Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan kerosakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.Samada anda memiliki sijil automotif ataupun tidak,simptom-simptom kerosakan sensor masih mudah dikesan. dibawah adalah beberapa simptom kerosakan sensor.

Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin


Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,



Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage  dari knock sensor akan memudahkan  enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin  mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan. Gantikan crank sensor jika check engine light tidak nyala ketika suis dihidupkan.

5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagalan sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa  ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had  maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada  2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.



input speed sensor yang rosak boleh mengakibat enjin mengaum












10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.

Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik

Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox serta ABS sensor.





Comments

Mekanik Kereta said…
wslm,tukar tabung ekzos
Anonymous said…
Assalam tuan, saya dh tukar speedsensor tapi bila enjin dh panas gear auto xtukar
Mekanik Kereta said…
wslm,jika enjin panas gear auto bermasalah,sensor shift solenoid perlu diganti juga
Unknown said…
Kete merz 210 e230 sya ada masalah injector x brfungsi smua...adakah cam sensor problem?plug ada api....fuel pump ok..
Mekanik Kereta said…
tidak,kemungkinan besar ECU yang ada masalah.Periksa dulu semua fuse pastikan ia hidup
merpaTputih said…
Assalamualaikum..keta saya wira 1.3 manual carburetor..masalah saya, rpm dan voltage akan jatuh mendadak bila saya on lampu..keta akan trus mati..alternator saya dah tukar dgn yang baru..tapi masalah setel..carburetor pun dah tukar baru..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada masalah wiring dari alternator ke bateri dan mungkin juga wiring headlamp telah mengganggu perjalanan kuasa bateri dari alternator bermaksud wiring bercantum atau hampir putus,perlu periksa wiring
Butter daisy said…
Assalamualaikum,

nak tanya jenis kereta sy myV 1.3 (Auto). Kereta sy mempunyai mslh seperti :

- sukar memecut, bila tekan minyak kelajuan tidak mampu naik paling tingi 40km/j
- kereta rasa berat dan terbeban bila tekan minyak
-kereta bebunyi berat seakan memaksa bila tekan minyak
- lampu enjin check menyala

sy bwk bengkel dia tukarkan sensor. lampu enjin check dah xmenyala..tetapi kereta masih mempunya masalah sama. Boleh bantu?

Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,sadara perlu bawa kebengkel dan periksa kesemua injector minyak ,ada kemungkinan ada injector minyak tidak bekerja penuh dan hanya pancit sedikit minyak untuk pembakaran .
naqiuddin said…
assalamualaikum bang, nak tanye la, saye baru je repair enjin kenari versi ej sebab bocor pada flywheel seal, mekanik tu die bawak turun enjin dan repair, sekarang dah tak bocor, masalahnya, lepas masuk balik enjin, tetibe jarum rpm masa idle meningkat ke pada 2 dan kekal pada tahap tu, dan check enjin light pun keluar, yg lebih teruk tu, bile test drive, asap putih pulak keluar banyak lebih banyak berbanding sebelum repair kebocoran tu, mekanik tu cakap MAP sensor rosak, jadi saye dptkan MAP sensor dr enjin kelisa, yg berlainan part number, pun masih tetap jadi perkara sama, apa kah sebab jadi mcm tu?
Unknown said…
kereta sya viva auto,bila start enjin rpm naik tetiba ke 2rpm lpstu pndai rendah perlahan,dan engine light ada menyala.apa mslh tu? kadang tu timing pndai tetiba mengaum dan rendah,ada asap putih keluar dari exzor klau sya tekan minyak
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk tau MAP sensor rosak ialah cabut soket MAP sensor jika tiada jadi apa2 ia tanda rosak,nak lebih baik guna scan OBD untuk tau kerosakan pada sensor yang mana.
Unknown said…
salam en.arshad.sy guna kia sportage auto thn 2001.kereta sy bergegar dan kdg2 mati masa idling dan apabila reverse mati terus.ketika kelajuan 60-70 terasa sedikit gegaran dan berat.plug & coil sudah tukar.apa masalahnya?mohon bantuan.
Unknown said…
Waja sya ada masalah tak keluar lampu check enjin sebelum stat kereta..ia menyebabkan kereta tak dpat start .knapa masalah berlaku..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin mati akibat RPM rendah dankuasa yang hilang juga begitu,saudara perlu periksa injector,saya pasti ada injector yang tidak berfungsi baik ,sumbat dsbnya
Mekanik Kereta said…
Saudara perlu tukar crank sensor
Unknown said…
Assalamualaikum, masaalah saya ialah berkenaan nissan sentra 1.6 tahun 2001. Kereta kadangkala mati ketika di lampu isyarat merah, rpm ada kala nya jatuh dan kembali normal ada ada masanya terasa seperti enjin tempang mohon bantuan.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,perlu ganti crank sensor,inshaallah ok
Unknown said…
Salam encik.sy guna myvi 1.3 auto tahun 2009.masalah sy, lepas start,kereta terus mati.bila jd mcm tu,sy try tekan minyak lepas start tp Dia X mati pulak.tapi Kalu lepas Minyak,dia akan Mati.yg peliknya, kekadang je dia buat hal. Bila Time dia OK, lepas start, dia hidup macam biasa. Mohon pencerahan, terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara perlu periksa throttle body,mekanikal butterfly mungkin telah lemah dan kadangkala ia tertutup menjadikan enjin terus mati
Unknown said…
Assalam tuan..mohon bantuan..kereta naza sutera 1.1.Masalahnya..bila start semasa sejuk..injin hidup normal..tapi bila minyak ditekan,injin jd semput dn mati.Cuba start semula..injin dh payah hidup..hidup mati..hidup mati.mohon pencerahan dr tuan.Plug dn fuel pump dh tukar baru..terimakasih
Mekanik Kereta said…
wslm,servis throttle body kemudian pastikan butterfly throttle terbuka habis dan tertutup elok jika kabel ditarik
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..saya rizal..kereta saya vios dugong 1.5 2012..soalan saya, pada keadaan idle ( biasanya sedang berenti menunggu lampu isyarat)..enjin tiba semput2x, timing rendah beberapa saat dan macam nak runtuh sikit (bergegar) kemudian dgn sendirinya dia ok..dan keadaan ini menyebabkan bila tekan minyak utk mulakan bergerak, kene rem sikit utj kembali stabil (mcm tersekat)...throttle body dh servis,plug dah tukar tapi still jadi
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,keadaan idle yang tidak menentu adalah akibat kekurangan angin untuk dibakar dengan petrol,jika servis throttle hanya dengan semburan ia akan menambahkan lagi keaddan enjin kurang stabil,throttle perlu dibuka dan cuci kering manakala idle sensor atau throttle sensor perlu disetkan semula selepas ditukar,in sha allah kembali ok,pastikan juga saluran vakum berdekatan enjin semuanya berfungsi dengan baik maksudnya ada tindakan sedutan dalam saluran
Azk said…
Salam tuan kenapa viva saya enjin bergegar dan takda pickup untuk memecut atau memotong? Kalau tengah jalan bila tekan minyak dia macam nak semput lama sikit baru ada poqer kenapa jadi macam ni? Plug dan minyak hitam ok
Unknown said…
Assalamualaikum saya nak tanya..sebelum ni saya guna minyak hitam jtx 10w40 pastu tukar mobil 5w30,skang macam2 lak masalah yg dtg..coil plug rosak,oxygen sensor rosak,lampu check enjin pun menyala skang ni..kete sy vios 2014
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa injector ,ada kemungkinan sumbat,tukar fuel filter juga
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,minyak hitam sebaiknya kekalkan jenama dan grade kerana jika berlaku ketidaksesuaian pada enjin maka leaking akan berlaku dan masalah sensor juga akan berlaku kerana enjin jadi sedikit panas minyak hitam yang kurang.
