Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan kerosakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.Samada anda memiliki sijil automotif ataupun tidak,simptom-simptom kerosakan sensor masih mudah dikesan. dibawah adalah beberapa simptom kerosakan sensor.

Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin


Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,



Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage  dari knock sensor akan memudahkan  enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin  mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan. Gantikan crank sensor jika check engine light tidak nyala ketika suis dihidupkan.

5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagalan sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa  ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had  maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada  2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.



input speed sensor yang rosak boleh mengakibat enjin mengaum












10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.

Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik

Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox serta ABS sensor.





Comments

aszrath said…
salam tuan..kereta sy myvi 1.0..kereta sy bru2 ni da masalah menyala logo cek enjen time mmandu bila rpm mencecah 2000rpm dan kereta rasa berat semacam dan xda pick up langsung..mohon pencerahan ada kah ia da kaitan dengan sensor o da masalah lain..tqvm tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,ia ada kaitan dengan sensor,biasanya speed sensor buat scan di woksyop berhampiran untuk lebih kepastian
Pakpandir said…
Helo bos nak Tanya Kia saya asyik menyala check enjin Jew DH masuk computer box...dpt detect sensor ekosz and sensor maps DH tukar baru Masih Jew menyala..adakah SBB wayer puts dlm..
Mekanik Kereta said…
Hello,sensor check engine juga boleh menyala jika sensor kotor jadi cara terbaik ialah resetkan dulu ECU,cabut fuse ECU enjin 30 minit atau cabut negatif bateri 10 minit,baca tajuk cara-cara reset ECU saya dalam blog ini .in sha allah ok
Unknown said…
Salam tuan triton sy susah hidup bila start .plug bakar dh tukar adakah sebab iat sensor.minta pencerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ada angin dalam fuel injector akan sebabkan enjin sukar hidup,tukarkan fuel filter dan buat bleedig injector
Fauzan said…
Salam nk tnye light engine wira 1.6 x menyala. Wayar sensor diblok putus
Mekanik Kereta said…
wslm,wire yang putus perlu dibaiki terutama wire diblok untuk sensor crankshaft
Abdul Razak said…
Assalamualaikum tuan, semoga tuan dalam lindungan Allah hendaknya. Saya pemilik Sorento Diesel. Akhir2 ini kereta ni macam tak mahu bergerak. Meter RPMnya tak naik. Tapi bila dah dipanaskan di atas jalan dia akan bergerak agak lancar. Saya dah bawa berjumpa pomen dekat rumah tapi tak jumpa punca. Wassalam. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buang minyak pada injektor dulu,in sha allah ada perubahan
Unknown said…
Saya pakai kereta honda civic ek . Tapi kenapa bila nak hidupkan kereta suka nak mati . Lepastu naik check engine . Maksudnya rosak senser apa ya ..
Mekanik Kereta said…
Sensor yang perlu tukar ialah throtle position sensor yang mengawal RPM untuk idle ketika dihidupkan,setelah itu pastikan ECU direset semula
Unknown said…
Slm.. klau utk kereta viva lampu check enjin nyala terus rpm jadi naik .. blh sy thu punca apa ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,plug kotor.tukar kmdian servis throttle body tukar throttle sensor
Makmor kamat said…
Assalammualaikum.. kereta kenari saya injin bergegar. Sudah hantar bengkel udah scan katanya kumputer box rosak... Diberitahu kosnya mahal lalu saya tak jadi tukar kumputer box. Kemudian saya bawa ke bengkel lain, kali ini formen ini tukar coil injab, hampir 20 minit injin dihidupkan dan formen pun dah drive test katanya dah ok saya pun berpuashati ketika itu. Dalam otw balik perjalanan 18km masuk je parking rumah tiba2 jadi bergegar balik seperti asal.. boleh tuan beri pendapat.. trima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam, ECU bekalkan kuasa api untuk coil bekerja tetapi jika kuasa negatif dan kotak ECU lemah ia tetap akan kembali menggegarkan enjin akibat kuasa api pembakaran yang sedikit. Apabila tukar coil bau ia berdaya tarik kuasa api dari keadaan fizikal coil yang baru tetapi disebabkan punca kuasa ECU telah lemah enjin kembali gegar,sebainya tukar computr box atau baiki dan baiki kuasa negatif ke ECU
Unknown said…
Assalam tuan, apa masalah kalu isyarat fuel filter menyala? Bolehkah kenderaan tersebut digerakkan dan apa kesan sampingan
Mekanik Kereta said…
wslm,isyarat fuel filter tanda minyak ada bercampur air,kereta boleh digerakan macam biasa cuma prestasi enjin akan menurun,sukar dihidupkan dan semput,sebaiknya tukar fuel filter atau kosongkan fuel filter
Haniff Omar said…
Salam bang arsad. Kereta naza citra sy baru lepas tukar head gasket, thermostat, dan radator. Tapi bila bawak kadang kadang semput gegar dan underpower. Bila laju pulak maintain 110kmh temperature naik dan ada keluar lampu check engine. Mohon bang arsad balas ye 🙏🙏🙏
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa dulu ini

