Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Tuesday, September 25, 2012

Dimana letaknya pin tukaran pada gearbox auto.

Dalam video dibawah terdapat satu pin berbentuk gerigi dan mempunyai cangkuk yang dimasukan kedalam gerigi gear.Pin tersebut banyak menyebabkan peralihan gear yang tidak elok,kadangkala beralih dengan sendiri disebabkan pin yang rosak atau haus.Ini boleh memberikan ketidakselesaan dalam pemanduan.

VIDEO DI SINI

Ini adalah video yang menunjukan bagaimana auto transmisi dibuat dan bagaimana cangkuk atau pin yang kegunaanya untuk mengalihkan gear berfungsi.
Tanda-tanda awal kerosakan pin dalam auto transmisi ini ialah:-

1.Gear susah masuk dan lambat
2.Alihan gear yang tak menentu dan RPM jadi tinggi
3.Minyak gear auto bocor banyak
4.Menukar gear tidak habis,seperti 1 dan 2 serta 3 tanpa gear 4
5.Tiba2 terasa seperti gear turun atau naik seperti dari2 ke 3 dan 3 ke 4 serta 4 ke 3

Cara penyelesaian seperti menukar minyak gear,servis auto filter dan memastikan minyak gear tidak bocor adalah pra-penyelesaian sebelum ia menjadi lebih teruk.

Jika tanda2 awal sedemikian berlaku segeralah menukar minyak auto dan filter serta diservis kotak auto filter dan dibersihkan serta nyah kebocoran seperti memastikan gasket dan oil seal drive shaft pada kiri dan kanan gearbox ditukar boleh mengembalikannya semula gearbox tersebut pada fungsi selancar asal dan juga mengelakan kos membuka dan menukar pin yang lebih tinggi.

456 comments:

  1. nazirul1/10/12

    brader.. saya ada malasah dengan civic fd 2008.. baru angkat 2nd.. tapi kecewa.. masa test drive before beli engine smooth.. yela drive max 50km/h.. jAlan bandar kn.. tapi bila dh sign agreement, dh beli, bawak masuk highway, kereta gegar bila speed 120-140-km/h.. tapi bila tekan laju lagi speed 140-160km/h x gegar.. bila speed 0-90km/h pn x gegar.. boleh tolong terangkan apa punca masalah.. tayar depan dh tukar baru .. alignment and balancing pn dh buat.. terima kasih...

    ReplyDelete
  2. saudara nazirul

    Selain dari tayar kereta akan bergegar bila speeding atas sebab2 seperti :-

    1.mounting pecah
    2.steering rod/tie rod end lemah
    3.lower arm haus
    4.drive shaft dalam haus
    5.tayar terlalu besar saiz
    6.Absorber bush yang dah lembut

    Periksa semua ni,speeding perlukan cengkaman kukuh pada tayar dan kekuatan menggenggam pada komponen berikut seperti disebutkan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9/10/12

    Bro sya baru angkat wira 1.5 secondhand..masalah nyer..bila saya start enjin..kira 10 min pastu ada kuar bunyi ekkk ukk kat bahagian timing belt..timing belt ngan bearing dah tukar..bila saya curah air pada timing belt..bhgian bawah..bunyi hilang..tak lama pastu..ada lagi bunyi..

    2. Enjin kreta sya bunyi mcm enjin diesel.walaupun guna petrol...

    Minta tolong sgt2..

    ReplyDelete
  4. saudara wira 1.5 secondhand

    1.Lihat jika ada bocor minyak enjin di sekeliling timing belt jika ada bernmakna oil seal bocor,jika bocor bunyi akan keluar kerana timing belt basah.

    Jika tiada minyak enjin menitik atau meleleh kemungkinan besar pulley luar pada timing belt samada dipasang tidak elok atau telah lusuh.

    2.Bunyi demikian melibatkan kotak air filter yang kotor dan tappet yang tidak terlaras.Laraskan tappet dan jika belum tukar minyak enjin/oil filter/air filter pastikan tukar dulu alatganti tersebut.

    ReplyDelete
  5. Thank you everyone who stop by here to leave comments and useful link to this blog!

    ReplyDelete
  6. Anonymous19/10/12

    salam bro. workshop kat mane ye? saya baru je duduk kl area pj, nak servis kereta tapi tak tau kat mana.

    ReplyDelete
  7. servis kereta dimana-mana pun boleh tak perlu jumpa saya.

    ReplyDelete
  8. thank you Richard I will take your suggestion into account.

    ReplyDelete
  9. salam,saya pengguna saga Blm auto.Baru2 ni kereta saya mengalami masalah tidak bergerak,sedangkan kereta masih hidup & dalam keadaan gear D.Apabila tekan pedal minyak terasa macam tekan pedal clutch kereta manual saja,kereta langsung tidak bergerak.masalah ini terjadi apabila lampu amaran enjin yang berwarna kuning menyala.Dan apabila saya cuba untuk menggunakan gear R tiba2 kereta saya tersentap dengan kuat..saya terpaksa mematikan enjin untuk beberapa minit sebelum memulakan perjalanan semula untuk beberapa jam sahaja,saya masih mengulangi proses yang sama sehingga sekarang..(dah banyak kedai saya pergi tak okey jugak)..

    Jadi,nak minta pandangan sikit tentang masalah ini..

    ReplyDelete
  10. saudara zays,

    masalah saudara adalah masalah gearbox dan puncanya adalah dari gear sensor yang berada dalam kotak filter.
    Minta mekanik tukar sensor tersebut.

    ReplyDelete
  11. kalau imput sensor rosak camna.bwk d tetiba jadi n..waja auto

    ReplyDelete
  12. saudara azremy,

    Input sensor hantar signal bila untuk tukar gear jadi jika ia rosak signal tak tepat tu yang dia tukar ikut suka.

    ReplyDelete
  13. Salam Bro,

    Kereta saya Naza Suria auto, tahun 2007.

    Ada masalah utama:
    1. Bila saya start kereta, enjin berbunyi...bila tekan minyak, enjin mengaum dan rpm naik.
    2. Tadi saya drive dlm 2 km, tetiba bila saya tekan minyak, rpm tetiba naik, dan kereta saya ada momentum...

    Saya terus berhenti tepi jalan. Selang 10-15 min, saya bawa perlahan (dalam 40km/j) patah balik ke rumah.

    Sekarang ini, risau...tak tahu sama ada nak bawa pergi Naza or better panggil pomen datang rumah. Memang risau gak ni.

    Azrul.

    ReplyDelete
  14. Salam bro

    Kereta saya Naza Suria 1.1 Auto, tahun 2007.

