Engine swap
Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,
Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.
Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.
Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.
Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.
Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine
Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.
Cara-cara memilih enjin terpakai
Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-
Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.
Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.
Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.
Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.
Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine
Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.
Cara-cara memilih enjin terpakai
Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-
- Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
- Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
- Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
- Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
- Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
- Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Di bawah ini disediakan senarai idea enjin dan jenis kereta yang boleh digunakan untuk swap:-
Model Kereta Jenis Enjin Yang Sesuai
Gen 2 Mitsu Mivec, Campro CPS, Exora CVVT,Waja, Pesona
Mazda 808 Mazda Capella, Mazda RX, Mazda Bongo
Grand Livina 1.6 Nissan SR, SR 20DE7
Suzuki Vitara Suzuki Jimmy
Hyundai Atos Hyundai Getz, Matrix, Toyota Starlet, GSR
Naza Sutera Toyota Starlet, Kelisa, YRV
Hyundai Matrix GSR, Hyundai Getz, Toyota Celica Blacktop
Mazda Skyactiv Mazda Fighter
Ford Escape Toyota IMZ, Ford 500
Satria 4G13 Waja, 4g13, 4g93, 4g91, gti, mivec
Exora CPS Mitsu Mivec
Preve CFE Mitsu Mivec
Hyundai Trajet Naza Ria, Carnival, Tucson, Sonata, Camry
Kelisa Daihatsu YRV, Naza Sutera, Toyota Starlet
Saga BLM Mivec,Starlet, Corolla
Hyundai Accent Elantra
Mitsubishi Gallant Toyota IJZ
Myvi Toyota Starlet, Hyundai 110
Charade Aura Kelisa, Kenari, Viva
Preve Mitsu 4B11, Lancer, Mivec
Naza Forte Kia Spectra
Naza Suria Kia Picanto
Hyundai Sonata Elantra, Optima
Cherry Mivec
Toyota RAV4 CRV, Xtrail, Outlander
JZ2 Celica
Alza Daihatsu
Toyota Altiz 1,6 Altis 1.8
Unser Innova
Mazda B16 B16a, Honda
Honda Accord Honda Vtec
Toyota Prado Disel Toyota Hilux SR Turbo 2.7
Toyota Vios Toyota Vitz
Naza Bestari Peugeot 206
Ford Econovan Ford Spectron
Wira VDO 1.5 Mitsu 4g93
Hyundai Getz Toyota Starlet
Mercedes W124 230E Sentra SR20N, Toyota 1JZ/@2JZ
Assalam tuan, saya menggunakan gen2 auto 1.6. Masalah no 1 timbul bila masukkan gear dari N ke D, terasa menyentak kuat bila mula bergerak dan ada time lapse dalam 10 second untuk shift ke gear seterusnya...Masalah kedua, bila tengah drive tiba2 di meter console ada keluar simbol mcm enjin dan tiba2 kereta lost power. Kena drop gear rendah, baru ok mcm biasa. Minta penjelasan. Tq
ReplyDeletesalam tuan... saya nak tukar engine proton wira, engine ape yg sesuai utk long distance, speed pon ok n harga pon takde la mahal sgt.
Deletewslm,enjin mitsubishi mivec atau mitsubisi biasa
Delete@jjjebatw/salam saudara perlu tukar speed sensor,banyak simptom menjurus kepada rosak speed sensor yang tak dapat menerima isyarat dengan baik,kalau boleh juga tukar minyak auto dan autofilter
ReplyDeleteassalam tuan..tumpang tanya..berapakah anggaran harga kos bagi penukaran dan pembelian enjin isuzu dmax? terima kasih...
ReplyDelete@cahayaqasehsuchiwslm,enjin kosong saja anggaran kira2 dalam rm8000 dan kos upah kira2 rm2000 sahaja
ReplyDeleteAssalam tuan.. Keta toyota nadia 1998 2.0 saya pandai meragam ketika dalam traffic jem.. Rpm naik turun,kalau engine terpadam memang jenuh nak start balik keta tu...hari tu dah check komputer,tukar fuel sensor pastu balik macamtu semula.. Apakah pandangan tuan dgn keta tu.. (dah tu spare part keta recond ni pun limited edition.. Huhu) t. Kasih
ReplyDelete@zaidiewslm,masalah idling perlu tukar sensor throttle body
ReplyDeleteaslmualaikum.
