Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Saturday, December 06, 2014

Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak


Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu.

Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.

Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.

Akibat daripada kerosakan oil pump
  1. Enjin kereta berbunyi kasar dan pelik
  2. Enjin kereta berhenti serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
  3. Bunyi kuat dari atas head
  4. Bunyi kuat dari bawah enjin seperti ada benda berlaga
  5. Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
  6. Asap hitam yang banyak
  7. Oil filter kembung/meletup
Berbeza dengan Piston oil ring,komponen ini amat kecil dan nipis yang berkedudukan pada sekeliling piston,piston oil ring pula menyekat minyak pelincir dari masuk kedalam ruang pembakaran bukan menyebarnya seperti apa yang dilakukan oleh oil pump.
Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston.

Terdapat 2 bentuk oil ring ,berbentuk pipih dan bentuk gegelung berselirat.Bilangannya adalah 2 untuk yang pipih dan 1 gegelung berselirat.Ketiganya saling bekerjasama dalam ruang blok untuk Piston.Bilamana Piston kereta turun naik dalam ruang blok  oil ring berbentuk  gegelung berselirat ini menyahkan kepanasan piston sahaja tanpa mengalirkan minyak pelincir kedalam ruangnya bekerja.Kerosakan kereta seperti patah oil ring dan kehausan oil ring akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kereta tersebut seperti:-
  1. Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
  2. Asap putih berkepul terhasil dari ekzos
  3. Bunyi enjin kereta yang seperti tersekat dan mendap
  4. Prestasi enjin menurun teruk 
Perhatikan perbezaan kedua kesan akibat kerosakan komponen enjin kereta ini,ia memang berbeza samasekali walaupun keduanya ada minyak pelincir sebagai bahan kerja.Bunyi enjin kereta juga  amat berbeza dan warna asap juga berbeza jika 2 komponen ini rosak.

Nota:Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak,crank shaft enjin calar dsbnya.

550 comments:

  1. salam saudara..
    saya mggunakn kereta jenis charade espri detomaso..soalan sy begini..baru2 ni kereta sy bile nak mmulakn perjalanan ad bunyi ketukan besi di bhgian tayar hadapan..bunyi tu bile kereta dah laju xde tp bile slow dlm 20 bunyi la..bunyi mcm tukul besi ketuk besi...ting2...

    ReplyDelete
  2. @Atifah Mazrah Shaharuddinwslm,periksa paras minyak itam,tmbhkan mungkin enjin yg kurang minyak itam

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam tuan..

      saya pakai chevloret optra
      kalau dah tukar pam minyak..tapi bila enjin kereta dimatikan, ada bunyi tik...tik..tik ...kenapa ye?

      Delete
    2. wslm,berkemungkinan soket pam minyak tidak dipasang kemas dan eektrik tidak diputuskan dan minyak masih terus dipam ,periksa semula dimana saudara tukar pam minyak tersebut

      Delete
    3. terima kasih..

      lagi satu nak Tanya..knp meter minyak tak turun2? apa punca?

      Delete
    4. ada masalah pada float dalam tangki,kalau mekanik terbuka soketnya semasa menukar fuel pump memungkinkan ia tidak berfungsi

      Delete
    5. so klu mcm tu, kena tukar apa ye tuan? mahal tak spare part tu?

      Delete
    6. kalau float tak rosak tak perlu tukar apa2 tetapi mesti pastikan float minyak berada dalam kedudukannya yang sesuai begitu juga dengan soket dan wiring

      Delete
  3. As salam
    Sy ingin tny jlan pnyelesaian krete sy...sy bru tkar enjin...pkai enjin 4g91 karburator...mslahnye...krete sy ni smput2...ble lpas mnyak...enjin padam...enjin pun xde power...mnyak dah la kuat...ap mslah enjin ni ye sbnrnye saudara

    ReplyDelete
  4. @Bob Malekwslm,saudara perlu servis karburator dan gantikan in jap2 dalamnya,gunakan repair kit dan settin g semula karb tersebut

    ReplyDelete
  5. salam..kereta wira 1.6 mnual sy bru tukar klac bbrape bulan lpas..mslhnye skg kete sy ni xde pick up.ble tekan minyak lbih enjinnye mengerang tp lmbt nk pergi.gear box sy ada mslh ke?

    ReplyDelete
  6. salam wira 1.6 manual sy tersengguk2 mcm xde power wlaupn dh pnskn enjin lbh 5 mnit.law dh jln lam 20 mnit bru dia ok..npe jd mcm 2

    ReplyDelete
  7. @rosnawi mohamadwslm,jika saudara maksudkan klac plate dah tukar ia sepatutnya ok tetapi jika guna 2nd hand saya tak jamin ia ok dan jika saudara cuma tukar klac saja tanpa tukar bering dan cover juga tidak ada jaminan ia akan berfungsi baik.Kereta yang mengaum lebih tapi tak pegi memang masalah klac tapi bukan masalah gearbox dan tak ada kaitan langsung dengan gearbox.Adjust kabel klac dulu lihat macamana.

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera, saya menggunakan mitsubishi lancer GT 2.0, sejak kebelakangan ini, kereta saya sentiasa menunjukkan signal "malfunction indicator light" dan selepas menghantarnya ke bengkel, mekanik hanya reset balik computer yang sedia ada kerana mereka juga tidak mengetahui apa sebabnya. masalah ini juga berlaku 5 bulan yang lepas, tapi selepas tukar bateri kereta, ia selesai. apa pendapat tuan?

    ReplyDelete
  9. @rosnawi mohamadwslm,tukar kabel plug dan spark plug,insyaalah ok

    ReplyDelete
  10. @Shadiq Saharudinw/slm,MIL biasa berlaku sebab masalah sensor seperti exhaust sensor/oxygen sensor.spark plug dan kabel yang pecah,penutup pam minyak yang tak rapat,terdapat kotoran banyak pada kepala bateri,ekzos yang terlalu kotor dan suis pintu yang rosak.Dalam kes saudara jika ia masih berulang saudara boleh cabutkan kabel negtif bteri kira2 seminit dan lektkan semula ketika enjin mati selepas dihidupkn seketika.jika ia masih terjadi kembali periksa apa yang saya sebutkan diatas tadi dan buat yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  11. slm tuan.nk tanya..kereta ke30.apa msaalh bila slow enjin terus mati.nk slow xdpt..