    Ada problem besar sikit ni...:
    1. Bila start enjin pagi2..memang ada bunyi kuat dari enjin.
    2. Bila tekan minyak, enjin akan mengaum...rpm akan naik.
    3. Tadi saya bawak dalam lingkungan 2 km, tetiba bila saya tekan minyak, enjin mengaum lebih kuat dan rpm naik lebih tinggi.

    Saya terus berhenti tepi jalan, dan dalam 10 min kemudian, saya bawa balik ke rumah.

    Sekarang tengah risau, sama ada nak bawa ke kedai atau panggil pomen datang sini.

    Azrul.

    ReplyDelete
  15. @Raja AzrulKalau ada mana2 wiring yang terkena air ujan yang banyak melalui pintu dsbnya biarkan kereta dipanas matahari sehingga kering ,setting elektronik akan kembali asal.

    ReplyDelete
  16. tuan,
    nak tya, bila start enjin kereta (spektra 1.6 2004) rpm terus tinggi tunjuk angka 2 lebih.. engin mengaum terus tanpa henti. kalu masuk gear D keta jalan..dengan keadaaan agak laju..kena control dgn break plak. undur pun ok..kenapa ye?
    gear box masalah ke?

    ReplyDelete
  17. @kehidupanBiasanya keadaan ini akan jadi setelah choke ternaik sendiri tidak kira pada sistem karburator atau injection.

    Minta mekanik setting karburator dan jika injection minta mekanik servis throttle bdy,pastikan semua hse kecil vakum tidak pecah.Gantikan jika pecah

    ReplyDelete
  18. fazli30/5/13

    Kereta honda city 2004 idsi saya enjin sangkut2 semasa bergerak.tiba kt trafik light kene letak N.kalo x enjin boleh mati.saya dah tukar plug coil.tp satu je kt belakang.mula2 ok.lepas tu jadi balik.adakah saya patut tukar semua plug coil atau itu adalah masalah gear box?harap ada bantuan.terima kasih.

    ReplyDelete
  19. @fazlimasalah ini biasa jadi sebab sensor gearbox yang rosak,tukar sensor pada gearbox

    ReplyDelete
  20. hisham2/6/13

    Assalaimualaikum tuan mekanik.
    Saya pakai Honda Odyssey. Baru baru ini sewaktu naik bukit kereta saya tiba tiba saja kehilangan power. Enjin Hidup tapi kereta tidak dapat bergerak. Setalah itu saya sejuk kan enjin sekejap, kereta dapat bergerak semula tapi dalam ketiadaan tiada power. Enjin hidup macam biasa. Lepas itu kereta tidak dapat bergerak walau pun saya menukar gear. Gear dapat ditukar tapi kereta tidak bergerak. Saya check minyak gear,ada bau terbakar dan minyak berwarna hitam. Apa masalah dia yer?

    ReplyDelete
  21. hisham2/6/13

    Salam. saya dah buat overhol pada gear box honda osyssey saya, tapi ada pulak masalah minyak gear box leaking. apa punca masalah minyak gear box leaking yer?

    ReplyDelete
  22. @hisham1.Kereta tak gerak sebab clutch plate habis atau kesalahan pada pemasangannya.

    2.minyak jadi hitam sebab komponen kecil pada clutch plate hangus atau terlalu panas,buka semula gearbox dan periksa clutch plate,yang pasti clutch plate perlu ditukar

    ReplyDelete
  23. @hishamflywheel oil seal yang pecah sebab gearbox panas atas sebab kekurangan minyak gear dan clutch yang patah atau rosak memudahkan seal untuk rosak,tukar oil seal flywheel.

    ReplyDelete
  24. Sy ade msalh nk msuk gear susah... Kalaw bawak selur boleh... Nk msuk gear mcm tak tkan clutch gitu...ap msalah dye?

    ReplyDelete
  25. @Muhamad HafizuddinKalau kereta saudara kereta manual masalahnya samada kabel klac tak diadjust ataupun klac pam rosak,tapi jika kereta auto masalahnya adalah sensor gearbox

    ReplyDelete
  26. Salam. Keta saya wira earoback 1.3 keluaran 2000. Masalah nya setiap pagi bila start enjin masih sejuk lagi akan ada bunyi 'tek tek tek' dalam 10-20 saat di bahagian belting dan puly... apakah masalah yang menyebabkan bunyi tersebut ? setelah enjin panas, bunyi tiada lagi..harap membantu....

    ReplyDelete
  27. @Mokhtarada sensor timing belt kat situ ,rosak atau tercabut boleh sebabkan bunyi tersebut

    ReplyDelete
  28. Sensor timing belt senang ke kita nak tengok mana satu sensor dier ? Kalau rosak sensor tu, agak2 mahal tak kalau tukar ? Adakah masalah tersebut boleh menyebabkan kerosak pada bahagian lain terutama enjin... terima kasih...

    ReplyDelete
  29. @Mokhtarsensor tu duduk dalam timing belt ,sensor tu tak mahal cuma kos buka timing belt je kena tanggung.sensor tu biasa gak dipanggil crankshaft sensor.Rosak lain takde cuma akan melibatkan bunyi serta idling enjin je tak stabil kalau sensor tu rosak,tapi kalau bunyi2 gitu rasanya tak letak betul atau goyang ke mungkin jugak.

    ReplyDelete
  30. Tuan. Sy baru pakai kete a32, bila drive lbh 60km/h, gear main 4 akan naik 5 n 5 akan turun 4 sepanjang perjalanan. Jd, terasa sengguk disebabkan tu. Apa masalah? Bw g jumpa pomen, kata kena setting komputer box.

    ReplyDelete
  31. Salam bos.... ay guna saga 1.5 auto 1991.. gearbox (speed) baru tukar. Masalahnya gear 1ok, masuk je gear 2 (2-3 saat) terus masuk gear 3..walaupun dlm kelajuan perlahan... ini menyebabkn kereta sy berat nk laju.. harap bos faham soalan sy & boleh bg jwpn... terima kasih..

    ReplyDelete
  32. @Mgt Azuamw/salam,bila tukar speed sensor,pastikan juga minyak gear dan autofilter ditukar untuk membolehkan speed sensor berfungsi dengan baik.

    ReplyDelete
  33. @Norhishamudin NMw/salam,ada problem pada speed sensor,kalau ia kereta baru setting saja computr box memang ok tak perlu tukar speed sensor.

    ReplyDelete
  34. @Rafi Uddinw/salam,stepper motor pada throttle body tak ok.

    ReplyDelete
  35. Tuan,

    Kereta saya adalah Naza Suria 1.1 auto thn 2007. Ada masalah enjin sangkut2 semasa perlahankan kereta. Asal perlahan saja terus sangkut2. bila letak gear pada N terus OK. Harap dapat membantu. Terima kasih..