ReplyDeletesya nak tanya anggaran head 1set hyundai atos 1.0.
sebab head skru punya lubang dh lobos
@Rizqi Raihaadwslm,sekitar rm850
ReplyDeleteAs salam tuan..sy ingin minta pendapat tuan..sy pakai kembara ez 1.3..dan sy ingin membeli enjin kosong kembara 1.6 ..pertanyaan sy,boleh ke kalau gearbox 1.3 kawinkan dgn enjin 1.6..maksud sy ada kesan sampingan tak kalau sy buat begitu .dari segi kerosakan yg akn sy alami nt..
ReplyDeleteAs salam tuan..sy ingin minta pendapat tuan..sy pakai kembara ez 1.3..dan sy ingin membeli enjin kosong kembara 1.6 ..pertanyaan sy,boleh ke kalau gearbox 1.3 kawinkan dgn enjin 1.6..maksud sy ada kesan sampingan tak kalau sy buat begitu .dari segi kerosakan yg akn sy alami nt..
ReplyDelete@Azril Ierawslm,kerosaka tiada cuma drive shaft cepat abis dan pickup ada sikit kurang sebab cc gearbox besar
ReplyDeleteSalam tuan..sy ingin bertanya,shell 10w-30 dgn 102-40 ape perbezaan? jikalau sy ingin guna 10w-30 untuk waja 4g18 sy sesuai ke?
ReplyDeletewslm shell 102-49 tiada rasanya,10w 30 ada minyak fully tu,boleh gunakan
DeleteMaaf,bkn 102 tapi 10w-40. tapi yg 10w-30 knape 3 liter je sy tgk botol tu?
Deletemaaf saya pun dah salah beritahu ,10w40 ,4 liter,10w30 3 liter sahaja untuk enjin 3 silinder saja seperti kancil,viva dan kelisa
DeleteSalam tuan..kereta asal kancil 660 manualsaya telah digantikan dengan enjin Kelisa 1000cc auto..masalahnya kereta bergegar kuat Ketika minyak ditekan...sy telah buat balancing dan alightment.. Tayar baru dan Drive shafts pun da tukar.. Harap tuan dapat membantu
ReplyDeletewslm,mounting pemegang enjin dan gearbox kancil ada 4 ,perlu ditukar juga untuk mengelakan gegaran ketika memerah minyak.
DeleteBoleh tak sy tukar enjin blok sy dr b16a ke blok crv (blok lg besar dn piston besar).klu boleh,apa model blok crv yg sesuai.dn d mn blh sy mncari blok crv ni.sbb sy nk blok besar,piston besar.sy ada trbca blh kacuk-kacuk blok(modified car) tp nk tahu jg apa kesan-kesannya tkut terbeli head bngkok,ada kbocoran,dn sbgnya...
ReplyDeleteboleh cuma kesan sampingan seperti kebocoran dan enjin yang kurang stabil akibat wiring lama digunakan akan ada
Deletedimana2 kedai potong kereta ada terdapat enjin crv halfcut dan enjin kosong
DeleteAssalamamualaikum.. Saya mau tanya berapa harga engine complete B20B (crv) manual?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya mempunyai kereta mazda 808 tahun 1978. SAya nak tukar enjin half cut (auto transmission) supaya pemanduan saya terasa seperti kereta moden.
Soalan saya, enjin apa yang sesuai untuk kereta tarik belakang ni? Kalau pakai engine mazda skyactiv 1.3 / 1.5, sudah ke ada dipasaran half cut? Jika tidak, enjin apa yg paling sesuai? Terima kasih
wslm,mazda capella,mazda pikap,mazda rx3,4 dan mazda bongo juga boleh digunakan,saya rasa mazda skyactiv tiada enjin yang menggunakan long shaft gearbox
DeleteTerima kasih dengan jawapan Tuan ...
Deleteas salam.
ReplyDeletekereta gen2 1.3 sy selalu rosak sejak setahun kebelakangan ni. yg terkini, setiap 2 hari mesti kena tambah air dalam tangki. sedangkan tangki baru 2 bulan tukar baru. ada org ckp head bocor.
sy berhajat untuk tukar enjin, cari halfcut. so, enjin apa yg boleh dipasangkan dengan gen2 1.3 sy. selain enjin gen2, enjin apa lagi yg boleh dipasangkan pada gen2 sy.
wslm,enjin camoro cps atau cvvt exora juga boleh digunakan
DeleteSalam tuan, apa myk sesuai utk grand livina 1.6 2009?. Dan mcm mna utk mengatasi masalah bila masuk gear D, lps 10saat baru bergerak? .terima kasih
ReplyDeletewslm,minyak mineral adalah terbaik untuk menjamin kepanasan kurang seperti castrol mach 5 20w50.