    ReplyDelete
  12. @lieseli seliwslm,masalah idling,mungkin ada vakum getah tercabut,periksa semua getah hose kecil di distributor dan karburator

    ReplyDelete
  13. slm tuan..ke30 saya ni mati sensor kobretar ke apa yang orang panggil xtahu tu hehe..dia duduk tepi kobretar yang ada wayar.wayar tu ada api.insyaallah tuan tahu yg saya cakap ni.orang cakap boleh matikan terus tempat benda tu duduk dan bagaimanakah cara nak matikan terus tu

    ReplyDelete
  14. @lieseli seliwslm,wayar choke,kalau matikan cabut je soket dia

    ReplyDelete
  15. terima ksih tuan.benda tu dh mati.cabuk pun macam tu jugk jadinya.mgkin msaalh lain.ilmu tuan macam mana tu

    ReplyDelete
  16. @lieseli selichoke tu memang kurang guna kalau untuk kereta model lama,jadi sebaiknya servis je karb tu.

    ReplyDelete
  17. terima kasih tuan..

    ReplyDelete
  18. slm a.arshad.saya berterima kasih bnyak2 atas tunjuk ajar cara2 baiki kereta kpd saya.terma ksih bnyk2

    ReplyDelete
  19. salam..saudara..sy pakai charade espri mt..baru2 ni kereta sy tidak hidup..tp stlh dbaiki,fuel pump yg rosak..stlh tuka fuel pump,bile sy bawa kereta selekoh ke kiri,kereta akn mati@semput yg teruk..selepas jalan lurus ia ok kembali..ianya hanya berlaku pd selekoh ke kiri shj..mohon pndangan tuan mngenai masalah ini..tq..

    ReplyDelete
  20. @Atifah Mazrah Shaharuddinwslm,ada masalah pada wiring,mun gkin masa pasang,ada wayar yang tersentuh body atau wayar negatf lain

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum.. sy pengguna kancil 660.. masalah sy ,bila sy tekan pedal minyak.. kereta akan berbunyi nyettt something mcmtu,bunyi tak hilang selagi tekan minyak, bila pedal d lepas bunyi hilang tapi bila tekan klac pula, klac agak keras sedikit dan mengeluarkan bunyi ketukan bila d tekan... harap dapat jelaskan punca n anggaran klau nak baiki.. tQ sangat2

    ReplyDelete
  22. @Surihani Amranwslm,kabel klac dan kabel minyak perlu ditukar,anggaran kos ialah rm300

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.

    Bang, sy student lagi. Nak tanya tentang piston ring untuk jalankan kajian sikit dalam study. Untuk enjin petrol, ada dua piston ring kan? Apa perbezaan fungsi utk ring atas dengan ring bawah ye? Kalau dari segi nak jimatkan penggunaan minyak, performance ring mana yang lebih mempengaruhi? maaf ye kalau soalan kurang jelas. tapi harap abang boleh tolong saya. terima kasih. :D

    ReplyDelete
  24. @nurul atiqah mohd lazimwslm,piston ring atas banyak mengawal penggunaan minyak berbanding bawah kerana jika ia haus minyaka akan lebih naik ke ruang pembakaran dan sebab itu ia tebal sedikit dari yang bawah.Gas dan haba juga mudah disalurkan ke silinder head jika tiada ring yang haus,begitu juga ring utk mengawal minyak hitam.

    ReplyDelete
  25. asslm....
    tuan sya nak tnya tntng kncil 850.bru2 ni sya dah topoverhoul,smua ok lah pstn, ring ok dan xgyng.tgk pada keadaan block head ok la.slps pda top overhoul tu...exzos berasap blk,adakah da bcr kat mana2 tu encik.dan stu lg,,gasket oil sum mmg da leaking nk tkr tu mmg kena kuar enjin ke tu,,,,klu mejar overhoul agak2 brpa encik

    ReplyDelete
  26. @SH. KHAIRUDINwslm,guna dulu sehingga 2 minggu jika asap masih tak hilang perlu jumpa semula mekanik tapi biasanya asap akan ilang kerana mungkin mekanik cuci head dengan minyak, jika dah tukar ring itu bermakna dah overhaul tak perlu lagi overhaul. kos overhaul sekitar rm1700

    2.Bocor oil sump gasket tak perlu turun enjin

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.7k tu trmasuk brg ditukar or just gaji jer??

      Delete
    2. biasanya termasuk barang

      Delete
  27. Salam tuan.. Sya pengguna iswara.. Sya baru buat top aritu.. Dan msukn gas aircond. Sya nak tanya bila sya bkak aircond rpm 1/2
    Bila tutup aircond rpm 1 adakah itu normal

    ReplyDelete
  28. Apakah masalah sebenar jika kita pandu kreta kancil dan ketika tekan brek untuk perlahankan kereta sebelum berhenti, rasa seperti bergegar pada tayar depan?

    ReplyDelete
  29. @remy moshiwslm itu tak normal,FICD tak jalan periksa semula,rpm sepatutnya tinggi atau stabil pada 900 ke 1000 ketika enjin dalam aircond

    ReplyDelete
  30. Salam tuan ficd tu apa ye.. Selepas hantar bengkel blik rpm dekat 1100 x bukak aircond dan rpm trun skit 900-1000 bila bukak aircond adakah itu normal

    ReplyDelete
  31. wslm,FICD tu Fast Idle Control Device,tugasnya mengawal kelancaran enjin dalam keadaan statik ketika kemasukan beban seperti kompressor aircon dsbnya,enjin RPM kan bertambah kira2 100 rpm iaitu jika pada 900 rpm ia stabil bila ada aircond ia jadi 1000 rpm,keadaan rpm turun bila masuk aircoan adalah tak normal

    ReplyDelete
  32. Salam tuan.. Masalh sya dah settle.. Tuka ficd jerk.. Terima kasih membantu.. Kalo x sng2 jerk kena tipu.. Lg stu tuan kereta iswara yg pkai caburator nie ada throttle body x?kalo ada kat mane tempatnye

    ReplyDelete
  33. @remy moshiwslm,kereta karburator itulah throttle bodynya,bagi kereta fuel injection mereka gunakan throttle body,

    soalan menarik ni!nak ketawa pun ada-hehe!

