Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, June 14, 2012

Mengapa gasket silinder terbakar apabila enjin panas

 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya.Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.

 Jika terjadi overheating meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu.Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima ,jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).

 Akibat daripada kepanasan tersebut keadaan seperti enjin berbunyi kuat,berbau hangit,asap berkepul dan enjin mati sendiri adalah keadaan akhir selepas overheating berlaku.

Komponen penyejukan enjin

Komponen-komponen yang berkaitan untuk mengawal suhu enjin supaya tidak mengalami kepanasan adalah seperti berikut:-

1)Radiator
2)Water pump
3)Water jacket
4)Kipas radiator
5)Thermostat
6)Enjin blok
Diantara 6 komponen tersebut hanya enjin blok yang berfungsi tetap dalam enjin untuk mengawal suhu sejuk untuk enjin beroperasi. Diatas blok enjin terdapat llubang-lubang kecil yang akan dilitupi dengan air untuk mengawal kesejukan dari dalam bila enjin dihidupkan.

Air yang berada pada lubang-lubang kecil tersebut akan berada kekal sementara silinder gasket berfungsi menyekat air dan minyak hitam  dari memasuki ruang pembakaran .Di sinilah fungsi sebenar gasket silinder yang bertujuan melemahkan kepanasan kepada tahap yang sesuai untuk enjin beroperasi.Akantetapi bagaimanakah gasket silinder ini boleh terbakar sedangkan dilitupi oleh air pada dasarnya?

Mengapa silinder gasket terbakar dan enjin berhenti

Pada satu ketka dimana enjin terlalu panas iaitu melebihi dari had maksima untuk enjin beroperasi silinder akan menjadi panas sedikit demi sedikit dan terus melekat pada blok dan seterusnya melimpahkan sedikit demi sedikit air ke ruang pembakaran .Bila ruang pembakaran dipenuhi air inilah yang akan menyebabkan kereta berhenti terus tanpa boleh dihidupkan.

Perkara perlu dilakukan sebelum enjin jadi terlalu panas

1.Berhentikan kereta
2.Biarkan enjin sejuk kira2 satu jam
3.Buka penutup radiator setelah enjin sejuk
4.Isikan air semula dalam jacket dan radiator
5.Pastikan kipas berpusing setelah enjin panas semula
6.Jumpa mekanik jika enjin terlalu cepat jadi panas-(silinder gasket telah terbakar)

Carakerja pembaikan berdasarkan kerosakan

1.Servis radiator-jika enjin panas ketika berhenti sahaja
2.Tukar thermostat-jika kipas radiator tidak berpusing dan enjin panas sekejap2
3.Tukar hose bocor-jika terdapat mana2 kebocoran air
4.Tukar head gasket sahaja-jika panas yang kadangkala terjadi sahaja
5.Tukar  motor kipas radiator-jika panas berterusan dan kipas berhenti berpusing
6.Tukar water pump jika air pada water jaket susut selalu
6.Top Overhaul adalah carakerja penuh untuk semua dia atas.

Pengawalan awal supaya tidak terjadi overheating

1.Pastikan coolant mencukupi dalam radiator dan water jaket,pastikan air berwarna biru gelap sentiasa
2.Flush radiator atau tukar air radiator setiap kali servis
3.Pastikan tiada hose air yang bocor
4.Pastikan kipas radiator berfungsi
5.Tukar water pump jika air dalam water jacket susut
6.Picit hose di thermostat berulang kali supaya thermostat tidak melekat dengan coolant sahaja
7.Sembur air pada sirip radiator untuk hilangkan habuk ,daun atau batu kecil yang terselit pada sirip radiator
8.Parking kereta pada tempat berbumbung jika ada
9.Semasa mengisi semula air radiator hidupkan enjin seketika supaya air dapat memenuhi semua ruang.
10.Gunakan coolant yang disarankan sahaja

460 comments:

  1. Kereta Kelisa saya baru2 ni ada buat top overhaul. Sebab engine overheat sampai ada bunyi letupan kecil kat engine. Lepastu apa lagi, kene tow pergi bengkel.

    Setelah mekanik buka engine, memang gasket pecah dan ada air masuk dalam engine. Mekanik sarankan buat overhaul.

    RM1200 telah dihabiskan buat top overhaul dan lain-lain servis seperti minyak hitam dan lain-lain. Tapi masalah sekarang ni, kereta saya makan minyak petrol pula. Rm20 hanya 1 bar sahaja. Memang tidak logik sebab saya dah biasa guna Kelisa sebelum ini, Rm20 selalunya 3 bar. Saya dapat rasakan penurunan minyak memang cepat. Tapi perbezaan ketara selepas buat overhaul meter temperature sentiasa pada paras bawah kosong.

    Boleh tuan bagitahu apa sebenarnya masalah kereta saya ni?

    *memang ada plan nak pergi bengkel tu balik pada masa terdekat ini.

    ReplyDelete
  2. saudara farid bahar

    masalah temperature meter sentiasa pada kosong adalah masalah wiring yang terbalik.Begitu juga dengan meter minyak saudara,jumpa mekanik saudara untuk perbetul kesilapan.

    ReplyDelete
  3. mekanik tu kata temperature sentiasa pada parah kosong bila pasang aircond, kalau tutup aircond bacaan akan naik macam normal. Dia kata sebab dia dah buang thermostat. saya pun kurang faham sebenarnya.Tapi meter minyak mungkin disebabkan wiring problem.

    Betul ke buang thermostat kesan nya macam tu? Ada kesan tak pada fuel consumption rate bila bawak kereta ketika engine sejuk?

    ReplyDelete
  4. saudara farid bahar,

    Thermostat memang boleh dibuang tetapi tidak digalakan,ada lebih baik encik farid bahar jumpa mekanik dan pasang semula thermostat yang baru.

    http://kerosakankereta.blogspot.com/2012/03/penggunaan-thermostat-pada-sistem-air.html

    Pembuangan terus thermostat akan menyebabkan kesan sampingan pada penggunaan minyak dan pengawalan suhu enjin kereta.Suhu enjin yang dipaksa untuk sejuk adalah tidak baik untuk sesetengah jenis kereta.

    ReplyDelete
  5. info kereta yang bagus untuk baca

    ReplyDelete
  6. Anonymous2/7/12

    Salam en.sord87.
    Sy pakai keta waja. Br2 ni, waktu drive ada lggar smtg. Bila tgk bwh nmpak ada air menitik. Few days aftr, gi bkelah. On da way, keta gerak slow cam xpickup.then aircond xfungsi. Pastu saya rs lain n ada bunyi.. Br prasan temp dah high. Meter tnjuk kat hjg dah. Sy stop kete, ada asap. Isi air kat radiator n coolant. Cek kipas dia xpusing bila tolak. Dah sejuk drive balik, smpai je meter temp dah half. Esok sy nak g bengkel. Blh en. Tlg bgtaw apa masalh kete sy n anggaran kos? Terima ksh. =)

    ReplyDelete
  7. saudara kereta waja air menitik

    Sampai pada satu tahap air akan menitikdari water pump,bermakna water pump telah sampai had dan harus ditukar.

    ReplyDelete
  8. Anonymous2/7/12

    Saya saudari en sord. Maafkn sy sbb x kenalkan diri.
    Terima kasih sbb tlg sy. Jd kipas tu x rosak la? Dia akan ok blk kalo saya tkar watr pump? Brapa ya hrga dia? Nk beli tkt kna tipu.. Hehe

    ReplyDelete
  9. saudara waja Br2 water pump

    Kos water pump waja sekitar rm300++ termasuk upah kerana terpaksa membuka timing belt.Keadaan akan kembali sediakal lepas tukar water pump.

    ReplyDelete
  10. salam, en sord87 ,
    kereta sya high tmpture sbb kipas xbrfngsi, tukar moto kipas, msa msukkn air , nmpk air tendang ke luar, pomen ckp ada mslh kena buka head.. sya guna lg utk 2,3 hari tmpture dah xpnas... tp ingt nk trvel blk kg.. sya htr wkshop lain.. pomen ckp head bengkok,kne skim..kos 600, ari ke 2 tel ckp kne srvce radiator sbb karat nnt effect head..kos 120, thermostat 68, bpe kos sbnar tuan..sbb pomen mula2 nk 450 ..

    ReplyDelete
  11. en sord,
    kereta sya high tmptre sbb kipas mati, dh tukr..tpi air tendg dri radiatr..2 ari lps tu htr pomen sbb nk trvel jauh ..tmpture dh xnaik ..dia cas 600 utk skim head, tggal shri dia tel ckp kne tukar themostat 68 nga srvce radiator ..gsket 120..bpe cost sptutnya..

    ReplyDelete
  12. saudara chekmud,

    skim head dan tukar gasket rm120
    servis radiator rm60
    thermostat rm68

    bermaksud upah penyelengaraan dsbnya kira2 rm352.Agak mahal jika tidak buat top overhaul.

    Biasanya turunkan head upahnya rm150 dicampur dengan kos yang lain akan berjumlah kira2 rm398 sahaja jika pomen ambil upah rm200 pun kos tersebut adalah dibawah rm450 sahaja.

    ReplyDelete
  13. top overhaul tu turunkn enjin smua ke?...sya rsa tak..kiranya sya htr kt pomen mlyu area sri serdang..yg nk 450 pomen cina..sya dah terkene la kn..huhuhu bgnkel tuan area mna...tq info..

    ReplyDelete
  14. saudara chekmud,

    overhaul pun tak turunkan enjin kecuali kereta kancil.

    Tukar gasket head kena buka bahagian untuk top overhaul termasuk timing belt/chain,top overhaul banyak lagi komponen kecil pada head yang perlu ditukar termasuk grind valve dan hanya dilakukan bila enjin makan minyak hitam atau minyak hitam bocor ke atas sahaja.

    ReplyDelete
  15. klau enjin mkn minyk htam..kkluar asap brkepul2kn..kereta sya tak la steruk itu...huhu tq info..

    ReplyDelete
  16. chekmud,

    Asap yang berkepul2 keputihan itu adalah piston ring yang telak rosak,manakala asap berkepul2 warna hitam itu adalah masalah sistem karburator dan injektor.

    Makan minyak hitam asap tidak banyak hanya enjin berbunyi seperti nyaring dan bergegar.

    http://kerosakankereta.blogspot.com/2012/02/kerosakan-kereta-kesan-dari-makan.html

    Kereta chekmud perlu tukar head gasket sahaja tetapi jika chekmud buat top overhaul itu adalah lebih baik kerana bila buka untuk tukar head gasket carakerjanya seperti buat top overhaul.

    ReplyDelete
  17. oooo mcm tuu...ptg nie g ambik..tq tuan.

    ReplyDelete
  18. tuan,

    cost top set gasket 200, skiim cylinder head 85, head valce 80 , radiotor cooling 35, thermostat 68, radiotor srvice 120, water hose 35, workmanhip 200...agak ada buat top overhaul ke tuan...sya tnya dia ckp minyak htam tak tukar..

    ReplyDelete
  19. chekmud,

    bila guna top set gasket bermakna ada top overhaul.

