Hubungi Saya

Di sini saya sertakan butir-butir untuk berhubung secara terus:-


  1.  Nombor talian ----- 0173023492 (Lokasi di Selangor,maaf  jika saya tak dapat angkat call)
  2. Alamat Email   ----- specmechanic@gmail.com



 

Booking.com

Comments

Unknown said…
Assalamualsikum
Naza suria Saya tengah drive rpm tiba2 Naik 5-6 mengaum kadang2 buat Saya terpaksa matikan enjin kata org trotter body betulke tuan
Tk
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,RPM naik tinggi memang berlaku dan mekanikalnya terletak di throttle body,biasanya isyarat sensor tidak sampai atau celaru jadi ia terus naikkan RPM,reset ECU juga boleh stabilkan semula RPM,jika masaih tidak stabil sensor throttle ada masalah
rina said…
salam, saya nak tanya..saya pakai kereta wira 1.5, dan baru2 ini kereta saya selalu mengalami kurang minyak hitam tapi x ada bocor ..dan air juga kurang dan makan minyak.saya dah pergi bengkel dan dia bgtau kena buat top overhaul dan harga rm2000 ada harga ni memang betol..?? tolonf jawab plss...
Unknown said…
Salam tuan..saya baru beli kancil sadai 1 tahun..sudah service dan ganti minyak, plug ,fuel filter..masalahnya kadang2 susah start..rpm celaru dan bila jalan 30km/jam dia akan sengut2 macam nak lompat..mohon pencerahan tuan budiman
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti fuel pump dan contact point jika kancil ini masih gunakannya
Mekanik Kereta said…
wslm,harga ini biasa ,kos barang dan upah sekiatr rm1500,500 lagi jika ada barang lain yang perlu ditukar,biasanya kos ini tidak lebih lagi
Jabokkota said…
Salam..saya memandu kereta kia sorento xm 2011. Saya ada 2 masalah.

1.) Masalah saya adalah setiap kali saya tekan brek, bunyi seperti ketak @ klac akan kedengaran.

2.) Setiap kali saya melalui jalan seperti tidak rata atau berliku, bunyi seperti sesuatu yang longgar akan kedengaran.

Apa punca dan penyelesaian bagi masalah di atas?

Terima Kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,skru caliper brek tidak elok dan longgar,boleh diganti,jumpa mekanik gantikan skru dengan yang lebih baik
md lee said…
As salam tuan.apa punca kereta gen2 campro bila off suis dan cabut kunci enjin kereta masih hidup.
Unknown said…
assalam, kereta nissan almera sy pernah langgar divider jln thn lps.. tyr sebelah kanan berlanggar pecah depan n blkg. dah ganti camber kit, lower arm, bearing.. tp lps tu keta masih lg rs xstabil.. skrg slps sthn bila drive 80km/j rs tertarik stereng ke kiri wpun dah buat allingment balancing
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau enjin tiada pasang timer maknanya minyak dibakar sangat lambat dalam enjin akibatnya ia masih hidup walau kunci telah ditutup.Servis throttle dan setting semula in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau pernah accident ada kemungkinan chasis dah lari,perlu periksa chasis juga kemudian baru periksa bearing roda ,biasanya berat tertarik sebab bearing roda ketet sebelah
midi said…
salam tuan.....nak tanya tuan ada buat ebook asas2 automotif @ full mekanik pembelajaran ...x?
Mekanik Kereta said…
wslm,maaf belum sempat menulis lagi,yang sekarang sedang saya usahakan adalah Tajuk Panduan Top Overhaul,saya akan war2kan di sini setelah siap termasuk dalam tajuk lain juga ,in sha allah
mfaizul said…
As salam Tuan..Kereta saya Persona 2010..Masalah, pada waktu pagi bila enjin tidak panas tukar gear dari P ke D enjin tiba-tiba mati..macam tiada kuasa..tapi jika enjin panas, selama 15 ke 20 minit..tiada masalah tukar gear..jika masa berjalan, tiada masalah shifting gear,lancar sahaja..apa masalah sebenar ni tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,throttle body kotor dan injector juga lemah
anuarna said…
Salam tuan mekanik.

Saya ada beberapa pertanyaan berkenaan dengan kerosakan crankshaft kereta kelisa. Tahun lepas, saya baru sahaja menukar crankshaft tayar depan, dan baru-baru ni semasa saya membelok ke kanan tiba2 kedengaran bunyi kruk2 pada tayar.kemudian saya ganti. tapi tertiba hari ni dengar bunyi tu macam di bahagian tayar belakang. Jadi soalan:

a) apa masalah sebenarnya ye? dan adakah ianya kritikal?

b) sebelum ni saya sembarangan menukar minyak hitam..adakah ia memberi kesan?

c) apa yang perlu saya buat. nk tukar apa? dan berapa anggaran kos nya?

Terima Kasih Tuan Mekanik.
Saya amat berharap tuan dapat membalas & menjawab secepat mungkin.tq
Mekanik Kereta said…
wslm

