Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Mengapa masih terasa hentakan

Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining. 

Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi. 


 Fungsi absorber hanyalah sekitar 60 peratus dari bunyi bising dan hentakan kuat pada roda semasa pemanduan.Hentakan dan bunyi biasa terjadi bila terlanggar bump diatas jalan ataupun membelok dengan kuat iaitu hampir 90 darjah setiap kali belokan.








Absorber motor atau Absorber kereta yang telah rosak biasanya akan terdapat kesan minyak pada sekeliling badan absorber jenis minyak sementara absorber gas pula kerosakan dapat dikesan ketika pemanduan dimana badan kereta terasa berjalan seperti di atas jalanraya dan jika kita perhatikan dengan teliti badan kereta seperti senget kearah mana absorber gas tersebut rosak.

 Pengguna yang keliru akan penggunaan u stand atau upper arm /upper ball joint ini pula akan tidak mengedahkan komponen tersebut walaupun hakikatnya u stand adalah penyumbang sebahagian besar dari hentakan suspension kereta. 

 Di dalam rod end tidak kira samada ianya steering rod atau tie rod end atau ball joint semuanya terdapat bebola untuk menyelaraskan kedudukan roda semasa pembelokan disamping menyerap hentakan di atas jalan.Penyerapan hentakan oleh komponen-komponen roda ini hanyalah sekitar 40 peratus . 

Walaupun hanya 40 peratus akantetapi hentakan dan bunyi yang terhasil oleh absorber yang rosak kebiasaanya bergantung sepenuhnya kepada komponen-komponen yang disebutkan tadi.Ketika membelok absorber tertekan dan serapan hentakan akan hilang dan beralih kepada rod end dan u stand. 

Terdapat pengalaman kes dimana pengguna yang telah menukar absorber,spring dan joint masih mengalami bunyi yang kuat semasa belokan dan semasa pemanduan rata.Setelah ditukar u stand di kedai yang lain hentakan tidak terasa dan bunyi juga telah hilang. 

Ini bermakna hentakan bukan saja terhasil apabila absorber telah rosak malah melibatkan komponen kecil lain terutamanya u stand.Tetapi harus di ingat bukan semua kereta menggunakan u stand,hanya keret-kereta seperti Honda,Toyota dan banyak jenama dari Jepun saja yang banyak menggunakan u stand untuk penambahbaikan suspension yang lebih elok. 

Kereta dari negara kita kebanyakannya tidak menggunakan u stand pada pemegang absorber akantetapi menggunkan pemegang terus skru pada absorber. 

Secara kesimpulannya untuk menghalang dari hentakan dan bunyi bising suspension ini berulang adalah seperti berikut:-

1)Menukar absorber dan u stand serta 
2)Menukar absorber dan mounting

Comments

Mekanik Kereta said…
wsalam,housing brek mungkin berlaga dengan disc
Unknown said…
Honda crv 2014... ketika belok ada gegaran ditayar belakang.
Adakah dry sharft atau tayar dah rosak
Mekanik Kereta said…
ini biasanya sebab tayar makan sebelah dalam
nazreenhasan said…
Salam, saya nak tanya. Kereta kancil saya ada masalah apabila bergerak diatas permukaan tak rata, ada bunyi hentakan kecil di bahagian tayar kiri hadapan. Tapi bunyi tu hilang jika permukaan jalan rata. Saya dh cuba tekan pada setiap absorber utk check. Tapi tiada bouncing lebih dr 2 kali. Kancik dah berusia 19 tahun dan rasanya tak pernah tukar absorber sblm ni.
Mekanik Kereta said…
wslm,ini bunyi arm bush,tukar lower arm kiri untuk hilangkannya
Unknown said…
Mcm lama sangat nk rply, kancil saya pun berkeadaan mcm ni, dengan menukar semua mounting enjin, xde dah bunyi nk roboh..
Unknown said…
tukar mounting enjin.. setel masalah.. kos xlebih dalam rm400
Unknown said…
Mcm lama sangat nk rply, kancil saya pun berkeadaan mcm ni, dengan menukar semua mounting enjin, xde dah bunyi nk roboh..
wannie said…
Assalam encik..nak tanya..sy guna myvi 1.3 auto..kluaran 2013..baru2 ni..brek myvi sy kurang mcengkam..kena tekan rapat ke lantai kete bru brek cengkam..kenapa ye?dh p bngkel.buang angin..tp lps buat brek mengejut..mslh brek kurang cengkam jd lg..tq.
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu servis master pump atau ganti klac master pump kerana getahnya telah keras dan sentiasa masuk amgin
Hi nak tanya.. kalo nak tukar lower arm Myvi.. biasa berapa harga dia?
Mekanik Kereta said…
sekitar rM300
ahmad jimi said…
Salam
Saya guna wira 1.6. Belakang belah kiri adjustable kereta berbunyi "keletak keletuk" time bwk perlahan.. Tp yang peliknya time bwk 90km ke atas x bunyi pulak. Sy guna adjustable. Sy dh tukar sate. Tulang anjing. Absorber link. Adakah itu mounting punca bunyi.
ahmad jimi said…
Salam
Saya guna wira 1.6. Belakang belah kiri adjustable kereta berbunyi "keletak keletuk" time bwk perlahan.. Tp yang peliknya time bwk 90km ke atas x bunyi pulak. Sy guna adjustable. Sy dh tukar sate. Tulang anjing. Absorber link. Adakah itu mounting punca bunyi
Mekanik Kereta said…
wsalam,adjustable tersebut perlu diselaraskan
ahmad jimi said…
Maksudnya selaras kan sebelah yg berbunyi atau kedua2. Adakah adjustable sy dah rosak? Sebab xde leaking pun tuan.
ahmad jimi said…
Adakah adjustable saya rosak?
Mekanik Kereta said…
saya rasa ia memang rosak
Mekanik Kereta said…
buka terus adjustable tu dan cuba tanpa adjustable,jika ok ia memang rosak,tak perlu ada minyak keluar
Unknown said…
Salam nk tnya pasal ape stering huyun hayang bila bwk laju.pastu bila lggar bonggol n line kuning brgegar kuat n ade bnyi skru
Unknown said…
Harga lower arm wira berapa
Mekanik Kereta said…
kira2 rm350 sepasang
Mekanik Kereta said…
stereng rod dah lembut,perlu ganti kedua2 kiri dan kanan
Unknown said…
kereta saya saga flx 2012.. sya baru tukar absorber kiri kanan depan belakng..lepas tukar masi ada bunyi hentakan mcm besi2 longgar..itu masalah apa en.arsad?
Mekanik Kereta said…
Periksa teliti kedudukan getah pada absorber mounting dan spring,kadangkala bunyi ada sebab tidak diletakan dengan sempurna pada kedudukannya
Arntmr said…
Salam tuan,

