Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Mengapa masih terasa hentakan

Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining. 

Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi. 


 Fungsi absorber hanyalah sekitar 60 peratus dari bunyi bising dan hentakan kuat pada roda semasa pemanduan.Hentakan dan bunyi biasa terjadi bila terlanggar bump diatas jalan ataupun membelok dengan kuat iaitu hampir 90 darjah setiap kali belokan.








Absorber motor atau Absorber kereta yang telah rosak biasanya akan terdapat kesan minyak pada sekeliling badan absorber jenis minyak sementara absorber gas pula kerosakan dapat dikesan ketika pemanduan dimana badan kereta terasa berjalan seperti di atas jalanraya dan jika kita perhatikan dengan teliti badan kereta seperti senget kearah mana absorber gas tersebut rosak.

 Pengguna yang keliru akan penggunaan u stand atau upper arm /upper ball joint ini pula akan tidak mengedahkan komponen tersebut walaupun hakikatnya u stand adalah penyumbang sebahagian besar dari hentakan suspension kereta. 

 Di dalam rod end tidak kira samada ianya steering rod atau tie rod end atau ball joint semuanya terdapat bebola untuk menyelaraskan kedudukan roda semasa pembelokan disamping menyerap hentakan di atas jalan.Penyerapan hentakan oleh komponen-komponen roda ini hanyalah sekitar 40 peratus . 

Walaupun hanya 40 peratus akantetapi hentakan dan bunyi yang terhasil oleh absorber yang rosak kebiasaanya bergantung sepenuhnya kepada komponen-komponen yang disebutkan tadi.Ketika membelok absorber tertekan dan serapan hentakan akan hilang dan beralih kepada rod end dan u stand. 

Terdapat pengalaman kes dimana pengguna yang telah menukar absorber,spring dan joint masih mengalami bunyi yang kuat semasa belokan dan semasa pemanduan rata.Setelah ditukar u stand di kedai yang lain hentakan tidak terasa dan bunyi juga telah hilang. 

Ini bermakna hentakan bukan saja terhasil apabila absorber telah rosak malah melibatkan komponen kecil lain terutamanya u stand.Tetapi harus di ingat bukan semua kereta menggunakan u stand,hanya keret-kereta seperti Honda,Toyota dan banyak jenama dari Jepun saja yang banyak menggunakan u stand untuk penambahbaikan suspension yang lebih elok. 

Kereta dari negara kita kebanyakannya tidak menggunakan u stand pada pemegang absorber akantetapi menggunkan pemegang terus skru pada absorber. 

Secara kesimpulannya untuk menghalang dari hentakan dan bunyi bising suspension ini berulang adalah seperti berikut:-

1)Menukar absorber dan u stand serta 
2)Menukar absorber dan mounting

Comments

Mekanik Kereta said…
wslm,absorber baru saj tak membantu hilangkan bergesel jika spring absorber yang telah lemah tidak ditukar juga.Absorber spring ada peranan yang besar merenggangkan suspension kereta pada kedudukan yang sesuai
Unknown said…
Mohon tanya kereta grand livina ketika pusing kiri bunyi besi belaga dan undur ke belakang pun bunyi besi belaga
Mekanik Kereta said…
Periksa mounting absorber
kamarudin said…
Salam.. saya nk tnya. Sy pakai axia thn 2020. Buat kerja grab ehailing. Masalahnya bunyi tayar kuat sangat semasa lalu jln tidak rata. Klau jln elok tiada bunyi. Bearing tyr sudah tukr blkg depan. Absorber sudh tukr. Mouting absorber pn sudh tukr. Last sekali tukr tayar. Masih jg berbunyi. Mekanik pn tktau bunyi apa. Bunyi tayar dgn kuat masuk dlm kereta. Agak² nya apa lgi masalahnya.
Mekanik Kereta said…
wslm, ada sesetengah tayar memang keluarkan bunyi yang kuat setelah beberapa lama guna, cuma buni tidak ketara ketika jalan rata,tayar jenama siverstone contohnya memang agak bising,jika ingin lebih baik gunakan jenama yang lain seperti continental,dunlop,bridgestone,michelin,goodyear dan pirelli jika ada
Riduan said…
Salam tuan, sy nk tnya, sy pakai honda jazz 2016, kereta sy bila lalu jalan elok/rata ok xdak masalah tapi bila lalu jalan xrata, jln berlubang kecil., Line kuning dy jdi mcm keras dan x serap hentakan, keras habis segala bunyi dlm kereta, jadik mcm tayar tu keras plak, absorber sy cek masih ok lgi xdak msalah, apa punca ya ? U stand ? Absorber link ?
Mekanik Kereta said…
wslm,spring dah lembut jadi absorber terhentak keras hingga habis laga besi laluannya,nak ok ganti absober dan spring
Hilmi said…
Assalamualaikum, harap tuan masih menggunakan blogger ini, kalau ,bila rasa macam atas jalan, boleh rasa batu2 kecik tu. bila langgar lubang kecik pun rasa di stereng, bila Jalan tak rata, rasa kasar/gegar di stering, adakah sebab absorber? Boleh rasa dekat stering seakan ada part yang longgar/ball joint yang loose bila lalu jalan tak rata, harap tuan boleh selesai kan masalah saya ini.
Hilmi said…
Saya pakai alza, sudah hampir 5 tahun bawa ehailing menggunakan kereta ini
Mekanik Kereta said…
wslm ada 2 sebab mengapa bila lalu jalan tak rata stereng ada tindakbalas
1. Tayar yang makan tepi atau dalam
2.Lower arm bush/lower arm yang lusuh
3.stereng rod yang terlalu lembut

Bila terlalu sensitif walau batu kecil pun ada terasa di stereng biasanya adalah akibat stereng rod yang sangat lembut,perlu ditukar untuk kedua2 roda, absorber sangat sedikit mainkan peranan dalam membuatkan stereng gegar
Hilmi said…
Stering rod tu, tierod, reckend, atau stering reck itu sendiri?
Mekanik Kereta said…
ok muga mudah urusan,soalan dah jawab di atas
Mekanik Kereta said…
di hujung stereng rack ada stereng rod atau rack end,kalau tie rod dia sekali dengan lower arm
Oldest Older 601 – 613 of 613

Popular Posts