Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Saturday, February 06, 2010

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal

Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta.

Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu.







Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekatkan kembali dengan yang baru bila terdapat kerosakan sebegini pada kereta.

Kedudukan flasher relay ini pada kebanyakan kereta ialah dibawah dashboard sebelah pemandu iaitu diatas pedal minyak bagi kebanyakan kereta jenama Proton dan Perodua.manakala kebanyakan kereta Honda ianya terletak di bahagian enjin sebelah kiri didalam ruangan kotak fuse didalam enjin.Alat ini boleh digantikan sendiri oleh pengguna kereta dan kebiasaannya kedudukan relay ini bersebelahan dengan relay air cond kereta.

Apa yang diperlukan ialah flasher baru,hanya tanggalkan yang lama dan cucukkan yang baru pada wiring relay tersebut.Relay tersebut kebiasaannya berpanel elektrik tiga  dan ianya dalam bentuk bulat .

Flasher ini adalah berlainan dari relay biasa ,relay biasa mempunyai 4 atau 5 kaki dan ada tanda berbentuk nombor pada kakinya.

255 comments:

  1. Asalam tuan...nak tanya kenapa signal kereta sy kejap brfungsi kejap x..kalu x brfungsi empat2 signal xmnyala..mentol smua ok.. xbrfungsi signal kiri atau kanan...masa x brfungsi tu sy try on lampu hazard light pon x menyala...tapi bila signal brfungsi semula..lmpu hazard light pon brfungsi jugak...ad masa tu smpai nk excident sbb signal tiba2 xde kiri atau kanan..pastu lme2 nt ad blik...mntk pencerahan tuan...tq...wira sedan 1.5 carb

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar flasher relay yang terletak sebelah kanan bawah dashbod kaki pemandu

      Delete
    2. Tu relay signal je

      Delete
    3. Assalamualaikum.
      Boleh tahu di mana kedudukan flash relay bagi proton exora cps m-line tahun 2010 sebab bila cari bawah dashboard x jumpa

      Delete
    4. waalaikumsalam,jika tiada ditepi dinding atas kaki pemandu kebiasaannya flasher relay diletakkan diatas berdekatan fusebox dalam kereta

      Delete
  2. salam bos kenapa signal kereta wira saya belah kiri menyala tak padam2 walau dah padam kunci

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada flasher relay,cabut flasher itu kemudian ganti

      Delete
    2. confirm flasher relay bos ?

      Delete
    3. lampu signal dikawal di penolak pada stereng juga,jika sebelah kiri nyala saja ,gerakan penolak pada stereng ulan2 kali atau gantikan satu set penolak signal,inshallah ok,utk flasher pula ia akan rosak jika kerap signal tak mati

      Delete
  3. Slm tuan, nk mintak pendapat skit. Kalo hazard light belah kiri tak mnyala knapa ye? Signal biasa kiri kanan ok

    ReplyDelete
  4. wslm,kalau tak nyala kena periksa mentol mungkin terbakar aau wayar soket sebelah kiri ada putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pkai kereta wira. Sy punya signal biasa ok je tuan kiri kanan depan belakang. Bila on hazard, kiri depan belakang tak nyala, dekat meter pon nyala belah kanan je.

      Delete
    2. gantikan flasher yang terdapat bawah dashbod pemandu

      Delete
    3. Salam tuan apa masalah signal kerta waja saya kadang2 hidup kadang tidak hidup..signal emergency pun kadang2 hidup kadang2 tidak

      Delete
    4. wslm,ganti flasher relay ,in sha allah ok

      Delete
    5. Salam tuan apa masalah emergency
      biasa hidup sendiri tanpa tkn suiz

      Delete
    6. wslm ia hidup jika sambungan suis tersebut rosak,sebaiknya ganti suis

      Delete
  5. Assalammualaikum minta pendapat bos..wish tahun 2004...bila bawa kereta doboule signal tiba2 nyala sendiri.sdangkn cek pintu..semua tertutup rapi.kalau kunci pintu guna alarm kmfom mjerit...kena kunci cara manual baru senyap

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,lock auto pada pintu utama berm asalah,biasanya ia tak dapat tutup habis dan tersangkut bila guna alarm,jika manual ia masuk habis ,lock tersebut perlu diperiksa dan diganti

      Delete
  6. waalaikumsalam,lock auto pada pintu utama berm asalah,biasanya ia tak dapat tutup habis dan tersangkut bila guna alarm,jika manual ia masuk habis ,lock tersebut perlu diperiksa dan diganti

    ReplyDelete
  7. saya guna wira...pasang lampu kecemasan kiri kanan menyala....tetapi bila bagi signal kiri or kanan langsung tak menyala..apa masalahmya yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan mentol tidak terbakar,kemudian fuse dalam enjin diganti untuk lamp jika putus setelah itu ganti flasher relay bawah dasbod pemandu,jika masih tidak hidup kerosakan adalah pada pemetik suis signal di stereng

