Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Penggunaan thermostat pada sistem air kereta

Salam,

Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.

sejenis thermostat

Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.

Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang. Jika dibiarkan lama air akan bertukar warna karat dan sekeliling radiator membentuk warna seakan-akan hijau teh matcha .

 Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan enjin akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose atas pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.

Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.

 Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat enjin tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Enjin sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.

 Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali. 

Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .

Comments

Mekanik Kereta said…
wslm,jika enjin naik panas dengan cepat ini tanda gasket head telah terbakar,lakukan top overhaul supaya semua seal dapat diganti,skim head juga perlu
Li eg said…
Slm Tuan.saya ada ckit musykil tentang civic eg saya. Keta saya dah agak lama tidak mnggunakan thermostat. Enjin ok je.tapi atas nasihat kwn2 yg mngatakan benda tu pemting. Jadi saya pasang semula thermostat yg baru.semasa enjin idle suhu dlm keadaan 85darjah. Tapi bila dlm kelajuan 100km dan keatas suhu turun keparas c (Paling sejuk). Keadaan tersebut seolah-olah sama mcm keadaan semasa tidak mnggunakan thermostat. Saya brjmpa semula dgn mekanik yg memasangnya. Dia mngatakan keta saya tak masalah apa2. Ye ke. Mohon pencerahan dpd Tuam.
Mekanik Kereta said…
wslm,memang tiada masalah cuma apabila telah lama tidak menggunakan thermostat ,enjin akan sukar mengenal kembali kemasukan thermostat dan akan kekal pada keadaan lama,ia akan kembali ok jika beberapa kali tukar air dan coolant,seperkara lagi reset ECU
nor said…
assalam bro.. keta sy saga blm taun 2011..mslh keta sy skrg ne air dlm tangki air cpt kering pastu ble letak air, terlalu sikit air dpt msk dln tangki.. lps tu ble bjln je keta temperature die naik smpy 4 bar... tdi sy dh tkr termostat rm110.. lps tu abg bengkel tu bgthu klo jd lg kne tkr head. btl ke?? harap dpt membantu
Mekanik Kereta said…
wslm,bila dalam tangki air kering ini tanda enjin panas dan biasanya jika air tidak dapat masuk dengan banyak ini kerana semua hose laluan air temasuk ose besi penuh dengan karat dan perlu ditukar
Unknown said…
Aslkm. Sy nk tany sikit.sy pgguna proton saga blm. Hri tu temperature kreta sy naik. Lps tu enjin mati sndriny dn kluaq asap. Kipas on terus. wlpon enjin dh off. Apa yg kena sy buat. Brp kos yg kena sy tuk buat pulih enjin?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu lakukan top overhaul,kos sekitar rm1500
Saya ada masalah 4wd model ford everest tdci...Mggu lepas tempreture naik mendadak..Air tendang balik.Bile sy cek..hose atas panas tp hose bawah sejuk..Apa masalah tu tuan...
Mekanik Kereta said…
thermostat kereta ini tidak berfungsi,gantikan thermostat
Hisyam said…
As salam. Nak tanya produa viva elite sy bila jln dekat2 mcm dlm 2,3 kilometer kipas enjin cut in/off normal je.Tp bila jln jauh sikit dlm 20km kipas enjin lambat nk mati kdg2 30 smpi 40 minit br mati.Aritu g service radiator sbb bocor,bila jln jauh kipas cut in/off normal tp dlm sehari dua je pastu jadi balik lambat cut off. Thermostat sy dh tukar,cap radiator pun dh tukar. minta tlg sahabat
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar semua hose laluan air kerana ia dikhuatiri penuh karat. Tukar Hose besi serta hose getah radiator dan yang paling utaa tukar U hose . Air yang dipenuhi karat saja yang tidak dapat sejukkan kereta kembali dan seterusnya kipas akan terima isyarat untuk terus berpusing
Unknown said…
As salam. sy nak tanya. mcm mana nak tahu thermostat rosak ya. Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,thermostat adalah alat yang menutup saluran air rdiator atas sejuk masuk ke enjin ketika enjin sejuk dan membukanya ketika enjin perlu disejukkan dan kipas radiator juga akan berpusing untuk sejukkan air dalam radiator kembali dengan menarik haba keluar.
Apabila thermostat rosak alat ini tidak tutup atau buka atau buka dan tutup dengan masa tak menentu,jadi air tak dapat masuk ke ruang sejuk enjin dan ditendan keluar ke tangki simpan dan air tangki simpan akan bertambah ketika enjin panas dan kadangkala membuak keluar.Enjin pula terasa bising dan kasar dan kadangkala meter suhu akan naik melebihi paras sepatutnya dan kadangkala kipas akan terus berpsing walau enjin telah dimatikan. Untuk kereta yang menggunakan 2 kipas iaitu kipas radiator dan aircon,kedua2nya akan berpusing tanpa henti jika enjin telah dimatikan dan akan berhenti bila enjin sejuk kembali.
Meerol said…
Assalammualaikum nk tnye bru2 ni sye ada tukar lampu depan bt wayering lpstu trjdi kipas radiator sntiase brpusing walaupun enjin dh di mati kan.. Apa punca ye