a)dibahagian belakang ada bush arm,arm juga boleh diganti
b)adalah lebih baik jika dapat kekalkan dengan satyu jenama dan jenis minyak hitam kerana menukar dengan berbagai jenama dan jenis boleh menyebabkan enjin berbunyi kasar dan leaking pada komponennya
c)kos tukar arm sekitar rm250 sebelah
5zal said…
Salam tuan sy bru pakai honda arccord..sy nk tnye la..sy ade tuko drvsap n stringrack tp lps tukar 2 krte sy trus jd xsdp..bile bwk tekan laju ckt string gegar n tayar lari..agak nye ape mslh die ek..dh 3.4 kali sy bwk pg cek..tp msh xdpt ksn mslh die..tlg tuan..ade pomen ckp sy kne tuko drvsap lg..tp drvsap xde bunyi..mse belok pn elon je..tp elgment xblh nk elok..string sntiase lari ble bwk..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat alignment dan tukar absorber mounting
Muado said…
Salam. Sy ada myvi 2007. Kereta sy berbunyi bila membelok habis ke kanan dan kiri. Drive shaft baru ditukar. Apa masalahnya ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,drive shaft yang ditukar kurang baik jika ia berbunyi berturutan
Salam... Tuan saya guna saga FLX 1.3.. Simbol chek enjin keluar time enjin dihidupkan dan terus menyala... Tp setelah sy drive dan berhenti tutp enjin kereta kemudian start enjin balik dah x keluar simbol chek enjin tu.. Simbol chek enjin ni dlm sebulan kadang2 2 kali berlaku... Simbol ni x keluar semasa memandu tp keluar sewaktu mula2 nk start enjin.. Time sy chek di kedai keluar erro code P060C.. Pomen mklumkn ECU bermasalah... Ada tak cara nk selesaikn masalah ni selain tukar ecu ? Pomen pn ada maklum kadang2 masalah wiring...
Mekanik Kereta said…
wslm,cuba resetkan secara manual dulu dengan cabut fuse ECU/ECM selama 30 minit dan pasang semula
Anonymous said…
Assalam tuan..triton sy bermasalh tengh jalan enjin padam,start balik boleh jalan dan jd semula enjin padam.kereta pun semput2..rpm naik smpai 2 je..dah hntr bengkel tp sama juga mslhnya..buntu dah xtau apa lgi nak buat.duit pun byk keluar.
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin yang padam tiba2 hanya ada 2 sensor yang berkaitan iaitu camshaft dan satu lagi crankshaft sensor,perlu gantikan kedua2nya jika inginkan hasil yang baik,in sha allah
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, saye nk tanya engine ape yg sesuai masuk atos 1.0 tanpa usik mounting ya engine lame kuat makan minyak hitam da overhaul pon same jugak. Boleh bg pandangan
Unknown said…
Salam tuan.. Sya pakai myvi 1.5..kereta saya mula2 jadi lpas saya basuh.. Enjin tk boleh start dan keluar error dkat meter..pakai jumper baru hidup.. Lpas tu sya matikan dah boleh start mcm biasa..pagi tu saya start ram mnyk ad keluar bnyi mcm mengaum tk kuat sngt.. Boleh bagi thu tk tuan..
iman said…
salam tuan, kereta sy nissan almera auto.. bila sy tekan minyak utk tingkatkan kelajuan atau pandu naik bukit sikit.. akan keluar bunyi eeiikk... eeiikk.. apa kerosakan yg perlu dibaiki dan anggaran kos berapa?
Mekanik Kereta said…
masuk enjin atos juga atau getz
Mekanik Kereta said…
wwslm,masalah ini sensor kena air,resetkan dulu ECU,baca post saya bagaimana reset ECU secara manual
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa keadaan brek samada pad cukp atau tidak dan jika bunyi tersebut datang dari enjin ia biasanya mounting gearbox atau enjin yang ada pecah
idham said…
assalam tuan..bg honda city tahun 2014 minyak hitam apa yg sesuai ya? termasuk brand apa..sekarang pakai semi sentetic 5w30 brand honda? mohon tuan ajar..t.ksih
Mekanik Kereta said…
wslm,teruskan guna semi sintetik ,gred boleh ditukar kepada 15W40 jika mahu,gunakan jenaa castrol atau petronas
Claire said…
Salam....sy guna kancil 850 tahun 2000, kereta sy mengeluarkan asap putih semasa bergerak dan naik bukit...apa masalahnya....t.kasih
Ahmad said…
Salam...kelisa saya selalu mati enjin bila berhenti di traffic light, masa undur kereta dan kadang2 masa nak mula bergerak masa traffic light hijau. Dah tukar throttle body ori, sensor bawah, spark plug, servis minyak hitam. Mohon pendangan tuan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsl,untuk enjin mati ada 2 sensor yang penting mesti berfungsi,pertama crank sensor dan kedua cam sensor,jika ini baik fuel pump juga mestilah dipastikan juga boleh berkerja dengan baik
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ia berterusan asap putih dan semakin banyak apabila naik bukit atau bebanan banyak ia tanda piston ring haus dan perlu top overhaul
Mohd Sham said…
Salam Tuan...Pajero Sport 2.5 VGT Diesel Auto...Dah 3 kali Overheat ...pertama tukar head ...kedua tukar radiator ....kali ketiga... mekanik kata Enjin Block dah rosak terlalu panas pressure tinggi air cepat kering ...Ada cadangan yang sesuai tak ...dan anggaran kos. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,saya rasa enjin blok dah retak sebaiknya ganti enjin lebih baik
RyuSell said…
salam. SAya pakai kereta Atos Prima.

Apabila tekan clutch utk free gear Timing minyak tinggi walaupun paddle minyak telah diangkat (lepaskan). Setelah gear free timing , minyak tetap tinggi dan terus makin tinggi hingga bunyi kuat (mengaum) selama lebih kurang 1-2 minit. Lepas tu perlahan2 timing minyak kembali normal.

Kadang2 semasa kereta berjalan pun , apabila angkat paddle minyak kereta masih berjalan dlm kelajuan yg sama , seolah2 dlm keadaan paddle minyak masih ditekan.

