Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Wednesday, June 04, 2014

Intercooler dan turbocharger

Salam Sejahtera

Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.

Turbocharger />

Turbochager adalah alat turbine yang disambung terus dari manifold yang bertindak bagai sebuah air pump berkuasa tinggi supaya lebih angin dapat dimasukan dengan nisbah yang besar untuk enjin kereta melakukan pembakaran.Turbocharger ini juga akan memberikan daya bakaran dalam enjin secara total dan hasilnya lebih pembakaran enjin untuk lebih kuasa.

Kereta-kereta yang menggunakan turbo adalah kereta yang berkuasa lebih tapi dengan jaminan penjimatan petrol atau disel.

Tanda-tanda kerosakan turbochager

1.Enjin kereta kurang kuasa
2.Bunyi enjin kereta yang kasar dan pelik
3.Asap yang banyak
4.Minyak enjin kereta yang berkurang dengan cepat.

Semua tanda-tanda kerosakan kereta ini akan menyebabkan sistem fuel injection rosak,enjin yang tak stabil,rpm tak stabil,ekzos meletup2 dan gasket enjin rosak.Kerosakan turbocharger juga boleh menyebabkan minyak gris pada mana2 komponen enjin kereta mengering dan mengetatkan komponen bergris seperti drive shaft dan steering rod,

Intercooler

Apakah pula Intercooler? Intercooler adalah sebenarnya seperti sebuah radiator besar yang menyejukan enjin kereta ke tahap maksimum seperti enjin tidak bekerja langsung melakukan pembakaran.Pada kebiasaannya sebuah enjin berkuasa turbo akan menggunakan intercooler untuk menyejukan udara panas dari turbocharger supaya lebih oksigen dan bahanapi dibakar secara baik dan menyejukan udara enjin kereta dengan cepat untuk terus beroperasi.Intercooler yang dipasang menggantikan radiator bertindak menyejukan udara dalam  enjin supaya enjin tidak overheat dan terbakar,

Di Malaysia kereta seperti Exora bold adalah berkuasa turbo dan menggunakan keseluruhan sistem intercooler.Intercooler adalah amat baik dalam penyejukan cecair serta gas pada enjin.

Tanda-tanda kerosakan intercooler adalah hampir sama dengan kerosakan pada turbocharger,apabila kuasa yang menurun,susah tukar gear,asap hitam,bunyi yang pelik adalah tanda-tanda biasa yang akan jadi bila intercooler bocor atau rosak.

Seperti juga turbocharger,kerosakan intercooler kereta juga mudah dikesan menggunakan alat diagnose enjin yang seterusnya juga dapat mengesan kenaikan suhu dalam enjin.

431 comments:

  1. assalam tuan jika turbo asal di tukar kepada yang lebih besar perlukah enjin di set semula? dan perlukah intercooler di tukar kepada yang besar?

    ReplyDelete
  2. @Azli Zainw/salam,tak perlu set semula.Intercooler pon tak perlu tukar yang besar kerana ia tak beri apa2 kesan kepada enjin samada minyak atau prestasi.

    ReplyDelete
  3. ok tq tuan..nak tanya sikit apakah fungsi fuel regulator adakah ia untuk menjimat kan minyak atau sebalik nya

    ReplyDelete
  4. @Azli Zainw/salam,fuel regulator tidak menjimatkan atau sebaliknya,ia cuma menjaga tekanan aliran minyak samada lancar atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuel Regulator - mengawal tekanan bahanapi mengikut kelajuan enjin.
      Sewaktu melahu (idle) penggunaan bhnapi adlh pd thp minima mnyebkn tekanan tinggi(press. built up) dlm fuel rail yg boleh merosakn hos getah & o-ring. Tekanan ini di lepaskan oleh fuel regulator kembali semula ke tangki dgn menggunakn vakum actuator.

      Delete
  5. Salam encik. Nk tnya apa masalah kereta buat bunyi "jerking" dan bila bawa kereta, masa brek rasa gegar & jerking makin kuat, kadang2 enjin tiba2 mati kalau dalam jem sbb asyik brek (terutama sekali bila aircond pasang). Kereta viva auto dh 5 tahun.

    ReplyDelete
  6. @mariatiansw/salam,masalah macam ni saudar perlu buat tuning enjin,tukar plug,air filter dan minta mekanik periksa mana2 hose vakum yang kecil dan penapis kecil pada head terutamanya pada brek perlu ditukar

    ReplyDelete
  7. Salam...
    saya mohd nor guna kereta Fiat marea 1.6 tahun 2001.
    Baru-baru ni kereta overheat sebab ada kebocoran pada dekat core plug
    tapi tetap drive sampai kereta terhenti...kemudian isi air dan try bawak sampai rumah...
    sekarang core plug tu dh tukar tapi still kereta cepat overheat..
    kadang2 try hidup enjin 10-20 minit tapi tak overheat, tapi bila jalan 3-4 kilometer dah overheat.. bole tolong trobleshoot?...pomen kata water pump problem atau radiator tersumbat...
    bila overheat air akan mendidih dan keluar melalui spare tank..rasanay apa yang sy perlu lakukan dan jika kena top overhaul berapa kosnya?

    ReplyDelete
  8. @UmiUmi,w/salam top overhaul mesti buat,tukar head gasket yang dah pecah sebab tandanya air dah melimpah keluar semula.Kosnya sekitar rm750

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta wira saya juga mengalami masalah yang sama.. Hidup enjin tak sampai 10minit air dekat spare tank mendidih n keluar. Perlu top overhaul jgk ke @ radiator perlu diservis? Mohon penjelasan..tq

      Delete
  9. Tn admin,saya ingin bertanya.disk brake saya bengkok,blh ke saya berjalan jauh tanpa canai disk terlebih dahulu.terima kasih.

    ReplyDelete
  10. @diBoleh tak jadi masalah,cuma cepat la sikit abisny brek pad tu,jangan lupa skim bila balik nanti

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, boleh saya bertamya sedikit? Kenapa kereta saya bau hangit bila selalu perembat? Pomen cakap Brek disc dengan pam brek semua ok takde masalah. Saya selalu jalan jauh, cuma risaulah. Boleh ngtau saya apa yg perlu saya buat dan agar tidak ditipu oleh pomen?

