Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak


Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu.

Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.

Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.










Akibat daripada kerosakan oil pump
  1. Enjin kereta berbunyi kasar dan pelik
  2. Enjin kereta berhenti serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
  3. Bunyi kuat dari atas head
  4. Bunyi kuat dari bawah enjin seperti ada benda berlaga
  5. Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
  6. Asap hitam yang banyak
  7. Oil filter kembung/meletup
Berbeza dengan Piston oil ring,komponen ini amat kecil dan nipis yang berkedudukan pada sekeliling piston,piston oil ring pula menyekat minyak pelincir dari masuk kedalam ruang pembakaran bukan menyebarnya seperti apa yang dilakukan oleh oil pump.
Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston.

Terdapat 2 bentuk oil ring ,berbentuk pipih dan bentuk gegelung berselirat.Bilangannya adalah 2 untuk yang pipih dan 1 gegelung berselirat.Ketiganya saling bekerjasama dalam ruang blok untuk Piston.Bilamana Piston kereta turun naik dalam ruang blok  oil ring berbentuk  gegelung berselirat ini menyahkan kepanasan piston sahaja tanpa mengalirkan minyak pelincir kedalam ruangnya bekerja.Kerosakan kereta seperti patah oil ring dan kehausan oil ring akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kereta tersebut seperti:-
  1. Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
  2. Asap putih berkepul terhasil dari ekzos
  3. Bunyi enjin kereta yang seperti tersekat dan mendap
  4. Prestasi enjin menurun teruk 
Perhatikan perbezaan kedua kesan akibat kerosakan komponen enjin kereta ini,ia memang berbeza samasekali walaupun keduanya ada minyak pelincir sebagai bahan kerja.Bunyi enjin kereta juga  amat berbeza dan warna asap juga berbeza jika 2 komponen ini rosak.

Nota:Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak,crank shaft enjin calar dsbnya.

Comments

Assalamualaikum tuan. Saya pakai perodua viva EZ tahun 2007. Kereta saya ni ada masalah gegaran. Tambah lagi bila bukak aircond, kemain kuat gegar dia. Saya dah tukar plug, mounting tapi masalah masih tak selesai jugak. Selepas itu, ekzos saya bau petrol dan bila bukak aircond, kereta saya jadi sangat berat. Mrter RMP pula turun mendadak apabila saya turun dan naik tingkap. Apa masalahnya ye tuan ?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servis throttle body gantikan airflow sensor/idle sensor untuk kembalikan RPM stabil,ganti fuel filter juga,in sha allah ok.Mengenai naik turun RPM tidak stabil ia adalah kerana bateri yang lemah,guna bateri baru
Unknown said…
Salam.. saya pakai toyota vios auto.. kenapa ye kalau bile kereta berhenti temperature x stabil makin turun pastu naik sendiri mengerang.. dah tukar plug tp still mcm tu dan tambah pulak lagi bile drive kereta semput2 tekan minyak tapi lambat sampai.. boleh saya tahu apa masalah kereta saya dan anggaran kos yang saya perlu keluarkan? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti air filter dan fuel filter dulu,kos sekitar rm300
assalamualaikum tuan.. saya penguna kereta hilux sr turbo diesel.. enjin kereta makan minyak hitam naik ke ruang pembakaran.. asap hitan bnyk.. prestasi enjin kurang.. pickup jadi lambat bila naik bukit.. bunyi enjin bising sikit ada gegaran..
minyak hitam naik ke bahagian turbo..
kereta ni pernah buat general overhoul.
apa perlu di ganti ya tuan suapaya minyak hitam tidak naik keruang pembakaran .. adakah perlu top overhoul?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buat top overhaul,jika liner telah diganti masa buat overhaul dulu,top overhaul sudah memadai,pastikan semua hose turbo tidak bocor dan gripnya kuat
untuk top overhaul.. bahagian apa yg perlu d ganti agar minyak enjin tidak naik keruang pembakaran ?.. terima kasih atas penjelasan tn..
Mekanik Kereta said…
Top overhaul ada top set ,dalam tu semua ada termasuk head gasket
Unknown said…
Salam tuan.. saya baru beli kereta 2nd hand Ford ranger xlt auto model tahun 2013..saya rasa pelik ada bunyi krok krok time tekan minyak time baru mahu start jalan..bila sudah laju bunyi tu tiada..adakah ia normal atau ada masalah.