Apa masalahnya ya. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,buat tuning enjin setelah throttle body diservis,selainnya akan pulih setelah throttle body bersih
Uchop Kembara said…
ASSALAMUALAIKUM. Saya Uchop Kembara dari manjung. Masalah kembara dah hampir 2 minggu kat dlm bengkel. pomen melayu macam dah surrender. Mula2 bila start, ada bunyi macam screw longgar, bila jalan hilang. Bila stop mati engin dan start balik ada bunyi lagi.. Bawa jumpa pomen dah dapat solved. Dari starter dan tukar starter baru.
Bila bawa balik rumah, mati engin nak start balik macam bateri lemah sedangkan bateri baru tukar bulan 7 dan check kat kedai bateri masih kuat. Bila bawa balik start tak hidup. Pomen check tiada api kat coil. Dia dah tukar distributor, tapi masalah engin dah hidup. bila panas dia susah nak hidup. macam berat balik seperti masalah bari tukar starter kat atas.
Agak2 saudara apa lagi yg nak kena buat berdasarkan pengalaman...? Pomen saya dah nak semput ni... maaf ye panjang sikit persoalan saya..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini hanya masalah fuel pump,fuel pump ada masalah pada badannya dan akibatnya ia sukar menggalak minyak ke permukaan untuk pembakaran,sebainya tukar fuel pump,in sha allah ok
AJ said…
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, sy menggunakan suzuki swift tahun 2012. Kereta sy mengalami masalah dimana steering agak berat sebelah kiri berbanding dengan kanan(normal). Steering rack sudah ditukar, allignment juga telah dibuat tapi masalah ini masih berlarutan. apakah yg perlu sy buat. Selain itu,semasa kereta tidak bergerak saya cuba mainkan steering terdapat bunyi ketuk ketak seperti pada bahagian depan. apakah masalah ini tuan.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,dihujung stereng rack yang diganti ada tie rod end jika ia tidak dalam kedudukan yang tepat bahagian disc mudah bergeser,jika saudara belum alignment dan balancing kereta ini segera buat supaya kedudukan ukuran semua tepat dan bunyi akan hilang jika kiri dan kanan sama ukuran bila pusing atau ketika lurus
Unknown said…
Assalam
saya nak tanya pendapat..saya guna kereta persona se
baru baru ni saya repair kereta.tukar absober,lower am,drivesharf,myk gearbox,dics motor,disc pad,myk brake,myk hitam..absober mounting..
masalahnyer selepas repair semua tu lampu handbrake dan abs nyala..bila tekan pedal brake seperti dipersimpangan dan selekoh brake akan berbunyi grekkk..grekk seolah brake mcm menendang/tersentak..dan saya perasan ada minyak gearbox ada leaking
bawa semula ke bengkel pomen maklum kena master pump n then tuning.leaking tu tukar oil seal tp nampak still ade lg leaking tp xbyk mcm sblm ni .bila tukar semua tu still sama juga keadaannya walau dah ganti minyak brake.lampu abs dan brake still menyala.apa punca dan masalahnya ye?sy risau dan buntu.duit dah bhabis byk.tolong saya
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah yang timbul berkaitan dengan carakerja pomen yang kurang kemas.perlu rujuk seula pomen yang buat sekaligus reset semula sensor abs dan untuk lampu isyarat handbrek,jika ada bocor minyak ia akan terus menyala dan suis untuk handbrek ada bawah pemegangnya
Amirul Asyraf said…
Asalamualaikum,

Saya Amirul..Alza 2016..Dua2 kiri kanan Fog light saya tak hidup, dah tukar bulb baru masih tak hidup juga..dah check fuse,fuse ok tak putus..Tapi tak ada api pergi fuse tu..apa lagi saya boleh check ye tuan?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa relay dalam kotak fuse ,pastikan relay untuk fog lamp berfungsi
Elni Nadra said…
Salam en mekanik.
kereta saya Hyundai Santa Fe 2010. stering kereta berbunyi apabila membelok ke kiri dan ke kanan. sekarang lebih kuat bunyinya pada gandar tayar. stering juga sudah bergegar. boleh tahu kenapa dan apa yg perlu diperbaiki dan berapa kosnya? or en mekanik ada kedai yang boleh dihantar ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tukar drive shaft kiri dan kanan,kos sekitar rm600 untuk kiri dan kanan untuk barang saja
mark said…
assalam tuan..
sy nk tnya flx 2013 minyak hitam apa yg sesuai ya? fully sintetik dan kepekatan?
mohon advise drpd tuan..t.ksih
Mekanik Kereta said…
wslm gunakan fully sintetik 10w40 atau 15w40
mark said…
boleh minta pandangan tuan brand yg gred 10w40 jenis fully sitentik.
t.ksh
Mekanik Kereta said…
viscosity gred ini saja yang berbeza dengan 15W40 ,lainnya semua sama
idham said…
Salam Tuan ohon pandangan,

1. elok ke jika sy upgrade honda city 2014 semi sintetik kepada fully sintetik? adakah kesan untuk jangka masa pendek atau panjang? ada mekanik ckp elok jgn upgrade ada jugak ckp boleh.. ada pula nasihat ikut je apa dlm manual book.

2. kereta jika langgar bonggol atau bumper akan berbunyi krek krek, adakah kerana bush sudah masalah? pergi ke kedai mekanik ckp pakai je tkda apa cume kena tahan telinga.

t.kasih bnyk tuan
Mekanik Kereta said…
wslm

1.jika dah lama gunakan semi sebaiknya teruskan kerana kelikatan dah sebati dengan enjin jika ditukar takut akan sebabkan valve patah

2.bunyi yang dikatakan biasa jadi akibat bush lower arm yang lusuh
salam Tuan,

saya ada tukar absorber model vios, lepas tukar absorber tu saya drive kereta and masa nak buat u turn atau pusing stereng habis ada bunyi macam bergesek dekat tayar bahagian depan.

lepas pasang absorber saya hantar ke kedai tayar untuk buat chamber & allignment, sekali tukar tie rod end.

lepas buat semua tu, masih lagi ada bunyi macam bergesek ketika saya pusing habis streng tu.

boleh minta pendapat Tuan?

terima kasih Tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau ada tukar mounting absorber sekali ia pasti tak berbunyi gesel,semak semula jika ada tukar mounting absorber serta absorber link
betul tuan sudah tukar baru.. bunyi bergesel tu hanya terdengar masa saya pusing habis stereng dengar bunyi gesel pada tayar bawah
idham said…
1. mengenai bush itu, perlukah sy tukar ata guna sehingga bunyi lagi teruk tuan? adakah ia akan makan tyar?