    ReplyDelete
  12. @laotoasdkw/salam,enjin yang dipecut laju akan berbau hangit jika ada minyak yang bocor menitik pada kepanasan terutamanya ekzos,periksa oil sump dan oil filter pastikan sedikit pun minyak tak kira minyak brek atau hitam tak kena sedikitpun pada ekzos dan disc brek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos untuk perbetulkan kebocoran itu berapa? Ada sebab lain ke selain kebocoran? Tapi kan sekarang bila saya bawa biasa bawah 80 pun boleh bau hangit, adakah tu sebabnya? Dan bau nyaring bila brek?

      Delete
  13. @laotoasdkJika bocor pada oil sump gasket saja kosnya sekitar rm200.Jika disc pump saudara pula bocor pada getah dan sebabkan bau hangit yang kuat kos baiki juga sekitar rm200.Jika nak tahu lebih tepat ialah dengan bau pada kedua2 belah roda jika satu berbau satu tidak bermakna dis pump brake saudara ada bocor

    ReplyDelete
  14. Salam tuan. Saya ingin minta pendapat tuan. Antara civic fd2 , caldina gt4 dan lancer gt. Yang patut sya beli?? Dr segi servis, performance, handling, dan sdh pasti sya tak nk cepat rosak.. Minta pencerehan tuan. Tq

    ReplyDelete
  15. @azry katow/salam,untuk kegunaan lama dan kurang rosak Caldina adalah baik manakala Civic fd2 pula mempunyai prestasi yang amat baik dari segi enjin ,manakala lancer gt pula kereta ini amat tahan lasak.Kereta yang baik untuk kurang rosak serta prestasi agak baik selain civic fd2 ,Caldina adalah pilihan ramai

    ReplyDelete
  16. Encik..ada ka turbo kereta saya telah rosak?..minyak cpat habis dan steering bergegar ketika membrek terutamanya semasa menuruni bukit..Thanks..

    ReplyDelete
  17. @RandyTurbo yang bermasalah akan mengurangkan seperti prestasi enjn,asap hitam yang banyak dan keadaan gear yang susah hendak ditukar.Keadaan minyak yang cepat habis dan bergegar ketika turun bukit adalah kerana tuning enjin yang tak stabil.Air filter,plug,plug kabel perlu ditukar.RPM perlu distabilkan pada kadar idle.

    ReplyDelete
  18. Assalam abang arsad.saya fairuz ingin bertanya.sewaktu memandu tadi seperti ada suatu besi tercabut/terjatuh dari tayar kanan hadapan dan setelah itu tayar semacam lari allingmentnya..pada pandangan abg arsad apakah masalah ini?dan cara penyelesaiannya..saya baru sahaja membuat alignment&balancing minggu lalu..diharap abg dpt mmbantu..terima kasih diucapkan..

    ReplyDelete
  19. @Feroz Rahimw/salam,tak mungkin ada yang tercabut,ada besi lain atau kayu yang kena kat tayar ,alignment memang mudah lari bila langgar kuat pada kayu atau batu besar,buat alignment semula

    ReplyDelete
  20. Salam abg...

    Disk break tak rata bole ke menyebabkan pemanduan tak berapa baik?? Rasa mcm stering keta sya apabila sya membrek stering tu bole bergerak ke kiri dan kanan. Sewaktu lalu dijalan yang tak rata pn mcm tu stering tu bergerak ke kiri dan kanan. Absorber keta sya 4 4 da tukar tp terasa keras sehingga bole trasa dkt stering apabila lalu jln tak rata. Apa patut sya buat?? Tq abg.

    ReplyDelete
  21. @azry katowslm,disc tak rata tak rosakan pemanduan cuma brake pad cepat abis,yang buat gerak kiri kanan bila jalan tak rata adalah steering rod yang dah lembut,periksa kelonggarannya dan tukar

    ReplyDelete
  22. Salam bang, nk tya enjin evo sya cpt kering I spare. Apa prob nya?

    ReplyDelete
  23. nak tanya perlu ke tukar air filter asal dengan yg after market? mekanik kedai yg suggest kata baik utk maintenance and powerskit. dia suggest K&n

    ReplyDelete
  24. salam bro....kenapa beteri kerta meletup..ada bekenaan dgn sensor kh.n brpa harga sensor.sya pkai viva elit auto.

    ReplyDelete
  25. @oghostine kelbroswslm,bateri tu yg tak ok,1st time dengar bateri meletup,mmg takde kna mengena dgn sensor atau komponen lain

    ReplyDelete
  26. salam bro , w220 s320 cdi sy tidak boleh mencapai melebihi 3000 rpm ? adakah disebabkan turbo bocor ? apabila idling asap hitam bnyk

    ReplyDelete
  27. salam bro, w220 s320 cdi sy tdk boleh melebihi 3000 rpm , adakah disebabkan turbo bocor?

    ReplyDelete
  28. @Hakim 1001wslm,turbo bocor gunakan sabun dan air untuk periksa mana yang terdapat buih bila enjin dihidupkan,biasanya bocor pada intake dan ekzos

    ReplyDelete
  29. @Hakim 1001kalau banyak sangat adsap hitam keluar itu tanda tubo bocor,periksa paip getah

    ReplyDelete
  30. salam bro...ok ker kalau kereta yang menggunakan karburator di pasang turbo..

    ReplyDelete
  31. Kereta saya asyik mati terutama di trafic light ataupun semasa parking. Kali pertama ke servis perodua katanya wire putus dan dia sudah sambung balik. Selepas sebulan, kadar enjin mati jadi lagi kerap. Mati semasa kereta sedang bergerak pun ada. Saya ke servis perodua kali ke2 dia kata kena RM400. Katanya wayar enjin putus. Berbaloikah saya tukar? - VIVA Auto

    ReplyDelete
  32. @Sarimahjika ada lampu indicator atau check engine menyala ,ia ada kaitan dengan sensor,selagi sensor tersebut tidak ditukar wayar/fuse akan tetap putus .Sebaiknya saudari pergi kewsyop yang ada sensor code reader untuk pastikan sensor mana yang terlibat.

