Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Wednesday, March 27, 2019

Cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Penggunaan immobilizer sekarang sebagai satu sistem sekuriti bagi sebuah kereta bukanlah asing lagi bagi pengguna kereta. Immobilizer adalah sistem sekuriti kereta yang di datangkan bersama transponder dan hanya pemilik kereta saja yang akan ada kod untuk menyahaktifkan sistem keselamatan ini apabila enjin kereta tidak dapat dihidupkan atau kunci kereta rosak dan tidak dapat menggunakan remote access atau alarm.
Terdapat 2 cara bagaimana untuk menyahaktifkan sistem keselamatan kereta ini. Pertama ia boleh diresetkan dengan mudah oleh Pusat Servis kereta tersebut. Jika model Proton kita mestilah ke pusat servis Proton untuk reset semula sistem keselamatan ini dan enjin akan dapat dihidupkan semula seperti biasa dengan sistem komputer di Pusat Servis manakala yang Kedua ialah dengan menggunakan kaedah manual menggunakan kunci kereta tersebut. Kaedah Kedua inilah yang akan saya huraikan dengan lebih lanjut dengan langkah-langkahnya secara turutan yang perlu diikuti.

Immobilizer ada kod
Pemilik kereta yang ada menyimpan kod untuk reset sistem ini amatlah mudah untuk meleraikan kod yang menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan akantetapi mestilah juga mengikut turutan langkah-langkah untuk meleraikannya secara manual. Contohnya jika kod kereta ialah 1234, apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan kod ini dengan langkah-langkah yang akan saya tunjukkan dibawah sehingga akhirnya ia telah diresetkan dan anda boleh menghidupkan enjin seperti biasa.

Immobilizer Tanpa Kod
Jika anda tiada kod pula, kaedah ini juga boleh digunakan cuma bezanya ialah kod yang akan anda cuba mungkin tidak membuahkan hasil kerana sepertimana yang saya sebutkan dalam tajuk di atas bahawa ia hanya menguji/bypass dengan tekaan kod sahaja dan tidak lebih dari itu. Kod asal masih diperlukan jika cubaan anda gagal.Anda hanya ada 3 cubaan dan jika ia gagal anda perlukan 30 minit untuk mencubanya semula. Kod yang boleh digunakan ialah kod yang senang seperti 1234 dalam contoh di bawah.

Langkah-langkahnya seperti berikut:- (kod 1234)
Masukkan kunci secara manual ke pintu pemandu dan tidak ditanggalkan

Buka pintu pemandu
Tutup semula pintu
Pusingkan kunci untuk lock kereta ke kanan seperti biasa anda lakukan sekali saja
Pusingkan semula ke asal ditengah2
Pusingkan pula ke kiri mengikut kod 1 sekali saja
Pusingkan semula ke kanan mengikut nombor 2,2 kali sahaja
Pusingkan pula ke kiri untuk nombor 3 sebanyak 3 kali sahaja
Akhirnya pusingkan semula ke kanan sebanyak 4 kali sahaja
Semua kod telah digunakan
Unlock semula kunci
Tanggalkan dan cuba hidupkan enjin

Bunyi BEEP akan ada sebaik saja anda tanggalkan kunci jika ia salah kod digunakan
Ulang langkah di atas dengan kod lain jika ia tidak dapat hidupkan enjin
Gunakan kod jika anda ada kod sebenar

    Nota:- Cara yang digunakan di atas hanyalah jika anda tidak dapat menggunakan remote access alarm untuk menghidupkan enjin akibat dari immobilizer yang gagal sahaja.

211 comments:

  1. Assalamualaikum, tuan. Saya bercadang nak beli Proton Wira dan saya berkenan dengan Wira 1.8 auto C99. Tapi ramai yang cakap gear box auto Wira 1.8 sering mengalami masalah sama macam gear box Wira 1.6 auto dan gear box Perdana. Jadi soalan saya bolehkah masalah tu diatasi dengan menggantikannya dengan gear box Lancer atau Mivec? Katakan lah kalau kita nak gantikan gear box auto yang asal tu kepada gear box auto Mivec, perlu ke tukar enjin Mivec sekali atau boleh kekal dengan enjin Wira yang asal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,enjin wira boleh dikekalkan tiada masalah cuma jika telah gunakan mitsubishi Mivec adalah lebih baik dengan enjinnya sekali

      Delete
    2. Salam tuan.. Nk tanya gen2 klu on aircond temperature naik ape masalah?

      Delete
    3. wslm,hose air semua kotor dengan karat,ganti U hose ,pastikan tiada karat dalam hose sistem penyejukan

      Delete
    4. Mcm mana kalau kereta Vios lama remot dia rosak tapi kereta tak bole hidup

      Delete
    5. remote tiada kena mengena dengan enjin tak hidup,fuel pump mungkin bermasalah

      Delete
    6. Kereta vios kalau remote rosak mmg engin tak hidup.sbb remote vios guna cobra system sebagai immobilizer dia cut power ke coil plug dan fuel pump.

      Delete
    7. ya betul jika ada immobilizer kebanyakan kereta yang remote atau kunci rosak tidak akan hidup

      Delete
    8. Kereta saya ada masalah sama. Jnis ford lynx lama. Guna alarm cobra . So alarm rosak then mcmana lagi cara nak hidupkan enjin . Adakah boleh buat bypass. Atau cmana cra lain lg. Sbb skrg pkp tkde stok alarm. Jnuh cari kedai ni. Harap tuan boleh bantu

      Delete
    9. Cuba cara bypass tapi ia cuma trial and error ,jika ada alat OBD sendiri boleh gunakan cara reset di OBD

      Delete
    10. Cara reset boleh di guna pada proton perdana ka bos?

