Cara lakukanTop overhaul (DIY)
Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan Top Overhaul ini. Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos. Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta maka bermulalah proses Top Overhaul.
Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel. Tapi kali ini aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol.
Sebab utama Top Overhaul dilakukan:-
1.Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk.
2.Injap patah
3.Rocker arm retak
4.Timing belt putus
5.Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan permukaan blok.
6.Prestasi enjin yang turun mendadak
7.Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8.Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi, enjin jalan 3 silinder sahaja.
Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top overhaul ini:-
1.Kebuk silinder (cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust (exhaust valve,fuel valve)
3.Penahan Injap (valve seal)
4.Spring Injap (Valve spring)
5.Penahan penyebar api (Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker Arm)
8.Gasket silinder (head gasket)
9.Skru silinder
Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul (overhaul atas) dalam enjin kereta. Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder, ceraikan segala komponen diatas kemudian lakukan pembersihan atau pencucian kerak karbon pada piston dan kebuk silinder. Cuci dengan petrol atau disel. Pastikan timing belt telah dimarking sebelum meneruskan membuka timing belt dan silnder head.
Peringatan:-Sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap ekhaust tertutup dan juga sebaliknya. Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada pison.
Top Overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit. Pastikan segala peraturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul (DIY). Semasa pemasangan timing belt juga pastikan telah diletakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak akan hidup dengan baik atau tidak hidup langsung.
Keacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana.
Setelah semua selesai bermulalah proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap (grind valve. Permukaan head harus diratakan (skim) supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam diatas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta sukar dihidupkan dengan baik.
Grind valve tersebut, serta lakukan ujian minyak atau air setelah dilekatkan semula valve tersebut. Seal valve juga perlu ditukar manakala valve spring ditukar sepenuhnya termasuk gasket yang berkaitan seperti head gasket.
Setelah semua proses termasuk pencucian grind valve diselesaikan, pasang semula head dan ketatkan semua skru kebuk silinder dan harus pastikan gasket head telah ditukar. Top overhaul akan lebih sempurna jika skru head diketatkan menggunakan Torque Wench pada kadar ketat boleh laras yang sesuai.
Grind valve tersebut, serta lakukan ujian minyak atau air setelah dilekatkan semula valve tersebut. Seal valve juga perlu ditukar manakala valve spring ditukar sepenuhnya termasuk gasket yang berkaitan seperti head gasket.
Setelah semua proses termasuk pencucian grind valve diselesaikan, pasang semula head dan ketatkan semua skru kebuk silinder dan harus pastikan gasket head telah ditukar. Top overhaul akan lebih sempurna jika skru head diketatkan menggunakan Torque Wench pada kadar ketat boleh laras yang sesuai.
Peringatan:-Sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap ekhaust tertutup dan juga sebaliknya. Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada pison.
Top Overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit. Pastikan segala peraturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul (DIY). Semasa pemasangan timing belt juga pastikan telah diletakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak akan hidup dengan baik atau tidak hidup langsung.
Keacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana.
1.Silinder head yang tidak di skim (hanya boleh dilakukan 2 kali,dapatkan nasihat machinist)
2.Salah marking timing belt, tidak tepat satu atau 2 gerigi
3.Head gasket yang tidak ditukar
4.Tidak teliti ketika membersihkan serpihan kotoran pada blok dan silinder
5.Tappet yang tidak diadjust dengan tepat.
INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.
INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.
BERITAHU MEKANIK MASING-MASING UNTUK MELAKUKAN SKIM HEAD SEBELUM TOP OVERHAUL DISEBABKAN ENJIN PANAS SAHAJA. PRESTASI ENJIN JUGA DIBAIKI JIKA HEAD RATA.
SKIM HEAD ADALAH CARAKERJA DI MANA PERMUKAAN SILINDER HEAD DICANAI OLEH MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA RATA SETELAH MELALUI KEPANASAN ENJIN MELAMPAU.
SKIM HEAD DILAKUKAN MENGGUNAKAN MESIN CANAI ALOY KHAS DAN DICANAI PADA UKURAN KETEBALAN TERTENTU SESEBUAH SILINDER
PADA KEBIASAANNYA SILINDER HEAD BOLEH DICANAI 2 KALI SAHAJA DAN JIKA TIDAK BOLEH DICANAI LAGI SILNDER HEAD PERLU DITUKAR.

Comments
Sy punya masalah dgn kereta sy yg overheat.. stelah di siasat.. radiator ok.. termostart ok.. hose ok.. tp bila pandu dlm keadaan free a/c temp kreta ok.. tapi bila on a/c temp naik mendadak..
Apakah puncanya ya?
Perlu buat overhaul or top overhaul sahaja..?
Costing berapa?
Kereta model Honda Civic EX tahun 1990 enjin standart carb..
Boleh email pd sy di nasruddin6077@gmail.com
Sy pemilik wira 1.3 injection manual
Sy ada dua masalah
1. Asap putih kuar
2. Jarum meter suhu x naik.
Sy ada brtnya pd dua pomen. Pertama pomen melayu yg mnyatak sy perlu top overhaul dgn kos 650.00, manakala pomen cina pula menyatakn suh wat top overhaul dgn kos 420.00...
Sy ingin tau kenapa dan apa perbezaan dr kedua2 pomen dgn kos yg berbeza.