Unknown said…
kenapa enjin kereta tiba tiba mati semasa berjalan?dan kalau saya tekan minyak parameter minyak susah nak naik..pastu semasa saya jalan keluar bunyi ..saya tidak pasti dari enjin atau tayar..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada belting luar,bering mungkin ketat atau berkarat
Mekanik Kereta said…
Bila mati bermakna samada api hilang atau minyak tidak bekerja,biasanya fuel pump ada masalah,bunyi yang keluar pula adalah dari roda.
Unknown said…
salam nak tanya baru2 ni kenari saya tak boleh hidup lepas redah banjir di penang baru2 ni. Lepas redah tu agak2 nak sampai rumah naik tanda lampu teko. Bila smpai rumah nak start kereta tp x boleh. Seminggu kereta tu x jalan, tersadai. Lepas tu, ingatkan pasal bateri, jadi sy tukar bateri baru, tukar mnyak hitam sekali. Lepas selesai tukar minyak hitam kereta susah nk hidupkan lagi, bunyi seperti nyet2 mcm menjerit. Ada bau asap mcm benda terbakar. Bila tekan minyak baru enjin hidup. Bila nk jalan tnda lampu teko tu naik sekejup. Masa jln dh hilang balik. Apa pendapat encik tentang masalah kereta sy ni. Harap encik dpt membantu. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah lampu minyak hitam nyala adalah sebab suis minyak hitam yang rosak manakala susah hidup adalah kerana api dan fuel filter yang kotor,ganti fuel filter dan plug coil,kalau boleh servis throttle body juga
Unknown said…
Salam bos...nk tanya sbb apa bleh ada wap air di tmpat periksa paras munyak injen...dan ada tekanan angin bila buka penutup minyak injen...
Unknown said…
Salam tuan ,
Bleh tlg jelaskn mna punca kereta waja campro tk bleh start hnya bunnyi ngenggg sje kedengaran..bateri smua ok bleh hidup ac radio lampu semua ok..dh try start mcm2 dh smpai pakai jumper pn still tk bleh..mcm mne ya? Mungkin sbb fuel pump ke atau computer box?
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..
Kereta saya wira 1.3 injection (MMC) tahun 2000. Masalahnya susah nak hidupkan selepas 2 hingga 3 jam off engin. Pagi2 ok je boleh hidup dengan sekali start utk maklumat tuan bulan april 2017 baru buat top averhaul piston ring tukar baru, distributor dh tukar baru, Fuel pump dh tukar jenama denso dan kete saya guna ficd tapi masalah yg sama masih berulang. Mohon tuan dapat memberi pandangan. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada masalah pada injektor,perlu gantikannya
Mekanik Kereta said…
wslm,pastikan dulu timing belt tidak putus,setelah itu barulah beralih ke fuel pump,kereta waja amat mudah rosak fuel pump
Unknown said…
kalau kereta kelisa berbunyi tik2 laju mse drive bawah 40...tp ble bwk laju hilang r bunyi tu... dan 1lagi bile tekan pedal minyak je berbunyi... klu x tekan x berbunyi
Mekanik Kereta said…
periksa bahagian sambungan hose ke air filter,ada bocor atau tidak ketat,periksa kesemua laluan angin ke throttle juga
Unknown said…
salam, oil pump nk tukar kena overhall ke x?
Mekanik Kereta said…
wslm,oil pump saja ,ia bukan termasuk proses overhaul
Khai said…
Assalam , baru2 ni valve gasket saya leaking tapi dah baiki , now bila start enjin/enjin on saya buka dipstick yg sukat minyak enjin tu kluar asap/wap saya nak tanya da kh itu perkara biasa atau da maslah ? mohon pencerahan bagi mslah tu dengan kos yg diperlukan??
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya pomen gunakan gam gasket yang banyak pada gasket jadi gas banyak akan terkumpul dalam enjin,bila gam gasket benar2 keras pada tampalannya wap/asap pada dipstick akan hilang
Khai said…
oh ok kalo bole tahu selalunyaa berapa lama gam gasket tu keras pada tampalan nya ?
Unknown said…
Salam, sy mnggunakan satria neo 1.6.. Kereta mngalami msalah klua bunyi mcm tin kosong dr bhgian bwh kreta & bau seperti org bakar belerang. Apa masalah nya ye tn?
Mekanik Kereta said…
sekitar 3 minggu
Mekanik Kereta said…
wslm,ekzos mungkin bocor pada tabung
Unknown said…
boss nak tanya ni,engine dmax saya timing chain tensioner dia terlepas sekarang engine jem langsung....apa yang kena tukar?