      Delete
    11. boleh sebab ini trial and error saja

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan..sy ade masalh dmax susah nak start..scv dh tukar..boleh sy tahu bengkel tuan di mn ye

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam,masalah DMax perlu servis fuel pump,in sha allah ok

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, maaf tumpang bertanya. Indicator pada dashboard telah menunjukkan paras minyak enjin pada paras minimum, soalan saya boleh tak jika saya masukkan minyak enjin diesel 15w-40)sebagai tambahan untuk kegunaan sementara sehingga akhir bulan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,boleh tiada masalah

      Delete
  6. Assalamualaikum, maaf tumpang bertanya. Indicator pada dashboard telah menunjukkan paras minyak enjin pada paras minimum, soalan saya boleh tak jika saya masukkan minyak enjin diesel (15w-40)sebagai tambahan untuk kegunaan sementara sehingga akhir bulan ini.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, maaf tumpang bertanya. Indicator pada dashboard telah menunjukkan paras minyak enjin pada paras minimum, soalan saya boleh tak jika saya masukkan minyak enjin diesel (15w-40)sebagai tambahan untuk kegunaan sementara sehingga akhir bulan ini.

    ReplyDelete
  8. Assalam tuan,

    Saya nak tanya...kereta saya Saga BLM Manual 1st Model..masalah saya ruang gear free byk (kosong), bila nak tuka gear dari gear 2 ke 3 kadang temasuk gear 5, nk tuka gear 3 ke 4 kadang temasuk gear reverse...nk masuk gear reverse pn susah kna tekan kuat2...start jadi cmni bila lpas tuka clutch plate baru...pstu pomen check kata bush lever gear dh pecah...dh tuka bush baru pn sama juga bila gear kt free rasa kosong byk... pada pendapat tuan itu masalah apa ye? mslh kt gear box ke ye?

    Terima Kasih bebanyak Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah ini masalah master clutch pump,perlu tukar

      Delete
    2. Maaf tuan, saya agak kurang jelas.

      Maksud saya ruangan yang rasa kosong byk tu dekat tombol gear...mksud saya tombol gear tu bila dalam keadaan gear free saya goyangkan rs kosong...

      apakah ianya juga berkenaan dengan clutch pump yang tuan nyatakan atau ada sebab lain juga ye...

      Maaf tuan mungkin penjelasan saya buat tuan keliru...sy krg pengalaman bab masalah kereta ni...jadi mgkin penerangan masalah sy x jelas...

      Terima kasih tuan atas maklum balas.

      Delete
  9. saya juga tak jelas,sekarang dah jelas jika itu yang dimaksudkan kena pemegang dari tombol sehingga ke atas gear kerana komponen tersebut telah terlalu lusuh,ini biasa berlaku jika kereta melebihi 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok terima kasih atas penjelasan tuan...ianya amat membantu...

      Terima kasih tuan...

      Delete
  10. Salam encik .saya nak tanye..jika kereta saya mengalami leaking minyak hitam yg teruk..sehingga kering terus minyak hitam..then saya tk gune pun kereta tue..boleh tak kalo saya isi semula minyak hitam..start semula kereta untuk bawak pegi workshop..kereta tk jalan lebih kurang 3 minggu dah..

    ReplyDelete
  11. wslm,boleh cuma jika keluar mengalir banyak selepas dituang,yang itu tidak boleh ,kena baiki dulu,jika tiada berlaku begitu,tiada apa2 yang perlu dirisaukan

    ReplyDelete
  12. Salam, sy pakai viva 1.0 auto. Gear P/N, ekzos ada bunyi zup zup (bersekali dengan gegaran enjin/drop). Mohon bantuan, tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,throttle body sangat kotor,pastikan ia dicuci servis untuk pembakaran minyak lebih sempurna,jika minyak tidak habis dibakar akan ada bunyi akhir ekzos apabila Parking atau Normal

      Delete
  13. Salam . Tuan sy nk tnye . Kereta sy accord s86 2002 auto . Kereta terasa berat bila memotong . Dan terasa jatuh bila tukar ke gear 4 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gear slip adalah akibat minyak gear auto yang kotor,saudara perlu gantikannya dan gunakan minyak yang lebih berkualiti

      Delete
  14. Kereta sy jenis ford lynx 1.6 auto..tahun 1995....masaalah nya bila injin sejuk beberapa jam, injin mula di hidupkan...masuk gear Drive kereta terpaksa tggu lama utk bergerak...apa masaalah nya tuan mekanik

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah solenoid shift sensor yang ada dalam kotak autofilter,perlu ganti semuanya

      Delete
  15. salam tuan mohon bertanya
    1. kenapa meter km waja jadi separuh nombornya adakah meter dh rosak.
    2. waja saya tetiba ter senggut nak mati bila test bateri pada pencucuh nampak bila meter power berkelip enjin mcm nak mati tapi tak mati sepenuh nya masih hidup..
    semoga tuan dpt beri cadangan
    terima kasih tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,
      1.kes begini memang meter rosak
      2.alternator kereta tuan hampir rosak,bateri tidak mengecas penuh lagi

      Delete
  16. Assalamualaikum. Satria Neo. Masalah Batteri Kong, alarm tk bole pakai. Masuk kunci kt pintu jd macam loose so tk bole nak buka bonet depan dr dalam untuk tukar batteru baru. Ada cara pnyelesaian tak. *kereta ada pakai additional security guna card scan sebelom hidupkan engine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada dua pintu yang guna kunci boleh cuba gunakan kunci pada kedua2 pintu,jika tidak berhasil perlu gunakan cara ini,lihat post saya ini dan klik laluan ke video youtube

      https://mekanikkereta.blogspot.com/2012/05/ini-bukan-untuk-curi-kereta.html

      Delete
  17. Anonymous2/5/19

    Salam, Tuan saya nak tanya
    saya baru beli hyundai accent 1.5 2004. saya baru tukar tangki air dekat kedai tukang repair menguna air yg kuat menyebabkan wayar cam sensor terputus, kemudian saya menukar sensor yg baru, tetapi rpm menjadi low bila on air-con sehingga tersemput2, dan cara penyelesaiannya
    Diharap tuan dpt memberi cadangan,
    terimakasih tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset dulu ECU ,pastikan dulu soket cam sensor kering,