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kipas radiator hanya akan pusing terus jika enjin panas walaupun suis telah ditutup dan akan berhenti apabila enjin sejuk semula. Tukar lampu dan wiring tiada kena mengena dengan kipas radiator
nina said…
Salam..kereta gen2 sya naik temprature..kipas ade pusing..radiator pon baru gak tuko.air kt tngki spare tu berbuih lps msuk coolend..bila berhenti agk lma sikit,tmprature naik..bila bergerak akn turun sdikit..apakah kerosakan kerata sya ye?hrp dpt mmbanntu.tq
Mekanik Kereta said…
wslm,radiator kereta ini lambat menyejuk semula menyebabkan air agak panas walau enjin tidak overheat. Apa yang perlu ialah tukar air,tukar coolant dan yang paling penting tukar hose radiator atas dan bawah,tukar U hose serta hose sambungan besi dari radiator ,in sha allah air tak karat lagi dan suhu tidak akan naik
Unknown said…
Assalamualaikum tuan. Saya guna iswara 1.3 tahun 2008
Sekarang ni masalahnya temperature asyik turun naik 3 dan 4 bar. Kenapa ea
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,pressure dalam radiator berubah2 biasanya sebab penutup tidak elok lagi,getah tidak mencengkam kukuh,perlu tukar
Zali said…
Salam tuan, kereta waja auto saya sering tercabut hose radiator yang bawah, saya pernah buat overhoule sebab jadi overheat kerana hos tersebut tercabut, masalah hos tetcabut masih berlaku, saya sudah tukar water pump dan kipas radiator. Mohon bantuan tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,ada kesesakan laluan sirip pada radiator akibatnya ada tempat-tempat tertentu yang tersekat di sirip radiator dan menyekat laluan air jadi sempit ,walaupun air bergerak tapi tidak sepenuhnya dan mengakibatkan terhasil ruang kosong dan menyebabkan hose tercabut akibat tekanan. Sebaiknya servis atau tukar radiator, inshaalah kembali pulih
Zali said…
As-salam tuan, saya mengunakan keta waja 2003 dan saya ada menghadapi masalah radiator hose yang bawah pada radiator kerap tercabut, saya telah letak game gasket, sudah tukar thermostat, sudah tukar fan motor, sudah flushing radiator, sudah guna coolant, tukar hose baru 3 x dan masalah hos bawah tercabut masih berlaku, saya juga pernah cuba bukan thermostat dan masalah it masih juga berlaku... Mintak tolong tuan apa perlu saya buat... Radiator je saya belum tukar... Water pump dh dekat 2 tahun saya tukar..
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar radiator inshaallah ok,laluan sirip radiator dah sempit
Nizam said…
Salam, adakah normal tempereture kembara dvvt kurang sikit dari setengah meter. Kenapa tempereture akan naik sedikit melebihi setengah apabila naik bukit atau memecut dalam perjalanan yg lama. Kalau dlm jem atau bandar suhu ok. Colant dlm radiator dan tangki spare semua ok tak berkurangan. Apa masalah ya
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak normal,biasanya sebab pressure cleaning system ada bocor,biasanya di penutup radiator,gantikan dulu penutup radiator.
Nizam said…
Penutup radiator sudah diganti, keadaan masih sama, adakah normal tempereture kembara dvvt kurang sikit dari setengah meter.
Mekanik Kereta said…
seperti saya kata jika peunjuk tu tidak tetap ia tanda ada pressure bocor atau suis temperature coolant rosak dan udah longgar
Amid85 said…
Salam tuan..sya nak bertanya termostat ada lubng kecil untuk angin bliding..kalau ia berada di bawah boleh ke dan ape yg akn trjadi kalau ia trbalik..
Amid85 said…
Ape jadi kalau lubang bliding termostat berada dibawah?boleh ke lubang di bawah..sebab saya dh pasang..bila dh isi coolen bliding bubble tidak habis..mcm mna nk buat ya? Boleh ke drive buat sementara..
Mekanik Kereta said…
boleh bawa tidak mengapa kerana jika bleeding yang tidak habis dan masih ada angin enjin akan panas jika dibawa untuk pejalanan jauh,untuk kilometer dibawah 10km tidak jadi apa2
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh terbalik cuma bleeding tersebut ada skru jadi jika terbalik ia mungkin boleh melelehkan air dan boleh buat temperature naik panas tetapi jika diketatkan sempurna tiada masalah
Unknown said…
Ssy gear D auto kia spectra 2005..masuk x jalan keta kena masuk D2 dulu...berlaku slepas tkar waterpam...water pam pasang x rapar enjin .dan didapti pully wster pam gelong...apakah lgkah perlu sy buat..knp water pam pasang x rapat body enjin dipasag..sila maklum sy 0179325256..shah alam...t.ksh
Mekanik Kereta said…
saya ada wasap cik,nombor saya 0173023492
Marc said…
Morning tuan...
Kemarin sudah thermostat..servis radiator pun sdh...motor kipas ok..tp temperature masih naik...

Mekanik Kereta said…
morning,ini bermakna dalam hose besi ke water pump dipenuhi karat yang banyak,sebaiknya gantikan hose tersebut
Farid said…
Assalamualaikum tuan, apa kesa jika pasang thermostat terbalik? Jiggle pin di arah bwah. Terima ksih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam, tak jadi apa2 kerana termostat masih boleh berfungsi
Oldest Older 401 – 437 of 437

Popular Posts