Cara lakukanTop overhaul (DIY)
Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan Top Overhaul ini. Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos. Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta maka bermulalah proses Top Overhaul.
Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel. Tapi kali ini aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol.
Sebab utama Top Overhaul dilakukan:-
1.Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk.
2.Injap patah
3.Rocker arm retak
4.Timing belt putus
5.Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan permukaan blok.
6.Prestasi enjin yang turun mendadak
7.Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8.Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi, enjin jalan 3 silinder sahaja.
Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top overhaul ini:-
1.Kebuk silinder (cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust (exhaust valve,fuel valve)
3.Penahan Injap (valve seal)
4.Spring Injap (Valve spring)
5.Penahan penyebar api (Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker Arm)
8.Gasket silinder (head gasket)
9.Skru silinder
Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul (overhaul atas) dalam enjin kereta. Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder, ceraikan segala komponen diatas kemudian lakukan pembersihan atau pencucian kerak karbon pada piston dan kebuk silinder. Cuci dengan petrol atau disel. Pastikan timing belt telah dimarking sebelum meneruskan membuka timing belt dan silnder head.
Peringatan:-Sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap ekhaust tertutup dan juga sebaliknya. Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada pison.
Top Overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit. Pastikan segala peraturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul (DIY). Semasa pemasangan timing belt juga pastikan telah diletakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak akan hidup dengan baik atau tidak hidup langsung.
Keacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana.
Setelah semua selesai bermulalah proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap (grind valve. Permukaan head harus diratakan (skim) supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam diatas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta sukar dihidupkan dengan baik.
Grind valve tersebut, serta lakukan ujian minyak atau air setelah dilekatkan semula valve tersebut. Seal valve juga perlu ditukar manakala valve spring ditukar sepenuhnya termasuk gasket yang berkaitan seperti head gasket.
Setelah semua proses termasuk pencucian grind valve diselesaikan, pasang semula head dan ketatkan semua skru kebuk silinder dan harus pastikan gasket head telah ditukar. Top overhaul akan lebih sempurna jika skru head diketatkan menggunakan Torque Wench pada kadar ketat boleh laras yang sesuai.
Grind valve tersebut, serta lakukan ujian minyak atau air setelah dilekatkan semula valve tersebut. Seal valve juga perlu ditukar manakala valve spring ditukar sepenuhnya termasuk gasket yang berkaitan seperti head gasket.
Setelah semua proses termasuk pencucian grind valve diselesaikan, pasang semula head dan ketatkan semua skru kebuk silinder dan harus pastikan gasket head telah ditukar. Top overhaul akan lebih sempurna jika skru head diketatkan menggunakan Torque Wench pada kadar ketat boleh laras yang sesuai.
Peringatan:-Sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap ekhaust tertutup dan juga sebaliknya. Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada pison.
Top Overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit. Pastikan segala peraturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul (DIY). Semasa pemasangan timing belt juga pastikan telah diletakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak akan hidup dengan baik atau tidak hidup langsung.
Keacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana.
1.Silinder head yang tidak di skim (hanya boleh dilakukan 2 kali,dapatkan nasihat machinist)
2.Salah marking timing belt, tidak tepat satu atau 2 gerigi
3.Head gasket yang tidak ditukar
4.Tidak teliti ketika membersihkan serpihan kotoran pada blok dan silinder
5.Tappet yang tidak diadjust dengan tepat.
INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.
INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.
BERITAHU MEKANIK MASING-MASING UNTUK MELAKUKAN SKIM HEAD SEBELUM TOP OVERHAUL DISEBABKAN ENJIN PANAS SAHAJA. PRESTASI ENJIN JUGA DIBAIKI JIKA HEAD RATA.
SKIM HEAD ADALAH CARAKERJA DI MANA PERMUKAAN SILINDER HEAD DICANAI OLEH MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA RATA SETELAH MELALUI KEPANASAN ENJIN MELAMPAU.