Kereta Naza Sutera saya berbunyi 'berdentum' datangnya dari sebelah kiri tayar setiap kali hendak bergerak kedepan @ berundur. Apa yang perlu saya tukar? Lower arm ke? Steering rack ke?. Terima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
Wslm,tukar moun ting dan 2 batang drive shaft kiri dan kanan
Unknown said…
Assalamualaikum arsad.
Kereta saga blm saya setelah melanggar lopak air dan bila membelok kekanan steering tiba² jadi keras dan lampu brek menyala. Beberapa saat kemudian dia ok balik. Apa punca?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada soket wiring yang berkedudukan bawah enjin seperti pada power stereng dan gearbox,soket2 ini kebanyakannya kurang kukuh jadi bila terkena air komponen yang menggunakannya terganggu,jika dapat di kemaskan dengan pelekat atau pembalut insyallah ia akan lebih terjamin
Unknown said…
Kne gnti bush atau pon lower arm seketul...
Unknown said…
Salam tuan,
saya guna estima acr40w (4wd),sekarang ni ada bunyi seperti bearing di bahagian box rear axle. Apakah bunyi tu?brapa anggaran kos baiki?
Mekanik Kereta said…
wsalam,bunyi long shaft bearing ,kosnya sekitar RM600
Unknown said…
salam tuan , viva saya dh tukar pakai spring keras skit, skg mslh dia bile saya lalu jln x rata, ade bunyi kruk krak hentakan dekat bhgian belakg kete, boleh tuan jelaskn x ape mslh dia dan anggaran kos repair, terima kasih
Unknown said…
Salam tuan, mpv innova auto transmission sy bgegar terutama bahagian belakang bila masuk gear D. Tp bila dah kereta berjalan atau dalam keadaan N atau R ok. Mohon pandangan tuan. Tkasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar minyak gearbox belakang dan periksa bering long shaft bahagian belakang
Mekanik Kereta said…
wsalam minta mekanik letakan gegelung getah pada lingkaran gelung pertama dan pastikan spring benar2 diletakan kemas pada kedudukannya juga getah atas spring perlu ditukar,kos sekitar rm300
Unknown said…
salam tuan,saya menggunakan myvi tahun 2008.mnta jasa baik dan pandangan,bila pusing stereng ke kiri dan kanan tayar seakan pancit dan berat.tayar makan sebelah.dah buat alligment.sekejap ok.lepas tu jadi balik.bila jalan x rata terasa semua bergegar.ape perlu saya buat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,mungkin ada terlanggar kotak atau plastik
Unknown said…
Salam Tuan. Sy baru tukar bush lower arm. Ms pomen buka skru tu ada satu skru mmg ketat susah nk buka. Bila paksa thread skru rosak dan nut bhgn dlm utk masuk skru mcm da tanggal. skru Tak bole nk ikat da.pendapat tuan bole tak nut tu d welding blk bg kuat supaya skru bole d ikat ketat. Dan kat mn bole sy baiki masala ni.
Mekanik Kereta said…
wsalam,minta mekanik buat semula thread baru,ada alat yang boleh digunakan intuk membuat benang baru samada benang luar atau dalam
Unknown said…
salam boss..
myvi 2008 sy kalu jalan x rata ade ade kuar bunyi "ktak ktak"...
mcm ade bunyi besi berlaga besi...
adakah bunyi lower arm yg bush dah pecah atau stabilizer link yg dah rosak...
trima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya lower arm bush pecah
Unknown said…
Maaf saya bertanya...tuan ada buka bengkel ke?kalau ada dimana ya?
Mekanik Kereta said…
0193716023
Unknown said…
Assalamualaikum tuan saya baru tukar lower arm kereta viva...sebelum tukar pulas stereng kiri kanan tak dak bunyi apa2...lepas tukar lower arm pulas stereng ada bunyi...pomen cakap drive shaf problem...habis tu sebelum tukar lower arm tak der pulak bunyi...kalau pulas stereng semasa kereta bergerak berbunyi saya boleh terima...ini pulas stereng masa kereta berhenti pun berbunyi...adakah masalah pemasangan bal join...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,semak semula pemasangan,ada sesetengah lower arm yang mengalami tekanan yang banyak semasa dipasang akan ada masalah begini,buat alignment dulu!
Unknown said…
Assalaamu'alaikum bro mekanik..saya pengguna saga flx..baru 3 tahun lebih pakai..km 80k lebih..masalah kereta saya ni ialah, tayar depan sebelah kiri..bila jalan atas jalan raya yg tak rata atau bonggol, ada bunyi bising seperti hentakan yg tak sedap telinga nak mendengarnya..apa masalahnya tu ya bro? Agak2 kos pembaikkan dia bajet berapa nak standby?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar lower arm sebelah kiri kosnya adalah rm200
Unknown said…
Tuan, saya menggunakan proton wira 1.5 manual. Masalahnya sekarang, (baru berlaku) bila memandu ada bunyi yang tidak menyenangkan. Mulanya saya fikir spring pada seat tapi bila saya duduk pada kerusi belakang sebelah kanan, baru saya perasan bahawa bunyi dari absober. Sedangkan sebelah kiri tidak ada bunyi. Jadi, apakah pendapat tuan?
Mekanik Kereta said…
Biasanya jika berbunyi ia ada kaitan dengan spring yang lembut,mungkin kereta ini membawa beban yang banyak dan melembutkan spring serta melusuhkan absorber dengan cepat
Unknown said…
Salam tuan,
saya pengguna waja.. saya nak tya kenapa yer bila langgar lubang kecil je tapi bunyi nya mcm langgar lubang besar... kadang2 bila langgar jalan yg xrata pon bunyinya mcm kereta saya xde absober... boleh tuan bagitau ape yg perlu saya tukar serta kos.. tq tuan salam...
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar absorber link sudah memadai
RancakDC2 said…
salam bro... nak tanya skit... kalau lepas tukar absorber link belakang kereta kena buat alignment blik x?
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk belakang tak perlu
Unknown said…
Salam, saya guna kereta saga blm tahun 2008. Masalah sekarang bila lalu jalan yg ada line kuning bahagian depan kereta ada bunyi ketak ketak. Bila melalui jalan yg tidak rata kereta akan terasa terayun ayun dan bila memandu 50/60 km/h bunyi seperti mengerang semakin kuat bila kereta semakin laju. Apa masalahnya ya boss?
Mekanik Kereta said…
wsalam,absorber depan serta bush dan link telah haus,perlu ganti
Unknown said…
salam tuan.. kereta saya kalau tekan minyak secara lebih atau mengejut contohnya masa mula nak jalan kat trafik light akan ada rasa sedikit gegaran pada kereta terutama bahagian hadapan. tapi lepas dah jalan tiada gegaran dah. apa masalah atau komponen yg perlu diganti ye? pening dah saya mikir..
Mekanik Kereta said…
walam,gegaran semasa bergerak selalu b erkait dengan mounting gearbox yang pecah,gantikan
Unknown said…
Salam Tuan,