1.kipas radiator pusing atau tidak
2.Air radiator kering atau tak cukup,perlu tambah

Enjin semput dan gegar adalah akibat enjin panas
Unknown said…
Salam. Sy ad mslh persona auto 2012..dr P nk msuk k R ad sentakan kuat pd enjin dan jgk dari N k D..adakah mslh sensor??
Unknown said…
Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,buat flushing gearbox 2 kali,tukar autofilter kemudian tukar speed sensor,inshallah ok
Unknown said…
Assalamualaikum kenapa kereta Alza saya bila langgar air ketika hujan lebat akan menyala lampu merah bateri pada meter dan power stering tidak berfungsi dan menjadi berat ???
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada sensor di kereta ini yang mudah mengesan isyarat apabila berlaku sesuatu yang lain dari biasa contohnya sensor ABS dan sensor gearbox jadi ia akan mudah hantar isyarat ke ECU jadi biasanya power steerig akan berat,apa yang perlu lakukan ialah resetkan ECU dengan cabutkan negatif bateri sahaja selama 10 minit,kunci OFF dulu,setelah itu sambungkan semula dan hidupkan enjin 10 minit juga.inshaallah ok
Salaam,bang kereta wira 1.5 saya xboleh hidup saya check mintak tendang kuat,API pada spark plug ada,plug baru,bateri baru pastu bila saya start dia bunyi chekkk...chekkk...macam injector tak tembak minyak mintak penjelasan terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa dulu fius di kotak fius terutama fius ignition,gantikan jia putus,satu lagi wira 1,5 ni gunakan ac pump yang menggunakan mekanikal jadi jika tendangan enjin pada pemulas di AC pump dah lembut,enjin memang sukar hidup,perlu gantikan AC pump
Unknown said…
assalam.bos kereta sy ada masalah timing x stabil.bila buka air flow sensor kereta stabil mcm biase.tp bila pasang semula afs enjin mati.blh taw x bos ape masalah
Mekanik Kereta said…
wslm,air flow sensor adalah untuk idling dan mekanikalnya bergerak menggunakan vakum secara terbuka dan tertutup jadi bila alat tersebut rosak dan tidak bekerja dengan baik RPM akan diganggu dan seterusnya enjin juga boleh mati samada dibuka atau ditutup
wie said…
salam tuan saya pakai kreta viva baru lepas overhaul masalah engine kuat gegar dan semput apa masalah ni ya
Mekanik Kereta said…
wslm,keadaan gegar viva yang sebenarnya akibat kotoran yang banyak dalam minyak petrol dan ruang udara untuk pembakaran iaitu throttle body dan sekutunya,cara yang paling baik ialah tukar satu set injector,servis throttle body,bersihkan saluran hose ruang ke filter serta kotak filter,inshallah ok,tukarkan juga fuel filter untuk penapisan m inyak lebih efektif
Azhar said…
Salam tuan,bagaimana saya nak ikut dan sambung semula salurang getah² paip dari throttle body iaitu getah paip dr egr ke vaccum dan tabung angin.saya dah lupa
Mekanik Kereta said…
wslm,lihat link yang saya beri ini dn perhatikan diagram laluannya.
http://www.charlie-ward.co.uk/-car-mk2-golf/GE03/ch6.0.1.html
Canyonhijau said…
Salam tuan..kereta saya wira 1.5vdo auto,masuk gear je mati,jalan sekaki terus mati..dh scan computer,pomen cakap xde masalah..elok sekejap,dlam 3 hari jadi balik masalah yg sama..ade masalah ape ye tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah shift solenoid sensor,bila ia sesekali gagal bekerja akibatnya enjin mati bila datangnya gear,tukarkan keempat2 shift solenoid sensor,inshaallah ok
Unknown said…
Kereta kenari...wayar soket knock sensor putus..bole ka disambung atau trus tukar satu set
Mekanik Kereta said…
boleh disambung
Hilmi said…
assalamualaikum. nak tanya, position coolant water temperature sensor dekat mana ya? model kereta kenari.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,dibelakang silinder head di paip coolant berdekatan air intake/manifold
Unknown said…