Viscosity minyak 5W30 adalah amat rendah untuk enjin capacity tinggi seperti Vios
Unknown said…
Sy pkai civic b16a...kenapa vtec tak on.. Slalu on dngn jayanya
Mekanik Kereta said…
periksa fuse,gantikan mana yang putus
Unknown said…
Tuan sa guna nissan sentra 2010 enjin mati tiba tiba setiap kali berhenti kat trafik light dalam position drive. Bila start balik hidup
Mekanik Kereta said…
tukar crankshaft dan camshaft sensor,in sha allah baik
jarokku said…
salam tuan masaalah keta saye wira vdo mati tengah jln,nak start balik rom cuna 100,tekan minyak terus mati,dah cek fuel kuar minyak kat injection,apa masaalah keta sya tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,angin utk bakar kurang,ganti air filter dan map sensor jika ada,juga plug,servis throttle atau karburator
Unknown said…
bos kete sy pkai enjin 4g64 2.4 xtaw ap mslh..bila tekan minyak sikit RPM 3000 oky eniin..sampai rpm 4000 semput..nk jln xlarat ni bawa body..tolong ye kwn
Mekanik Kereta said…
ganti spark plug dan selaraskan semula distributor,atau ganti distributor kerana ia dikhuatiri ada pecah pada cap atau rotor
Unknown said…
Salam.. Kereta wira 1.5 saya ada masalah tidak boleh bergerak kedepan dan kebelakang.. Saya dah overhoul gearbox.. Dh tukar clutch dngan o ring oil seal.. Tapi masih tak boleh bergerak.. Sebab apa ya??
Unknown said…
Kereta wira 1.5 saya takleh gerak kedepan kebelakang.. Earbox dah overhoul tapi takleh gerak.. Kenapa?
Zakaria said…
Kenapa naza bila dihidupkan hanya sekejap saja pastu mati.boleh dihidupkan semula tapi tetap akan mati.
Mekanik Kereta said…
aDA 2 SEBAB,PERTAMA DRIVE SHAFT YANG TIDAK DILETAKAN DENGAN KEMAS SELEPAS OVERHAUL ENJIN MANAKALA KEDUA IALAH SENSOR SHIFT SOLENOID DALAM KOTAK MINYAK GEAR AUTO TIDAK BERFUNGSI LANGSUNG.
KERETA MANUAL PULA SAUDARA PERLU PASTIKAN CLUTCH PLATE MASIH BOLEH DIGUNAKAN DAN PIN ATAS GEARBOX DIPASANG DENGAN KEMAS SEMULA
Mekanik Kereta said…
ada masalah sensor,biasanya camshaft sensor
Unknown said…
Kalau speed sensor rosak,meter speed memang xfuntion ke..gear pun xnak tukar ke gear tinggi... Tu punca dari speed sensor ka boss
Mekanik Kereta said…
benar,speed sensor mengawal pertukaran secara pengiraan shift ratio ,jika isyarat tidak diterima baik oleh ECU akibat sensor yang rosak ,tukar gear jadi lenah dan tidak tepat,manakala speed juga bergerak selari dengan pemusingan gearbox flywheel
Unknown said…
Salam kereta sy rosak sensor exhaust.... Sy dah bli dn baiki kos 275.... Then lmbng enjin tu still ta hlng... Lpas scan blik rpnya ad stu lgi yg prlu tukar.... Klau sy kluarkn lgi 275 tkr sensor tu adkh lmbg Enjin tu hlng??
Mekanik Kereta said…
wslm,apabila lepas tukar,pastikan reset ECU dengan cabut negatif bateri 10 minit,pasang dan biar enjin hidup selama 10 minit juga
Unknown said…
Mau tanya kedudukan crankshaft sensor kereta Nissan Sentra N16 model 2003
Mekanik Kereta said…
berdekatan starter
Unknown said…
Assalamualaikum..nk tanya andai enjin kereta hidup lepas tu sy cabut soket knock sensor ada ape2 kesan x mcm enjin jadi gegar Timing enjin drop. Atau pn enjin padam.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika sensor elok enjin akan padam atau gegar akantetapi jika sensor rosak tiada jadi apa2 pada enjin
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.sy pakai wira 1.5 vdo.baru ni keta tiba2 semput.power window aircond radio lampu semua x berfungsi.sempat antr pomen sblm keta mati.pomen ckp altinator.tukar altinator x ok jgk.pomen ckp mungkin crank sharft sensor.dh tkr skali ngan coil plug pon x ok jgk.battery plug n cable plug semua baru.xtau dh sakit kt mana.blh tuan bantu sy x.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kereta semput akibat kurang angin untuk pembakaran dalam kebuk silinder dan juga akibat minyak yang kotor tetapi apabila RPM jatuh mendadak akibatnya ECU akan terganggu,saudara perlu minta mekanik periksa soket ECU adakalanya ia longgar atau kotor dan akibatnya keseluruhan sensor dan kawalan api terganggu
Unknown said…
Salam..nk tnya kenape meter rpm wira sy turun naik,pasg aircond kereta jadi semput nak mati
Unknown said…
Salam. Masalah jerking semasa kelajuan 80-90kmh sensor apa yg prob ye
Mekanik Kereta said…
wslm,jerking berpunca dari api,soark plug dan plug coil perlu diganti
waja saya masih semput coil dah tukar plus dah tukar tapi masih sempot jerking dan injin mati..apa masalahnya tuan?
Mekanik Kereta said…
bila jerking dan enjin mati,ada masalah api lagi,perlu setting semula tuning supaya api sekata
Apiz said…
Salam Tuan Saya ada satu cherokee jeep tahun1995 petrol injection.Masalaha dia bila start enjin ada crank tapi x mahu hidup dan api pada spark plug tiada.Tapi bila tolak kereta masuk gear 2 enjin boleh hidup macam biasa tiada masalah cuma timing jadi tinggi sehingga 1.5k rpm
Mekanik Kereta said…