DeleteLambat masuk ni berkaitan dengan solenoid shift dalam autofilter yang dah kurang berkesan
Selamat pagi abang saya guna wira 1.5 vdo manual (auto tukar manual)
ReplyDeleteDan tukar tortlebody 1.8 vdo gti dengan ecu sekali.maslahnya idling naik turun
selamat pagi ,bersihkan tps sensor pada throttle body
DeleteAssalam.
ReplyDeleteSaya ada tukar enjin dan gearbox. Mekanik cakap enjin tak blh start sbb tak ada cas elektrik. Napa blh jadi macam tu?
wsalam,mungkin wiring dan distributor belum penuh disambungkan
DeleteAssalam, sy ingin menukar enjin vitara '96 sy.enjin apa yang sesuai selain dr SR20 dan berapa kos utk proses trsebut..?
ReplyDeletewsalam,suzuki jimmy pun boleh,kos sekitar rm5000
DeleteSalam tuan...
ReplyDeleteSelain engine original Atos 1.0
Apakah engine yg sesuai blh dimasukan dlm Kereta ini
wsalam,hyundai getz,hyundai matrix
DeleteSalam tuan.nak tanya engine apa yg boleh di pasang di naza sutera selain dari ori.
ReplyDeletewslm,enjin Toyota starlet 4E FTE pun boleh ,kelisa juga boleh
Deletesalam tuan.. blh senaraikan enjin apa yang ssuai untuk hyndai matrix? dan blh syorkan bengkel disekitar lembah klang?
ReplyDeletewslm,boleh gunakan mitsubishi GSR atau Hyundai Getz ,lebih baik buat di kedai potong kereta kerana enjin mudah didapati,Api Auto Bandar Bukit Puchong jalan BBP 6
DeleteSalam tuan. Saya ada satu Matrix 1.8L tahun 2007. Mekanik kata enjin nak kena tukar sbb teruk sangat dah bunyi dan gegarnya. Di mana boleh dapat enjin potong?
Deletewslm,di atas blog ini terdapat link page yang bertajuk alatganti,klik link untuk mendapatkan talian untuk mencari enjin disekitar lembah kelang sahaja
DeleteSalam tuan..enjin ape y sesuai tuk mazda fighter pickup tahun 2000.n selalunya berapa kos ye enjin wiring aircond semua skali..
ReplyDeleteSy dengar 2jz blh masuk tapi power tak ngan body mazda tu
wslm,guna semula fighter atau skyactiv,kos tukar kira2 rm5000
DeleteSalam tuan..enjin apa y sesuai tuk mazda fighter tahun 2000..berapa agaknye kos tuk siap pasang semua..
ReplyDeletekos kira2 rm5000
Deleteassalamualaikum tuan,saya memandu honda accord 2.4cc tahun 2007, minyak hitam apa yang sesuai digunakan dan brapa liter diperlukan?
ReplyDeletewsalam,minyak mineral SAE 20w50 sudah memadai,4 liter digunakan
Deletemaaf bertanya lagi. SAE 20w50 untuk berapa kilometer?
Delete5000 km sahaja
DeleteAnda boleh gunakan RTR Engine Treatment Booster Oil, untuk prestasi dan penjagaan enjin yg lebih efektif.
DeleteAssalam saudara, berapa kos siap pasang sekali dengan endose klau saya amik halfcut mitsubishi? Dan enjin jenis apa yg sesuai utk proton gen2 saya? Ck / gsr turbo?
ReplyDeletewslm,gsr turbo adalah yang biasa digunakan,kos kira2 rm4000
DeleteSaudara ada whatsapp tak? Nk bercerita panjang skit laa tentang masalah kereta saya ni :D
Deleteatas blog ni sentiasa ada nombor saya
Deletesalam saudara...gsr turbo rm4000 tu upah sahaja atau siap enjin..?
ReplyDeletewslm,siap enjin
DeleteSalam tuan, saya nak upgrade Gets 2005 1.3 ke 1.6,
ReplyDeleteA. Gearbox kena tukar tak?
B. Berapa kosnya?
C. Di mana tempatnya? Dulu ada contact di Serdang, tapi lost contact sebab handphone hilang.
Tq
wslm,
Delete1.Tukar sekali lebih baik
2.kos sekitar rm4000
3.cari motecmat
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteMotecmat tu workshop kereta
DeleteBolehkah enjin kosong 4g93 single cam di masukkan dalam waja namun masih mengekalkan wyering.injection dan bahagian lain yang asal
ReplyDeletetidak sesuai
DeleteSaya plan nak upgrade persona.
