Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak
Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu.
Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.
Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.
Akibat daripada kerosakan oil pump
- Enjin kereta berbunyi kasar dan pelik
- Enjin kereta berhenti serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
- Bunyi kuat dari atas head
- Bunyi kuat dari bawah enjin seperti ada benda berlaga
- Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
- Asap hitam yang banyak
- Oil filter kembung/meletup
Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston.
- Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
- Asap putih berkepul terhasil dari ekzos
- Bunyi enjin kereta yang seperti tersekat dan mendap
- Prestasi enjin menurun teruk
Nota:Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak,crank shaft enjin calar dsbnya.
Comments
Sy pki Gen2 manual.. Baru2 ni ada masalah minyak hitam menyembur keluar..dah hantar wsyop, tuka oil pump and buat overhaul... Tp masalah masih berulang... Bila start engine dlm beberapa minit indicator myk engine di dashboard akan menyala dan myk hitam akan menyembur keluar..myk engine juga tak naik ke atas... Seolah olah tersumbat... Perlu ke tuka head baru???
saya mngunakan myvi icon premium x tahun 2015(auto), saya mahukan kepastian, kenapa kereta saya berbunyi "ktik ktik" bila lpas mnyak dan tekan minyak semasa bergerak? adakah normal?
dan yg kedua kenapa kereta saya ada bunyi macam longgar bahagia bawah bila tekan minyak utk bergerak? msalh trjadi bila sy nk tekan minyak saja.
Saya mempunyai pajero turbo 2.5
Mslhnya lampu minyak hitam menyala dlm 5 saat dan hanya terjadi pada waktu pagi. Pressure switch tlh ditukar ttp sama
terima kasih..
Saya pakai kancil 660..minyak hitam kering lambat topup.lepas tu time jlan ade bunyi kuat dkt bhagian depan enjin..saya berhenti tepi dan tgk ade asap bile saya bukk pnutup mnyak hitam to..selepas saya tpp minyak hitam bunyi to masih ade..tapi bila laju takde pulak bunyi tu...boleh bantu saya?
1.campully luar yang bawah tercabut dan skru patah kat dlm...
2.dah tukar crank shaf seketul tapi bila dah siap pasang semua start2 engin bunyi kasar bila tekan minyak macam ada benda kat dlm engin...
1.campully luar yang kat bawah tercabut dan skru patah kat dalam shaft
2.lepas turunkan engin dan overhoul dan tukar shaft seketul dan campully baru apabila start engin ada bunyi kat dalam engin..apa masalah dia yer tuan?kereta dah seminggu kat bengkel
exzos ada minyak hitam..asap yang keluar memang banyak
macam kereta terbakar lah..ape masalah nye lagi ye????
Jawapan:asap hitam terhasil bila pembakaran yang tidak sempurna iaitu apabila dibakar ada lagi minyak yang tertinggal tidak dibakar dan menghasilkan asap hitam.Jika gunakan karburator ,ia perlu dicuci sempurna ,Throttle body begitu juga.Pastikan distributor,kabel plug diletakan sempurna dan api sesuai yang digunakan untuk mencapai nisbah 2;1 untuk dibakar dalam kebuk silinder
Kereta saya kancil 850.. Baru ni ada leaking minyak enjin sikit.. Belum repair lagi.. Lpas kreta x jln 3 hari.. Anak saya pula bw kereta.. Tp x jauh la.. Dlm 2km.. Esok nya saya check minyak enjin kering.. Saya top up.. Bila start enjin ada asap di enjin.. Apa puncanya.. Sbb saya x brani drive..
Bunyi enjin pun tak berapa sedap didengar.
Coil semua dah tukar, kabel spark plug pun dah tukar, tapi enjin tetap gegar. Adakah oil pump rosak. Saya pakai Waja campro 2006.
Proton wira saya ada masalah bunyi dengung seolah-olah dalam bahagian engine semasa menekan pedal minyak bunyi ni akan keluar.Kalau pedal minyak ni dilepaskan bunyi hilang pula.Bearing tayar dah tukar baru dah.Lama bunyi tu ada tuan rasanya dah bertahun.Punca dan masalah bunyi dari mana tuan.
sya repair baik tukar enjin lain
Nak tnya kereta iriz bila Naik bukit tekan pedal minyak bunyi cittt...cittt.ciitt,apa masalahnya tu ye?
