Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.

Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-

1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

 Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

 Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-

1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE. 

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

 Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

 Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.

Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Nota Penting Untuk Gear Auto:-

Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,

Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter  yang dipanggil Transmission pressure solenoid.

Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.

Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah

Comments

Salam..saya nak tanya. Saya pakai Haarier 2.4 tahun 2006. Masalah yg dihadapi minyak power steering selalu cepat kurang. Bila pusing steering akan berbunyi kuat. Kenapa berlaku kebocoran dan apa yg perlu dilakukan? Ada yg kata masalah steering rack atau getah paip keras dan ada leaking sbb mmg di lantai selalu basah
Unknown said…
Salam..saya nak tanya..kereta saya saga FLX auto..mula2 kereta ada bunyi dekat enjin.p anta bengkel kata bunyi fly wheel..bila 2 ari xhidupkan kereta.bunyi tu hilang..bunyi yg kuat.bengkel pon xdpt kesan.tapi bila nak reverse MMG berat.bila xdpt kesan ape masalah bengkel kata masalah gearbox..nk kena tukar..kalu tukar mau cecah 4500.sy kompius skrg ye ke x masalah gearbox 🤔🤔
Mekanik Kereta said…
wslm,ada 2 hose dari stereng pump,hose tersebut perlu ditukar,stereng akan terus berbunyi jika ada kebocoran,biasanya bocor di hujung klip akibat lusuh hose
Mekanik Kereta said…
wslm,torque converter sentiasa berpusing apabila enjin hidup,jika ia ada masalah alignment dan kedudukan tidak tetap stabil,bunyi akan ada,sebaiknya tukar torque converter in sha allah masalah selesai
Ibrahim said…
Salam
Kereta saya ada masalah di lampu merah
Apabila lampu kuning hidup saya tekan baru lampu hijau hidup saya lepas brak
tetiba kereta saya asyik maju sedikit mundur sedikit sampai sekarang ini
Mekanik Kereta said…
wslm,saya tidak paham aksud saudara,sila ambil nombor ini dan tamya saya di whatsapp ,no saya 0173023492
Raf said…
Nak tanye jugaa...Saya guna avanza model 2007 auto 1.5.ada masalah gear 4-5 enjin mengerang.rpm naik sampai 4 baru gear tukar ke 5.ape solution utk masalah Saya ni?please cdgn?
Mekanik Kereta said…
asalah ini berkaitan solenoid shift sensor yang ada dalam kotak minyak gear auto,sensor ini perlu ditukar kesemuanya untuk membolehkan isyarat bertukar diterima dengan baik
Norruzianah said…
salam tuan,
sbelum ni tuan ada suggest utk tukar solenoid sensor.

so sya ada btnya dgn mekanik area sya utk tukar solenoid sensor gear auto,

tp dia prefer tukar sbijik gear box baru, sbb susah nak tukar satu2,kalau problem stakat pd gear 1 sj, dia takut next time gear yg lain pun ada masalah gear

sakit juga la nak cari full gear box utk toyota unser..