    Tukar sensor tersebut insyallah akan ok lama.

    ReplyDelete
  33. Salam nk tnye off topic. Terbce kat atas pasal eskzos letup². Tp sy kereta sy satria neo cps xde turbo. Bila accelerate rpm dlm 4k, lepas pedal ekzos msti letup². Ekzos bkn standard, 4-2-1 header, 1 mid bullet, 1 straight flow muffler. Ade ape² yg rosak ke?

    Lagi 1 kat engine atas exhaust extractor selalu ade minyak leaking. Dah 3 kali tukar getah bead engine kt proton (rm60+ sekali) tp smpi skrg masih leaking. Ade bhgn engine yg rosak ke?

    ReplyDelete
  34. @iyspwslm,ekzos meletup atas sebab campuran minyak dan api yang tak abis terbakar,jadi ada kalanya ia tinggal dalam ekzos dan menjadi kerak,jika ekzos kerap meletup maknanya ia telah banyak kotoran dalamnya,perlu lakukan sesuatu kepada ekzos.

    2.Gunakan getah lama cuma minta tambahkan lebih sealant atau glue pada getah tersebut,insyallah tak bocor lagi

    ReplyDelete
  35. As salam, nak tanya sesuai ke kereta model jazz gk5 kalau dipasang turbo kit, untuk jangka masa panjang akan effect pada piston atau engine akan leaking ? dan gearbox cvt akan ada masalah atau tidak?

    ReplyDelete
  36. @Haziq Safwanwsalam,apa2 model kereta pun boleh dipasang turbo,turbo sejenis sistem penambahbaikan enjin dan menjaga kesejukan ,leaking,gear rosak terjadi bukan keseluruhannya disebabkan turbo atau sistem ini.

    ReplyDelete
  37. Salam Tuan, Kereta saya Gen 2 tahun 2005 , bahagian depan roda kiri kadang kadang berbunyi walaupun pada jalan lurus . Lower Arm kiri kanan Sudah di tukar .tapi bunyi tetap ada . Minta pencerahan tuan....

    ReplyDelete
  38. @badrul zainuddinwslm,penutup habuk ke bahagian brek mudah bergeser dengan disc ,sila periksa

    ReplyDelete
  39. Salam tuan, sy menggunakan kereta jenis turbo. Tp bila speeding bahagian bawah kereta akan mengeluarkan bunyi berderap dan sangkut2. Bila sy bawa kelajuan dengan cara landai bunyi tersebut kurang skit. Apa kemungkinan masalah pada kereta sy?

    ReplyDelete
  40. @MSwslm,mounting enjin mungkin pecah

    ReplyDelete
  41. Salam bos...nak tnya...sy ada pakai 4g93 dh di b.o.t...mslah sy skrg kereta exzos mngeluarkn asap putih...sy dh buat top overhoul tkr gasket,valve seal dn check piston....tp masih ada asap putih yg kluar...mgknkah turbo yg rosak...

    ReplyDelete
  42. @h zhafriwslm,piston oil ring haus saja yang akan keluarkan asap putih banyak manakala turbo rosak asap juga banyak tapi bukan putih sentiasa

    ReplyDelete
  43. Salam. Sya guna starex. Baru2 ni engine turbo lost power. Xbole overtake kete lain. Tekan minyk xde power. Panic dibuatnya. Bole ke sya servis jer set turbo tu.

    ReplyDelete
  44. Salam sy pkai enjin gdi turbo kt waja..hari tu sy cabut stu fius lmpu nyala bila kta buka pntu...bila psg blk rpm xmnentu n selalu trun naik n mati2 bila kne dgn jem...lg stu bile tekan kete xbla berdengung jer kuat

    ReplyDelete
  45. @Unknownwslm,reset ecu,cabut negatif bateri,biarkan 15 minit kemudian pasang semula,start enjin biarkan 15 minit

    ReplyDelete
  46. @hafizperlu tukar water pump dan servis radiator tak perlu overhaul

    ReplyDelete
  47. Salam, Exora bold yang dihantar ker service centre dikatakan mengalami kerosakan "turbo Jam".. adakah ia boleh di repair atau perlu ditukar.. berapa agak2 budget yang diperkukan. tqsm

    ReplyDelete
  48. @Carlo Rodriguezwslm,turbo jam boleh dibaiki tetapi sc rasanya dia akan tukar,kos turbocharger kira2 rm2000

    ReplyDelete
  49. Slm sejahtera..mohon pcerahn,kereta wira 1.3 karburator enjin standard,bagaimana utk meningkatkan prestasi tanpa menukar enjin.bagaimana dgn pemasangan sist turbo,apa panambahn,pengurangan atau penggantian komponen ttntu.kereta sering mgunakn laluan berbukit..tqvm

    ReplyDelete
  50. @Kiusak Otomouslm sejahtera,boleh tambah turbo ,pastikan radiator ditukar,klac plate juga ditukar,fuel filter diganti dan karburator diservis,gunakan filter sport untuk penambahan kuasa

    ReplyDelete
  51. Mohon pertolongan,ford ranger xlt 2003 saya kdg2 hilang power&mengeluarkan asap hitam yg tebal..brg2 yg telah ditukar ialah glowplug,nozzle injector,head dah skim,waterpump dsb.dah buat topoverhaul.tapi masalah ini masih berlaku...kdg2 tgh bwk ..tiba2 jer kuar bunyi 'kelepek3'&terus kuar asap hitam berkepul2...rpm tinggi...pedal x tekan...adakah turbo rosak?minta tlg sgt2..saya dah x tahu nak repair apa benda lagi

    ReplyDelete
  52. Mohon pandangan,ford ranger xlt 2003.masalah : tgh sedap bwk..tiba tiba bunyi 'kelepek3'terus kuar asap hitam pekat berkepul2.kereta dah buat top overhoul.benda lain yg dah tukar ialah glowplug,nozzle injector.adakah turbo rosak...minta tlg..saya dah x tahu nak buat apa lg...semasa asap hitam ni kuar..rpm tinggi dgn sendiri..pedal minyak x tekan..kereta semput..loose power...