wslm,apabila hanya ditolak baru hidup ini maknanya ada masalah pada starter dan perlu diganti,pintasan kuasa lektrik boleh berlaku akibat starter yang rosak dan ia juga ada sebab untuk tidak mengalirkan kuasa api pada spark plug manakala RPM tinggi adalah akibat throttle yang kotor dan tiada kawalan langsung
Unknown said…
Salam, apa masalah kereta susah nak start tp bila cabut hose map sensor kereta dah boleh start? Dan selepas kereta dah hidup, sy cuba sambungkan kembali hose map sensor tdi ,enjin terus padam. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,bila masalah begini,ini tanda sensor tersebut rosak dan perlu diganti
Unknown said…
Assalamualaikum pomen yg bertauliah..sy nak bertanya mngenai masaalah kreta sy yg bermodel atos 1.1 bila sy pasang soket idle control enjin jadi semput dan x stabil..tolong bgi pencerahan pomen
salleh said…
Kereta kenari auto kuat makan petrol
Apa masalah
salleh said…
Kenari auto enjin panas dari gear n masuk d enjin mati .kalau x tukar gear ok pulak .apa masalah
Mekanik Kereta said…
servis throttle body,gantikan repair kit atau tukar throttle body,jika keadaan minyak dan angin stabil untuk hidupkan enjin serta idle,masalah makan minyak akan berkurangan
Mekanik Kereta said…
masalah fuel pump berhenti ketika enjin dalam keadaan berat akibat gear,periksa fuel ump gantikan dulu fuse fuel pump
salleh said…
Salam...bila enjin dah panas semasa jln .enjin mati tiba tiba berhenti kat trafik light seblum enjin mati enjin begegar pastu enjin mati dalam gear d Bila start balik hidup
apexx said…
Slam...nk tanya...knp enjin saga blm mengaum tinggi smasa injin dihidupkan
Mekanik Kereta said…
wslm,servis throttle body,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,semua enjin dilengkapi dengan autochoke yang bertindak tinggikan RPM ketika dihidupkan kantetapi jika RPM tidak turun semula ke normal antara 900-1000 RPM ia tanda ada sensor yang tidak dapat bekerja dengan baik akibat hose angin pecah.bocor.sumbat keras dan ada juga sensor yang kena air akibatnya enjin akan meninggikan RPM dan sukar berpatah balik ke normal,gantikan hose lama dan pastikan soket sensor bersih dari air atau kotoran terutamanya MAP sensor serta O2 sensor
faisal yussof said…
assalamualaikum tuan mekanik...speed sensor ni klu nak ganti,kena beli 2 set iaitu untuk input dgn output sekali ke tuan?
salleh said…
Askum. Ade pertanyaan. Kenari auto mengalami kesukaran utk hidup apabila enjin panas.2 .3. kali baru hidup Apabila start de bunyi crank tp lemah.
Shah said…
Asalam nak tanya tentang coil api naza sutera bila engine sejuk start boleh bila engine panas start tak boleh,coil api dgn cabble dah tukar baru.bila engine tgh panas nak kena bagi sejuk baru boleh start.bila engine panas api dekat coil tak keluar pegi ke plug.wayering api dtg ke empat2 wayer dah cek api ade api keluar ke plug saja x de.ada kah crank sensor rosak.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika saudara pasti yang mana perlu ditukar tiada masalah untuk membelinya secara berasingan,biasanya input speed sensor untuk bacaan speed dan RPM
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara perlu gantikan solenoid starter atau tukar starter kerana ia tidak tahan kepanasan lagi
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk api hanya dari distributor electronic dan ECU,untuk ini distributor coil adalah penyebab api tiada
Unknown said…
Salam bang Arsad
Kereta kembara auto semalam parking trs xnak hidup. Battery dah tukar fuse ok, pump minyak ok/laju, sy buka plag 4bj tu ada api cuma yg paling kuat karan satu jer, aper agak masalah ni bang, start boleh, laju jg tu pusing belting, tp xnak hidup ada kah mnyak xsampai biarpon pump minyak ok, atau plug yg xseimbang
Mekanik Kereta said…
wslm,compression tidak cukup/lemah,plug tidak bekerja penuh,ada yang tidak bekerja langsung,periksa teliti
Unknown said…
Salam...abg computer box l2s auto menual sama dak
Sofian said…
Assalamualaikum..
Tuan..
kereta saya iaitu honda city idsi 2006'.
Pertanyaan..
Kenapa kereta saya bila enjin sejuk @ mula2 start dan selepas itu gerak .
Enjin tertiba seperti hendak mati..
Dan apabila dimatikan dan dihidupkan semula enjin kembali ok..dan apabila enjin.panas masalah tersebut tiada..
Apakah masalah kereta saya..mohon tuan jelaskan.
HAZIQ said…
SALAM,,,KERETA SAYA PREVE..MASA MEMANDU..KERETA TIBA TIBA MATI DAN SUSAH NAK START..SKARANG BOLEH START TAPI DIA JADI GEGAR,,PANAS,,DAN KALAU TEKAN MINYAK OPUN BOLEH SAMPAI RPM 2 SHJ..KENAPA YA TUAN..mintak tolong tuan jelaskan TERIMA KASIH
HAZIQ said…
HARAP TUAN DAPAT MEMBANTU,,SAYA DAH BUNTU
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah injector ,sebaiknya tukar injector,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
in sha allah,semak jawapan saya di atas
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan air intake temperature sensor mungkin membantu,in sha allah
salleh said…
Askum ...kenari auto tahun 2006 rpm jadi naik turun. Apa masalah throttle body dah servis
Mekanik Kereta said…