      Delete
  8. Anonymous25/2/19

    Selamat petang saya nak Tanya...saya pakai van vanette signal juga tak dapat Kiri kanan sekali dengan emergency light...semua lampu ok...cuma signal masalah...apa masalah nya bos..tq....saya Dari sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang,signal dan hazard light jika tiada masalah pada bulb lampu ia adalah masalah flasher relay yang rosak,kedudukan flasher ialah padabawah dashbod tengah

      Delete
    2. Maksudnya di bahagian radio tu ke cik..sbb van sy pun hadapi masalah yg sama

      Delete
    3. flasher relay van juga diletak di bawah dashbod,gantikan jika ada masalah seperti signal kelip laju di panel,hidup kadang2 dan ada kalanya flasher boleh berbunyi bising dalam kereta. Flaser ini boleh dirasa denyutannya jika dipegang dikala signal terpasang

      Delete
  9. selamat malam..itu signal light sbelah kiri kalau pijak break terus hilang.lepas break terus hidup balik. .apa masalah tu arrhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlm,pada pedal kaki brek ada suis ,suis ini boleh diganti,jika berlaku keadaan begini ia adalah masalah suis tersebut dan perlu ditukar

      Delete
    2. Saya nak tanya.... Saya guna viva. . Signal sebelah kiri tiba2 kelap kelip...kenapa ia....sekejap kelip sekejap tidak sekejap lagi kelip.. .Mohon penjelasan

      Delete
    3. saudari perlu gantikan flasher relay ,minta mekanik tukarkan

      Delete
  10. Salam nak tanya.. Lampu signal dlm dashboard bunyi laju tp luar tak ade lampu dan kacau lampu berak tengah, radio, waiper water, waiper rotor semua tak boleh on ade kena mengena ngan flash fuse?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,betul saudari perlu tukarkan dulu flasher relay dan sambungan bisanya berdekatan dengan semua komponen yang disebutkan ,ada kemungkinan soketnya terbuka dan longgar menyebabkan semuanya tidak berfungsi

      Delete
  11. Salam tuan..kereta sy saga blm..signal kiri kanan ok..time nak lock kereta hanya signal kanan saja menyala..mohon penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika mentol tidak terbakar ia adalah masalah pada kotak hitam alarm kemungkinan connection pada soket longgar

      Delete
    2. Sy ade masalah yg sama tapi setelah tukar modul alarm trus ok

      Delete
    3. ya,betul itu yang saya maksudkan adakalanya sedikit pembaikan tidak dapat membantu untuk keseluruhan alarm yang agak sensitif

      Delete
  12. Askum,,kreta Wira saya signal kiri kanan tak menyala,,tapi double signal menyala.. Suis saya dah tukar tapi tak menyala juga. Ape masalahnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukar flasher dan jika tiada mentol atau fuse putus atau terbakar,ia in sha allah nyala

      Delete
    2. Tmpt sy pn mcm ni..dobol signal hidup.tetapi bila on signal kiri atau kanan tak hidup.sebab semasa pemasangan wayar siganl dpan.ada tersuntuh wayar.apakah masalah nya tu tuan. Kereta kancil. Fius die kat mana yer.

      Delete
    3. periksa fius bawah dashbod pemandu

      Delete
  13. kedudukan flasher relay gen 2 kt mne boss

    ReplyDelete
  14. flasher biasa diletakan disebelah dinding tepi dibawah dashbod pemandu

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Maaf soalan kuar Tajuk. Relay lampu depan kereta kerap terbakar. Satria 1.3 vdo thin 2003. Ape punca & penyelesaianye. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila ada relay atau fuse kerap terbakar ,perlu periksa kekuatan bateri dan alternator,hanya kuasa bateri yang sangat kurang akan menyebabkan relay atau fuse cepat putus dan terbakar

      Delete
  16. sya pkai honda civic ex 1.5 signal sya sebelah knan berkelip dgn laju..sblah kiri ok..ape pnca nye tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini masalah flasher reay yang rosak,gantikannya

      Delete
  17. Assalam tuan..mau tnya..knapa signal berkelip laju..apa punca dan solusi?proton saga VVT

    ReplyDelete
  18. wslm,ini masalah flasher relay,gantikan dengan yang lain

    ReplyDelete
  19. Tuan myvi tahun 2009 on kunci double signal terus menyala x boleh tutup..knp tu bos..tutup kunci baru padam..bila lock guna remote lampu signal 4 menyala seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah alarm,ada soket di kotak hitam yang perlu diperiksa samada ia tercabut atau longgar

      Delete
  20. salam tuan..
    sya guna proton wira 1.5
    masalah sekarang lampu signal kecemasan kiri kanan menyala tetapi bila signal tidak menyala apa masalahnya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mentol terbakar atau flasher relay rosak yang menyebabkan lampu signal kiri kanan ada masalah

