan biasa. Termostat yang saya gunakan sekarang adalah untuk model gen2 sebab tokey kedai sparepare bagitahu sama saja.
ReplyDeletewaja campro meter temperature memang setengah
DeleteSalam..keta wira 1.3 sy bile jalan jauh suhu naik 100%.spare tank mlimph kuar.tp klu jln dkt2 ok.hos atas panas,bwh sejuk
ReplyDeletewslm,biasany jadi begini hanya jika head gasket telah terbakar
DeleteSalam....keta sy wira se 1.5 auto, masalahnya bila keta henti stop engin air keluar dri radiator bawah dlm 1 - 2 minit lepas tu stop, bila engin sejuk isi balik air, ok pula tak kuar pun air dkt bwh.....air kuar lepas bergerak dan stop engin je..
ReplyDeletewslm,water pump dah kurang baik,perlu diganti
DeleteNk tnya, di manakah terletaknya thermostat proton preve?
ReplyDeleteTerima kasih
thermostat sentiasa pada hujung radiator hose sebelah atas
DeleteAss
ReplyDeleteSya nk tya.sya guna krta gen2 2005.mslh krta sya bila jln jauh tangki spare pnuh.air kat radiator kurang.head gasket da tkar.thermostat
Da buang.tlong pncerahan tuan pomen...
Tuan nk tya.gasket head da tkar.thermostat da buang.air radiator kurang.tangki spare melimpah.tya kt pomen head rosak.mohon percerahan..
ReplyDeletethermostat jangan buang,ganti saja
DeleteAssalam tuan. Kat mana kedudukan temp coolant sensor utk satria neo. Kekadang kipas ni buat hal terutama bila jln jauh atau kena jammed. Kipas tak nak jalan bila aircond dah sejuk sgt. So temp akan naik. Selalunya saya akan off on aircond supaya kipas jln semula. Bila kipas jalan temp akan ok. Pernah saya drive dr kl hingga jb tanpa spare tank. Tp waktu mlm lah.dgn purata kelajuan 140 - 150 kmh walaupun tau spare tank tak ada. Sedar hilang kat seromban. Kes letak tank tak betul masa check air kat kl sblm bertolak balik ke pontian. Sampai jer pontian esoknya terus tukar water pump , tank spare dan thermostat. Tp masalah temp naik sbb kipas tak jalan ttp berlaku.
ReplyDeletewslm,coolant sensor terletak biasanya pada hujung kanan head berdekatan thermostat dan terdapat soket kecil padanya
Deletesalam tuan..saya pakai waja, masalah dia skang bila pasang aircong temperature dia terus naik..berapa kos nak baiki tu?
ReplyDeletewslm,tukar thermostat dulu,buang air ganti coolant,kosnya kira2 rm300
Deletesalam tuan tanah.nak tanya kenapa bila bkk ac temp naik?sebelum ni kipas rediator ke tiga2 skru semua cair.bila tukar moto kipas baru temp pulak naik.harap dapat membantu.kereta wira 1.5
ReplyDeletewslm,bila sampai cair bermakna kipas tidak langsung berpusing tetapi arus letrik masih aktif,sebaiknya tukar thermostat dan servis radiator supaya kipas berpusing secara auto
DeleteSalam makenik, saya memakai saga BLM 2008, semalam kereta saya temperature naik, dan terpaksa stop sbb berasap tapi reserve tank air masih penuh, ssebelum bergerak, air pada radiator masih ada dan penuh, disejukkan kereta dan bergerak semula, sampai di rumah, sudah matikan enjin tapi fan masih running dalam 10 minit baru stop, pagi tadi tetap isi air dan bergerak ke tempat kerja, tetapi temperature naik semula, air kering.. adakah ia sebabkan water pump rosak? atau thermostate problem, tolong makenik, sbb takut kacau enjin,
ReplyDeletewslm,jika meter temp mencecah garis merah ketika enjin overheat kemungkinan besar gasket head telah pecah dan perlu melalui proses top overhaul
DeleteSalam tuan, water pump & thermostate untuk saga harga sekitar berapa RM? Adakah temperature naik disebabkan minyak lebih pada enjin dan saya ada terdengar untuk saga BLM, kegunaan minyak hitam synthetic bagi saga blm akan membuatkan enjin bunyi seperti orang bertukang kerana tepet
ReplyDeletewslm,kes saudara saya rasa ialah sebab gasket head yang telah pecah sehingga enjin berasap akantetapi boleh cuba servis radiator,ganti water pump kosnya kira2 rm400.