    ReplyDelete
  20. Fiqri19/9/12

    Salam Tuan,

    Saya menggunakan kereta Proton Saga 1.3 (kereta kebal kontot). Temperature meter kereta ini adalah digital dgn 6 bar pada kadar maksimum. Kebelakangan ini temp.meter kerap menunjukan peningkatan ke kadar 4 bar (3 bar = normal) dan akan meningkat lagi apabila air.cond dihidupkan. Jika memandu di waktu malam, meter temp. menjadi lebih 'gila' dgn 4 bar dan apabila kereta berhenti meningkat ke 5-6 bar tanpa aircond dihidupkan. Cuaca di waktu malam sepatutnya lebih sejuk tetapi sensor seakan membaca temperature enjin lebih tinggi. Saya ke 2 buah kedai radiator utk service, dan menerangkan masalah, ke-dua2 mekanik mengatakan tiada apa masalah pada system radiator saya. Dikatakan meter digital mungkin bermasalah, dan ianya normal utk kereta keluaran ini. Saya ingin memohon pendapat Tuan mengenai masalah ini. Sekarang meter sentiasa menunjukkan 4 bar dgn pemanduan di siang hari tanpa aircond, jika aircond dihidupkan meter pasti meningkat. Pemanduan di malam hari, 4 bar tanpa aircond, berhenti pegun, temp meningkat tanpa aircond dihidupkan. jika dihidupkan meter naik lebih cepat. Terima kasih.
    (self diagnosed);
    - Radiator cap sudah ditukar baru,
    - coolant baru
    - kipas radiator berpusing

    Water pump dan thermostat ; saya tidak pasti dgn cara memastikan 2 benda ini berfungsi. Tetapi jika engine dihidupkan dilihat coolant di dalam radiator akan melimpah dan sampai satu waktu paras coolant akan jatuh (saya rasa water pump berfungsi setelah melihat perkara ini). Utk thermostat saya cuba cabut utk diuji tetapi ketat (coolant masih di dalam pipe) jadi saya biarkan saja :) . semoga Tuan bisa membantu. terima kasih dan maaf terlalu panjang utk dibaca.

    ReplyDelete
  21. Saudara fiqri,

    Apa yang saudara lakukan semuanya memang tepat menjurus kearah membaiki dan mengurangkan kadar bar cooling system ke tahap normal.

    Kebiasaannya punca terjadi begini adalah keranan thermostat,memandangkan thermostat saudara tak dapat dikeluarkan menguatkan lagi bahawa thermostat tersebut bermasalah.

    Thermostat karat tersebut telah menyekat kebanyakan ruang air untuk menhidupkan kipas bila panas keranan sekatan air telah menyebabkan air yang disejukan terlalu sedikit untuk membantu cooling system menyejuk semula.

    Walau dengan apa cara sekalipun saudara perlu keluarkan thermostat tersebut dan gantikan dengan yang baru setelah semua karat dibersihkan.

    ReplyDelete
  22. Fiqri21/9/12

    Tuan Sord87,

    Terima kasih atas pandangan Tuan. Saya akan cuba saranan Tuan bila berkesempatan mungkin hujung minggu ini. Tq.

    ReplyDelete
  23. Anonymous23/9/12

    Salam sy firdaus,menggunakan civic ek d15b 4door
    Masalah saya ialah,pada hari malaysia yg lepas baru2 ni,saya ke bengkel krn temp nek hampir ke takat merah,smp di bengkel pomen ckp rdiator double layer tsumbat saya pun servis kene rm80,utk pgetahuan tuan,sblum nie dh hampir 3 thn kereta saya tidak menggunakan thermostat tetapi ok je pemanduan.. pomen tuh sarankan saya suruh pkai balik thermostat,saya pun pakai balik.
    Selepas dh siap semua untuk perjalanan sekali lg temp naik,saya pun bhenti dkt petropam,bukak bonet kt tangki spare mgelegak dan kering tetapi tidak bagi main radiator air dan coolant tetap ada.
    Saya pergi ke bgkel td balik pomen ckp hos drpd radiator bntuk S nk ke head bocor,saya pun tukar aleh2 lepas tuh jd balik temp naik.
    Saya pun ke bgkel lain pulak temp naik lepas tuh stabil pulak,smp kn pomen ckp xde ape2 masalah sume ok kipas berfungsi..
    Tetapi ape mslh kereta saya ni ye tuan,dh pening memikirkan?

    ReplyDelete
  24. saudara civic civic ek d15b 4door

    Adapun masalah ini pada mulanya adalah masalah water pump yang mungkin dah teruk,rosak atau berkarat.

    Tetapi jika temperature panas mencecah tahap merah head gasket biasanya telah pecah dan perlukan head gasket yang baru.

    Skim head juga perlu dilakukan kerana bila dah pecah tanda2 head menjadi tidak rata ialah panas enjin yang stabil dan kadang2 jadi panas semula.

    ReplyDelete
  25. Anonymous24/9/12

    Tq sebab komen,
    En sord boleh saya tau x anggaran nk buat skim ni sume??
    Dkt mane tuan cadangan kn bgkel tersebut??
    Klu xsilap water pump agk baru je tuka smasa change timing belt,nt akn saya check blik dgn pomen.. patut ke saya buang balik thermostat tuh?? dan kipas saya buat direct pusing,ade ape2effect ke klu buat direct??

    ReplyDelete
  26. Anggaran skim head tak mahal kira2 rm100 saja ,buka head dan tukar gasket rm200,jumlahnya kira2 rm300 sahaja.

    Saudara boleh buat dimana2 mekanik yang saudara mahu harganya lbhkurang sama.

    Sebaiknya selepas buat tu semua gunakan semula thermostat tetapi kena pastikan ia berfungsi menjalankan kipas secara auto ketika radiator panas dan kipas berhenti berpusing juga secara auto.

    Jika tiada masalah wiring direct kipas amat tidak digalakan kerana boleh merosakan kipas dan mengganggu perjalanan sistem wiring lain yang terpaksa menampung penggunaan kipas yang berterusan dan boleh juga merosakan alternator.

    ReplyDelete
  27. Salam encik sord87. Sya nak tanya ni,kalau twrmostat dah tak digunakan, adakah meter twmperature masih berfungsi?

    ReplyDelete
  28. saudara hellfuck,

    meter akan berfungsi seperti biasa walau tanpa thermostat.thermostat hanya alat untuk menggerakan sistem seperti memusingkan kipas bila panas.

    ReplyDelete
  29. trima kasi encik sord, kereta kancil sya ada msalah dgn temperature, saya dah servis radiator tpi tetap sma jgk.. apabila sya cuba start enjin n tekan minyak, air dari dalam radiator melimpah keluar, adakah tu brmaksud gasket siliner head sya sudah rosak?

    ReplyDelete
  30. saudara hellfuck,

    Biasanya thermostat yang terlalu karat akan juga melimpahkan air keluar jika enjin dihidupkan.Olehkerana thermostat pun saudara dah buang,radiator dah servis yang tinggal hanya water pumpa,sebaiknya saudara tukar dulu water pump sebelum melakukan top overhaul tukar silinder head.

    ReplyDelete
  31. trima kasih encik sord.. blog anda btul2 membantu.. saya tak pasti jgk sama ada kereta sya tu termostat atau tidak.. mcm mana nak cek sama ada kereta tu masi guna termostat atau x encik sord?

    ReplyDelete
  32. saudara helfuck,

    Di penghujung hose radiator sebelah atas kancil terdapat satu bentuk bujur yang mempunyai 2 skru,buka skru tersebut,keluarkan thermostat jika ada.

    ReplyDelete
  33. Anonymous13/10/12

    Salam tuan,
    Sy ada kancil 850 tahun 2001. Masalah kancil sy ialah ada minyak menitis dibhgn bawah enjin dan disertai dengan bau hangit dan sedikit asap. Mohon pandangan tuan dan brapa anggaran kos untuk mmbaikinya...
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  34. saudara kancil 850 2001

    Periksa oil filter adkah ia dikunci kuat atau telah pecah oil seal,ada kemungkinan minyak menitis sehingga ke ekzos sebab oil filter,periksa juga skru minyak hitam ,kos anggaran rm 100 sahaja

    ReplyDelete
  35. Salam en. Sord yg budiman...saya pakai kereta waja model 1.6 cps....semalam kereta saya tetiba jer naik temperature...apabila berhenti, saya lihat kipas radiator tak pusing....saya tgk fius okey, tak putus...bila sejuk saya buka radiator dan air tak kurang pun...jadi confirm ke motor kipas saya rosak dan berapa anggaran cost untuk menukarnya sebab saya takut kena tipu dgn pomen...

    ReplyDelete
  36. saudara mohd riza sitam,

    kipas radiator dah rosak ,perlu tukar motor kos kira-kira rm120 sahaja.

    ReplyDelete
  37. thanx bebanyak encik sord87 atas tnjuk ajar awak.. sgt2 brguna.. soalan terakhir, apakah coolant yg pling sesuai untuk kereta kancil ? byk yg ckp coolant warna ijau x bgus bab menghakis radiator..

    ReplyDelete
  38. saudara helfuck

    Biasanya hanya kereta ber c.c. tinggi saja yang perlu memikirkan kualiti coolant yang baik kerana tahap kepanasan enjin adalah lebih tinggi.

    Untuk kereta kapasiti rendah dibawah 1000 cc coolant hijau masih lagi yang paling baik digunakan.

    ReplyDelete
  39. trima kasih kasi atas info encik sord87.. mcm ne encik sord87, sya tembak dpn tangki radiator sya pada jrak yg dkat dgn water jet pump dan sirip radiator sya bengkok2, adakah itu akn merosakkan atau membocorkan radiator sya?

    ReplyDelete
  40. saudara hellfuck,

    Laluan untuk air adalah antara 2 sirip2 yang lembut pada radiator,sirip yang lembut mudah membengkok dan tidak merosakkan radiator jika disembur air manakala pada laluan air yang sebenar pastikan ianya tidak dilanggar dengan benda keras atau tumpul supaya dapat mengelakannya dari bocor.

    ReplyDelete
  41. oh okey encik sord87.. thanx sekali lagi.. maksud encik sord laluan air sebenar tu yang di antara sirip bahagian depan dan belakang eh??? maksud saya yg tempat kita tuang air tu eh laluan air yg sebenar?

    ReplyDelete
  42. oh okey encik sord 87.. thanx sekali lagi.. maksud encik sord87 yg laluan air tu diantara sirip bahagian n sirip bahagian belakang kew?? saya tak berapa paham encik sord87..

    ReplyDelete
  43. saudara hellfuck,

    atas dan bawah adalah tempat air banyak,antara celahan sirip tu terdapat salur air nipis dan kecil.

    ReplyDelete
  44. Anonymous28/10/12

    Mekum..sy nk ty kancil 660 sy kuat mkn minyak la..nak tau puncany dan sebabny..tima kasi

    ReplyDelete
  45. 1.air filter tukar dan kotak air filter dibersihkan
    2.tukar plug
    3.servis karburator
    4.tukar contact point
    5.tukar air filter

    Atas pilihan:-
    Gunakan decarbonizer untuk hilangkan karbon yang banyak.

    ReplyDelete
  46. Anonymous2/11/12

    Slm en.sord,sy gune krete waja 1.6 mdl 2002,mslh kete sy,enjin mkn air,walaupun da servis,3 4 hr kene isi air kat reserve tank jugk,ape mslhny ye?