    ReplyDelete
  53. Salam.nk tnye ape berlaku pd keta kancil saya ni.dh tukar plag,bateri..tp enjin mudah pdm.bunyi ekzos pulak meletup2.ASAP kluar warna hitam n keluarkan bau enjin yg teruk sampai mata jd pedih.dh 2 Kali hntar kedai tp masih masalah enjin padam n payah nak start.utk pengetahuan tuan ekzos tu dh tukar.kancil keluaran 2004.minyak keta pulak makin kurang.sedangkan cuma start je enjin tu.ape masalah keta kancil saya ni?
    Mohon dibantu....terima kasih..

    ReplyDelete
  54. @ashieta ashleywslm,karburator terlalu kotor,yang meletup2 itu adalah kerana nisbah minyak dan angin dalam karburator yang tidak tepat jadi perlu disetkan semula selepas karburator dibersihkan luar dan dalamannya termasuk semua lubang jet

    ReplyDelete
  55. @fahmi ismailsalam,ada masalah pada turbocharger,ada kemungkinan turbo jem,tanda2 asap hitam membuak adalah masalah turbo

    ReplyDelete
  56. @fahmi ismailada masalah pada turbocharger mungkin turbine dalamannya

    ReplyDelete
  57. Salam. nak tahu lokasi kedai tuan?

    ReplyDelete
  58. Assalam tuan.. sy mmpunyai viva 850 bolt on turbo.. baru2 ini, sy menukar spark plug denso iridium yg sbelum ini hnya mnggunakan spark plug standart kereta sahaja.. tetapi, selepas menukar nya, kereta menjadi semput/jerking apabila menekan pedal minyak secara tiba2.. buat pengetahuan tuan, injector pun telah saya tukar sebelum menukar plug dan tiada masalah seperti yg sy hadapi skrg.. persoalan sy,adakah kerana plug saya sudah rosak walhal baru 1 hari menukarnya atau ada kompenan lain yg perlu di tukar?

    ReplyDelete
  59. @Mohamad Ikhwan Ruslanwslm,jika api terlalu kuat seperti dari plug irridium tersebut akan menyenbabkan jelaga atau karbon jadi banyak dan menyekat ruang throttle body dan menyebabkan semput,jika TB diservis adalah baik dan plug ditukar adalah yang paling baik.

    ReplyDelete
  60. Assalam tuan, sy pkai wira bernadikan enjin gsr turbo..time sy drive biase , boost meter cepat naik, tapi kereta xde la laju mane..bile lpas throttle, blow off bunyik kuat mcm sy tgh laju..ape masalahnye ek?

    ReplyDelete
  61. @Arsad mekanik trime kaseh..so ape penyelesaian nye? turbo tu bole dibaiki or tukar n brape anggaran kos nye?

    ReplyDelete
  62. @amar izamturbo boleh dibaiki,kos sekitar rm800-rm1000

    ReplyDelete
  63. Genset - enjin cummins 8 valve. idle asap putih kepul2, semput... ada kaitan dgn turbo ke?

    ReplyDelete
  64. Salam tuan, mcm mane nak kurg kn bunyi dengung?? Skrg sy pakai b18 gsr tanpa bullet n straight flow ekzos. Perlu masukkn bullet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ya betul,bullet bertindak seperti silencer,kurangkan bunyi bising

      Delete
  65. salam tuan...kereta kenari yrv turbo saya semput bila nk 'tarik'...apa puncanya tuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,turbo ada bocor

      Delete
    2. tuan,turbo tu boleh dibaiki?apa jalan terbaik tuan?

      Delete
    3. boleh dibaiki,ganti seal

      Delete
    4. tuan...sy dah bawa ke bengkel...pomen dah cek turbo...katenya tiada masalah...pomen cuba tukar fuel pump tapi x selesai masalah...apa lagi yg boleh kita cek tuan??

      Delete
    5. ada kemungkinan ekzos teramat kotor,sebaiknya tukar tabung

      Delete
  66. biasanye kete turbo ni kene pakai spark plug iridium??atau bole saje pakai plug biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. enjin asal cantik spark plug copper biasa pun boleh guna,irridium dan platinum lebih tahan dan irridium lebih prestasi dari kecepatan api yang terhasil

      Delete
  67. Assalam tuan,nak tanya psl caldina zt,thn 04-09,mslh tersengguk2 bile kite bwk maintain dlm 60-80/90 km/j,kalau kita tekan laju takde mslh tersengguk2 tu..dh cek computer box cuma mslh plug,saya dh ganti plug specs toyota tp tetap sama..dan skrg lampu enjin pn dh mnyala..harap saudara dpt bg pendapat/saranan apa mslh sbnrnye & apa perlu sya lakukan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sebenarnya jika check light enjin menyala tandanya masalah sensor,tukar kabel plug dahulu kemudian jika ia masih terjadi kemungkinan yang pasti adalah speed sensor,gunakan code scanner jika lampu check engine masih menyala

      Delete
  68. As salam tuan..saya pakai nisssan frontier..masaalahnya turbo ada leaking minyak hitam..apa perlu dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sebaiknya tukar turbo atau baiki seal!

      Delete
  69. Salam..nk bertanya..kenapa bila kita tekan minyak paip turbo jd kempis..sy guna enjin diesel

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada turbo,tukar dulu hose tersebut dengan hose yang lebih baik

      Delete
  70. Salam..sy nak tnye,,sy pkai kereta kancil mira enjin L5 turbo,,knpe ekzos kereta sy keluar asap putih bnyak..mse jln pon keluar jgak..sbb turbo kong ke atau sbb mnyak hitam,,sblm kluar asap bnyak,,mmg mnyak hitam kurang,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,turbo bocor saja akan menyebabkan asap yang banyak

      Delete
  71. Asslm abg sy nk tnye,sy pkai kereta knci mira,enjin L5 turbo,knpe ekzos sy keluar asap bnyak mse jln pon asap ttp kluar,,ke sbb trubo kong??atau kurang mnyak hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,asap akan keluar banyak jika ada masalah pada turbo seperti bocor.