    ReplyDelete
  36. @Ukurw/salam,saya rasa ada masalah pada speed sensor kereta tersebut

    ReplyDelete
  37. as salam encik... saya mempunyai kereta kia sephia 1.5cc tahun 1999. sebelum ni kereta saya jika kerap tekan brake.. pedal brake tersebut akan keras sehingga tidak tertekan. lepas tu pula kereta saya akn berhenti seolah-olah saya sedang menekan brake. walaupun pada ketika itu gear saya berada dalam mod D. saya terpaksa mematikan enjin dan merehatkan kereta saya seketika. sebaik saya tukar brake pad, grain semula disc rotor tayar depan, tukar minyak brake, masalah itu masih lagi berlaku. mohon bantuan...

    ReplyDelete
  38. @Aku Bahw/salam saudara perlu tukar master pump, getah dalam master pump mesti ada yang dah koyak

    ReplyDelete
  39. Salam

    Off topic sat. Kereta sy wira carb 1.5 auto. Ada masalah sket.

    1) ada hissing sound atau bunyi mcm wisel. Mmg ketara dengar waktu drive dari sebelah driver. Kata pomen situ ade vacuum leak. Jenuh cari x jumpa. Mohon pandangan..

    2) pertukaran gear mcm x smooth. Mengaum tinggi baru tukar. Dan tukar gear 2-3 pon mengaum. Mohon pandangan juga.

    Tq

    ReplyDelete
  40. @hafizwslm,ada satu hose vakum bawah distributor,tukar hose tu ataupun tukar diaphragm sekali.Baiki hose vakum dulu.

    ReplyDelete
  41. Salam..sy guna viva auto..Baru2 ni first time kreta sy tiba2 mcm jerking atau gear mcam free jap walaupun tgh drive..enjin plk bunyi kuat to kreta slow..masuk gear 2 lg slow.. Kdang Ade bau hangit..gearbox sy rosak ker atau cluth pad habits.? Harga baiki dlam brapa yee.. Tq

    ReplyDelete
  42. @Mizz Lydiawslm,saudari perlu tukar minyak gear auto dan autofilter ,saya rasa ada bocor min yak gear,kos baiki ,tukar minyak gear dan autofilter sekitar rm400

    ReplyDelete
  43. Assalam tuan. Sy nk bertanya. Kereta sy honda odyssey rb3 absolute. Sy perasan bila sy layan 20 ke 30km/j dlm gear 2 nk msk ke gear 3. Ada rasa sedikit gegaran atau getaran. Tp bila sy tekan terus dlm 50km/j ke atas takde apa2 mslh pula. Smooth je. Minta penjelasan tuan.

    ReplyDelete
  44. @mohamad mohamadwslm,mungkin ada mounting gearbox yang pecah,tukar kalau ada yg pecah

    ReplyDelete
  45. Assalam tuan, sy nk bertanya..kereta sy perodua kenari manual thn 2001, masalahnya apabila sy menekan minyak lebih enjin kereta akan mengaum (meter rpm naik tinggi tapi kelajuan tetap maintain), sy kene lepaskan minyak sikit baru ia akan kembali normal..Oleh itu, sy terpakse menekan minyak perlahan-lahan semasa memandu..hal ini lebih obvious jika naik bukit (semasa tekan minyak lebih). Harap bantu ye tuan..

    ReplyDelete
  46. @Hairul Annuarwslm,saudara perlu periksa bila kali terakhir klac plate ditukar jika ia dah lebih 2 atau 3 tahun biasanya dah abis dan saudara perlu tukar klac plate.Tanda demikian biasanya adalah sebab klac plate yang dah hampir habis

    ReplyDelete
  47. kereta sy baru sy di overhaul dan sudah tukar klac plate pada bulan januari 2015 tuan..itu yg merunsingkan sy tu...

    ReplyDelete
  48. @Hairul Annuarekzos mungkin tersumbat,minta kedai ekzos periksa

    ReplyDelete
  49. Ok terima kasih banyak2 tuan...

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum...saya nak tanya skit masalah wira 96 1.5,auto...bila tengah drive semasa tekan minyak tiba2 keta saya meraung mcm free gear kemudian saya lepas pedal minyak,dan tekan smula sampai gear betul2 masuk sndiri...kerap terjadi sejak kebelakangan ni...tuan apakah penyelesaian yg patut saya buat jika masalah gear box,adakah perlu tukar.

    ReplyDelete
  51. @michael tarabaywslm,masalah speed sensor,ganti,insyalah ok

    ReplyDelete
  52. Terima kasih banyak tuan..

    ReplyDelete
  53. Bro, tumpang tanya. Saya pakai wira 1.5 auto, carburator. petang tadi hujan lebat sangat2, terpaksa redah banjir sikit. Saya bawak slow. Cuma lepas tu saya perasan engin mengaum sangat masa gear 1 nak naik gear 2. Sampai sekarang (dah malam) dok macamtu. Gear lain tukar ok je. Gear 1 ke 2 je dia mengaum rpm sampai 3.5 dekat 4k baru dia tukar gear 2. Kadang tu rpm dah cecah 4k lebih sikit baru dia tukar gear 2 dan rpm turun semula. Gear 3 ke 4 alhamdulillah xde masalah. Apa puncanya ya bro? Macamana nak check & macamana nak repair

    ReplyDelete
  54. @shfqemirAda sensor yang kena air terutamanya wiring ,soket atas gearbox dan dibelakang gearbox jadi isyarat untuk ECU tidak diterima sempurna.

    Cabut kepala bateri negatif ketika enjin masih sejuk kira2 5-10 minit dan pasang semula setelah itu hidupkan enjin biarkan kira2 5-10 minit.Cara ini untuk resetkan ECU ke normal

    ReplyDelete
  55. Waja auto 01.
    masalah.
    1.kalau masuk gear R kereta rasa tersentak/trhenjut kedepan.
    2. Masuk gear D..lampu N berkelip2. Kereta tetap boleh berjalan.
    Semalam hujan sangat lebat...ada juga reda air bertakung. Sebelum ni tak da masalah sekarang ni yg masalah tetiba..pagi tadi masih tiada masalah ni..singgah sarapan kejap bila nak start drive sdh nampak masalah ini. Tq

    ReplyDelete
  56. @DaisySelamat sejahtera,

    Kedua2 masalah ini ada kaitan dengan speed sensor,sensor speed ada 2 dan yang paling dekat sekali dengan air ialah yang dibelakang gearbox,mungkin kena air sensor tersebut jadi ECU terima isyarat tak ok,pakai duu bila dah kering nanti ok la tu

    ReplyDelete
  57. Kalau masuk bateri baru sewaktu kereta dlm keadaan off ada effect juga ke pada ecu..?

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum bang, kereta saya wira auto 1.8 sohc bila tekan minyak kadang kadang boleh free gear, tukar N dan tukar kepada D balik baru elok. Apa masalahnya ye.