Mekanik Kereta said…
Jika timing chain terlepas ia sama juga dengan enjin guna belt,perlu tukar valve yang mesti bengkok dalam silinder head,perlu buat top overhaul,ganti timing chain juga
Unknown said…
salam..sy nk tnya kete sy aritu ms tgh naik tiba2 dia jd 2selinder pastu brasap putih bnyk sgt..knp yew?sy pkai kncil enjin l6..coil plug da tukar 2bji,plug pn da tuka..agk2 rosak ring piston atau ape yew?agk2 anggaran baiki brapa yew?
Mekanik Kereta said…
wslm,benar piston ring telah haus ,perlu diganti,kos overhaul kira2 RM1500
Unknown said…
salam tuan kalau saya berhasrat untuk tukar enjin kereta atos saya,apakah enjin yang tuan sarankan,asalkan boleh jalan jauh dahn selamat digunakan dan berapakah anggaran untuk harga tukaran enjin tersebut?
Unknown said…
Assalamualaikum..

Nak tanya masalah kereta sy kancil 850..
Kereta keluarkan bunyi ketukan yg agak kuat di bahagian depan bila slow tp bila dh semakin laju bunyi hilang..
Lps tu bila slowkan kereta asap putih keluar dgn byk diikuti dgn bunyi ketukan td..
Apa masalah kereta sy ye..
Utk pengetahuan kereta sudah di servis tp bunyi ketukan masih ada..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin ini mengalami tappet cearance yang tidak baik manakala piston ring juga haus,perlu buat overhaul ganti piston ring dan adjust semula clearance
Unknown said…
Salam sejahtera,kereta saya wira 1.5 auto thn 00. Apabila enjin dihidupkan panel meter seperti biasa dan setelah bergerak dalam 10 ke 15 minit, lampu aladin (minyak enjin) kadang-kadang menyala dan berkelip-kelip bila padel minyak ditekan. Setelah padel minyak dilepaskan atau berhenti di persimpangan jalan, isyarat tersebut padam. Apa yang memeningkan, suis oil pressure telah diganti baru kerana menyangka kerosakan. Saya pernah mencabut suis oil pressure tetapi perkara yang sama masih berlaku. Dirujuk kepada mekanik kereta, tiada kerosakan yang berlaku pada oil pump kerana tiada tanda-tanda bunyi enjin kasar dan pelik serta exzos kenderaan pun berfungsi seperti biasa dan baik. Adakah lain-lain kerosakan yang berlaku selain oil pump dan oil sensor suis. Diharap saudara dan siapa-siapa yang pernah mengalami situasi ini memberi bantuan.
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,perlu baiki wiring pada oill pressure switch,mungkin terlalu keras dan telah koyak pada wayar
Unknown said…
salam sejahtera tuan, kreta sya saga baru tahun 2009. dah tukar minyak itam, dah tukar plug. masalah kreta sya sewaktu dipandu dia pandai tersekat sekat terutamanya gear rendah tetapi slps tu dia jln mcm biasa tak mati enjin. apa masalahnya tuan? ada kemungkinan fuel pump kah? trima kasih tuan sya berharap tuan dpt mmberikn pandangn.
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,jika tersekat2 perlu ganti plug coil dan fuel filter,minyak yang kotor serta coil yang pecah atau longgar mudah menyebabkan kereta tersekat2
Unknown said…
Assalamualaikum tuan saya guna Proton Wira 1.5 Mitsubishi 4g 91.. masalah enjin bunyi bising bila rpm 2,000....rpm 850 enjin tak bunyi bising...hai hairan saya...tolong beri penjelasan tuan...
Unknown said…
as salam tuan...
saya ingin bertanya, saya pakai kereta iswara manual caburater. mslhnya, bila saya masuk gear 3 tekan minyak dia ada bunyi keting..keting..keting.. tekan minyak skit dengar bunyi tue. gear4 & gear5 pon sama jgk situasinya.. bunyi tu klu naik bukit klu kita tekan minyak bunyi tu selalu kita kna tukar gear rendah.. mohon pencerahan sifu
Mekanik Kereta said…
wslm,wslm,pelantik pada fuel pump berbunyi,perlu gantikan fuel pump untuk hilangkan bunyi tersebut
bard660 said…
salam,
saya pengguna kereta kancil 660, masalahnya bila start waktu pagi susah hidup dan kalau hidup pun dia timing perlahan,
Unknown said…
Assalamualaikum boss..nak tnya sy pakai satria stndard 1.3 cabrtor kereta semput2 bila jalan...keluar minyak hitam bila start ap permasalahan sy boss..
