Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi
Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.
Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.
Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Nota Penting Untuk Gear Auto:-
Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,
Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.
Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.
Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah

Comments
Saya pkai kereta wira 1.6 auto ..mslh kereta saya ni bila masuk gear dari P ke D bunyi..duk.. Bila tekan minyak jalan sangkut dn lps tu tru mengaumn dn x jln ..padahal saya dh tukar minyak gearbox dan auto fitter tpi msh jga sma ..bole minta penerangan apa gearbox saya rosak dn adakah kos murah tuk tdk menukar gearbox ....
Saya pakai Toyota Harrier 2.4 Tahun 2006.
Masalah :
Lambat untuk masuk gear 1 (bila berhenti di traffic light atau memulakan perjalanan). Perlu tekan minyak perlahan-lahan, jika ditekan kuat akan tersentak ke depan dan bunyi
"dukkk". Ada sedikit kebocoran di gearbox (ada kesan dilantai) tetapi tidak kritikal kerana saya kerapkali check sebelum memandu.
Apa pandangan tuan pakar...adakah gearbox saya bermasalah. Jika bermasalah adakah (yang paling baik) :
1. Tukar gearbox baru
2. Overhaul gearbox yang sedang digunakan
3. Lain-lain pandangan yang lebih jimat tapi berkesan
Mohon jasabaik tuan untuk :
1. Bagi bengkel yang terbaik boleh selesaikan masalah saya
2. Anggaran kos yang dikenakan jika perlu ganti gearbox atau overhaul.
Terima kasih tuan..
Terima kasih tuan
saya pakai kereta kenari guna enjin dan gear yrv 1.3 turbo tiptronik..
* masalahnya pertukaran gear dari 2 ke 3 selalu ada bunyi duk
* dan selalu datang penyakit indikator D blinking.. kalau D blinking kereta hanya boleh bergerak dlm gear 3 dan reverse je.. dan jerking kalau tukar gear dari P ke D atau P ke R..
* tapi kalau matikan enjin dlm 2 ke 3 minit.. blinking D itu akan hilang tapi datang semula dalam beberapa minit..
* saya baru menukar minyak gear dengan filter Gear tapi keadaan yang sama berlaku..
apa masalah nya tu tuan.. mohon penjelasan.. tqvm
Ada bengkel mana2 yg boleh rekemenkan tak tuk hntr kereta.. sbb kbyk kan bengkel semua suruh tukar 1 gearbox. Tq
mana ada jual shift silenoid sensor ni utk yrv..berapa harganya?
boleh guna shift solenoid sensor myvi tak?
sorry banyak tanya..😊
Bos bgi keterangan masalah 2 ckit no fon 0124808873 wan
1. Sblm ini honda sv4 saya telah pernah di tukar gearbox AT (halfcut)
Masalahnya apabila pd dlm kelajuan sederhana penukaran 123 ok tetapi masuk 4 ada bunyi gegaran di bhgn hadapan (mcm tuning rendah)... Kemudian apabila tekan padel brek nk berhenti kelajuan biasa ada bunyi "gup" kpd gear rendah sblm kereta btul2 stop..
2. Masalah kereta kia spectra pula ialah minyak gear dh kluar.. Basah bhgn berhampiran penanda aras minyak dan kotak fius(mcm kluar drp tpt
penanda aras td..
Mulanya sblm ni drp N kpd D lmbt masuk.. Kmudian jd mcm tu pulak.. Dan apabila nk mula2 brjalan kadang2 kena tekan minyak lebih bru blh gerak.. Atau Mgkin sbb minyak gear dh kurang tak.. Mohon bantuan pngalaman tuan.. Tkasih
tapi kereta x ada prob lain selain lampu AT menyala...
Kereta saya Proton Iswara 1.5 injection auto UK Spec tahun 1993.
Masalah skrg bila masuk gear samada R, D, 2 semua tk jln. Tekan minyak mcm gear free shja. Sblm kejadian ini masa kereta tengah jalan, ada terasa beberapa kali sentapan dan bunyi tup, tup, tup..