      Delete
  21. Saya guna persona...bila tolak atau tarik stick signal tuk bgi signal...lampu signal kejap nyala...kejap x nyala...kena gerak2 kn stick tu...baru signal ada...tu pun...kdg2 ada...kdg x de..tpi signal hazard menyala.
    TQ..Tuam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara perlu gantikan body signal bersama stick tersebut,in sha allah ok semuanya

      Delete
  22. Asalam tuan, saya nak tanya tentang signal light saga aoeroback, apa masalah masa saya on signal light belah kiri jadi hazard lamp yang kuar, saya on signal light kanan pun sama, mohon tuan buat penjelasan tentang masalah saya, thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah panel tersebut,ia telah lusuh sehingga ia bersentuhan secara elektrik apabila digerakkan ke kiri dan kanan,perlu gantikannya

      Delete
  23. On signal light kanan, tapi hazard yg nyala ,on signal light kiri pun sama, kenapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemegang signal tu dah masalah,perlu ganti

      Delete
  24. Assalamualaikum, mohon bantuan, lampu hadapan kereta honda stream saya bila bawa perlahan atau berhenti, tiba2 lampu sebelah kanan tiba2 berkelip2 dan kadang2 padam.. Saya terpaksa off & on semula lampu baru lampu depan menyala semula.. Kalau saya pandu laju, lampu ok pulak, kenapa ya? & apa yg perlu saya tukar?.. Mohon bantuan, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada soket untuk lampu hadapan dan biasanya jika ia longgar lampu akan padam dan hidup kembali,keadaan jalan rata dan pada speed yang laju ada kemungkinan ia sukar padam ,saudara perlu periksa keadaan soket pada lampu depan

      Delete
  25. salam tuan, kereta viva sy problem bila tekan brek lambang gear(d4,r,n) pada meter jadi berkelip dan signal belah kiri jadi laju..apa solusinya tuan..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada solenoid connector pada master brake pump dan menarik kuasa daripada punca2 lain yang terlibat sebaiknya ganti master brake pump,in sha allah ok

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Salam tuan .. Knpe van saya ada bunyi click mcm lampu hazard punya bunyi .. Tpi bika bukak lampu hazard bunyi hazard tuh ada .. Jadi double bunyi .. Bunyi tuh dekat meter .. Xberhenti click smpai lampu meter ngn jam ikut skali idup mati dengn click tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukar flasher relay akibat longgar dan lusuh

      Delete
    2. assalamualaikum saya mahu buat pertanyaan kelisa sy pny signal n waiper tidak berfungsi la boleh mohon bantuan

      Delete
    3. assalamualaikum dan selamat berpuasa... sya nk tanya sikit kenapa lampu depan dan belakang sya menyala malap bila on kunci padahal suis lampu tak di hidupkan pun... lepas dh hidupkan enjin pun masih sama... lampu tersebut menyala bila on kunci sahaja.. kereta sya jenis persona elegance.. trima kasih

      Delete
    4. waalaikumsalam,perlu periksa wiring pada lampu depan dan belakang,wiring lama yang bersentuhan sedikit akan menyalakan lampu malap

      Delete
  28. salam tuaan..slamat berpuasa...tuan nk tya skit..timer relay kereta waja jika x guna xpa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,selamat puasa juga,tidak mengapa kerana ini adalah aksessori biasanya hanya tambahan

      Delete
  29. Salam kereta kancil sy bila tinggal dalam hujan nnti signal tiada pastu lama ada blk tp tp lmpu tidak berkelip lama lg ada blk tp kelip slow ja, dah jln lama2 br ada mcm biasa blk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kedudukan wiring signal serta relaynya adalah pada kedudukan bawah dasbod pemandu,jika hujan saja keadaan jadi demikian saya rasa getah pintu sebelah pemandu telah amat lusuh dan air dapat tembus sedikit ke ruang wiring,ada baiknya jika getah pintu pemandu ditukar supaya air hujan tidak menembusi ke ruang wiring walau sedikit pun

      Delete
  30. selamat pagi , saya nak tanya kereta saya secara tiba2 lampu double signal hidup dengan sendiri dan automatik enjin saya tidak boleh dihidupkan sedangkan beberapa minit sebelum itu boleh hidup dan dan jalan . adakah wiring problem boleh menjejaskan yang lain . lampu enjin pun menyala secara tiba2

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi,flasher memegang keseluruhan isyarat untuk hazard light dan signal ,flasher relay perlu ditukar dulu,hazard light juga ada wiring ke alarm,pastikan fuse alarm dan hazard light tidak terbakar,gantikan fuse jika ia putus

      Delete
  31. Kereta Saya mengalami kerosakan signal kedua Dua belah tapi apabila lock Dan unlock lampu signal menyala pulak,kelipan lampu di meter berkelip lebih laju Dari normal ...tolong saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika berkelip lebih laju dari biasa ini antara tanda kerosakan flasher relay,perlu gantikannya