      Delete
  72. Salam en.arsad...kat mana bengkel en.arsad?nk pegi cek turbo..kereta langsung xda power tiba2 & minyak hitam mcm kena telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah turbo bocor,mana2 tempat boleh baiki cuma pastikan turbo yang bocor dibaiki

      Delete
  73. Salam.. Saya pakai preve turbo.brapa kalo nk pasang blow off sound dan ape kelebihanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tiada kelebihan ketara cuma bunyi saja yang ada kelainan kerana tekanan dikeluarkan pada waktu dan ketika enjin ditambah kuasa pecutan

      Delete
  74. Asalam tuan..sy guna nissan navara 2010...baru ni twngah laju 120ksj tetiba bunyi tutbo busshhh...ada bunyi..asap putih....apabila check turbo d dapati kipas ada yg patah...shaf kipas longgar..sy baru tukar minyak hitam n feul pump..apa sebab kerusakkan turbo tu tuan??? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,turbo perlukan minyak yang bersih dan jauh dari kotoran atau habuk,mungkin terdapat habuk atau kerikil yang masuk kedalam turbine dan buatnya patah dan longgar ,periksa juga jika mekanik ada tertinggal apa2 barangan kecil seperti kain kecil dsbnya berdekatan enjin

      Delete
  75. Asslm.. Tuan, exora cps klu nk upgrade msuk turbo bolh x? Mksud sy xde masalh ke pki & dri segi ketahanan enjin n kompnen lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh,tukar enjin skali pun baik kerana enjin cps pun memang ada yang turbo,ketahanan masih sama

      Delete
  76. Salam tuan,sy pakai preve cfe.soalan biasa tp nk pencerahan skit.pd enjin terdapat minyak keluar/leaking. Mslh gasket ke atau berkaitan turbo tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasanya leaking gasket head cover atas,kalau bocor minyak turbo ,enjin senggut dan asap putih

      Delete
  77. Assalammualaikum.. Tuan arsad..saudara saya ada sebuah van buatan china..C.A.M PLACER 2.8 TDi..masalahnya sekarang ni,bila tekan minyak cuma dapat sampai 2000 rpm jer..tambahan pulak asap hitam...adakah betul firasat saya masalah ini berpunca dari sistem turbo tidak berkerja seperti yang diharapkan..adakah perlu ditukar ataupun dibaikpulih sahaja pada sistem turbo ini..apa pendapat tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pembaikan turbo hanya pada kebocoran akantetapi jika turbine dalam turbo itu tidak lagi boleh bekerja dengan baik akibat lama atau sudah bergoyang adalah baik ditukar

      Delete
  78. Assalam tuan.

    Sy ada navara model LE tahun 2014.Selalu berlaku insiden di mana tgh laju kereta tetiba lost power..slow..bila sy search dlm tenet bg tahu tu masalah fuel pump..dari sudut pandangan tuan bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kereta yang hilang kuasa, biasa dikaitkan dengan kegagalan sensor seperti knock sensor.ppastikan dengan scanner walaupun check engine tidak menyala

      Delete
  79. Salam tuan,

    kalau nk pasang BOV di Exora Turbo kasi kepisss kepisss brape kos? Ade ape2 kesan yg kurang baik tak pada enjin? mekasehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pasang sendiri pun boleh,gunakan manual pada alat tersebut.Kos pasang kat luar sekitar rm100 upah saja.Kesan jangka panjang ialah mengurangkan kekuatan angin untuk untuk Throttle Body itu saja!

      Delete
  80. Assalammualaikum Tuan. Boleh terangkan kerosakan yang sering berlaku pada turbocharger dan supercharger? Dan macam mana nak memanjangkan jangka hayat turbocharger dan supercharger tersebt

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlm,turbocharger dan supercharger bergantung kepada turbine dan jika turbine rosak dan ada bocor minyak maka ia akan kurang berfungsi jadi pastikan enjin diselenggara dengan baik iaitu menukar minyak hitam dan oil fiter tepat pada waktunya,kira2 5000 km atau 10000 km sekali tukar kerana jika enjin menjadi panas akibat geseran ia juga akan merosakan turbo dan supercharger dan menyebabkan kebocoran

      Delete
    2. lagi satu, membasuh enjin yg ada turbo..adakah digalakan membasuh enjin atau tidak boleh sama sekali... atau ada cara lain untuk membersihkan enjin selain dari membasuhnya..tq

      Delete
    3. boleh basuh cuma jangan sampai corong intercooler dan turbocharger masuk air itu saja

      Delete
  81. Assalamualaikum tuan...saya nak tanya..macm mana cara penjagaan turbo proton preve supaya sentiasa dalam keadaan baik..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,turbo berfungsi ikut enjin jika enjin baik maka turbo juga akan baik tiada leaking dsbnya,jaga enjin dari segi minyak hitam,pastikan minyak hitam ditukar setiap 5000 atau 10000 kilometer insyallah turbo akan ok

      Delete
  82. Salam...sy pakai enjin L2s..Upgrade turbo TD0409, Safc1, Injektor 275Mivec CK, Fuel pump evo...boleh sy mintak pandangan tuan, memandangkan kete ni utk perjalanan jauh...nk tye limit boost yg selamat utk sy setkan utk kancil sy..dan 1 lg..semasa Idle enjin sy agak kuat bergegar walaupn pd rpm 1.2k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kira2 40 psi,Enjin gegar sebab mounting pecah ,tuning enjin dan tukar mounting untuk lebih stabil

      Delete
  83. 1 lg...ape kesan pada Turbo kalau Minyak petrol x ckup pada rpm tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turbo tak jadi masalah,cuma masalah jika minyak hitam enjin kurang

      Delete
  84. Salam tuan.. Sy menggunakan kereta berenjin turbo 2.0. Adakah normal jika minyak hitam selalu berkurangan? Dan terdapat sedikit minyak hitam didalam salur intercooler?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika turbo bocor,dalam intercooler akan ada minyak,baiki turbo seal,minyak hitam kurang sebab turbo bocor dan masuk ke intercooler ,ini tidak normal

      Delete
  85. Assalam tuan,saya pengguna ford tdci 2.5.apa masalah ya kalau ada minyak enjin masuk ke turbo ya,ada apa inpect ka tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak enjin masuk bermakna ada bocor pada supercharger,akibatnya kurang prestasi,asap putih banyak