Delete1.enjin 1.8 yg sesuai optional turbo
2.dashboard yg sesuai ex..waja atau evo
1.enjin 1.8 sesuai
Delete2.dashbod evo
Assalammualaikum Tuan Mekanik...Saya memakai kenderaan jenis BLM 1.3 Second.
ReplyDeleteSy telah terbeli minyak hitam jenis Petronas NGV..15/40...sy da perasan, tp pekerja kedai tu ckp boleh guna dkt kenderaan yg tiada ngv Persoalannya,boleh ke sy menggunakan minyak tersebut...
Dan Soalam kedua...apa enjin yg sesuai untuk Saga BLM selain dr enjin jenis CPS
wsalam,minyak NGV tidak sesuai untuk enjin petrol sahaja,enjin mitsubishi EVO juga sesuai
DeleteSekiranya berlaku timing chain putus, apa cadangan yag sesuai? Sama ada ditukar enjin atau buat baik pulih? Apa kekurangan dan kelebihan baik pulih enjin?
ReplyDeleteProses adalah top overhaul,kebaikannya enjin jadi bersih dengan komponen baru,keburukannya jika mekanik kurang teliti ia akan banyak masalah,manakala tukar enjin proses lebih mudah,keburukannya kadangkala enjin yang didapati tidak menepati atau kurang prestasi
DeleteAssalam encik..sy ingin bertanya,sy pakai kereta toyota corolla KE70 enjin standard 4k tahun 1983.Boleh encik bantu,minyak enjin apa yang sesuai untuk sy pkai.Terima kasih
ReplyDeletewsalam,KE70 minyak jenama apa2 asalkan ia asli insyallah boleh guna tetapi yang paling baik guna gred 20w50
Deletehai. sy pkai alza tahun 2015. minyak apakah yg sesuai sy gunakan tuk service kete
ReplyDeletehai,guna semi perodua 5w30
DeleteSlm tuan...baru2 ni waja saya mengalami mslh overheat.Berasap enjin.Jadi saya ingin bertanya 3 soalan.
Delete1)berapa harga head baru(seandainya head yg sedia ada mengalami kerosakan serius)
2)ada kemungkinan kah jika overheat berlaku,selain dari head...ada kompenan lain turut rosak.
3)berapa harga semasa enjin 4g93.
Terima kasih.
wslm,
Delete1.RM800
2.tiada
3.enjin kosong sekitar rm3000
Salam abang brader yang terer bab enjin kereta..
ReplyDeleteHamba nak tanya..
Kereta matrix 1.6 2003 enjin apa yang sesuai kalau enjin toyota..
Dan adakah perlu tukar segalanya seperti radiator,gearbox etc..
Dan adakah perlu buat pengesahan jpj?
Agak2 berapa kos nak tukar enjin complete siap..
Risau kadang sesetengah mekanik DAP ni mereka tak cakap habis..
Dah lerai baru dia sembelih..
Dulu rosak gear box,mekanik umno buat hal pulak..
Di sembelihnya kita..
Please advive abang brader yang bijak pandai..
Wassalam and tq..
wslm,biasa tukar enjin mitsubishi GSR atau atos dan Getz boleh juga dengan toyota celica blacktop 20v,gna halfcut lebih baik,pengesahan jpj adalah wajib,kos kira2 rm8000
Deletesalam tuan.. saya pakai kereta ford escape xlt 2.0. Apa enjin lain yg sesuai untuk kereta ni. Mungkin abg bole senaraikan jenis2 enjin yg sesuai dan harganya sekali
ReplyDeletewslm,Enjin Toyota 1MZ atau Ford 500,kos sekitar RM12000
Deletesalam tuan, saya ada proton satria 4g13 & waja 4g18, yang mana lebih sesuai utk swap engine kosong 4g93 dan boleh ke gunakan semula component engine asal pada 4g93?
ReplyDeletewsalam,masuk ke enjin 4g18,boleh guna yang asal
DeleteAssalam tuan, berapa kos siap pasang sekali dengan endose kalau saya amik halfcut dan enjin jenis apa ya yg sesuai utk proton satria saya? Sekarang saya pakai 4g13.
ReplyDeleteAssalam tuan, berapa kos siap pasang dengan endose klau saya nak amik halfcut dan boleh tuan beri cadangan enjin jenis apa yg sesuai utk proton satria 1.3 saya. Enjin asal 4g13.