      Delete
    2. speed sensor ada masalah ,sebaiknya gantikan kedua2 speed sensor output dan input untuk memberikan keselesaan isyarat untuk bertukar gear

      Delete
  32. Assalam tuan... Kereta persona saya semua lampu brake belakang cepat panas... Cover lampu belakang cair, bengkak.. Lampu terlalu panas, bulb lampu semua pakai yg standard, tak ada modified wayer or apa apa... Apa sebab boleh jadi macam tu.. Ada kaitan relay lampu ke tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,body enjin menjadi panas,cuba neutralkan cas negatif pada enjin dengan menambahkan wayar negatif enjin ke body enjin,ini dapat kurangkan kepanasan enjin sekaligus kepanasan body

      Delete
  33. salam boss.. kenapa kereta kancil saya lampu signal tak berfunsi..tetapi emergency signal ok.. kira lampu signal tk ada masaalah.. Relay pun saya dh check, mcm OK je.. minta pendapat dari boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah signal ada 3 saja iaitu masalah relay yang lusuh ,masalah mentol terbakar serta masalah wiring rosak dan panel penunjuk pada suis rosak,masalah saudara boleh diselesaikan dengan ganti relay flasher dahulu

      Delete
  34. kereta kancil saya ada masalah pada lampu signal tk berfunsi...emergency signal ok.. relay pun dh check.. mcm ok je.. minta pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. signal yang tidak berfungsi atas 2 sebab ,pertama relay flasher yang rosak,kedua pemetik pada stereng yang tidak baik lagi

      Delete
  35. Salam tuan..nak tanya..kereta inova saya bila tukar beteri signal sebelah kiri tak menyala..signal sebelah kanan ok.minta pandangan tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa mentol dulu,kalau tak silap saya cuma terbakar saja

      Delete
  36. salam tuan sya nk tnya tntg prton stria sy bla on sgnal ja hbs skli ngn lmpu blkg bklip dn bla on lmpu dpn kduanya bklip sgt laju sdh 3bji relay sy tkr tp mslh ttp brlg mhon ptnjuk t.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ia masih berkelip laju walaupun setelah tukar flasher relay,apa yang perlu dilakukan ialah menukar kesemua mentol lampu signal depan dan belakang,ini dapat membantu tekanan pada relay untuk bekerja secara normal

      Delete
  37. salam,myvi 2007 bila mati enjin double signal menyala..tolong bantu..


    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kemungkinan besar wiring bersentuhan akibat lusuh pada belakang suis hazard light,dapatkan mekanik untuk periksa

      Delete
  38. salam. bila saya on signal kereta saya ia menyala tetapi tidak berkelip. minta pandangan tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu gantikan flasher relay di bawah dashbod pemandu

      Delete
  39. Salam..nak tanya kereta saga FLX,bila bagi signal lampu beteri berkelip-kelip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan relay flasher dulu di kaki pemandu,juga jika terdapat sambungan wayyar yang longgar ketatkan papan fuse di kaki pemandu

      Delete
  40. Assalam. Biasanya bila signal ke kanan atau kiri sbg contoh, & kemudian belok & balas semula stereng tegak lampu signal akan terpadam secara automatik. Apa masalah bila ia tak terpadam secara automatik mcm biasa? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika tidak padam secara auto ia tanda pemegang atau penolak signal pada stereng telah lusuh dan mekanikalnya tidak lagi bergerak dengan baik,ia boleh diganti dalam satu set pemegang termasuk wiper

      Delete
  41. salam..sy nk bertanya tentang kereta citra..double signal menyala sendiri semasa parking..sdangkan enjin off n pintu semua berkunci rapat..minta pencerahan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,suis pada hazard light bersentuhan,perlu buka suis dan periksa kedudukan wiring

      Delete
  42. Hi, jika masa drive, double signal asyik menyala atau ada bunyi signal tapi lampu signal tak menyala, boleh saya tahu apa masalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain dari mentol terbakar flasher adalah punca utama masalah tak nyala,perlu gantikannya

      Delete
  43. Saya nak tnya,semasa tekan brek ada dgar bunyi mcm wayar shock...tapi masa tu tak expect apa2,nak bagi signal kanan lampu tak mnyala...lepas tu saya tutup enjin,on keta balik lpas tu check signal mnyala...kereta proton...adakah sbb flasher relay juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan fius pada kaki pemandu mungkin longgar.