    ReplyDelete
  47. saudara perlu tukar water pump,hanya water pump yang dapat selamatkan masalah ini,untuk dapatkan sejuk yang baik gunakan air mineral di reserve tank untuk sementara waktu sehingga tukar water pump

    ReplyDelete
  48. Anonymous2/11/12

    tak sesuai kalau sy guna coolant buat ms skrg ni?
    Trm ksh krn mbntu ye saudara.

    ReplyDelete
  49. boleh guna coolant,tapi kena periksa selalu,jangan biarkan air tu semakin kurang dari hari ke hari jika tidak enjin jadi panas.

    Nasihat saya buang semua air radiator masukan coolant baru dan tuangkan air mineral campuran nisbah ialah i/2 coolant dan 1/2 air mineral

    ReplyDelete
  50. Anonymous3/11/12

    Trm ksh saudara,nsht saudara byk mbntu,

    ReplyDelete
  51. amina3/11/12

    Salam. Sy pakai kereta harrier rx300 1997. Maslahnya bila tekan minyak kereta macam berat nk jalan, tekan lg kuat kereta tiba2 meluncur laju. Mekanik dh tkr 6 biji plug n 6 biji ignition coil n airflow sensor, tp masih camtu. Nape ye bos. Tq

    ReplyDelete
  52. saudari amina,

    1.Perlu periksa electronic system jika ada.

    2.Mungkin ada sangkut pada throttle body-perlu periksa throttle body.

    ReplyDelete
  53. Salam saudara sord,,
    Baru baru ni kereta saya naza citra , telah mengalami overheat disebabkan kecuaian saya kerana lupa menutup penutup radiator.. Setelah berjalan lbh kurang 20-30 km kereta telah berhenti dengan sendiri.. Kereta telah d hnatr kebengkel dan top overhaul telah dilakukan...skimming juga telah dilakukan.. Setelah semuanya selesai dan kereta dikembalikan kepada saya, kereta seolah olah xde pikup... Apakah yang mnyebbkan ini berlaku...sekian terima kasih

    ReplyDelete
  54. saudara petronas10

    Masalah begini sering berlaku dan ini adalah masalah teknikal seperti:-

    1.Tappet yang tidak diadjust dengan betul dan berbunyi jika enjin dihidupkan

    2.Skru head perlu dikunci menggunakan torque wrench untuk mendapatkan keseragaman kekuatan antara skru

    3.Kotoran sekeliling head ,serpihan gasket tidak dibersihkan juga menyebabkan pickup tiada

    4.marking perlu tepat dan tidak beza walaupun seinci untuk timing chain dan timing belt.

    5.Minyak hitam perlu dituang semula jangan sampai melebihi paras yang sebenar.



    Saudara perlu bawa semula ke w/syop untuk periksa compression dari piston,jika compress tiada enjin tiada pickup,jika ada compress yang mencukupi sebab2 diatas perlu diambilkira.Minta mekanik periksa kabel plug,kedudukan distributor supaya RPM rendah sekitar 900-1000 sahaja.

    ReplyDelete
  55. Anonymous7/11/12

    -Faiz-

    Salam Encik Sord,
    Sy mempunyai kereta myviSE 1.3 2009, baru2 ini keta tu digunakan oleh isteri, bila sy guna semula, dapati temperature naik ke max.

    Sy bkak cap radiator utk isi air, tgk ade minyak mcm kekuningan. So, hntr ke w/shop, pomen ckp paip bocor dan minyak dh cmpur dgn air sbb overheat. tapi bile pomen bukak top overhaul, pomen ckp gasket dah hangus dan kne skim + pam air dah keras + termostat kne tukar + semua hose + service radiator.

    Apa pandangan Encik Sord? Dan berapa anggaran utk top overhaul secara keseluruhan bila kereta jd mcmni? ade negetif side effect x? rsau tkut kejadian berulang dan fuel consumption jd lg tggi.

    ReplyDelete
  56. salam en faiz,

    Bila masuk minyak ke radiator memang gasket koyak sebab tepi silinder gasket adalah penghalang air dan minyak bercampur,bila ia koyak atau menjadi hangus sebab terlalu panas air akan bercampur dengan minyak,tiada cara lain melainkan top overhaul perlu dilakukan.

    Jika top overhaul pomen grind valve ,valve seal ditukar,permukaan piston,head dan blok dibersihkan ,penggunaan minyak akan jadi kurang kerana karbon telah dibersihkan sepenuhnya kos sekitar rm1500.

    Tetapi jika tukar head gasket dan skim saja kos jadi murah tapi penggunaan petrol tetap sama seperti asal.

    ReplyDelete
  57. Anonymous8/11/12

    -faiz-

    Terima kasih Encik Sord atas penjelasan.

    Sekarang kereta sedang 'ber-spa' di w/shop dan pomen quote RM2100 untuk top overhaul tersebut.

    Soalan susulan:
    1) Adakah RM1500 itu termasuk kos servis radiator, termostata, water pump, hose dan sebagainya? sebab seperti sy nyatakan, coolant system dah tercemar sebab mnyak dan kawen dgn air.

    2)Adakah terdapat kesan negetif daripada top overhaul? Dan apakah kemunkinan yg akan terjadi-untuk jangka masa panjang & masa pendek.

    ReplyDelete
  58. saudara faiz,

    Kos saya tidak termasuk radiator,water pump,hose dsbnya.

    2.Tiada kesan nyata jangka panjang sebab top overhaul.Fungsi top overhaul adalah mengembalikan prestasi dan membaiki kepanasan enjin jadi top overhaul tidak mampu memberi kesan negatif pada enjin samasekali walaupun untuk jangkapendek melainkan kesilapan teknikal semasa melakukannya.

    ReplyDelete
  59. Anonymous9/11/12

    -Faiz-

    Terima Kasih Encik Sord atas penerangan panjang lebar yang diberikan. Saya akan syorkan blog ini kepada pengguna yang lain. :)

    ReplyDelete
  60. Pohon Share Tuan..

    ReplyDelete
  61. no problem kodey,jgn lupa letak alamat sumber ya!(undang2 gogle kena ikut da)

    ReplyDelete
  62. Anonymous26/11/12

    Salam Mr Sord87,

    Sy Hilman, sy ada masalah ngn keta Gen2 sy. Enjin keta Sy overheat di sebabkn oleh hose radiator yg bocor dan enjin terus mati. Terpaksa tow ke pusat servis proton..sy nak tahu ape yg perlu repair dan brape anggaran costnya..terima kasih

    ReplyDelete
  63. saudara hilman,

    olehkerana enjin telah mati sendiri bila panas ini bermakna enjin telah terlalu panas dan biasanya keadaan demikian perlu menjalani proses top overhaul.

    Kos top overhaul sekitar rm700

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2/12/12

      Mr sord,
      Terima kasih atas penjelasan tersebut. Mekanik telah pon buat top overhaul gen2 saya tp masih running enjin..Persoalanya, perlukah sy memandu tidak lebih dr 80 km semasa running enjin hingga 1000 km selepas top overhaul..ape yg saudara katakan mmg betul,kos baiki keseluruhan dlm sekitar 700-800..tp kalau di hantar ke pusat proton kosnya berganda sehingga mencecah 3000++..terima kasih

      Delete
  64. Anonymous2/12/12

    salam saya nazihah... saya pengguna kereta waja, saya nk tanye, kalau gasket terbakar perlu ke buat top overhaul? pomen yg sy pegi die mintak Rm400 utk top overhaul ok ker?

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum saudara,

    kereta saya,kelisa,baru dihantar ke bengkel kerana mereka kata gasket terbakar.

    Temperature naik mendadak,tp mereka kata nasib baik air x masuk lg dm minyak hitam.

    Cas yg mereka kenekan dalam 500-600,adakah berbaloi???

    ReplyDelete
  66. saudara bisnesboyhakim,

    jika mekanik lakukan top overhaul,caj yang dikenakan adalah setimpal dan bersesuaian dengan kerosakan kereta tersebut.

    ReplyDelete
  67. saudara hilamn sebaiknya saudara kekalkan dahulu pemanduan sekitar 80km kebawah kira2 seminggu sudah memadai untuk memberikan komponen baru dan minyak hitam bergaul dan bekerja bersama dan dapat mengelakan dari kerosakan semula.

    ReplyDelete
  68. saudari nazihah,

    Gasket terbakar memang wajib diganti dan termasuk dalam carakerja top overhaul.
    Top overhaul rm400 kereta waja itu memang murah dan berpatutan.

    ReplyDelete
  69. Anonymous6/12/12

    Assalammualaikum, saya naziha, kereta waja saya dah buat top overhaul, gasket yg terbakar dah tukar gasket metal, radiator tersumbat saya dah service, tapi temperature still naik.... kebocoran dimana2 tempat pon x der, termostat dah kuarkan, tp still temperature naik... boleh encik bgth ape masalh sebenar kereta saya?

    ReplyDelete
  70. saudari naziha,

    selepas buat top overhaul temperature masih naik,kena periksa semula samada mekanik buat skim head ke tidak,kalau tak buat memang temperature akan terus naik.

    Periksa bil atau jumpa mekanik semula untuk periksa skimming head.

    ReplyDelete
  71. Anonymous6/12/12

    then satu lagi, mekanik tu kata kalau dah buat top overhaul, termostat tidak diperlukan lagi.. kalau x pakai akan mendtgkan kesan pada enjin x pada masa akan dtg?

    ReplyDelete
  72. Anonymous6/12/12

    top overhaul saya buat RM400, then kos service radiator, tukar thermostat, n tukar hos radiator yg bocor RM255, so total Rm655. ok ker?Thermostat yg sy baru tukar tu kene bukak balik, x per ker? mekanik tu suggest mcm tu and die kata biasanye bila dah buat top overhaul thermostat x pakai da and x der pape effect pon.. betul ker?

    ReplyDelete
  73. Anonymous6/12/12

    skimming head die dah buat da... tapi temperature still naik jugak.

    ReplyDelete
  74. saudari naziha,thermostat seeloknya tukar lain jangan keluarkan,macamana dengan kipas radiator dan aircond adakah berfungsi baik?

    ReplyDelete
  75. Anonymous7/12/12

    (nazihah) : thermostat baru tukar,time temperature naik trn tu, mekanik cube kuarkan thermostat n die kata x yah pakai.... tp still naik jugak temperature ... radiator n aircond berfungsi dgn baik... time buat test air pada radiator memuncak2 kuar.... so mcm mana?

    ReplyDelete
  76. assalamualiakum...
    tuan, kereta sy myvi. bunyi bising akan kendengaran apabila start enjin. bunyi yg sngt bising. kenapa ya?
    lagi satu, sy blm pun on aircond...

    ReplyDelete
  77. saudari ani,

    bunyi bising biasa terjadi sebab belting yang kendur,periksa belting atau ketatkan di w/syop

    ReplyDelete
  78. saudari mazihah

    Air yang membuak keluar menandakan gasket dah terbakar semula dan skim head yang dilakukan atas head yang dah nipis atau skim head yang terlampau nipis.

    Cara mengatasinya hanya satu saudari perlu tukar silinder head yang lain,berithu mekanik tukar silinder head.

    Saya rasa Nazihah bukan orang pertama yang membuat top overhaul kereta ini ,mungkin ianya telah dibuat top overhaul sebelumnya dan menyebabkan head jadi terlampau nipis dan sepatutnya mekanik tahu jika skim head tidak perlu dilakukan lagi.