    ReplyDelete
  34. salam tuan, saya ada nak tanya sikit. kereta saya masa mula-mula nak start lampu minyak hitam menyala dan akan padam dalam masa 4 saat selepas kreta dihidupkan. sebelum ni tak macam tu. ada org kata kemungkinan oil pump dah nak roask. betul ke? harap tuan dapat membantu saya. terima kasih.

    ReplyDelete
  35. @benny jefrrywslm,oil pump/pressure switch yang rosak ,tukar suis tersebut insyallah ok,kosnya sekitar rm100

    ReplyDelete
  36. Salam tuan.. Nak tanya sya bawu buat top aritu.. Tp minyak itam dah kotor.. Blum ada sebulan. Masa kuar bengkel sya check bersih jerk.. Apa punca nye terima kasih

    ReplyDelete
  37. Ada apa-apa masalah ke sekiranya saya lambat tukar? Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak. Selamat hari raya. :)

    ReplyDelete
  38. @benny jefrrytakde masalah,tak tukar terus pun takpe cuma check engine light je slalu nyala

    ReplyDelete
  39. @remy moshiwslm,minyak hitam baru kuning lagi kalau sebulan cuma kalau bukan minyak hitam baru je yang dimasukan akan hitam dlm sebulan

    ReplyDelete
  40. Slm.. Bleh tya ada sapa2 tau d mna nk dptkn buku pnduan kerosakn enjin n cra penyelesaian nya..

    ReplyDelete
  41. @rashid shazwslm,dikedai buku MPH pun ada,sedikit masa lagi saya akan keluarkan juga buku demikian berdasarkan pengalaman saya sebagai mekanik,insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ow..Ok Trima ksh.. Ya.. Bgus jgk cdgn tu.. Sya stuju..

      Delete
  42. Trima ksih.. Ok tu cdgn..

    ReplyDelete
  43. Lgi satu.. Mcm mna kta nk tau klu fuel pump ada mslh? Kesan nya terhdap kereta n cra nk baiki fuel pump tu mcm mna

    ReplyDelete
  44. @rashid shazfuel pump akan ada masalah bila kerta tak hidup dan minyak tak naik ke injekter atau karburator

    ReplyDelete
  45. Salam tuan, berkenaan dengan soalan saya sebelum ni tentang lampu minyak hitam yg lambat padam selepas kereta dihidupkan tu masih lagi tak dapat diselesaikan. Saya juga baru lepas buat top overhaul tapi kereta masih lagi keluar asap putih dan makan minyak hitam. Boleh jadi ke minyak hitam berkurangan ni disebabkan oil pump saya yg mungkin sudah tak brapa elok? Lagi satu ada bunyi bising dari head saya, mungkin lifter.

    ReplyDelete
  46. @benny jefrrywslm,makan minyak hitam dan asap putih tebal aalah tanda piston ring yang haus.Manakala oil pump dan suisnya juga rosak.

    Bila oil pump rosak minyak akan kurang sampai dan memberikan tekanan pada komponen lain untuk bekerja jadi bunyi bising geseran semakin ketara.

    Boleh cuba tukar oil pump dan suis tetapi tidak menjamin asap putih akan hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kereta saya baru saja 3 hari kluar dari bengkel buat top overhaul, pomen kata piston saya okay lagi, tak goyang.

      Boleh saya tahu brapa kos utk tukar oil pump dan suis? Perlu turun enjin lagi ke?

      Delete
  47. @benny jefrrykalau macam tu tukar oil pump dan suis sekitar rm300 dulu tengok macamana minyak pusing dalam head dulu

    ReplyDelete
  48. tak perlu turun enjin

    ReplyDelete
  49. Terima kasih tuan. Nnti saya update tuan.

    ReplyDelete
  50. SAlaM.apa masalah sbenar kereta isuzu d-max.. Dh pasang komp box.. Tpi bila tekan minyak.. Ada kuar bunyi pop pop.. Enjikter dh tukar tpi mc jgak.. Adakah ia berpunca dri setting komp box atau apa..

    ReplyDelete
  51. @rashid shazjika ia bunyi letupan bermakna nisbah minyak dan angin tak betul,perlu diselaraskan dengan setting semula throttle body

    ReplyDelete
  52. salam,keta sy tekan brek jdi kosong..angin je..kena pum lu bru ad brek..ape masalah yek..help..danger ni..

    ReplyDelete
  53. As salam...saye nk tnye..kete x leh start..lmpu...radio smua boleh buke...bateri bru tuka...kenape ye..boleh advice x...tq

    ReplyDelete
  54. @nurul nabila samsudinwslm,starter tak jalan mungkin ada negatif tak kena,goyang2kan kepala bateri dan rapatkan ketat2

    ReplyDelete
  55. Kete lama enjin datsun a12 bila start ok..free gear tekan minyak enjin mati..asap putih x tebal sgt..apa penyelesaiannya

    ReplyDelete
  56. @lurvella7servis karburator insyallah ok,plug juga perlu ditukar

    ReplyDelete
  57. Pagi ni cuba start enjin..hidup x sampai seminit kemudian mati

    ReplyDelete
  58. @lurvella7karburator ada choke ,kalau dah servis,choke tu akan ok

    ReplyDelete
  59. Assalam tuan, saya pengguna proton inspira 2.0p..engine sama mcm lancer gt..
    Masalah sy..kereta berbunyi pelik sewaktu dihidupan kali pertama..
    Utk pengetahuan tuan kereta sy lama dihidupkan..dlm 5hari.
    Ttapi selepas dihidupan..masalah td hilang..
    Dan apabila di matikan..sy start semula..ia berfungsi sperti biasa.
    Apa pndapat tuan ttg bunyi pelik itu?..
    Perlukah sy buat sesuatu pada engine saya?..
    Saya servis kereta seperti biasa..megikut jadual berkala.