SKIM HEAD DILAKUKAN MENGGUNAKAN MESIN CANAI ALOY KHAS DAN DICANAI PADA UKURAN KETEBALAN TERTENTU SESEBUAH SILINDER
PADA KEBIASAANNYA SILINDER HEAD BOLEH DICANAI 2 KALI SAHAJA DAN JIKA TIDAK BOLEH DICANAI LAGI SILNDER HEAD PERLU DITUKAR.
SKIM HEAD ADALAH CARAKERJA DI MANA PERMUKAAN SILINDER HEAD DICANAI OLEH MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA RATA SETELAH MELALUI KEPANASAN ENJIN MELAMPAU.
SKIM HEAD DILAKUKAN MENGGUNAKAN MESIN CANAI ALOY KHAS DAN DICANAI PADA UKURAN KETEBALAN TERTENTU SESEBUAH SILINDER
PADA KEBIASAANNYA SILINDER HEAD BOLEH DICANAI 2 KALI SAHAJA DAN JIKA TIDAK BOLEH DICANAI LAGI SILNDER HEAD PERLU DITUKAR.
Comments
Saya pengguna KIA SPECTRA 1.6 LS tahun 2006. Baru2 ni meter temperature engine tu akan naik setiap kali kereta bergelak perlahan dan diselangi brek (contoh:situasi ketika kesesakan lalu lintas). Air semua dah penuh and minyak hitam pun ada lagi. Temperature tu akan back to normal bila kereta berjalan lancar. Apakah simton2 ini menunjukkan kereta saya mengalami kerosakn enjin? Terima kasih. NATASYA
Saya pengguna KIA SPECTRA 1.6 buatan tahun 2006. Masalah2 yang dihadapi:
- temperature kereta akan naik (tapi x sampai 'H')setiap kali kereta berjalan perlahan dan diselangi brek (contoh situasi:jalan perlahan ketika kesesakan jalan raya). Tetapi temperature akan back to normal ketika kereta bergerak lancar.Untuk pengetahuan, air sudah diisi penuh dan minyak hitam masih cukup. Adakah simtom2 ini menunjukkan kereta saya mengalami kerosakan enjin? Harap dapat jawapan segera. Terima kasih ye.
Masalah panas model kia biasanya sebab radiator,servis radiator saudari dan gunakan coolant berkualiti tinggi.Minta mekanik periksa jika ada bocor pada mana2 tempat.Tegangkan getah pemusing water pump.
Biasanya jika buka gearbox ,bermakna minyalk gear yang bcor jadi tiada kena mengena dengan top overhaul atau tukar timing belt.
Jika bocor minyak hitam saja ada kena mengena dgn yang top dan timing belt.
1.Overhaul set 200
2.piston ring 100
3.piston 4x200=800
4.Conrod bering 200
5.minyak hitam 80
6.oil filter 10
7.plug 30
8 air filter 30
9.timing belt 80
10 timing bering 80
11.Valve 4x100 400
12.skim head 80
13.top overhaul set 200
14.Upah kerja top overhaul 300
15.upah kerja overhaul 700
jumlah 3090
Saya melakukan top overhaul,tukar timing belt dan overhaul berjumlah 3090 jadi saudara nilaikan sendiri harga yang mekanik tersebut berikan.
Ada juga tenaga pengajar dari giat mara buat kursus begini
servis karburator tersebut sekitar rm100.
1) minyak hitam kurang 2-3minggu kena top up.
2) air dlm spare tank seminggu kena top up tp dlm radiator xde mslh
Dan sy juga ada civic ek enjin b16b baru je lps oval haul.
Masalahnya kadang semput, bila pasang aircond lg teruk.
Sy dh tukar spark plug iridium denso, cable plug, distributor, service iac valve, tuning engine..Tp semput tetap juga ada.. Sblm buat top ovalhaul memang dh smpt igt bila dh ovalhaul blh settle tp still mcm tu jgk.. Apakah sebenarnya berlaku. Misteri btl.. Harap dpt memberi cadangan pd sy. Jutaan terima kasih..