    ReplyDelete
  79. Assalammualaikum En Sord87..
    Kereta saye, proton saga blm 1.3 baru2 ni didapati minyak hitam da bercampor dgn air.. minyak hitam telah ditukar.. Tapi selepas sehari, bile saye buke oil filter cap,ade sludge warne krim mcm mayonaise.. Head gasket terbakar ke? Tapi overheat x berlaku (temp 3 bar)..

    ReplyDelete
  80. saudara A soul,

    Kereta saudara perlukan top overhaul,kenapa saya kata demikian adalah kerana valve seal dalam head telah keras dan rosak dan bila ia bergerak ia akan membawa sekali minyak dan air naik ke atas.

    2.Sebagai pengetahuan gasket terbakar adalah sebab enjin panas dan bukan sebab minyak bercampur air dsbnya.Minyak yang bercampur air akan menyebabkan enjin terus berhenti kerana komponen enjin tak boleh berfungsi sebab jadi ketat.

    ReplyDelete
  81. Anonymous16/12/12

    Saya azman..sy menggunakan kereta waja.1.6M thn 2003.semlm saya hanta ke ejen proton utk tukar timing belt Dan water pump.selepas selesai kerja tab....kereta terus tersengguk Dan menyala indikator lampu...kereta mcm kurang pickup.APA masalah sebenarnye tuan

    ReplyDelete
  82. saudara azman,

    Kemungkinan yang pasti adalah marking timing belt yang tidak tepat kemungkinan selisih 1 gerigi,bawa ke proton semula.

    ReplyDelete
  83. saudara irwan iruwan,

    Bila sampai merah pada meter bermakna gasket memang terbakar,saudara boleh tukar gasket saja dan pastikan head diratakan/diskim.

    Anggaran kos sekitar rm 200 sahaja.

    ReplyDelete
  84. Salam tuan.. Sy pakai kete honda enjin d15b single cam. Aritu sy ada masalah overheat masa perjalanan dr kedah ke kl. Smp di penang kete sy overheat smp enjin mati sndr. Lepas masuk bengkel cek hos bocor n dah tukar. Pastu smbg jln balik tp setiap 100km enjin akn overheat. Terpaksalh berenti bg enjin sejuk dan tambah air.. Lepas 2 tiga ari kete paking je x guna. Pastu cek mcm head bengkok. Bila start air tendang ikut radiator. Nak tau kalau btol head bengkok, ok ke x skim head? Sbb pomen ckp tukar head je sbb kalau skim nnt overheat akn jd blik. Btol ke? Nk tukar head tp susah nk cr. Kalau btol skim head x bgus, agak2 head apa sesuai untuk enjin ni? Nk minta tlg tuan anggarkan kos klau sy skim head siap tukar semua gasket. Tima kasih tuan.

    ReplyDelete
  85. saudara Azmi

    Jika ini kali pertama skim head memang boleh skim head.Tukar gasket,skim head boleh menyelesaikan masalah tersebut.

    2.kos sekitar rm500

    ReplyDelete
  86. salam bro..

    2 hari lepas enjin kereta berhenti kat haiway rawang, air utk radiotor dalam tabung kering. Pomen bukak head dn kata gasket terbakar gasket tu x ada pelapik besi..gasket biasa. ada pelapik besi ke gasket silinder? (pernah buat top overhaul sbb asap putih tahun lepas bln 7)
    Perlu buat skrg :
    i) Skimming block - berapa kos?
    ii)Gasket - berapa kos?
    iii) Water pump- giginya patah(kata pomen) -boleh patah meh baru setahun tukar..? berapa kos..?
    iv)Potong block..? block mana yg nak potong..? x paham dan perlu ke...berapa kos..?
    POmen dh bagi anggaran kasar total semua dalam RM 1700...betul ke..? tolong bro...advise sikit..? keta belum siap repair lagi..

    terima kasih

    ReplyDelete
  87. salam boh..!!

    sy guna wira 1.3 Gli bumper kelabu senget 12 tahun pakai dan x pernah rosak tepi jalan sbb sempat hntar bengkel sblm jahanam....hehehe..

    tapi 2 hari lepas kereta breakdown jugak tepi haiway(temp meter rosak).

    pomen suspek :
    water pump rosak, lalu enjin panas dn gasket terbakar. So bila bukak head dia tgk yg kena repair:

    i) head goyang(piston ring rosak)..berapa kos..?
    ii) skimming silinder block calar- berapa kos..?

    iii) gasket tebakar sbb gasket wira sy tu x ada pelapik besi..ada pelapik besi meh..? berapa kos..?

    iv) water pump gigi patah(pomen kata)..boleh patah meh baru setahun tukar..? berapa kos..?

    v)potong block..? block mana nk potong..? x paham..perlu ke..? berapa kos..?
    pomen bg anggaran dlm RM 1700...!!
    (termasuk minyak hitam, coolant)

    sebelum nih pernah buat top overhaul jugak sbb asap putih keluar..pun kena tkr piston ring bagai..mcm nk kena tipu lg jer)

    betul ke bos...? tolong advise..
    (keta belum siap lagi)

    terima kasih...








    ReplyDelete
  88. saudara shah,

    Semua ini adalah kerja2 yang dilakukan untuk overhaul.Jika lakukan overhaul harga tersebut adalah biasa.

    1.Polishing blok
    2.Tukar piston ring
    3.Polishing crank shaft
    4.Tukar engine bering


    Apa yang berlaku jika panas tak perlu buat sehingga overhaul,top overhaul atau tukar water pump,skim head dan tukar gasket memadai harga sekitar rm700 sahaja.

    ReplyDelete
  89. sy baru semak bill yang lalu...water pump brand GMB Japan harga RM80 (pomen yg skrg ni kata local punya sbb tu boleh patah..esok baru tgk patah mcmana..)

    yang potong block tu mcmana boh..? sy x paham kenapa kena potong..? sb2 kalau perlu potong..?

    Upah utk polishing crank shaft(engineering works) biasa berapa..?

    kalu boh kata dlm RM 700 dicampur upah RM 400 baru RM1100..?

    Adakah saya di tipu oleh pomen itu boh..? makna kata dia buat apa yang x perlu dibuat..

    ReplyDelete
  90. Anonymous27/12/12

    salam bro.. nak tanya, saya pakai kancil 660, pastu kete sy ni mglami kerosakan pada radiator n water pump.. so, enjin panas melampau dan terpaksa membuat top overhal..mekanik bengkel kete sy ni suruh sy tukar enjin 850 drpada membuat top overhal..brapa kos untuk tukar enijn 850 siap pasang complete? dan brapa kos pula untuk membuat top overhal? sy takut ditipu. sbb dia ada menytakan anggaran kos untuk membuat top overhal dgn hrga rm900.

    ReplyDelete
  91. saudara shah

    Boh/potong blok=rebore(mengorek lubang piston dan memasukan ring yang sesuai dengan saiz selepas rebore.Biasanya untuk menambahkan kelajuan enjin dan keuapayaan enjin bergerak laju dan biasa dilakukan untuk kereta yang mahukan pecutan yang lebih.Kos sekitar rm150 untuk satu lubang piston bermakna rm450.

    2.Polishing crank shaft jika dilakukan kosnya sekitar rm100

    3.Enjin bering tentu ditukar kosnya sekitar rm200

    4.Head skim rm150

    5.Minyak hitam rm60

    6.water pump rm80

    7.Gasket head rm80

    8.Piston ring rm200

    Upah sekitar rm500

    jumlah sekitar rm1740,ini adalah apa yang saya kirakan untuk semua kerja tersebut yang dilakukan oleh mekanik saudara.

    Jika semuanya dilakukan anggaran kos adalah sedemikian tetapi ia juga bergantung kepada kedai yang membuatnya kadangkala ada upah yang rendah dan ada juga yang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.

    ReplyDelete
  92. saudara kancil 660,

    Tukar enjin ni memudahkan pomen buat kerja berbanding tp overhaul.Dan top overhaual juga adalah kerja yang rumit dan perlu berhati2 jika terdapat kepincangan pada melakukannya enjin tidak berjaya kembali elok dan inilah yang selalu ditakuti oleh pomen.

    2.Kos untuk top overhaul kancil adalah sekitar rm300 atau rm400 sahaja dan ada yang boleh melakukannya dengan harga yang lebih rendah.

    3.Kos tukar enjin lebih mahal

    Saya nasihatkan saudara buat top overhaul,pergi kedai lain yang sanggup melakukannya.

    ReplyDelete
  93. terima kasih bro..
    baru balik dari bengkel tgk kereta..

    harga rm1740 tu memang betul seperti yang mekanik ini buat....tapi masalahnya...dia x buat apa2..

    i) crank shaft skimming...x buat tp masuk bill
    ii) water pump x tukar..tp masuk bill(cuma digosok kasi nmpk kilat)
    iii)piston ring x tyukar..tp masuk bill..
    iv) piston x buat apa2..tp masuk bill..
    v) bore piston block x buat tapi masuk bill...

    semua yg sy nyatakan diatas didapati x buat bila tgk gam masih gam yg lama...nmpk itam2 dn merekah ...sy mendapatkan advise dari pomen yg bawa bersama utk mengenal pasti kerja diorang dan advise dari tuan..

    saya ucapkan terima kasih dgn tulisan tuan yg amat berguna ini..
    sy telah mempelajari sesuatu yg berharga dari blog ini..!!!

    ReplyDelete
  94. Anonymous27/12/12

    en. sord87..

    from en kancil 660...

    mekanik bengkel kereta sy britahu yg enjin kereta sy tlah rosak.. bnyak brg nk tukar..piston..gasket.. n enjin trsebut telan minyak itam trlalu bnyak.. dia nsihatkn sy supaya tukar dgn enjin lain.. so sekiranya sy menemui enjin yg lebih baik, brapa pula kos upah untuk memasang enjin tersebut? mksudnya, sy beli enjin... then bawa ke bengkel untuk tukar.. so kebiasaan nya berapa kos upah yg dperlukan...?

    ReplyDelete
  95. saudara kancil 660,

    Kos enjin sekitar rm7-850 dan upah sekitar rm400

    ReplyDelete
  96. Apa punca minyak hitam masuk ke dalam radiator? Saya pakai kereta kelisa

    ReplyDelete
  97. Anonymous28/12/12

    okay terima kasih en. sord87 :) .. n satu lg pertanyaan.. kalau buat top overhaul, biasanya dia tukar apa je?

    ReplyDelete
  98. tp overhaul?sila baca post saya di sini http://kerosakankereta.blogspot.com/2009/12/kerosakan-kereta-top-overhaul-sendiri.html

    ReplyDelete
  99. saudara mata duitan,

    minyak hitam sebenarnya tak boleh masuk ke radiator yang boleh masuk hanya minyak gear dan terdapat hose dibawah radiator yang bertujuan menyejukan minyak gear melalui hose melalu radiator.

    Jika hose sambungan laluan bocor minyak gear akan masuk ke radiator Tetapi jika silinder head telah rosak/retak minyak hitam dari head sedikit2 bercampur dengan air radiator secara pusingan.

    ReplyDelete
  100. Salam tuan...