Dan saya ada masalah lagi bila kereta saya berhenti dimana2 cth traffic light saya terpaksa main pedal minyak dan break tak pun terpaksa free gear sebab kereta akan mati bila lampu terang di pasang atau air cond di hidupkan. apa sebab ya tuan. Mintak pandangan T.kasih
MAsalah ade bunyi kuat dekat bawah enjin.. bengjel kate timing chain.. klu nk tukar die amik cas minima rm600.. betul ke masalah timing chain? Pergi bengkel die tunjukkn bunyi dekat bawah enjin.. dekat box minyak hitam.. mohon pandangan tuan.. tq
Kereta saya tiba2 shj terberhenti di tengah jalan dan enjin berasap.
Pagi itu sy baru shj menukar minyak hitam dan on d way balik rumah, kereta sy jadi macam tu.
Adakah kerana minyak hitam itu yang mungkin tidak ditukar dengan betul atau sebagainya menyebabkan kereta sy rosak?
Sebelumnya kereta sy OK shj, sytukar minyak hitam kerena hendak berjalan jauh sempena cuti CNY ini.
kereta saya baru redah banjir. setakat ni hidupkan kereta, kereta masih hidup. ada kemungkinan tak kereta tersebut akan rosak dan adakah perlu untuk saya bawa ke bengkel kereta untuk check if enjin ada masuk air atau apa2 yang perlu diperiksa. harap tuan dapat beri cadangan. terima kasih
Nak tnya skit ni..saya guna kereta viva..
Kereta berusia 8 tahun dan banyak leaking sane sini...
Minyak itam pon asyik kurang jer..
Saya dh tukar semua oil seal kiri kanan atas bawah depan belakang..dan leaking po tiada lg..
Masalah nyer sekarang minyak engine masih lagi berkurangan..bila saya periksa rupanya mnyak hitam dh naik ke throttle body melalui hose breather rocker cover..mmg udara panas diperlukan utk pembakaran tp Dia naik dgn mnyak itam sekali..camno tu..setakat ni keta masih berjalan mcm biasa..xde loss power..xde asap pelik2 tekan pon masih boleh pegi laju..minta pencerahan siki dr tuan..ape sebab ye..ade org cakap piston ring out...blok dh calar...tolongggg2
1.Ada bocor pada gaslet ataupun skru longgar pada sambungan ekzos dalam enjin.Perlu diketatkan
2.Enjin semput dan tidak idle adalah tanda2 throttle body kotor
3.Periksa laluan air jika ada bocor dan servis throttle body
nk tya...sy pki waja 1.6 campro...msaalajnya skrng..
tengah bwk dlm 90 - 100 tbe2 bunyi bising yg amat kuat dibhagian enjin..smaada head @ block ...lpas tu kreta mati..ble idupkn teramat ssah...bla dah idup plk terlalu sebu...mcm 2 piston yg jln..bunyi kuat sperti bnda bergesel dah berlaga diruang enjin..kmudian kreta mati..minta tlong pndandan saudara...sebab tu je knderaan utama hntr ank ke skolah..isteri ke kerja..pning dah pkir..anggaran berapa kos..pls reply..
a.s.a.p
dan,better ganti enjin baru atau overhaul? mana satu lagi baik dalam jangka masa panjang untuk performance + bajet?
Terima kasih.
saya mggunakn kereta jenis axia..soalan sy begini..baru2 ni kereta sy bile nak mmulakn perjalanan ad bunyi ketukan besi di bhgian tayar hadapan..bunyi tu bile kereta dah laju xde tp bile rpm 1000 ke 2000 slow dlm 20 bunyi la..bunyi mcm tukul besi ketuk besi.
bunyi bile kita nk tekan pedal minyak...
mohon penjelasan tuan..
adakah minyak hitam juga mainkan peranan tuk kita hilangkan bunyi nie?
exora bold sy susah nk dhidupkan, pastu keluar asap putih dr atas head. tmpat msuk mnyak engine tu. kenape, dan ape pncanye ek.. tq
Penutup dh tkr baru
Kereta sy kia spectra 1.6 auto. Kereta sy bergegar ketika berhenti atau kat simpang ketika kluar simpang. Masalah apa ya...
Saya ada masalah dengan Isuzu Dmax saya. Apabila saya off enjin,lampu hadapan sahaja masih menyala walaupun off suis lampu tu.