2. bila hidup engin waktu pagi, selepas engin hidup akan bunyi krek dalam beberapa saat. Peliknya hanya bunyi sewaktu engin sejuk sahaja dan bila check di kedai, mula nya suspek stater atau plug tp pon bukan kerana bunyi hanya sekali sehari.

mohon bantuan dan pandangan tuan. T.kasih
Mekanik Kereta said…
1.arm bush adalah besi yang disalut getah dan semestinya getah ini akan jadi nipis dan besi akan nampak jadi kesannya komponen yang bersambung dengan bush tadi akan berbunyi akibat berlaga besi dan besi jika ia ada bunyi samada tukar cepat atau tidak ia akan berbunyi dan semakin kuat bila getah benar2 nipis.

2.Periksa semula ada setengah starter yang kepalanya masuk lambat akibat kotor dan bila pagi ketika hidupkan kereta ia akan berbunyi begitu juga dengan solenoid starter yang rosak akan ada bunyi ketika starter mula digunakan
Mekanik Kereta said…
buat alignment dan balancing ,bunyi bergesel akan hilang
Assalamulaikum Tuan,

Sy menggunakan kereta Persona 2016. Masalah yang saya alami adalah bunyi geseran seakan2 dikawasan tayar depan apabila tekan minyak. Bunyi tersebut semakin kuat sekiranya menaiki bukit.