ReplyDeletewsalam,enjin wira 1.3,enjin GTI juga boleh,mitsubishi mivec
Deletekos sekitar rm6000
Deletesalam tuan,
ReplyDeletesy pakai kereta hyundai getz 1.3
kereta ni xde pickup n slalu tersedut2 bila brgerak
enjin ape yg sesuai utk dimasukkan ke kereta ni selain enjin hyundai?
harap tuan sudi bls prtnyaan sy,tqvm :)
wsalam,boleh gunakan Mitsubishi GSR
DeleteBerapa angaran kos sekali dgn endos... ?
DeleteRM10000
DeleteSalam tuan..sy pkai gen 2 cps..nk upgrade CC n HP..enjin ape yg sesuai dan anggaran kos semua brape??budget bwk 10k...mohon bantuan n pendapat..enjin cps sy dh problem..
ReplyDeletewslm,enjin GDI 1.8 turbo tiptronik boleh
DeleteAssalam tuan. Dimana boleh dapatkan enjin getz 1.4 dan boleh pasang. Dan kos sekitar berapa?
ReplyDeletewsalam klik page saya bertajuk alatganti ,ada no telefon dan kedai2 alatganti jual enjin sekitar Lembah Klang,kos pasang sekitar RM10000
DeleteGen2 kalau masuk enjin GDI 1.8 turbo tiptronik tu, apa yg kena stdby possibly mudah rosak & mcm mana nk cari spare part? Ada ke parts model lain yg common dlm market utk GDI. Mcm jrg jumpa parts utk GDI ni..
ReplyDeletebanyak GDI parts dimana2 kedai alatganti terutamanya yang 2nd hand
DeleteSalam abang mekanik,, sy guna atos 2004... klu tukar engine jepun engine pe yg paling sesuai, dan berape kos keseluruhanya... trmksh
ReplyDeletewslm,,saya rasa Toyota starlet boleh digunakan.kos kira2 RM10k
Deleteassalam bro mekanik terbaek,saya nak tukar enjin cps exora kepada enjin yang laen.senang citer enjin yg jimat minyak dan bersesuaian dengan body exora yg gedempol tu.enjin mana yg sesuai ye?dan berapa kos penukaran segala apa yg patot.bolehkah bro menyettelkan penukaran enjin di bengkel bro.total semua kos berapa? tq yea kerana meluangkan masa menjawab persoalan..
ReplyDeletewsalam,enjin MIVEC Mitsubishi ok,kos dalam RM10000
Deletesalam,saya ni xla pandai bab enjin ni.apakah enjin mivec ni standart ataupun turbo? berapa cc? penyelenggaraan nya macam mana?.
ReplyDeletewsalam,MIVEC adalah enjin turbo ,1800 cc,penyelenggaraan adalah sama seperti kereta2 lain
Deletesalam tuan. saya pengguna preve cfe 1.6 turbo. bercadang nak upgrade ke 1.8 tanpa turbo sebab dah pernah kena turbo kong dulu. jadi, enjin mitsubishi model apa yg sesuai utk saya masukkan dan berapa kos anggarannya?
ReplyDeletewslm,mitsubishi mivec rm8000
Deleteoo..terima kasih.. kalau 4g93 boleh masuk tapak mounting preve tak tuan?.. atau tapak tu boleh dimodified?
Deletetidak boleh ,tempah tapak di machinist paling baik
Deletebaik.. terima kasih tuan..
Deleteslm.hyundai ssuai gne engine ape ya?
ReplyDeleteHi Mekanik,
ReplyDeletePls advice Myvi 2007 1.3(A),215000KM paling sesuai engine oil kena pakai.
sekian terima kasih
Hi,jika sedang gunakan gred 10W30 sebaiknya teruskan untuk kereta 3 liter tetapi untuk 4 liter gunakan 15W40 masih ok
Deleteterima kasih tuan
Deletehyundai getz 1.3 2004 saya nak tukar engine, engine apa yang sesuai?
ReplyDeletehyundai getz,hyundai atos
Deletesalam... bengkel kt mana yer
ReplyDeletewslm,Puchong,tanya di talian 0193716023
DeleteAssalamualaikum..bos nak tanya..sy guna proton exora cps tahun 2010..mcm mana klu sy nak tukar piston yang besar sikit..tanpa tukar enjin..piston apa yg sesuai dan berapa kos nya
ReplyDeleteSalam tuan saya nak tukar enjin .. enjin apa yg boleh masuk Ke Naza Sutera ?