adakah sya perlu cr gear box baru or sya tukar semua solenoid sensor? utk kereta toyota unser auto
Unknown said…
salam,
saya pengguna saga flx s.e 1.6 auto,semua dah ganti.tapi bila mula bejalan bejalan terdapat bunyi yg kuat dari bahagian gearbox.bunyi seakan gear missed.
Unknown said…
Salam..sya nk tnya tentang keta naza citra auto.semasa kita mula prjalanan..keta sya jadi sentap mcm duk duk.berlaku ketika gear 2 nk msuk gear3.selepas msuk gear 3 dah xjdi.adakah gearbox sya rosak atau pn bnda lain..
Mekanik Kereta said…
wslm,wslm,tukar sensor sudah memadai jika sukar cari gearbox
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah sensor shift solenoid
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah shift solenoid sensor saja yang akan menyebabkan isyarat terganggu seterusnya gear tidak lancar,tukarkan 4 shift solenoid sensor,in sha allah ok
Unknown said…
Salam..nak tanya jika gearbox bermasalah atau kurang..adakah kereta yg berkomputer/ecu akan detect masalah dan engine tak akan hidup?
Mekanik Kereta said…
wslm,check engne akan nyala atau isyarat AT akan nyala jika gearbox ada masalah akantetapi enjin masih boleh hidup,kecualilah jika minyak gear tiada langsung dalam gearbox
Unknown said…
Sy guna toyota altis 2.0 5ahun 2024, N ke D injin akan sentap, apa punca berlaku sedemikian? Tq
Mekanik Kereta said…
wow guna keta terbang ke?tahun 2024
Unknown said…
Assalamualaikum.w.b.t tuan.sy nak ada sedikit persoalan.saya pakai kereta myvi 1.3,tetapi bila saya bawak kereta lebih 100 je,kereta macm mengaum,kenapa ye..
Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika mengaum tersebut merendahkan prestasi enjin ia tanda ada masalah kelancaran terutamanya pada laluan bahanapi seperti kotor dan sumbat,tukar fuel filter dan gunakan sekitar seminggu jika ia masih berlaku saudara perlu tukar fuel injector
Unknown said…
Salam'sya nk bertanya..sya pakai honda civiv fd.baru2 ne Minyak gear selalu menitis.sya sh tukar oil seal.tpi masih menitis.apa lge yg perlu saya bt?
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya minyak gear akan enitis apabila oil seal drive shaft pecah dan gasket gear oil sump juga lusuh,ini adalah antara tempat minyak gear akan keluar menitis. Kedua2 oil seal drive shaft perlu ditukar manakala skru gear oil sump serta gasket perlu diperiksa dengan teliti. Gasket tersebut akan menyebabkan minyak cepat menitis jika lusuh
Kadir said…
Salam sy pakai viva auto... Permasalah hanya bila start jln ja, tekan minyk,enjin kereta meraung.kereta jln perlahan lahan..sehinggahlah gear bertukar sendiri barulah kereta berjln ada power... Tetapi tiap kali kereta berhenti pas tu jln balik enjin meraung kembali... Lebih lebih lg jika berhenti dekat bongol,,pas tu tekan minyak.. enjin meraung kuat,kereta tetap tak leh lepas bongol tu... perlu kah gearbox viva auto ditukar... Fliter dan minyk gearbox auto suda ditukar... Kereta masih mcm tu tiada perubahan..
Unknown said…
Salam,
Mohon pendapat.
Tgh top gear, tiba2 gear drop n xnak dh masuk gear. Tekan brek n berhenti kan kereta. Bila jln smula gear dh xnak tukar. Dh tukar gearbox halfcut, elok sekejap pstu jdi blk.
Mekanik Kereta said…
wslm,drive shaft kiri kanan perlu tukar,cengkaman gerigi lemah
Mekanik Kereta said…
wslm,gear drop akibat kurang pressure dalam gearbox akibat bocor minyak atau seal drive shaft,sensor speed juga perlu ditukar supaya isyarat ke gearbox elok,periksa bocor dengan telit,seperkara lagi minyak AT perlu gunakan yang sesuai seperti jenama castrol dan Petronas serta STP,ini kerana minyak yang panas akibatnya gear sukar masuk dan bertukar
Unknown said…
Salam..
sy pakai wira auto 1.5
hari tu ada sekali tukar minyak gearbox.tp selepas tukar,beberapa hari kemudian gear selalu jadi 'free' time memandu dan rasa berat.kadang2 lambat masuk..
tapi x bunyi apa2 seperti bunyi yg kurang menyenangkan.
kadang2 gear R kita reverse x blh..
x pasti apa puncanya.
adakah gearbox sy rosak dan perlu ditukar baru ataupun kegagalan tu berlaku disebabkan pertukaran minyak yg x sesuai..
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan semula ,saya rasa saudara telah gunakan minyak auto transmission jenis dan jenama yang lain dari biasa yang saudara guna. Tukarkan semula ke jenis minyak yang biasa guna
Unknown said…
salam..
saya nak tanya. saya pakai avanza 1.3 auto.. bila free gear enjin ok tapi bila masuk gear d kereta jadi macam semput tak bole nak laju.. saya harap khidmat nasihat dari semua yang pakar.. foreman cakap kena tukar gearbox..
Syazni said…
Sya nk tya sikit...sya pkai kncil auto knpa bila enjin sejuk kereta berat nk jlan bila injin panas ok shja...gear R ok sjuk atw pnas sma ringan..
Mekanik Kereta said…
wslm,sensor shift solenoid dalam kotak minyak gear tidak bekerja dengan baik,patut tukar keempat2 sensor tersebut,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
tukar shift solenoid sensor dala kotak minyak gear ada 4 kesemuanya
Mekanik Kereta said…
wslm ya benar ini masalah gearbox,ada kemungkinan dalamnya terdapat serpihan kecil yang telah menyekat pergerakan gerigi gear,ada kalanya Flush minyak gearbox boleh membantu,lakukan flush 3 kali
Emmet said…
Salam..
Saya pandu Myvi 1.3 AT ada masalah keluar bunyi 'dush' setiap kali pertukaran gear 1-2 waktu awal2 pemanduan..saya perasan bunyi tu setiap kali pertukaran gear pertama waktu kereta mula bergerak..waktu kelajuan mencapai 20km/h..
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah shift solenoid sensor dalam kotak minyak gear sebaiknya ditukar akibat kelusuhan
Mohd salleh said…
Salam.saya baru lepas redah banjir.ape yg patut saya lakukan selain tukar minyak itam.perlukah saya menukar minyak gearbox .kereta saya perodua bezza
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar inyak hita,oil filter,tukar minyak gearbox dan autofilter juga spark plug
Unknown said…
Salam_Lampu D gearbox untuk honda city berkelip apa puncanya
Mekanik Kereta said…
wslm D drive akan blinking atas 3 sebab