      Delete
  18. Salam Tuan, saya nak tanya berkenaan Dmax 4x2 2010 saya, saya baru overhaul 2 minggu lepas, beberapa barang telah ditukar dengan cost 5+++. saya perlu bawak dulu selama 1000 km sbelum perlu tukar sekali lagi minyak hitam dan filter. saya dah bawak hampir 1000 km tapi beberapa masalah timbul, enjin perlu di pump dulu untuk start kalau tak minyak tak naik. satu lagi masalah asap, akan keluar beberapa kali kalau saya naik bukit atau bawak lebih kurang 80km sejam. boleh tuan bgtau apa masalah nya, sbelom overhaul saya dah service injector, xde masalah, diesel filter pon dah tukar. xde bunyi pelik dekat enjin, enjin tak drop power waktu bawak 80km/h 2000rpm saya tak bawak lebih pada sebab akan klur asap..lepas tu setiap kali nak idupkan enjin akan kluar asap lepastu hilang. terima kasih tuan, mohon maklum balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,fuel pump DMax ini lemah dan ia boleh diservis selain tukar,lakukannya supaya ia selari dengan enjinnya yang menggunakan alatganti baru,in sha allah ok dan asap hitam juga akan hilang

      Delete
    2. Terima kasih Tuan atas maklum balas, pagi tadi tergerak hati nak check paras minyak engine, rupanya dah bercampur dengan diesel dan dah melebihi paras yg dbenarkan, adakah ini juga masalah fuel pump yng lemah dan injector atau ada kemungkinan berlaku kesilapan sewaktu overhaul? Mohon pandangan tuan..

      Delete
    3. kalau diesel dan minyak hitam bercampur,ini masalah overhaul tidak sempurna,fuel pump ok cuma pembakaran dalam enjin ada minyak hitam dan tentu enjin akan meragam

      Delete
    4. enjin akan ada asap hitam,hilang kuasa akibat minyak bahanapi bercampur minyak hitam,cara penyelesaian ialah bersihkan throttle body dahulu supaya minyak hitam dan diesel bersih kemudian setting semula enjin

      Delete
  19. Salam Cik, sya nk tnya. lepas tukar kunci keta sya start dh x boleh. Lampu merah kat meter nyala. Knapa ye? Dn bgaimana nk buat? Keta saga blm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa fuse IGN atau ignition ,jika putus gantikannya,ada sesetengah kunci yang diganti tidak sesuai atau rosak pada bahagian soket dan badan kunci,periksa semula di wsyop yang memasangnya

      Delete
  20. Anonymous11/5/19

    salam, Tuan saya nak tanya bagaimana saya nak tahu sama ada
    ignaition coil saya masih baik atau tidak untuk kereta hyundai accent 1.5 2004, dan cara nak confirm yg ignaition coil betul2 rosak
    harap tuan dapat memberi cadangan
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cabut salah satu coil pada plug dan letakkan plug lain pada penghujungnya dan setuhkan atau letakan atas head dan lakukan cranking dengan start enjin pada kadar segera dan lihat api pada plug untuk tentukan api ada pada spark plug. Selain itu jika ignition coil plug ada masalah ada api pecah jika enjin dihidupkan

      Delete
  21. Assalamualikum tuan klu utk kerta kia sportage thn 2002 pla mcmna mau buat tu tuan

    ReplyDelete
  22. hello tuan,saya nak tanya.macam mana reset perodua myvi yang masalah immobiliser ?reset pakai kod ataupun macam mana tuan?lama pakai alarm dan remote pun hilang.tinggal 1 kunci saja lagi.boleh bagi cadangan macam mana utk hidupkan?

    ReplyDelete
  23. gunakan kod untuk reset jika ada,apa yang saya terangkan di atas adalah kod cubaan bermaksud trial and error,biasanya kod bukan yang susah atau sukar

    ReplyDelete
  24. kereta myvi saye ade msalah immobilizer ni..dh hampir 5x...sering hantar reset sbb start enjin xboleh nk hidup..ingt nk tukar tp mahal jugak kos satu set..dn harini berlaku lg mslah sama..boleh mintak pndangan bro cara nk hidupkn kereta tak?saye rasa rasa transponder kunci saya pn dh gila..dn dimana boleh saya dpt kod asal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kod asal tu cuma ada pada pemilik asa,jka saudara pemilik asal kereta tentu saudara ada kod tersebut,jika tiada kos cuba guna kaedah yang saya catatkan diatas tetapi kaedah ini trial and error jika 3 kali kod salah,tunggu selama 30 minit untuk cuba semula

      Delete
  25. Assalam Yuan. Kereta saya Nissan livina 1.6 tahun 2010. Tiap-tiap pagi, bila masuk gear D kereta saya masih take bergerak. Kena tunggu enjin panas baru boleh bergerak. Apa masalahnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar shift solenoid sensor dalam kotak minyak gear auto

      Delete
  26. salam. Pencucuh rokok tak nyala. dah tukar baru pun masih tak nyala. kenapa ya? ke salah sambung wayar? wayar kereta warna hitam putih dan biru, wayar pencucuh baru warna hitam dan merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,supply kuasa tiada,periksa fuse,jika ok bermakna ada masalah pada wiring negatif

      Delete
    2. terima kasih tuan. fuse okay. ke silap sambung? sebab saya saya guna tape je. perlu solder ke?

      Delete
    3. kalau tape pun dah boleh,tak perlu solder

      Delete
    4. Salam..bos nk tanya r..wira 1.5 injection mmc auto..api distributer tkde...distributer da tukar,relay ,fuse semua da tukar..tp gitu jugak..relay fuelpump da tkr..sama gak...kenapa bos ehhh? Wayar ke distributer ada current yg 6pin,dan yg dua pin pon ada gak current...tetap api tkde..