1.masalah minyak hitam selalu kurang adalah sebab-sebab dibawah yang perlu diperiksa:-
a.gasket oils sump bocor
b.Getah cover head keras
c.oil seal distributor bocor
d.skru oil sump bocor
e.seal oil filter bocor
f.valve seal rosak (perlu buat top overhaul)
2.Air dalam tangki spare selalu kurang adalah masalah water pump yang dah hampir rosak.
3.Masalah honda selalunya melibatkan plug cepat jadi hitam kerana masalah throttle body bagi injection dan masalah karburator bagi sistem karburator.
1 soalan saja:
Enjin kurang sangat power...sebu. Buleh dapat 140km....tapi lambat bebeno.
Konfirm clutch plate elok. minyak itam tak susut. asap itam\putih, takde. Takde leaking.
Adakah masalah sumbat kat memana dlm exhaust atau adakah timing belt silap mata...?
Tima kasih Tuan.
Saudara perlu tukar exhaust yang lebih baik jika mahukan kekuatan speed kerana exhaust mungkin banyak mengumpul sisa2 karbon.Tiada masalah lain yang berkaitan,pastikan juga sensor exhaust ditukar.
Sy pemandu kereta kelisa..
sekarang ada masalah dgn kereta..
setiap kali sy brake, mcm ada bunyi bising kat tayar..
mcm bunyi besi bergesel pon ada..
tp brake xhaus lg..
kalau nak betulkan, agak² kosnye brape?
harap² saudara dpt membantu..
Terima kasih..
(^_^)
Sy pemandu kereta kelisa..
sekarang ada masalah dgn kereta..
setiap kali sy brake, mcm ada bunyi bising kat tayar..
mcm bunyi besi bergesel pon ada..
tp brake xhaus lg..
kalau nak betulkan, agak² kosnye brape?
harap² saudara dpt membantu..
Terima kasih..
(^_^)
kena tinggal dgn triton sampai 3 tiang tu ?tak tekan minyak ke?
bunyi bergesel jika brek pad masih rosak mungkin sebab langgar dengan cover tapi kalau tukar brek pad pun kosnya sekitar rm70 sahaja
Saya mempunyai kereta Toyota Unser Lgx tahun 2003. Masaalahnya sekarang sebelum tempuh 5000km saya terpaksa top up minyak hitam dengan 1-2 liter, jika tidak enjin mengeluarkan bunyi yang bising. Mekanik mencadangkan saya untuk membuat full overhaul untuk membersihkan enjin kereta dari sebarang kekotoron yang melekat di enjin. Soalannya:
1) Adakah perlu full overhaul di lakukan atau adakah cara lain untuk membersihkan enjin itu.
2) Jika perlu apakah barangan enjin
yang perlu ditukar.
3)Tolong berikan anggaran kos untuk overhaul dan barangan yang perlu di tukar.
Wassalam.
Saya menggunakan Toyota Unser LGX tahun 2003. Kebelakangan ini bunyi enjin kereta agak kasar walaupun sebelum sampai waktu servis 5000km. Apabila saya hendak menukar mintak hitam pada 5000km hanya 1/2 liter minyak yang tinggal dalam enjin. Mekanik mencadangkan saya membuat full overhaul untuk mengatasi masaalah ini kerana dalaman enjin kereta terdapat banyak kekotora. Soalannya:
1) Adakah perlu full overhaul dilakukan bagi mengatasi masaalah ini atau ada cara lain.
2) Jika perlu melakukan overhaul ini apakah barangan yang harus di tukar baru.
2) Tolong anggarkan kos overhaul ini berserta dengan anggara kos nbarangan yang harus di tukar.
Wassalam.
Overhaul adalah kerja menukar piston ring ,engine bering,polish crankshaft dan membersihkan blok dari kotoran karbon an habuk.