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti contact point dan spark plug,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalamkereta ini telah menyedut naik minyak hitam kepermukaan,perlu lakukan top overhaul
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. waja campro.. dlm sy tgh mandu ttba bunyi biji kacang mcm kurang mnyk hitam. Bila check balik mnyak htm still ada, simbol mnyk htm naik.. dan bunyi enjen masa gerak tu kasar mcm gear satu pdhal dlm gear 3... bila tkn clutch tk bunyi.. bila tkn mnyk bunyi.. ada kmgknan oil pump ke tuan? ����
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,btul oil pump dah kurang ok
me said…
Salam..myvi saya ada leaking minyak hitam..baru2 ni bila start enjin, rasa bergegar lepastu bila idle dan x bergerak (sebab x berani nak bergerak), dalam 10 minit keluar asap dari bahagian enjin..apa masalah dia ek?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah minyak hitam bocor dan kena pada komponen panas memang akan mengeluarkan asap,saudara perlu ganti head cover gasket
Unknown said…
slm..encik nak tanaya saya pakai viva 850..
baru2 ni sy punya minyak hitam selalu kering tiba2..
bawa pomen xbocor...
pomen tukr oil ring xsilap..lgi 1 gasket..tpi masih jadi..knpa yeee
Unknown said…
Salam encik.. Nak tanya, saya ada toyota ke30, kalau kerta lama tak jalan, start mahu hidup, tpi bila masok gear, gear tak makan, apa problem dia, n nak tanya berpa kos servis head
Unknown said…
sebelum ni kereta sy kering selendar dan berasap putih keluar melalui ekzoz. sy hntr bengkel dia buat top overhaul. mslh skrg ekzoz masih lg berasap putih. ape perlu buat ya?
Mekanik Kereta said…
Asap putih perlu ganti piston ring
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tukar set clutch plate .Untuk cuci head saja sekitar rm300
Terbaiklah Tuan...
Nak Tanya utk Lancer 2014
Setiap pagi Hidupkan engine bunyi sangat kuat dan bila undur Masih bunyi tapi bila jalan 2km Bunyi Hilang.
Hanya Terjadi Awal Pagi saja. Apa masalah? Sudah semua mekanik Oeriksa tapi Tak jumpa masalah.
Mekanik Kereta said…
ada masalah pada oil pump kemungkinan sumbat sedikit,perlu diganti
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,asap putih jadi jika piston ring calar bila pasang
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah begini jika berlarutan adalah masalah piston ring haus,adakalanya mekanik kurang teliti dan mencalarkan piston ring ketika dipasang
kEnDi AjAiB said…
Salam tuan..kalau block enjin crack ada cara lain ke nak baiki selain tukar blok tu?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada sealant yang digunakan cuma saya tidak pernah menggunakannya,saudara perlu tanya di kedai alatganti berkenaan sealant ini,saya tidak pernah cadang menggunakannya kerana khuatir akan kekuatannya
zanjanjaipaan said…
Assalam tuan saya baru ja top overhaul kancil 850. masalahnya enjin bunyi agak kasar. minyak silinder cukup. nak kat berasap pun tak. drive ok. tanya pomen dia ckp xjumpa punca. cuma bunyi kasar ja yang mengganggu saya. harap berikan jawapan. terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi kasar adjust tappet kmdian injector servis
Unknown said…
asalam mualaikum tuan saya penguna proton waja tahun 2001 masalah kereta saya asap putih,setiap pagi bila start engine kena 2 hingga kali, selepas res engin mesti mati dan yg paling membimbangkan saya ialah selepas jalan beberapa km selepas engine d matikan ada bunyi seolah-ada ketukan pada bahagian engine
Mekanik Kereta said…
wslm,ketukan terjadi akibat enjin kereta ini telah haus piston ring dan perlu lakukan overhaul,ganti piston ring,engine bearing
aiskacangABC said…
assalam...saya guna kereta myvi 1.3 x auto tahun 2014...baru2 ni kereta saya mengeluarkn asap putih ketika tekan minyak dan kereta tidak jalan...ada bunyi macam besi sangkut pada enjin...saya park dan ram kereta asap putih keluar...lepastu da ok mcm biasa...asap putih xkeluar dan enjin smooth...apa masalah nya yee
Mekanik Kereta said…
wslm,asap putih kemudian hilang biasanya akibat kotor pada throttle body dan injector juga disyaki sumbat,ganti keempat2 injector,fuel filter dan servis throttle body untuk asap putih hilang
aiskacangABC said…
saya pergi bengkel kata kena overhaul...betul ke? asap putih tu keluar bila start enjin first time then bila enjin da panas asap putih tu hilang da...bila mati kn enjin start balik xde jugak asap putih keluar...bengkel kata piston ring longgar perlu overhaul...