      Delete
    5. wslm,ini masalah ECU,perlu dapatkan ECU yang lain,inshaallah ok

      Delete
  27. Assalamualaikum tuan.. kalau transponder hilang dari kunci, boleh ke kita gunakan code yg kita ada utk menyahkan immobilizer tu? atau perlu ada transponder jugak wlupun rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,perlu ada transponder untuk reset immobilizer ,jika tiada code tidak berfungsi

      Delete
  28. Assalam tuan dan slmt hari raya.
    Soalan sy, mcm mana nak bypass or matikan terus immobilizer perodua viva sy? Kedua2 kunci utama telah hilang dan costing utk buat blk kunci serta reprogram chip immo agak mahal. Sy mempunyai 1 kunci spare yg sy buat klu ape2 hal berlaku tetapi maklumlah bkn kunci immo. So kereta tak dpt dihidupkan. Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,agak sukar melainkan cabut keseluruhan set termasuk pada PCM

      Delete
    2. Salam tuan..hlix sy revo 2.4..starts xbleh hidup..ecu bru tkar da tunning..

      Delete
    3. wslm,ECU tiada masalah ,periksa semua fuse ignition dan pastikannya hidup begitu juga dengan fuse fuel pump jika semuanya ok dan tidak juga mahu hidup ia tanda fuel pump ada masalah

      Delete
  29. Assalamualaikum and hi.

    Saya baru membeli kereta kancil 850cc pada pertengahan bulan disember 2019, dengan harga yang agak tinggi. Tetapi kondisi kereta kurang memuaskan dengan harga yang dibeli. Kereta saya baru ditukar gas aircond, tetapi fungsi aircond tidak dapat digunakan dengan baik. Apabila saya turn on aircond, kereta mudah mati, dan kekadang kereta terdengar dan terasa berat. Selain itu, aircond jugak kekadang tidak mahu on bila di buka. Saya difaham perlu mengetuk bawah dashboard untuk memungsikan aircond tetapi tidak selalu berjaya. Justeru, apa yang perlu saya buat? Apa masalah sebenar aircond kereta saya, atau apa masalah kereta saya?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah aircond tidak bekerja akibat komponen yang lama ,tandanya saudara terpaksa ketuk dan gegarkan wiring ,ini sebenarnya keadaan cooling coil yang kotor serta soket yang longgar dibahagian dashbod dan menyebabkan ia sekali sekala saja bekerja,sebaiknya saudara servis aircond termasuk blower ,ini saja yang dapat membantu aircond bekerja dengan baik

      Delete
  30. Salam tuan,

    Saya pakai kia pregio 2.7

    Saya nak tanya kenapa tangki air simpanan saya bila mati enjin, air macam mengelegak? Mcm tengah masak air. Haha

    Tgk dalam radiator semua ada air lagi. Even dalam tangki simpanan pon ada air. Dan boleh ke saya jalan van saya walaupon aircond fan saya dah rosak? Sebab sometime temperature mcm naik sikit kalau bukak aircond

    And berapa kos normal utk tukar water pump, thermostat and aircond fan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila aircond fan tidak berpusing ia tidak jadi masalah cuma suis aircond mesti dimatikan.Air mudah menggelegak jika ada kipas mati dan aircond dipasang.Kos ganti thermostat ,water pump dan aircond fan sekitar rm800

      Delete
  31. Tuan. Kenapa bahagian tayar depan kereta saya berbunyi ketak3 apabila menggunakn brek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. periksa tayar,pastikan tayar tiada bengkak atau benda terlekat

      Delete
  32. Salam, tuan. Saya baru menukar 1set brek depan yg baru (Viva 1.0 auto). Selepas bbrapa hari (membrek cantik), keluar/masuk parking (membelok) ada bunyi "tang"/"ktak". saya agak spt di bhgian depan-bawah. adakah bunyi tu dr sistem brek atau lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa semula brek,ada kemungkinan ia tidak dipasang dengan baik dan juga diketatkan dengan elok

      Delete
  33. assalamualaikum..
    kembara saya tak blh start..awal pagi td blh..saya parking., lps tu hidup kn dh tk bkh..ada kah msalah satarter atau ada msalah lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika ada bunyi starter ia masalah lain seperti fuel pump atau plug,jika tiada crank langsung baru masalah starter

      Delete
  34. Admin ada bengkel ke.. kalau ada share la...

    ReplyDelete
  35. Selalunya nombor immoboliser tu berapa digit? 4 digit ke?

    ReplyDelete
  36. Salam tuan mekanik yg budiman, terima kasih atas tunjuk ajar berkaitan masalah immobilizer. Sedikit memberi harapan kpd saya yang kehilangan kedua2 kunci kete persona saya.. Huhuhu...

    Sya berhasrat utk menukar sendiri set kunci yg mgkn bernilai rm200 tapi timbul persoalan samada setelah tukar set kunci tu adakah sy akan dpt start enjin sy sbb kod immobilizer mesti dh berlainan. Mohon tunjuk ajr tuan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar lengkap 1 set termasuk transponder

      Delete
  37. Salam,kereta saga fl saya bila on kunci lampu enjection tak menyala,enjin pun tak bolh hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan crank sensor,in sha allah ok

      Delete
  38. Kereta saya mati dengan tiba2.selepas mati saya on suiz lampu check enjin tak menyala kereta tak boleh start? Knpa ya

    ReplyDelete
  39. Salam tuan, Kereta sy persona elegance thun 2011..masalahnya
    1st-start enjin kadang die ok trus hidup,tgh2 jln tba2 rpm naik trus ke 8 naik cek enjin...enjin hidup kdg2 mati jgk...dh tukar crank sensor,dh gant fuel pump, knock sensor tp msalah sama msh jgk jd harap tuan dpt tlg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,rpm tak stabil adalah masalah thrttle sensor,throttle kotor dan juga plug yang cepat kotor,perlu baiki dan ganti parts ini supaya rpm boleh stabil

      Delete
  40. Assalam tuan sifu. Saya bercadang nak beli kia sportage lama. Tapi masalah nya kereta x boleh start disebabkan immobilizer rosak. Boleh tak buar direct bypass je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh bypass tiada masalah

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan klu kia sportage lame nak bypass system immo tuan boleh buatkan? Lokasi bengkel please..

