Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Showing posts with label Relay kereta. Show all posts
Showing posts with label Relay kereta. Show all posts

Saturday, February 06, 2010

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal

Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta.

Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu.







Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekatkan kembali dengan yang baru bila terdapat kerosakan sebegini pada kereta.

Kedudukan flasher relay ini pada kebanyakan kereta ialah dibawah dashboard sebelah pemandu iaitu diatas pedal minyak bagi kebanyakan kereta jenama Proton dan Perodua.manakala kebanyakan kereta Honda ianya terletak di bahagian enjin sebelah kiri didalam ruangan kotak fuse didalam enjin.Alat ini boleh digantikan sendiri oleh pengguna kereta dan kebiasaannya kedudukan relay ini bersebelahan dengan relay air cond kereta.

Apa yang diperlukan ialah flasher baru,hanya tanggalkan yang lama dan cucukkan yang baru pada wiring relay tersebut.Relay tersebut kebiasaannya berpanel elektrik tiga  dan ianya dalam bentuk bulat .

Flasher ini adalah berlainan dari relay biasa ,relay biasa mempunyai 4 atau 5 kaki dan ada tanda berbentuk nombor pada kakinya.