wslm,tambahkan wayar body dari throttle ke body kereta,ini dapat meneutralkan cas yang berlebihan dan menyebabkan badan throttle panas
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu lakukan tuning,tukar spark plug dan servis throttle body,jika throttle bersih dari karbon RPM akan kembali stabil dan idle lebih stabil ketika kemasukan aircond
Kygo said…
Salam tuan. Kete saye saga flx ade masalah bunyi start yg agak panjang berbanding normal. Dan lmpu cek enjin akan naik 2-3 saat slps kenderaan dihidupkan. Adakah mslh iat sensor ye tuan ??
Unknown said…
assalam tuan ,myvi sy timing jd x sekata dan bile jalan jd semput jd mcm plug sudah mati,tp plug smua dah tukar dan lampi cek engine bernyala ,ap sebab nye ,dan ap yg perlu dibaiki?
Mekanik Kereta said…
wslm,benar ia masalah sensor sebaiknya gantikan ignition coil untuk semua spark plug dan gantikan juga IAT sensor
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah idle RPM adalah masalah sensor throttle,perlu gantikan idle sensor pada throttle body
Unknown said…
salam tn sy nk tnya..wira 1.6 bila bwk bergegar2 bila naik bukit slow sgt tk pickup,ape perlu sy buat?? tq
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada banyak sebab kereta kurang pickup,jika manual ,cutch plate habis,drive shaft gearbox habis.Tetapi jika enjin yang terasa tidak kuat dan meneran ia tanda injector tidak baik iaitu kotor dan sumbat,gantikan satu set injector dan fuel filter in sha allah ok seperti sediakala
Unknown said…
Salam,persona sya kalo gear berat dia jdi sengguk2,,tukar gear rendah ok balik,,knpa jadi cntu
Sofian said…
Assalamualaikum
Bang jeff..
Honda city idsi sye kekadang jd tersempuk sempuk semasa enjin sejuk dan apabila redah takungan air sedalam 6 inci jd seperti tersempuk tpenjin tidak mati dan lmpu check enjin pun x menyala..ttp enjin ok saja..tersemput sekjp.shj..
Knp ye??
Ejat88 said…
Salam tuan.. sy guna kereta preve cps.. bila enjin hidup ada bunyi knocking pd enjin.. cek kat sc cakap ada benda patah dekat butterfly dalam IAFM.. kena tukar baru.. betul ke tuan.. ke ada solution or suggestion lain tuan?
Unknown said…
Kenapa air flow sensor saya cabut engin lg stabil tetapi check engin menyala...ada kan kesan buruk jika terus biarkan dicabut
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saya Arsad Mekanik bukan Bang Jeff,tukar plug dan air filter,RPM jatuh rendah,ada sensor pada gearbox yang kena air
Mekanik Kereta said…
wslm,ada wsyop yang boleh baiki IAFM,jika di SC mereka tukar saja
Mekanik Kereta said…
angin untuk pembakaran dalam enjin sangat kurang dan throttle sangat kotor,jika dicabut tidak digunakan kuasa pikap saja yang menjadi lemah
Unknown said…
Saya pun sama jugak...proton saga lama
Unknown said…
as salam bang...sya pakai kancil 660.masa mula2 start rpm ok.. Bila jlan... Berenti rpm tinggi dlam 2.5
Unknown said…
Nak tanya tuan
Unknown said…
Asalamualaikum..saya penggunaan Naza ria 2.5 2004..Keta saya stat jln pecut pun ok..tetapi selepas 2jam pejalan tmpa henti enjin ketika hendak pecut RPM jadi turun Keta jadi berat..saya terpaksa berhenti sisi jln matikan enjin selama 10 minit..lepas tu saya hidupkan enjin balik jln pecut kembali normal..selepas pejalan 2 jam saya mula pecut balik RPM kembali turun Keta menjadi berat dan semput...saya dah tukar MAF sensor tapi masih sama tuan...
Mekanik Kereta said…
Tanya lah,in sha allah saya akan jawab
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tambahkan grounding dari throttle body ke body kereta,tambahkan juga grounding dari enjin ke body kereta.Jika ini tidak membantu saudara perlu servis injector yang dikhuatiri kotor
Mekanik Kereta said…
wslm,distributor dan contact point megalami kepanasan,sebaikya tukarkan distributor dan contact point sekali
fandi said…
salam..bang..sy pakai avanza 1.3 o/d berkelip2 dan gear just masuk gear satu jer..nape eh
Mekanik Kereta said…
wslm,speed sensor tukar,in sha allah
Atlasjai said…
Salam bang .injection kenari sy x berfungsi.... cek2..wayar yg masalah..api x masuk...kdai komputer tu ckp..kene tukar komputer box seketul..btol ke bang? Mcm pelik jer... sebijik kene tukar...
salleh said…
oxygen sensor kenari auto 2006
.jikalau rosak lampu check enjine akan menyala ka
Unknown said…
Salam tuan Saya guna wira 2006 SE gearauto,masuk gear reverse Lampu reverse Tak nenyala Dan bila reverse sensor berbunyi..tk tuan minta pencerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,jika tiada api ,ECU biasanya telah terbakar ,ini biasa
Mekanik Kereta said…
menyala
Mohd nazley said…
Assalamualaikum saya guna myvvi 1.3 ezi.. Kreta tiba2 xblh hidup crank boleh tapi kreta x hidup... Spark plug dh tukar.. Check fius semua ok... Tapi check api dkt coil semua xde saya rasa mustahil untuk coil spark rosak 4 biji skali... Mohon tunjuk ajar dari tuan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ECU mungkin terbakar,sila semak ECU dulu soket dasbnya ,keadaan ini biasa dikaitkan dengan ECU terbakar