1.masalah minyak gear kurang dan kotor
2.solenoid shift sensor tidak elok dan biasanya diselangi dengan gear tidak lancar atau lambat bertukar
3.speed sensor bermsalah
Unknown said…
Salam sejahtera, nak tanya saya guna kerta ford ranger 2.2 manual, kekadang kalau paking lebih dari 3 hari gear reverse & 1 susah nak masuk, terpaksa nak masuk gear 2 then baru ble masuk gear reverse/1..

Nak pencerahan ttg ini..
Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera kembali,reverse switch kereta ini tidak elok lagi perlu diganti
Meor said…
Salam.. sya pengguna waja campro 2006,mslh bru berlaku penukaran gear dari P ke R akan sentap begitu sebaliknya dari N ke D pula akan slow pickup.. ODO meter jdi x berfungsi led lampu gear jdi tiada indicator check engine tidak bernyala dan millege pun tidak berfungsi.. Adakah ini disebabkan relay atau cable wire dari spedo meter.. ?Mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tukar speed sensor untuk output dan input in sha allah ok
Donald Trump said…
Salam bos nk tnye..saya ade hilux vigo 2.5 auto tahun 2009..keta saya bila start engine x kira laa pg ke ptg ke mlm ke asal start saja akan ada keluar asap putih kebiruan time keta tgh idle.. lps keta jln xde dh asap lg cuma klu kita g duk dkat dgn blkg keta akan terasa pedas kat mata kita, & saya dpti rasa pedas itu dtgnya dri ekzos keta saya..bukn itu shja keta saya terasa berat bila d pndu..nk overtake sgt x d galak kn..naik bukit berat klu ttba Mbrake d bukit lps tu nk jln blik rasa dh sgt payah..tpksa layan 40km/h saja..bole bgthu apa masalah keta saya..saya igt nk tukar gearbox kpd manual agaknya brpa ka kos untuk convert manual & apakah masalah keta saya tuan ???
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding injector ,dalam injector ada angin ,bila bleeding angin akan dihilangkan dan asap putih atau hitam akan hilang semua sekali in sha allah
ct said…
Salam nak tanya saya kereta satria saya kalau lama x start try start bawa dlm 15 minit mcm tu akan naik simbol servis enjin saya pastu saya bawa g bengkel dianorg cuci torhtly body pa semua dah ok dan saya tggl 5 ari sbb kluaq negara balik start balik jln dlm 5 ke 10 minit naik balik , masa dia naik dia akan tersentak dan saya main drop gear bla rasa tersentak tp enjin x mati bila saya berhenti tepi jln dan tutup enjin bukak balik dah ok x naik dah ... dia akan naik skali dlm satu ari sekali sj bila 1 st time kita nak bawa dan skrg saya try masa mula nak bawa saya akan start keta biar lama sikit dan bergerak ok dah x naik .... kenapa ye jadi mcm tu... please respon dgn segera ... da yg suggest tukar torthly body la
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan dulu o2 sensor atau oxygen sensor,inshaallah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,jika gunakan minyak atf jenaa yang lain akan jadi masalah demikian kerana kesesuaiannya tidak sama
Unknown said…
Salam..
Sya nk tnya kalau gear lambat masuk,mengaum rpm sampai 4 baru tukar gear 2 ke gear 3..sya pkai kereta wira auto vdo..
Mekanik Kereta said…
wslm paerlu tukarkan solenoid shift sensor,periksa juga jika ada bocor minyak gear dibahagian drive shaft ataupun disekitar gasket kotak autofilter,jika ada bocor perlu lah dibaiki
gray said…
Boss. Pernah buat tak gearbox gen 2 1.3..gear die mcm bunyi brg terlepas dalam
Mekanik Kereta said…
kalau yang itu biasanya ada serpihan pecah dalam gearbox tapi sangat nipis dan menggegarkan kedudukan komponen berpusing seperti klac
Unknown said…
Slm bro...perdana v6 2005,masalah gear box auto...pertukaran gear tak tersusun,kadang lambat tukar,kadang lansung tak tukar,kadang terus gear tinggi,kadang ok pula...minyak gear,filter dah tukar baru...tolong Tn apa masalah nya...
Mekanik Kereta said…
wslm,shift solenoid sensor ada 4 dalam kotak minyak gear perlu diganti
Unknown said…
Kereta toyota land cruiser 4.7 V8 masaalah gear ada kluar bunyi OD pdai on sendiri. bunyi dia mcm banda bsi ting2
Mekanik Kereta said…
panel gear ada masalah ,perlu periksa atas gearbox jika kedudukan longgar
The_mok said…
Tuan nak tanya kereta saya wira 1.5 auto permulaan nak jalan atau lepas berhenti nak jalan semual terasa macam slip bergegar kereta.bila berhenti dia macam nak mati tapi bila masuk N ok knpa ya
Mekanik Kereta said…
masalah gegar enjin adalah termasuk dalam gegaran akibat mounting yang koyak/pecah ,tambahan lagi jika RPM juga tidak stabil akibat dari fuel injector kotor,fuel filter kotor serta spark plug yang kotor.Komponen diatas perlu diganti sebelum setting semula RPM ke yang lebih baik
Nuzli said…
Assalamualaikum,

Saya sudah memandu proton exora cps selama 9 tahun. Saya mempunyai masalah gear baru2 ni.

Masalah yang saya hadapi ialah apabila saya nak menukar gear auto dr p ke d, dia tak masuk. Malah gear reverse pun x masuk. Perkara ni berlaku setelah saya meredah lopakan air yang agak besar.

Adakah masalah ini terjadi kerana air sudah masuk ke dalam gearbox?

Saya ada tanya mekanik kereta berkenaan masalah ini. Dia kata kemungkinan air sudah masuk ke dalam gearbox serta berkemungkinan chipboard dalam gearbox juga ada masalah.