Terima kasih tuan kerana membantu
Terima kasih ttg penjelasan tersebut... Cuma mslah jarum mter temprature tu sy x jelas lg... Apakah msalah yg sebenarnya...adakah sy perlu tukar meter ataupun tukar alat suhu tersebut...
1.Gear box baru tukar sb yg lama dh rosak, tp lining clutch yg second guna. Tapi gear 1 akan tendang balik neutral(manual transmission) dan kadang2 agak keras nak masuk gear, apakah punca masalah ini dan cara mengatasinya
2.Sy dh buat top overhaul (top set+plug) dah tukar tp ekzos sentiasa keluarkan asap putih, bertambah tebal klu top gear suda, minyak hitam kadang2 akan kurang setiap 2 minggu. Apakah kena buat general overhaul untuk penyelesaian?
2.asap putih yang tebal akibat piston ring yang haus ia tidak datang dari set top overhaul,minyak hitam kurang jika panas enjin lebih akibat top overhaul yang kurang sempurna dan ikatan torque yang tidak ketat
saya ingin menanya tentang keadaan kereta saya proton iswara aeroback, kini mempunyai masalah mengeluarkan asap putih yang banyak dan pretasi enjin tidak baik semasa menaik cerun. perlukan nasihat dari bang mekanik, samaaa kereta saya perlu overhaul / top overhaul?
recommend bang mekanik amat dihargai.
terima kasih.
Saya pengguna nissan sentra b14
Kereta saya mengalami masalah kluar asap putih . Tetapi ekzoz tidak berminyak . Dan minyak silinder pun tiada kurang . Bole bagi tahu tak apa punca nya tu
Exora bold tahun 2013
Simtom::::
Enjin tk setabil taming mcm 3 pistol je on
Semput2
Temormeter dah tukar dan dh tukar coolan
Sy sentiasa guna topup air radiator guna air filter atau air drinking water
Temprecure naik klu jln lebih dari 60kmh dan air keluar dari spare tank dan panas sangat
Semasa temp naik aircond panas
Kipas enjin non stop... Semasa tk on aircond. ...
Plug dah tukar, plug coil dh tukar, Temostart dh tukar, coolant dh tukar,
TB dh service Dan dh resort, petrol filter dah tukar,
Apa sebab bro Pomen. Dan klu nie kes patut wat topoverhall...dan Angara berapa kos nye
Sy pakai kancil 660cc tahun 1996 (kereta 2ndhand)
Sebelum ni pakai elok je, tiba2 pagi nak pergi kerja, kereta slow naik bukit. Dia xnak pergi lebih dr 20km/h. Tersengguk sengguk bila bukit tp kalau jalan rata okay. Ingatkan sbb engine oil, dah top up still sama. Tye bengkel, katanya kena overhaul. Boleh sy tahu kenapa dah roughly kos utk overhaul engine Kancil ni?
Masalah saya :
1) masa enjin idling terasa enjin gegar agak kuat.
2) minyak petrol agak kuat sikit digunakan selepas berlaku masalah ini.
3 ) exhaust keluar asap putih masa enjin dipanaskan dan mengeluarkan bunyi seperti letup2 dan hujung paip exhaust macam basah.
1.idling gegar sebab throtlle body kotor,servis
2.tukar fuel filter dan servis injector dapat jimatkan lagi minyak
3.letupan api hanya jadi jika throttle kotor dan pastikan manifold tiada bocor air
1) Kereta sy pada mula ada bunyi mcm besi sdang mengetuk.,. Tang!!!Tang!!Tang .,. Bila tekan minyak sikit bunyi makin kuat .,. Sy ingat masalah tappet , dah adjust tapet tapi sama juga.,.
So sy dah hntar bengkel .,. Then pomen sruh tinggal sbb nak kena buka check kate nye .,.
Pendekkan cerita
Pomen cakap Conrod bearing dah mkn so kena tukar enjin kosong sbb kos untk overhaul lbih bnyak keluar modal .,.
Soalan Sya
2) Klau conrod bearing rosak memang kena tukar enjin terus ke ? klau sekadar tukar conrod bearing tk boleh ke.?
Minta penjelasan yg tepat bgi masalah sy tuan .,. Terima kasih
adakah itu biasa selepas top..?
atau akan hilang selepas beberapa hari..?
Injector pula harus diservis atau tukar 4 set ,ganti fuel filter .
Jika keadaan masih berlarutan keadaan piston goyang atau longgar akibat piston ring yang lusuh juga ada peranan menyebabkan enjin berat
Sy nk tny bossku..
Baru-baru ni,injin kete sy mgalami mslh jerking..tp bila dh jln elok je,cuma bila kt trafficlight gear dlm posisi 'N' jerknye trasa..klu pasang aircond lg terasa jerkingnye sgat kuat..
Sy dh tukar plug n coil plug baru tp serupa jgak..adakah masalah sis aircond or dh perlu kena top overhaul..klu nk overhaul brape kos sy kena stanby utk kete ni..
bantu sy bossku..
Sekian tq..
enjin akan bunyi mulanya agak kuat sedikit kerana komponen dicuci manakala asap akan ada juga ,gunakan selepas 2 minggu biasanya enjin kembali normal dan jika tidak kembali normal buat tuning enjin inshallah stabil
Saya addin
Saya nak tanya . Tentang tukar sendiri camsharf ataupun mahu di upgrade camsharft .Ada masalah ke pada engine kalau saya tukar camsharf sahaja tanpa tukar apa apa.
Dan boleh dapat kan info bagaimana harus saya buat iya.