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah cuma ganti mentol lampu reverse saja,in sha allah ok
Unknown said…
Tuan keta saya hyundai getz..saya dah tukar fuel filter /fuel pump /exhsoust manifold dan baru ni saya dah tukar sensor tak pasti apa sensor twrsebut..cuma keadaan kereta sekarang ni macam tak sedap kaki nyinjak pedal rasa macam tak stabil bila naik bukit atau nak mula berjalan semula..boleh tolong tak encik..ponin dah
Mekanik Kereta said…
resetkan ECU,cabut negatif bateri 10 minit dan pasang semula,hidupkan enjin biarkan 10 minit juga,
NMZ said…
Buka kotak yg simpan byk fius cari fius yg paling besar biasa ada 5 kaki tukar baru Insha allah ok
Nua Jon said…
Slm tuan. Sy owner hyundai accent. Ada satu sensor utk air filter bila sy pasang kereta susah nak start. but when disable kereta boleh start but gegar dan running dlm msa yg agak pendek engine off. Dan tunggu beberapa minute kereta can start balik. Bagaimana tuan?
Unknown said…
Assalamualaikum,Sy nk Tanya..lampu oil pump pressure menyala,bunyi enjin jadi kasar sgt..tapi time nak start je,bile da ram Dy ok..tapi bile jalan,enjin smooth je..bile bukak oil pump tu ok,xd y rosak pn..tapi mekanik Sy suruh tukar enjin..ad kene mengena dgn enjin ke klu oil pressure y menyala?
Mekanik Kereta said…
wslm,MAP sensor tersebut tidak stabil,sebaiknya ganti
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,oil pressure menyala ada 2 sebab ,pertama apabila suis tersebut bocor dan perlu diganti,satu lagi bila oil pump tidak baik lagi,juga perlu diganti.Keadaan oil pump yang kurang baik akan menyebabkan bunyi jadi kasar dan RPM juga tidak stabil
Lann said…
Apa akan terjadi jika camshaft sensor wayarnya terbalik pasang?
Mekanik Kereta said…
untuk menggerakan isyarat sensor ia perlukan 2 hubungan iaitu negatif dan positif ,jika terbalik ia akan merosakkan sensor dan olehkerana semua sensor ada aliran elektrik berhubung ke ECU,kemungkinan besar ECU juga akan terkena impaknya iaitu turut terbakar
insan biasa said…
salam, bos berapa biji map sensor pd wira S.E ??
Mekanik Kereta said…
wslm,ada satu sahaja
Unknown said…
masalah kereta saya forte 2.0 tekan pedal minyak jadi ksong kereta jadi slow bile pump 2 3 kalj bru kereta boleh pergi apa masalah tu ya..
Mekanik Kereta said…
masalah APPS sensor,Accelerator Pedal Position Sensor,kena tukar pedal minyak sekali
magnumtoto said…
hi salam tuan mekanik,kereta saya kembara 1.3 dvvt.Masalahnya stereng bergegar apabila membreak pada kelajuan lebih 60km.rooter disk sudah tukar serta service piston break tetapi masalah masih berlaku.apa puncanya ya?
Mekanik Kereta said…
salam hi,stereng rod lembut,apabila brek mencengkam,kekuatan brek memberhentikan disk dan impaknya akan keluar terus ke stereng rod dan akibatnya ia akan bergegar
Unknown said…
Salam bos,sy nak tanya.. lampu enjin tidak boleh menyala bila on kunci menyebabkan enjin tidak boleh di hidupkan..kadang lampu enjin dapat menyala dan lepas tu lampu enjin tidak lagi menyala.. apakah masalah tu?..sy memakai proton saga blm manual
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa soket pada ECU ketatkan jika longgar dan jika ECU ok masih tidak nyala saudara perlu tukar crank sensor
Anonymous said…
Asalam tuan. .saya pakai waja 1.6cc auto. .bila saya pasang signal belok kanan, signal d luar kereta akan menyala seperti emergency tetapi kat panel meter hanya yg menyala belok kanan dan sekali dgn lampu penunjuk kedudukan gear reverse. .kereta berjalan n running seperti biasa. .mohon pencerahan tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah panel tersebut,ia agak longgar dan perlu diganti,keadaan connection juga celaru
Unknown said…
Salam..nk tanya masalah nisan sentra n16 naik check sensor tpi enjin dgn tiba2 mati tpi senang start balik.
Unknown said…
Assallamuallaikum boss
Kereta saya chevrolet optra 1.6 auto start bunyi mcm berat..petrol macam x keluar api dekat cable plug tiada...adakah berpunca dari sensor
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan crank shaft sensor in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika pusingan berat api agak sukar ada,lebih2 lagi jika guakan distributor coil,periksa sambungan ECU dan crankshaft sensor perlu ditukar
Fening lalat said…
boss minta bantuan tuan..saya ada pasang android player juga roof monitor..masaalah timbul jika enjin dihidup kan screen menjadi line mengikuti bunyi enjin,jika sekadar on kunci screen clear dan cntk..saya sudah tambh grounding,jg tukar plug baru.agak2 boss apa masaalah nye ye.
Unknown said…
Slamat petang tuan sy ada kereta viva manual nak tanya apa masalah kalau cek engine menyala
Mekanik Kereta said…
tambah grounding tidak boleh selesaikan masalah melainkan saudara ambil laluan elektrik dari dalam kereta saja ,jika diabil dari luar gangguan mungkin berlaku
Mekanik Kereta said…
selamat petang,cek engine nyala jika gangguan ada pada sensor,resetkan dulu ECU,baca tajuk saya cara reset ECU
Unknown said…
Kereta perodua viva auto,bergegar ketika berhenti tekan brek,bleh sy mntak pndapat?
