Penggunaan thermostat pada sistem air kereta
Salam,
Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.
Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.
Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang. Jika dibiarkan lama air akan bertukar warna karat dan sekeliling radiator membentuk warna seakan-akan hijau teh matcha .
Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan enjin akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose atas pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.
Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.
Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat enjin tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Enjin sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.
Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali.
Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .

![]() |
sejenis thermostat |

Comments
Sy pakai perdana v6.problem bila on aircond + jalan jauh.temperature akan naik.mintak advise.
T.kasih
Sy pakai perdana v6.problem bila on aircond + jalan jauh.temperature akan naik.mintak advise.
T.kasih
Powerstereng pula saudara perlu periksa wiring ECU atau ganti ECU untuk kembalikan ke asal
Mslh keta sy suhu naik 2/3 dn yg mnakutkan kdg2 smpai H. Radiator sy dah test, water flow msh laju. Xde sumbat. Thermostat dah cek, msh bfungsi. Apa yg sy perhatikan, waktu mula2 start enjin dn hidupkn aircond, kipas bpusing laju. Tp waktu suhu panas mcapai H tu kipas lgsg xbpusing.
Adakah tu bpunca dr sensor suhu? Cmana nak test smada sensor suhu tu rosak atau x?
sy pengguna honda city 97.slepas tukar engine,meter temperature tidak lagi berfungsi.tetapi kipas berpusing pada waktu tertentu.dan hose atas lebih panas dari hose bawah.
apekah permasaalahan kereta itu?
harap tuan dapat memberi pandangan.
perodua viva 850
2 radiator
3 kipas aircond
4 kipas radiator
5 thermostart
6 hose semua baru ganti
7 sensor ok.
Enjin temprature still naik semasa kreta sedang bergerak..
Tapi bila kreta tak bergerak suhu meter turun normal.. harap tuan dpt membantu
Tq
2.Float dalam tangki minyak sudah tidak berfungsi terus,ia perlu diganti juga.
Jawapan:Wsalam,ini adalah masalah radiator,thermostat dan water pump yang kotor,apa yang boleh dilakukan segera selain menukar adalah flush semua air dalam sistem dan gantikan air baru dan coolant baru
in response to salam boss, kalau air dari coolant tendang ke tangki balik tapi kipas tak hidup itu pun punca switch fan ke atau sebab lain ye boss? t.kasih, by Z mat.
Jawaban:-Dihujung hose air radiator sebelah atas,kos RM100
Msalh k,dua air cepat panas dan mendidih di tanki spiar keluar..melalaui hose kecil..tp..bila enjin sdh sejuk bila cek balik air dah kering..mcm mna tu tuan?
2.Gantikan U hose kerana mungkin sumbat,periksa juga hose lain yang keras gantikan juga
saya menggunakan kereta nissan xtrail 2.5 2004
saya menghadapi masalah
air tendang ke reseved tank..tapi ianya berlaku bila dalam perjalanan jauh dan maintain 100km/j..bila perjalanan dekat2 nampak xteruk,tempreture akan naik bila perjalanan jauh,air radiator akan kurang
adakah siptom
radiator sumbat?
thermostat tidak berfungsi?
head bengkok atau gasket bakar?
atau tuan boleh bantu apa yang perlu saya buat dulu..
Saya ada masaalah perdana v6..temp.lebih setengah baru kipas nak jalan.
.air dah tendang kat tangki spare...thrrmostat baru..automatik fan swicth baru..water pump baru...gasket head baru+skim head..radiator dah service...temperature swicth baru....angin dah bleeding...abis duit banyak dah..kipas lambat jugak jalan..mintak pandangan tuan2
Saya harap post ni masih aktif.
Mohon advise tuan.
Mekanik saya buang thermostat kelisa.
Sekarang temperature kereta tak pernah cecah separuh (takat C saja).
SItuasi normal terjadi ke lepas cabut thermostat?
Pomen cakap kena tukar thermostat baru ok.. apa pendapat tuan?
Blok dh skim
Head dh skim
Rdiater bru
Gasket metal
Kipas molek..