    Berapa agaknya kos jika head dan gangket Jeep Cherokee di baiki? sebab jeep tu baru2 ni mengalami masalah kerosakan head bengkok kerana enjin terlalu panas disebbkan masalah radiator kotor...

    ReplyDelete
  101. salam saudara shahrul nizam,

    Kos terlibat sekitar rm1500 jika tukar head,jika skim head dan gasket ditukar kos lebih rendah.

    ReplyDelete
  102. askum.... saya mero

    kereta kancil 850 saya bila saya tekan minyak sikit ada bunyi ketukan valve. setiap kali nak tukar gear mesti ada bunti,jika saya pandu lebih 80kmj mulalah ada bunyi. jadi saya pandu bawah 80kmj. minyak hitam pulak 1000 km dah hilang separuh.. bocor x de. top overhaul baru buat 6 bulan lepas tapi tukar gasket set saje, macam valve spring x tukar. saya pakai adjustable cam pully saya set dari 0 ke R tengah2, pomen cakap saya kena top overhaul dan set semula valve... minta pandangan.... perlukah saya skim head? temperature kereta ok.gasket set brand mana yg elok atau tahan panas.

    ReplyDelete
  103. askum... saya mero

    kereta kancil 850 baru 5 bulan lepas saya dah full overhaul enjin. selepas sebulan minyak hitam dah mula kering.. sebelum ni 2000 km hilang separuh minyak hitam dan sekarang 1000 km dah separuh hilang.... minyak hitam saya pakai jenama perdua 10-30w. kelajuan yg biasa saya pandu bawah 80kmj. h/way 100kmj itupun kadang-kadang. saya memang x pandu laju. sekarang valve dah knocking bila minyak tinggi d antara setiap gear. sekarang 80km dh knocking.

    1. gasket brand ape yg tahan untuk
    top overhaul? saya pakai jenama
    cherry dhaiaatsu made in japan.
    2. mengapa valve seal cepat rosak?
    3. minyak hitam yg sesuai utk
    kancil?
    4. adakah perkara tersebut berpunca
    daripada adjustable cam pully?
    saya set pada cam pully 0-R saya
    set tengah2 iaitu 5.
    5. minyak petrol rasanya kuat dari
    biasa.
    6. distributor elektronik dah 2
    kali tukar. adakah coil rosak?

    minta padangan dan pengalaman dari tuan untuk masalah saya ni.

    ReplyDelete
  104. salam.
    saya pakai kancil 850 manual. telah overhaul tp masih lg makan minyak hitam.sy cuba surf jwpn yang mungkin betulke kemungkinan ring piston dipasang terbalik?..bila sy cuba press pedal dgn mengejut sy lihat masih ada asap kelabu,asap tidak kelihatan semasa driving.. adakah seal valve masih bocor atau apa sbb lain. enjin tidak kelihatan leaking tapi kering saja keseluruhannya.tolong lah bantu saya...

    ReplyDelete
  105. saudara mero/mira

    masalah ini masalah carakerja overhaul yang kurang elok.

    1.head pastikan diskim
    2.enjin bering pastikan ditukar
    3.piston ring telah ditukar
    4.distributor diadjust dan seal ditukar
    5.tappet harus diadjust
    6.valve digrind tak bocor
    7.adjustable cam pully diadjust pada rendah dahulu
    8.minyak hitam sesuai 10-30 castrol
    9.gasket head perodua
    10.enjin idling perlu direndahkan pada distributor.

    ReplyDelete
  106. saudara nur hidayah

    masalah makan minyak hitam akan berulang dan asap tetap akan ada jika:-

    1.valve seal tidak ditukar/dipasang dengan baik
    2.grind valve yang tak elok
    3.piston calar atau ring yang sempit disebabkan kotaoran pada celahan tidak dibersihkan.

    ReplyDelete
  107. Anonymous2/2/13

    Assalam Saudara Sord
    Nak tny masalah kelisa auto
    Bila Jln jem temp kete naik
    Dah anta pomen mula2 dia buang thermostat...
    Ok kejap masa Kat workshop tu...bila bawa g keje esoknye Jln Jem naik lg temp...
    Anta workshop sama, dia servis radiator....test ok.
    Bila g keje esoknye Jln Jem...naik lg temp...takut dah nak anta Kat workshop tu.
    Apa masalah ye tuan. Pomen workshop tu dah ckp kalau jadi lg kena check enjin pula mungkin gasket terbakar tapi dia kata juga klu gasket bakar minyak akan campur air. Bila tgk takde nampak pun air campur minyak Hitam. Tolong tuan terima kasih - miji

    ReplyDelete
  108. @Anonymousmeter temp ada masalah tak?Sentuh body enjin ketika meter naik ,jika betul2 enjin panas sedikit sentuh pun terasa panasnya,

    Periksa juga tangki spare air radiator,ada berkurang air atau tidak,jika kurang water pump bermasalah,

    Periksa juga tangki spare ketika hidupkan enjin air akan menyembur sedikit keluar jika gasket head pecah,

    Pastikan kipas radiator berpusing dengan baik iatu laju dan tidak tersangkut2.

    Thermostat sila tukar yang lain jangan buang terus.

    Pastikan semua hose air tak bocor atau merekah samada dari masuk atau keluar radiator

    ReplyDelete
  109. Anonymous3/2/13

    salam en..

    saya pengguna gen2 campro 2004..
    kereta saya ada masalah suhu kereta..
    dah tukar air,pakai coolant,tapi bermalsah jugak.. pomen cakap cabut thermostat.. takpe ke cabut thermostat ni? ada mslah apa2? ASAP

    ReplyDelete
  110. @AnonymousSebaiknya jangan cabut thermostat tapi tukarkan ia dengan yang baru.Olehkerana model kereta sekarang banyak menggunakan sistem elektronik dengan sensor ,ECU dsbnya buang thermostat akan membawa kesan sampingan.

    2.Servis radiator dan gunakan coolant yang lebih baik seperti coolant Nissan,Toyota ataupun coolant yang disarankan oleh Proton saja.

    ReplyDelete
  111. Anonymous4/2/13

    @sord87

    en.. saya dah tukar thermostat.. tapi kenapa thermostat x mahu bukak jugak.. paip atas panas,tapi bawah sejuk.. dah 2 hari tersadai qeta
    temp mesti lebih 90..
    water pamp ok,radiator dah servis.. coolant pakai toyata merah..termostat ori proton.. saya x berani lagi.. takut head bengkok kena tnggu pomen lain plak..

    ReplyDelete
  112. @AnonymousKipas radiator pusing tak?

    ReplyDelete
  113. Salam encik
    mohon btanya.sy mnggunakan mitsu.pajero diesel 4d56 n.a tahun 1990.sbulan lepas sy dah wat top obohol.tukar head.dah tukar watr pump,hose,buang thrmostat.kipas pula sntiasa pusing krna pakai belt.untuk mkluman en.sy megunakan topset gasket jenis besi pada harga rm200 krna disarankan oleh pomen untuk lebih tahan panas.shari lepas sy chek air rdiator dan dapati dpenuhi minyak hitam y teramat banyak.apakah masalah y sy hadapi.

    ReplyDelete
  114. Anonymous8/2/13

    Salam encik
    sy faiz.nk mohon pndgn.sy mgunakan mitsu.pajero diesel 4d56 n.a..sebulan lepas sy dah buat top obohol.tukar head.wter pump,buang thermostat,hose.sy disarankn memakai topset jenis besi untuk tahan panas.harganya pn bleh tahan mahalny.semalam sy cek radiator kelihatan dpenuhi dgn minyak hitam.adakah head sy retak?mohon pendapat encik.tq

    ReplyDelete
  115. @aex faizOverhaul diesel sedikit berlainan dari enjin petrol.Saudara faiz perlu periksa di bil samada LINER telah ditukar atau tidak semasa melakukan overhaul enjin tersebut ,jika ia tidak ditukar,enjin akan tetap panas dan minyak hitam akan tetap naik keatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous9/2/13

      Liner tidak pula ditulis dlm bil.liner biasanya terletak di mana?

      Delete
  116. @AnonymousLINER adalah lapisan dalam blok sebelum piston,hanya blok diesel yang menggunakan LINER.

    LINER tersebut hanya boleh ditukar oleh bengkel mesin sahaja menggunakan alat tertentu.

    ReplyDelete
  117. Anonymous7/3/13

    Salam.. Nak.. Saya pny enjin adalah d15b.. Tp ada problem overheat sbb head bengkok.. Kalau tukar head pakai head zc 1.6 ble ngam x? Minta saudara kasi tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  118. zalhaj12/3/13

    salam en.sord87
    Kancil 660 saya baru buat top overhall kerana valve seal telah pecah (keluar asap putih yg dahsyat, disamping terdapat cecair puti dipenutup minyak injin

    Setelah dibuat top overhall,dan diganti valve seal, asap putih hilang. Akan tetapi ceciar putih masih terdapat lagi dipenutup minyak injin. Apakah puncanya? Selinder head ok eje, tidak bengkok.

    ReplyDelete
  119. @zalhajasap putih yang banyak adalah tanda ring yang haus atau patah,sepatutnya overhaul dilakukan,tukar pistn ring dan enjin bering,keladak tersebut akan terus berada jika apa yang saya sebutkan tak ditukar.

    ReplyDelete
  120. Anonymous17/3/13

    Sy nk tnya,nape air dlm tangki blh kering padahal sy cek tiada pn kebocoran...sy pkai gen2

    ReplyDelete
  121. @Anonymousbila water pump rosak dan radiator terlalu kotor atau sumbat enjin akan cepat jadi panas dan seterusnya menyedut air dari tangi denagan cepat.Ini akan menyebabkan air tangki cepat kering.

    ReplyDelete
  122. Anonymous6/4/13

    Salam en.sord 87,
    Saya dah bc blog encik start dr mula2 sampai sekarang, cuba mencari penyelesaian tentang masalah kereta saya.

    Saya pakai kereta honda eg tahun 1995 1.6 manual injection.

    Saya baru satu bulan setengah tukar enjin, juga 1.6 manual disebabkan sebelum ni enjin asal sy dah kong terus due to overheat. buat top overhall mcm tukar valve seal, skim head, pakai metal gasket pun x ok, kos semua sekali kurang lebih,rm2000. Skim head x jadi, sekali lagi tukar terus head pun x ok.. Sebab itulah tukar enjin dari eh kepada d16a7 kedai potong, enjin sama spec cuma eh malaysia dan d16a7 jepun. Enjin tersebut pomen sendiri yang cari..

    Masalah enjin baru sekarang ialah

    1) air dalam radiator berkurangan dan dlm spare
    tank hampir kering.
    pomen check tiada sebarang kebocoran
    sama ada melalui radiator tank, hose, water
    pump dan mana2 tempat yg patut. Siapmasuk
    bwh enjin tp tiada kebocoran dikesan
    wlpun sedkt.

    2)bukak cap radiator, start enjin tiada air yang
    tersembur keluar.

    3)bukak cap cylinder tiada tanda2 air bercampur
    dgn minyak hitam dan begitulah sebaliknya.

    4)asap putih ke hitam ke taada keluar dlm
    kuantiti yg byk, normal condition. Cuma waktu
    pg byk keluar sebelum enjin panas

    5)pomen ni kira terkenal dgn specialistnya dan
    sy kenal nya pun melalui blog dan direkemen
    oleh kwn2, kerja sistematik satu hr je siap tukar
    enjin kereta sy dan satu lg kereta customer.