ReplyDeletewslm,sila semak disini
Deletehttps://mekanikkereta.blogspot.my/2013/10/engine-exchange.html
tumpang tanya tuan..saya ada hyundai getz..enjin apa yang sesuai untuk ditukarkan bagi tujuan penjimatan selenggara dan penjimatan minyak
ReplyDeletegunakan enjin sama model atau atos
DeleteAssalam tuan, berapa kos siap pasang dengan endose klau saya nak amik halfcut dan boleh tuan beri cadangan enjin jenis apa yg sesuai utk hyundai trajet 2.0 saya nie. Enjin asal da 17 tahun & kini sangat nazak beyond economic repair. Tq
ReplyDeletewsalam,kos sekitar rm8000,enjin trajet atau naza ria,carnival boleh digunakan
Deletesalam. boleh tuan beri cadangan enjin jenis apa yg sesuai utk kelisa saya nie. enjin rosak teruk perlu tukar baru
ReplyDeletewsalam daihatsu YRV,
Deleteassalamuakaikum tuan . saya nak tanya sedikit . boleh ke enjin 4G62 NA pakai wiring dan ecu vr4 turbo ? .. tq ..
ReplyDeletewaalaikumsalam,perlu modify,kemungkinan enjin tempang selepas wiring adalah besar
Deletesalam.. sya pengguna gen2 1.3 auto keluaran 2007. nak Tanya..Apa engin yg sesuai kalu nk tukar?.. tq
ReplyDeletewsalam,enjin waja atau gen2 juga
DeleteSalam tuan,
ReplyDeletePosting sebelum ni menyatakan enjin mit gsr sesuai utk d masuk kan ke Hyundai matrix. Nak tanya, enjin kosong ke atau halfcut? Geaebox, wiring etc pun muat masuk dlm body matrix? Mounting nak kena modi tak boss?
wsalam,enjin halfcut,mounting kena modify
DeleteSalam, sy nak tnya wira 1.3 nak tukar ke enjin turbo, enjin apa yg sesuai, dan berapa anggaran kos semua? Terima kasih
ReplyDeletewslm,Enjin Mitsubishi Mivec paling sesuai ,anggaran kos RM15000
DeleteTerima kasih dengan penerangan tuan mekanik kereta..
ReplyDeleteAs'salammualaikum nak tanya kalau tuka enjin kereta toyota ke dgn enjin yg lain blh ke ??
ReplyDeleteboleh
DeleteAssalamualaikum Tuan, Kalau Atos Prima Tahun 2007 kalau nak tukar enjin lain. Enjin apa yang sesuai. Terima kasih
ReplyDeletewaalaikumsalam boleh guna Hyundai Getz
DeleteAssalamualaikum bos.... Sy nk ty.... Hyundai getz blh masuk enjin myvi tak.... Kalo blh adakah pnp atau modifeid mounting.... Tq
ReplyDeletewaalakumsalam,tidak boleh berlainan kedudukan,laluan ekzos dsbnya
DeleteSalam tuan,,
ReplyDeleteUtk enjin waja mmc (a) 1.6.. Drain nut block utk buat flushing coolant dimana?? Drain nut bhagian block enjin waja... T.q tuan..
wsalam,biasa diletak pada hose aluminium atas berdekatan head atau dibelakang head
Deletesalam tuan mekanik...
ReplyDeleteGen2 cps engine bergegar semasa idling pe kerosakan yang biasa terjadi?
klau kerosakn mounting, berapa cos untuk barang dan cos upah untuk Gen2 cps?
dan ape maslah yang kerap minor n major pada gen2 cps?
terimakasih tuan mekanik....
wsalam enjin gegar akibat air filter kotor,spark plug kotor dan coil plug pecah,mounting sekitar RM400 untuk barang dan upah
DeleteTuan. Engine blm boleh masuk engine ape? N kalau tukar, ape yg okay dgn JPJ?
ReplyDeleteEnjin Mivec atau Campro,dapatkan pengesahan tukar enjin dari JPJ selepas tukar
DeleteSalam tuan. Sy memiliki perodua kelisa 850cc (M). Berapa anggaran kos jika sy mahu tukar enjin 1000cc (A)? Adakah enjin lama bole di trade in?
ReplyDeletewslm,kos sekitar RM3000,enjin boleh trade in
DeleteSalam tuan.. Saya mahu tukar enjin wira 1.3 sye... Enjin apa yang sesuai dan berapa anggaran kos yg di perlukan?