      Delete
  44. Dah try tukar flasher relay..tpi still sama...signal tak hidup..tapi lampu emergency hidup pulak..knp ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tukar juga masih tiada ,penolak pada stereng ada masalah,perlu tukar ,pastikan dulu fius tiada yang putus

      Delete
  45. Salam tuan mekanik, kereta kawan ada mslh. Lampu dashboard dan gear tak nyala lah (wira auto).Mentol dan litar pcb panel meter ok,xde kerosakan. Lg satu,meter rpm & kmh tu kadang naik kdg tak. Minta pencerahannya, tysm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah panel meter,perlu periksa soket dibelakang panel meter juga

      Delete
    2. salam!bos,sy ada prtnyaan, singnal sy smua hidup,pntu dh rpt pun ,kt meter ada gmbr pntu tk rpt nt double singgal hidup. mcm mna nk hilgkn??

      Delete
    3. wslm,pada 4 pintu ada suis,ada salah satu suis yang tidak bekerja dengan baik,periksa satu2 dengan buka pintu dan kunci ON tekan suis pada pintu untuk periksa

      Delete
  46. Salam Tuan
    Kereta gen 2 saya ,bila buka signal kanan dia mati sendiri walaupun suis masih on.
    Adakah suis signal rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,betul suis pada panel signal tersebut ada masalah

      Delete
  47. Apa masaalah nye ye ,,1. Lampu utama bawah kurang terang
    2. Bila nail bukit , kereta x pikup .. tersenguk senguk
    3. Ada bau pada bahagian tayar , mcm bau minyak ..
    4. Kekadang brak berbau hangit ..
    Terima kasih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1,ganti mentolheadlamp gunakan 60watt
      2.tukar fuel filter dan servis injector
      3.periksa minyak brek ,piston brek mudah bocor

      Delete
  48. As salam tuan,, produa alza,, signal sama suis on off econ x berfunsi,,saya dh tukar brkali2 fius,bila saya onkn salah satunya masih putus juga,,apa masalahnya tuan..

    ReplyDelete
  49. Produa alza..fius signal selalu trbakar apa masalahnya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa kesemua mentol signal seperti dicermin dibelakang didepan ,pastikan semua mentol nyala termasuk mentol headlamp yang tinggi atau rendah serta mentol lampu reverse,jika terdapat salah satunya tidak digunakan kuasa ini mencepatkan mentol lain terbakar termasuk signal

      Delete
  50. Assalamualaikum tuan..kereta persona saya,signal stick tak bidas lepas membelok..kena tolak sendiri dgn tangan..apa masalah tu yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini masalak panel tersebut,pada panel penolak ada bebola kecil dan jika rumahnya pecah atau bebola tersebut terkeluar ia akan menjadi begitu,saudara perlu tukar panel tersebut

      Delete
  51. Salam tuan..saya ingin bertanya. Lampu signal Kereta saga FLX saya keempat2nya tidak berfungsi. Pergi pomen tadi,dia cek riley dan fius semua ok,cuma flasher riley sahaja dia tdk cek. Pomen tersebut sarankan, supaya saya pergi cek wiring pula. Mohon pendapat tuan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pastikan dulu semua mentol tidak terbakar,gantikan dulu mentol yang terbakar,kemudian jika tidak hidup juga ganti flasher relay

      Delete
  52. Assalamualaikum tuan..sy pengguna kereta iswara thn 1994. Mslh sy signal knn trus mnyala bila dihidupkn dan dsertakan dgn bunyi bzz..utk pengetahuan tuan, relay sy dh tukar tapi msih sama keadaanny..cmne yea tuan..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,flasher relay perlu ganti manakala bunyi tersebut adalah akibat wayar pada soket signal tidak ketat samada kotor atau longgar

      Delete
  53. Assalamualaikum. Saya pakai saga flx. Masalah kereta saya bila saya open double signal lama n lepas tu off double signal. Signal kiri n kanan saya x berfungsi bila nak masuk simpang kiri or kanan.. adakah suiz double signal saya rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumalam,hazard light suis tersebut memang ada masalah ,ia jadi panas dan mengganggu aliran arus pada signal ,perlu tukar suis

      Delete
  54. Assalamualaikum tuan..minta maaf nk ty..lampu rendah proton persona xnyala..ape problem nya..lampu tinggi ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,mentol terbakar,soket longgar punca utama mentol tidak berfungsi dengan baik

      Delete
  55. salam tuan, kalau signal kanan laju dan lampu kiri xnyala, kenapa tu ah? perlu tukar relay saja ka? ataupun bulb sekali? perodua kenari

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mesti tukar bulb dan flasher relay

      Delete
  56. noted tuan, tq. selalunya dlm lingkungan berapa RM ya?