      Delete
    3. waalaikumsalam,mana2 bengkel berdekatan boleh buat,bengkel saya tak operasi,maaf

      Delete
  41. Slmt pg tuan,perodua viva kalau lari seting imblizer dsebabkn saya angkat cylinder head,mcm mana nak lakukannya supaya enjin dapat hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt pg setau saya viva tiada immobilizer jika ia ada dipasang seperti soalan saudara bermakna perlu set semula dengan code yang diberikan oleh tukang kunci

      Delete
  42. Salam bang, kereta saye kembara auto 2000, baru beli dari kawan, saye baru tukar coolant baru, oil filter, minyak hitam saye pakai toyota semi..absorber depan dgn mounting saye baru beli tapi tak buat lagi..soalan saye, ape lagi saye perlu tukar sebab kereta nak masuk 20 tahun, enjin pon rase berat kalau tekan minyak lebih 80km

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar spark plug,fuel filter,timing belt dan minyak gear auto serta auto filter

      Delete
  43. Salam tuan, saya guna viva, baru-baru ni saya ada servis aircond dan tukar sekali belt aircond, saya beli online dapat 3 belt, semua saya tukar, tetapi bunyi krik2 masih lagi kedengaran, apakah yang perlu ditukar dan berapa kosnya?

    Dan bagaimana nak atasi masalah minyak enjin menitik dari bawah kereta?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi tersebut berkemungkinan tensioner bearing telah keras.

      Minyak enjin akan menitik hanya jika ada bocor gasket dsbnya,seperti gasket oil sump,oil filter dan juga kadangkala gasket head cover dan terus menitik ke bawah

      Delete
    2. Terima kasih atas reply, saya akan periksa dengan mekanik berkenaan tensioner bearing itu.

      Gasket tu macam penutup getah, betul ke? Berapa kosnya tuan?

      Delete
    3. btul macam penutup getah,kos dalam rm90

      Delete
  44. Salam boss. Kalau lancer gte cvt convert manual? Ada masalah tak? Berapa kos dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kos dalam,rm8000 ,tiada masalah tukar

      Delete
  45. Salam tuan saya pakai Kereta gen2 masalah skrng ni Kereta sy xblh start dah bawa pergi scan keluar immobiliser..tpi nak cooding fail.. Kenapa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ada gunakan immobilizer,ia perlu resetkan dulu,biasanya code telah silap dan enjin diletakan pada lock

      Delete
  46. Salam sy guna kereta kia carens 1..
    Masalah sy..knape plug no.3 jd hitam@kotor dr plug yg lain ok..
    Kereta bila brgerak semput n bhenti simpng mcm nk enjin mati..
    Coil n cable sume baru tukar..
    Mohon tunjuk ajar..
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,plug jadi hitam kerana campuran api dan inyak yang tidak sekata,ada kemungkinan,terdapat sikit minyak yang keluar dari injector untuk plug no 3 dan ia akan lebih hitam dari lainnya

      Delete
  47. salam bos,,kalau lampu immobilizer estima memng normal ka kalau berkelip2 slepas enjin dimatikan dn smua pintu dikunci

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika berkelip ia tanda alat itu memang berfungsi

      Delete
  48. Assalamualaikum
    Macam mana nak reset immobilizer?
    Semalam ada mekanik tunjuk keluarkan immobilizer dari kunci. Letak dekat ignition.
    Sebelum itu ada mekanik buat cabut cable bateri sekejap.
    Kereta tidak boleh start. Ada di tempat patking.
    Ikut cara di atas boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,cara paling mudah ialah reset di service centre kerana mereka ada sipan code sebenar. Cara diatas adalah trial and error ,boleh dicuba tiada masalah

      Delete
  49. nk tny encik de kedai bengkel kereta ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf belum kembali beroperasi semula

      Delete
  50. Salam,

    1.hari tu mekanik saya isi ATF 3 liter ke viva saya. minyak enjin pun mcm tlebih juga.ada masalah kalau biar?
    2.perodua viva auto 1.0, naik bukit mcm xnak ja. tuan agak2, apa penyelesaiannya?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,
      1.perlu kurangkan kerana terlebih boleh jadikan kereta bera manakala minyak enjin lebih berat dan akan keluar banyak asap putih
      2.kurangkan minyak gear dan minyak enjin ketahap yang sepatutnya

      Delete
  51. salam..saya nk tanya cara untuk mematikan immo kia sportage

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cara dia atas yang saya tunjukkan boleh digunakan tetapi masih dalam lingkungan trial and error sahaja

      Delete
  52. wslm,cara dia atas yang saya tunjukkan boleh digunakan tetapi masih dalam lingkungan trial and error sahaja

    ReplyDelete
  53. Assalam tuan..
    Boleh sy tahu common issues & cara penyelesaian bagi saga flx?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah boleh dielakkan jika menjaga minyak hitam dan minyak auto gear secara berkala,pastikan setiap 5000 atau 10000km minyak enjin ditukar dan setiap 20000 untuk minyak autogear dan autofilter ditukar

      Delete
  54. As'salam tuan...ape punca enjen tiba2 mati masa trperangkap dlm banjir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin akan mati biasanya apabila plug coil kena air,akibatnya plug tidak bekerja dan enjin akan terus tidak dapat dihidupkan melainkn plug coil dan distributor dikeringkan

      Delete
  55. Salam, tuan. Sy nak tanya berkenaan myvi sy. Kereta pernah overheat tp enjin belum mati, ianya kerana pam bocor. Sekarang sy hadapi masalah lain di mana myvi sy, temperature akan naik hanya sewaktu jalan jem dan mendaki bukit. Power jugak semakin berkurang semasa mendaki bukit. Boleh tuan huraikan masalahnye dan berapa anggaran kos baiki.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,apa yang perlu lakukan ialah tukar hose air radiator atas dan bawah serta U hose dan lebih elok lagi jika tukarkan juga laluan air hose besi dari radiator,ini kerana karat banyak dalam laluan walaupun enjin tidak overheat tetapi laluan panas akan menyebabkan badan enjin panas dan komponen sukar bekerja dan menjadi kurang kuasa dan geseran sebabkan enjin berat,kos tukar laluan hose air adalah sekitar RM300-400 sahaja