Komponen top overhaul adalah
1.top overhaul set-200
2.head gasket-100
3.grind valve-50
4.tukar valve dan rocker arm jika ada-rm150
5.Upah rm300
Overhaul
1.Tukar engine bering-rm200
2.tukar conrod bering0rm200
3.tukar piston-rm600
4.tukar piston ring-150
5.Upah-rm400
apakah masalahnya jika power steering oil asyik tendang membasahi luar silinder tangki power steering oil? power steering oil kering dlm kadar yg cepat. steering sy asyik berbunyi jika dipusing.
kwn sy kata pump tidak berfungsi. berapakah harga power steering pump?
tq
2.penggunaan minyak itam salah grade seperti grade SG digunakan utk keta petrol.
3.sensor ekzos rosak
4.Enjin perlukan top overhaul jika asap putih berterusan tidak berhenti
Zakwan
2.Overhaul pula dilakukan kerana piston ring patah,enjin bering haus atau patah,piston goncang,piston ring berbunyi kuat dan menyebabkan asap putih keluar dengan banyak kerana minyak hitam bercampur dengan petrol.
saya ada masalah berkaitan engine vtec..
Skrg ni 3 piston je yg berjalan.bila saya bukak palang pencucuh yg ketiga, saya tgk di bahagia kaki palang pencucuh patah.dan seperhan palang penccuh masuk kedalam engine saya.saya dah try tukar distributor dan palang pencucuh, still 3 piston yg berjalan dan susah nak idupkan engine.minyak semua dah check ok.apa masalahnye??adakah punca dari serpihan palang pencucuh??
1.distributor rosak dan penutup rotor distributor yang pecah atau cap pecah
2.terdapat satu kondenser kecil bersebelahan distributor dan alat itu telah rosak
3.engine yang mengalami kerosakan pada head samada telah naik minyak sehingga ke atas air filter dam bocor pada seal valve yang teruk dan perlukan top overhaul juga adalah penyebab utama plug tak berfungsi
4.Plug cable yang pecah atau rosak
5.Coil yang bersambung pada spark plug handle yang tak boleh digunakan seperti pada kebanyakan kereta waja.
saya pengguna naza sutera...
Masalah yg dialami ialah apabila aircond kereta dipasang dan tekan brake untuk berhenti , rpm akan naik dan turun atau enjin akan mati.
Saya telah hantar pergi ke pomen dua kali dan pomen hanya cuci body throttle sahaja . Masalah berlaku lagi selepas dua hari cuci body throttle pada kali kedua.
Saya hantar kepada pomen yang lain, dan dia cakap banyak barang dalam enjin rosak dan leaking minyak hitam, dan sudah tukar banyak benda dalam enjin dan charge lebih kurang RM2500. Dan dia cakap dia memang pakar repair kereta naza..
Selepas repair, masalah timbul lagi. buang duit dalam laut saja...
Sekarang pandu kereta tanpa aircond..Sangat panas, tak boleh tahan
Apa yang pautt saya buat??.
Ribuan terima kasih
*aku di kejauhan
Aku dah buat top overhaul enjin nissan 1.4 haritu. Tapi rasa macam xsmooth je enjin. Time idle ada terasa engine naik turun prestasi(dulu xde rasa time idle), pastu time rpm 2k terasa sengguk2...terutama kita lepas minyak dan tekan balik pada rpm tu...bunyi ekzos pun lain macam je...bunyi macam kosong(xde lak bocor)...mungkin saudara blh beri nasihat....
*aku yang jauh
salam, kereta saya baru2 ni dah tukar head gasket disebabkan minyak hitam leak hingga menyembur ke permukaan tepi kereta..kat head gasket pon terdapat minyak keluar..lepas 2'3hari perkara yang sama terjadi dan mekanik bgtau confirm disebabkan piston ring, kos overhaul dianggar RM2000. mintak pendapat en sord. tq.
