Pilih Wayar yang sesuai untuk wiring kereta

 Assalamuaalaikum dan salam sejahtera April 2023

Wayar adalah kegunaan utama dalam menghasilkan tenaga elektrik yang berkuasa supaya ia mampu menjana tenaga kuasa untuk keseluruhan penggunaan sebuah kereta. Bermula dari bateri hingga ke bahagian sistem kawalan utama ECU/ECM semuanya disambungkan dengan wayar. Manakala kuasa mekanikal enjin adalah untuk mengecas semula bateri melalui alternator yang juga dihubungkan menggunakan sistem wiring.

Memilih wayar yang sesuai untuk membaiki untuk penyambungan semula bukanlah sesuatu yang mudah . Ini kerana gegelung dalam wayar tidak dapat dilihat terus kerana ia dibaluti dengan balutan perlindungan gegelung dan biasanya kita hanya berpandukan pada warna dan saiz wayar tersebut.

Kesan menggunakan dan memilih kekuatan wayar sambungan yang salah

Kita biasa melihat kereta di bengkel yang ditinggalkan lama tidak dpat diselesaikan masalahnya. Ada yang hingga setahun atau lebih masih tersadai di bengkel-bengkel akibat masalah wiring yang tidak berkesudahan.

Pengalaman saya hampir lebih 20 tahun menghadapi kerosakan kereta yang berbeza menemukan saya pada banyak kesilapan penggunaan wayar yang salah dalam wiring dan adakalanya pemilihan wayar yang tidak sesuai menyebabkan ia panas dan akhirnya kereta terbakar di tepi jalan.

Penyambungan amat penting memilih wayar yang bersesuaian dengan saiz dan kekuatan kerana jika kekuatan berbeza akibatnya ia akan panas dan mudah terbakar. Kekuatan wayar yang sering digunakan adalah 18,16,14,12 dan 6 gauge. Jika sambungan contohnya 18 gauge ditemukan dengan 16 gauge ia akan berakhir dengan kepanasan pada mana-mana bahagian.

warna berbeza








ukuran hampir sama







Lihat pada 2 gambar sambungan wire tak sesuai di atas , kedua-dua wire jika dilihat pada mata kasar ia serupa dengan warna putih kedua-duanya. Tetapi bila kita perhatikan dengan teliti warna kedua wayar tersebut saja telah ditandakan dengan sedikit berlainan di mana wayar satu lagi terdapat strip biru. Ini bermakna ia nampak serupa tetapi berlainan warna dan kekuatan ,besar kemungkinan gegelung wayar dalamnya juga berbeza walau saiznya juga hampir sama.Rujuk kedai pembekal wayar sebelum melakukan penyambungan.

Kesan utama apabila penyambungan begini kekuatan kuasa pada komponen biasanya lemah dan wayar mudah panas.

Kes biasa terjadi

1.Kereta tak hidup walau api plug dan minyak dalam keadaan baik

    Biasanya kerana sambungan wayar pada distributor menggunakan wayar yang berlainan kekuatan dan menyebabkan api plug lemah

2.Lampu headlamp semakin malap selepas tukar wayar

    Sambungan wayar pada soket headlamp yang putus atau terbakar tidak sesuai kekuatannya dan wayar sambungan jadi panas apabila lampu depan dihidupkan

3. Alternator tak mampu mengecas penuh

    Jika sambungan wayar kerosakan pada soket tidak diesuaikan dengan wayar yang benar2 sesuai,akibatnya alternator akan mengecas semula bateri juga tetapi tidak pada 100 peratus penuh.

Harus diingat! kesan paling buruk pemilihan wayar yang tak sesuai akan menyebabkan wayar mudah panas lebih2 lagi untuk kereta yang kerap digunakan. Kesannya kereta mudah terbakar dalam enjin.

Comments