    ReplyDelete
  60. @puterawslm,yang berbunyi pelik itu adalah kerana vakum,vakum angin yang sudah lama tak bekerja,begitu juga dengan komponen camshaft yang lama tidak bermandi minyak serta semua injector dan fuel pump yang telah kering terus,jadi kesat mudah berlaku,itu lah sebabnya bila ia telah bekerja semula semua komponen hilang segala bunyi kesat tersebut,begitu juga dengan starter yang akan tersekat jika lama tak digunakan.
    Ini tidak akan jadi masalah dan keaddan enjin akan jadi normal jika kereta telah digunakan semula

    ReplyDelete
  61. Gasket sum 4g91 sama ker dengan wira 1.6
    atau wira 1.5

    ReplyDelete
  62. salam tuan..
    kereta wira

    masaalah sya bila time berhenti tempeture naik.. bila jalan semula dia akan trun semula.. apa masalahnye ye tuan.. dan brapa harga tuka 1 set monting enjin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar water pump dan thermostat,bila bergerak water pump bekerja lebih kuat dan cepat sejukan enjin tapi bila berhenti water pump hanya bekerja sedikit dan enjin mudah panas jika ia karat atau kotor teruk

      Delete
  63. salam nak tanya baru2 ni satria neo r3 campro cps saya tak boleh hidup lepas redah banjir. kereta taknsampai setahun pakai. Ecu semua okay kalau tak silap. sebab berkenaan dengan eletroniknsemua okay. bila nak start bunyi "tak tak" mcm battery komg. bila jumper still tak boleh. tolak gi bengker dia cakap rod bengok. tak sampai sejam pon pomen check. dia kata kene hantar proton tapi masalahnya proton dah lah mahal tak boleh kelim warranty pulak tu sebab bencana alam. persoalannya boleh jadi ke rod bengkok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi tak tak macam tu biasanya starter tak berpusing,minta mekanik servis starter dulu atau minta mekanik start enjin direct starter guna wayar dari bateri

      Delete
    2. Saya pon alami masalah yang sama.. saya xpasti ecu saya oke ke tidak tapi power window, radio, lampu, aircond smua masih oke lps redah banjir.. cuma bila start bunyi tak tak saja .. pastu mekanik kata mungkin rod piston bengkok .. kalau srvis starter tu brp rm ya

      Delete
    3. servis starter atau tukar kos servis rm100 tukar pula sekitar rm400

      Delete
  64. Saya mengunakan viva yg mengunakan sistem BOT,td petang when after pecut naper erk asap kepol2 putih kluar dri exos and lost compress 20%..adakan sebab heavy use or ring mmg dh nak nipis trs patah..nak ckp patah xde bunyi,kot2 piston ring x fit lg..ade ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah ini selalu dikaitkan dengan masalah turbo sistem enjin ini,perlu baiki atau cari dimana kebocoran berlaku pada turbo tersebut

      Delete
  65. salam,saya pengguna honda accord 1.6 1980.baru² ni saya mengalami kerosakan oil pump dan kereta telah mati,boleh tuan berikan step by step apa yg harus d lakukan,maksud saya apa yg harus d ganti selain oil pump dan berapa anggaran kos nya.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,hanya seal dan gasket selain oil pump jika tiada rosak pada chain dsbnya,kos sekitar rm300

      Delete
    2. boleh tuan berikan saya list komponen² lain yg berkemunkinan perlu d ganti dalam situasi saya ni...

      Delete
    3. ganti seal dan gasket,minyak hitam,oil filter itu saja

      Delete
    4. terima kasih tuan,sangat membantu...

      Delete
  66. Salam bos,Hyundai sonata 2.0 tahun 2002.
    1-enjin bunyi kuat bila on aurcond.
    2-rasa berat dan mcm tak dak pickup..
    Tolong bos bagi panduan..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada sensor MAF/MAP pada hose air filter

      Delete
    2. Salam.sy mggunakan chev aveo 1.5 .kereta sy ad bberapa mslah.antaranya..
      1)mulanya kereta ada leaking minyak hitamm
      2)slepas bberapa bulan ad bunyi mcm ketukan dalam hood.apa mslahnya
      3)lampu berkelip kelip mcm xckup kuasa.adakah mslah alternator?

      Delete
    3. wslm,

      1.minyak hitam kurang sebab bocor gasket perlu tukar gasket cover head dan gasket oil sump.
      3.alternator bermasalah

      Delete
  67. Assalamuaikum

    En.arsad Ini no. Sy 0132686898 syuk...
    Sy Ada masalah dgn kereta sy fd1.8
    Hrp encik boleh wasapp sy..senang sy terang kn sikit - urgent

    ReplyDelete
  68. Assalamuaikum tuan, saya pakai myvi 2009 (auto). masalah kereta saya, kereta kene panaskan lebih 15minit, br bergerak lancar, kalo panaskn sekejap kereta akan tersenguk2 tp enjin x mati, bila dh jalan lma br ok. adakah masalah oil pump.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar fuel filter kemungkinan dah sangat kotor

      Delete
  69. Assalam tuan. Sy ada sebuah keta yg agk lama xstart tapi masih lg dpt di hdupkn dan bfungsi dgn baik. Mslh sy..smlm sy cek bhgian bwh enjin ada lelehan minyak hitam area oil sump. Apa punca dia tu tuan? Adkah sbb sy xstart kreta tu dgn lama mnyebabkn leaking? Kreta xstart 3-4bln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,leaking gasket mudah terjadi bila kereta tak digunakan,kerana minyak berkumpul semua dalam oil sump dan membentuk lelehan

      Delete
  70. Salam.. nk tya knpa oil press trun bila enjin pnas.. tgal smp 0.2.. adakah mslh oil pump..