DeleteMinyak enjin tiada kaitan dengan enjin yang panas cuma jika berbunyi kuat tukarlah kepada semi sintetik atau mineral
Minyak auto apakah yang elok di pasaran? sbb baru pertama kali memiliki kereta auto, dan ingin tahu anggaran harga
ReplyDeleteatf terbaik adalah pennzoil atau castrol
DeleteHarga minyak hitam yg sy dapat, RM145 betul ke harga ni?
ReplyDeletebetul
DeleteAsslm bro...kereta kancil saya naik temperature bila drive dlm sejam tanpa pasang air cond... kalu pasang aircond lagi temperature naik tinggi.... pastu air isi penuh pun jadi kering... coz melimpah keluar dr tangki simpanan... apa masalahnya bro.. p kedai pomen ckap kena tukaq gasket atau water pump...
ReplyDeletewslm,ini mesti tukar head gasket yang telah terbakar
DeleteAssalam bro .. sy pakai keta persona .. br2 ni bila sy smpi umah sy off engin keta tp kipas radiaator masih pusing dan sy on balik keta tp tak start la dan kipas tu behenti. Sy top up air dalm radiator dan banyak jgk lah air dlm tu kurang ... sy tgk kat bawah keta tak ada air yg kuar dr radiator .. apa sebabnya atau radiator sy leaking
ReplyDeletewslm,radiator terdapat 2 plastik hitam atas dan bawah dan diselangi dengan sirip2 halus,batu atau kerikil kecil yan masuk kecelah2 kipas mungkin melantun dan boleh membocorkan sirip halus dan plastik takung tersebut
DeleteOk.. so teruk ker masalah tu.. kalau repair pomen akan buat pe dan anggaran kos nyer brape yer
ReplyDeletetak,itu biasa kos repair sekitar rm350
DeleteAssalam Bro...saya pakai myvi 1.0 2008...tengah drive tiba2 airocnd jadi suam dan tempreture kereta naik...cek water pump jln dan air dlm radiator masi full...cuma bila off kereta bole dengar air mendidih dlm tangki spare radiator..ape problemnya?
ReplyDeletewslm,kotor/karat yang teruk dalam air radiiator,tukar thermostat,tukar air dan coolant insyallah ok
DeleteOk .. so kalau repair apa pomen akan buat .. anggaran kos repair berapa
ReplyDeleteBila enjin panas kipas akan berpusing sentiasa ,tapi jika tiada bocor radiator ,tukar thermostat,tuakar air dan coolant memadai,kos rm300
Deleteassalamualaikum bang...sy pguna waja thn 2000.mlsh yg sy hadapi skrg,tempureture akn naik ble jln jem.tp bla sy on ekon,tempt kmbali normal skalipn jln jem teruk.kmudian,sy off ekon,tempt naik smula smpai tahap 100%..kmudian,tempt turun smula kpd normal.sy benti n buka bonet smbil enjin msh hidup.sy tgk tmpt naik 100% kmudian brula dua2 kipas pusing.bla kipas pusing,brula tempt kmbali normal.sy on ekon,tempt normal je.sy dh tukar tempt suis dan termo suis bru.water pam,xde kbocoran sb sy dh tukar bbrapa thn yg lpas.air radiator dan reverse tank brada pd keadaan baik.coolant pn jumlah yg ckup.rsanya sy dh buat dan chek shabis mgkin.radiator pn dh tukar dlm bbrapa thn yg lpas.adakah mslh dr head gasket?.sb minyak bnyk liking.jika ya,brapa anggaran kos utk tukar gasket?..
ReplyDeletewslm,periksa panel meter dulu,kemungkinan ada masalah pada meter temperature bukannya masalah enjin panas.
DeleteJika enjin panas sehingga habis meter enjin tidak boleh dihidupkan langsung.
Kos tukar panel meter temp ialah rm200
Salam admin, tumpang tanya saya pakai satria 1.6 lama auto. masalah kereta saya meter temperature saya x berfungsi. jadi tak tahu keadaan kereta time bawa. so boleh admin terangkan apa yang rosak. meter lain rpm, meter kelajuan semua berfungsi dengan baik.
ReplyDeletewslm,tukarkan water coolant sensor berdekatan silinder head insyallah ok
Deleteterima kasih, agak² kos tukar ganti water coolant sensor mahal x?
