Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Tuesday, October 13, 2020

Ground wire dan kegunaannya

Salam sejahtera Oktober 2020

Seringkali kita dengar tentang ground wire tanpa mengetahui kepentingan dan kegunaanya sepenuhnya. 
Seperti elektrik dirumah kegunaan ground wire ini adalah mengalirkan keluar cas-cas negatif berlebihan keluar supaya keseluruhan sistem elektrik kekal bekerja dengan baik.

Pada kereta ia dialirkan dari blok enjin ke body kereta dan ini telah dilakukan . Maka sistem enjin dapat bekerja dengan kuasa neutral dan terus bekerja sehingga satu masa kuasa neutral ini akan terganggu akibat wire yang lusuh,kotor atau karat. Apabila kuasa sambungan wire neutral body ini lemah akan ada simptom-simptom pada komponen yang terganggu kerana cas-cas elektrik berlebihan ini yang bersambung terus pada blok enjin seperti throttle body, carburator, alternator dan gearbox.

Simptom utama kurang ground wire pada enjin

1.Badan enjin jadi panas dari biasa

Kesan panas pada enjin ini amat mudah dikesan terutamanaya selepas kereta bergerak dan berhenti. apabila bonet enjin dibuka bahang dari enjin amat ketara, panasnya lebih dari biasa dan amat berbeza dari kereta-kereta lain yang pernah digunakan.

2.Enjin sukar hidup

Pada waktu pagi dan ketika enjin panas ia sukar dihidupkan semula. Ini kerana pada ketika ini cas-cas negatif berlebihan ini telah mengganggu komponen utama untuk menghidupkan enjin seperti throttle body dan carburator enjin itu sendiri. Secara saintifiknya molekul cas ini mengembang dan menyesakkan komponen enjin akibatnya ia sukar bekerja kerana kekesatan dalam mekanisme komponen tersebut.

3.Enjin mati apabila panas dan boleh dihidupkan semula

Pada ketika enjin panas dan cas-cas yang tidak dineutralkan ini akan menyebabkan enjin mati ketika enjin bekerja akantetapi ia mudah dihidupkan semula. Dalam keadaan ini throttle body atau carburator menjadi panas dan tidak mengepam minyak pada kadar yang baik dan berterusan, akibatnya enjin mati tetapi apabila ia mati cas ini tidak lagi mengganggu dan enjin boleh dihidupkan semula.

4.gearbox tidak lancar 

Sentapan kecil berlaku dan adakalanya check engine juga menyala ketika enjin dipandu laju dan gearbox cepat panas.

5.Prestasi enjin lembap seperti kurang kuasa

Kuasa alternator yang  lemah akibat kurangnya kuasa negatif ini akan menyebabkan lampu jadi malap, isyarat panel meter juga kadangkala terganggu.

Ground wire yang sesuai

Copper wire adalah paling baik dan ia mudah didapatkan dari kedai-kedai alatganti kereta ,biasanya bersaiz 18 gauge atau 300 amp sudah memadai untuk sebuah enjin kereta.












Di atas adalah gambarajah sambungan ground wire yang diperlukan untuk sebuah enjin kereta. Terdapat 5 wire ground yang dibekalkan oleh kedai alatganti kereta biasanya dari jenis HKS. cara sambungan amat mudah untk ke lima2 wire tersebut. Setelah mengikat nat pada negatif bateri untuk plat kabel seterusnya adalah seperti berikut:-

Wire 1-Sambungkan ke Alternator
Wire 2-Sambungkan ke Head
Wire 3-Sambungkan ke Gearbox
Wire 4-Sambungkan ke Throttle Body
Wire 5-Sambungkan ke Body kereta


2 comments:

  1. saya baru semalam pasang grounding cable dan cuci throttle body sekaligus pada Exora CPS yg 12 tahun tu,,,dan tukar gear otomatik nya smooth, lampu tambah terang dari asal nya malap,,bila engine panas start nya mudah,,terasa ringan dan pick up

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,