Check Engine Light Tidak Padam

Kali ini adalah mengenai kaitan antara Check Engine Light dan Catalytic Converter.

Sepertimana yang kita tahu Check Engine Light adalah simbol yang akan menyala di panel kereta apabila terdapat masalah kerosakan yang dikesan oleh sensor.Catalytic Converter pula adalah tabung ekzos yang berteknologi dimana terdapat didalamnya kawalan pencemaran toxic dari asap kereta. Toxic akan dikurangkan apabila asap kereta melalui tabung ekzos ini. Sensor oksigen O2 dipasang terus ke Tabung Ekzos yang mempunyai Catalytic Converter dan biasanya terdapat 2 sensor dan adakalanya terdapat lebih sensor yang bertindak memberi isyarat jika ada kerosakan di tabung ekzos.

Beralih kepada sedikit pengetahuan mengenai O2 sensor. 







Pre Cat Sensor O2

Sensor pertama ( Pre Cat sensor) digunakan untuk mengatur bekalan minyak untuk menstabilkan RPM,itulah sebabnya jika sensor O2 yang biasanya ada di dalam enjin terkena air atau dicabut RPM akan tidak stabil dan enjin boleh mati. sensor ini terletak sebelum tabung ekzos iaitu sebelum catalytic converter.

Secara mendalam apabila oksigen dalam ekzos berkurangan,isyarat akan dihantar ke ECU untuk menstabilkan RPM pada kadar minyak yang sesuai, begitu juga sebaliknya.Akantetapi keadaan ini tidak berlaku secara terus bermaksud isyarat tidak dihantar terus untuk stabilkan RPM,ia hanya melalui kekuatan penggunaan voltage yang dikesan pada sensor tersebut. Jika keadaan dimana oksigen kurang voltage bertambah .penyesuaian ratio minyak yang dialirkan melalui fuel injector akan berkurang begitu juga sebaliknya .

Downstream atau Post Cat O2 sensor

Berbeza dengan Downstream O2 sensor, sensor ini lebih kepada mengesan keberkesanan catalytic converter. Dengan bahasa mudah ia menyemak samada catalytic converter berkerja ataupun tidak. Dalam ketika ini karbon monoksida adalah bahan kimia yang digunakan bagi melahirkan isyarat berbeza dengan Pre cat sensor yang banyak menggunakan karbon dioksida dalam ujian kesannya.

Kaitan Check Engine Light dengan O2 sensor

Check Engine Light adalah isyarat panel untuk semua sensor yang dikesan dalam indikator lampu kecil yang menyala di panel dashboard meter kereta.Jika terdapat masalah pada sensor atau komponen yang berkait dengan sensor indikator ini akan menyala. Dalam keadaan kerosakan sensor O2 kod OBD (On Board Dignosis) adalah P0420 dan P0430 , biasa dilabel dengan kerosakan catalyst sytem effieciency.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah keadaan dimana check engine light ini tidak padam walaupun setelah reset ECU dan juga menukar sensor Pre cat. Dalam keadaan ini berdasarkan pengalaman saya ia adalah akibat kegagalan catalytic converter dimana sensor yang terlibat adalah Post cat sensor. Akantetapi apabila alat tersebut ditukar ia masih juga tidak memadamkan Check Engine Light tersebut dan tetap menyala juga ada keadaan dimana ia hilang dan menyala semula.

Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh catalytic converter yang tidak lagi beekerja dengan baik dan dalam tabung ekzos tersebut telah mengalami hakisan dan tidak boleh meneruskan kerjanya mengurangkan gas pencemaran lagi.

Bahan-bahan yang digunakan dalam tabung catalytic converter adalah seperti seramik,platinum,pladium dan rhodium. Bahan-bahan ini akan kurang keberkesananya akibat kepanasan gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran enjin kereta dan sekaligus ia menyukarkan untuk mengurangkan asap pencemran dari keluar melalui ekzos.

Inilah sebabnya check engine light akan terus menyala da tidak padam melainkan setelah catalytic converter ini ditukar.

Secara kesimpulannya jika anda berjumpa dengan masalah check engine yang berulang dan sukar sekali untuk dihilangkan melalui reset ECU dan tukar komponen, anda perlu meneliti artikel yang saya tuliskan ini dan nilaikan semula dimana kerosakan yang perlu anda berikan lebih perhatian.


Comments

  1. Salam,

    Kereta Perodua Viva 1.0 Auto

    1. Check engine light menyala semasa memandu. Lepas off engine, on semula, dia ok. lepas tu jadi lagi.

    2. Engine tiba2 mati, power reset (jam radio reset juga). Lampu di meter semua menyala selepas engine tiba2 mati tu.
    - Aircond on/off, sama ja. Tetap engine mati dan power reset.
    - Kadang2 gear P. Tekan brek pun boleh engine mati, power reset.
    - Kalau malam, boleh nampak headlamp jadi malap semasa on signal.

