Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Saturday, June 23, 2012

Satay atau sate

Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka.

Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.


Kedai POTONG adalah merujuk kepada kedai alatganti kereta yang dipotong sebahagiannya dan biasanya diimport dari luarnegara sepereti Jepun,Korea,Amerika dan banyak lagi negara yang menggunakan alatganti yang serupa.

Penggunaan perkataan-perkataan gantinama alatganti tersebut juga menjadikannya semakin mudah kerana ia lebih disasarkan kepada rupabentuk suatu alatganti tersebut.Perhatikan gambar dibawah yang digantikan namanya sebagai TULANG ANJING yang berbentuk hampir serupa dengan tulang yang dimakan oleh seekor anjing.
satay maaysia
Sepertimana yang kita di Malaysia ini tahu satay adalah kegemaran rakyat Malaysia dan makanan tersebut adalah terdiri dari daging segar samada ayam atau lembu dsbnya yang dicucuk pada lidi dan dibakar.Begitujuga dengan alatganti yang digantikan namanya dengan panggilan SATE/SATAY yang biasa digunakan merujuk kepada lower arm bush yang yang terbentuk dari beberapa jenis getah kecil yang dimasukan kepada sebatang besi untuk mengawal pergerakan lower arm seakan-akan satay.

Sebahagiannya lagi adalah seperti berikut:-

1)TARIK BELAKANG bermaksud enjin yang menggunakan geartbox sebelah belakang atau rear axle
2)TARIK DEPAN bermaksud enjin yang menggunakan gearbox hadapan.
3)POM merujuk kepada berbagai pam seperti water pump,pump bearing,steering pump dll.
4)KATAU merujuk kepada apa saja alatan cut off switch yang dahulunya biasa digunakan untuk memati dan menghidupkan semula berbagai komponen seperti enjin dan starter dan digantikan dengan relay pada masa kini.

33 comments:

  1. Anonymous24/6/12

    If the lace while in the most embodies ideal enchanting female, then transparency s really a blatant temptation, like falling into mortal wizard lumber species deep fascination. Bottega Veneta and Fendi will need to launch a rainbow "transparent"; stroke for this pen, Marc Jacobs lace and transparent material both on stage, he needs to express the feminine are only allowed to be utilized "absolute" to spellout; discount jimmy chooClare, Waigt Keller, the recent government took office , continuing the form of Chloe happens to be gentle enough to develop a purely feminine design continues to be the focus, even the same as well as two slender belt using the ankle, foot skin is basically confronted with the sight; Dolci & Gabbana and Christian Louboutine style show more playful, plus also with all the current feminine through, simply, may just be the old era ncluding a new trend of mixed together into a fascinating way.

    ReplyDelete
  2. lace,jimmy choo,botega vendeta,marc jacobs,clare,waigt keller,chloe,dolci & gabbana,christian louboutine mixed together with a fascinatig way!

    ReplyDelete
  3. Hafiz26/6/12

    Salam en,

    saya ada masalah dengan kereta kelisa auto, engin dia mati ketika berada di lampu isyarat dan ketika time naik bukit. kereta saya adalah jenis Auto.Selepas, ia mati..kadang2 kena hidup beberapa kali baru ia mahu hidup kembali, tetapi ia tidak pernah pula mati ketika berada di selekoh.Alhamdulilah. Boleh en cuba bantu saya?

    ReplyDelete
  4. saudara hafiz,

    rpm yang rendah biasanya menyebabkan enjin mati bila naik bukit dan ketika berhenti,tinggikan rpm saudara dengan tukar plug,tukar air filter,fuel filter dan jika boleh gunkan carbon cleaner seperti MACC utk membersihkan karbon selain dari top overhaul.

    Klik banner MACC untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete
  5. Anonymous28/6/12

    whoah this blog is excellent i like reading your posts.
    Stay up the great work! You know, a lot of people are looking around for this info,
    you can help them greatly.
    My website www.topgoldforum.com

    ReplyDelete
  6. thank you for compliment,i decided to approve your comment as long as your link won't affect my whole blog.Thank you!