      Delete
  86. Assalam.Saya menggunakan Exora Bold.Saya rasa ada perubahan pd prestasi enjin.Kenderaan jadi berat dan mengambil masa untuk mencapai kelajuan 60km ke atas.Enjin kadang2 berbunyi.Rakan sy membawa mekanik untuk diagnos enjin.Ada 2 error code yang keluar.
    1:Throttle / paddle position plausability
    2:Turbocharger/ Supercharger Underboost Condition.
    Boleh tak turbo diservis atau perlu di tukar baru.Di proton turbo sahaja harganya RM6'550.00.Memang diluar kemampuan. Saya tinggal di Ipoh.Kalau tuan tahu bengkel yg pakar dlm turbo di area Ipoh,bolehlah bg cadangan.Segala penerangan dan pertolongan dari tuan sy doakan kehidupan sentiasa diberkati olehNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1.Throttle /pedal accelerator boleh ditukar
      2.Turbo juga boleh dibaiki dan dinyah dari kebocoran

      Cuba servis di SNS Kembara Utama Sdn Bhd 782492-P
      Lot 11855, Jalan Tun Abdul Razak
      30100 Ipoh

      Delete
  87. hello...
    Saya guna engin 4jb1...bunyi engin kasar?,bila parking asap putih,bleeder keluar asap,.?komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello,bunyi kasar ada bocor pada turbo dan intercooler,minyak dah masuk

      Delete
  88. Assalam..bos sy mguna enjin gsr t..skrg kereta kurang power...apakah disebb kn hos intercooler...blow off pun dh bunyi slow...standart boost meter berapa bos 0.5ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kurang power biasa sebab blow off valve bocor seal.standard kira2 30psi

      Delete
  89. wasalam,sy nk tnya skit..apakah kelebihan intercooler ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kuasa enjin,enjin lebih stabil jika bersatu dengan turbo

      Delete
  90. Salam bro,nk tanye enjin sr20.. Baru2 ni da buat top overhol d sbb kn overheat melampau..masalah sekarang enjin bile bawak tak lancar...tersengok2...macam plug masalah dan tapi pomen ckp xde pape..boleh jelas kan x??sbb sy dah abiz bayak tp tetap same..tolong2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,distribitor ada masalah,tukar rotor,pastikan pemaangan distributor dan rotor tepat

      Delete
  91. As salam tn admin, sy guna MCS R56 1.6 (A) Turbocharger model 2007, masalah ialah minyak hitam menitis sebesar 10sen semlaman parking, apakah sy perlu buat, booeh repair/servis shj atau perlu ganti, buat masa ini tiada masalah dlm pecutan, RPM dan enjin mantap. Yg merisaukan ialah bimbang jika setakat boleh repair nnti mekanik ckp perlu ganti baru, mohon tips dari admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu periksa darimana datangnya minyak tersebut,jika cuma datang dari oil filter atau oil sump,gasket boleh ditukar,ada juga kadangkala menitis dari cover head juga boleh ditukar gasket.

      Delete
  92. Salam bro. Sy nk tnye tntg krte kncil sy ni. Sy bru tukar enjin l5. Lpas sy ambk kt bgkl gune dlm seminggu 2. Die jdi smput2. Xbolh bwak laju. Had dlm 60/80 je ljunye. Pastu anta bgkel blik pomn ckp fuel pump. Mse semput tu die ade bunyi mcm menggelegak dkt tank blkg tu. Pas tu pomn da tukar fuel pump. Lpas ambk tu tgok die jdi blik. Bunyi menggelegak tu pon ade lagi. Bolh bg pencerahan tak sebab ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi menggelegak itu berkemungkinan dari ekzos yang panas dan ada air,mungkin turbo bocor,tukar fuel filter dulu untuk semput

      Delete
  93. Boleh bg pnjelasan tak untk enjin l5 sy tu?

    ReplyDelete
  94. maaf,info yg menyimpang jauh.intercooler untuk rendahkan suhu panas dr compressed air dr turbocharger.bukan untuk sejukkan enjin.sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saudara jurutera automotif,untuk seorang mekanik apa saja yang panas ke enjin boleh mangakibatkan enjin jadi panas walaupun tidak ketahap maksimum.Secara teknikalnya secara yerperinci intercooler meng bekerja secara saudara jurutera maksudkan

      Delete
  95. salam bang arshad...sy pakai engine gsr ck turbo.turbo td04L..sekarang ni sy ada masalah apabila sy tekan minyak turbo akan bunyi berdengung...dan lpas tu bosst x naik kete loss power...sy dah periksa semua hose dannpaip vacum semua ok...mintak tlg bro bg penerangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada bocor pada blow off valve,periksa teliti

      Delete
  96. Salam Bro, kalau wira se 2004 manual letak turbo ok tak? Dan bagaimana cara untuk pastikan turbo tidak rosak..tq bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,supercharger adalah lebih baik dari turbocharger,jimat minyak dan kos agak rendah.Cara maintain adalah sama,pastikan minyak hitam enjin cukup ,dan selalu periksa jika ada bocor pada seal turbo

      Delete
  97. salam bang arshad...bagaimana cara kita nak knal pasti yg blowoff valve tu bocor....dan apa kebocoran yg sering berlaku tu bang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi turbo hilang dan seperti tiada langsung tanda blowoff valve rosak

      Delete
  98. Assalamualaikum bro arshad

    Kereta sy kancil L2 turbo, pakai turbo rhf4.. Mslh kete sy ni ialah slps enjin dh panas, sy low boost dlm 0.2-0.4 bar, lps boosting tu nnt akn ade mcm bunyi kipas bergesel kat bhgn enjin.. Adakah tu mslh blade turbo sy? Boleh ke servis turbo tu utk mslh ni? Dan kosnya dlm brape ye?