Deletesama2 sekitar rm100
DeleteAssalamualaikum admin,sy nk tumpang bertanya,sy guna proton wira 1.3,maslah sy bila sy bw laju tempreature sy setiasa naik air tendang keluar dr tangki,lagi satu thermostat sy xguna lagi ape fungsi thermostat ye n berape angaran baik pulihnya
ReplyDeletewslm,sebaiknya thermostat digunakan semula,fungsi thermostat adalah membuka laluan air masuk ketika enjin betul2 sampai ketahap perlu disejukan,jika tiada thermostat banyak kesan sampingan yang akan berlaku,kereta wira ini perlu ganti head gasket kerana tanda2 air tendang keluar
DeleteSalam tuan tanah,saya nak tanya sikit. Air dalam radiator saya tendang masuk tangki spare jadi apa masalah dia ek? Apa yg perlu saya buat,overheat pun xberlaku cuma air radiator jer makin kurang dalam tangki spare makin penuh... mohon penjelasan terima kasih.
ReplyDeletewslm,water pump mesti diganti
DeleteSalam tuan tanah,
ReplyDeleteKereta Gen2 saya apabila berjalan jauh atau bwk laju, temperature normal, air cond sejuk. cuma selepas itu bila enjin dimatikan, dalam lebih kurang 30 minit selepas itu, apabila kunci dlm keadaan ON untuk hidupkan enjin, jarum temperature naik tinggi. Bila dah start enjin, temperature terus turun normal. Apa masalah sebenarnya tuan tanah..
wslm,masalah water temperature coolant sensor,gantikan sensor tersebut insyallah ok
Deleteterima kasih
DeleteSebelum saya tukar motor kipas saya air radiotar ok je,tapi selepas tu air radiator saya selalu kurang, tetapi tiada kebocoran saya lihat
ReplyDeletewater pump bermasalah,tiada kena mengena dengan moto kipas
DeleteKos anggaran water pump?
Deletekos sekitar rm200 barang saja
DeleteSalam..nk tnye saya enjin b20b head b16a..air radiator ade berbuih skit masa start pagi2,dan ade kesan air radiator tendang pergi ke tangki spare..ape masalah ye..
ReplyDeletewslm,masalah water pump dah karat dan menjadi perlahan
DeleteAssalamualaikum tuan, saya ingin bertanya.. Kereta saya wira 1.5 baru tukar head gasket sbb sblom ni bawak laju temperature naik. Alhamdulillah temperature dah oke. Tapi saya start enjin saya bukak cap radiator air radiator slow2 melimpah. Apa masalahnya ye tuan. Terima kasih
ReplyDeletewslm,tukar thermostat dan water pump insyallah ok
DeleteTuan, skrg ni lambang CHECK ENGINE menyala pulak. Apa sbb nya. Sbb sblom ni xpernah menyala.
Deleteada masalah sensor ,periksa diwsyop dengan scanner tools
DeleteSalam..saya mempunyai masalah berkaitan air dlm radiator kering serta menyebabkan air yg berada di dlm spare tank menjadi agak penuh serta mendidih.. Apa yg perlu saya lakukan..pada mulanya radiator leaking tetapi telah diganti dgn yang baru . .masa start bukak tudung cap radiator takde pulak air memancut tinggi sekiranya head atau block yang mengalami masalah..mohon pencerahan..tq
ReplyDeletewslm,pastikan kipas berpusing baik,tukar thermostat dan water pump insyallah ok
DeleteSalam..masalah masih berlaku.. Thermostat dan radiator telah ditukar..kipas running ok..
DeleteWater pump juga MESTI diganti,water pump amat kuat fungsinya untuk sejukkan air dalam laluan sistem penyejukan
DeleteOk..saya akan cuba tukar hari ni..nanti saya update. Tq sbb bagi pencerahan..
ReplyDeleteTuan, keta sy iswara lmst. Sblum ne temperature keta naik bla on aircond, wlaupun time jln ataupun idle. Dan air dlm radiator pun cpt kering. Sy hairan sbb radiator baru, so sy servis radiator & tukar cap radiator. Tp temperature msih naik lagi. Pastu sy buka thermostat (buka je tp x gnti yg baru) dan buat sketika smuanya ok. Tp baru2 ne sy rehat kjap dlm keta sambil on aircond. Time tu bru sy perasan yg temperature naik balik. Sy dah buntu akal ne tuan. Sy nak tambah lgi kipas radiator tp tkut msih x selesai msalah. Nak mnta pendapat tuan ttg msalah ne. Tq..