Kereta saya Saga FLX 2012 Manual.
Bila drive laju dan langar line kuning & lopak mesti terasa bunyi hentakan yang kuat.

Saya dah tukar absorber link, tie rod dan bearing roda hadapan.

Mohon pandangan dari Tuan.
Mekanik Kereta said…
Wsalam,absorber bush atau getah bahagian atas perlu ganti ,insyallah
Unknown said…
Absorber bush dengan absorber mounting sama ke Tuan?
Mekanik Kereta said…
tidak sama
Unknown said…
Lagi baik sebab, kalau terus lajak takut terlanggar. Hehehe
Unknown said…
salam

kereta honda city. Usia kreta dah 13 tahun. Bulan lepas baru ganti KYB absorber utk depan. tapi masalah hentakan still sama seperti sblm tukar. Abs mounting x tukar sbb x stok kat kedai part masa tu.

1.Masalah utama kereta ialah ketika melalui lintasan garis kuning...terasa hentakan macam nak jatuh dashboard depan.Utk makluman 2 tahun yang lepas baru ganti thyroid in dan lower arm bush.

2. Selain tu, ketika memecut di gear 3-4, terasa seperti kereta terhenjut-henjut. Gear lain takder masalah.

Mohon penjelasan daripada tuan.
Mekanik Kereta said…
salam kembali,

1.Absorber mounting perlu diganti untuk memberi lebih keanjalan pada absorber,manakala spring sebaiknya juga diganti.

2.Gear terhenjut akibat dari drive shaft dalam yang kurang elok
Unknown said…
Salam, soalan tambahan untuk admin. Tayar bahagian belakang saya juga berbunyi 'tak-tak' sama ada kereta membelok ke kiri atau ke kanan atau ketika bergerak lurus. Bawa ke mekanik check bearing. Dia kata bearing ok. Adakah ini masalah axle bush. Kalau nak repair berapa anggaran budget yg diperlukan? Atau mesti kena tukar axle bush 1 set ke? T/ kasih.
Unknown said…
Salam bos.. saya ada myvi 1.3 2008.. bila drive atas jalan yg bumpy.. kereta jd kuat bergoyang dan ada bunyi hentakan.. absorber pernah saya gantikan 3 tahun lepas.. perlukah saya menukar spring coil baru atau ada bahagian lain yang perlu d tukar..
-myvilama-
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti sping dan lower arm bush
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar axle bush saja sudah memadai,kos sekitar RM300
Unknown said…
hallo. tumpang tanya. Tayar kereta kenari saya akan lari sedikit jika memandu 100kmh keatas. dan bila lepaskan minyak , ada bunyi seperti melanggar line kuning tu. apakah masalhnya
Unknown said…
salam....saya pakai subaru xv..bila naik bongol bahagian depan ok tp bahagian blakang rasa mcm keras dan bila lalu jalan x rata, belubang besar/kecil bahagian balakang rasa mcm mmbuang skit dan bila bawa perlahan time jln jem badan keta rasa goyang.....boleh bgtau x ape mslah tu...
Mekanik Kereta said…
Ini masalah tayar,mungkin ada bengkek atau makan sebelah dalam,sila periksa di kedai tayar
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada bearing pada absorber mounting ,salah satunya mungkin keras atau kaku,perlu ganti bearing tersebut
anonymous said…
Salam,ada effect x kalau dah lebih 6 bulan x betulkan steering rack. Steering rack rosak disebabkan oil seal bocor. every month fill in power steering oil. Sbb kos 1 set steering rack baru agak mahal. Sekiranya lambat tukar steering rack ada effect apa2 x kat komponen lain.
Mekanik Kereta said…
wsala,tiada effect untuk lain2 komponen
Unknown said…
Salam Tuan,

Saya Shukry.