    ReplyDelete
  71. Salam. Nk tanya. Kereta saya tiba2 xblh hidup. Hntr bengkel tukar fuel pump. Blh hidup. Tpi mekanik tu kata semput pulak dh kereta tu. Rasanya kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,semput biasa terjadi sebab kotoran karbon yang banyak pada spark plug dan pada ruang throttle body atau karburator.Throittle body atau karburator boleh dibersihkan manakala spark plug,air filter dan contact point (kancil) boleh diganti

      Delete
  72. Salam..Saya pakai myvi 2009 manual..baru lepas top tahun lepas masa puasa..lepas 4 bulan..ada leaking bahagian bawah..Saya pergi kedai lain..then pomen kata gam tak rapat..then buka bahagian oil sump...cuci dan ketat kan balik..selepas sehari..saya dapati masih ada leaking..bila pergi kedai yg sama..dia kata leaking dari bahagian oil pump..Saya pergi tanya kat kedai lain utk check dan tanya kos kasar..dimana anggaran kos jika angkat engine(alasan sebab bahagian oil pump rumit dibuka-pasang)dalam 1K..Berdasarkan pengalaman tuan..berapa anggaran kos sepatutnya?..Soalan kedua..aircond kereta keluar bau gas..syak ada tikus tanah masuk masa balik kampung..sebab lepas balik kampung..aircond beransur kurang sejuk..dan keluarkan bau gas..pernah cuba isi gas..bertahan 2 hari sahaja..check kedai kereta cina kata cooling coil bocor...tanya pendapat pomen lain..mungkin paip bocor digigit tikus..sebab kalau saya buka aircond..bau busuk macam bangkai..sejuk memang takde lah..sebab gas habis.dan berapa kos anggaran..cooling coil ori & local ada beza tak? Terima Kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kos tukar seal ataupun oil pump tidak mahal tetapi kos menurunkan enjin yang menyebabkan mencecah ribuan ringgit,biasanya kos turun enjin sekitar rm850 sahaja tisak termasuk barangan yang hendak ditukar.

      2.cooling coil memang bocor dan kemungkinan terdapat bangkai binatang kecil dalam cooling coil adalah perkara biasa yang menyebabkan aircond berbau.Kos tukar coil kira2 rm 900 termasuk servis.Semua adalah ori.

      Delete
  73. Salam.kenapa van nissan urvan 1995 saya pagi susah stat bunyi kek kek kek flm 5 ke 6 saat baru boleh stat

    ReplyDelete
  74. Dah tak pakai kontekpoin pakai elektronik

    ReplyDelete
  75. Salam kereta kancil anak saya 850 tahun 2000 bawa dari kl sampai jb minyak hitam kurang separuh asap putih keluar apa sebabnya.kalau kena overhool anggaran brp rm.tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,asap putih tandanya piston ring yang haus ,mesti overhaul,kosnya sekitar rm2000

      Delete
  76. salam tuan,, kereta iswara sya tiba2 x de api.. dah tukar ngan kwan punye sotong 4 tu pn x de api jgak.. tuka 1 set

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum saudara yang saya hormati saya nak tanya enjin kereta exora saya mempunyai masalah minyak enjin keluar untuk pengetahuan saudara kereta saya telah mengalami perkara ini sejak timming bell saya putus pada kira kira 89000 km ia berlaku pada 2014, so saya pernah dimaklumkan oleh pekerja proton yang untuk menukar timming bell boleh sehinggalah 100,000.00 km jadi saya pun telah mendengar kata kata dari pekerja yang bekerja di pusat servis proton dan apa yang dikatakan oleh pekerja servis tidak betul dan ia berlaku kepada saya apabila saya memandu untuk pulang ke rumah dan apa yang berlaku ialah timming bell saya telah putus menyebabkan saya teh hantar ke satu bengkel di kota tinggi johor so setelah kereta saya turun enjin pomen memulakan kerjanya selama hampir dua minggu saya menunggu akhir nya kereta saya siap alhamdulillah tetapi selepas itu bermula lah dimana minyak hitam saya keluar melalui gasket untuk pengetahuan saudara saya telah menukar gasket sebanyak 7kali tapi perkara yang sama tetap berulang sehingga saya hilang punca bagaimana untuk saya mengatasi masalah ini sehingga kini kerana tempoh waranty saya telah tamat so say mohon pertolongan dari saudara bagaimanakah caranya untuk saya mengatasi masalah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minta mekanik belikan yang original gasket sahaja dari proton dan minta mekanik letakan gam silicone pada sekeliling gasket dengan penuh dan rata,insyallah ok,tapi pastikan guna yang original dari proton bukan jenis mitsubishi atau yang lain insyallah ok

      Delete
  78. Cikgu.kalau minyak hitam kurang tp takda asap putih..kalau tgh drive bau minyak tu mmg ketara..apa lagi kalau tak buka aircong..smp msk ke dlm jg bau minyak hitam ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. periksa enjin terutamanya pada gasket head dan oil sump

      Delete
  79. Cikgu kereta sy mkn minyak hitam..tp takda kluar asap putih ke apa..kalau tgh drive bau minyak tu mmg ada..apa lg kalau tak buka aircond

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bocor pada enjin,asap dan bau makin ketara jika minyak hitam menitik pada komponen panas seperti ekzos

      Delete
  80. Assalam..saya nak tanye sikit..saya pakai viva..masalahnye minyak hitam naik ke plug..minyak hitam xderk kurang dan xderk asap..adakah ring piston atau oil seal plug??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ia tak banyak dan lubang plug tiada minyak bertakung ia cuma kesan kotoran habuk yang banyak dalam minyak hitam,kalau boleh tukar minyak hitam baru dan oil filter,perlu bersihkan ruang plug dari semua minyak hitam