Mekanik Kereta said…
Bila bergegar ini tanda kedudukan bearing dalam roda tidak baik ,perlu baiki sebaiknya tukar bearing roda depan
Unknown said…
info yg sangat berguna...terima kasih tuan sbb sudi berkongsi ilmu..
Zahir said…
Salam tuan arsad..sy nk tye kereta kembara 1.3 auto sy lepas basuh enjin, bile time bwk highway rpm jdi tinggi dan tak blh msuk gear 4..knp ye tuan??
Zahir said…
Salam tuan arsad..kere kembara 1.3 A 2002 sy lps basuh gear xblh masuk gear paling tinggi..knp ye tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,hati2 jika basuh kereta kerana ada sensor atas gearbox dan sisi serta terdapat sensor O2 dan throttle sensor yang mudah kena air apabila enjin dibasuh atau disembur badan kereta dengan air yang kuat,kotoran atau air penyebab sistem ECU tidak dapat membaca isyarat sensor dengan baik akibatnya enjin akan mengaum dan gear sukar masuk,cabut soket sensor yang saya beritahu diatas,keringkan dengan sempurna jika ada air atau kotoran
Narn said…
Saya penguna wira vdo 1.5 masalah timming tinggi mienten d 3rpm tak turun2..bila start tk sampai seminit timing naik mendadak hingga ke 3.Dan 4 rpm bagi tunjuk ajar dn pendapat terima kasih
Mekanik Kereta said…
ada isyarat pada throttle yang tersangkut dan sukar kembali asal ,servis throttle dan pastikan throttle position sensor disetkan semula
Unknown said…
Assalam tuan Arsad mekanik.sy pakai persona thn 2010.sy ada mslh bila start enjin,bila tekan pedal myk rpm sampai 1500 jer.padahal pedal dh tekan hbs.kete nak bergerak mmg takde pickup la klu rpm hanya sampai 1500 jer.tp ada masanya ok.dlm kes lain plak semasa drive tiba2 secara mengejut hilg kuasa pecutan rpm turun sampai 1500 jer.tp bila buat beberapa kali off enjin pastu start semula enjin ok plak lps tu.dlm 1 hr mesti terkena dlm 2 kali.mntk pencerahan dr tuan...
Mekanik Kereta said…
wslm,keseluruhan injector kereta ini telah sumbat atau kotor,sebaiknya diganti dan servis juga throttle body dan buat tuning,gangguan kotoran karbon dan sumbat injector menjadikan oksigen kurang dan pembakaran jadi lemah,jika ini dapat diatasi,in sha allh enjin lebih baik dan ada kuasa pecutan serta pick up
Richard said…
Salam tuan,saya ada masalah kereta proton persona (manual) model 2010.
Waktu kereta bergerak dalam gear 2, tiba tiba enjin mati. Lepas tu, enjin start, boleh hidup balik. Apa masalah tu? Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,masaah fuel pump mati tiba2,perlu ganti
Unknown said…
Master pump kena check
Mekanik Kereta said…
cek engine tak nyala perlu tukar crank shaft sensor
Unknown said…
salam tuan..kenapa kereta persona saya tiba2 meter rph pusing satu pusingan..dan stop pd akhir pusingannya..sedangkan kereta dlm keadaan bergerak.
Unknown said…
meter rpm tiba2 pusing satu pusingan dan stop
Unknown said…
Assalamkm tuan sya pkai wira injection kalau bawak kt lampu isyarat kadang mati sendiri stat hidup balik. Kalau rem minyak rpm jatuh macam enjin nak mati.
Mekanik Kereta said…
RPM berhenti tetapi enjin hidup ia tanda meter yang rosak
Mekanik Kereta said…
wslm,ada sensor kena air yang banyak dan akibatnya enjin RPM tinggi keringkan sensor O2 ,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah meter
Ayamulat said…
Masalahnya punat bawah handbrake terlekat atau berkarat.cuba usik2 dulu kalau masih menyala lampu tukar punat (sensor handbrake) sahaja.
Nold said…
Hai bro.. Kenapa yaa myvi sy 2006.. Ada keluar asap hitam bila waktu start enjin...? Dan ada menyala logo enjin light...? Apa masalah jika berlaku sebegini.. Penggunaan petrol pun sangat tidak jimat...
Wan said…
Slm...
Nak tanya ckit..sy pakai kereta viva ...masalahnya kalau sy sambung socket tps compressor tak fungsi klu kereta dlm keadaan tak bergerak ..tp klu cabut compressor jln macam biasa...tp engine macam tak stabil...
Mekanik Kereta said…
Hai,reset ECU,tukar fuel filter dan servis throttle body,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,resetkan dulu ECU supaya sistem kembali default kemudian cuba
Olsen said…
Tumpang tanye kereta persona saya mengalami masalah gear iaitu masuk gear D Dan D2 tak mau jalan sedangkan saya baru tukar minyak gearbox. Cuma filter gearbox saja belum tukar sebab filter tu dalam gearbox.mohon pencerahan dari abang2 pomen yg bertauliah.
Mekanik Kereta said…
sebaiknya tukar filter. adkalanya filter terlalu kotor menyebabkan kotoran menyekat pergerakan gear dalam gearbox, jika tukar minyak lain yang jenis biasa digunakan juga tiada jaminan gear dapat bergerak macam biasa
Jackvespa said…
Slm.. Kenapa bila reverse, sensor x bunyi.. Kadang2 bila keta parking tengah panas, bila reverse, Baru bunyi.. Keta Perdana.. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm alat sensor reverse terdapat pada bumper kereta ,jika ia rosak sensor tak akan berbunyi atau bunyi sekali sekala
Unknown said…
Assalam bos kete kelisa saya bila stat nk enjin jd meletup2 pastu stat 2,3 kali batri tus weit....klu idup semput sggt jaln masuk gear d mati...