Saya telah pergi ke bengkel untuk bertanya tetapi makanik mengatakan tiada masalah. Mohon pendapat Tuan bagi masalah ini.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa dulu belting luar alternator dan power steering pump,jika semuanya ok baru boleh pastikan bunyi datang dari roda depan yang biasanya akibat bering depan ketat akibat key nya beralih atau longgar
fiyyla said…
hai. nak tanye, kalau bawak kereta tempat tak rata sikit, terus bunyik ketok tok tok tok.. repeat again.. tok tok tok.. tu bunyi ape yg rosak ye? lalu bonggol okay pulak.. thanks ye.
Mekanik Kereta said…
hai,periksa mounting absorber biasanya getah telah nipis dan besi berlanggar besi body kereta
fiyyla said…
mounting adsorber bahagian depan or belakang ye?
Mekanik Kereta said…
bahagian depan cik sebab bunyi depan
fiyyla said…
Assalam.. nk tnye.. kalau absorber depan rosak, camne tanda2 dia dah rosak ye? Sbb ade pomen cakap dgn saya, absorber sy dah nak rosak sb ade bunyi besi. then dia suruh tukar dua-dua.
thanks.
Mekanik Kereta said…
wslm,bila ada kesan minyk atau kotoran keras berwarna hitam pada absorber ia tanda minyak telah bocor,bila terhentak pula seakan berlaga besi,dua2 ini tanda absorber telah lusuh. Bila tukar ia perlu kedua2 untuk imbangi kedudukan sama rata kedua belah roda
fiyyla said…
yUP BETUL ade kesan leaking minyak di absorber.sy tengah pening ni nak beli absorber ape.. bole suggest brand apakah yg bgus tahan utk waja? tq.
Unknown said…
Assalamuaikum tuan...kereta perdana v6 Saya secara tiba2 saja tiada timing.start mudah hidup tapi perlu tekan minyak....jika lepas enjin akan mati.sya beli throttle body cleaning tu....selepas spray timing ok sikit dri sblm ni...iaitu sekitar 400rpm...normal sblm ni rpm dia dlm lingkungan 800rpm.
Satu lgi pula masalah...lampu injection pula bernyala terus...secara normal apabila suis di posisi on lampu injection bernyala Dan selepas padam Bru sya start enjin Dan dlm lbh kurang 5 saat saja lampu injection akan bernyala sehinggalah suis dipadamkan....masalah apa ni ya tuan...sudah 12 thn sya guna kereta ni tiada masalah...runsing....tq tuan
Fauzi said…
Salam tuan.saya ada kancil auto 850.Masalah sekarang adalah timing enjin tinggi. Pomen suruh tukar kaburator dan adjust balik timing belt.brp angarn kos tuan.and kancil sekarang ada minyk hitm menitik kena di batng exzos dan berasap..brp angarn utk betulkan semua
Mekanik Kereta said…
Jenama Monroe dan MMC adalah paling baik dan harga juga agak tinggi manakala jenama biasa seperti APM dan Kayaba adalah biasa digunakan kerana murah.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika gunakan spray cleaning pada throttle body,lampu isyarat check engine memang akan nyala kerana sensor celaru walau RPM stabil,Resetkan ECU boleh kembalikan ke asal
https://mekanikkereta.blogspot.com/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak hitam menitik perlu tukar gasket head dan gasket oil sump,kos keduanya sekitar rm200 manakala karburator ia boleh diservis dan setting semula sekitar rm150,jika tukar karb dalam rm400 dan adjust timing distributor/tiing belt sekitar tambahan rm100,kos semua jika tukar karburator dan baiki leaking ialah sekitar rm700
Unknown said…
Saya ada sebuah ford ranger tahun 2005...baru lepas overhaul...masalahnya sekarang kereta susah start dan asap putih yang memedihkan mata...
syamil2307 said…
Salam, kereta sy skang ni ada bau hangit dan tukar gear pon dah sangkut2. Agak2 apa ye problem dia dan berapa estimate kos? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
Perlu confir dengan mekanik yang buat kereta,adakah mereka cuci komponen kereta dengan disel,ini kerana jika cuci dengan disel asap akan banyak ,tebal dan pedihkan mata.
Selain itu asap putih juga akan ada jka piston ring yang dipasang mekanik ada calar,ini juga akan sebabkan asap putih terhasil dengan banyak,jika apa yang saya beritahu ini ada,kereta memang susah start
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk seua kereta bau hangit boleh datang dari minyak bocor yang kena benda panas seperti ekzos. saudara perlu periksa jika ada kebocoran minyak gear atau minyak hitam,manakala gear yang sangkut2 juga perlu periksa minyak gear atau tukar minyak gear,in sha allah ok
Unknown said…
Slm klu saga blm nak reset kereta mcm cara diatas blh x
Unknown said…
Saga blm 2008, perlu x tukar filter auto gearbox,ada yg ckp longdistance. Tp ada sedikit lompatan bila start jalan.
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh
Mekanik Kereta said…
auto filter patut tukar setiap 20000 km
Unknown said…
Komponen kereta dicuci menggunakan petrol sahaja...piston ring dan piston kedua2nya ok...cuma yang agak pelik ialah pada injector...injector no 1 dan 3 hitam...manakala no 2 dan 4 keperangan...adakah pembakarannya tidak sekata...?dan adakah ianya berkait juga dengan fuel pump...?
fiyyla said…
Kereta saya bergegar di enjin bila pasang aircond.
apakah sebabnya ya?
fiyyla said…
mouting enjin tukar 2 tahun lepas..mungkin kah ianya rosak lagi?
Mekanik Kereta said…
FICD tidak bekerja,jikakereta ini tidak guna FICD pastikan servis throttle body dan ganti stepper motor atau throttle sensor
Unknown said…
Salam tuan, masalah saya bila pijak brake enjin mati.. Tp snang dihidupkan, bila brake wktu Idle rpm akan naik.. Enjin lost power.. Cek enjin nyala.. Idle pon terbalik sjuk rendah panas jdi tngi rpm.. Duit banyak kluo.. Trotter body da servis 2 kli, iscv da tukar, srvo complete hose n valve baru.. Xtaula ape penyakit misteri.. Kdg cek enjin nyala.. Jika brtrusan selimut jela keta tu enjin 4age 20v blacktop Mt sekian terima kasih tuan
Mekanik Kereta said…
wslm PCV valve dihujung hose ke head cover perlu ditukar,gantikan valve tersebut,in sha allah ok
Unknown said…
assalam tuan mechanic, sy ade sebuah toyota wish 1.8 ZGE20W tahun 2009, sy ade masalah bila check engine light menyala, " VSC off" menyala dan symbol kereta jalan licin menyala, sy da tukar oilseal gearbox tapi ketiga-tiga lampu masih menyala, sy ade terbaca di google kemungkinan output & input sensor (transmission sensor), sbb bila start masuk gear 1, rpm akn naik tgi sebelom masuk gear 2, bila check di kedai terus ckp tukar gearbox, sy nk mntk pendapat tuan ape sebenarnye masalah gearbox sy ni, adakah just tukar part2 tertentu dah ok, ataupun mmg kene tukat 1 gearbox terus, sy nk jimatkan cost sbb harga gearbox trlalu mahal, klu betol2 problem mmg gearbox kene tukar sy terpakse tukar la, klu x, just tukar mane2 part yg perlu shaja. Mohon sgt pandangan tuan
Mekanik Kereta said…
VSC vehicle stability control ia ada kena mengena dengan jalan licin,isyarat check engine,simbol jalan licin tiada kena mengena dengan input output sensor,enjin mengaum apabila ada isyarat gangguan pada VSC jadi yang perlu lakukan ialah cuma reset ECU,insyaallah ok
LJ said…
Tuan,

Kereta saya Volvo S40 lama. Enjin boleh start takde masalah tapi pedal minyak tak boleh nak tekan. Kenapa yea?
Mekanik Kereta said…
kabel ada masalah ,putus
bb said…
Hi, kereta saya Proton Saga FLX 2013 SV. Lepas tukar cooling coil dan expansion valve akhir tahun 2019, sekarang masalahnya : Bila ON AC, ia sejuk beberapa minit, lepas itu panas (compressor stop). Kena switch ON and OFF, sejuk lagi, jadi panas... blower angin tiada masalah.

Saya DIY check nampak compressor ok (tiada bunyi bising, tiada oil leak, magnetic clutch ada engage, belt ok), conndenser paip masuk dan keluar - temperature pun ada beza, paip keluar dari expansion valve balik ke compressor pun ada sejuk...semua nampak elok.

Saya syaki ini masalah thermistor (cooling coil temperature sensor), saya cabut dahulu battery cable, lepas itu cabut connector sensor ini dan ukur pakai multimeter, ia tunjuk 1.96k Ohm.

Soalan:
1. Adakah ini masalah cooling coil temperature sensor ?
2. Jika betul, berapa kos semua buat di workshop ? Mesti buka semua dashboard atau tak perlu ?
3. Untuk jimat, bolehkah DIY tukar sensor ini tanpa buka dashboard ?- sebab takut labor terlalu mahal. (kalau boleh, cabut keluar saja sensor dan insert yang baru)
4. Macam mana tahu kalau ini mungkin masalah Thermo amp control module?