Cap rdiater baru
Bwk laju kit air tendag kt tgki spaire
Mohon bantuan...
OVERHEAT...
Slm semua,
Keta sya overheat aritu. Rupanya plastik itam panjang kat radiator cap tu bocor. Sya matikan enjin bila suhu dah lebih dah dkt 3/4.
Esoknya p tukar plastik & servis radiator. Pakai 2/3 ari naik blk suhu. Cek rupanya motor kipas rosak. Ganti kedua motor kipas & elok berpusing tapi pas 2/3 ari lg masih suhu naik. Radiator cap pun tukar baru dah.
P cek thermostat ngan water pum pomen cuma pegang hose & kata ok. Tpi bila sya tanya lain2 pomen, kata mereka kedua hose tu patut sama tahap kepanasan bila enjin berjalan (pengaliran air) TAPI BILA SAYA PEGANG SENDIRI, hos besar (termostat) suam dan hos kecik sangat panas!
Hanya sekali ada tompokan kecil 'teh susu' di cap minyak enjin & hanya sekali gak air radiator memancut bila saya cek setiap pagi.
Enjin tetap POWER cuma suhu akan naik jika x ditambah air.
Bila naik suhu & sya cek, kadang2 air dlm radiator berkurang dan SELALUnya air dlm spare tank kena sedut sampai tinggal 1/4 jer.
Saya pemandu UBER & kereta digunakan dgn LASAK
SOALAN saya:
1) Patut ke sya buat top overhaul ATAU boleh ke sya cuba guna additive 'STOP LEAK' utk 'seal' balik sebarang kebocoran di radiator, gasket & head???
2) Kalau top overhaul, elok di skim atau tidak head nya kerana ada pomen kata tahan lama & ada kata tidak??
3) Mana lebih elok, skim atau tukar 'cylinder head' (2nd kdai potong)
4) Apa risiko utk memilih skim atau tukar head 2nd?
5)Utk overheat, adakah kemungkinan masalah kat water pump atau termostat? Atau lain2?
5) Wokshop mana yg betul2 berkemahiran dlm enjin persona terutama di area rawang?
6) Berapa anggaran kos top overhaul?
lagi satu kalau letak coolant 1 liter dalam radiator, lepas tu campur air xpe kan? Untuk botol spare tu mcm mane pulak ye..letak air xpe ke?
Hari tu sy ada bg direct kipas radiotor tu bg dia pusing saja asal on kunci...tapi bila enjin lama dlm keadaan idle temperature naik juga..
baru baru ni saya ada menukar radiator kereta , cap radiator dan switch fan radiator akan tetapi kipas saya masih lagi gagal berfungsi dalam keadaan auto kecuali saya membuat sambungan terus kebateri apakah yang perlu saya periksa dan tukar lagi ?
Saya pakai nissan slyphy, apabila sejam perjalanan naik lampu temperature merah,then,bila saya rehat 3-5 minit,bila hidupkan balik, lampu merah dah padam, saya mulakan perjalanan balik, selepas 10-15 minit perjalanan, lampu merah menyala balik
Agak2 apa masalah,adakah thermostat rosak
Tq
Knp kipas radiator wira 1.5 tak tak berpusing walaupn temp dh naik, tp bila on sw aircon kipas radiator bpusing tanpa henti..
Bolehkah permukaan blok d skim..
Air radiator bile jlan jauh gi keje bila smpai kerap kering kadang2 sparuh je tinggal. Kne topup air. Termostat tak pkai cap dgn hos ats dah tuka. Bg info skit tuan.
saya mahu meminta pertolongan kepakaran tuan mengenai kereta saya yang overheat.
saya memakai kereta jenis proton persona 2010..kereta saya mengalami masaalah dimana air radiator selalu tendang keluar ke tangki simpanan sampai hampir habis semua air dalam radiator melimpah keluar, kejadian ini berlaku sewaktu saya masuk parking..air radiator mengeladak dan terus keluar..
tolong bantu..
terima kasih