Minta penjelasan drpd pihak tuan berkenaan dgn perkara ini krn mekanik tu kata kos pembaikan mencecah rm1700 (rm1200 adalah kos repair chipboard dan rm500 adalah kos servis dan cuci gearbox)

Sekian, terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,air yang masuk ke dalam gearbox memang akan mencelarukan kelancaran dalamannya lebih2 lagi jika isyarat bertukar tidak dapat dikesan langsung. Flush 2 atau 3 kali boleh juga mengembalikan keadaan gearbox ke asal. Mekanik boleh lakukan ini dengan buang minyak AT gantikan baru dan hidup enjin sebanyak 3 kali ulang proses,biasanya 70 peratus keadaan asal boleh dikemalikan,in sha allah
Anonymous said…
Salaam sy faizal
Kereta sy toyota avanza 1.5 auto dn masalah sy ialah bila masuk gear R,gear lmbt masuk dn akan masuk ambil masa 3,5saat dn ade kalanya sampai 20saat.dn ape bila gear bertukar pd gear R keadaan sentap y kuat semasa gear R masuk.minyak gear ok mencukupi dn tiada masalah utk masuk ke gear y lain.tolong Bantu sy tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,shift solenoid sensor dala kotak minyak gear ada masalah sebaiknya flush minyak gear 2 kali dan tukar empat solenoid shift sensor tersebut
Unknown said…
Assalamualaikum.. saya pakai Proton waja. Masalahnya dah masuk D, tapi masih berkelip2. Dan satu lagi sewaktu pandu kereta gear jalan satu gear sahaja.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan speed sensor dan tukar minyak serta auto filter,inshaallah ok,auto filter waja perlu turunkan gearbox
Unknown said…
Salam tuan... Kereta saya honda crv lampu D baru jln 2 minit dah mula berkelip-kelip. Letak kat P pun masih berkelip-kelip, kecuali bila padam kemudian start balik baru hilang. Jln lagi tak sampai 2 minit berkelip lagi. Apa masalah dgn kereta saya. Tolong bagi nadihat tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar mnyk gear dan autofilter serta speed sensor inshallah ok
Kutu sabah said…
Masalah saya ialah exora cps auto 2009. Bila kita shift gear dari P ke R dashboard masih menunjukan P.
Sebaliknya kalau dari N ke R juga masih sama di N..masalahnya bila tukar bila masuk ke R gear nya menyentap..
Apa tanda2 ini menunjukan gearbok rosak..terimakasih
Mekanik Kereta said…
sebaiknya tukar dulu minyak gear dan setelah itu amalkan cara pemanduan di mana gunakan semua tanda auto gear yang ada jangan sentiasa letakkan pada D dan P saja,gunakan juga tand 2,3 N,R di panel sekali sekala,i ni dapat menjadikan gearbox lebih lancar dan tidak keliru,jika sensor keliru akibat minyak gear serta kedudukan yang tidak digunakan ia akan berlaku sentapan dan lampu panel juga tidak kelihatan atau tidak nyala pada tempat yang betul
Unknown said…
Salam saya ada pakai wira auto maslah kereta sy strt hidup bila nk msuk gear D dia mati dan breck terasa agak berat bila enjin dihudupkan
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada sensor enjin terutamanya idle sensor atau throttle position sensor di throttle,sebaiknya reset ECU dulu jika ia masih sama tukarkan minyak gear jika tidak pernah tukar dan gantikan idle sensor di throttle body
Unknown said…