Mekanik Kereta said…
gunakan enjin treatment dulu,jika asap banyak berterusan buat overhaul,jika tidak ia akan seperti biasa
Unknown said…
Assalamualaikum en peermasalahan kereta saya alza ada bunyi yang tak menyenangkan bila saya tekan minyak rpm naik 3 dia dah mula bunyi minyak hitam saya dah tukar tetap ada bunyi juga adakah berpunca dari oil pum dia en. Kalau berpunca dari oil pum berapakah kos untuk menggantikan oil pum itu dan dimanakah kedudukan oil pum kereta alza en.en boleh tinggalkan no telefon en untuk rujukan saya en.terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,benar ia berpunca dari oil pump,perlu ganti oil pump ,kos sekitar rm500
mohd Zuzu said…
Salam tuan. Satria neo ada x soket oil pump tu? Kalo ada kat mana kdudukan dia
Mekanik Kereta said…
wslm zulhusni,ada.berdekatan oil sump
Unknown said…
Slmt ptg sifu nk tnya msala kereta saya pakai kembara dvvt. Blk dr tmpt kerja terus parking tiba2 dgr bunyi enjin jd kuat ckit n kasar. . Lepas tu keluar asap dr enjin apa punca ye sifu
Mekanik Kereta said…
slmt ptg,exhaust sensor tidak bekerja dengan baik dan telah rosak,sila gantikannya,in sha allah ok
Rahman said…
Salam Tuan,
Saya mengunakan kereta kelisa auto tahun 2004.
Soalan saya,
Kereta semasa dihidupkan awal pagi atau semasa baru hendak memanaskan engine akan mengeluarkan bunyi kasar dan selang 4 ke 5 minit barulah bunyi kasar tersebut akan hilang.... saya dapati bunyi kasat tersebut berkemungkinan datang dari head kelusa saya... saya ada membuka penutup minyak di head utk melihat pergerakkan minyak hitam dan saya dapati pegerakan minyak hitam adalah normal.
_Adakah oil pump rosak
_Adakah shim rosak....
Utk pengetahuan tuan , sebelum ini saya telah menukar head kerana head terdahulu sentiasa berbunyi kasar....
Sekarang head yg ssya tukar ni berbunyi seperti head dahulu tetapi ianya berbunyi hanya seketika saja jika engine sejuk...
Apa masaalahnya tuan....
# Adakah cara bagaimana utk check oil pump berfungsi dgn baik.
Mekanik Kereta said…
wslm,oil pump ini telah lembab,perlu diganti,tidak perlu periksa lagi,
Unknown said…
salam bos..kereta saya bru leps wt top overhaul sbb timing belt putus kos dalam 800..lpas tu sy start xboleh mcm beteri lemah..lpas tu ada leaking skot dkat head.. besi bwah skit tu..ada kah gasket head bocor atau valve bocor?
Mekanik Kereta said…
wslm,top overhaul kurang baik,valve bocor dan compression jadi kurang akibatnya enjin sukar hidup
Unknown said…
Kereta kancil engin l5 baru lepas tukar piston ring....bunyi ting2....masa tekan minyak x bunyi...masa lepas bunyi...tapi saya check bunyi memang dari engine...sbb rasa masa lepas minyak...masalahnya baru tukar piston ring....ikut pantang drive x lebih dari 70kmh....tiba2 dia mai bunyi ting2 pulak...x kan kena sekali lagi....aduh
Mekanik Kereta said…
bunyi ring adalah sentiasa iaitu apabila enjin hidup atau ketika minyak ditekan.Jika bunyi hanya ada apabila minyak ditambah atau minyak dilepas ia kadangkala akibat bocor angin pada mana2 hose vakum
Unknown said…
Assalam tuan, kereta wira sy bila start, indication check engine keluar, ada bunyi kasar pada ekzos, aircond jadi tak sejuk, apa masalah ya tuan? Sebelum ni indication akan keluar selepas setengah jam jalan, aircond jadi tak sejuk, bila matikan dan start semula indication da tak ada, aircond jadi sejuk, tp sekarang start saja kereta dalam masa kurang 3 minit indication da keluar..
Mekanik Kereta said…
wslm,kereta ini mengalami keadaan sedikit panas akibatnya aircond akan tidak sejuk secara automatik dan ada baiknya saudara tukar dulu air dan coolant dan periksa motor kipas ,pastikan kedua2 kipas aircond dan radiator pusing serta kuat ,pastikan bilahnya tidak bergoyang kerana apabila ia pusing tidak kuat akibat bilah yang tidak kukuh enjin sedikit panas walau ia tidak overheat,jika ini berterusan berlaku check engine light akan terus nyala dan mati
Ahlong said…
Assalamulaikum bro.