    ReplyDelete
  59. @the lynnwslm,masalah speed sensor,tukar speed sensor

    ReplyDelete
  60. Assalam saudara..sye gne myvi outo 1.3..tp belakangan ni, kereta saya ada msalah skit..bila sye msok gear R kereta saya x bergerak lngsung..seolah2 kereta sya di gear N..bila sya jalan lma skit baru elok balik..gear R sje brmsalah..gear lain smue ok..mohon pencerahan Saudara..

    ReplyDelete
  61. Pin panel gear utk 4g91 duduk kat mana ya

    ReplyDelete
  62. @emelda Wanaatas gearbox,tugas pin tu menggerakkan dan memudahkan gear untuk bertukar

    ReplyDelete
  63. Boleh bagi penerangan sikit ka cara nk 2kar pin panel gear....
    mahal ke pin tersebut
    masalah keta sy susah nk masuk gear 4 kena rpm melebihi 3000 baru nk masuk gear 4 kadang 3500 rpm pn masih duk gear 3.minta bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Emelda Wana
      Masalah ini besar kemungkinan merujuk kepada solenoid dalam autofilter box yang rosak ,bukan pin gear,bawa ke mekanik minta mereka tukar shift solenoid dan tukar sekali minyak gear auto dan autofilter

      Delete
  64. Assalam tuan,sy gne wira auto 1.5..sebelum ni gearbox dh penah rosak and tuka gearbox recon baru..skrg bila masuk gear D kereta akan gerak sendiri dgn sdkit laju seolah2 sy tekan minyak...dan bila gear N kereta akan mengaum2 seperti sy menekan pedal minyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset ecu dulu,matikan enjin cabut negatf bateri dan fuse ECU kira2 10 minit dan pasang semula ,hidupkan enjin,jika masih terjadi maknanya speed sensor ada masalah

      Delete
  65. Semoga tuan diberkati Allah. Allah akan permudahkan hidup tuan sebagaimana tuan memudahkan hidup orang lain.

    ReplyDelete
  66. Semoga tuan diberkati Allah di atas usaha tuan memudahkan orang lain.

    ReplyDelete
  67. Assalam tuan. Sy guna kereta hyundai elantra auto 1.8 model 2002. Baru2 myak gear bocor. Pomen dah ganti oil seal flywheel n satu lg yg kecil sikit n tukar myak gear. Bila jalan gear tak gerak ke gear tinggi. Htr pomen check ntukar speed sensor. Gear ok. Tukar gear pun lancar. Tapi sehari je. Esoknya lampu enjin keluar semula n gear pun tak gerak ke gear tinggi semula. Masalah apa tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah solenoid shift yang terletak dalam kotak autofilter,perlu ganti solenoid tersebut

      Delete
    2. Sy pakai wish 1.8 cvt gearbox...cuma nak tahu..bila sy tekan pedal full trotle...gear lambat bertukar mcm.kete manual...bila sy perlahan kan pedal baru gear bertukar hingga tujuh ...adakah.normal....bils bawa boasa gear bertukar ok..tp bila pedal tekan jr sikit...terus jr..tukar gear rendah..maaf sy masih baru dgn cvt..
      Ini kerna dah tukar hearbox.

      Dan minyak.mcm kuat sikit dari gearbox duku

      Delete
    3. tukar solenoid shift sensor dalam kotak autofilter,insyallah ok

      Delete
  68. Sy suka bace blog encik...bnyk mnfaat...smge sntiase diberkati..Cume sy nk bertanye,sy ad membeli kereta honda city 2005...sudah setahun pkai dan stakat ni blom ad mslh ape2 yg besar...Hanya penah tuko plug,tuko btry dan buat grounding kabel sbb kereta x hidup...Ok encik,just tuk sekarang,ad simptom2 kereta mcm bermasalah...1st...contoh nak masuk gear ke P, x kesah dri mane2 gear,ad freeplay....freeplay xde la lme sgt....myb dlm 3 saat...mknenye mcm gear free je sebelum kete mula gerak..
    Kemudian,incase klo nk kluo simpang ataupn jln jem yg memerlukan gear sentiase standby dlm D,bile sy brek,then lepaskan brek ad freeplay dlu kemudian kereta bru gerak....Stkat slme pkai ni,cre sy nk elakkn jd freeplay,dari D sy msukkn ke N kemudian biarkan kete bergerak sdkit kemudian tekan pedal minyak...2nd,pertukaran dri gear R ke P,ad bunyi sentakan...cre sy atasi adlh dgn dripada R,sy masuk ke N dan brulah ke P...Apakah pendapat cik mengenai masalah ini??sy mmg x tau psal2 kete ni...mntk tlg sgt2 cik boleh bg pndpt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,sebaiknya tukar minyak gear dan autofilter dulu serta shift solenoid insyallah ok

      Delete
  69. Anonymous11/1/16

    asalamulaikum tuan...saya punya wira auto 1.6 gearbox ada bunyi dengung tapi semua gear ok maseh running. tapi pickup kurang...apa masalahnya? boleh cerita sikit. jika repair cost berapa?....@ mat shah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar minyak gear dan autofilter gunakan atf additive treatment/repair sekali,kos rm200

      Delete
  70. Assalam.. sdr arsad. Kereta sy gear manual. Bila nak msk gear satu tak smooth bergegar bergetar walau dgn berhati melepaskn clutch. Especially naik bukit sikit. Lain2 gear smooth.

    ReplyDelete
  71. Salam encik. Sya pakai Naza suria. Semalam hujan lebat dan kebetulan kereta sya mmg ada masalah gearbox sbb bila nak jalan mesti ada hentakan dan bila enjin mengaum dalam beberapa saat baru boleh jalan. Pada malam nya sya nak keluar, tiba2 rpm kereta naik, dan ejin mengaum lebih kuat tapi kereta mcm x berjalan( gerak tapi slow gila) adakah ini berpunca dari hujan lebat(masuk air) atau mmg sudah sampai masa sya tukar gearbox.? Sya betul2 buntu, gaji x dpt lagi. Tak tau nak pergi kerja mcm mna. Dah la sya baru nak mulakan hidup. Kalau servis biasa berapa ye harga? Harap2 sgt ada info yg detail supaya boleh bantu sya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,speed sensor pada gearbox bermasalah,tukar speed sensor tersebut!

      Delete
  72. Kereta kelisa manual, gear 3 tendang free, msa gear 4 ke 5 bnyi 'krak' mcm gear xmsuk, tpi bila dh jln jauh gear 4 ke 5 dh xbnyi 'krak'..then smasa dlm gear 5 ad bunyi (bnyi mcm auto motosikal haus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika gear telah menendang pada gear 5 atau gear lain tapi biasanya pada 5 ,ini masalah pada gerigi gear,samada saudara tukar gearbox atau baiki gearbox tersebut!