    ReplyDelete
  57. mana satu flasher relay exora 09...sy mengalami maslah signel x menyala....dlm miter elok aje menyala...blah bg tau yg mana satu flasher relay nk tukar...ada 5 telay omron 4 besar 10 kaki dan 1 kecik 5 kaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. flasher relay biasanya diletakan bawah dasbod pemandu sebelah kanan pada dinding kereta

      Delete
  58. Aslkum.. Sy terlupa padam switch emergency signal selama 2jam..setelah itu sy start kereta dan padam switch emergency signal.. Kemudian sy pasang signal kiri dan kanan tetapi tdk menyala termsk emergency signal.. Flasher relay sd tkr tetapi masi tak berfungsi.. Kereta saga blm... Mohon bantuan tn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa semua fuse bawah dasbod,gantikan jika ada yang putus terutamanya hazard fuse

      Delete
  59. Assalamualaikum, sy nm brtanya. Kereta sy myvi 2009. Hazard lamp sy menyala tiba2 tp nk matikan x boleh. Start enjin, lampu, alarm kereta semua ok tp tetap menyala xblh padam. Kenapa ya? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,suis pada dashboard biasanya telah rosak dan rumahnya pecah atau hangus,perlu gantikan suis

      Delete
  60. Salam nak tanya, untuk nak dapatkan flasher relay perodua axia kat mana ya? dan range harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,dapatkan dari kedai alatganti kereta,harga sekitar rm20

      Delete
  61. Salam bos..masalah kereta peesona 2009..signal berkelip laju..bila tekan signal blah kiri..tiba2 auto unlock..4 pintu unlock..g kedai dia tukar relay kat kat bhgian penumpang hadapan..tapi terus jadi xauto lock bila turun hndbrake..semua kena manual..dah la kena cas 2++

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara boleh cuba reset alarm dengan cabut positif bateri,kunci pada ON,sentuhkan semula ke kepalanya 2 atau 3 kali sehingga ada headlamp nyala 2 kali dan bunyi reset terhasil,in sha allah alarm diresetkan dan kembali sediakala

      Delete
  62. Signal berbunyi zittttttt?? Tak berkelip langsung.apa masalah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah flasher relay,tukar lain,in sha allah ok

      Delete
    2. ada 2 masalah pada kerosakan begini,pertama flasher relay dan kedua sangkut pada hanle penolak iaitu pada stereng

      Delete
  63. salam tuan nak tnya ianya baru terjadi tiber2,kereta proton gen2 saya apabila saya on enjin lampu meter tiber2 menyala walaupun x bukak lampu,tp dlm keadaan malap,lampu meter lampu dashboard pada aircond dgn radio skali,tp dia malap,risau saya kenapa ea,mohon pencerahan,takut wireing short

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah litar pada meter,ia sangat lama dan berabuk akibatnya ia senang mengalirkan arus ke bahagian komponen lain pada meter tersebut,ganti meter in sha allah ok

      Delete
  64. Salam...sy pengguna citra, nak tnya,signal kiri kanan kereta sy x berfungsi, tp double signal sy bole menyala, sbb apa yer? Lps tu nk tau location workshop tuan kat mana ye, bole bg add x? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa mentol samada terbakar atau tidak,gantikan mentols ignal dulu

      Delete
  65. Assalamualaikum Tuan. Myvi 2012, double signal menyala kalau lock guna remote dan remote tak berfungsi untuk lock. Tapi berfungsi untuk unlock. Boleh tuan terangkan apa masalahnya? Terima kasih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,ada 3 punca utama kerosakan yang boleh berlaku pada alarm kereta,pertama bateri habis pada remote,kedua rosak litar pada kotak hitam alarm dan ketiga rosak door lock utama. Ketiga2 rosak ini akan menyebabkan lampu signal menyala kerana ia adalah digunakan untuk menyukat keadaan alarm atau reset alarm

      Delete
  66. Salam tuan..kereta kelisa sy langsung tk nyala signal dan lampu kecemasan..sy dh tukar relay tu tapi masih tk nyala juga..kenapa ya tuan boleh tlg beri pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsl,periksa sambungan fuse dulu jika putus gantikannya

      Delete
  67. Salam.. Nk tnye ye... Signal tak pasang tapi ade bunyi signal... Ade kaitan dgn flasher relay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsl,benar flasher relay perlu ditukar dan periksa soket samada longgar atau tidak

      Delete
  68. Salam, nk tnya fuse signal selalu putus pasang aje putus apa masalah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kuasa rintangan pada fius rendah jadi samada tambah amphere sekitar 5 amp atau tukarkan entol pada keempat2 signal

      Delete
  69. wsl,kuasa rintangan pada fius rendah jadi samada tambah amphere sekitar 5 amp atau tukarkan entol pada keempat2 signal

    ReplyDelete
  70. Salam bos.. signal kereta kancil saya masih tidak berfungsi selepas saya ganti flasher relay yang baru tapi lampu hazard berfungsi.. apa masalahnya bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada connection yang tidak bekerja,pastikan fuse pada kaki pemandu semuanya ok,setelah itu pastikan juga semua mentol tidak terbakar,gantikan mentol jika terbakar,in sha allah akan ok kecualilah jika ada wiring yang putus pada lampu mentol