Saya pemilik kereta toyota 1.6 auto. Untuk maklumam, kereta ini baru lepas mengalami proses top overhaul disebabkan overheat masa drive. Akan tetapi lepas top overhaul ni kereta saya macam tak pick up. Bila press habis pedal masa baru nak drive, kereta tak memecut (jadi tak pickup, tak rasa gear shift dari 2,3 dan ke empat). Pastu hanya boleh pickup bila speed sampai 80km/j. Yang pelik masa sebelum overheat pick up ok jer. Saya pun tak faham apa masalahnyer. Harap boleh bantu. terima kasih tuan.
masih dalam keadaan normal..apa kah pada tahap ini situasi head tersebut
sudah melengkung dan memerlukan skim head. Untuk pengatahuan model
kenderaan ialah toyota liceace..tampa menggunakan timing belt atau rantai.
sekian terima kasih.
Sya joey guna kancil L6 turbo
masalahnya keta sya semput bila tekan habis pedal minyak tu..
Spark plug dah tukar
fuel pump dah tukar pakai ori mercedes jenama bosch
injektor dah cek
fuel regulator ori dah buka..so pasang regulator Tomei..adjust minyak smpai 4 pun sma juga hasilnya semput..
Bila trunkan pressure minyak lg la semput..
Mohon bantuan bro..dan cadangan apa yg patut sya buat
Permulaan memandu kereta ada semput sikit kemudian enjin trs mati..start blk enjin xleh hdp..check plug api xde...htr kedai..pomen tukar distributor bru still xok jgk..pomen kta valve xde tekanan sbb tu api xde..kena bt top overhead..anggaran kos rm1k..
Minta pandangan master dr cerita sya ni...tq..
bila api takde,masalah pertama adalah distributor dan jika tiada juga ia atau terlalu kecil pembakaran susah berlaku Ini adalah disebabkan kerosakan seperti valve spring patah,rocker arm patah,valve bengkok dan seal yang bocor teruk jadi top overhaul adalah sebaiknya
1) harga top overhaul munasabah ke RM 900??
2) ape punca boleh leaking lagi sedangkan dah buat top overhaul??
2)Ekzos sensor dah tak ok,gantikan
1) buat top overhaul ni ade kene mengena dengan flywheel oilseal ke?? bukan buat top overhaul ni just bahagian head je yg di bersih kan??
2) boleh jadi punca flywheel oilseal bocor sebab buat top overhaul ke??
3) berapa standard harga nak repair flywheel oilseal ni yea?? sebab pomen tu kata nak turun gearbox dlm RM 150 upah sume dalam RM 300. patut ke sya bayar atau itu kesilapan pomen tu yea??
terima kasih @Arsad mekanik
1.buat to overhaul mmg takde kena mengena dengan flywheel sebab flywheel dah bahagia gearbox,cuma hati2 ada mekanik alihkan bocor ke tempat lain untuk cari untung
2.Jika minyak hitam yang kering ia takde kena mengena dgn flywheel sebab flywheel akan hanya bocorkan minyak gear saja.
3.repair flywheel kena turun gear box upah dan barang memang sekitar rm300 ,minta poen periksa betul2,kenapa pula minyak gear yang bocor sedangkan minyak hitam yang kering.
Apa punca masalah dalam situasi ini ye...
Engine toyota forklift diesel 6cylinder...
Terima kasih...
Start kali kedua terus ok.
Masalah sekarang enjin tidak liking dan tiada asap hanya bau hangit kadang kala.
Apa harus sy buat dan berapa kos?
Harap saudara blh membantu
Sy pngguna proton persona. Mngalami msalah brikut:
1. Enjin semput smasa msuk gear
2. Rpm drop shingga enjin mati smasa aircond d hidupkn swaktu kreta sudah bgerak
3. Asap yg berbau smacam
4. Tdapat bunyi ketuk2 d dlm enjin stiap kali kreta sudah bgerak dan smasa mnekan minyak
Bunyi ketuk2 tu tak kluar smasa gear free. Hnya kluar smasa msuk gear dan smasa mnekan pedal minyak
Antara yg sudah saya buat ialah:
1. Mnukar spark plug yg baru
2. Mminjam distrubutor dan plug cable kawan tetapi msih problem yg sma
3. Mnukar air filter
4. Mnukar fuel filter
Kali trakhir sy mlakukan top ovrhaul ialah pda 1 thn lebih yg lepas. Ttapi tidak mlakukan skim head dan pnukaran valve seal. Krana head msuk air dan ddapati gasket koyak. Adakah enjin sy bmslah krana ini?