      Delete
    2. Tpi gear 3 tu slalu tendang sndiri ke free bila jalan jauh je, klau dkat2 dlm bndar ni ok plak..gear 5 tu rasa mmg btul, bila drive bnyi wiiinnngggg..kos estimated untuk tukar gearbox, dn baiki gearbox brapa tuan? Dan y mna lebih baik, baiki atau tukar je trus?

      Delete
    3. anggaran tukar baiki kira2 rm1200

      Delete
  73. Trima kasih tuan, agak nya brapa estmate kos y dperlukan tuan

    ReplyDelete
  74. as salam tuan..nak tanya saya ade menukar gearbox hyundai trajet yg di beli dari kedai potong..masalah yg sama kereta masuk gear D tekan pedal macam berat..x sama macam reverse..kenapa ye..output sensor dan input sensor dah
    tukar baru..5 biji solenoid gearbox pun dah tukar baru..
    adakah komputer box saya rosak...mohon pencerahan masalah saya ni tuan sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada gearbox tersebut,jika ada waranti tukarkan semula

      Delete
  75. assalamualaikum bang..nak tnya ckit berapa harga speed sensor gear box mivec..speed sensor sama dgn wira juga ke..kat mane ada jual ye..satu lagi sebelum ini sya turun gear box untuk tukar flywheel seal dan bearing clucth..formen kata gigi gear 4 dan 5 dah x berapa elok dah makan gigi gear..agak2 berapa kos untuk tukar gigi gear tsbt..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,speed sensor dijual dikedai alat ganti,harga sekitar rm200,kos tukar gigi gear kira2 rm500

      Delete
  76. Salam.wira auto 2003..rpm metr tak gerak langsung tapi engine hidup macam biasa..tak pasti meter atau benda lain yg rosak..saya baru tukar k.n filter..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,meter RPM yang rosak

      Delete
    2. askm, wira auto 1.5 1998 ble jln gear 1 ke 2 lncar tp 2 ke 3 lmbt @ mraung ape pnca jd cm tu..trma ksh tuan

      Delete
    3. wslm,tukar kedua2 speed sensor gearbox

      Delete
  77. salam bro,saya nak tanya..saya pakai persona 1.6 auto..kadang2 masa nak start kalau gear kat P tak boleh start enjin..tp kalau tarik gear kepada N mau pulak start..tolong saya bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pada P memang tidak boleh start enjin,ada setengah kereta telah dipasang lock pada P tidak boleh start enjin kecuali pada N-neutral

      Delete
  78. salam tuan mekanik... saya menggunakan fd facelift 2010. masalah kereta saya ialah apabila menukar ke gear Reverse akan ada bunyi DUK yg kuat...mihon pencerahan dri tuan...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukar sensor gearbox yang berkemungkinan mencepatkan isyarat tukar sebelum waktunya

      Delete
  79. Assalam bro. . Saya pkai mitsubishi fto semi auto. . Ad leaking minyak gearbox yg prasan so slalo just topup sbb nak repair leaking 6++. . Bengkel ckap sbb gearbox kne tukar tuh kompem mhal. . Kreta saya just kadang2 mcam semput tekan minyak bunyi lbih tp x jlan then die jalan skit2 mcam tersengguk. . Mostly gear x naek sndri bile switch auto bile pkai manual bolh naek smpi gear 2 je. . Sometime bile tngah jlan die tetiba tukar ke N berkelip tp still boleh jlan. . So ape yg kne tukar n brape kos. . Sbb nk repair trus. . Syg kreta tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar solenoid shift kos sekitar rm300

      Delete
    2. So just kne repair leaking n solenoid shift je bro. . Estimate brape kalo repair dkat bro. . Saya dok area kl jgak. . Asal tnya kedai die soh tukar gearbox je. . Angin pulak. . Sush nak carik kedai repair yg jujur. . Takut kne tipu

      Delete
    3. Boleh saya dpatkan no bro x. . Senang info kat ws je. 0104322343 no saya. .

      Delete
    4. leaking kena pastikan dulu dekat mana sebelum dibaiki,no saya di atas

      Delete
    5. Xde pon no bro. . Kat mane yer?
      Dh puas scroll atas bawah

      Delete
    6. atas sekali mukasurat

      Delete
    7. Assalam bang. . Saya dh ws abg tadi. . Nak tnye bengkel abg boleh buat x tukar shift solenoid for mitsubishi fto. . Sbb nak buat ASAP sbb nak jual kete. . Please respond. . Urgent

      Delete
    8. wslm,mana2 pun boleh buat!

      Delete
  80. Saya pengguna wira 1.6 auto. Masalah saya pada gearbox. Gearbox saya fungsi dgn cemerlang tp ada masalah skit..masalahnya gear 2 ke gear 3 ada freeplay skit je. Itu kalau saya tekan pedal minyak pelan..kalau tekan deras gear masuk elok mcm takde masalah. Kedua masa cruising laju atas lebuhraya bila saya lepas pedal minyak gear tetiba turun ke gear 3 dan tekan pedal balik gear masuk 4 mcm biasa..terjadi bila lepas pedal. Bayangan tgh laju dlm 100 gear turun 3..gerun woo..setakat ni saya servis tukar atf sekali dgn filter gear dan gasket oil pan gear. Dan lagi 1 gearbox saya ada leaking dkt dgn body..bukan leak pd driveshaft atau flywheel. Kalau ada no fon atau fb ke boleh bagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa hose penyambung minyak gear bocor sebelah atas dan solenoid shift perlu ganti

      Delete
    2. Hose penyambung yg ada dua hose ke radiator ke ? Solenoid shift terletak dimana dan kos tukar solenoid wira 1.6 berapa ? Terima kasih reply dgn cepat..terbaik laaa

      Delete
    3. ya,solenoid shift tinggal dalam autofilter gearbox,kos tukar rm200

      Delete
  81. Assalam tuan,saya pemakai kereta kia carens,masalah kereta saya pada gearbox.pertama kalau enjin lambat panas masuk gear D gear lambat masuk mcm tak masuk.Kedua bila jalan bermula masuk gear D mcm tak licin bila jln penukaran ke gear lagi tinggi ada sedikit meraung dan bila meter speed melebihi 100 gear macam tak masuk habis tidak sampai ke gear 5.
    Adakah masalah pada pin gearbox atau soket gearbox kerana sebelum ini saya ada membaiki kebocoran minyak di gearbox..adakah pemasangan soket yg tidak betul punca masalah ini berlaku?mohon pandangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukar solenoid shift yang berkedudukan dalam kotak autofilter,tiada kaitan dengan soket

      Delete
  82. Assalam tuan harga selenoid dan upah tukar kebiasaan berapa harga?