Saya telah servis absorber kenderaan yang digunakan hampir 7 tahun dengan menambah minyak & gas untuk mengeraskan kembali tekanannya.

Namun hasilnya masih sama iaitu ketika memandu dan melanggai bonggol,garis panjang atau lubang, keadaan tidak selesa yakni masih keras. Tidak seperti awal penggunaan yakni lembut/Smooth.

Adakah perlu ditukar springnya?

Minta pandangan tuan untuk perkara ini.

Maklum balas tuan amatlah saya hargai & ternanti-nanti.

Salam.
Mekanik Kereta said…
Wslm,servis hanya membantu sekitar 30-50 peratus sahaja untuk kekenyalan berbanding yang baru dari kilang,jika tukar spring pun ia tidak banyak membantu akantetapi jika tukar absorber baru dan spring kekenyalan dari shock absorber lebih baik
john said…
salam en. arsad..sy pkai saga flx.bila sy bawa muatan and speed akn ada bunyi dukdukduk kt bhgn dpn.klo drive sorg mcm xde bunyi.bleh tau apa mslh dia n brg ape yg prlu dignti skli dgn kos dia
Mekanik Kereta said…
wslm,absorber mounting mungkin keras perlu ganti
Unknown said…
Salam,,saya baru tukar drive saft..tapi bila stereng pusing pasti akan bunyi mengerot..bunyi di bahagian pemandu..
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa semula kedudukan drive shaft,ada kalanya tidak masuk penuh
Unknown said…
Salam tuan,

Saya pakai myvi, masa saya drive jalan straight akan dengar bunyi ktak, ktak mcm ada benda patah dekat tayar depan kanan kereta saya bunyi ketara masa lalu garisan kuning tebal dan naik bonggol.

Mintak pandangan tuan apa masalah yg saya hadapi.
Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,selain dari drive shaft dalam kegearbox telah lusuh ,ada juga bunyi disebabkan lower arm bush yang pecah dan koyak
Unknown said…
Salam. Saya tukar absorber mounting alza jenis bearing ke myvi. Tapi lepas tukar bila langgar lubang kecik pon bunyi mcm besi berlanggar. Kiri dan kanan berbunyi. Apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu periksa kembali kedudukan mounting absorber dan spring
Unknown said…
Salam.ada bunyi di tayar bila lalu di jalan tak rata.dah tukar absober dan mounting tapi masih bunyi.minta bantuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,lower arm
modit said…
Salam. Tuan grand livina 1.8 rase membuang ke kanan bila langgar zebra line dan bila jalan tak rata kadang kala melayang. Camane tu tuan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tayar yang makan sebelah dalam dan tidak rata atau bengkak biasa jadi begini,buat balancing dan tukar tayar,rim juga perlu diperiksa jika ada bengkok
Unknown said…
Assalamu alaikum