Terima Kasih banyak.
hattakakashi said…
Asalaualaikum... skru ignition coil plug myvi saya patah.. abg ada jual x?

Nash
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,maaf tiada ,boleh cari di kedai potong kereta
Mekanik Kereta said…
Hi,ini adalah masalah cooling sensor,boleh DIY tanpa buka dashboard cuma agak susah sedikit kerana ruang sempit untuk klipkan ke cooling coil
fiyyla said…
kereta saya manual - waja , bila sy tekan minyak sekaligus tekan clash pada masa yg sama/serentak, (lepas tu semasa kereta nak gerak) akan gegar di enjin dgn kuat. apa masalah dia ye?
fiyyla said…
Sry sy silap, kalau tak on aircond pun die gegar kalau nak gerak tu.
Mekanik Kereta said…
kalau yang ini enjin tu gegar sebab mounting gearbox pecah,kalau dah tukar dalam masa 2 tahun mounting boleh pecah semula,sebaiknya tukar 4 mounting,2 enjin dan 2 gearbox,in sha allah ok
Masalah sy enjin kereta Honda Ferio sy mnyk itam bcmpur air blh ke gne semula enjin nye atau kne ganti enjin bos,
Mekanik Kereta said…
Buat overhaul,boleh guna enjin tu semula
Rogaz said…
Salam saya nak tanya CRV2002 saya valve seal tak ok nak jalan kat traffic light asap keluar. Minyak hitam kena tambah mungkin rim pun tak ok. Mileage dah 170 km termostat dah tak ok tengah jalan tempreture jatuh dan power lost. Timing chain perlu tukar ke tak. Kalau buat overhaul bugget berepa dan kalau tukar enjin berpa pulak kos.
Mekanik Kereta said…
wslm,kos overhaul sekitar rm8000,tukar enjin dlm 5000
Unknown said…
assalam tuan, sy suda cuba advice tuan, 3 lampu hilang sekejap pastu jalan kereta, still menyala lagi, check computer, error kat rough idling, mohon bantuan tuan prob kereta sy
Mekanik Kereta said…
wslm,rough idling tanda masalah enjin kasar akibat kotoran pada throttle dan air filter,tukar plug dulu dan lakukan servis throttle jika perlu
Unknown said…
Slamt ptang..kreta sy lari timeming tak dapat start..macam mana seting balik..?
Mekanik Kereta said…
selamat petang,enjin yang hidup saja boleh disetkan timing,pastikan enjin hidup.
Unknown said…
Saya pemilik perdana v6,enjin bermasalah timing tak stabil,bila on aircond enjin mati,masuk gear D atau R enjin mati...kadang tu bila blok kiri kanan...enjin boleh mati...APA masalah nya Tuan..,sy dh tukor throttle body..tpi masih sama kejadian nye..harap dpt Bantu..adakah crank sensor bermasalah.
Unknown said…
Selamat petang
Mekanik Kereta said…
masalah bocor power steering pump dan sensor kemungkinan rosak
kadsyy said…
Salam tuan, model kereta saya viva 1.0 auto. takde power stereng. tapi sekarang saya perasan bila nak belok ke kanan stereng berat sangat tak macam biasa. lagi2 kalau kereta tengah perlahan atau nak reverse. kalau belok ke kiri ok je mcm biasa. ada kaitan dengan tie rod ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila ia keras ia ada kena mengena dengan ball joint dan absorber mounting.Pada absorber mounting terdapat bearing ,jika ia ketat akibatnya stereng sukar dan ketat ketika membelok.manakala ball joint yang telah lusuh akan menyebabkan kedudukan disc ditekan keatas ball joint akibatnya ia keras dan susah digerakkan
idham said…
Salam tuan, honda city 2013 punya absorber dah keras kena tukar,
1.boleh ke tukar hadapan dlu blkg lain kali? Atau elok tukar 4 terus?

2.blh tuan recommend guna brand yg original balik atau brand lain?

3.guna gas atau oil absorber?