Salam en.. Honda city saya 2008 idsi.. Gear bertukar ok.. Tapi bila nak berhenti macam gear lambat bertukar.. Jadi jerk.. Cam gear lambat drop. Camner tu
Unknown said…
Honda city idsi 2008..gear lambat drop.. Bila nak berhenti baru drop.. Jadi ada rasa duk sket...
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah shift solenoid sensor dalam kotak minyak auto, perlu tukar,inshaallah ok
Mekanik Kereta said…
tukar shift solenoid sensor
Unknown said…
Salam.pengguna estima,saya perasan bila naik bukit dlm keadaan brhenti..gear ada sentap..time drive ok je
Mekanik Kereta said…
wslm,buat flushing gearbox,tukar segera minyak auto dan autofilter,inshaallah ok
Unknown said…
Salam.. saya syafiq .. nak tanya laa .. saya pakai vios 2005 auto .. masalahnya kereta saya panas pada bahagian bawah pedal gear .. adakah itu masalah dari gearbox ? Dan apa yg perlu saya repair ?
Mekanik Kereta said…
wslm,pada pedal gear ada kotak sensor,jika panas tanda ada kemungkinan keadaannya lusuh dan mudah panas,tukar pedal gear tersebut,inshaallah ok
raff said…
Salam bos, apakah tiada kesan sampingan bila guna jv autolube ni? kereta tahun 2005 hyundai matrix auto
Mekanik Kereta said…
wslm,inshaallah tiada,cuma kena pilih minyak yang sesuai untuk kereta lama
raff said…
salam mekanik, boleh ke tukar gearbox yang lain selain gearbox original hyundai matrix auto 1.6?contohnya 4wheel gearbox ke. ngam ke
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh asalkan saiznya sama dan ukuran driveshaft juga sama tetpi jika tak sama panjang shaft sebaiknya jangan potong atau sambung kerana ini tidak baik dan sangat bahaya. 4 wheel drive tidak sesuai kerana carakerjanya berbeza dari hyundai matrix
Unknown said…
Salam, keta saya persona model 2013 gear indicator keluar lambang (-) jer dan bila masuk gear R keta sentap, keta dapat jln tapi mcm guna gear 2 je dan speed meter x berfungsi. So, masalah ni disebabkan apa yer?
Unknown said…
salam.nak tanya kerata sy nissan sarena c23 sebelom ni tempat sy banjir.dah hantar pomen betol kan dan bersihkan.tp bila jalan masuk gear D gear taknk tukar kepada gear seterusnya.enjin mengaum bila dah jauh dalam 100miter baru dia nak masuk gear 2.kenapa ya.
Mekanik Kereta said…
wslm,kebanyakan masalah gear sentap tidak lancar bermula dari minyak auto yang kotor,apa yang saya boleh beritahu ialah buat flushing gearbox kemudian pastikan guna semua tanda P,R,3,@,N dan D di panel supaya gear lancar sahaja
Unknown said…
Salam, saya nak tnya, saya guna kereta peugeot 408, masalah nya bila saya drive muala2 ok tapi bila dah lama2 bila masuk gear 1 nak ke gear 2 dia terasa terhenjut, bila tukar gear seterus nya ok.
Mekanik Kereta said…
wslm,peugeot selalu ada masalah pada torque converter shift solenoid sensor dalam kotak autofilter,yang itu kena tukar,inshaallah ok
Unknown said…
Hi bang.Kereta ayah saya ada masalah selalu sentap.Hantar ke kedai dan pomen cakap minyak gearbox sudah hitam.Dah tukar minyak dan sudah servis.Dah juga menambah autolube treatment.Kereta Model 2008 crv bang.Kenapa dulu di sentap bang.Adakah puncanya minyak hitam menyebabkan sentap?
Mekanik Kereta said…