Kereta Avanza saya mengeluarkan bunyi mengaung seperti memandu ketika laju walau pun di pandu 45km sejam.
pada sebelah kiri bahagian penumpang
(Sebelah driver)jangka hayat kereta sudah memasuki 11 tahun.Tq En.Arsad.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada masalah bearing roda bahagian kiri tayar ,gantikan bearing roda kiri,in sha allah ok
Unknown said…
Salm bg nk tnye kereta saya rendah sebelah kiri apa punca nye yer bg viva stndart lgi satu terasa bising bila memandu bahgian tayar
Mekanik Kereta said…
wslm,spring absorber lembut sebelah,perlu ganti kedua belah
Salam Mekanik kereta, sy dlm dilema..civic fd2, guna adjustable suspension dgn pilloe ball. Masalah ada bunyi kluk kluk..check bushing, ball joint, tie rod end, link stabilizer, steering rack, lower arm..pomen tukar ball joint pd tie rod end kiri dn tukar bush pd lower arm..sebelum buat taya alligment, bunyi hilang tp lepas buat alligment berbunyi semula..pomen ckp absober..sy pegi check dgn kedai suspension..diorg check n revalve ..tp bunyi masih ada cuma tk sekuat sebelum revalve..sy hilang punca..apa punca masalah bunyi tu..terima kasih in advance
Salam Mekanik Kereta, civic fd2 bunyi kluk kluk kluk bahagian kiri dn kanan..guna adjustable suspension dgn pillow ball..dh tukar bush lower arm dn ball joint tie rod end..seblum alligment lepas tukar ball joint bunyi hilang..lepas alligment bunyi dtg balik..suruh pomen check semua bushing dn yg berkaitan termasuk steering rack..pomen ckp tk de masalah dn ckp absober problem..sy check ngan kedai suapension diorg check kata tk de apa2 masalah..sy dh tk tahu apa punca masalah ni..minta pandangan pakar
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu samada adjust kedudukan spring supaya sejajar dengan adjustable suspension atau apabila tukar absorber pastikan spring dan suspension diselaraskan supaya bila ambil corner tidak berbunyi begitu juga bila dalam kedudukan tegak
Mekanik Kereta said…
wslm,semak jawapan diatas saudara Mohd Izuwan
Unknown said…
Tuan saya pengguna kancil 660 2nd hand kilometre dah 19****.
Baru tukar lower arm kiri kanan,tie rod end kiri kanan dan drive shaft kanan.aligment n edjas chamber tayar dah buat.
Tapi kadang2 jika saya belok ke kanan 90 darjah kadang2 ada bunyi 'duk' sekali sahaja dan berlaku kadang2 belok ke kanan sahaja.
Apa masalah nya ye.
Sekian.
Mekanik Kereta said…
Semak semula skru pada ball joint lower arm disc,perlu ketat dan tiada ruang untuk bergerak,kadangkala pomen masukan tidak kukuh dan juga timbul sedikit
Ibnu Darus said…
Assalam Tuan Arsad. Saya Hasrul. Sy pemilik toyota wish 2011. Kereta saya bunyi berdengung di bahagian depan sebeleh kiri bila pagi2. Kadang bila parking lama pun ade juga bunyi kruk2 dan berdengung.Saya dh 2 kali tukar disk brake, skim disk, alligment. Tp masih berbunyi. Adakah ini masalah absorber atau bush or u stand. Minta pandangan.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah bering roda,perlu ganti bering
Unknown said…
salam..sy punye persona steering x rase sedapn lari ke kanan.aligmnt absorber lower arm steering bush sume sudah tukar..steering bergegar kalau lebih 100km.minta pendapat tuan
Mekanik Kereta said…
wsm,tukar bering roda kanan kemudian tukar tayar yang mana ada makan sebelah dalam
man0505 said…
Berisiko untuk memandu dan tayar menjadi mangsa
Unknown said…
Salam..sy pkai myvi auto 2013.msalah sy,bl start kreta nk jln mcm ade bunyi tersagat kt bwh kreta (masa gear brtukar)..tp bl brhenti tanpa mati kan enjin,nk jln semula ok je xde pulak bunyi tu
Mekanik Kereta said…
wslm,kadangkala banyak serpihan halus dalam minyak gear jadi ia kesat,flush minyak gearbox,ganti dan tukar autofilter
Khai said…
Assalam nak tanya , bila on dan nak jalan kereta saya bunyi sewaktu hendak gerakkn pada waktu pagi tapi bunyi kadang2 je , bunyi tu pon kejap jak then hilang dah .. kereta viva2009 bole tahu apa punca dan cara penyelesaiannya ??
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara perlu pastikan dulu dimana bunyi tersebut samada ia bunyi dari enjin atau komponen penggerak kereta,kebanyakan punca bunyi yang sekejap ada kemudian hilang adalah dari belting yang lusuh samada dari aircon atau dari alternator mahupun power steering
azizi said…
assalammualaikum tuan..masih aktif lg ke dalam blog ini. sya ad pertanyaan..berkenaan..bila melalui jalan tidak rata ..akan timbul bunyi krokk..krokk...kemudian bila langgar lubang akn terasa hentakkan kuat. apakah sebabnya dan apa patut ditukar?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar mounting absorber dan lower arm kiri dan kanan,in sha allah bunyi hilang
Unknown said…
Assalam abg mekanik..saya nak tanya kenapa kereta saya bila langgar lubang akan rase kesan hentakan sampai dekat stereng..kereta grand livina..mohon pencerahan...
Mekanik Kereta said…
wslm,lower arm bush dan ball joint terlalu lembut,perlu diganti lower arm kedua belah kiri dan kanan
Hafiy said…
Asslm tuan..
Tumpang tanya.. Masalah kereta kenari sa..ada bunyi bunyi di bhgia belakang.. Sdh ganti bush bulat yg 4 biji sebelah kiri dan 4 biji lagi sebelah kanan di besi panjang tu.. Tp Masih juga bunyi.. Apa masalah tu tuan? Apa lg perlu di ganti
Mekanik Kereta said…
wslm,absorber mounting perlu diperiksa samada bearing masih baik,jika tidak moubting absorber perlu diganti
Unknown said…
as slm tn. ..
honda civic fd bergegar bila jalan tak rata mcm pump tayar 300kpa try tukar 4 biji tayar baru tak jadi...tukar 4 btg absorber kayaba tak jadi. ..nak tukar ape lagi ye. ...
Hafiy said…
Bhgian belakang tu Ada Oksober mounting juga ka tuan..?
Mekanik Kereta said…
wslm,gegar boleh juga sebab mounting yang pecah samada enjin atau gearbox
Unknown said…
Masih active lagi tak blog ni? Sebab saya nak tanya. Saya pemandu kereta satria neo. Kereta saya akan membuang setiap kali corner. Sebab apa yaa?
Mekanik Kereta said…
masih aktif.gantikan mounting absorber bearing depan in sha allah ok
Unknown said…
Salam tuan,

Kenderaan sy jenis Mpv iaitu honda freed.
Telah menggunakan selama 8thn.
Pernah buat servis absorber iaitu tambah minyak dan gas. Itu yg dimaklumkn oleh mekanik ketika itu.

Namun masih lg terasa hentakan yg keras ketika melanggar garis kuning sebelum bonggol serta tidak selesa.

Adakah ada kena mengena dengan absorber,absorber link, spring atau mountingnya?

Boleh nasihatkan sy, jenis absorber yang harga sederhana dan sesuai utk honda freed?

Terima kasih ya!!
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti absorber dan spring,jenis APM sudah memadai
Unknown said…
Assalamualaikum Bos,saye nak tahu ape masalah kendereaan sye bile layan kone jerr rasa membuai rasa mcm tayar nk tercabut,bile atas haiway stering akan lari kekiri rasa kosong je aligmet dah buat,blcsg tayar pon dah buat klu braek stering gegar bos...persona 2008
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bila brek stering gegar itu tanda ada goncang pada disc,bering roda perlu ganti,bukan sebab rosak ,bearing tu longgar dalam disc
Unknown said…
Bos.sye pakai viva.bla pusing knn ad bunyi ktak2.bila pusing kiri ok bos.lagi bnyak pusing streng ke kn..lagi kuat bunyi n makin laju bunyi ktak2.npe bos.hrap leh mmbantu
Mekanik Kereta said…
Drive shaft kiri dan kanan telah sampai masa untuk ditukar,tanda nya ialah bila ada bunyi begitu
Unknown said…
salam tuan, kalau saya nak gunakan adjustable pada kereta satria, saiz tayar 195/60/15 boleh ke terus pasang adjustable tersebut atau kena tukar tayar yang kecil sikit?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh terus pasang
Unknown said…
Salam Tuan... Kereta sy jenis Proton Persona tahun 2012. Masalah pada kereta sy ini, apabila belok ke sebelah kanan akan ade bunyi "tak" "tak" "tak" pd bahagian belakang. Tp tak selalu la. kadang2 je bunyi akan keluar semasa belok. Ape masalah sebenarnya ea. Terima kasih
Unknown said…
Slm en arshad