      Delete
  71. assalamualaikum, tuan. saya ada rusa 1999, signal tak menyala, hazard light tak menyala, wiper tak main, air tak pancut, lampu besar high beam low beam pun tak menyala. apa masalahnya, kalau relay, di mana kedudukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,semua tu ada relay,kedudukan bawah dasbod driver

      Delete
  72. Nak tanya kenapa signal saya nyala x terang

    ReplyDelete
  73. Salam.sy nk tnye nissan vanette sy mengalami kerosakan pada signal..signal jadi malap tetapi apabila switch off pasang hazard light terang.apakah yg perlu di buat..flasher relay dh tukar n swith turn signal dh tukar tp still sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan semua mentol bulat yang ada termasuk mentol brek belakang kerana dikhuatiri ada mentl yang telah mengganggu laluan elektrik ke signal,in sha allah ok lepas ganti

      Delete
  74. Salam saya nak tanya,saga vvt bila lock pada remote hanya lampu double signal yg menyala tapi pintu tak lock...apa puncanya ya...terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,alata door lock terdapat pada semua pintu kenderaan ,bila salah satunya tidak berfungsi terutama pada pintu utama pemandu kebiasaannya semuanya akan berhenti,perlu gantikan door lock pada pintu utama ,in sha allah kembali ok

      Delete
  75. salam tuan, nak tanya kenapa wiper sy langsung x on,air x kluar dan signal kiri kanan langsung x berfungsi.. tp lampu depan ok xda masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada fuse,periksa dulu fius dalam kereta dan luar kereta termasuk relay,jika ada relay yang berbau hangit perlu tukar dan fius yang putus perlu diganti

      Delete
  76. Salam,
    Masalah Gen2 2005 saya bila on kunci lampu kecil depan dan panel hazard light menyala bila on kunci. Yg lain semua berfungsi seperti biasa. Kereta boleh bergerak mcm biasa. Ada yg pernah alami masalah sama mcm saya x. Mcmna nk solve problem ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kena periksa suis hazzard light jika ada terbakar hangit perlu diganti,juga jika ada wiring yang bersatu dengan yang lain juga boleh sebabkan gangguan pada lampu kecil,gantikan kedua2 mentol lampu kecil depan juga kerana ada kalanya gangguan pada mentol lampu sebabkan panel hazzard nyala

      Delete
  77. salam tuan..exora signal dalam menyala tapi luar body depan blakng x menyala..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa dulusemua mentol,jika terbakar gantikan ,in sha allah ok

      Delete
  78. Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya guna kereta myvi 2010. Kereta saya ada masalah signal kiri dan kanan tak menyala. Pada mulanya signal kiri tak menyala tetapi baru-baru ni signal kanan pula tak menyala. Jadi 2-2 signal dah tak menyala. Tapi signal emergency okay menyala takde masalah. Dah bawa pergi workshop biasa dan pusat servis perodua, kedua-dua tempat servis tu beritahu ada masalah pada switch signal (batang signal tu). Dah bawa untuk tukar batang switch signal tu tadi tapi masih tak menyala. Bila check semula switch signal kereta saya tu pasang kat kereta lain menyala je tiada masalah pun. Check fuse katanya okay. Tadi mereka cakap kena buka dashboard untuk check wiring. Kos RM900 lebih nak dekat 1K. Mohon bantuan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila signal tak nyala,perkara pertama perlu buat ialah tukar kedua2 mentol signal kiri dan kanan,setelah itu tukar mentol signal pada sidemirror jika ada dan juga mentol belakang termasuk mentol merah nyala serta lampu brek termasuk lampu sensor reverse jika ada,jika semua mentol telah dipastikan nyala barulah periksa yang lain seperti flasher,tetapi biasanya jika semua mentol baru dipasang pada semua mentol signal dan yang lain in sha allah semua nyala macam biasa,

      Delete
  79. Assalamualaikum...
    Saya nak tanya berkenaan kereta viva manual tahun 2009...lampu kecemasan tiba2 menyala dlm keadaan kereta telah dimatikan. Kemudian dia berhenti menyala seketika dan menyala semula.. Bila enjin dihidupkan pun masih menyala. Tak guna alarm pun menyala.. Dapatlah encik membantu masalah saya ini.. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada short circuit atau berlaku masalah wiring di pada lampu kecemasan,ada sentuhan wiring berlaku,minta pomen periksa,cabut fuse alarm untuk elakkan ia menyala terus

      Delete
  80. Assalamualaikum.. Saya nk tanya
    Kete sya i10 2010...masalah yg sya hadapi, footbrake sya x bleh buat auto lock utk pintu, kena lock manual... Nk bkak pun kena manual jgak. Biasa off enjin pintu akn auto bkak... Tp bila lps off enjin, nk lock Kete boleh guna remote.
    Pastu kdg2 terjd, double signal bleh nyala sendiri masa drive Tp x lama, dn kdg2 signal kanan bunyi laju.. Adakah ini ada kaitan dgn relay atau ecu
    Terimakasih ats prhatian tuan😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,yang pasti flasher relay perlu diganti manakala on off bila tekan brek ada sensor pada pedal brek perlu periksa dan ganti jika perlu