      Delete
  81. Salam..ada apa2 kesan tak jika hos penyedut minyak hitam putus didalam tempat cek minyak hitam.kes ni jd semasa sy tukar minyak hitam disebuah bengkel.pekerjanya terlebih letak myk hitam..lps tu dia guna alat penyedut minyak hitam.bila nk keluarkan hos tu tersangkut..jd di tarik hos tu tp hos tu putus..
    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tempat cek itu boleh dibuka dan hujungnya terus ke oil sump,ia tak membahayakan cuma bahan hos itu akan menukar struktur minyak hitam ,sebaiknya buka oil sump dan keluarkan hose tertinggal itu

      Delete
  82. As salam...pomen..kne ya kreta sy time di traffic light.ble gear x d free kn ke N ada bnyi.lpas free bru hlng bnyi nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi memang ada kerana torque onverter dalam gearbox sentiasa berpusing tetapi ia ditenggelami oleh bunyi enjin,jika bunyi tersebut ketara torque converter kereta ini bermasalah

      Delete
  83. salam tuan...minyak pelincir kurang walaupun takde oil leak,plug kreta pun bersih n wap air keluar ..saya mnggunkn minyak 10-30w castrol ..kereta honda odyssey rb1 n mileage 86 k km..minta pertolongn tuan kenal pasti masalh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,valve seal telah lama dan enjin cepat panas dan mengering,perlu tukar top set component iaitu top overhaul perlu dilakukan kerana dalamannya dah lusuh

      Delete
  84. Kalau icon kt meter enjin itu menyala, macm mana pula? abang saya cakap mungkin ade leaking, tapi cek tak ada.. so, apa punca ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masalah pada sensor,guna scanner diwsyop untuk pastikan

      Delete
  85. Salam abg...sy pkai viva660cc...knp ye ekzos sy smkin kasar bunyinya...dan enjin jdi nk mati bila free gear...smasa jln plak...nk jln nga xnk jln sama bnyak...apakah yg hrus sy buat yerr???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,servis Throttle body dan tukar sensor ekzos

      Delete
  86. Salam..sy nak tanya..sy pkai gen2..baru beberapa hari lrpas tukar minyak itam n minyak gear..kemudian kereta sy menaiki bukit genting..lepas dr tu ada bunyi kuat mcm kita tekan minyak..tp x pun..kenapa ye?? Dan nak tnya meter kereta mmg naik 10 ke walopon kita x tekan minyak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,meter tidak pada 10,periksa minyak gear samada ia cukup atau terlalu banyak,RPM kemungkinan naik tinggi dan mungkin melemahkan sensor,cuba cabut negatif bateri kira2 10 minit dan pasang kemudian stat,boarkan 10 minit hidup

      Delete
  87. kereta saya naza citra 2 (2008), masalahnya bunyi kuat seperti berdengung pada engin bila tekan minyak.apa punca dan penyelesiannya ye...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. periksa dulu tahap minyak hitam,jika kurang tambahkan,bunyi takan ada jika minyak enjin cukup .

      Delete
  88. Anonymous3/4/16

    salam..apa masalah kereta kancil saya bunyi kuat pada tayar depan?bunyi berdenggung..allignment da buat,balancing tyar da buat,da tukar tyar baru,da tukar wheel bearing,tpi bunyi tetap ada..bunyi tu ada jika sya pusing stering ke kiri ketika d selekoh...klu stering dlm keadaan lurus dan pusing ke kanan,bunyi berdenggung tu tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika bunyi tak,tak yang berterusan ketika membelok ke kiri maknanya drive shaft dah lusuh,tetapi jika ahanya bunyi berdengung kuat kemungkinan wheel bering tidak dipasang dengan kemas,rujuk wsyop semula

      Delete
  89. Anonymous4/4/16

    lagi 1 nak tanya,,saga BLM bila on kan aircond,enjin terus mati..kompreser jammad ke?klu jammed boleh repair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kena tukar sebab repair pun sukar cari alatganti

      Delete
  90. Man ke30
    Salam tuan,nak tanya mcm mna nak tau long shaft dan bush keta ke30 dah x bole pkai atau rosak?sma aircon bila msa nak servis?wlaupun skang ni sjuk juge...

    ReplyDelete
  91. Saya nak tanya kenapa kereta gen2 saya ada bunyi semasa rem minyak ketika tak berjalan.masa berjalan enjin tidak berbunyi.time lepas pedal minyak bunyi bising.macam berdegung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar minyak hitam kepada minyak yang lebih ketinggian viscosity seperti minyak mineral,jika sekarang guna minyak sintetik tukar kepada semi sintetik supaya geseran yang berbunyi dapat dikurangkan

      Delete
  92. salam,,sy ingin bertanya,,,jika minyak hitam kering dan lambat topup minyak sehingga mengeluarkan bunyi,,,bhya x?
    dan skg da tuang minyak hitam tetapi masih ada bunyi,,apa masalah kereta mcm tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,engine bering telah berbunyi,bawa tak bahaya cuma bising dan prestasi kurang

      Delete
  93. Anonymous20/4/16

    salam..saya baru general overhoul kereta..da tukar semua ring dan bearing2 dlm enjin tu..nak tanya,,ada pantang tak?contoh xbleh bawa laju ke apa ke..dan klu ada pantang,brapa KM agak2 ya untuk habiskan pantang tu,,dan berapa kelajuan yg sesuai utk bawa kereta yg lepas g.overhoul ni..tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kereta lepas overhaul boleh bawa maksima 80 km sejam kira2 2 minggu sebelum ia boleh digunakan melebihi 80 km/jam

      Delete
  94. Salam, saya pengguna perdana V6 dan saya mengalami masalah spark plug penuh minyak hitam. Tukar kepada plug baru hanya tahan utk beberapa hari sahaja.. Adakah ia berpunca dari cable plug rosak? bila enjin dihidupkan asap putih seperti bau petrol keluar dari ekzoz

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,V6 ini mengalami pembakaran bahanapi yang tidak penuh dan menyebabkan karbon yang banyak tertinggal pada palam pencucuh/spark plug.Throttle Body perlu diservis dan tukar juga O2 sensor supaya oksigen banyak dimasukan dan membantu pembakaran dengan lebih baik

      Delete
  95. assalam tuan persona 1.6 bile tekan pedal minyak kuat atau naik bukit tekan minyak macam ad bunyi pelik. bunyi ape tu ye.

    lagi satu radiator cap 1.1 bar smal, tp saya tertukar 0.9 bar small. ad effect x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,itu mungkin bunyi dari gearbox,perlu pastikan minyak gear cukup dan tidak kotor

      2.Tiada masalah gunakan cap 0.9 bar

      Delete
    2. terima kasih tuan..