Sy pki satria neo..bile lalu dkt jln x rate bhgian depan sblh kiri akn bunyi kuk kuk kuk..mcm besi blage..tuka lower arm kiri..tie rod end..mounting absorber..rack end kiri bunyi tetap ad.cek stabilizer ok x de mslh..drive shat ok..bile bwk lju steady..x gegar.cume bile lalu jln x rate je bunyi..pe pnyakit ny eh en?
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa kedudukan spring absorber,ada kalanya jika ia terkeluar dari kedudukannya walau sedikit saja bunyi akan terhasil
Mekanik Kereta said…
wslm,absorber mounting bahagian belakang perlu ditukar,in sha allah ok
Azrul Jamil said…
salam tuan..nak tanya, saya guna alza 2012, masalah saya bila membelok kekanan atau kekiri, steering jd tak stabil..bila membelok dia akan lawan arah secara sendiri..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat balancing dan alignment
Unknown said…
Salam,
Saya pakai honda stream rn6. Bila langgar bonggol ada bunyi nyek nyok belah belakang..Apa yang rosak yer??
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu ganti arm bush sebelah belakang untuk kedua2 bahagian roda
Unknown said…
Salam 2018 tuan.. Saya pakai double cab isuzu dmax model iteq 2010, nak tanya kenapa ye bila masuk jalan gravel/estet bhgian belakang terasa hentakan yg agak kuat bkn seperti sebelum ini tak terasa sgt.. Sy dah ganti absorber baru dan bush getah leaf spring belakang yg baru.. Saya suspek bush besi kat leaf spring dpn tu, benda tu boleh ganti ke atau dia satu set melekat dgn leaf spring? Mohon pandangan tuan²..tq
Nazmin said…
Assalam end. Arsad. Saya pakai livina tahun 2010. Bila stereng kereta saya belok ke kiri atau kanan dalam keadaan perlahan akan keluar bunyi duk, duk, duk. APA masalahnya tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,sebenarnya leaf pring adalah punca hentakan berlaku dengan agak kuat walaupun getah bush telah ditukar ,ada baiknya saudara tukar sekali leaf spring dan bush getah kedua2 belakang dan hadapan,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm saudara perlu gantikan drive shaft kiri dan kanan
Ashraf said…
Nak tanya bos2 semua.. APM ada keluar brand baru nama Shokz.. sesiapa pernah pakai? ni website dia www.shokz.my..

Nak beli kat Lazada.. murah tak? https://www.lazada.com.my/-i411847211-s596968335.html

Kalau beli absorber saja, tapi spring pakai yang sedia ada okay tak?
Mekanik Kereta said…
baik beli dikedai alatganti boleh tengok dan periksa terus keutuhannya,spring tak jadi masalah jika pakai yang lama
Unknown said…
Salam...kereta myvi Sy bunyi Tak .takk bila Naik speed bumper.dan bila Jalan Tak rata Ada bunyi kdek kdek...absb mounting (alza) daah tukar,low arm,sstabilize link Pon da tkr tp masih Ada bunyi..minta nasihat tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,ini bunyi yang datang dari lower arm bush yang senget atau nipis,perlu diganti ,biasanya hanya terdapat ganti lower arm keseluruhan dengan disertakan bush getah
Assalamualaikum..sy dh tukar absorber,Lower arm,absorber link kereta myvi 08"..Tapi masih ade bunyi hentakan pada suspensi bhgn dpn kiri dan kanan bila jumpa jalan yg tidak rata...Apakah kemungkinan kerosakan komponen lain...harap boleh bg bantuan..Tq
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika ganti absorber mounting dperlu ganti juga jika belum diganti,selain itu spring yang lebih baik harus digunakan untuk penyeyap hentakan
Pyancyti said…
Assalamualaikum saudara. Kereta alza..masa mula dulu stering rasa berat. Tp bila dh lm2 terasa ringan..apa sebabnya?
Unknown said…
Salam tuan..kereta saya honda crv gen 4..ada bunyi kluk kluk pada bahagian belakang kalau jalan tak rata..pomen cakap absorber ok..x rosak..
Saya ada pasang ultra racing anti roll bar..pomen suspect maybe sebab anti roll bar tu..boleh bantu saya nk srlesaikan masalah ni...
Mekanik Kereta said…
wslm,benar anti roll bar tersebut mengganggu kedudukan spring dalam absorber dan berbunyi
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika terasa berat ia tanda ada bocor pada hose atau seal pada stereng rack,gantikan hose yang terdapat tanda kebocoran minyak power stereng
Unknown said…
Kenapa masa mula2 pasang anti roll tu xde bunyi? Baru sebulan ni yg berbunyi...anti roll bar tu kena pada spring ke?
Mekanik Kereta said…
ada kemungkinan ia tidak dipasang kemas dan spring beralih
fatisma said…
Assalamualaikum tuan, mohon pencerahan. Sy pakai vios 2009. Dh bbrp tahun kereta sy Bila membelok atau naik bumper bunyi mcm 'kelekuk' pd tayar depan. Sy dh bw ke Toyota servis. Tp Bila test drive bunyi tu xde. Pagi2 Bila bw keluar parking n pusing stereng, bunyi 'kelekuk2'. Sy dh tukar lower arm n absorber. Tp bunyi msh ada. Bila driving jalan yg xrata cth berbatu bunyi tu ada. Mohon bantuan tuan
Rhea said…
Aktif lg ke blog ni? Dh 2019 ni huhu
Mekanik Kereta said…
masih aktif,kenapa tu?homepage juga ada post baru,in sha allah
Unknown said…
salam, nak tnya kereta saya saga blm bila belok ke kiri dan kanan ade bunyi(tak tak tak) dekat belakang..ape mslh ye
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada stabilizer digunakan ,perlu selaraskan semula,jika tiada bush untuk arm belakang telah nipis
Unknown said…
Bos nk tye.baru je tukar spring keta.tp ade bunyi spring bergesel.ape punca ya?
safawi rashid said…
salam , sye nak tnye sikit , kereta sye ade keluar kan bunyi time belok , lalu bongol atau brek bunyi nya datang dari tayar hadapan belah kanan .. boleh sye tahu ap penyebab nya ? bunyi die mcm ni tukk tukk tukk .. kereta proton satria 1.3 , harap tuan dpt membantu .. terima kasih
Mekanik Kereta said…
perlu periksa semula,kedudukan spring tidak tepat pada kedudukannya
Mekanik Kereta said…
wslm,nama seakan2 safawi rasid,penyerng hebat malaysia dewasa ini,terimaksih singgah diblok saya,masalah bunyi yang saudara katakan itu adalah bunyi lower arm
bobobo said…
salam encik..saya nak tanya..saya guna kereta wira aeroback manual taun 2002..stering saya problem..saya pusing die sangkut2 dan berat sikit..tpi bile da jalan masuk selekoh kdang2 je sangkut..apakah punca nye?
Anonymous said…
Salam tuan,sy baru pakai suzuki swift 2nd. .kenapa dekat dashboard ada bunyi bila kita masuk gear d atau reverse? Timing rendah ke ataupun ada problem lain??kereta keluaran tahun 2012
Mekanik Kereta said…
wslm,ketatkan semua skru dashboard,inshaallah bunyi hilang
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan stereng rod kedua2 belah kiri dan kanan,in sha allah tiada berat lagi
Frankaboo said…
Salam tuan. Kereter saya perodua alza.mileage baru 5000 alza baru.. bulan lepas saya terlanggar lubang dlaam 1 meter belah kiri. Rim tayar termasuk ke blkg.lepas tu sy hantar kee bengkel utk tarik caster.tukar lower arm,adsober link,adsober mounting,masalah skrg masa belok ke kiri lalu lubang kecik dlm keadaan slow ada bunyi atau free play. Boleh rasa dgn pegang steering.

