Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Friday, April 16, 2021

Kesan Minyak dalam Radiator

Masalah ini biasa dikaitkan dengan minyak dan air dalam radiator yang bercampur .

Ini juga boleh menyebabkan kepanasan enjin serta keadaan RPM yang tidak stabil. Seperti yang kita tahu radiator adalah komponen utama sistem penyejukan enjin yang mana apabila sampai ke satu tahap radiator akan mengalirkan air melepasi thermostat dan seterusnya ke water pump dan masuk semula ke radiator secara pusingan. 

Apabila keadaan terjadi di mana air dalam radiator bercampur dengan minyak ,ia masih mengalirkan air sebagaimana biasa cuma air dan minyak akan menambahkan kepanasan enjin akibat kuasa air sejuk telah disekat oleh minyak yang bercampur tadi.Akibatnya RPM tidak stabil dan enjin juga menunjukkan kepanasan di meter suhu.

Sebab utama minyak bercampur air  ialah kerana laluan transmission oil telah bocor dan mengakibatkan minyak gear masuk ke radiator dan membentuk air bercampur minyak yang biasanya menjadi kerak seakan putih di penutup radiator.





Terdapat juga di mana oil cooler yang bocor menyebabkan air bercampur minyak.Kereta-kereta moden dengan turbo  dan berkuasa tinggi sekarang dilengkapi juga dengan oil cooler yang dipasang untuk menjadikan minyak tidak terlalu panas untuk dialirkan ke seluruh enjin. 

Oil cooler ini pula dipasang terus ke bahagian takung minyak di laluan oil filter dan salurannya juga di radiator untuk minyak tersebut disejukkan dan masuk semula ke enjin, Tetapi apabila komponen ini bocor akibatnya minyak akan bercampur dengan air dan seterusnya ia semakin banyak dan akan terus berada dalam sistem penyejukan enjin.

Keretakan pada engine block dan cylinder head juga boleh menyebabkan enjin menyedut masuk air ke dalam enjin. Ini kerana kuasa tekanan enjin menjadi rendah dan akibatnya laluan yang sepatutnya diisi dengan minyak dimasuki dengan air juga. Pada keadaan ini pendekatan terbaik dan menjimatkan kos serta masa adalah dengan tukar blok enjin atau tukar kebuk silinder mengikut komponen yang mana retak.

Secara kesimpulannya air dalam ruang radiator yang menampakkan percampuran minyak adalah kerana:-

1.Bocor Transmission cooler

2.Bocor Oil Cooler

3.Keretakan Kebuk Silinder atau Cylinder Head

4.Keretakan Blok Enjin.

Keempat sebab utama ini perlu dipastikan sebelum melakukan proses besar seterusnya seperti tukar enjin dan tukar kebuk silinder mahupun Top Overhaul.


30 comments:

  1. Salam. Abang nak tanya. Kalau macam kereta saya kan naik bukit then turun bukit mesti macam tersentap lepas tu ok balik. Kenapa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Perlu tukar driveshaft ke gearbox sebelah dalam ,kiri dan kanan

      Delete
  2. Replies
    1. buat masa ni saya tak operasi,boleh buat di mana sebab sekarang hanya tukar sebatang untuk sebelah bermakna ditukar kedua2 dshaft luar dan dalam,kos sekitar rm600 untuk kiri kanan

      Delete
  3. Bang boleh minta nom wssp x .. mgkin bnyk nak tnya pasal kreta ni .

    ReplyDelete
  4. audi q7 3.0 tdi (UK spec )....dalam radiator ada campur diesel. tapi enjin tak panas..suhu normal..performance normal spt biasa....minyak jernih dan bukan dalan kuantiti yg terlalu banyak....tapi sentiasa ada..kalau tuang air banyak sampai melimpah..pasti ada diesel seakan bubble keluar dari tangki radiator...mohon pencerahan.....apa permasalahan yang mungkin berlaku. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada radiator terdapat hose untuk oil cooler ,biasanya jika ada minyak dinding pemisah laluan oil gear telah nipis dan akibatnya minyak akan sentiasa ada sedikit dalam radiator,apa yang perlu lakukan adalah tukar radiator dan hose oil cooler dari gearbox ke radiator jika perlu,inshaallah ok