Nak tanya saya pakai keta kancil efrl twincam tobo. Msalahnya keta kuar asap hitam kat ezos n klu time berhenti lampu merah dlm 3 minit enjin keta akan semput cam plug mati bila jln balik dlm 500 meter baru enjin keta stabil cma bisa. Ada kah masalah piston ring?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini masalah turbo bocor,periksa pengikat hose turbo,jika longgar ketatkan.begitujuga dengan hose angin di air filter, asap hitam yang berterusan adalah kerosakan piston ring
Unknown said…
Aslm bru2 ni sy top overhaul Kereta viva lps tu dh siap minyak leaking dlm piston smua piston basah oleh minyak and asap bnyk apa punca dia
Mekanik Kereta said…
wslm,bila top overhaul,perlu test dulu samada minyak boleh bocor melalui valve atau tidak,ada setengahnya walau telah dipasang valve,minyak boleh mengalir dan akan jatuh ke piston,membentik kerak dan asap banyak
norhayatie said…
salam, kenapa level km xnaik slps isi myk kereta tp bar myk naik, apakah punca terjadi nye kes seperti ini?sy pakai kereta bezza 1.3.
Mekanik Kereta said…
wslm,ini biasa kerana kadangkala minyak kotor dan menyekat pergerakan float dalam tangki akibatnya ia sukar mengesan dan tiada isyarat bertukar,gunakan sseperti biasa apabila keadaan goncang sedikit berlaku ia akan kembali normal
asyraf said…
salam..sy pakai honda civic b16a...waktu sy rem kereta keluarkan asap putih..waktu jalan biasa xde asap pula..apa masalahnya tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,asap putih kebiruan yang berterusan ialah akibat piston ring yang haus,selain itu asap putih yang keluar sekali sekala adalah ada kebocoran coolant kebahagian pembakaran seperti head retak atau ada air sedikit pada manifold juga akibat head yang retak
Pak long said…
Salam...saya ada sbuah navara..mslah knderaan sy mngeluarkn asap putih yg bnyak.tapi power masih mcm biase..apa kerosakn yg dialami kndraan sy??
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah asap putih banyak akibat bocor hose turbo dan kerosakan turbo
Asrey said…
Assalamualaikum tuan saya guna honda prelude 1.8 twin carb auto masalah saya bila start enjin semput da 5 minit baru ok tpi bila masuk gear rpm turun jauh gear N rpm 1.500 bila masuk gear D tinggal 500 kebawah kdg enjin mati dan 1 lagi bila enjin sejuk cuma 2 spark berfungsi injin da panas baru semua nya berfungsi. tpi asal masuk gear je rpm tak stabil sampai enjin mati apa masalah tu tuan
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,enjin banyak cas positif ,perlu dineutralkan,RPM jadi tak stabil,pasangkan wayar grounding dari throttle ke body kereta supaya cas positif yang menyebabkan throttle panas dapat dineutralkan,tambahkan juga wayar grounding dari enjin ke body kereta,in sha allah ok
asalam nak tanya perodua viva keluar asap dekat lubang dipstick
Mekanik Kereta said…
wslm,asap akan keluar jika minyak gear panas dan ada kotoran didalamnya,flushing gearbox sebanyak 2 kali adalah paling baik
Unknown said…
Selamat pagi encik...saya guna avanza keluaran 2004 menual 1.3,,masalah minyak enjin berkurangan..bila saya cek bawah masa paking...tak ada pulak bekas minyak menitis...saya guna minyak JTX GOLD...minta tolong di mana masalah nya dan minyak enjin apa yang sesuai untuk kereta saya..tq
Mekanik Kereta said…
selamat pagi,kereta ini perlukan top overhaul ,valve seat dan komponen top telah haus dan mennyebabkan minyak tinggal dalam head sebagai kerak,sebaiknya lakukan top overhaul untuk kembalikan keadaan seperti biasa,gunakan minyak biasa seperti 20w50 untuk kurangkan kerak jika belum mahu top overhaul lagi
Daus said…
Assalammualaikum tuan, saya user Nissan Xtrail, kereta baru buat top overhaul, bila pg start macam ad bunyi besi bergesar pada timing chain, tepetpun bunyi makin kuat.. Kenapa ya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika ada bergeser maknanya ia tidak dipasang kemas,saudara perlu periksa semula dimekanik yang buat ,jika tidak kemas kesannya tappet juga akan ada bunyi