ReplyDeletewslm,boleh guna enjin 1.5,mivec atau 1.8 wira
Deletessalam tuan, berapa kos siap pasang dengan endose klau saya nak amik halfcut dan boleh tuan beri cadangan enjin jenis apa yg sesuai utk Proton Preve CFE. enjin asal dah rosak teruk dan xpasti yg mana lebih baik, tukar enjin halfcut atau tukar enjin model yg sama atau baiki je yg rosak? Tq
ReplyDeletewsalam,tukar enjinyang sama lebih baik kerana banyak komponen boleh digunakan kembali lebih2 lagi jika enjin kosong bukan halfcut,kos sekitar RM8000
Deleteenjin apa yang sesuai untuk persona ?? and lagi satu macam mana nk buat ekzos bunyi letop ??
ReplyDeleteenjin Gen2 ,Pesona juga boleh,buat letop ada alat digipasangkan diekzos ,buat dikedai aksesori kereta
DeleteSalam...sye nk tnye kreta naza sutera klu nk tukar enjin lain,enjin ape yg blh pakai dn bpe kos nye..
ReplyDeletewslm,enjin Toyota starlet 4E FTE pun boleh ,kelisa juga boleh
DeleteSalam, tuan.
ReplyDelete1. kelisa ingin dimasukkan enjin starlet boleh ker. Jika boleh berapa tuan ambil upah pemasangan.
2. enjin mana yg lebih baik antara yrv dgn starlet. Baik buruk antara duanya.
Terima kasih.
wslm,boleh ,biasa baik yrv
DeleteBoleh bg no fon ker
DeleteAda diatas sekali
DeleteSalam ,,,,nak bertanya,,,enjin apa sesuai untuk proton savvy,,,dan perlukah gearbox d tukar sekali dan berapa kos nye,,,,untuk enjin mivec tukar ke saga blm adakah perlu tukar semua atau enjin sahaja dan berapa kos
ReplyDeletewslm,savvy hanya gunakan enjin sama,untuk mivec sebaiknya half cut
DeleteAssalamualaikum. Sya nak tanya, Hyundai Accent boleh masuk engine Mit GSR 1.5 (4g91) tak ? Mounting dsbnya perlu modify ke ? Engine kosong atau half cut ?
ReplyDeletewaalaikumsalam,boleh halfut lebih baik
DeleteSalam tuan. Saya pakai satria 4g13 injection. Kalau saya tukar nak upgrade head boleh ke ?suggest something. Apa yang diperlukan and apa yang akan effect kalau tukar head saja.
ReplyDelete2.kalau pasang fuel regulator and hks air compressor jimat kan minyak ke ?
wslm,tukar head lebih baik kerana head yang digunakan lama semakin menipis dan kesan2 panas meningkat walau ia tidak sehingga overheat tetapi prestasi menurun,enjin lembap dan sukar memecut.
Delete2.jimat sedikit saja kadang2 tiada kesan,fuel regulator mengawal kemasukan minyak secara stabil tiada kelebihan lain
Sekiranya saya hendak upgrade engine 4g13. Boleh saya pasang engine kosong 4g91 ?apa yang diperlukan
ReplyDeleteEnjin kosong boleh dimuatkan ,ia agak serupa keseluruhannya
DeleteBos , kalau mitsubishi Galant 2.0 guna engine toyota 1jz boleh ka?? JPJ boleh lulus? Terima kasih
DeleteSalam... Bos kereta sy Mitsubishi Galant 2.0 nak tukar ke toyota 1jz boleh ka? JPJ boleh lulus? terima kasih
ReplyDeletewslm,boleh bawa geran kereta yang telah ditukar enjin ke JPJ dan isi borang
DeleteAtos tak boleh enjin myvi ke?
ReplyDeleteKalu boleh, byk kerja tak?
tak boleh,enjin starlet memang boleh
Deletebos, klau tukat engine halfcut celica 1.8 (M) lebuh kurang brp harga??
ReplyDeleteRm12000
DeleteAssallamualaikom tuan...
ReplyDeleteBoleh tak hyundai atos convert enjin kelisa atau kenari...adakah tapak enjin perlu modi?adakh horse power kelisa atau kenari berbeza dgn hyundai atos?..
wslm,biasa tukar enjin mitsubishi GSR atau atos dan Getz boleh juga dengan toyota celica blacktop 20v,gna halfcut lebih baik
Deleteassalam tuan, kereta saya enjin dia selalu mati kalau tak tekan minyak. tapi selepas beberapa minit bawak kereta saya okay. apa eh masalah dia? terima kasih
ReplyDeletewslm,perlu servis throttle body atau karburator,karbon kotoran terlalu banyak didalamnya
DeleteEnjin kosong/enjin lantai nii dia sekali dgn block ke ?