      Delete
  56. Aslmkm tuan, saya baru tukar bateri remote, ok boleh off alarm dn buka pintu tapi tk boleh start enjin le pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,resetkan alarm kemudian cuba hidupkan enjin semula

      https://mekanikkereta.blogspot.com/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html

      Delete
  57. salam tuannn...nk tnye...kia sprtage sy problem immobilizeer...ad cra ke untuk mematikam immobilizeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlukan bypass code atau tukar keseluruhan kunci dan transponder

      Delete
  58. Salam Tuan,

    saya nak tanya. Kereta saya Saga BLM. Minggu lepas baru jea saya tukar kunci satu set keculai Alarm disebabkan kehilangan transponder kunci asal. Selepas tu, kereta boleh start seperti biasa.

    Soalannya saya, Kenapa enjin tak boleh start selepas seminggu? mungkin disebabkan kunci tersebut ada masalah ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cuba reset transponder masukan kunci kemudian pusing ke Ignition dan ON ,Biarkan 10 minit dan pada 45 saat terakhir OFF kan kunci di OFF dan pusing semula ke ON dan buat sekali lagi setelah itu start enjin seperti biasa,jika tidak berkesan perlu reset guna computer

      Delete
  59. Salam tuan..nak tnya kenapa kereta saya bila guna kunci spare tidak boleh start. Myvi 2009. N mmg guna imobilier. Kenapa yea.. Asap plz

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mungkin kunci spare tersebut lain dan transponder tidak dapat mengesannya

      Delete
  60. Salam encik.. saya ada 1 masalah dgn kereta saya.. saya pakai axia standard E, manual.. x pakai alarm.. kereta sy tu bila time sejuk @ mendung @ hujan, x blh start.. bila time panas kereta blh hidup.. sy dh check di kedai.. dia ckp masalah immobilizer.. tp x jumpa spare part.. perlu ke sy tukar 1 set immobilizer tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,itu yang sebaiknya jika tiada spare part

      Delete
  61. Assalamualaikum tuan.. Kereta wish sy alami masalah immobilizer ni.. Adakah cara yg tuan bg ni boleh diguna pakai pada kereta sy atau ada cara lain yg fuan boleh cadangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh guna,sebenarnya cara reset sempurna ialah dengan code yang diberi oleh penjual kereta,jika kereta baru code ini akan disertakan tetapi untuk kereta second hand code ini biasanya tidak diendahkan lagi oleh penjual kereta dan pembeli jadi mangsa,service sentre juga boleh reset code secara berkomputer,wallahualam

      Delete
  62. Tuan,kereta sya Mitsubishi triton 2006 tak boleh hidup sebab immobilizer cobra 8520 rosak immo nya guna touch key macam mana nak bypass atau nyahaktifkan kod

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cara yang dinyatakan di atas,in sha allah ok

      Delete
  63. hello tuan, nak tanya untuk kereta gen 2 kalau buang sensor dekat kunci boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensor tersebut berkait dengan transponder pada kereta,jika dibuang enjin tidak dapat dihidupkan,melainkan ia dibuang keseluruhannya termasuk sistem transponder

      Delete
  64. Assalamualaikum encik...saya nak tanya berapa harga yang perlu dibayar untuk setting/program chip transponder yang baharu?terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam jika termasuk tukar set harganya sekitar rm500

      Delete
  65. Kereta saya PERODUA kembara auto 1.3. Bukan dvvt.
    Masalah enjin boleh crank. Tapi tak boleh hidup. Fuel pump berfungsi baik. Minyak petrol ada naik. Tapi check pada spark plug tiada percikan api. Apa masalah dan cara baiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Distributor ada masalah perlu ditukar,pastikan juga fuse ignition hidup dan tidak putus

      Delete
  66. Salam. Jika lambang enjin xmenyala. Boleh ka ke proton servis untuk reset?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh jika tiada masalah ECU atau crank sensor

      Delete
  67. salam encik..
    saya nak tanya,kereta saya jenis proton saga BLM 1.3 auto...pagi tadi kereta saya dlm keadaan baik sehingga sampai dekat bonggol saya break sedikit, terus simbol D tu berkelip-kelip kat dashboard.ini baru pertama kali jadi pada saya..adakah masalah auto sensor atau gearbox ya??dan berapa lingkungan kos baikinya ya??

    terima kasih encik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kelip2 tanda minyak kurang,periksa dulu jika ada kurang minyak auto dan jika kurang pastikan dimana tempat bocor yang perlu dibaiki,kos bocor oil seal drive shaft kira2 rm200 sebelah dan kos pada gasket tangki auto juga sekitar rm200 tidak termasuk minyak auto dan autofilter baru.
      2.Jika tiada kurang minyak atau bocor ia adalah akibat speed sensor rosak

      Delete
  68. salam encik,,,
    nak tanya reset transponder immobilizer kereta saga MT 2009 berapa harga yang perlu di bayar,,??,,masalahnya adalah transponder yang bertaburan tidak bertemu,,,reset semula ecu ato reset immo saja,,???tolong bantu saya melalui e-mel adisuyetno@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pusing kunci ke ON dan biar sekitar 10 minit dan pusing semula ke OFF kira2 45 saat dan pusing semula ke ON kemudian OFF semula kira2 45 saat. Ini cara reset transponder.