Unknown said…
Assalamualaikum
Nak tanya, kereta saya jnis dmax.. Baru pagi tadi tukar minyak injin diesl filter.. Maslahnya sda takr minyak, ttpi knapa masi hitam yr.. Apa maslahnya yr
Mekanik Kereta said…
waalaikusalam,masalah hita asap perlu buat bleeding injector
Unknown said…
Mcm mana mintak hitam boleh naik kt piston
Unknown said…
Salam..keta saga flx sy kuat bunyi flm injin,bila tekan minyak terasa gegaran kat kaki..bearing berdengung kuat kan..ini tersa macam dlm enjin je
Mekanik Kereta said…
wslm,bila ada gegaran bermakna enjin gegar,periksa spark plug ada antaranya yang tidak bekerja penuh ,akibatnya enjin gegar
syaf said…
bos kalau tekan buton turun tingkap enjin.jadi slow.. kenapa ye
Mekanik Kereta said…
banyak cas positif tidak dineutralkan ,tambah grounding wire dari enjin ke body kereta dan tukar bateri yang berkuasa penuh dan elok
Unknown said…
Asalam...sy bru overhaul kenapa bunyi kete cm motobot...viva
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa compression pada semua piston,jika terdapat conpression yang kurang enjin akan berbunyi demikian
Unknown said…
arsad mekanik minta nombor tel awak saya nak tanya masalah kereta saya ni
Mekanik Kereta said…
0173023492
Hamm said…
Assalam bos nk kereta saya mula2 start keluar asap tebal putih kebiruan byk sampai enjin panas kipas radiator berpusing pom keluar asap lagi..tp lepas gerak bawak jalan2 asap putih to terus hilang.. minyak hitam xkurang air spare tank pom xda kurang.. apa masalahnya ye???
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin ini baru mengalami piston haus sebaiknya tukar piston ring,in sha allah ok terus tanpa keluar asap lagi dan tiada enjin panas lagi
Unknown said…
Assalamualaikum saye nak tanye,mekanik kerete ckp kerete saye tak boleh lebih dari 100kmh sebab dlm block tu ade bearing nak pecah dan die ckp total nak repair tu dlm 7 atau 8 ratus sebab nak bukak separuh enjin,betul ke harge service dan barang mencecah harge seperti itu?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika engine bearing haus dan berbunyi seperti berlaga besi,ia tidak akan pecah cuma enjin akan berbunyi semakin kuat berlaga kerana engine bearing yang nipis dan perlu diganti,Kos ini termasuk dala kos overhaul dan harga 700 adalah harga biasa
Unknown said…
Kereta sy minyak hitam kering.. Pdhal bru je ganti minyk hitam dan fillter...sblum ni xprnh pun jadi cmni... Apa msalh ye
Mekanik Kereta said…
kalau kering tetapi baru ganti perlu periksa kadang2 bocor diskru tangki atau bocor di oil filter
Unknown said…
Salam tuan.
Pertanyaan saya.saya guna kereta Myvi enjin tiba2 mati .. didapati ada kebocoran pada paras piston apakah perlu ovahol ,atau timur enjin.
Unknown said…
Salam tn...kereta nissan sylphy saya bila jalan mwsti mcm nk mati enjin..sengguk2 terutama klu naik bukit...Saya dah tukar coilplug n plug baru.....fuel pump pun sya dah tukor...pe masalahnya ye...tkasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,sengguk terjadi atas 2 sebab ketika naik bukit,pertama akibat klac yang hampir habis untuk kereta manual manakala kedua ialah injector ada gangguan sumbat dan tidak lancar,perlu diganti
Shah92 said…
Salam bang mcm mana nak tukar oil pressure iswara ia. T'kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,oil pressure terletak di blok,buka dan tukar.saiz spanar 17
naz said…
Salam..kereta saya pagi pagi bila start akan keluar bunyi ktek ..ktek..ktek sekejap sahaja..bila idling dah rendah bunyi tu hilang,dia hilang..adakah disebabkan oil pump..bila jalan nak dapat 100km/h pun agak bercinta duku..kereta sudah 13 tahun.oil pump tu boleh diservis atau ganti baru?..kereta gen2
Mekanik Kereta said…
wslm,oil pump mesti tukar jadi minyak akan merebak dengan baik keseluruhan enjin dan enjin akan kurang geseran dan bunyi2 semua akan hilang
Unknown said…
Tanda merah muncul dilampu aladin bila membelok disimpang tiga .selepas itu..tanda merah akan hilang kalau tekan kuat pedal minyak..