Lepas sentapan kereta masih boleh jalan macam biasa tetapi beberapa km selepas itu bila sampai ke destinasi kereta diberhentikan dan dimatikan injinnya. Selepas itu hendak meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya kereta dihidupkan injin macam biasa om tkda masalah tetapi bila masuk gear D tekan minyak injin mengaum kereta tk boleh jalan. Cuma masuk semua gear yg ada kedepan dan reverse semua dah tk boleh jalan. Injin sahaja boleh hidup macam biasa tetapi masuk gear tk boleh jalan.
Apakah masalah kereta saya ini. Saya harap penjelasan saya ini jelas dan tuan dapat gambaran yg jelas utk masalah ini dan harap tuan dapat memberikan cara penyelesaiannya.
Sekian, terima kasih.
Segala kerjasama dan jasabaik tuan sgt2 dihargai .
Sekian, Terima kasih .
Sy pakai naza citra.1.6 auto..
Masalah keta sy ni..bila berjln pertukaran gear 2 k 3..macam ada sentapan (duk)..
Gear yg lain tiada masalah....kalau dapat bagi no watsup...ni no sy 0176235275..
sy menggunakan kenderan proton wira a/b auto 1.5 ....masalah kenderan sy ialah speed 3 atau speed 4 yg rosak...dari N masuk D bila kenderan sy mula bergerak dari speed 1 masuk speed 2 okey.dari speed 2 masuk speed berapa pn sy tidak tahu...apabila hendak memotong kenderaan lain atau mendaki bukit tinggi kenderaan sy jdi sukar untuk melakukannya...bila sy menekan pedel minyak kuat sikit speed gear terus bertukar pada speed 2...so sekarang ini sy tidak tahu sama ada speed 3 or speed 4 yang bermasalah..jika gearbox tiada masalah kita akan dapat rasa speed gear masuk dengan sempurnakan...tdi speed gear sy tidak sempurna...bagaimana cara untuk sy menggatasi masalah gearbox kereta sy..
Keta sy wira 1.5 manual,ktika enjin idle sy tekan cluth dan msuk kn gear,sy free kan blik gear dan agkt cluth ada bunyi "ketak"...boleh mtk pdpt tuan apa mslh,keta gune pump clutch...
T.ksh...
Kereta saya perodua kembara auto. Kenapa enjin nya macam tersedu(macam enjin nak mati) bila berhenti di lampu merah atau dalam jem tersedu sesekai je. Bila dalam perjalan dia ok.rpm kereta tetap stabil walau enjin tersedu.
Bila nak masuk gear reverse enjin akan mati.ini berlaku apabila enjin dah panas.ketika enjin sejuk semuanya ok.bila scan kod p0741 dan u0402 akan keluar.apa yang saya perlu lakukan utk masalah ini tuan? Saya gunakan kereta ford ranger 2.2auto 2014.
Saya menggunakan proton persona auto elegence SE tahun 2010.
Mengalami situasi kereta bergegar apabila kereta mencecah 40km/j.
penukaran drive shaft baru,tayar baru serta aligment dan engine dan gearbox mounting sudah pun dibuat.
Masalah ini pertama kali berlaku dan baru sahaja saya perasan.Saya meminta mekanik bawak kereta saya dan dia juga dapat merasa gegaran pada halaju tersebut.Ini tidak berlaku pada halaju tinggi.kereta saya telah pun 320550km mileage.
Selain bergegar gearbox saya tidak mengalami sebarang masalah lain seperti gear slip ke,sudah nk tukar gear ke..semua ok.pickup pun tiada masalah.
Maintainance gearbox ikut jadual.cuma saya tidak pernah menukar filter minyak gearbox.
Harap tuan dapat memberi pandangan
terima kasih
Sy ada masalah dgn keta sy nie... Skng nie keta sy ade mslah gegar... Dari rpm 1 nk ke rpm 2... Boleh x saya tahu ape penyakit die... Sy pakai bmw e60.. bila kenderan laju tiada gegaran... Gegaran akn belaku naik bukit dgn permulaan nk jln... Kedudukan enjin dlm mood auto.. klu manual kurang gegaran nye dia ade gegar tapi x kuat.. klu auto gegaran agak kuat sedikit.