Engin sejak time jalan xde bunyi hentakan. Tp enjinn dah panas atau jalan dlm 30 minit panas ia akan keluar bunyi atau free play.adakah problem dia dkt adsober atau tie rod end ball joint?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada free play banyak,buat alignment in sha allah bila disukat termasuk ketatkan camber freeplay akan hilang
Unknown said…
Semua kereta sama ke?
Unknown said…
Semua kereta sama ke
Apex said…
Salam..masih aktif lagi tak admin dlm ni?..ada pertanyaan ingin sya ajukan sekiranya masih aktif..
Mekanik Kereta said…
wslm,masih aktif soalan apa itu?
Apex said…
Saya pakai satria 1.3 tahun 1999.. Sya dapati kedua2 tayar hadapan terlalu rapat ke bahagian blkg(cover yg elak lecak tuu😅).. Dan terlalu ketara nampak banyak ruang dihadapan tayar..sampai kan pakai size tayar 195/55/r15 pon boleh bergesel dgn body bile saya brek.. Utk maklumat,saya pakai absorber persona (kesemua 4 side) .
Soalannya,

1.apakah punca yg menyebabkan posisi tayar rapat ke body blkg?

2.adakah penggunaan tayar berlainan spec(dua2 tayar depan 195/55/R15, dua2 tayar belakang 195/60/R15) boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain ?

Trima kasih..
Mekanik Kereta said…
1.Periksa chasis
2.tidak rosak cuma chasis ada masalah sebaiknya periksa chasis dulu
Unknown said…
Absober yg elok untuk viva..
Mekanik Kereta said…
Gunakan MMC atau monroe sudah memadai
ARIF said…
salam bang, nk tye baru nie saya ada terlanggar bonggol dan hentakan yg kuat, selepas kejadian tersebut bila saya membelok ke kiri ade bunyi seperti burung( cit, cit) bila membelok di bahagian kanan belah depan, tau ke problem apa, bila pergi kedai servis die kate bukan lower arm dan driveshaft..adjustable nampak x de licking nmpak ok..tau ke problem ape?
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi spring absorber,kemungkinan beralih kedudukan dan jadi tidak tepat dalam housingnya.
Segala sistem yang berhubung kait dengan suspension kereta saya, semua telah ditukar ganti dengan yang baru. Namun selepas adjust camber dan alignment mula kedengaran bunyi getah bergesel. Bunyi "eikk..oukk..eikk..oukk..". Bunyi berkenaan sangat menggangu pemanduan saya. Jadi, apakah sebabnya?
Mekanik Kereta said…
Periksa kedudukan spring absorber ada kalanya jika ia tidak berada dalam kedudukan yang tepat pada mounting atas dan bawah akan ada bunyi demikian
Unknown said…
Salam...kereta sya iswara 1.3 2001 dan sya nk tnya knapa kreta sya senget sblh kanan dlm 1.5 cm turun cm tu dgn blkng knan pn ikut senget jga..absorber kdua2 blkng dh tukar cma absber dpn jer blm..dan yg ke2 knpa blkng kreta sblh knan sya kuat bergegar dlm jln yg x rata dgn pintu blkng knan pn ikut skali tp axle bush blkg dh tukar smua..tlg bg tip tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,spring absorber juga perlu tukar kerana ada spring yang lembut sebelah akibatnya kereta nampak senget. Gegaran akibat chasis yang tenggelam boleh diperiksa dan dibaiki
Unknown said…
assalam.. saya ingin bertanya ni.. normal kaa absober kereta kancil tinggi sebelah kiri?? pada hal spring baru absober baru.. tpi maseh x belend dengan belah kanan kereta..
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ia nampak tidak sama rata ,saudara perlu periksa pemasangan mounting absorber,kadangkala ada juga terdapat kedudukan spring tidak didalam tempatnya jadi ia tidak sama rata.
Anonymous said…
Assalamuaalaikum..sya nak tya serba sedikit berkaitan dengan kereta sya iyelah perodua viva.baru2 nie sya dah tukar lower arm dengan absorber namun terasa seperti hentakan yg kuat umpama mcm kereta lower spring.pe masalah tue ya..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,absorber baru masih kuat menganjal,begitu juga mounting baru,masih kukuh manakala spring pula lembut,untuk dapatkan keadaan anjal yang baik spring juga perlu tukar
Fanash said…
Salam...sya pakai kreta honda ef...maslah kete nii bila kreta revers pusing stering kekiri atau kekanan kereta bergoyang truk pas 2 tyar macam x jejak tnah bergesel spin..pas 2 kete menjadi berat nk jlan...bila jlan lurus stering x ad plak lari. Elok je.. Bnyak jugak da tkar tp sama ja. Lower arm baru,upper arm baru tayar baru,rim baru exober baru...rasa2 yg sebetul nya ap yg rosak ye bang
Fanash said…
Sya coment x bley knp
Mekanik Kereta said…
cuba lagi,
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ini sebenarnya adalah ada bahagian tayar terkena dinding kereta jadi ia akan terasa terangkat sebelah,perlukan alignment semula dan minta mekanik semak semak teliti camber dan pemasangannya ,kadang2 ia lari baanyk dalam kelongsong skru
The wan said…
Assalam tuan nak tanya.sye baru tukar absober depan belakang.absober belakang bunyi kuat hentakan bila lalu bonggol.absober belakang pun rasa keras sangat. saya pakai honda city.mohon pendapat tuan.t.kaseh
Mekanik Kereta said…
wslm,kebanyakan absorber baru perlu ditukar sekali dengan spring baru juga,ini kerana kebiasaannya spring lama telah lembut dan menyebabkan bila absorber ditukar baru ia melantunkan kembali dan jadi tidak seimbang dengan kekuatan absorber dan terasa keras.
Unknown said…
Asslamualaikum
Sy pakai honda civic so4/ej7..

