Skip to main content

Expansion valve tersumbat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Oktober 2025

Masalah kipas yang berpusing sebaik saja kunci dihidupkan sering mengganggu pengguna kereta. Ada beberapa sebab yang biasa dimana fenomena ini mudah terjadi. Selain dari enjin yang panas akibat pecah gasket ada juga yang terjadi akibat sistem penyejukan yang kotor bermula dari hose radiator hinggalah kepada water pump dan seterusnya head gasket.

Untuk kipas yang berpusing terus walau enjin dimatikan ia adalah akibat kedua-dua kipas aircond dan radiator yang tidak berjaya menyejukkan kembali enjin ke suhu sebenar. Ia tidaklah terlalu rumit jika ditangani dengan segera iaitu dengan menyelenggara air supaya ia tidak bercampur karat yang banyak hingga ke tahap didih dalam sistem penyejukan. 

Biasanya dengan menukar paip besi dari manifold ke water pump serta getah radiator atas dan bawah sudah memadai untuk mengembalikan kerosakan tadi ke asal.

Akan tetapi ada juga kerosakan ini berpunca dari tersumbatnya expansion valve aircond. Ini dapat dipastikan dengan adanya hose aircond berdekatan tabung gas yang sejuk membeku. Akibat dari sumbat ini, kipas aircond akan terus berpusing kerana temperature sensor yang berfungsi mengesan tahap suhu sejuk sistem penyejukan tidak dapat mengesan untuk kipas samada perlu berpusing dan berhenti. 


expansion valve baru dar klasik dari macsauto.co.za


Masalah ini juga mudah diatasi apabila expansion valve ditukar sekaligus memberikan suhu aircond dalaman kereta  sejuk sediakala ketahap sepatutnya.

Untuk kereta yang bergerak dengan sistem gearbox belakang atau biasa diistilahkan kereta long shaft masalah ini amat kurang berlaku kerana sistem kipas yang terus berpusing apabila enjin mula bekerja yang hanya menggunakan satu kipas untuk kedua-dua enjin dan aircond bekerja.







Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.