Sy sudah jmpa bbrpa org pomen. Antara nya pndapat mreka ialah valve bengkok, conrod bearing prlu d tukar, dan bmcm2 lgi.
Adakah sy hnya prlu top ovrhaul atau mmerlukan general ovrhaul krna mlibatkn conrod bearing
Sy suda mlakukan computer diagnosis check d bengkel proton dan hsil test computer ialah blaku mslah pmbakaran d bhgian 2,3. Tak pasti ianya d bhgian head atau blok
1. Bermulanya masalah temperature naik tinggi semasa isteri saya menghidupkan enjin dan membuka aircond dalam tempoh yang lama sewaktu menunggu saya membeli barang di kedai. Jarum temp naik tinggi dan ekon menjadi tidak sejuk. Selepas kejadian itu, temperature akan naik melebihi separuh sekiranya dipandu perlahan dan sekiranya jalan 'jem'. Keadaan menjadi semakin parah apabila ada satu ketika, isteri saya tersekat dlm 'jem' yg teruk sehingga menyebabkan temperature naik full, dan ekon terus menjadi tidak sejuk langsung (sehingga sekarang, xrepair lg). Kipas radiator masih berfungsi tetapi hanya setelah jarum temp melebihi separuh. Radiator telah pernah ditukar baru sebelum ini dan masih dlm kondisi yg baik. Cap rad baru telah sy tukar.. Apa yang boleh saya cek lg ye.
2. Apabila saya mematikan enjin, enjin akan melahu dan tidak akan mati serta merta. Tindakan saya, saya akan offkan suis dan menekan pedal minyak bg mmastikan enjin terus mati serta merta.
3. Berkait dengan soalan 1 di atas, adakah kepanasan melampau boleh menyebabkan aircond kompressor rosak?
4. Apakah peralatan yang WAJIB saya ADA sekiranya saya hendak melakukan top overhaul enjin kancil saya ini.
Sekian, terima kasih atas pandangan n nasihat tuan.
enjin ini mengalami kepanasan yang agak kuat,perlu tukar thermostat dahulu,tetapi jika ia tidak beri kesan saudara perlu lakukan top overhaul untuk menggantikan head gasket.
Jika ingin melakukan top overhaul sendiri ,perlukan semua saiz spanar sahaja
Harap tuan dapat beri pencerahan..t
kasih.
2.Distributor hanya untuk penyebaran api yang baik,sangat kurang untuk pickup melainkan ia benar2 rosak dan api pada spark plug tidak sekata
1)ape yg menyebabkn byi ketukan yg kuat pd injin(knocking)
2)mcm mane nk knlpsti roker arm rosak,,
3)cmne care grind valve yg btol
2.rocker arm rosak dikenalpasti melalui bunyi juga boleh dikenal dengan memusing cam shaft yang longgar bila dilakukan
3.Gunakan penggeser valve bergetah,pusingkan valve pada head sehingga agak2 licin tepi payung valve,jangan terlalu kuat atau lama .gunakan grind paste,jika terlalu lama dan kuat valve akan bocor bila dipasang,uji dulu sebelum meletakan key valve
Saudara, sya ada wira 1.3 tahun 2002. Skrg kreta lembab.. slalu kurang minyak injin & ada leaking pd kt head nya sblh kiri bhgian gusket. Mcm mna adakah prlu top overhaul @ ganeral overhaul?
Bila tekan minyak rasa berderu enjinny..
