Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Tuesday, May 22, 2012

Ini bukan untuk curi kereta


Pada ketika kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian ada kalanya kita lupa dan tertinggal kunci kereta di dalam kereta.

Kecuaian ini sering terjadi dan menjadikan satu masalah yang rumit bila memikirkan bagaimana hendak mengambil kunci kereta sedangkan pintu telah terkunci dari dalam samada secara automatik mahupun manual.



Memecahkan tingkap kereta sebagai satu penyelesaian akan melibatkan kos yang tinggi bila menggantikannya semula oleh itu suatu kaedah atau cara mungkin menjadi satu penyelesaian yang paling hebat pada waktu itu.

Perhatikan 6 gambarajah dibawah yang mungkin bisa membantu diwaktu tersebut.Apa yang diperlukan hanyalah sebatang dawai panjang berukuran 1 meter yang agak keras dan tebal dan sesuai untuk dimasukan ke ruang cermin tingkap kereta.

Dawai sedemikian boleh didapati dari penyangkut baju (berdawai) yang senang diubahsuai menjadi alat untuk membuka kunci pintu dari luar.

Teliti gambarajah DIY membuka pintu kereta jika tertingal kunci di dalam kereta.Tindakan pantas diperlukan bila alarm kereta berbunyi.Jika dilakukan dengan cara dan alat yang diubahsuai tadi dengan betul pintu dapat dibuka dalam masa 5 minit sahaja.Matikan alarm denan kunci setelah pintu dibuka.


 DI SINI

Semuga apa yang dipaparkan ini dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk digunakan bila berlaku kecemasan,juga diharap jangan disalahgunakan.

20 comments:

  1. DIY yang amat berguna bila kecemasan!

    ReplyDelete
  2. Very useful. Tapi takutnya memang apabila digunakan untuk curi kereta.

    ReplyDelete
  3. Aduh gimana ni mbak ira,postnya nakutin orang sih!

    ReplyDelete
  4. tetapi kadang2... ada yang memasang panel keselamatan...

    ReplyDelete
  5. saudara whoamieitismie,

    jika dipasang panel cara untuk membuka pintu masih sama tetapi pendekatan yang berbeza

    ReplyDelete
  6. ade x jual hydraulic bar yg kat dlm enjin kelisa tu ? huhu


    nak jimatkan minyak kereta x ? cuba ni ..

    ReplyDelete
  7. cikgu ganu,

    Belum ada lagi.Boleh jimat minyak ke ni?

    ReplyDelete
  8. Anonymous23/8/13

    Sangat b,guna dan m,bantu bro...thanx very3 much.

    ReplyDelete
  9. Hi..jika dpasang panel, pendekatan mcm mana yee boleh digunakan?

    ReplyDelete
  10. Salam kunci sy tertinggal dalam kereta..mcm mna ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tengok video di atas bagaimana buka pintu,jika tiada kunci spare

      Delete
  11. Kalau mmyvi mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga,yg perlu ialah tanggalkan getah penghadang cermin

      Delete
  12. nak tanyer klaw upah untuk mekanik berpa yaa klaw dlm kes pintu terkunci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 percua,biasa ekanik ambil rm20

      Delete
  13. Kereta alza mcm mana nk buat ya kalau kunci tertinggal mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa juga gunakan kaedah sama seperti di atas

      Delete
  14. Kunci Honda tetinggal didalam

    ReplyDelete
  15. Kalau kereta Myvi macam mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih sama,gunakan car tekan dengan pembaris atau dawai dari pintu

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,