    6)setelah btl2 diamati problemnya ialah air dari radiator tank masuk ke spare tank sehingga melimpah keluar bl enjin di ram rpm 4 keatas.

    Kata pomen radiator cap rosak, x boleh tahan pressure, jd sy beli baru, pun sama jgk. Kt pomen cap br kat kedai byk x blh pakai, kualiti x bagus. Jd dia suruh sy beli cap kedai potong, check cap tekan tarik function ok, tp bila pasang sama jgk problemnya. Setakat ni sy dah ada 7 koleksi cap hasil dr pencarian sy di kedai potong.
    a problem x jg solve. Apakah ini ada masalah enjin yg tidak ketara seperti gasket head bakar atau block potensi untuk crack atau lain lain masalah...

    Pertolongan encik amat2 diharap dan dihargai.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  123. Anonymous6/4/13

    Salam, sambungan dr honda eg d16a, masalah satu lg ialah

    Enjin lama sy time belum problem dulu kalau isi petrol rm30 bersamaan dgn 150 ke 160km. Tp enjin baru hanya boleh pergi sampai 130 ke140 km shj. Untuk mengkonfirmkanya sy buat byk kali dgn mode pemanduan yg berbeza-beza.
    Ni pun buat sy pening ingatkan tukar enjin lg jimat minyak tp lg banyak. Sy boleh confirm sb start dr dulu bila sy isi petrol sy akn reset meter milage. Bila bgtau pomen hal ni dia cuma tersenyum sinis seolah2 x mungkin berlaku...
    Katanya ini enjin taada masalah, jepun mari...

    Terima kasih

    ReplyDelete
  124. Anonymous6/4/13

    Tambah lagi eg 1.6 manual d16a7..

    Meter tempetature dlm keadaan stabil sehinggalah air dalam tank radiator berkurang dgn byak.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  125. @AnonymousSaya rasa masalah kereta ini dari awal adalah radiator dan kipas.Saya rasa radiator tersebut samada sumbat atau tidak berdaya tahan panas lagi.Periksa kipas jika ia berpusing dengan baik dan auto switch ketika panas bertindak baika,ada eloknya sauadara tukar radiator tersebut dan thermostat juga perlu ditukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7/4/13

      Terima kasih atas pendapat encik arsad..

      Utk pengetahuan encik, motor kipas telah pun ditukar, bilah kipas jg telah ditukar dr 5 ke 6 bilah kalau x silap..
      Radiator jg telah tukar semasa enjin lama problem tapi x pasti yang baru atau second.

      Ketika enjin baru, radiator telahpun diservice semula. Thermostat telah dibuang tapi telah dipasang semula kerana tiada sebarang kesan yang ketara dgn prob.

      Kipas pusing macam normal, yakni on dan off depend pada kepanasan..

      Saya harap ada lg pandangan yang lain dr encik

      Terima kasih

      Delete
  126. Anonymous6/4/13

    Honda eg d16a7 ..
    Terimakasih encik arshad. Untuk makluman saudara, thermostat telahpun dibuang dan dipasang semula kerana sama sahaja keadaannya. Motor kipas telah pun ditukar dan bilah kipas kalau x silap saya telah ditukar dr 5 bilah ke 6 bilah. Kipas pusing mengikut keadaan tempetature, maknanya ia on off mengikut keadaan. Radiator telah ditukar sebelum tukar enjin dulu dr single layer ke double layer tp sy x tau sama ada baru atau second. Selepas tukar enjin baru radiator pun telah diservice.. Mungkin cik arsyad boleh bg apa2 lg kemungkinan..

    Terimakasih

    ReplyDelete
  127. @Anonymouskipas radiator pastikan ia berpusing dan berhenti tidak terlalu cepat jika ia cepat ada masalah pada sistem penyejukan.Satu lagi jika dh tukar enjin panas gak mungkin ada nmasalah pda enjin ,mungkin gasket head dh pecah,perlu ganti head gasket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8/4/13

      Terima kasih atas pandangan. Nanti sy akan ajukan saranan cik arsad kpd pomen berkenaan.
      Terima kasih

      Delete
  128. Anonymous14/4/13

    assalam en pomen..saya non,guna waja auto 01.masalah kete saya temperature salu naik bile kipas pusing.pening gak dok pk..tanya pomen,pomen pn xtau.radiator dah servis,termostat dah buang.water pam ok.ade pomen ckp cube buat flushing radiator.tlg en pomen alam maya bg nasihat cket

    ReplyDelete
  129. pasangkan thermostat semula.Buangkan air dari radiator dan masukan coolant setengah tangki dan biarkan enjin jalan supaya air tersebar kesemua tempat dan pastikan kipas berpusing serentak untuk a/cond dan radiator,dan selepas itu perhatikan kipas radiator tetap berpusing walaupun kipas a.comd berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous15/4/13

      maksud en arsad letak coolant yg dah campur air setengh tangki atau coolan saja stgh tangki?

      Delete
  130. @Anonymouscoolant saja setengah tangki

    ReplyDelete
  131. Salam encik...mohon bertanya..kereta kancil saya ni asyik berbunyi 'ketak' aje terutamanya bila melalui kawasan bonggol..saya ada refer mechanic n dia cakap kena angkat enjin..betul ke?? Kalau betul, berapa anggaran kosnya??sorry kalau penggunaan bahasa yg salah coz saya memang buta pasal kereta..hope encik dapat tolong saya...

    ReplyDelete
  132. @Helios Hogwartbunyi ketak biasa terjadi sebab bush pada lower arm yang haus,sebaiknya tukar kedua2 belah kiri dan kanan lower arm.

    ReplyDelete
  133. Jijie17/4/13

    salam,
    saya mempunyai kereta kancil 660 (2006)yang bermasalah. saya baru tukar contact point, cable spark, ignition coil, dan servis kaburator, tetapi selepas sehari kemudian kereta saya jadi macam ni:
    1.tersengguk-sengguk
    2.meter rpm tidak stabil (start saja mencecah 6000 rpm pastu tak stabil antara 1000 - 3000 rpm )
    3.ingition coil sangat panas sampai kalau pegang kunci kereta pun terasa panas

    saya jumpa mekanik paling-paling pun adjust timing dan adjust contact point saja, jadi apa yang patut saya buat?

    ReplyDelete
  134. @Jijiesetting karburator tidak betul,dapatkan mekanik lain untuk settimg semula kareburator tersebut.

    ReplyDelete
  135. jijie18/4/13

    @Arsad mekanik

    saya dah jumpa mekanik lain, dia adjust skru di belakang kaburator ja, adakah ia betul? sebab saya tengok meter rpm saya masih tidak stabil ( antara 2000 rpm - 3000 rpm )

    ReplyDelete
  136. meter rpm adalah idle pada 900-1000 jika ia masih tinggi bermakna terdapat kesilapan setting karb dan distributor.minta mekanik set dan adjust karburator serta distributor.

    ReplyDelete
  137. jijie18/4/13

    @Arsad mekanik tadi saya masa saya bawa kancil tu jumpa mekanik lain kelajuan dia dah tak lepas 30/kmj, saya tak berani tekan kuat minyak sebab takut overflow, pastu mekanik tu cakap marking distibutor sudah lari, jadi mau di setting balik dengan angkat enjin, adakah ia betul?

    ReplyDelete
  138. @jijieWajib ketahui,angkat enjin kancil hanya untuk:-
    1)Tukar enjin
    2)Tukar Klac plate
    3)Overhaul
    4)Tukar gearbox
    5)Tukar crank shaft/polish crank shaft

    Selain dari itu tak perlu angkat enjin,distributor hanya adjust dengan memusingtempat terletaknya contact point.Saudari perlu jumpa mekanik yang mahir dlm setting enjin jika maslah saudari hanya enjin saja.

    ReplyDelete
  139. jijie19/4/13

    terima kasih atas pandangan dan nasihat yang tuan berikan, saya ni takut kena tipu oleh pomen maklumlah saya tak mahir mengenai enjin-enjin kereta ni sebab itulah nak tanya tuan dulu sebelum jumpa mekanik lagi...

    ReplyDelete
  140. @jijieTnya la,Insyaallah apa yg sya tahu akan sya btau

    ReplyDelete
  141. Anonymous27/4/13

    asalam tuan,

    saya mr.BA nk tnya, berapa anggaran untuk tukar enjin kancil 660? sbbnye enjin kete sy ni dah kondem..

    ReplyDelete
  142. Anonymous2/5/13

    Slm Encik Arsad..
    Pjg kisahnya ni sambil minta penjelasan dr tuan, sya Ren, sya guna krta saga blm 1.3 manual..bru2 ni krta sya overheat pegi 6 bar,sya sempat berhenti di bahu jln sebelum enjin mati sendiri..x perasan radiator kering pla pastu aku tggu smpai ianya sejuk bru tambah air, time bru nak jln enjin tetap panas..sempat jga smpai kat tmpt servis proton yg terdekat. Dorg ckp termostat problem lps tukar benda tu air kat radiator tendang blk...dorg suspek head dah bengkok. Kos tukar head bkn main lg..aku pun tnya la dorg klu bleh kasih skim dan katanya head klu campro x bleh..nak x nak terpaksa jga tukar sbb xde kenderaan lain mau guna..2 hari camtu krta dah siap tp masih heat tahap 4-5 bar..utk pengetahuan tuan kipas radiator berfungsi dan radiator pun dah servis tp masalah tu masih ada..air kat radiator tendang blk...adakah masalah water pump ataupun entahla..ada member ckp masuk angin head..minta penjelasan dr tuan secepat mngkin..tq

    ReplyDelete
  143. @AnonymousSelain dari skim head,tukar head gasket,tukar head dan pemasangan,yang paling ditakuti adalah semasa pemasangan adalah kebersihan sekeliling blok dan head,jika ia tidak dibersihkan betul atas blok setelah gasket pecah ia akan menyebabkan enjin masih panas.

    2.Tiada cara lain melainkan meneliti semula head dan blok.Seperkara lagi thermostat jangan gunakan yang lama jika telah panas gantikan dgn baru.

    ReplyDelete
  144. Anonymous12/5/13

    assalamualaikum en arsad.

    kereta saya jenis proton saga 1.3 (proton kereta kebal). masalah saya sama seperti yg en fiqri alami. kereta saya normal temp adalah 3 bar. bila start jalan dan pasang air cond, temp mula naik kpd 4 bar. bila berhenti kat trafik light, temp indicator start blinking dan naik kpd 5 bar. kalau malam, bukak lampu dengan air cond, lagi teruk bar dia naik mencanak! saya dah bawak ke bengkel. mekanik check dia kata kipas radiator ok, water pump ok. dia syor buang termorstat. bila buang, temp bar ok untuk sehari dua, lepas tu masalah sebelum ni berulang balik. harap encik dpt membantu saya. terima kasih

    ReplyDelete
  145. @AnonymousThermostat haruslah dipasang semula dengan yang lain,servis radiator,pastikan tiada hose bocor dan kalau boleh minta mekanik buka semua hose bawah dan atas radiator,flush semua air keluar dan nyahkan dari semua karat dsbnya.Pastikan kipas radiator berhenti secara auto dan berpusing semula mengikut thermostat ,gantikan juga suis temp berdekatan thermostat.