    ReplyDelete
  7. Anonymous6/7/12

    Having read this I believed it was extremely informative.
    I appreciate you spending some time and energy to put this information together.
    I once again find myself spending a lot of time both reading and leaving comments.

    But so what, it was still worthwhile!
    My page - Watch The Intouchables Online

    ReplyDelete
  8. Anonymous11/7/12

    nk tanye..kalau kete terlanggar bonggol dalam keadaan tiba2 n sejurus lepas tu plak ada bonggol lagi satu terus berbunyi bahagian bawah kete.sy ada terbaca kalau terlanggar bonggol ni takut OIL SUMP PECAH @ BOCOR..sy pn xtau sgt..perempuan..sy baru j pakai kete ni.
    TQ

    ReplyDelete
  9. saudari langgar bonggol,

    Jika saudari langgar dengan kuat bonggol tersebut ada kemungkinan terkena oil sump tapi yang pastinya saudari telah langgarkan ekzos pada bonggol dan mungkin telah merenggangkan ikatannya,periksa di w/syop untuk mengelakan ia ter jatuh atau senget dari kedudukan asal.

    ReplyDelete
  10. Anonymous29/7/12

    Salam... saya ada masalah dengan bunyi "kelekok kelekok" pada bahagian depan.. kereta sya proton wira 1.5 SE..absorber guna GAB SR, sport spring..jangka hayat tak sampai lagi setahun..bunyi berlaku bila lalu jlan tidak rata..mounting dengan lower arm sudah tukar..tapi masih berbunyi..boleh tolong selesaikan problem saya?

    ReplyDelete
  11. saudara proton wira 1.5 SE absorber Gab sr,

    Absorber dan spring sport serta getah landas absorber mestilah berkedudukan baik dan spring diikat dengan betul dan tidak beralih,jika beralih salah satu dari yang dinyatakan akan mengundang bunyi sedemikian.Periksa semula semua yang tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous29/7/12

      Salam tuan Sord87..terima kasih...nanti sya akan sruh mekanik cek balik..minggu lepas Mekanik dh bukak balik dan cek serta tukar absorber lain..masih tidak dapat tahu punca berbunyi.. sekiranya spring dan landas berada dalam keadaan baik dan tidak beralih..apakah punca lain ynag mnyebabkan ianya berbunyi kuat?

      Delete
  12. saudara proton wira 1.5 SE absorber Gab sr,

    Selain dari absorber,periksa drive shaft dikiri dan kanan,kadangkala housing yang telah haus terdapat sedikit ruang untuk bunyi berlaku dan biasanya drive shaft luar dan dalam,periksa kedua bhg tersebut.

    Seperkara lagi pada wira terdapat satu dua skru disc yang perlu diketatkan,jika tiada skru tersebjut lambat-laun bunyi akan taerhasil juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous30/7/12

      Salam saudara Sord87...saya akan cuba cek apa yang anda sarankan tersebut..pekembangan lanjut akan sya bgthu..terima kasih :-)

      Delete
  13. Anonymous7/8/12

    dah selesai ke masalah saudara spring GAB tu??kete saya pun menghadapi masalah yg same..le share sesuatu x??absrober baru tukar juger..spring GAB absorber APM..

    ReplyDelete
  14. Anonymous7/8/12

    test

    ReplyDelete
  15. test 1,test 2,test 3,test 123

    ReplyDelete
  16. Anonymous8/8/12

    Sya pakai perdana sei....masalah kereta saya sama mcm saudara wira 1.5. ........nk tanye lau bunyi 2 terjadi pada kereta saya apa prob lak?

    ReplyDelete
  17. saudara perdana sei,

    Jika sama ia memang masalah yang sama dengan proton tersebut,tetapi wira tersebut hadapi masalah selepas tukar GAB spring dan absorber.

    Jika saudara masih gunakan yang standard ia adalah masalah lower arm.