      Delete
    3. lagi satu soalan tuan,, minyak gear auto toyota tin hitam 4liter tu boleh ke pakai ke persona.

      Delete
    4. sebaiknya jangan guna sebab tahap kepanasan gearbox berbeza dan minyak juga berbeza

      Delete
    5. Fuhhhh legaaa.. terima kasih tuan.. terbaekkk..

      Delete
  96. aslm...
    kereta honda crv 2002 4WD( beli 2ndhand )
    bunyi dr bhgian rear spt brek pad brgesel(bunyi cik cik cik) tpi saya pasti ianya bkan brek(brek in good condition) dn bunyi mula kluar bila krta capai 30-40 km/h.
    adakah ia brkaitan dgn axel,bearing atau driveshaft blakang?
    satu lagi nak tnya minyak axel/rear differential fluid crv 2002 guna minyak apa...

    tima kasi harap encik dpt membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gesel begini biasanya hanya gesel cover disc saja,
      minyak atf 140

      Delete
  97. Assalam..keta sya wira 1.5m..enjin ade bunyi yg kurang menyenangkn telinga..n mslh mkn myk itam tp xde kuar asp putih..adkah tu bunyi bearing enjin?kalo bearing bunyi masih slmt x nak bwk keta?ada effect ape2 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,benar bunyi bearing enjin yang haus,lambat tukar tak jadi masalah cuma bunyi kurang menyenangkan,akantetapi jangan lambat sangat kerana bila geseran makin kuat enjin akan panas,minyak hitam hilang dan enjin akan berhenti

      Delete
  98. assalam... sye gne kancil tp knp ye mle2 drived ok.. tp ble stop kt mne2 nk start drive balik rse kereta brt je... n lg satu kkdg ble sye nk tukar gear tp gear tu x msok...n kne pump clucth byk kli bru gear msok... bunyi kereta sye jge agak kuat... boleh tlg sye sb sye mmg xpndy psal kereta ... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu adjust kabel gear supaya senang masuk gear dan rasa berat juga akan hilang tetapi jika klac kancil ini tidak pernah tukar ada kemungkinan ia telah habis

      Delete
  99. assalamualaikum tuan...saya pakai kancil auto 850...baru2 ni bile start xbak hidup...pastu tukar starter...lepas dari tukar strter baru...asap putih banyak keluar dari ekzoz berkepul kepul...enjin macam ada bunyi ketokkan...apakah masalah adakah pistone ring...macam mana penyelesaian dan kos...mintak pandangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin ini sukar dihidupkan kerana piston ring yang telah haus,perlu ditukarkan begitu juga dengan engine bearing,kos keseluruhan overhaul adalah sekitar rm2000

      Delete
  100. Salam.klu mekanik kata oil oum rosak n dah ganti tp masih tak blh start. Apa masalahnya. Keta x blh hidup bila start. Kereta kelisa 2005 first time masuk bengkel. Stress fh seminggu krta tak siap. Actually brp hari blh settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,fuel pump untuk stat enjin dan distributor untuk api ,jika dua2 ini baik enjin mesti hidup

      Delete
  101. Td baru jumpa blk mekanik..keta masih x blh hidup..dia kt motherboard yg kt bawah dashboard..betulke. kn tukar if second hand 500

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ECU/computer box terbakar,perlu diganti,harga 2nd memang begitu

      Delete
  102. Salam, masalah Honda civic fd1 1.8 sy ialah apabila kereta berhenti selama 15-30 minit sambil enjin hidup dan akon di pasang, apabila sy mulakan perjalanan semula, enjin sy ada bunyi wingggg...winggggg.. ikut tekanan pedel minyak yg sy tekan. kuat jugak la bunyinya.. apa masalahnya ye.. sebelum ni tiada bumyi mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi tersebut jadi akibat ada hose kecil atau besar termasuk vakum yang tidak ketat atau bocor,perlu ketatkan atau tukar hose yang bocor itu

      Delete
  103. Salam,saya pengguna kereta viva 660.masalahnya,saya dah buat general overhaul skali dan top overhaul dua kali tapi masih makan minyak hitam dan keluar asap hitam serta minyak hitam pada ekzos.jalan 120km dah kena topup minyak.piston ring dan gasket2 dh tukar baru.head dh hantar engineering sbb overheat.minta pandangan tuan dlm hal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,silinder head sudah tidak lagi boleh bertahan dengan kepanasan enjin,sebaiknya tukar silinder head,cari mekanik yang agak baik untuk melakukannya

      Delete
  104. assalamualaikum tuan...
    baru2 ni saya ada drive kereta sy nissan almera 1.5 dr kk ke tawau.
    perjalanan dlm 1000km.
    ondway balik kereta sy sama ada enjin atau ekzos x pasti bunyi kuat.
    bwk 60km pon dah mcm bunyi kete racing..
    ape problem dia ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sensor MAF problem,cabut soket pada hose panjang ke air filter jika bunyi normal sensor tersebut rosak

      Delete
  105. As salam tuan kereta kia carens enjin berbunyi berdetik masa jalan makin kuat bila tekan minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah timing chain,pastikan minyak hitam cukup,jika masih berbunyi perlu tukar timing chain

      Delete
  106. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm RPM yang berubah2 ada kena mengena dengan throttle body dan sensor throttle manakala bau petrol terhasil sebab banyak petrol tidak dibakar sempurna dalam sistem pembakaran

      Delete
  107. salam tuan.

    kereta saya perodua kembara dvvt manual.

    Masalah saya

    1.RPM enjin tak sama dengan kelajuan,kelajuan baru 80kmj RPM da 4-5.