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin meletup tanda throttle body kotor perlu servis dulu kemudian setting semula supaya enjin stabil dan boleh untuk bergerak
salleh said…
Askum.sy ada masalah pada kereta kenari auto tahun 2005 .bila masuk gear D dan R enjin akan mati dgn sendiri apabila enjin panas.check engine xmenyala pun .bila enjin di hidupkan blh pulak.Throttle body dh tukar apa masalhnya ??
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah fuel fump disconnected ,ada masalah pada pam
Anonymous said…
Assalamualaikum bang..saya menggunakan kereta jenis saga flx..lampu/ isyarat engine menyala..adakah o2 sensor atau crank sensor yg bermasaalah? Baru terkena pg tadi..ada jugak kdg2 kereta rasa tersekat-sekat ..harap abg dpt bg pencerahan,trima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,biasanya ia adalah MAP sensor,laluan hose air filter,cabut soket sensor O2 juga jika sensor tiada masalah enjin stabil,reset ECU juga boleh membantu jika hanya kotoran yang sebabkan check engine nyala
Khai said…
Salam tuan....saya pakai h.accord sv4 auto masalah kereta saya lampu D hilang & kereta tiada pickup masa first tekan minyak
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah pada penel gear,kadangkala hanya metol terbakar, masalah pickup kurang untuk sv4 biasanya akibat drive shaft di gerigi gearbox telah haus
Mad z said…
Salam tuan,sy nk tnya.knpa kreta sy bgegar saat mula tkn myak.bla dah bjaln ok.tapi bila bhnti d lmpu isyarat n nk mula jln blik tu dia smput blik.speed meter pon x gerak.lampu od bkelip2.bleh bgi info?(kia shepia auto)
Mekanik Kereta said…
wslm,apabila minyak ditekan ,angin dan minyaka akan bercampur untul lahirkan kpembakaran dalam silinder dan apabila ia semput ini bermakna nisbah keduanya tidak lagi tepat pada 2 angin dan 1 minyak pada ketika dithrottle body,throttle body perlukan servis dan fuel filter juga perlu ganti,keadaan lebih baik juga jika fuel injector ditukar kerana kebanyakan model kia fuel injector yang lemah akan jadikan kereta tersebut lemah pickup dan tidak berdaya menampung beban berat kereta dan akhirnya odometer juga sukar bergerak
Jd said…
Assalam tuan...kelisa saya keluar asap hitam....apa masalah....tk
Mekanik Kereta said…
wslm,asap hitam tanda nisbah campuran minyak dan api tidak tepat lagi kerana minyak kotor dan sukar terbakar dengan sempurna dalam ruang pembakaran. Apa yang perlu dilakukan ialah servis karburator/throttle body ,tukar fuel filter dan air filter kemudian setting semula (tuning engine) pada kadar yang sepatutnta,pastikan juga spark plug ditukar.
#Loga said…
Hi bang.masalh kereta bila kelajuan 100km ke atas keluar cek enjin.wira SE 1,5 injection vdo lagi masa jalan bil nah slow tiba tiba enjien dah berhenti bang...
#Loga said…
Slm abg masaalh bila kelajuan 90km ke atas keluar cek enjin.wira SE 1,5 injection VDO
Mekanik Kereta said…
wslm,reset dulu ECU,jika ia masaih keuar perlu tukar Oxygen sensor
Mekanik Kereta said…
Hi,reset ECU
https://mekanikkereta.blogspot.com/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html
jika masih sama tukar oxygen sensor atau O2 sensor
Ayie said…
Salam...nak tnye enjin 4g91 boleh pakai x air flow sensor 4g92...4g91 kod 454 4g92 kod 449....
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak boleh kerana code telah disesuaikan dengan ECU,jika berlainan ia tidak berfungsi dan akan menyebabkan sensor lain terganggu
shahril said…
kerta alza sy ada problem keluar lambang AT bile jalan dan gear sentiasa jln gear 3 sahaja bole tlg mengatasi masalah sy..sblm tu sy ada buat wairing power window dan center lock dibahagian dpn penumpang dan sy ada tukar oil ring sb ada kebocoran dan pomen ada cuci bawah engine sb nk tahu tmpt yg leaking bole bantu sy
Mekanik Kereta said…
tukarkan speed sensor auto transmission in sha allah ok
Unknown said…
hello...nak tanya...saya pakai kereta waja auto mmc 1.6.kadang2 bila tekan brek,pedal brek keras dan brek tak makan...masalah master brake pump atau ada masalah lain?
Unknown said…
Salam..nk Tanya sy pakai kereta myv 1.3 mslh lambang enjin oil tu timbul suda servis servis oil sump semua..mula2 suda pasang semua ok saja sekali jln timbul balik lambang tu..apa mslh tu ya
Mekanik Kereta said…
hello,ya masalah brek pump,keadaan getah dalam kelongsong brek pecah dan kesat ada bocor minyak,gantikan brek pump keseluruhannya,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,isyarat engine oil dihubungkan melalui oil switch jika oil switch tidak ditukar ,isyarat tersebut tidak akan hilang jika oil switch masih rosak,perlu tukar oil switch
Unknown said…
Salam.tuan,check engine menyala,bila start mula2 xde,tiba2 enjin macam nak mati,n keluar check engine..apa masalah dia?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah sensor,jika ada basuh enjin,pastikan soket sensor O2 atau exhaust sensor dikeringkan,jika tiada pastikan soket tersebut dibersihkan juga ,hanya tiup2 kan supaya kotoran hilang

Popular Posts