    Boleh advice apa yg perlu di lakukan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa fuse di enjin jika ada yg putus gantikan dulu,tukar spark plug ,untuk tanya terus wasap saya 0173023492

      Delete
    2. Assalamualaikum abg.selapas sya tukar plung çdei ka.sya mhu test kereta atos prima.gear nya tak masuk berjalan mcm kura2.sama meter nya tidak berjalan langsung mcm mati.abg bgi cara panduan nya.mhu masuk 2 bln sdh kereta ne tak berjln sbb pasal kerosakan ne.

      Delete
    3. wslm,kalu gear tak masuk ini adalah maslah minyak gear kotor,tukar plug coil,spark plug adalah untuk enjin,jika enjin hidup tetapi tidak kuat untuk bergerak,perlu tukar minyak gear

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Persona 2011
    Timing belt putus, Dah overhaul, valve bengkok dah ganti semua, tappet pun dah cuci tp masih bunyi bising.
    Dah xde idea dah ape masalah nye.
    P scan kod P0325. Cuci tappet bagi anjal semua. Tp masih lg bising. Stress.
    Boleh bantu x ape masalah nye lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      bunyi yang sukar hilang ini akibat enjin panas walau tidak dalam overheating bermakna terdapat gas yang banyak dalam enjin,sebaiknya servis radiator,tukar hose getah atas dan bawah dan kalau boleh tukar sekali hose besi ke water pump,inshaallah enjin akan lebih baik setelah cooling sistem baik dan gas akan dikeluarkan dari enji dan enjin jadi lebih senyap

      Delete
  3. Assalamualaikum
    Proton iswara 1.3..clutch standard..ingt nak tukar pakai clutch super touring 8"..tp pening bila baca ada yg kata kena skim flywheel..ada yg kata xpayah skim..mana yg recommended ye??apa kelebihan pakai clutch super touring ni ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,clutch super touring ni biasanya guna untuk tambah pikap dan ada sedikit kelajuan, boleh masukkan terus gunakan saiz 8 inci ,jika kereta cc 1,5 boleh gunakan saiz 8.5 inci

      Delete
  4. Assalamualaikum tuan...
    Kereta wira sy, lps start tetiba kipas radiator ngan kipas aircond bepusing xbrenti & lampu check enjin menyala...tim8ng jd cam tinggi & aircond cam rasa angin je xsejuk sgt..,nape ye??sensor tempreture br je tukar...mohon bantuan tuan...time kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah enjin panas tapi tak overheat,perlu tukar air coolant,nak elok betul tukar hose besi air ke waterpump,hose atas dan bawah radiator,inshallah ok semua,aircon pun sejuk semula

      Delete
  5. Indicator enjin mmg apadam lepas reset,tp tak lama,kereta wira aeroback 1.5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika check engine tidak padam dan berterusan hidup ia tanda sensor O2 post di bawah ekzos perlu dignti

      Delete
  6. kalau sy remove CAT ni camner tuan? sbb performance semakin teruk xmcm dulo2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh,nak bersihkan buang kotoran ekzos pun boleh kembalikan performance, jika dah buang ada check engine nyala,perlu buang wiring tu

      Delete
  7. Salam.. Saya pemilik proton waja mmc 2001 m/T.. Baru2 nie kereta saya ada masalah lampu check engine menyala sekali sekala dan bola menyala ijin akan mati.. Berlaku agak kerap boleh kata Hati2 bila saya panduan atupun warm up injin.. Ba starts balik injin hidup macam biasa.. Jalan sekejap dia jd balik.. Da scan obd tapi takde error fault.. Sensor crank.. Cam.. Plug.. Fuel pumps.. Relay.. Distributor. Da tukar.. Throttle body da service.. Tapi still prblm yg sama.. Punca bermula bila terminal battery longgar.. Bila da dibersih dan di ikat ketat bermula lh timbul masalh nie..buntu dh memikirkan masalh kereta nie.. 3 bengkel pun tak bleh trace apa punca nya.. Rasa2 tuan apa yg tak kena dgn kereta saya nie.. Trm kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukarkan relay terutamanya relay fuel pump,biasanya relay yg panas menyebabkan cut off di fuel pump,tetapi jika masih berlaku saudara perlu tukar fuel pump lain kerana dikhuatiri wiring dalam komponen fuel pump telah rosak

      Delete
  8. Lagi satu bila mula2 jd waktu tgh drive waktu malam dan bila lampu check injin menyala injin trs mati dan jam serta radio jadi reset..apa sebab agak nya tu.. Adakah sebab battery terminal yg longgar serta tanda alternator yg bermasalah.. Alternator waja saya masih original dan dh berusia 22 thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada isyarat alternator bermakna masalah kuasa bateri kurang ,mesti tukar alternator

      Delete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,