    Jika bar tetap menunjukan peningkatan saudara perlu tukar head gasket yang berkemungkinan telah pecah akibat kepanasan enjin,tetapi biasanya ia tidak berlaku selepas dilakukan seperti di atas.

    ReplyDelete
  146. Salam tuan,
    Sy memiki kancil 850 dan baru baru ni ada masalah sedikit, kereta sy agak trsengguk kalau dibiarkan dalam keadaan engine hidup tanpa bergerak (idle) dlm keadaan yg lama dan baru tadi keadaan seperti trsengguk jadi waktu kereta bergerak pula, utk pengetahuan tua kereta sy mula mengeluarkan asap putih dan saya sudah lama tidak menukar oil filter iaitu melebihi 2 tahun, sy telah menguji spark plug dan mendapati semuanya masih ok, jadi apakah masalah die?

    ReplyDelete
  147. Aslm tuan,kereta sy kancil 850 dan sudah lama tidak ditukar oil filter, masalah yg sy hadapi ialah kereta akan mengeluarkan asap putih dan tersengguk jika dibiarkan hidup dgn lama dan tidak bergerak, dan baru baru tadi keadaan tersengguk2 terjadi sewaktu kenderaan bergerak, sy sudah memeriksa spark plug dan didalam keadaan baik, apakah masalah ia sebenarnya dan berapakah kos pembaikian?

    ReplyDelete
  148. @flickerishadjust distrbutor dan servis karburator

    ReplyDelete
  149. Anonymous28/5/13

    Salam Tuan,

    Baru2 ini penunjuk aras tempeture kereta (wira 1.5 auto ejection ) saya meningkat melebihi tahap sepatutnya sekiranya saya memandu melebihi 100kmj, jika saya memandu 80kmj penunjuk berada pada tahap normal, saya telah pergi bertanya kepada mekanik2, jawapan yg diberi ialah, kena tukar gasket/top overhaul, ada yg ckp kena services radiator, dan baru2 ini, saya telah pergi ke proton services center bertanyakan mekanik disitu, dia ada bt ujian, dgn cara memasuk kan sedikit air kedalam botol seterusnya memasukkan mulut botol tersebut ke lubang radiator dan seterusnya meninggikan RPM (RPM melebihi 3)/menekan minyak, dan beliau berkata gasket bocor di sebabkan semasa ujian terdapat buih yg keluar, setelah di bincang, cost untuk membaiki sekitar rm600 (anggaran kasar ). Pada pendapat tuan, adakah berbaloi dgn cost? di kedai lain saya bertanya sekitar 300++, Apakah pendapat tuan ttg masalah ini?.. harap tuan dapat membantu.

    ReplyDelete
  150. @AnonymousAda w/syop luar selain servis center yang boleh cuma tukar head gasket tanpa melakukan kerja2 top overhaul dengan harga yang lebih murah malah sehingga rm150 sahaja.

    ReplyDelete
  151. Salam tuan, nak tnya la. Saya pakai kancil 660. Bru2 ni ada pakai coolant. Lepas shari 2 lepas sy ubuh coolant keta saya bila bukak aircond dy mcm lembab semacam. Walaupn pedal minyak da tekan abis tp trase perlahan. Tapi bila tutup aircond elok pulak. Harap dapat la membamtu sy. Sy baru lg sal2 keta ni

    ReplyDelete
  152. @Zaid Zamicoolant tak memudaratkan kereta,rpm kancil tiada a/cond mesi berada pada 1000 atau 900rpm dan jika buka a/cond ia jadi rendah,periksa FICD hose sambungkan kalau tercabut.

    ReplyDelete
  153. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, saya menggunakan kereta lama iaitu Mazda BD, masalah saya adalah, air dari radiator saya menendang balik ke dalam tangki spare, dan kemudian penutup tangki spare terbuka. Apakah punca ia terjadi ? Bila saya buka aircond suhu lebih dari separuh. takot saya tgk. tapi masih belum cecah penuh. apa yang perlu saya buat ? Apa yang menjadikan saya hairan adalah, apabila saya bawa laju, lebih dari 110kmh, temperature akan naik mendadak. bila saya berhenti di tepi jalan dan saya cek, penutup tangki spare terbukak dan air sudah tiada. host tersebut seperti menembak kembali, bukan menyedut, sangat kuat angin tu, huhu, bila saya tuang air, dan masukkan hose tu, air tu akan menggelegak. akhir sekali, untuk sejukkan enjin kembali, saya simbah radiator saya dengan air, kemudian suhu turun, kenapa ia berlaku ketika saya bawa laju ? sebelum ini tidak pernah. 3 bulan lepas, saya sudah tukar gasket head. perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru memerlukan 5 liter air pipe. Saya tidak larat untuk mengisi Coolant kerana asyik habis sahaja. (kopak duit saya). Jadi apa penyelesaian yang patut saya buat ?

    ReplyDelete
  154. Anonymous7/6/13

    askm..tuan..

    kreta waja campro 1.6 overhiting sampai kreta berhenti sendiri..lepas check radiator bocor air habis...pastu masukkan air kreta ok dan bole jalan..bawa ke bengkel kreta d welding radiatornya kemudian isi air beserta coolant...lepas kreta kluar workshop masi juga overhiting sekali skala..hantar bengkel lg pomen kata radiator ada angin...pas tu plak tiba2 pomen kata gasket tebakar...pomen cabut 1 benda yg berbentuk spring suru simpan untuk elak panas...nak tau apa masalah sebenarnya tuan?..lagu satu bila guna kreta engin rasa kuat sangat gegarannya ketika berhenti seketika kat trafic light..normalkah keadaan ini..

    ReplyDelete
  155. @Anonymouskereta saudara sebenarnya memang gasket terbakar saudara perlu tukar head gasket untuk elak gegaran sebab panas,apa yang dicabut adalah thermostat dan thermostat boleh jadikan kereta sejuk tapi gasket yang dah pecah masih mengganggu enjin,tukar head gasket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8/6/13

      tuan..bole tak rekomenkan bengkel yg baik...sy tinggal kawasan damansara pj...brapa anggaran kos..dan adakah hanya perlu tukar gasket sahaja

      Delete
  156. @Muhammad Firdaussaya rasa head tersebut tidak diskim dan kalau dah skim pun mungkin terlalu nipis menjadikan kereta tersebut masih panas walau dah tukar gasket head,semak mekanik samada head diskim atau tidak atau juga saudara boleh tukar silinder head.

    ReplyDelete
  157. @AnonymousBila head dibuka yang pastinya gasket mesti ditukar.Memandangkan head saudara perlu diskim ada baiknya saudara buat top overhaul itupun kalau saudara mahu.

    Kos barang untuk tukar gasket saja sekitar rm150 dan upah buka head dan skim sekitar rm400 dan jumlah anggaran sekitar rm700 termasuk barang yang kecil2 jika ada.

    Damansara dan PJ saya tak pasti tapi jika mahu saudara boleh talipon Brader zack di Gombak untuk tanya berkenaannya di no talipon 012-6846239 btau nama saya Arsad Semerah

    ReplyDelete
  158. Anonymous9/6/13

    assalamualaikum..
    encik sy seorang pemandu teksi waja campro dan ada NGV..
    first terima kasih atas semua panduan dan nasihat yg sangat berguna drpada encik..Bole tak encik memberikan nasihat berkenaan teksi sy:

    1) radiator bocor hingga smua air habis dan berlaku overhating.. bawa kat bengkel mekanik kata dah berlaku gasket terbakar... bila buka engin mekanik kata valve pun dah bengkok akibat overhating yg terjadi..soalan sy bolekah overhating menyebabkan valve bengkok..
    2) adakah sesuai untuk menukar engin mitsubishi first model yg d gunakan waja.. yg mana lebih tahan dan menjimatkan samada tukar engin mitshubishi ataupun tukar valve sahaja kerana apa yg orang slalu kata engin campro tak tahan dengan NGV gas..slalunya akan berlaku bengkok valve yg kerap..mohon nasihat tuan.
    3) adakah sesuai dan baik untuk engin sekiranya hamya menggantikan valve yg bengkok sahaja berbanding gantikan keseluruhan valve... apakah jenama yg terbaik skali dlm pasaran..

    4) anggaran kos ganti valve..gasket dan perbelanjaan sampingan yg lain..

    5) apakah keburukan penggunaan NGV gas ke atas engin campro

    trima kasih atas nasihat encik...

    ReplyDelete
  159. Anonymous9/6/13

    6) lagi 1 encik adakah perlu d lakukan Skim Head selepas penukaran valve

    ReplyDelete
  160. @Anonymousfungsi skim head adalah untuk meratakan permukaan head selepas mengalami kepanasan melampau dan tiada kena mengena dengan carakerja tukar valve dalam top overhaul.

    ReplyDelete
  161. @AnonymousKereta yang gunakan NGV valve jadi bengkok adalah biasa atas sebab enjin overheating berlainan dengan kereta gunakan petrol kerana NGV menjadikan enjin lebih panas.

    2.Dari segi kekuatan enjin mitsubishi memang lebih tahan panas berbanding enjin campro dari segi pembuatan dan komponen yang digunakan serta kemahiran yang terdapat pada enjin tersebut.

    3.Ganti valve yang bengkok saja adalah menjimatkan kos tetapi menggantikan valve keseluruhan adalah lebih baik dari menggantikan hanya valve yang bengkok

    4.valve mmc adalah paling baik

    5.NGV memang agak berisiko dan bukan semua enjin yang mampu bertahan lama dengan kepanasan akibat penggunaan NGV tetapi pada pengalaman perkongsian dengan pengguna NGV enjin ,enjin Campro belum mencapai tahap kekuatan menggunakan NGV berbanding Toyota dsbnya.Tiada keburukan menggunakan NGV sebenarnya cuma NGV adalah lebih panas

    ReplyDelete
  162. Anonymous24/6/13

    Salam...
    Saya nak tumpang tanya.. Saya dah skim head and dah pasti kena tukar gasket, dah servis radiator, tukar kipas baru double speed... Masalah disini.. Saya pakai kancil 850, temp selalu melepasi setengah, and tak turun2 sampai saya terpaksa on kipas direct suis..

    ReplyDelete
  163. @Anonymoussaudara perlu tukar suis temperature berdekatan head

    ReplyDelete
  164. salam..kereta avanza saya kerosakan bhg enjin..sebab mase saya drive,temperature ttbe naik,sbb air kering..after towing,pomen cakap bukan je gasket je terbakar,ngan enjin skali kena tukar..rasenye brpe kos tukar enjin avanza 1.3 dan risiko yg mungkin saya hadapi?saya baru je beli keta ni,tp 2nd

    ReplyDelete
  165. @cunakos tukar enjin dan upah utk avanza sekitar 4-6000rm sahaja,kalau tukar head saja dlm 1-1500 sahaja,risikony ialah jika enjin ok tak akan ada risiko langsung cuma kalau tak ok dapat enjin tak ok mungkin masalah masih sama,pendapat saya tukar head saja.