    ReplyDelete
  83. salam tuan. sy pakai keta saga flx 2012. ade masalah bateri selalu drain kalo x start 1 hari.jd bile bateri dh cas keta jln mcm biasa. lg 1 masalah baru bila tekan pedal myk mcm pergi x pergi je..bile pasang lampu waktu pagi or mlm akan blaku kelipan mcm tenaga smp x smp..adakah mslh alternator,wiring@ gearbox? lg 1 kalo stereng gegar kenape ye..hrp tuan dpt membantu..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah alternator yang hampir lusuh manakala stereng gegar sebab enjin bergegar kuat jika rpm stabil insyallah stereng akan kurang gegar masa enjin hidup

      Delete
  84. Assalam Tuan,
    Boleh tahu kedai tuan kawasan mana?

    ReplyDelete
  85. Salam, sy drive Odyssey RB3, bila accelerate ada bunyi whistling macam dari transmission. apa sebab ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada hose yang bocor atau terbuka perlu diperiksa dan diketatkan

      Delete
  86. Salam tuan..sy pkai wira auto tahun 97..baru2 nii keta sy problem msuk gear D,2,L tapi keta xmau begerak..bila tkan minyak enjin mengaum tapi xbergerak pn,klau gear reverse ok plak..ap masalah ye tuan n berapa kos repair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah solenoid shift dan speed sensor,perlu diganti keduanya,kos sekitar rm400

      Delete
  87. Salam.. kos tukar solenoid shift dan speed sensor untuk HILUX sama atau lebih mahal? Sebab enjin diesel.Gear lambat masuk kalau x lepas pedal minyak sikit masa pertukaran gear.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kos sedikit mahal daripada enjin petrol

      Delete
  88. Salam,saya ada beberapa soalan.

    1.kereta saya kia spectra auto tahun 2005 ,selalu ada sentakan kuat bila saya tekan minyak selepas brake sebab jalan berbonggol. Kereta mcm jumps forward. Selalu jadi bila mula2 naik sahaja. Dan bila saya tekan minyak saya perasan kereta mcm berat dan ada bunyi berdengung, mcm gear susah nak shift. Ni jdi especially masa mula2 bawak lepas start kereta, bila dah lama sikit mcm okay.

    2.masa berhenti di traffic light, ada sentakan selepas gear ditukar dari N ke D. Adakah ini masalah gearbox?

    Blh tak tuan tlg bagi estimation untuk kos repair. Dan terima kasih in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kedua2 sentakan ini sama,periksa dulu mounting gearbox jika ada yang pecah,jika tiada drive shaft dalam ke gearbox mungkin telah lusuh perlu diganti,kosnya sekitar rm800

      Delete
    2. Saya dah hntr bengkel, drive shaft dan mounting dah tukar.. Tp still sama jugak.

      Delete
    3. kalau macam tu bermakna ada masalah pada torque converter

      Delete
    4. Berapa kos untuk baiki.. Dan selamat tak kalau berjalan jauh. Thank you so much for replying

      Delete
    5. kos baiki agak mahal untuk Kia,sekitar rm800.kereta masih selamat untuk berjalan jauh

      Delete
  89. Assalam tuan..saya nak tanya kereta saya proton satria neo tahun 07..dan ada masalah gearbox bila masuk gear d kita tekan pedal minyak dia gerak perlahan ja dan lama2 baru dia pergi.biasa berlaku lepas kita berhenti di trafic light n roundbout
    .kerap jadi macam ni dan boleh menyebabkan kemalangan sebab enjin x pergi..apa masalah gearbox saya n berapa kos nak repair.tnx

    ReplyDelete
  90. Assalam tuan sy ada masalah gearbox bila tekan gear d..kereta jd jalan slow je..lama sikt baru normal..kerap kali berlaku n boleh menyebabkan kemalangan..apa masalah gearbox tu tuan n berapa kos untuk baiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. solenoid shift yang nampak dalam kotak autofilter perlu diganti

      Delete
  91. Hai saye pakai kereta naza suria. Gear 3 tak pegi ke gear 4. Itu problem pada shift solenoid transmission ke? Berapa kos ganti nye ye? Thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masalah shift solenoid,kos ganti kira2 rm300

      Delete
  92. Salam tuan..saya pakai vios trd model baru..ada bunyi wisel di tayar sebelah kanan semasa enjin idle..apa masalah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kadangkala bunyi datang sebab cover disc yang senget

      Delete
  93. Askm cik mekanik... saya pakai kia caren knp kereta x blh @ susah bergerak di waktu pagi bila gear d. Gear r ok pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu ganti solenoid sensor dalam kotak filter,ganti juga minyak gear auto dan autofilter

      Delete
    2. Brp kos nk tukar solenoid sensor cik. Lg satu ada leaking pada gearbox... dah tukar oil seal flywheel tp lps sebulan masih masalah yg sama ... apa tanggung jwb mekanik tu pd kerosakan tersebut

      Delete
    3. sekitar rm400,sepatutnya seal tersebut tak bocor,perlu dibaiki semula oleh mekanik yang buat

      Delete
  94. salam tuan..
    saya guna persona auto tahun 2013..
    baru2 nie kete sy ader mslh :
    1. time tgh bwk tiba2 ader sentak dan lampu D berkelip.
    2. ader sentak yang kuat apabila mahu tukar gear R ke mna2 gear.
    3. kete hilang pickup apabila lmpu D berkelip..

    sy sdah scan computer n dapt detect ader mslh dkt uotput speed sensor n TCU range switch malfunction..

    sy nk thu aper yg perlu sy tukar n berape kos untuk tukar nye..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar speed output sensor dan input saja insyallah ok,kos sekitar rm500

      Delete
  95. Assalamualaikum Tuan,
    Saya pakai Proton Persona auto tranmisi masalah beelaku bila lepas sy berhenti mengejut atau u turn. gear kereta susah nk masuk. apa yang saya boleh buat tekan minyak perlahan2 dan biar gear seterusnya masuk. keadaan ini jarang berlaku sy dah masuk bengkel tp mekanik kata die xdapat detect masalah sbb semasa test kereta sy gear masuk ok je. n die kata mgkin rosak gearbox dan perlu ditukar. mnta penjelasan Tuan dan adakah cara laim selain dari tukar gearbox yg mahal tu.

    Tq Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar solenoid shift dalam kotak minyak autofilter kerana ia kurang berfungsi,insyallah tukar gear jadi ok

      Delete
  96. Salam mekanik kereta..
    Kreta sy ade mslh pd gearbox..

    Kreta waja..enjen mivec md..gearbox auto-manual..

    Maslhnye bile masok 'D', gear tros pegi gear 3..
    Lmpu 'N' berkelip kelip..
    Bile tolk ke manual, nk trunkn gear, tp xblh..still gear 3..