      Delete
  81. Assalammualaikum.. double signal kluar wlupun enjin kereta sudah dimatikan. Start enjin, double signal masih menyala dan tiada apa² sign di meter. Bila main dan pusing²kn stereng kereta kiri kanan signal tu boleh hilang. Tahu apa masalahnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika stereng dipusingkan ada tindakbalas ia tanda pemetik signal ada masalah berkemungkinan ia telah sangat lusuh sehingga connectionnya tidak menentu,boleh ganti satu set signal dan handlenya sekali

      Delete
  82. Assalamualaikum,kereta alza[2012] saya berbunyi dung2 dung2 pada bahagian bwh apabila tekan brek untuk berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila bunyi ia tanda ada bergesel,biasanya gesel berlaku apabila keadaan bering roda tidak kukuh ,sebaiknya ganti bering roda di sebelah yang berbunyi itu.

      Delete
  83. Assalamualaikum. Nak tanya saya pakai kereta proton saga flx. Baru2 ni lampu cvt menyala. Saya da pun tukar minyak cvt n oil fitter cvt n mentol lampu brek. Tapi lampu cvt tu masih menyala bila start enjin n ia padam apabila kereta da bergerak n x lama lepas tu menyala balik n hilang. Adakah gear cvt saya ada masalah? Or sensor ada problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini masalah sensor,gunakan scan OBD di workshop utk resetkan sensor ke default supaya ia sesuai semula

      Delete
  84. assalam sy nak tanya..lampu signal kereta viva sy tidak menyala..lampu emergency mnyala dan lampu biasa menyala..lampu signal tidak menyala sekali dengan aircond tidak berfungsi..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lampu signal ada relay dipanggil flasher relay manakala mentol untuk lampu signal perlu tukar kedua2 belah kiri kanan untuk keputusan lebih baik.Aircond pula periksa fuse dibawah kaki pemandu dan relay didalam kotak fuse enjin. Keduanya tiada kaitan bila rosak.

      Delete
  85. Assalammualaikum tn. Nak bertanya kenapa kereta wira 1.5 tiba2 keluar gambar enjin dan mati. Salah satu simptom yang ada sekarang signal kadang2 berkelip laju dan kadang kala tidak berkelip tapi lampu signal menyala? Ada kena mengena ke masalah signal saya dengan keluar lambang enjin tersebut. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah sibnal laju ia adalah hanya flasher relay dan tiada kena mengena dengan enjin mati. Enjin mati begini adalah camsensor yang tidak bekerja dengan baik dan seterusnya mematikan enjin ketika pemanduan.

      Delete
  86. salam sejahtera,lihat volt yang digunakan ,jika rendah ia tak terang,perlu tukar kedua2 sekali untuk lebih baik. Untuk side mirror periksa relay dan fuse dalam kotak fusebox,gantikan yang bertanda side lamp

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum tuan.. Sy guna wira.. Kereta double signal OK.. Tp bila guna signal biase x menyala semua.. Kejadian selepas sy tukar lampu meter..bila sy on lampu headlamp, Dan sy pasang suis signal,lampu bumper lamp pula yg menyala..harap tuan baca la ye.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,papan litar meter ada kotor semasa tukar mentol,bersihkan elok2 kalau boleh dapatkan contact cleaner

      Delete
  88. Assalamualaikum.
    Bokeh tahu di mana kedudukan flash relay utk kereta exora auto cps mc b-line 2010.
    Saya sudah cari bawah dashboard tapi tak jumpa&boleh tahu bagaimana bentuk falsh relay tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,cuba lihat dalam kotak fuse dalam kereta,inshaallah ada, relay tersebut biasa ditanda Lucas dan nombor

      Delete
  89. Assalamualaikum tuan..nak tanya saya guna viva..signal kanan okey nyala depan belakang dan sign kelip2 di metre, tapi signal kiri tak nyala..cuma bunyi sahaja dan tiada sign di metre.adakah disebabkan flash relay juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,periksa mentol dan yang paling penting periksa fuse bawah dasbbod

      Delete
    2. terima kasib tuan..alhamdulillah da tukar flash relay tu..modal dlm rm40..

      Delete
  90. Saya pakai proton wira. Saya dah tukar bulb signal depan belakang kepada LED. Tapi lepas pasang signal jadi laju. Kenapa ye? Kalau tukar balik kepada halogen jadi normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. flasher kena tukar,inshaallah dia ok

      Delete
  91. Hai selamat malam,saya punye kereta rare mazda 323,bile on je signal tak ada bunyi langsung,kadang2 tak perasan signal on bila waktu siang,apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,perlu tukar flasher relay,signal kembali bunyi lepas tukar

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,