      Delete
  69. Bos boleh minta no hp ka

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum. Kereta saya, kunci pintu tak berfungsi sepenuhnya. Perlu unlock manually guna kunci dan tak centralize. Hanya pintu driver shj yg akan unlock. Pintu lain lain still lock. Sebelum ni ok.Tak boleh guna alarm jugak. Bunyi alarm shj ada,tp pintu masih berkunci. Dah hantar kedai tp mereka pun tak pasti kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saudara perlu tukar alat auto lock pintu utama iaitu pintu driver ,setelah itu pastikan pomen periksa kuasa untuk autolock semua pintu hidup,in shaallah ok

      Delete
  71. Assalam tuan..nk tnye sket.alarm kereta saga sy tu dh tukar lain..masalah skrg,klu sy lock guna remote atau manual guna kunci,kereta tiba² auto unlock dlm masa 4 ke 5 minit cmtu..knapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kena periksa autolock pada pintu utama,pintu driver,kadangkala autolock motor terlalu sensitif turun naik jadi ia akan lock sendiri kerana keadaannya yang lembut dan mudah lock,biasanya perlu tukar autolock pada pintu utama

      Delete
  72. Salam boss..sy ad 1 kter sga blm lmpu enjin xmnyala..cek relay n fuse brkaitan engine relay cntrol n fuse ecu smue ok xd mslah..ad kah sbb immo..mcm mne cre nk reset immo..smlm sy ad ltk kn knci dkt sensor immo y attach pd ignition..dah ok..then jdi balik..mntk bntuan bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat reset ECU dulu ,jika tak ok whatsapp 0173023492

      Delete
  73. Salam, remote kereta saga baru x bole unlock klau baru keluar dr tmpt sejuk(aircond), tp kalau keluar umh (umh xde aircond) bole lak unlock/lock..kalau kunci tu suhu biasa dia ok tp kalau kunci tu sejuk trus x ok. Skang kene genggam kunci tu dlm 2-3minit bg haba sikit baru leh unlock kete..apa masalahnye tu mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bateri remote perlu tukar kerana bila bateri lemah haba sedikit biasanya akan naikkan kuasa batri sedikit dan alarm boleh guna sekejap

      Delete
    2. Oo..tp baru gak tukar betri maknanya cina tu tipu sy la hmmphh!! Ok tq for info

      Delete
  74. assalamualaikum tuan..maaf sy nak bertanya..baru ni kereta sy kia sephia tiba2 tak hidup..so sy ingt masalah bateri..dh cas...so hidup..tp keluar simbol CHECK keluar...jdinye 2 masalah apa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah gangguan sensor,buat reset ECU inshaallah hilang tanda tu

      Delete
  75. Assalamualaikum... Kunci proton dekat mana yg boleh buat kunci skli dgn cip skli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      GT ONE SMARTKEY SDN BHD
      No.G-3, Jalan Kenari 13A, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan

      Delete
  76. Salam saya nak tanya kalau saya nak tambah Proton immobilizer boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,immobilizer adalah sistem sekuriti kereta dan ia memang boleh dipasangkan, saudara perlu ke woksyop aksesori yang memasang sistem keselamatan kereta.

      Delete
  77. assalamualaikum..saya ada masalah untuk hidupkan kereta saya. saga blm 1.3.

    mula nya beteri low. dah tukar beteri baru.

    sekarang bila on check light engine tak padam.

    kipas automatic terus berpusing walaupun kunci belum on sekali lampu besar.

    on kunci lampu panel semua bernyala.

    fuel pump tak berhenti pump minyak ke fuel rail.

    throttle body lansung tak buka.

    adakah ada kene mengena dengan immobilizer?

    engine boleh crank ( starter berpusing) tapi tidak hidup.


    mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,ECU amat sensitif jika bateri dipasang dengan cara salah,dalam kes ini saya pasti ECU kereta ini telah terganggu dan mungkin terbakar yang menyebabkan semua keadaan yang saudara sebutkan. Saudara boleh cuba buka semula bateri dimulakan dengan kabel negatif dulu dan dipasang semula juga dengan negatif dulu,jika keadaan masih sama saudara perlu tukar ECU untuk menjadikan kereta elok semula

      Delete
  78. assalmualaikum tuan..sy nk tanya ..masa tngah drive..kereta sy tetiba mati enjin..lampu radio msih menyala spenuh nya..lampu masih terang..lpastu sy cuba start terus x hidup..blh tuan bagi pendapat mcm mana nk selesai kan masaalah ni tuan..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila mati ia tanda ada komponen seperti fuel pump yang tidak bekerja ,jika tiada tanda2 untuk hidup ia memang pasti fuel pump perlu diganti

      Delete
  79. Salam,kereta saya proton persona tidak boleh dihidupkan,makanik bagitahu masalah immobilizer.Tuan ada menyatakan tentang code.bersama kunci kereta saya terdapat plat besi bersama no 30244.Adakah ini code immo saya? Dan kenapa ada 5 number? Dan jika ya, bagaimanasaya boleh reset cara manual. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.mekanikkereta.com/2019/03/cara-bypass-kod-immobilizer-secara.html
      Baca tajuk yang saya tulis ini dan masukkan kod immobilizer yang saudara ada,inshallah boleh

      Delete
  80. https://www.mekanikkereta.com/2019/03/cara-bypass-kod-immobilizer-secara.html
    Baca tajuk yang saya tulis ini dan masukkan kod immobilizer yang saudara ada,inshallah boleh

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum tuan, proton savvy saye tak boleh hidup, dah pulas kunci pon lampu kat meter tak hidup. Adakah ini disebabkan cip immobilizer tercicir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cip immobilizer kalau tiada memang enjin tak boleh dihidupkan

      Delete
  82. selamat pagi bang...
    sy memerlukan kan advise abg...
    sy ni bekas mekanik kerja kat pusat servis proton..
    sekarang dah buka sendiri...
    skrg sy ada 1 masalah,,,kreta wish.
    1az-fse (2.0 D4)
    kreta recond.