Mohon jasa baik tuan share ilmu
Mekanik Kereta said…
wslm,
1.boleh tukar depan saja dulu jika mau
2.untuk absorber monroe,mmc adalah paling baik,gunakan original honda juga boleh
3.gas menyerap hentakan lebih baik berbanding minyak
Izaty said…
Assalamualaikum. kereta saya perodua viva 850(automatik) telah berbunyi alarm tanpa henti walaupun sebenarnya tiada alarm remote. saya hanya lock menggunakan kunci. selepas tukar ke alarm baru kereta saya tidak boleh pergi ke button start. ianya hanya bole pulas ke on dan tekan pedal brek barulah enjin kereta boleh start. ada masalah apa ye kalau berterusan macam ni untuk start kereta? bole beri pandangan? terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,resetkan alarm, oN kan kunci sehingga ada lampu indikator di panel meter,kemudian buka bonet enjin cabutkan positif bateri kemudian sentuhkannya semuala ke kepala positif 2 kali sehingga ada bunyi alarm reset dan ada 2 nyalaan lampu depan. Ini tanda alar telah direset dan bunyi akan kembali macam biasa. Untuk alarm baru memang disetkan bila tekan sedikit panel brek baru enjin boleh start
Shahfikdarif85 said…
Assalamualaikum tuan tanah. Sy ingin bertanya pandangan tuan. Sy bercadang ingin mengambil kereta second hand model chevrolet optra 1.6 tahun 2005. Boleh saya tahu, kereta model ni akan beri saya banyak masalah ke? Spare part susah ke nak dapat? Lagi satu, kereta ni semua mengunakan computer ke utk check? Maaf ya. Sy tiada pengalaman dalam bidang kereta ni. Sy nak ambil sbb wife saya minat sangat model ni. Sy harap pihak tuan dapat beri pandangan pada sy. Terima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tiada masalah untuk sparepart kerana kereta ini masih banyak digunakan dijalanraya,kos juga tidak terlalu mahal. semua kereta di atas tahun 2000 mesti gunakan ECU sistem berkomputer untuk diagnose masalah. Asalkan guna dan ganti minyak hitam serta oil filter,air filter dan plug secara berkala inshaallah tiada masalah
Shahfikdarif85 said…
Terima kasih tuan. Baru senang hati sikit baca statement tuan.
Unknown said…
Assalamualaikum...sy pkai honda eg.selalu ada mslah speed sensor..dh tkar mst terbkar lg n gelong2 bile kerta bjln..kali ni terbkar smpai cable ptus pulak.knpa kerp terjadi wlau dh tkar halfcut smuanya..
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,kalau speedometer yang Encik maksudkan , speedometer berpusing dengan kabel dari meter dan bila ia pusing pada meter juga akan berpusing jadi ada 2 tempat yang perlu diperiksa iaitu pada meter dan di gearbox,jika ia putus bermakna ada kedudukan kabel telah menyekat ketat bila berpusing jadi kedudukan kabel perlu dialih supaya ia tidak tersepit .
fiyyla said…
salam.. kereta waja manual saya ada kembali, iaitu bunyi kringg... kringggg bila perlahan/tukar gear. bunyi kedengaran bila perlahan, bila laju takde bunyi. bunyi apa kah itu ? makin lama bunyi itu makin kuat. t.kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,itu bunyi itu akan hilang bila tekan clucth bermakna bearing gearbox yang berbunyi,jika ini yang jadi perlu tukar bearing clutch inshaallah hilang
Dark Tour said…
Salam, enjin preve cvt auto saya seperti nak mati atau tersengguk-sengguk setiap kali saya menekan pedal minyak untuk bergerak setelah berhenti di persimpangan jalan yang agak berbukit dan kadangkala juga terjadi semasa menekan pedal minyak untuk bergerak setelah bayar tol di plaza tol.
Untuk makluman tuan, saya telah menukar: 4 biji plug
4 ignition coil
air filter
Fuel filter
Cvt oil & filter
Timing belt
Engine oil & filter

Serta servis & reset throttle body. Semua nya di atas dibuat di proton service centre. Tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Pemeriksaan berkomputer di proton juga tak dapat trace masalah ni. Saya juga telah menggunakan minyak "injector cleaner".
Tetap tak berhasil. Harap tuan dapat mengenalpasti dan memberi pandangan utk
selesaikan masalah preve cvt saya ni.

Ribuan Terima Kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,apabila pedal minyak ditekan kuasa sedutan dalam injector akan terus masukkan angin dengan kuat ke ruang pembakaran untuk mencapai minyak yang masuk dan terus dibakar tetapi apabila pedal ditekan minyak masuk dengan banyak tetapi angin tidak cukup maka pembakaran sempurna dalam enjin tak tercapai.Yg biasa terjadi ialah maalah butterfly throttle body sangat lemah atau longlai dan tidak tertutup rapat akibatnya angin masuk untuk bakar minyak juga sangat rendah dan minyak yang tak dibakar akan membasahkan plug dan menyebabkan sengguk2,periksa butterfly throttle body dan baiki,inshaallah ok
Dark Tour said…
Terima Kasih atas pencerahan Tuan. Akan saya cuba sepertimana yang disarankan.
Unknown said…
Salam saya pakai kelisa 2002 munyak hitam apa yg sesuai
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak perodua 10w30 sudah memadai
fiyyla said…
Saya waja 2002 1.6 , minyk hitam jenis ape sesuai? tq
Mekanik Kereta said…
minyak gred 20w50 mineral sudah memadai,jenama boleh pilih banyak dipasaran, saya sarankan guna Castrol
Unknown said…
Assalam tuan nk Tanya.. kereta Saya grand livina auto 1.6 tahun 2010 telah lama tersadai, sudah lebih setengah tahun rasanya x start dan x buat apa2. Pernah baiki thn lepas Bulan April tp cuma sempat elok beberapa bulan sahaja. Soklan, agak2 Ada lagi ke harapan utk baik pulih ye? Yelah, bila dah lama tersadai, mesti byk lagi masalah lain yg timbul. Thn lepas kereta tu bergegar dgn kuat bila hidupkan enjin Dan apabila berhenti di traffic light. Masa baiki thn lepas, byk lah jugak barang2 yg kena tukar Dan rosak. Selepas beberapa bulan, minyak gear pulak yg bocor. Bermula dari itu Saya langsung x hiraukan kereta tu.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,
Di bawah ini perlu lakukan supaya enjin tak gegar bila start sebelum bergerak

1 Tukar Plug
2.Servis fuel pump/tukar
3.Servis throttle body dan injector
4.Tukar auto transmission dan autofilter
5.Bersihkan ruang air cleaner dan tukar air cleaner
6.Tukar minyah hitam dan oil filter