salam sejahtera saudara,saya nak tanya tentang kereta wira vdo 1.5 injection,dh tukar trottle body dengan yang second tapi masih ok,rpm bawah 1000 macam 500 kebawah,dan satu lagi bila parking lama sambil on aircond,rpm naik diantara 1500 ke 2000 terus enjin mati,apa masalah itu saudara,mohon bantuan saudara
Mekanik Kereta said…
salam,sebaiknya tukar kesemua 4 injector kerana bila jadi begini,minyak tidak lawas samada tersekat atau sumbat sekali sekala,akibatnya enjin mengaum dan mudah mati
Unknown said…
Assalamualaikum ingin bertanya wayar sensor crankshaft dia pergi ke mana ye...sbb soket tercabut...kereta kenari..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,wiringnya ke ECU dan suis ignition bermaksud lalu fuse ,cari wire berbalut tebal di tepi head yang ada putus
Din said…
Berapa ya bacaan o2 sensor yang normal menggunkan voltmeter
Mekanik Kereta said…
tak lebih dari 1 volt
Unknown said…
Asmualaikum, saya memandu kereta nisan n 16, masalah kereta saya mula kan perjalanan ok, dlm setengah jam enjin tiba² mati dan bila stat balik dia akan mengeluarkan lampu kuning Chek enjin, tpasih boleh berjalan seperti biasa, l
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah ini berkaitan masalah sensor,cara mudah detect ialah gunakan alat OBD,biasnya cranksensor yang ada masalah
Unknown said…
Assalamualaikum,mslh kelisa sy ms keta brjln beberapa minit lampu check engine menyala.off suis start & jln dlm beberapa minit menyala balik.keta xda semput apa² pn.apa mslhnya ya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam ,saya sarankan reset ECU,OFF enjin,cabut negatif bateri 10 minit,kemudian pasang semula ,hidupkan enjin dan biarkan selama 10 minit. Lampu isyarat akan padam akantetapi jika masih nyala tetapi enjin tiada masalah buat sekali lagi apabila ia menyala. Jika berterusan menyala bermakna ada masalah pada sensor catalytic converter di ekzos
Unknown said…
Akum abg,saya nak tanya kenapa keta waja campro cps susah nak start?dan biasa rpm bila on kat 1,guna air con atau tidak.tapi kenapa bila saya masuk gear terus rpm trn 0.5/0.6 camtu?kekadang bila nak reverse pun kereta mati?tolong saya abg.apa patut saya buat?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan plug coil,fuel filter,spark plug dan servis throttle bosy serta servis injection atau tukar 4 injector,inshallah ok
nassa said…
salam tuan..maf sensor vios ncp93 antara kod C dan E..mana yg lebih bagus?
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau nak pilih juga,guna code c lebih ok
nassa said…
salam tuan..saya pakai vios dugong..masa start injin..ianya agak lambat hidup dan ada tersenguk2 sebelum hidup idle normal..apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wslm,sebaiknya ganti satu set injector inshallah akan baik macam biasa
Jafni said…
Assalamu'alaikum, sy ada soalan nk tnye, kereta sy wira 1.5 auto tahun 2007. Setiap kali kereta idling, ekzos bergegar kuat smpai blh dgr ketang2 dkt blkg kereta, itu masalah apa ye?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,pada ekzos terdapat getah pemegang,ada beberapa getah pemegang ini,jika ada yang lembut,lusuh atau koyak,ekzos akan tidak dipegang kukuh akibatnya bergoyang dan berbunyi,getah pemegamg ini perlu ditukar apabila ada yang lusuh dan koyak
ulat wayang said…
Minyak brek kurang
Shah Perodua said…
tq sharing
Zul said…
Assalamualaikum, Tuan. Kereta saya Viva Manual 2006, semasa start kereta semua okay & boleh jalan macam biasa. Tapi kadang² semasa tengah drive ada lampu check enjin keluar dekat dashboard. Bila off enjin & start balik lampu hilang dan boleh jalan macam biasa. Kalau sy nak tahu apa masalah kereta sy ya Tuan?
Mekanik Kereta said…
Wslm,jika tiada apa2 masalah yang ada pada enjin seperti semput dsbnya,reset ECU boleh hilangkan isyarat tersebut dari keluar dengan cara manual.
On kan kunci kemudian cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula dan hidupkan enjin 10 minit juga
Oldest Older 1001 – 1061 of 1061

Popular Posts