Mekanik Kereta said…
tanda merah keluar tanda problem sensor,lakukan reset ECU dulu,jika tanda itu tiada muncul lagi biasanya sensor terdapat kotoran habuk dsbnya.
https://mekanikkereta.blogspot.com/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html
Insidesal said…
Assalammualaikum, nk tny kete wira 1.5m , kuat mkn minyak n ada asap hitam n berbau minyak pedih mata apa mslh dh tkar piston ring, clear air filter, tkar plug n top overhaul,
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,

asap hitam jika masih ada ia tanda setting throttle atau karburator tidak baik,apa yang perlu ialah servis semula karburator/throttle,setelah itu mekanik akan setkan semula kadar minyak dan api yang sesuai untuk RPM,tukar spark plug dan resetkan ECU. In sha allah kembali stabil minyak yang akan digunakan.
Unknown said…
Salam tuan, sya pakai kereta persona first model. Masalah kereta Mula2 start boleh.. Jln dlm 30 ke 50 mnit enjin Tiba2 mati.. Bila start balik xboleh start.. Tnggu dlm 1 jam bru boleh start balik.. Bnyak da tukar.. Pam mnyak petrol, penapis mnyak petrol, plug, penapis udara,Masalah tetap sama.
Mekanik Kereta said…
wslm,Persona ada guna ICM relay,berkedudukan dibawah kaki pemandu dibelakang fusebox,ICM tersebut kemungkinan telah tidak tahan panas atau mungkin juga terbakar yang tidak menyebabkan enjin hidup cepat melainkan ia sejuk,gantikan ICM relay ini dulu
Unknown said…
salam bos.. sy bukak penutup enjin krete sy semase enjin hidup.. sy tes taruk tapak tangan sy.. ade percikan minyak hitam keluar.. ape mslah die tu ye bos..
Mekanik Kereta said…
wslm,valve spring dan komponen lain vale telah lusuh dan menyebabkan minyak melompat keluar melalui lubang head cover. Lakukan Top Overhaul,tukarkan komponen valve seperti valve guide,valve spring,valve seat dan valve jika perlu
Unknown said…
Assamualaikum cikgu,,,nk tanya,,kenapa plug no 3 tk berfungsi
Mekanik Kereta said…
antara sebab tak fungsi yang biasa ialah plug coil rosak, plug hitam dan injector rosak,sebaiknya ketiga2 ini diganti
Unknown said…
Boss wasap saya boleh 0135295641
Mekanik Kereta said…
no saya 0173023492
Unknown said…
Aslkum tuan.. Kereta wira 1.5 kaburator.. Block dh potong,piston ring semua baru.. masalahnya minyak hitam masih lg naik ke air filter.Tetapi hanya sedikit.. Sebelum nie memang banyak minyak hitam masuk dalam kabretor sampai keluar asap putih dan kereta jadi semput2 tidak ada power.Masa tu terjadi kadang2 je naik minyak tu.Masa enjin sejuk terjadi.Mohon pihak tuan cari jalan penyelesaian..terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,bila minyak hitam masih naik ia tanda head ada retak dan compression tidak kuat untuk sistem pembakaran dalam enjin,apa yang baik ialah tukarkan dengan head yang lain,insha allah ok
Unknown said…
Tuan Saya Nak tanye sikit kereta kelisa Saya Ada masalah oilpump...waktu sejuk bile start Ada bunyi Benda berlaga bunyi mcm minyak hitam lambat Naik..... sekarang Ni Saya dah tukar oilpump TAPI bunyi tu Masih Ada jgk oilpump lame pressure dah low teruk.tapi bile tukar yg baru tetap Ada bunyi tu.... oilpump beli baru original rm450.
Mekanik Kereta said…
kadang2 bunyi berlaga bukan sebab oil pump saja yang ada masalah,bunyi nyaring enjin itu masalah oil pump,saudara perlu minta mekanik juga periksa rocker arm jika ada yang calar dan juga periksa jika bunyi tersebut ada kena mengena dengan calar enjin bearing
true said…
Assalamualaikum tuan.proton wira 1.5 sudah buat overhaul dan potong block, masalah sekarang ni, minyak hitam tendang dari air flow ke caboretor. Kenapa ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila minyak naik keatas tanda blok tak ok samada dah terlalu banyak di potong atau retak dan mengurangkan tekanan dalam blok dan minyak disedut ke atas. Perlu tukarkan blok yang digunakan tersebut
Unknown said…
Assalamualaikum saudara saya guna wira 1.5 auto,bila masuk gear D atau R berjalan dan gegar dan bunyi triktriktrik apa masalahnya ya
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah gegar ada kaitan dengan mounting gearbox yang lusuh dan pastikan minyak gear auto cukup,masalah bunyi akan ada apabila kereta bergegar
Oldest Older 401 – 547 of 547

Popular Posts