Inshaallah boleh jalan macam biasa
Unknown said…
Ok terima kasih atas jawapan. Alhamdulillah. Tapi utk issue dah lama tersadai tu, agak2 APA masalah lain yg mungkin timbul (yg biasa terjadi mengikut pengalaman tuan lah...) Terima kasih byk2 tuan atas feedback..
Mekanik Kereta said…
yang saya senaraikan itu semua perlu lakukan untuk kereta yang tersadai,jika buat semua tu inshaallah gerak macam biasa dan tiada gegar enjin
fiyyla said…
Castrol boleh dapat kat mane..yg original
Mekanik Kereta said…
kat kedai alatganti kereta,catrol tiada tiruan
Suk said…
Salam tuan mekanik. Masalah kereta saya wira 1.6 auto rpm hanya di takat 1000 bila rev tinggi hanya 3000.. Kadang2 bila drive boleh mati sendiri.. Sudah tukar ganti distributor, fuel pump, masih belum selesai.. Adakah sensor?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saudara perlu tukar satu set injector,injector yang sekarang digunakan telah sumbat dan berkemungkinan ada maalah pada semua injector,inshaallah ia ok lepas tukar
fiyyla said…
salam.. waja saya pagi2 susah start,dulu2 boleh start sekali sahaja.. skrg kena start byk kali, 3-4kali..pernah 10kali baru boleh hidup.. then kena press minyak smbil start. lepas tu pomen sudah tukar mcm2 fuel pump, fuel filter tangki, battery baru, plug 4biji, services throttle body, tetap sama ....pagi2 kena start lebih sekali. tetapi kalau tengah hari/ptg/malam.. sekali start shja sudah boleh hidup. apa mslah dia sebenarnya? pening kepala duit banyak keluar.. sudah 1k keluar :(
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan camshaft sensor,ada kalanya sensor ini berfungsi tetapi tidak sekuat dulu dan akibatnya ignition timing yang teruk dan sukar hidupkan enjin.
fiyyla said…
Adakah cam sensor dan crank sensor adalah alat yang sama? harga dia sekitar berapa ratus? t.kasih tuan
Mekanik Kereta said…
ia 2 sensor yang berlainan,harga satu sensor sekitar 150,sama2
amatDGN said…
salam boh..nk tny skit..enjin mivec ck 1.8 sohc..snsor ape yg berkaitan dgn injector..sb dri ecu tak hantar signal pada injector..sensor crank n cam dh tukar baru..mohon bg tnjuk ajar..trime kasih boh..
Mekanik Kereta said…
ws;m,masalah ECU,tukar ECU inshaallah ok
Amirul Asyraf said…
Asalamualaikum tuan, nak tanya sikit , bila perlu tukar timing chain alza ya? berapa KM perlu tukar?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,yang biasa ialah sekitar 100000 ke 120000 perlu tukar tapi kalau ada masalah seperti gear jadi tak lancar,ada nyala isyarat dvvt,perlu dibaiki
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, saya nk tnya kereta saga flx ada masalah fuel pump, slpas tukar fuel pump trus check engine mnyala (Throtthel actuator controller output position monitoring -Sensor 1)... Bila saya tekan minyak kereta tak berjalan, apa masalah dia ye
Mekanik Kereta said…
aikumsalam,enjin jadi lemah,fuel pump tersebut tidak sesuai ,adakah saudara gunakn fuel pump diubahsuai?Saudara perlu dapatkan fuel pump yang benar2 sama digunakan untuk model kereta ini,inshaallah ok
fazlin said…
Asslmualaikum.. Nk tanya. Kenapa bila buka aircond,kipas aircond dgn kipas radiator bila cut/off on x lama. Maksudnya dua2 kipas tue dye pusing skjap je x lma. Utk info,gas dhbisi skli minyak kompreosr&xda sistem piping bocor trmsuk cooling coil..
Mekanik Kereta said…
wslm,jika cut of tu terlampau cepat dan kerap ia adalah masalah enjin yang panas tapi tidak overheat,perlu tukar air dan coolant klau boleh tukar hose radiator tas bawah termasuk hose besi ke water pump,air yang cepat panas memanaskan komponen enjin seterusnya mempengaruhi suis di badan kompressor untuk cepat tukar dan berhentikan kipas aircond, Akibatnya aircond kurang sejuk dan semakin tidak sejuk jika keadaan enjin panas berterusan.Jika tukar hose radiator atas dan bawah serta hose besi ke water pump inshaallah masalah selesai
Unknown said…
Salam tuan..kereta avanza bahagian belakang tinggi sebelah.nak kata suspensi dah tukar yg baru.apa pendapat tuan. terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,spring absorber dah tukar ke?,kalau belum tukar keempat2 roda,inshallah ada perubahan
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau selepas tukar minyak gear jadi begini,saudara perlu ganti semula minyak yang elok sebelum ini ketika diguna,iaitu jenis dan jenama yang sama. Jika rosak ini bukan disebabkan tukar minyak gear bermakna ada sensor yang tidak bekerja baik seperti sensor output speed perlu ditukar
Mekanik Kereta said…
Kalau enjin mati bermakna tidak cukup angin ke dalam kotak pembakaran yang mungkin terhalang akibat MAP sensor,ada kemungkinan sensor tersebut tidak sesuai ,cuba cabut MAP sensor dan start enjin ,jika ok tanda sensor tersebut tak ok
Mekanik Kereta said…
ya,elok tukar lain
Unknown said…
Hai..saya ada kereta saga blm.kereta x dpt bidup.dh tukar crank sensor smua..api dh ada.tp still x dpt di hidupkan..ada kah perlu reset ecu balik.sbb pomen ckp dh cut power dkt ecu
Mekanik Kereta said…
Jika plug ada api dan minyak naik ke throttle body,enjin tiada masalah untuk hidup melainkan compress tiada,periksa dulu compression yang mungkin juga tiada akibat ECU telah terganggu
sazrul said…
salam tuan. kenapa bila rpm saya melebihi 2000. kompresor aircond berhenti? sekiranya kereta statik tidak bergerak rpm di bawah 2000 aircond tiada masalah. toyota wish pfl
Mekanik Kereta said…
wslm,kondenser kotor dan hitam, tak lagi dapat mengkondensasikan gas jadi kipas tak dapat sejukkanya kembali,akibatnya suis kompressor tertutup auto,gantikan kondenser dan jika ingin lebih baik servis cooling coil ,tukar valve dan tukar kompressor

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Pelarasan enjin