Hi minyak gearbox yang kotor boleh menyebabkan banyak perkara dan apabila ia terlalu kotor tidak diganti akan menyebabkan kotoran habuk kecil yang juga boleh menyebabkan gear tidak bergerak terutamanya gear auto.Olehsebab itu disarankan tukar minak gear auto setiap 20000 penggunaan termasuk autofilter dan setiap 40000 km untuk gearbox manual. Sentap juga boleh berlaku jika solenoid sensor rosak.
Hafiz said…
Assalamualaikum mekanika,
Sy nk tnye, sy guna gen2, masalahnya apabila naik bukit atau turun bukit, kereta saya tu daripada laju boleh tiba2 seakan akan tertukar gear, kalau sy pree minyak, dia akan mengaum , jadi biasanya klau dlm keadaan mcm tu sy akan biar sekejap sampai sy rasa dia melonjak dan x mengaum dah baru sy tekan minyak balik dan kereta tu akan jadi normal balik, apa puncanya ya tuan? Thanks
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,minyak auto ada kotoran halus,apabila sensor mengesan kotoran ini akibatnya gear jadi tidak lancar dan akan menjadikan enjin juga meragam,sebaiknya buat flushing gearbox atau tukarkan minyak gear 2 kali dan autofilter,inshaallah gear akan kembali sediakala
Unknown said…
Sy kia spectra 1.6 2005..water pam bocor,pas tu da tukar gear D masuk x leh jalan masa enjin blom jalan..kena pakai d2 duku baru bole masuk...kmudian water pam di pasang tidak rapat enjin,dan didapti pully water pam gelong....harap maklum pada sy..dr shah alam...0179325256
Mekanik Kereta said…
cik perlu baiki semula water pump yang tak rapat tu
Kiram said…
Salam cikgu Proton Perdana dah overhaul gearbox R tak masuk juga Apa masalah ya
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar shift solenoid semsor,inshaallah ok
Unknown said…
Salam, saya myvi auto 1.5, nk tya.. Bila saya masuk gear r, dia bunyi 'duk' masuk gear D dia bunyi 'Duk'... Naik lambang At.. Sy xbrani nk bawa, bila sy nk drive hatar bengkel, elok plk dh xde masalah.. Plek jgk tu😂
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi duk ni sebenarnya gear tu tersentak akibat sensor yang tak terima isyarat pada waktu yang tepat,biasanya masalah begini jadi akibat minyak kotor dan autofilter yang lambat tukar,boleh juga tukar minyak dan autofilter dulu tetapi buat flushing gearbox,,gunakan minyak jenis sama yang biasa guna.
John said…
Hai cikgu.. Nak tanya Saya pakai keta honda city idsi tahun 2006. Masalahnya bila masuk gear D dan tekan pedal minyak kereta bergegar, lepas tu ok je.Bila starting kerap ada macam ni cikgu. Tolong bagi nasihat. Terima kasih cikgu
Mekanik Kereta said…
Masalah begini ada sangkut paut dengan APPS (Accelerator Pedal Position Sensor) yang tidak bekerja pada kapasiti 100 peratus. Gantikan sensor ini inshallah ok
Sahiful BW said…
Kreta myvi. Bila ambil selekoh...kiri dan kanan ada bunyi seperti bergesel. Masa statik...ada bunyi mcm bergesel juga. Bila tekan clutch...bunyi hilang. Check di bengkel, katanya gearbox problem. Saya jata klu g/box problem, pertukaran gear ok..tiada shift gear langsung.
Mekanik Kereta said…
Bunyi yang bila diteka clutch ia hilang adalah masalah bearing cluctch gearbox,ika diganti bearing tersebut bunyi terus tiada,ia bukan masalah gearbox cuma masalah bearing clutch yang berbuni tapi i tidak bahaya cumi tak selesa kerna ia berbunyi
Kak alin said…
Assalammualaikum..