    Ade mekanik ckp gearbox rosak..
    Ade mekanik yg suruh pegi check wiring dlu..tkot short..sbb wiring kt sblh gearbox smue bsh dgn minyk hitm dr valve cover gsket yg bocor..

    Mintak tlg mekanik kereta bg pndpt..

    Terima kasih😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar speed sensor insyallah ok

      Delete
    2. Trime kasih tuan sbb rply...tp speed sensor tu kt sblh mne..?maaf brtny lg..

      Delete
    3. ada 2 sensor.satu input satu output,letaknya atas dan hujung gearbox

      Delete
    4. Mksd tuan utk speedo meter tu ke..?

      Hri tu da cucuk obd tu..trouble code klua " od solenoid open circuit "..

      Bnde yg sme ke tu..?

      Delete
    5. kalau overdrive solenoid biasanya dalam kotak autofilter gearbox,speed sensor lain

      Delete
    6. Kalau nak tkr, kne trun gearbox ke..?

      Delete
    7. tak perlu cuma buka kotak minyak auto

      Delete
  97. Salam tuan Arsad. Dalam 2 hari ni sy ade masalah bunyi bergesel kuat pada gearbox kereta manual wira 1.5. Bila tekan clutch bunyi senyap. lpas clutch je bunyi.Pomen cakap tukar clutch plate 1 set. Sy pon tuka mase tu ade brand exedy, 1 set siap flywheel. Lpas dah tukar masih lagi bunyi. Pomen ckp gearbox problem, kene tuka. kalau beli halfcut dalam rm 1.4k,kene bagi gearbox lame. adakah gearbox memang x boleh repair? bagaimana tuan ada saranan lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi yang dari mula adalah bunyi bearing clutch,jika lepas tukar masih bunyi ia samada tidak ditukar atau kesilapan memasang bering tersebut.

      Trade in adalah mesti untuk gearbox ,gearbox boleh dibaiki dan ada kedai2 tertentu yang buat

      Delete
    2. OK terima kasih tuan. x sempat repair gearbox,terpaksa tuka sebab urgent.bearing pon dah tuka dan dipasang baik,tapi masih bunyi.tadi dah tuka gearbox xde bunyi dah. sekadar tanye,bearing yg siap satu set tu mmg jenis baik atau perlu guna bearing brand lain untuk tahan lame,atau same sahaja peranannya?

      Delete
    3. Nak tanya, kereta exora cfe saya keluar bunyi kuat kat gearbox cvt bile jalan. Kenape ye. Tq

      Delete
    4. tukar minyak cvt atau tambah jika kurang

      Delete
    5. kalau dapat gunakan yang original untuk bering,peranan tetap sama

      Delete
    6. OK terima kasih banyak2.

      Delete
  98. abg...sy pkai triton auto...bila berhenti di jalan jem dlm gear D ..bila nk bergerak balik gear jd mcm free..bila tarik ke n dan masuk balij ke D ,bru kreta dpt jalan semula...apa masalah dia tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini masalah slip disc,perlu periksa tahap minyak gear auto dan jika ada bocor perlu dibaiki segera

      Delete
  99. Salam tuan...kereta sy kereta kenari auto 2006 kereta secondhand,mslah kereta sy bile masuk gear ke D kereta rase mcm jalan x jalan..tekan mnyk tp kereta x jalan,kejap jalan kejap x seolah² seperti kereta MANUAL clutch Plate yg da abis mcm to jd pd kereta auto sy..tp klau x silap rasenye gear xde freeplay atau slip transmission..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar minyak gear dan autofiter serta minta mekanik periksa drive shaft dalam ke gearbox apabila roda diangkat ,ada kemungkinan gerigi telah haus dan sukar untuk bergerak

      Delete
  100. Salam tuan, kereta saya persona manual 2007. Bila masuk gear 1 tekan minyak kereta mengaum jer lebih tapi slow bebenor ia bergerak. Tapi jarang berlaku, kalau jadi gear 1 setakat ini. Cek komputer, throttle body dan sudah dibersihkan. Masalah sama berulang. Pomen test kereta, mereka kata clucth ok lagi. Lebih kurang masa 90k tukar clutch dan kabel, sekarang 126k (selepas tukar kabel, tekan clucth habis da bunyi 'kirk'). Penyakit gear 1 nih selalu berlaku setelah jalan jauh, berhenti sekejap, mula jalan, dia pun jadi, sekarang jadi enjin bergegar..tapi kadang2 la. Da dua tiga kali masa jalan dekat2 jadi juga. Sekarang kadang2 masuk gear pun payah sikit, tak macam dulu. Da masa tukar gear tinggi kereta macam lambat nak gerak, pastu baru ok balik.. pa lah yang tak kena / rosak? Masa tukar clucth dulu tu pomen da adjust clucth bagi tinggi sikit sebab yang asal terlalu rendah. Tolong bagi panduan, pa yang kemungkinan rosak dan kos2.. terima kasih diatas sebarang jawapan / nasihat / panduan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar driveshaft sebatang kiri dan kanan kerana gerigi telah haus.Cengkaman lebih diperlukan untuk menggerakan kereta terutamanya pada driveshaft ke gearbox,kos sekitar rm700

      Delete
  101. Salam tuan..sy pakai naza citra 2006..masalah sy adalah bila jalan kete smpi ke gear 3 bunyi [duk)..lepas tu mcm biasa kereta berjalan..adakah nak kena tukar gear box

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar drive shaft ke gearbox kiri dan kanan

      Delete
  102. salam than. saya pakai Honda Odyssey 2.2 auto year 1996, masalah saya ialah gear Reverse xberfungsi time enjin sejuk, bila dah panaskan enjin DLM 15 min it be boleh jln.. gear lain xada masalah, cuma kadang2 berlaku sentakan time penukaran gear Dan gear lambat bertukar. APA masalahnya ya.. trims kasih tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,masalah keseluruhannya termasuk sentakan adalah sebab solenoid shift sensor yang tidak bekerja dengan baik,perlu diganti,

      Delete
  103. Salam Bro..saya ada sebuah N16 Sentra,untuk long distance gear takde problem. Tapi bila short distance especially, dlm keadaan perlahan, gear takmau shift. Dia akan gear rendah, sehingga saya berhenti, Letak P, mati enjin dan jalan semula baru ok..Boleh bro terangkan kemungkinan masalah tu..TQ Bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu tukakan solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear supaya ia dapat menghantar isyarat ke ECU dengan baik dan mudah untuk gear bertukar

      Delete
  104. Salam boss,sy pakai kembara auto gearbox tendang bila bawa slow, tp bila bawak 70km ke atas rasa ok, safe x kalau jalan jauh?harap dpt balas boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,untuk jalan jauh sekali tidak ada masalah akantetapi perlu dibaiki segera ,tukar gearbox adalah disarankan