Bahagian dpn dan belakang selalu berbunyi so sy tukar semua..

Depan
1 arsober sepasang
2 mouting arsober
3 upper arm sepasang
4 lower arm sepasang
5 stabilizer link sepasang

Belakang
1 arsober sepasang
2 bush paha besar sepasang
3 rear upper arm(tulang anjing) pendek sepasang
4 rear upper arm(tulang anjing) panjang sepasang

Lps pasang semua still ada bunyi lagi di bahagian dpn...ada rasa hentakan kat kaki area driver..tok tok...mcm org duk memukul...
Kadang jalan rata pn still berbunyi

Pomen kata semua ok dah pasang ketat
N dye buka n pasang balik 2 kali...semua ok..
Tapi still ade bunyi??adakah masalah stering rack??
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa bush untuk stereng rack,rack tersebut dilekatkan pada dinding body kereta dan ada bush bergetah yang juga boleh menyebabkan ia bunyi dan terasa pada area kaki driver,gantikan getah tersebut supaya ia padat dan tidak menghentam dinding kereta ketika bergerak
Mohd Shahrir said…
Salam tuan..nak tanya..kalo sy tekan pedal dengan sdikit henjutan(pickup) ketika memandu,kereta sy akan ada bunyi..setiap kali henjut..akan ada bunyi di bhgn bawah depan kereta..adakah ini disebabkan absorber?atau di sebabkan Enjin mounting?tpi dashboard sy tidak bergegar..harap tuan sudi menjawab persoalan sy ni..terima kaseh..
Mekanik Kereta said…
wslm,bila kita tekan pedal enjin mengalami sedikit impuls terutamanya pada bahagian mounting,ada 2 mounting enjin kiri dan kanan dan ada juga enjin yang mepunyai cross member yang mempunyai 2 lagi mounting,saya agak pasti ada antara mounting tersebut telah pecah dan menyebabkan bunyi bila pedal minyak ditekan,perlu gantikan yang pecah tersebut
Unknown said…
Asslm Tn. Sy ingin bertanya, berkenaan bunyi degup... Degup... Dari belakang sebelah kanan kereta alza saya. Sy gunakan adjustable dan 2 minggu lepas terkesan bocor di sebelah belakang kanan. Sy dh pergi buat service dan selepas dipasang baru timbul bunyi itu. Jika pemanduan sorg mmg xda bunyi, bia bawa penumpang jelas bunyinya apabila langgar bonggol.

Mohon tunjuk ajar tuan utk tindakan saya nanti.

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya ini salah pemasangan ada sedikit bergesel,perlu pergi semula tempat pasang dan periksa kembali,beban bertambah saja bunyi,tanda ada bersentuhan akibat beban
tanpa nama said…
Salam tuan.kereta saya ade masalah bile langgar bumper akan berbunyi,,saya dah hantar 2 bengkel. bende yg ditukar tie rod,bush dan lain2..tapi still berbunyi jugak..kereta saya toyota ist tahun 2005..kereta lama dan tak byk kat malaysia.tuan buleh cadangkan bengkel2 yg baik dan buleh layan kereta mcm ni tak,terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,jika dah tukar lower arm sepatutnya tiada bunyi lagi tetapi jika ada bunyi ini adalah berkaitan dengan absorber dan mounting,Perlu ganti juga
Nike said…
Salam..Saya nak tanya..sya pakai kereta myvi 1.5 SE tahun ni dah 4tahun lebih saya guna..baru2 ni kereta saya absorber belakng belah kanan lebih rendah dari kiri dan setiap kali bwak krte semasa di bonggol klau bawak laju dan muatan Penuh ad bunyi sprti tyr bergesel tak tahu dengan apa.lepastu saya dah tukar absorber baru.masih bunyi juga..kenapa ye?? Mohon bantuan penjelasan..trme ksh

Popular Posts