1. Kuat makan petrol.
2. Slalu leaking minyak injin kt head.
3. Kurang pickup.
4. Bila on aircond klajuan kreta lembab.
5. Bila on aircond stering gegar skali injin pun gegar.
6. Gear plak kdg2 susah nk msuk.
Sebaiknya diteruskan full overhaul untuk menaikan prestasi dan menukar ring yang haus serta leaking pada head juga dapat ditamatkan,kos kira2 rm2500
Sy guna inokom atos
Minggu lepas bila tekan minyak kereta akan tersenguk senguk
Sekarang masuk gear D tekan minyak tapi kereta tak boleh gerak tapi masuk gear R boleh pulak reverse...mohon pencerahan
Terima kasih
Tukar spark plug ,minta mekanik periksa semua hose vakum terutamanya pada distributor dan throttle body dan juga injap pada vakum hose disilinder head yang mungkin tidak lagi berfungsi dan semua injap hujung hose vakum
Bos, air radiator dan minyak hitam kereta saya selalu kurang sikit2,
Dan kadang2 ada asap putih dekat exzos. Tetapi engine tak ada gegaran atau letup2, cuma bising sikit je...
Macam mana nak selesaikan masalah ini ye..
Terima kasih.
Saya pengguna kereta proton persona 1st model tahun 2007...utk mklumat tuan..bacaan odometer pd kereta sy hampir mencapai 300,000km...disini sy ingin bertanya,adakah perlu sy lakukan top overhoul pd kereta sy atau abaikan shja dlu...kalau perlu,berapa kos utk proton persona..senang nk bajet...
Tq
dalam bil cuma tulis
semi overhaul rm1450
Top head gasket
pinston ring
greambal
valve
engine oil
labour charge
takder pulak di tulis dengan terperinci berapa harga harga utk setiap service.
mohon pencerahan.terima kasih
Biasanya 3 hari bergantung kepada alatganti,jika mudah dapat ,boleh siap,jika sukar dapat kira2 seminggu boleh siap
Gunakan batang bergetah dihujung untuk grind valve,gunakan juga grind valve pes,setelah digrind pada head ,pasang semula semua pada tempatnya tanpa melekatkan key valve,gunakan cec air petrol atau disel atau air dan testkan secara terbalik,jika air tidak keluar menitis selepas diletakan selama 3 atau 4 jam ,valve tersebut digrind dengan baik,pastikan pes dibersihkan sebelum melakukan test
Saya pakai saga flx..
Kereta saya bunyi knocking tiba2 dan lampu teko minyak selinder kejap nyala kejap tidak..
Bila masuk ke bengkel terdekat n buang minyak hitam mekanik cakap ada serbuk besi sikit.. Dia kata kena ovohoul.. Apa kah sebab benda ini berlaku. Dan adakah cara lain utk tidah overhoul..
Contohnya tukar minyak n filter kemudian flush..
Milage dlm 200k.
Mekanik cakap kos dlm RM 3k ke 4k..
Harap di bantu...
Sekian
6 bln lepas sy tukar timing belt dgn spark plug. mula2 tukar timing belt. pastu nak tukar spark plug pulak. masa nak buka,... coil plug tu ssh nak cabut jd kaki dia patah dan koyak dlm 3 biji.
masa tu duit xda nak beli baru jd brader tu pasang jela yg rosak tu. enjin kereta jd senggut2, bunyi kasar, stering dashboard gegar. 4 bulan kemudian bru tukar coil plug baru. bila dah tukar, enjin tak senggut2 lagi. tp gegaran dan bunyi kasar tu masih ada.
jadi tu nak taw. gegaran tu ada sampai skgni disebabkan lambat tukar coil ke, atau silap mark masa tukar timing belt. timing belt tegang sangat ke, atau gegaran tu kerosakan pada mounting.
gegaran tu masa kereta xjalan. start2 enjin je, stering dan dashboard dah gegar. bunyi dia pada enjin pula mcm turun naik. ibarat macam rantai basikal kalau kayuh je kejap rantai tegang kejap kendur. mcm tu la ibaratnya. masa jalan terasa gegaran n bunyi bising d area depan. terima kasih bang membantu. l
~~ plug baru tukar, coil plug baru, baru service throtle body, air filter bru tukar, petrol filter bru tukar, minyak engine n cvt bru tukar.
lakukan top overhaul adalah jalan paling baik untuk selesaikan