      Delete
  105. As salam tuan, sy menggunakn myvi 1.3auto ezi 2005. Sy tlh menukar set mounting enjin jenama Schmaco lebih kurang 8 bulan yg lalu. Masalah sy ialah dashboard dan stering terasa vibrate sewaktu idling dan semasa accelarate kereta. Sy dh bawa kereta ke bgkel utk pemeriksaan. Foreman bgtau masalah itu disebabkan mounting problem. Persoalannya adakah begitu cepat mounting rosak? Bahagian mounting manakah biasanya mudah rosak..maaf tuan sebab panjang soalannya. Hehehe. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gegar stereng jadi biasanya bila kedudukan skru pada stereng samada sebelah dalam atau pada bahagian luar,pergi ke wsyop lain untuk periksa tiada kena mengena dengan mounting enjin atau gearbox

      Delete
  106. as salam mekanik kerete,,sy nk tnya,sy ade cuci enjin kereta myvi,selepas cuci,ade nyalaan sensor AT dan menyebabkan gear tidak berfungsi dgn baik,,semasa pertukaran gear 1 ke 2 ade sedikit sentapan,dan pertukaran gear memerlukan rpm 3k bru blh tukar ke gear 2,,setelah sy ke bengkel cucuk computer box,pomen bgtaw ade masalah dln gearbox,,blh ke terjadi disebabkn cuci enjin gearbox rosak,,kereta sy myvi tahun 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,atas gearbox terdapat 2 sensor speed dan ada soket wiring,jika ia kena air akan terjadi pintasan isyarat volt,olehitu soket itu perlu dicabut dan ditiupkan angin untuk hilangkan kesan air,insyallah ok jika saudara buat

      Delete
  107. salam bos..saya guna wira 1.5 auto.masalahnya gear lmbt masuk bila prtukrn gear ad bunyi meraung..bila. brhnti pstu nk jln smula kerata jdi nerat kne tekn pekal minyk kuat bru gear stabil dn bergegar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear,mounting gearbox mungkin pecah perlu diganti

      Delete
  108. Salam...saya nak tanya saya pakai kereta kancil660,masalahnya masuk gear boleh tapi tak bergerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada 2 sebab,pertama klac plate yang habis,kedua drive shaft dalam yang terlalu haus,perlu diganti

      Delete
  109. Slmt pagi tuan...sy guna kereta myvi auto 1.3...masalah sy ialah lampu o/d berkelip dan tidak bole dimatikan dgn menekan butang od pada tombol gear...masalah ini menjejaskan pemanduan kerana enjin mengaum tetapi kereta tidak berjalan dgn lancar..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt pagi,gantikan speed sensor inshallah ok

      Delete
  110. Assalamualaikum. Tumpang Tanya.
    Wira 1.5 auto.
    Gearbox tidak berfungsi ketika enjin masih sejuk.
    Sering berlaku pada gear R.
    Hanya berfungsi ketika enjin panas.
    Saya telah menggantikan dengan gearbox lain, malangnya masalah yang sama masih berlaku.
    Mohon bantuan ilmu tuan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada ganti speed sensor ke,kalau belom mesti ganti

      Delete
  111. Assalamualaikum, kete sy (satria auto 1.5 thun 2001) dlm keadaan bawak santai, klo dr 1 nk ke 2 rpm slalu tarik tggi lebih dr 3 rpm br akn tukar gear dan slalunye klo sy x lepaskn sikit pedal minyak gear msuk sentap. dr 2 ke 3 pn begitu rpm naik lebih dr 3 rpm tp gear x sentap. dan kdg2 klo naik bukit, gear slalu tukar dgn mengejut. klo boleh nk tau punca masalah & cost utk repair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear auto,insyallah ok

      Delete
  112. As Salam tn.. Kereta hyundai matrix 1.6 (A). Bila bawa 100kmj rpm tinggi tak turun mcm gear 4 tak masuk, lepas tu lampu check enjin menyala.. Bila berhenti nak jalan semula jadi berat.. Dah check komputer keluar masalah sensor input output gearbox.. Selepas tukar sensor, minyak gearbox dan auto filter, test normal dlm 10km lampu check enjin menyala semula..apa masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,reset dulu ECU,cabut relay dan fuse ECU 30 minit pasang semula

      Delete
  113. as salam mekanik kereta..sy nak bertanya..saya baru beli naza suria 2nd...dan apa yang sya perasan dengan kereta saya ni..bila sya pijak minyak bila time jalan rpm dye tinggi dari kereta biasa dan bunyi mengaum engin nya..apakah keresokannya ea?? dan apa part perlu tukar ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,ada kemungkinan kebocoran minyak gear pada gearbox,periksa teliti,juga gantikan transmission solenoid sensor setelah baiki bocor dan menukar minyak gear dan autofilter

      Delete
  114. As'salam mekanik kereta.. saya ada beberapa kemusykilan...
    Pertama sekali..sy memilik sebuah kereta honda civic fd 1.8 tahun 2006..pd tahun 2013 kereta sy pernah dimasuki air banjir. masalah pd kereta sy timbul selepas beberapa kali menukar auto tensioner pulley...apabila sy menekan minyak semasa gear 3 nk ke 4..enjin kereta akan berbunyi berdengung@berbunyi seperti angin tidak lepas..(meter rpm antara 1 nk ke 2)..untuk menghilangkan bunyi tersebut sy perlu menekan pedal supaya gear cepat bertukar..adakah itu tanda2 awal gearbox sy mengalami kerosakan???atau ada masalah lain???
    Yang keduanya masalah ini baru sy dikesan..dimana apa bila gear sy berada dikedudukan N kemudian nk masuk D..jd lambat@tidak masuk..saya kene cuit@tolak sedikit untuk masuk pada D semula..adakah itu juga tanda2 kerosakan pada gearbox???atau masalah lain...mntk tunjuk ajar dari mekanik kereta...
    INSAN JAHIL DLM BAB ENJIN KERETA

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu ganti minyak gear,autofilter dan solenoid shift sensor insyallah ok

      Delete
  115. Boleh mintak tolong,saya drive persona auto,3 hari dah cam ni lepas saya tukar engine mounting terus jadi..kalu tukar dari P ke R kereta saya ada henjutan sama juga kalau ke D..semasa pemanduan gear kereta tak nak berubah macam bawa manual gear1..Pertukaran gear akan berlaku setelah memandu kira2 dlm 10km-12km..adakah Masalah gearbox atau shift selonoid Dan Anggaran kos Berapa?mintak tolong Dr tuan2 sekalian.sbab pening gak ngan gearbox ni skrang..tq

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,