    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh servis kos sekitar rm300

      Delete
  99. As-salam. Enjin klu buka boost lama, contoh daki bukit, boost buka 0.5, lebih dr 5-10 minit, lampu enjin menyala..tp lepas off, on blk, dah tak menyala..jalan mendatar ok. Tp klu panjat bukit, dr gombak - gtg sempah ngan bukit tinggi - gtg sempah, mesti menyala.kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kemungkinan ada bocor pada turbocharger

      Delete
  100. Nak tanya kalau dalam intercooler dan turbo ada minyak enjin,apa masalah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tandanya ada bocor seal pada turbo,perlu diperiksa teliti dan gantikan seal yang bocor

      Delete
  101. Salam.tuan,nk tanya.sy pakai enjil l5 (jbjl).mslh sy ialah,bila sy bwk kete dgn kelajuan 110 kmh (maintain) dgn jarak yg agak jauh,tiba2,enjin kereta sy mcm cut.tekan pedal minyak,langsung x rasa.tekan punya tekan pedal minyak tu,semua x jln..ekzos plak x bunyi apa2.mcm kita tgh tkan pedal clutch.meter rpm x naik (mcm enjin mati),cuma meter boost je yg naik.tu pon naik sampai 0.mcm enjin tu mati lah.tp x tahu la enjin tu sbnrnya mati ke x....pastu,sy tekan pedal clutch,free gear,pastu masuk gear balik,baru la kereta kembali jalan mcm biasa.mulanya sy tukar plug.msh x jd.pastu tukar fuel filter sekali dgn fuel pump,,still x jadi.last sekali sy pakai fuel regulator yg di set 3.5 bar..pon x jadi.ermm..jadi bang,masalah kereta sy sbnrnya ni apa yea?tlg sy bang.sy bwk kete jauh mengulang keje.time yg paling cuak,ialah time nk potong lori,masa tu dia jadi.nasib baik x de org ikut belakang sekali utk potong lori tu,kalau x,mendapat saya.tlg sy yea bang.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah ECU ,mungkin perlu ganti computer box

      Delete
    2. Okey tuan.nanti saya cuba

      Delete
  102. Salam..masalah enjin 6 ..ekzoz keluar asap putih.air.dan percikan sedikit minyak hitam..apa masalahnya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,piston ring telah haus dan engine bering juga dikhuatiri telah haus juga,sebaiknya diganti

      Delete
  103. Salam..tuan nak tanya enjin l6 ekzoz keluar asap putih..air dan juga sedikit percikan minyak hitam..mohon pencerahan dari tuan..

    ReplyDelete
  104. Salam encik..saya ada masalah kereta semput semput mcm nk mati bila tekan minyak..saya pakai viva 1.0 BOT rhf4 vf 33..injector 310/312 tk ingt..fuel pam standard viva..sebelum ini kereta run ok.tiada masalah..sy ambil keputusan tukar fuel pam walbro 255LPH..lps tukar fuel pam walbro..kereta trus jadi semput2 mcm nk mati bila tekan minyak lebih..mslah ni jadi bila sy tukar fuel pam stdrd kepada fuel pam walbro..adakah disebabkan minyak terlalu lebih yg di pam oleh fuel pam walbro?ekzos pn dah meletup bila rev sembur karbon hitam minyak dan air.stiap kali rev ekzos akan meletop sembur..sy sudah set fuel regulator kpd 2.0 psi.pun tak berubah..sy dh trun 1.5 pun sama..apa punca sbnrnya encik..saya rasa minyak tlalu rich disebabkan fuel pam kuat..ada cara tak encik selain masuk management sbb bajet blm ckup..atau sy kene trun lg regulator set 1 psi..atau sy perlu msuk balik fuel pam stndrd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bersihkan tps sensor dan tukar fuel filter insyallah ok

      Delete
  105. Slm dan slmt brpuasa En. Mekanik yg budiman...nak tahu apa mslah wira vdo sya maximum rpm7000 sj bila tekan hbis dah jdi semput2...ataupun jenis vdo memang cmtu...trimah ksi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin semput bila keadaan pembakaran tak sempurna terutamanya bila minyak tak dapat dibakar habis atas sebab karburator/throttle body kotor,sensor ekzos tak berfungsi dan ekzos yang terlalu kotor

      Delete
  106. Assalamualaikum, saya nak tnya. Saya ada viva elite 1.0 auto, dh 6 tahun. Masalah skrg kereta ni enjin mengaum. Saya dah bawa ke gearbox specialist utk check if ade masalah gearbox tapi dia ckap bearing pecah. Hari ni baru nak hantar repair. Tp pagi td masa start kereta, baru sedar ade jelaga berair banyak kluar dari ekzos kereta dan ekzos meletup2. Selain dari msalah ni, rpm kereta pn x stabil, enjin kereta bunyi kasar mcm lori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,periksa air filter dan hose jika ada tersangkut apa2 didalamnya terutama hose panjang ke air filter,bunyi kasar akan ada jika pembakaran tidak sempurna dalam enjin

      Delete
  107. Salam, kalau dalam i/c ade keluar minyak hitam mksud turbo nak kong ke? Engine caldina gt4 upgrade tebo ar50. Time idle kadang2 kluar asap putih, tp bila dah jalan ok tak nmpk asap. Pomen ckp tebo dah hujung nyawa. Atau ada jalan penyelesaian lain tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,turbo boleh dibaiki,biasanya hanya seal saja yang bocorkan minyak

      Delete
  108. salam ,sy pki kanvil L5 jbjl turbo pki rhf4 klu sy pki intercooler vr4 boleh ke

    ReplyDelete
  109. Assalamualaikum,knp bila dah tukar brek pad l5 ,still lg brek panjang sgt dia nak berhenti adakah kn tukar serbo lg besar sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu tukar repair kit untuk master pump,insyallah ok

      Delete
  110. Assalam. Sy nak tye tye pasal turbo l9. Bila turbo bukak dia ad kuar bunyi cm bunyi Bering. Dlu xde. Keta pun da lmbt sikit bukak turbo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,penjagaan turbo adalah kena pastikan kotoran tidak masuk melalui mana2 rongga,air filter perlu ganti,jika bering berbunyi kemungkinan kotoran banyak dan melekat serta memperlahankan turo untuk bekerja.