    ReplyDelete
  18. saudara,

    masalah dengan kereta (kelisa) saya ialah, bila jalan atas jalan raya tak rata atau berlubang, ada bunyi 'bok' di tayar belakang meskipun absorber da tukar...

    ReplyDelete
  19. saudara junaidi amit,

    selain daripada tayar spare yang tak diikat kukuh bunyi juga boleh terjadi drpd:-

    1.spring absorber yang beralih
    2.bush tengah yang haus
    3.bush joint pada roda

    ReplyDelete
  20. Salam..

    Mohon bantuan utk kerosakan lower arm(tukar bush) depan sr4 92..di mana boleh saya dpt mekanik dgn reasonable price labour atau kedai press machine di sekitar selangor/p/jaya?..area saya chrge rm 400+ utk repair..

    isramazhar@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Salam..

    Di mana boleh saya cari mekanik honda atau kedai press machine d sekitar selangor/p/jaya?..kereta sr4 92 saya mengalami kerosakan bush lower arm depan..area(petaling jaya) saya minta rm 400 utk repair..kalau boleh saya nk buka sendiri dn hantar ke kdai machine tpi d mana?...ada rekemen dari saudara mekanik yg boleh dipercayai?

    Tq

    ReplyDelete
  22. saudara Isram b azhar,

    Kedai press machine demikian hanya banyak terdapat di taman sungai besi.Untuk press bush tersebut saudara boleh juga menghantar ke kedai alatganti dan kadangkala juga terdapat mesin press dikedai alatganti terpakai sekitar petaling jaya old town.

    ReplyDelete
  23. Anonymous21/10/12

    Nak tanya kreta sy viva auto1.0,pena xcident depan,setelh siap repair,,enjin cept panas shingga air pd radiator dntangki keluar,,sdgkn petunjuk heat merh pd meter x keluar,air n colant mncukupi,,,skli tgok kipas x pusing,,,,setelh di tukar,,,beberpa hari tu,,,aircon jd panas maslh sma mc brulng kipas x berpusing nenjin panas air pd tangki pun naik,,,,skrng nak bwa kreta tuk servis pun takut,,,apa tindakan yng perlu sy buat,,,seblum sy hntr ke pust produa tuk srvis sebbmc ada waranty tuk 2x srvis lg,,,,hrp en.dapat mbntu,,,tq

    ReplyDelete
  24. saudara viva,

    Jika kipas masih tidak berpusing untuk kali ke 2 selepas repair ini bermakna ada masalah pada thermostat saudara.
    Thermostat mesti ditukar minta pomen servis centre tukar thermostat supaya ia bertindak bila utk hidupkan kipas dengan elok.

    ReplyDelete
  25. Anonymous1/11/12

    moncler
    Blogger: kerosakan kereta - Post a Comment

    ReplyDelete
  26. En sord..ada krje kosong x?

    ReplyDelete
  27. Hi tuan. Saya mengunakan avanza 1.3 auto. Masalah nya setiap kali saya memasukkan gear R,D ,L1dan L kereta akan mati ini berlaku bila keadaan enjin sejuk. Apabila kereta dapat berjalan masalah yang berlaku engine kereta akan mati beberapa kali. Dan selepas itu kereta akan berjalan seperti biasa tanpa masalah. Gear filter dan minyak gear sudah tukar tapi masih menghadapi masalah yang sama. Tolong saya tuan.

    ReplyDelete
  28. @handyada masalah throttle body yang kotor,perlu diservis,periksa juga masalah sensor jika ada

    ReplyDelete
  29. As-Salam. Saya asyraf. Sy pkai keta Produa Kelisa EZi Auto. Masaalah yg saya hadapi adalah:
    1)Start Enjin keta bergegar kuat.
    2)Bila stop kat traffic light or jammed tempreture naik 90. Asap putih berkepul2 kuar.Cek radiator kosong tp dlm spare tank ade air.Cek kebocoran x de yg bocor.
    3)Kwan kate maybe gasket terbakar btol ke?? Bantu sy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam,gasket head memang benar2 telah terbakar ,saudara perlu buat top overhaul ganti head gasket

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,