Saya pakai kereta wira se 1.5 tahun 2002, Jiran saya pandai pomen.. Baru2 nie dia ada cek keta saya.. Coz saya cakap ada minyak banyak kat depan engine . Jiran nie cakap minyak gear box saya liking.. Jiran nie cakap perlu buat top overhold. Dan kos nya hampir Rm1500.. Nak Tanya.. Betul ke kos tue cecah sampai harga tue. Mcm tak masuk akal jer.. Saya baru jer tukar minyak gear box kat bengkel masa sebelum raya. Dah Pandu ke muar dah.. Boleh guide tak macam mana nak selesaikan mslah nie.. Mekasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kalau cuma minyak gearbox leaking ,tukar gasket saja di kotak minyak gear auto,tiada kena mengena dengan top overhaul-0173023492
mustaqeem said…
assalamualaikum tuan, keta sy dpt jln dgn dgn gear 2 shja..kalau letak dkt gear D atau 3, dia jln smpai gear 2 lps tu dia free dgn sndri..keta myvi auto..nk tnya apa kemungkinan dgn mslh tu dan kos servis?..seb myk engine dan myk gear bru shja tukar
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika saudara tukar minyak jenis yang bukan biasa guna dan selepas itu masalah ini muncul maknanya saudara mesti tukar semula dan flushing minyak gear tersebut dan tukar kepada minyak gear yang selalu guna,ini kerana minyak gear mempunyai tahap kepanasan berbeza dan ada minyak gear yang tak sesuai langsung digunakan.untuk kereta saudara
Oldest Older 1401 – 1505 of 1505

Popular Posts