Saya pakai chery maxime 2.0 slm 2 thn...gearbox cvt. Baru² saya ke psat servis diorang cakap gearbox bunyi dengung... Nak claim warranty x valid sbb over milege...apa perlu saya buat... Apa masalah gearbox kereta saya
boleh masuk . Bile on & off blk kete br skrin gear tu menyala . Tp lampu check engine still menyala .Blh bagi penjelasan .
Adakah gear box sy rosak ?
Untuk pengetahuan pedal minyak jadi berat kerana kereta tersebut tidak dapat bergerak kerana masalah diatas
Tp lepas sya tukar semua tu,bila sya start enjin terpaksa tunggu enjin panas dlm 5-10 minit,baru keta bole jalan. Kalau sya tak tunggu enjin panas,keta taknak gerak dan bgegar mcm nak tak nak masuk gear.
Sebelum tukar, semua ok takda masalah, takpaya nak tunggu enjin panas, tp sebab keta dah susah masuk gear 1,sya tpaksa tukar takut gearbox teruk.
Adakah gearbox sya betul2 problem?
Adakah sya patut cr workshop lain..sya ada tnya juga company toyota, kalau nak tukar sebiji gearbox mmg tak lari dlm 12k,cost tinggi pula dah mcm hg deposit keta baru pula. n dia suggest utk rebuild balik gearbox dan cost mgkn dlm 2/3k juga la.
Any suggestion tuan, dah pening kepala ngan bajet pula,raya nak bwa keta pula huhu
Saya pengguna chery maxime 2.0 gearbox cvt. Masalah kereta bila bergerak bunyi denggung... Pomen cakap masalah bearing dan kena buka gearbox. Ada tak cara lain untuk atasi masalah saya tanpa buka gearbox.. Tq
saya guna honda acrod sda 2.4 auto
masuk gear 1 nak ke gear 2 bunyi duk sentap.gear 2 ke gear 3 lepas minyak sikit baru masuk gear.kadang kadang gear free ke letak n pastu letak d baru jalan plz help
Dari N tarik ke D tapi gear kekal N walaupun di posisi D. Tarik ke 3 Baru boleh jalan.. 3 tolak ke D gear kekal 3 tetapi diposisikan D boleh jalan..dari 3 ke 2 gear kekal 3 dan boleh jalan..L mcm biasa..L tolak ke 2 kekal L tetapi di posisi 2.
Tengah elok kerata gerak perlahan sebab jem tapi tak jem teruk, means kereta masih bergerak.
Ok gear memang pada D dan tiada sebarang getaran. Cuma tiba2 bila tekan pedal minyak, rpm naik tinggi. Meter km pulak tak gerak dan ada masa naik takat 20 je meter km.
Dan kereta memang tak boleh bergerak.saya paksa tekan minyak supaya kereta boleh dialihkan ke tepi.
Adakah gearbox rosak? Sebab saya pelajar jadi sakit kepala jugak la kalau gearbox rosak T_T.
Sebab takde masalah utk tukar gear dan gear pun takde tendang dari D ke N ke. Mohon penjelasan saya perlu banyak lagi tahu pasal kereta sbb masih belum repair sbb risau bajet. Terima kasih
saya menggunakan kerata alza 1.5 manual. masalah pada gear. apabila nak menukar gear, gear susah nak masuk macam terasa kesat, saya telah menukar minyak gear. masih sama terjadi, boleh ke saya menggunakan minyak gear oiltrement bagi melancarkan @ mengurangka rasa kesat semasa munukar gear. mohon cadangan tuan
Mohon bantuan budi baik tuan untuk menyelesaikan apa masalah kereta wira sedan 1.5 manual saya ni
Masalah yg sya hadapi ialah bila sya pandu dalam arrange speed 20~40km/h atau 60~80km/h kereta akan trasa jerking( tersenguk mcm msk gear) ini terjadi kalau sya memandu secara mdatar tekan pedal minyak.. Tapi sya xkan rasa jerking bila pandu laju(henjut pedal) dan lepas speed 100km/h jerking nie xkan terasa dh walaupun sya bawa secara mdatar or speed...