ReplyDeletemasalah water pump,perlu ganti water pump
DeleteTrima ksih tuan :)
DeleteTuan, awal pagi sy cek air radiator sblum p keja. Time tgh buka pnutup radiator tu tba kluar air dri radiator & terasa mcm ada tekanan angin dri radiator yg buat air tu kluar. Yg sy hairan, enjin lgsung x panas. Enjin sejuk pun air dlm radiator tendang balik time cek air radiator je. Sy nak tahu smada perkara ne normal ataupun x? Asal pagi je camtu. Sy da tukar water pump spt yg tuan syorkan hari tu. Tp buat masa ne air radiator x kering da cuma yelah, ne ada lgi msalah baru. Asal pagi2 je nak cek air radiator mmg dia tendang balik. Byk angin kot kt dlm tu. Hehe. Skrg ne nak mnta pendapat tuan apa yg perlu dibuat lgi. Adakah ini berpunca dri head enjin yg bengkok? Atau ada lgi msalah lain?
DeleteMekanik tak buang angin,ada skru satu dari hose radiator atas ke thermostat,masa enjin hidup ketika baru dihidupkan,buka skru tersebut dan tambah air radiator
Deletebiarkan seketika skru tersebut dibuka sehingga air radiator turun dan kunci semula setelah air radiator betul2 penuh tiada angin
DeleteOk tuan. Nnti pagi sy cuba buat. Trima ksih byk2 :)
DeleteTuan, sy dah cari skru yg tuan kata tu tp sy x jmpa laa. Skru yg sy nmpk pun kt distributer je. Emm. Ada cara x supaya tuan ble tunjukkan gmbr skru tu? Sggup sy cari skru tu tgh2 mlm ne sbb esk pagi nak awal g keje. Ne emel sy, edmondnaim.en@gmail.com
Deletepada hose besi bukan pada hose getah
DeleteSaya menggubakan kereta kancil 660 masalah sekarang jarum temperature naik sampai tengah dan kipas tak pusing bila buka aircond kipas pusing temperature turun.dah pergi 2 bengkel dorang taktau masalah ape.harap encik dpt mmbantu.
ReplyDeletekipas radiator rosak motornya perlu tukar motor kipas radiator
DeleteTapi bila saya on aircond kipas pusing.memang masalah motor kipas macam ni ke?
ReplyDeletepusing tapi kuasa tak sampai maksimum,sukar nampak pada mata kasar
DeleteSy ada masalah yg sgt memeningkan kepala..kete sy ni..civic sr4 1993 1.5 carburetor..manual...masalahnya temperature selalu naik tiba2..tapi tak lah sampai merah...yg memeningkan..sy dh buat top...potong head..tukar gasket head baru..thermostat baru..letak coolant..tangki baru..masalah nya..bila kita tgh memandu..tiba2 temperature naik..sikit..bila kita berhenti buka hood..tgk kipas tak jalan..temperature naikkk..smp satu tahap...kdg2 smp dlm pukul "10"..baru kipas jalan...ape masalah keta sy ni..sy check connector smua ok..motor fan ok..cuma timing hidup fan tu tak betul...KADANG2...kadang ok..kadang tak..tu yg pening..masa temperature naik..tgk kat reserve tank..air tak pulak tendang..mcm mne tu...ada idea?
ReplyDeletetukar water temperature coolant sensor insyallah ok
DeleteSalam,minta tunjuk ajar... saga blm temp naik bila buka aircond.aircond +laju pn naik jugak.tutup aircond semua ok.apa masalah saya sbnrnya?
ReplyDelete1 lagi,sebanyak mana termostat elok akan terbuka ?maksudnya adakah sampai spring nya rapat?
wslm,sistem penyejukan kurang kuat bekerja terutamanya radiator ,radiator perlu diservis dan pastikan juga kipas berpusing dengan baik,yhermostat juga perlu diperiksa berkemungkinan ia tidak bekerja 100 peratus.
Delete2.Thermostat yang baik ialah bilamana spring tetekan kebawah apabila air jadi panas dan mengalirkan air ke laluan penyejukan,yang paling baik ialah apabila laluan sebelah atas iaitu yang berbentuk cendawan terbuka luas,kadangkala spring rapat tapi ia tidak membuka laluan air akibay spring tidak tahan lagi dan lusuh
As-salam dan selamat berpuasa..livina 1.6(M) saya air dlm radoatornya bercampur minyak. Gasket head dah tukar, radiator dah flush guna chemical dan thermostat dah tukar. Masalahnya masih ada kesan minyak pada cap radiator. Adakah masalah lain atau saki baki minyak dahulu masih ada dalam radiator?
ReplyDeletewsalam,ada 2 hose penyambung transmission cooler pada atas gearbox yang dimasukan pada bawah radiator,jika laluan itu bocor ,minyak gear akan masuk ke radiator, radiator perlu ditukar
Delete