    ReplyDelete
  166. Salam tuan..sy pakai waja thn 2004. Br2 ni kete sy overheat. Tp meter x smpi max lg. Sy benti n cek air di radiator berkurang. Tp air di reserve tank penoh. Sy isikan balik n smbg jln. Sepnjg jln enjin ok. X pns. Tp bl berhenti suhu akan naik.. utk pengetahuan.. sy dh tkr water pump 6bln lps. Servis radiator 2x. Bln may dan terbr semlm. Hose dh tkr. Cap dh tkr. Switch fan pon br 2bln tkr. Sgt2 berhrp tuan dpt membantu.

    ReplyDelete
  167. Salam tuan. Sy pakai waja thn 2004. Br2 nie kete sy overheat. Mslh kereta ni bl jln suhu ok. Bl berhenti je suhu trs naik. Bl berhenti cek radiator.. air kurang. Air dlm reserve tank full (x menggelegak, cm pns skt). Utk makluman ini bkn kali pertama jd. Ml2 dia pns. Sy g bengkel tkr pipe. Ada bcor. Lps dr2 water pump.(tkr lbh krg bln lps). Lps tkr water pump dia ok. Lbh krg 3 bln lps 2 jd blk. G kedai dia tkr switch fan. Pakai area kl xde mslh. Bl jln jauh.. suhu akn nek balik. Service radiator dh 2 x. (Seekali bln may, sekali lg 2hr lps). Cap dh tkr 2x. Yg terbr nie buat di sungai petani. Ms blk 2 dia jd blk. Minx tlg sgt.. buntu xtau ape nk bt lg..tqvm

    ReplyDelete
  168. Salam tuan..sy pakai waja thn 2004. Br2 ni kete sy overheat. Tp meter x smpi max lg. Sy benti n cek air di radiator berkurang. Tp air di reserve tank penoh. Sy isikan balik n smbg jln. Sepnjg jln enjin ok. X pns. Tp bl berhenti suhu akan naik.. utk pengetahuan.. sy dh tkr water pump 6bln lps. Servis radiator 2x. Bln may dan terbr semlm. Hose dh tkr. Cap dh tkr. Switch fan pon br 2bln tkr. Sgt2 berhrp tuan dpt membantu.

    ReplyDelete
  169. Dimana bengkel tuan?? Kalo dkt sy anta ke bengkel tuan sj.

    ReplyDelete
  170. @Mohd Razman Abd HamidPastikan kipas berpusing automatik dengan baik cukup untuk menghindarkan panas,thermostat perlu ditukar dan hose atas serta bawah perlu ditukar,saya rasa ada tersumbat samada pada radiator ataupun hose seta laluan air pada besi bersambung manifold.

    ReplyDelete
  171. Salam tuan,

    sy pakai hyundai matrix 1.6 thn 2004.
    baru2 ni kete sy overheat.seblum ni pernah jadi jugak.tp lepas tukar cover radiator dah ok.tp hr jumaat lepas jd overheat balik.sy check kipas berpusing.air ada lagi tp temp still tinggi.dah hantar ke bengkel dan sy dah call bengkel, diorg tukar thermostat je dulu.sy nak tanya, berapa agak2nya harga thermostat dn head gasket utk matrix.takut2 sy kena caj lebih.
    terima kasih

    ReplyDelete
  172. @ediciuS si toN peerCkalau tukar thermostat saja dibawah rm150 tetapi jika tukar head gasket sekitar rm1500

    ReplyDelete
  173. Anonymous8/8/13

    salam enjin honda ek1.5 saya suhu mcm main2 kejap naik kejap turun..naik dy x plak sampai merah cuma lepas dari sentengah lebih sikit...lps seminit dy turun pulak.....naik tu keladang tym berenti dan kadang masa begerak...dah pegi servis radiator...cina pomen kata mungkin waterpump rosak....radiator x penah sampai kering air...cuma sparetank je penah kering....harap tuan dapat bantu..

    ReplyDelete
  174. @Anonymousw/salam,
    Sparetank yang pernah kering menandakan memang ada maslah pada waterpump,waterpump akan keluarkan sedikit air jika ia dah sampai masa untuk ditukar tetapi jika corrosion atau keladak yang banyak menyelaputi waterpump akan sebabkan temperature tak stabil.
    Perlu tukar waterpump tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8/8/13

      adakah symptom camnie tanda headgasket terbakar atau head bengkok??ada juga seorg pomen suruh saya buka thermostat tgk camna jadi dg suhu tu...dy suspek thermo nak rosak...apa pendapat tuan?

      Delete
  175. Anonymous8/8/13

    Enjin honda d15b saya telah mengalami masalah overheat dan berhenti dgn sndirinya setelah mengeluarkan asap hitam dari ekzos serta enjin berbau hangus dan hangit...setelah diperiksa rupanya paip hos bwh radiator tercabut..air diisi kembali,kipas radiator ok..temp ok..keesokan hari saya check blk air radiator ,air tangki spare dan memanaskan enjin selama 45min dgn ram pedal minyak selama 5min skali skala..akan tetapi temp masih brkeadaan normal..dan keesokan hari melakukan perjalanan jauh ke kota bharu(8jam)namun temp masih normal..soalan saya..akan ada masalah atau tidak di kemudian hari,disbkan masalah kejadian tersebut,sb hingga skrg tiada apa2 tanda yg tunjuk temp naik..apa komen saudara?

    ReplyDelete
  176. @AnonymousEnjin yang mengalami keadaan seperti ini kebarangkalian untuk gasket terbakar dan perlukan top overhaul adalah amat tipis kerana air yang keluar dengan cepat dari sistem penyejukan.

    Berlainan dengan enjin yang bocor radiator,hose dsbnya,enjin demikian temperature dapat dikesan menaik ketika panas dan jika ia melebihi sehingga merah enjin tersebut 100 peratus perlukan top overhaul.

    Enjin Honda tersebut tak akan mengalami bakar gasket sebab ia mati dengan cepat dan mungkin saudara telah mengambil langkah cepat mengisi semula air dengan segera ini boleh mengelakan dari gasket terbakar dengan mudah.

    Jika enjin mati sebab hose tercabut kebarangkalian untuk gasket terbakar hanya sekitar 2 peratus saja.

    ReplyDelete
  177. @AnonymousThermostat adalah alat yang membuka laluan air masuk ke manifold dan sedikit kelubang2 air pada blok.Bila enjin panas thermostat akan terbuka dan memberikan laluan air ke enjin,thermostat yang terbuka lambat atau rosak akan menyebabkan kipas tidak berpusing secara automatik dan menyebabkan kepanasan enjin digandakan.

    2.Radiator yang panas akan menyebabkan air mengering dan menyedut air dari sparetank dengan kadar segera olehitu kebarangkalian untuk merosakan sisdtem penyejukan akan jadi lebih jika waterpump juga tidak berfungsi dengan kadar 100 peratus.

    3.Cara terbaik untuk masalah air sparetank yang kering boleh dirungkaikan dengan menukar thermostat tetapi ia hanya membantu sekitar 30 peratus saja selebihnya bergantung kepada sistem penyejukan waterpump,waterpump yang baika boleh menahan sejuk enjin pada kadar capaian 100 peratus walaupun thermostat rosak dan berfungsi sekali sekala.

    Cadangan menukar thermostat dahulu adalah pra penyelesaian untuk masalah ini

    ReplyDelete
  178. din v610/8/13

    salam aidilfitri...sy menggunakan perdana bernadikan v6 twin turbo...masalah sy skrg,sebelum ni sy menggunakan radiator jenis cooper,dan bila sy jln jauh dlm cuaca yg agak panas temp akan naik lebih setengah,sy dh tukar kepada radiator alumunium,sebaliknya makin jd cepat panas dan temp makin naik...adakah enjin sy problem pada head?? dan berpakahj kos top overhaul bagi v6 twin turbo...harap dpt jln penyelesaian untuk menghilangkan pening kepala yang sy alami ni...tq

    ReplyDelete
  179. @din v6kos tp overhaul v6 sekitar rm1500.Saya sarankan saudara menukar thermostat dahulu sebelum buat top overhaul.

    ReplyDelete
  180. din v610/8/13

    tq en.arsad...sy ada cuba pegang hos atas,terasa sgt panas daripada hos bawah..adakah tu normal..atau mmg masalah thermostat??apa-apa pun sy cuba tukar dlu thermostat...

    ReplyDelete
  181. @din v6Hose yang amat panas menandakan thermostat lambat terbuka untuk mengalirkan air ke dalam manifold seterusnya dicelah lubang air pada head.Kesilapan thermostat begini boleh menyebabkan keadaan sistem penyejukan jadi tak stabil dan boleh menaikan suhu meter ke aras kebih tinggi,

    ReplyDelete
  182. Anonymous11/8/13

    salam bleh saya tahu apa penyebab kipas radiator lambat berpusing??bila saya tgk suhu naik ke paras setengah saya tgk kipas mcam tersangkut nak jalan....bila suhu melebihi dari paras setengah baru kipas berpusing laju...bleh tuan tafsirkan apa masalah sebenarnya?

    ReplyDelete
  183. @Anonymoussensor coolant dah tak ok,tukar sensor tersebut dan juga tukar relay bertanda RAD pada fuse box

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12/8/13

      tuan bleh bgtau tak berapa harga sensor tersebut untuk civic?
      bleh ker kipas pusing lambat sebabkan air berkurangan dalam sparetank...perlu tak tukar thermostat
      masalah nie slalu terjadi bila saya dalam jam...kalo atas highway suhu sentiasa normal...

      Delete
  184. @Anonymousharga sensor coolant dibawah rm100 dan relay sekitar rm15.Kipas berpusing normal jika relay baik dan sensor juga baik,thermostat jika ditukar lebih baik tak tukar tak mengapa kerana suhu masih ok bermakna thermostat ok.

    ReplyDelete
  185. Anonymous13/8/13

    temperature naik tapi x sampai H...kejap naik kejap turun.....dy terjadi kadang-kadang...dah servis radiator 3hari lepas...tapi bila bukak balik mcm ada keladak karat kat mulut radiator dan cap radiator..warna coklat gela mcm karat je..apa sebabnya??suhu masih kekadang turun naik...tapi bukan la tiap kali drive terjadi...dalam sehari drive akan terjadi sekali atau dua....dan peliknya bila suhu tu naik,saya buka headlamp nampak mcm jarum suhu naik betambah sikit lagi....dan apaka tanda gasket head dah terbakar dan head bengkok??harap tuan dapat membantu...moga budi baik tuan Allah balas....tq

    ReplyDelete
  186. @AnonymousTanda suhu meter turun naik adalah menandakan gasket head yang pecah,radiator pula bila enjin masih dalam keadaan panas ia akan menendang semua kotoran atau karat keatas manakala kotoran pula akan cair sebab enjin masih dalam panas sebab gasket head pecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous14/8/13

      berapa harga kos tukar gasket head enjin civic d15b ?saya dah tukaq thermost suhu dah normal ...tapi saya tgk tangki spare kerap kurang air...

      Delete
  187. din v614/8/13

    salam sy nk tnya pagi sebelum sy start enjin sy cuba buka cap radiator untuk check air dan dapati bila cap dibuka terdapat tendangan angin di dalam radiator..adakah itu normal??

    ReplyDelete
  188. @din v6kalau air membuak keluar ketika enjin dihidupkan itu memang tak normal,tapi kalau enjin sejuk air tak mungkin menendang keluar membuak seperti yang saudara katakan.

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,