Boleh tuan bantu sya apa masalah kereta saya?
Apa yg perlu sya periksa?
Harap tuan dapat bantu sya.. Terima kasih
1)semasa drive,kereta ada mengaum+ jerk,bila terjadi problem ni,rpm dari 2000 naik ke 4000 dan turun balik ke 2000 dalam masa 1.2 saat(saya suspek gear tu tertukar ke free sesaat n baru tukar ke gear yg sepatutnya....problem ni berlaku kadang2 dan pada waktu awal pemanduan x terjadi,biasanya selepas 40 minit memandu....sebelum ni saya ada tukar throttle body sebab pomen syak tps yg rosak...mazda x de tps asing,kena beli throttle body seketul...tapi bila tukar,masalah masih ada. Burn rm1500..huhu..tolong tuan
sy pengguna exora bold auto non turbo..masaalah terjadi selepas sy hantar cuci engine..bila masuk gear pada kedudukkan R stau D engine menyentak kuat seperti mounting pecah..dan pada panel kedudukkan gear pada meter jd x selari, contoh gear pada kedudukkan R tp dimeter menunjukkn kedudukkn gear 2 hanya gear P saja yg normal..harap dapat membantu, tq..
sebelum raya hrtu sya dah tukar atf oil,mounting gear oil seal. 2x flush dan bersih kan gear.semua ok
Tp skrg ni kereta tu dah balik lg ngan problm yg sama,yg mana bila masuk jak gear 1,keta bole gerak bila tekan minyak rmp tinggi,bila ada sentakan sikit baru keta steady utk masuk gear 2,3,&4.
Keta unser auto, apa yg sya patut tukar tuan..
Thank you n harap tuan dpt mbantu jeleskan
Setelah membaca semua komen dan balasan dari pihak tuan amat mbntu bagi mengenalpasti maslah yg berlaku, saya sebagai pengguna auto dari enjin 4age yang mana baru2 ini telah meredah banjir atas keadaan terpaksa dimana selepas itu gearbox auto saya mempunyai masalah gear x bertukar ke gear seterusnya sehari selepas itu. Bila mana saya mengerakan gear ke D gearbox saya akan stuck hanya pada gear 1 saja. Tapi bilamana enjin panas gear akan bertukar dgn baik dan akan berulang kembali stuck d gear 1 tadi setelah beberapa minit berjalan,(servis minyak gearbox, tukar filter dan treatment oil sudah digunakan) Diharap tuan dapat memberi cadangan atau penyelesaian untuk maslah ini.
Balasan dari pihak tuan saya amat dihargai terima kasih.
Saya pengguna keta lama enjin 4age auto. Masalah keta sya bila masuk D gear akan stuck hanya pada satu gear sahaja masuk R tiada masalah. Sebelum itu keta ada redah banjir, tapi terus buat servise tukar filter n oil sekali dan terus masukkan treatment. Kereta masih juga stuck hanya pada satu gear. Dah buntu nak buat cam mana lgi, harap tuan sord87 dapat memberi penjelasan..
keluarkan semula minyak gear ,buat flush 2 kali kemudian tukar auto filter dan masuk minyak gear biasa pakai tanpa treatment,cuba ini jika gearbox belum rosak in sha allah kereta saudara kembali pulih
Wira auto kalau reverse pun da bunyi macam begesel. Jalan pun gear 1 je. Boleh ke pkai treatment je. Atau kena overhaul juga.
saya pemilik myvi 2011 masalah kereta saya adalah semasa memulakan pemanduan penukaran gear 1 ke gear 2 ada sedikit bunyi dan bila gear ke P nk ke gear D agak susah, perlu tolak dengan kuat sikit dan akan keluar bunyi (dung).
Apa yang saya perlu lakukan?
Sekian, Terima Kasih.