ReplyDeleteenjin kosong adalah enjin dari head sehingga ke oil sump tiada gearbox dan lain lain
DeleteSalam tuan mekanik sy menggunakan wira 1.5 carb... Sy ingin upgrade Ke engine 4g93 soch... Boleh Ke sy ambil engine kosong atau lebih baik sy cri halfcut? Mane lebih baik Dan jimat.. Bpe kos siap pasang Dan endorse?
ReplyDeletewslm,enjin kosong lebih murah jika inginkan kos rendah,biasanya yang ambil halfcut mereka mhukan wiring dan dashboard sekali,Kos enjin kosong sekitar RM1500-RM2000 siap endorse manakala halfcut saja kosnya adalah kira2 RM2000 lebih sebelum pemasangan dan endorse
DeleteAssalam..nak tanye..engine ape yg sesuai masuk inokom atos??klu masuk engine kenari boleh x??
ReplyDeletewslm,maaf,harap baca komen di link ini ,telah berulangkali soalan ini saya jawab,
Deletehttps://mekanikkereta.blogspot.my/2013/10/engine-exchange.html
hello tuan mekanik...saya ada 1 kereta lama suzuki jimny 1.3...saya bercadang nak tukar enjin yang lebih power...saya juga mempunyai toyota rav4 model 1997..kalau ambil enjin rav4 masuk dalam suzuki jimny agak2 bolehkah...kalau tidak dapat boleh bagi cadangan apa enjin yg sesuai dan anggaran kos..terima kasih
ReplyDeleteHello,tidak boleh ,biasa suzuki vitara saja,sekitar rm8000
Deleteassalamualaikum bang .....
ReplyDeleteengine prado deisel 3L model VX 1997...boleh d upgrade ke model apa yg cc nya sama...2.7cc
waalaikumsalam Toyota Hilux SR turbo 2.7 juga boleh
DeleteHyundai accent kalau nk masuk turbo. Turbo ape sedap utk jln jauh. Sy di shah alam dan selalu ke pd . Engin ape sedap jln jauh n pickup utk memotong. Blh sertakn wassap no
ReplyDeleteBoleh gunakan enjin Mitsubishi GSR Turbo
DeleteSalam. Boleh share sikit , turbo yg sedap jalan jauh and lebih top and pickup utk memotong. Sy dr shah alam ke pd selalu. Engin turbo ape sedap? Blh share wassap no ?
ReplyDeletewslm boleh gunakan Mitsubishi GSR Evolution,talian 0173023492
DeleteSalam tuan,
ReplyDeleteStarex saya enjin A2, pomen cakap blok bengkok. Katanya kalau skim blok pun x gerenti enjin akan ok. Apa pendapat tuan? Perlu sy tukar enjin & kosnya? Terima kasih tuan.
wslm,kalau ganti silinder head juga tidak mengapa
DeleteSalam tuan,
ReplyDeleteVios (2007) saya makan minyak hitam, bunyi engine bising & semput2, ada signal engine. Perlu tukar engine sama atau apa yg sesuai dan berapa kos tukar engine? Terima kasih tuan.
wslm,jika ingin tukar,tukar enjin sama lebih baik,kos tukar sekitar RM8000
DeleteAssalamualaikum, sy ade sebijik viva 850 umo dh masuk 9 thn.. xprnah ovhaul cume tukar2 yg luar je.. pandangan tuan adekah wajin averhaul atau perlu tukar enjin..meliputi kos juga..
ReplyDeletewalaikumsalam,overhaul ialah untuk kehausan ring,engine beearing dan asap putih yang banyak serta bunyi bearing,jika tiada tanda2 demikian tak perlu overhaul atau tukar enjin
DeleteSmt pagi tuan, sya ada masalah kancil 850 kurang power. Sdh overhaul 2 x . Boleh dikatakan segala2nya sdh ditukar dari dalaman injin hingga ke luaran spt coil dan distributor Dan kaburator. Sebut saja apa komponen hampir dah tukar. Timing belt juga psg cun. Adjust valve juga cun. Tangki tangki tak sumbat dan ac pump juga baru. Masalahnya tetap sama. Enjin kurang power dan jln pun lembap, sya kira klau dibandigkan kancil 660 lagi power sedikit. Kancil Boleh jln tak ada mslah hnya power saya kira hya 50% dari kancil 850yg normal. Lgi 1 disebabkn masalah ni minyk kuat makan sedikit. Apa pendapat tuan mslah ni. Hnya 1 lagi yg belum pernah buat iaitu tukar wiring baru... sebab munkin wiring lama dh usang mnyebabkan aliran arus tdk begitu baik.
ReplyDelete