    masalah kreta ni,,,check enjin x kluar bila on kunci.
    indicator immobilizer pun xnyala..
    supply masuk ecu ada,
    grounding ecu pun ada..
    suspect utama sy memang ecu internal problem..tpi,,,masalah nya,,,sy dh cuba tukar 3 unit ecu n masalah yg sama juga,,enjin warning light x kluar waktu on kunci.
    ape pendapat abg?..
    immobilizer boleh jadi punca utk buqt enjin warning light x keluar ke?
    dan lagi 1,,dekat ignition key kereta ni.immobilizer ring sudah di alihkan...xde immobilizer ring..sblum ni kreta ni jalan mcm biasa tanpa benda tu.mungkin sblum ni masa kreta ni hamntar kat malaysia sudah di alih kan..

    harap abg dapat memberi sikit advise utk membantu sy dalam kes ini...
    terima kasih di dahulukan...
    🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi,crank sensor tukar dulu jika masih tak boleh ada problem pada immobilizer

      Delete
  83. Assalamualaikum, saya bawa persona lama 1.6
    Mslh saya kereta mmg susah nak start. Selalu ada bunyi ktak3. Bateri n starter baru. Kereta pakai kunci lain sbb kunci asa yg ade alarm tu patah. tp letak sekali lah sbb dlm tu ada cip kan. Adakah ini sbb immo juga. Selalu sgt x boleh start.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini sebab starter,ada lebih baik saudara tambahkan relay starter wayar,minta ,mekanik tambah kerana ia tunjukkan tanda kurang kuasa negatif untuk menggerakan starter untuk start enjin

      Delete
  84. Assalamualaikum tuan .. Kereta saya ada masalah Alarm..kereta takmau hidup dan alarm bunyi terus .. skrng l Alarm Sudah cabut dan Semua Wayar dkt Dashboard Sudah Di kasi Bypass , baru hidup kereta ... Skrng Perkara sama terulang .. injin kereta tidak mau hidup sudah . Apaa masalah nya tu tuan ?

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum taiko...
    1.adakah reset transfonde Dan immobilizer 2 job yg berbeza?
    2.bila dh buat reset ni adakan enjin berterusan boleh dihidupkan atau ade tempoh masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tiada reset transponder yang ada cuma reprogram dan tak perlukan kod macam reset immobilizer.
      2. Reset imobilizer cuma jika ada masalah seperti enjin tak dapat hidup sebab kunci rosak atau engine lock ,bila dah reset ia ok terus macam biasa

      Delete
  86. salam encik.. sy nak tanya ni.. sy pakai kereta axia e(paling murah) kunci keta hilang dua2, kunci salin ada tp sy bukan buat smart key sy salin biasa, mcm kunci kancil jadi kereta xleh hidup bila nk start dia crank je tp x hidup.. apa patut sy buat encik, boleh ke pakai cara encik ajar kn ni?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh cuba cara saya tapi kereta ini ada security immobilizer.Cara paling baik ialah reset immobilizer menggunakan OBD2 alat scanner di wsyop

      Delete
  87. Viva saya ezi 2013 auto, immobilizer terbakar td ms bkr sampah...adakh cara ini dapat di guna pakai , whatsapp saya 0193110669

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara di atas adalah trial and error untuk bypass,boleh digunakan untuk apa2 jenis kereta yang gunakan immobilizer,cara yang betul untuk reset boleh juga gunakan OBD1 atau OBD2

      Delete
  88. Myvi 1.0 flash code 81 . Boleh bypass ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba,code 81 memang untuk immobilizer malfunction,samada trial and error code boleh guna,perlu cuba

      Delete
  89. Assalamualaikum tuan.

    Proton saga blm yang tiada remote alarm guna jugak ke sistem Immobilizer?

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum...sy ada beberapa soalan..sy menggunakan Nissan navara d40
    Sy cuba buat bypass manual mcm tuan ajar tu xjd pun...(xpa sj sy try n error)
    Kedua kenapa minyak diesel kereta sy kuat sgt..adakah elok jika remap utk menjimatkan diesel..dan pickup pun pasti akan bertambah lg...sy kalau boleh xnak kacau ECU..sy sekarang menggunakan injecter clener...dpt rasa pengurangan, penjimatan diesel tu...
    Lg 1 pickup kereta sy sekarang jd kurang...kereta sy auto... seperti lambat minyak nak terbakar...sbb sy ada hiluq jgk...hiluq pickup mmg mantap...apakah saranan tuan UTK sy buat supaya pickup kuat blk.. jika pickup kuat pasti minyak akan jimat...tk atas pencerahan dari tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,msalah pickup adalah bergantung kepada kelancaran bermaksud kelancaran sistem injection dan kuasa api untuk pembakaran, sebaiknya tukar keseluruhan injector dan gunakan plug coil yang baik dan lakukan pembersihan hose untuk throttle. Remap juga boleh membantu penjimatan minyak dan reset ECU adalah juga boleh membantu penjimatan.

      Delete
  91. Anonymous13/11/21

    Tuan..estima sy xmau hidup,alarm xdetect kt kereta,sy buka guna kunci manual..mcm mne sy nk reset sistem keselamatan kereta sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reset cara mudah ialah ON kan kunci. cabut positif bateri dan sentuhkan semula ke kepalanya 2 atau 3 kali sehingga ada lampu depan nyala dan bunyi alarm reset 2 kali dengan lampu depan nyala mati 2 kali.inshaallah

      Delete
  92. Imobilizer system ...
    Jika Alza berapa kah kos utk beiki atau betulkan?

    ReplyDelete
  93. Assalam tuan..saya ada masalah kereta kene banjir satria neo..lepas da cuci swmua. Ecu da buka cuci..bila pasang cuba nak start lampu alarm yg biasa blinking kat meter jadi nyala terus..dan x bole start..apa lagi perlu saya buat..
    Mcm mana cara betul cuci ecu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila lampu isyarat nyala semua tanda laluan litar elektrik masih tak terpisah bermakna belum kering betul,alat elektronik yang dicuci perlu dikeringkan panas matahari atau biarkan ia terbuka selama 3 ke 4 hari baru 80 peratus ia akan boleh digunakan,keringkan semula

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,