      Delete
  111. Salam tuan...sy lihat ada kesan minyak hitam di kawasan inter cooler ford ranger sy..
    Dan lembab dgn minyak dikawasan inlet dan outlet dari intercooler tersebut.adakah ia biasa @ ada kerosakan lain yg mengakibatkan ia terjadi.
    Mohon pencerahan..
    Tq ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jika masih baru terjadi,ia boleh dibersihkan,hose dan clip perlu diketatkan,pastikan laluan intercooler dan turbo tersebut tiada kotoran boleh masuk terutamanya kerikil,daun dan bendasing berbentuk kotor kerana ia akan membuatkan alat tersebut tidak bekerja penuh dan menyedut sekali minyak hitam

      Delete
  112. Salam tuan...
    Kenapa dekat paip masuk dan keluar dari intercooler ford ranger sy berminyak..minyaknya hitam..mohon prncerahan.t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,boleh bersihkan minyak tersebut dan gantikan pengetat supaya kotoran tidak masuk,apabila kotoran banyak masuk dalam hose intercooler ia akan menyedut minyak

      Delete
  113. salam.. tuan, sy pungguna preve cfe turbo, pada 3minggu lpas, sy ada mencuci throttle body dgn kaedah spray, selepas tu sy rasa kereta sy mcm kurang power n berat masa naik bukit, turbo pn jadi bunyi pendek je, dh x pnjg mcm dulu, adakah mencuci throttle body (kaedah spray) memberi kesan buruk kepada turbo sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,sebenarnya bahagian throttle body mahupun karburator adalah tidak sesuai jika hanya menggunakan spray cleaner tanpa membuka keseluruhan alat ini .Ini kerana apabila cleaner dimasukan ia akanmenanggalkan karbon2 yang terdapat disekeliling Throttle Body atau karburator tetapi ia tetap tertinggal dalam sistem pernafasan enjin kereta,itulah sebabnya apabila kereta dihidupkan masalah akan timbul serta merta.
      Jika ingin perbaiki semula saudara perlu cabut Throttle Body dan gunakan sparay cleaner untur sembur dan selepas itu bersihkan semua karbon dengan kain kering sehingga bersih

      Delete
  114. Assalamualaikum tuan,sya nak tnye..saya pkai enjin yrv turbo..kenapa skang kereta rasa mcm berat and hilang power..xde pick up n sebu bila nk tekan minyak.. laju tetap laju mcm biasa tpi power mcm dh kurang..boleh saya tahu kenapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kereta yang hilang power ada masalah pada sensor,terutamanya crankshaft sensor

      Delete
  115. Tuan, sy pakai l2s turbo td04. kete sy klu boost kuar asap putih, minyak itam pun kurang gak xpi xde leaking sbb 2 bulan lps dah tukar smua oil seal. klu rev tinggi pun ade asap putih walaupun kete x jln. pastu ade pulak temp naik x tentu keadaan. kekadang naik time boost,kekadang naik time idle, kekadang x naik ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah asap putih banyak berkait dengan piston ring yang sangat lusuh,masalah begini hanya boleh diselesaikan dengan menukar piston ring dan ganti minyak hitam lebih2 lagi untuk kereta berkuasa turbo kerana punca utama kegagalan turbo bekerja dengan baik adalah atas sebab enjin yang gagal berkuasa dengan baik juga

      Delete
    2. bagaimana dgn temperature pula ye? sbb dia naik tak menentu.Kekadang lenjan pun tak naik,kekadang tak jalan pun naik...

      Delete
    3. Enjin yang telah mengalami asap putih yang banyak akan mempengaruhi RPM dan temperature kerana panas enjin tidak dapat dikawal lagi

      Delete
  116. Assalamualaikum tuan,sy ade soalan, kalo kete xde turbo, blh ke psg intercooler? Ade ksan smpingan ape2 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,boleh,banyak kereta tanpa turbo dan kemudiannya dipasang,tiada kesan sampingan jika minyak hitam enjin dijaga dengan baik

      Delete
  117. Salam tuan ...alternator Gen2 saya perlu di ganti.Bolehkah saya beli yg refurbish instead of original ?

    ReplyDelete
  118. Salam tuan, nak tnya preve cvt auto bleh x psang turbo kit. Ada apa2 prlu tmbah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh,tambah intercooler,turbocharger

      Delete
  119. Salam..max boost yrv brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lebihkurang 1 ke 1.2 bar

      Delete
    2. salam bos slamt hari raya sy pkai enjin l7auto masalahnye skrg bila sy tekan minyak kereta tiada pickup n tersengguk2 untuk smpai ke tahap max..apkh puncanye bos n brape kos untk dibaiki..tq

      Delete
    3. wslm,enjin akan tersengguk apabila minyak dan api tidak bekerja dalam nisbah yang betul,dalam keadaan ini perlu pastikan spark plug coil elok tiada pecah api dan fuel filter juga baik dan minyak tidak kotor,ganti plug coil dan fuel filter serta air filter untuk dapatkan pembakaran sempurna

      Delete
  120. salam tuan..selamat hari raya..saya pkai enjin l7 auto..masalahnye skrg bila saya tekan minyak brlebihan enjin jadi tersangkut2..seumpama kereta dh xde pickup..apakah masalahnye tuan..n berapa kos untuk dibetulkn..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat tuning berkomputer ,kos dibawah rm100

      Delete
  121. Salam
    Saya pakai l2 turbo
    Boost x naik
    0.2bar je paling tggi
    Sblm ni 0.7bar
    Asap putih² biru kluar
    Minyak itam pun cepat surut
    Ape masalahnye ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,piston ring dah habis ,perlu diganti

      Delete
  122. Salam tuan.. Nk tanye pendapat tuan tentang kebaikan dan kelemahan enjin yrv dimasukan ke kelisa. Lagi satu. Adakah enjin tuu akan tahan lame. Tq

    ReplyDelete
  123. Salam tuan.. kereta saya (kancil) bernadikan enjin l5 single cam.. kereta saya menghadapi masalah timing rendah tnggi kira x stabil la dan enjin terus mati (bila enjin panas). Timing jadi stabil bila enjin sjuk / bkak aircond. Apa masalah yg dihadapi?? Penyelesaian?? Tq tuan

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,