    2.Terdapat bunyi dengung ketika menggunakan gera 3 dan 5

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      1.RPM sensor rosak,(crankshaft sensor)
      2.kemungkinan clutch plate hampir habis

      Delete
  108. Assalamualaikum tuan,

    Saya ada kereta lama Charade Espri. kereta saya jarang bawa.2,3 kali seminggu. Baru-baru ni, masa bawak kereta masa tu di gear 4 tetiba enjin kereta macam tersekat-sekat dan bergegar. Tapi enjin kereta tak mati dan masih boleh jalan dan sampai harini masih bawa cuma jalan2 dekat sahaja. Apakah problemnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,keeta yang kurang digunakan akan menyebabkan karbon2 melekat dan terkumpul pada satu tempat seperti karburator dan saluran air filter,tetapi lama kelamaan ini akan elok jika selalu digunakan,tukar fuel filter,spark plug dan air filter untuk dapatkan oksigen yan lebih bersih untuk sistem pembakaran enjin

      Delete
    2. terima kasih atas jawapan

      Delete
  109. Salam en, boleh sy tahu. auto oil apa yang sesuai untuk kereta atos ye?

    ReplyDelete
  110. wsalam fyqa mhd,

    Castrol atau penzoil dua2 pun boleh

    ReplyDelete
  111. Assalam Tuan... oil pump utk lori Inokom HD5000 AD3 thn 2011 berapa kos anggaran jika perlu di tukar

    ReplyDelete
  112. assalam..saya baru tambah minyak hitam di viva saya..tapi ekzoz keluarkan asap putih yg banyak..apa sebabnya ek??terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,asap putih bermakna piston ring yang lusuh,perlu overhaul dan tukar engine bering sekali,kos sekitar rm3000

      Delete
  113. Assalammualaikum. nak tanya sikit Tuan, baru2 ni kereta sya bermasalah. kereta sya ni kat jalan takde msalah boleh gerak. cuma bila sya bagi hidup enjin kereta, dekat enjin tu ada keluar bunyi mcam tik..tik..tik..tik.. bila sya tekan minyak bunyi tu makin kuat. selagi enjin tak off, selagi tu la bunyi tak hilang tuan. boleh bantu tuan, apa sebab ye? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saya rasa ada pulley luar dan belting luar yang berbunyi,sebaiknya tukar dulu belting luar enjin seperti belting alternator dan power steering

      Delete
  114. Tuan...engine kereta saga
    blm berbunyi bderum kuat apabila meter naik lebih 80kmperhour...nape yet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut soket sensor MAF/MAP ke air filter kalau enjin tak menderum kuat ,maknanya sensor MAF/MAP rosak

      Delete
  115. Tuan mekanik sy mengalami masalah seperti berikut.. kereta klu jalan jauh makan minyak hitam.. biasa bila pagi start kereta ekzoz akan keluarkan karbon hitam yg kesan nya di atas lantai.. cuma buat masa ni x ada nampak pulak asap putih keluar..adakah piston ring kerata sy jugak bermasalah..untuk makluman sy menggunakan kereta viva 1.0 auto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa dahulu jika ada bocor pada mana2 gasket seperti oil sump,head cover gasket distributor oil seal atau flywheel pada tengah enjin dan gearbox,jika tiada bermakna perlu top overhaul.
      Un tuk memastikan piston ring haus ialah apabila berbunyi ringgg dan asap putih keluar ,jika tiada piston ring masih ok

      Delete
  116. salam. encik saya guna kancil 660. baru baru ni ade bunyi bising pada bahagian bawah kereta (depan bahagian pemandu). sebelum ni die berbunyi bila membelok je sekarang die bunyi bila kereta bergerak lebih dari 40km/j. adakah ini merupakan masalah oil ring/ oil pump / arm? adakah perlu untuk ditukar segera? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini bunyi yang datang dari oil pump,perlu ganti

      Delete
  117. salam encik mekanik kereta kalau relay fuel pump standard rosak boleh ke pakai relay vtec bentuk lain tapi kepala soket sama tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,boleh cuma pastikan kuasa amphere adalah sama,jika 20 A gunakan 20 A juga

      Delete
  118. Salam encik, kete saya wira 1.5, skrg bila saya drive, saya tekan kuat sikit minyak, kdg2 kuar simbol kepala paip tu..lg satu, klw parking kete kt lantai rumah mesti ade mnyak yg bocor..teruk ke mslah kete saya ni? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,simbol itu simbol kurang minyak hitam,sadara perlu baiki segera kerosakan bocor minyak hitam tersebut terutamanya di oil sump dan head cover

      Delete
  119. salam tuan, sy pengguna kereta viva..kereta sy berdengun bila dibawak..so apa yg sy baca dari post tuan dan komen2 tuan bunyi tu ada kaitan dgn oil pump atau piston oil ring ataupun myk hitam kurang btul kan saya klau salah..so apa langkah yg patut sy buat..
    1. adakah check myk hitam dulu atau
    2. terus ke bengkel check oil pump dan piston oil ring
    3. dan berape anggran kos tukar oil pump dan piston oil ring ya..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,hanya bering roda yang akan berdengung bila ia rosak manakala enjin yang kurang minyak hitam dan rosak oil pump serta piston adalah berbunyi sangat kasar dan ini perlukan overhaul.Kos overhaul adalah kira2 rm3000,sebaiknya saudara periksa dulu bering roda dan paras minyak hitam sebelum terus membuat overhaul

      Delete
  120. Assalamualaikum tuan..
    Nk tanya permasalahan kereta saya, kancil enjin ej1000..
    Bila parking lama /start enjin pagi² asap putih berkepul timing pn mcm tinggi sikit.. Dh jln lama sikit baru ok.. Apa problem ye? Ada kena mengena dengan ring piston problem ke?
    Klu btul problem tu mmg nk kene overhol ke ada cara lain nk buat..
    Brp anggaran kos nk repair tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kalau ada turbo berkemun gkinan turbo bocor,tapi kalau tiada ia ada kaitan dengan piston ring haus.Kos overhaul kira2 rm3000

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,