      Delete
  5. kalau kereta axia, radiator dah bercampur minyak. dah macam air coklat. lepas tu panas terpercik2. apa yang perlu ditukar dan berapa kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar radiator dan 2 hose cooler dari gearbox ke radiator,inshaallah masalah selesai,kos sekitar rm600

      Delete
  6. Assalamualaikum tuan....nak tnya, BMW F10....sy bukak spare water tank nampak air bercampur minyak..tapi perfomance kete suma ok.....boleh tolong terangkn x tuan?...terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ,sebaiknya tukar radiator laluan oil cooler bermasalah bocor minyak ke dalam radiator

      Delete
  7. Assalammualaikum tuan..nak tanya..kalo tekan laju sikit padel minyak kereta, kereta akan semput2.. sbb ape ye? Plug dh bnyk kali tukar..mohon pencerahan tuan..trima kasih..keta saya toyota se 1.6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,injector perlu tukar semua,minyak kotor dalam injector dan tukar juga fuel filter,inshallah ok

      Delete
  8. Kalo dlm radiotor dan dekat cap radiator ad mcm lemak2 kuning..knapa ye..honda jazz

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tanda minyak ada dalam air radiator,sebaiknya tukar radator kerana transmission cooler dalam radiator dah bocor

      Delete
  9. Kalau kereta wira manual radiotor campur minyak... Knp ya?

    ReplyDelete
  10. Klo proton exora minyak masuk ke dalam radiator tu apa punyanya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jeni auto transmission ia adalak kerana ada kebocoran transmission cooler ,jika servis radiator boleh digantikan hose tersebut atau tukar radiator,inshaallah ok

      Delete
  11. salam tuan..radiator vios saya ada kesan minyak kt capnya..air pun kerap kurang..saya dh chk minyak injin xde keputihan..begitu juga minyak gearbox..ok
    apa probnya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,transmission cooler ada masalah,ganti radiator saja,inshaallah masalah tiada

      Delete
  12. Assalamualaikum wbt
    Air setiap hari akan berkurang,dlm 200-300 ml, (lebih kurang)agak2 apa masalahnya ye tuan? Kereta kembara auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, bila air mula kurang setiap hari bermakna sistem penyejukan enjin sudah tidak bekerja 100 peratus biasanya akibat dari radiator dan saluran yang kotor terutamanya saluran besi dari thermostat ke water pump,salur ini perlu ditukar,salur getah atas dan bawah radiator juga perlu tukar,akhir sekali servis radiator,pastikan juga thermostat masih boleh guna,jika karat perlu tukar,inshaallah ok

      Delete
  13. salam tuan. nak tanya kereta bmw e46, bukak spare water tank, ade air bercampur minyak. warna putih susu. bau mcm minyak enjin. kereta pun dah tak nak hidup bila start.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada bocor dalam radiator di ruang transmission oil cooler dan air akan bercampur dengan air untuk sistem penyejukan. Bila enjin tak hidup ini bermakna enjin telah panas akibat minyak campur air. Perlu buang semua air dalam radiator dan flush enjin untuk alirkan semua air campur minyak tersebut. Jika enjin tidak overheat sebelum ia tak hidup inshaallah enjin hidup.

      Delete
  14. Salam tuan, sy nk tanya.. kereta sy inspira 2011 auto, last time temp naik, then bila cek nampak ada leaking dia bahagian radiator. Sekarang ni bila sy bukak cap radiator tu perasan ada mcm minyak grease tu pd cap، and bila sy topup air naik minyak tu byk. Sy cek gearbox dah penuh air. Apa tindakan yg perlu sy buag dahulu ya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm di radiator auto ada transmission cooler ,bila laluan minyak ini sudah lusuh ia akan menyebabkan air berminyak kerana laluan ini berada dalam ruang air radiator,gantikan radiator adalah cara paling baik untuk atasi masalah ini.

      Delete
    2. Oh okay baik terima kasih tuan. Utk gearbox yg nmpk dah bercampur dgn air, boleh flushing saja ya tuan?

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,