Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi
Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.
Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.
Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Nota Penting Untuk Gear Auto:-
Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,
Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.
Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.
Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.
Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.
Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Nota Penting Untuk Gear Auto:-
Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,
Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.
Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.
Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah
Comments
masalah brek!
Gearbox susah rosak melainkan masuk air dan bcor/tak tukar minyak gear auto.
2.Saudara boleh tukar dahulu speed sensor dan perhatikan hasilnya.
saudara tukar sensor pada gearbox,ada dua sensor,satu sensor input dan sensor output.
masalah gear kosong melibatkan sensor yang rosak dan juga clutch pump yang bocor.Periksa sensor soket samada dipasang betul atau tidak.
2.Minyak auto tak kisah minyak apapun cuma tahap kepanasan sedikit berbeza.
Jika selalu slip gear itu masalah speed sensor,tapi masalah saudara ni jadi pada gear 1 dan 2 ini biasanya masalah gearbox.Boleh juga jika ditukar dulu speed sensor.
2.gearbox terpakai pun ok boleh guna lebih 5 tahun.
Saudara perlu tukar speed sensor pada gearbox,insyaallah ok.
sensor tu honda service dah check...
diorang kata gear box out...
ade satu kedai potong kat sunway tu nak charge 6k tapi kena exchange dengan geaxbox lama pulak...
saya terfikir kenapa nak gearbox lama?
entah2 gearbox lama tu diorg repair & jual balik...
ade lagi satu lagi option aku nak check kat satu kedai gearbox specialist area putra height...
mungkin juga gearbox tu ok lagi & boleh repair...
berapa anggaran harga yang munasabah halfcut gearbox serta upah untuk crv 2002 saya?
ikut pengalaman saudara gearbox saya boleh diselamatkan atau tidak?
ru61@PggrnUsj
sy pengguna toyota vios tahun 2006.baru2 ni saya bru tukar minyak enjin,minyak atf dan gasket enjin sebb enjin leaking skit.2 hari selepas itu enjin terasa berat dan kurang pikup.bila sy tukar dari N ke D,enjin bergegar skit bila rpm rendah..adakah masalah ini disebbkan mounting??atau disebbkan kesilapan mekanik semasa tukar gasket enjin itu sama ada plug x dipasang dengan sempurna pada enjin atau sebagainya..mohon pencerahan dari pihak tuan.terima kasih
gud info.
Maaf lupa nak tanya, berapakah harga sensor input dan sensor output untuk civic 1.6 efi tu? dan kos upah pasangnye bpe rm?
Perlukah saya tukar kedua2 sensor itu atau salah satu sahaja?
Terima kasih banyak2..
Saya penguna SAGA BLM 1.3 Auto sejak 6 bulan lepas di bahagian depan rasanya absorber berbunyi nyit nyit nyit bila bawak 80-110 KM..ada pendapat mengatakan kena tukar absorber.ada satu lagi pendapat mengatkan tukar mounting absorber..so mana satu yg kena ikut..bunyinya di sebelah kiri di depan..
Saya pakai kerata kelisa tahun 2005 2nd hand. Baru-baru ni cluth buat hal xleh masuk gear dan dah hantar bengkel dorang tukar cluth plate. Baru pakai 2 hari start buat hal balik tp jadi makin teruk sampai pedal cluth cam terlepas sampai xleh guna melainkan towing. Hantar bengkel tu balik dorang tukar besi seketul kat area pedal sbb dorang kata ade bengkok sbb tu susah nak masuk gear. Now pakai seminggu cam wat hal balik.. Hari tu pakai ok sampai la ade 1 kawasan tu jem kaw2 n cluth dah susah gila nak masuk gear 1. so now kena tukar mende lak kali ni? ke ade masalah gearbox? sbb ni 1st time saya tukar cluth plate tok kete tu. ke dah ade efek ke gearbox?
Saya perasan tuan selalu bercakap mengenai autofilter. Boleh saya tahu auto filter tu apa? Samakah dengan oil filter?
Saya pakai honda city 07 vtec
Tq
Honda city 06 vtec sy ada mslah sikit....engin sangkut2 mcm nk mati bila brhenti dgn mula2 nk gerak...sy igt sbb plug...tp dh tuka plug pn jd lg...myk gearbox dh tukr bln 11 arituh...
saya baru menggunakan wira 1.5 auto.masalah yg saya hadapi ialah bila nk msk gear reverse kete bbunyi mcm mnjerit dan x bjln.utk gear 1,2 adakalanya msk lmbt tpi kdgkala ia btukar ke gear seterusnya dgn cpt.saya tlh mnhntr kereta ke pomen dan tlh mnukar mnyk gear dlm pnapis dan tdpt habuk halus.saya ingin bertanya adakah habuk tsebut dtgnya dr clutch atau gearbox.adakah saya perlu mnukar gearbox?
Sy baru je tkr gearbox dlm 2bln lps...
Dan 1 lgi masalh lampu check enjin nyala..pomen ckp msalah block sensor...
***persoalannya adakh masalah prtukarn gear ada kaitan dgn block sensor...atau mslh dri guna mnyk gear bkn ori honda...???
Mohon respon..tq
Kereta kelisa auto anak saya baru saja ditukar gearboxnya (halfcut) di Nilai. Saya bawa pulang ke P. Pinang kereta itu, tetapi pickup power tak ada. Bila check minyaknya berkurangan dan kotor. Formen di Penang dah tukar minyak gearbox yg baru tapi masih begitu juga. Formen bagi tau terpaksa tukar gearbox lain sebab clutch plate susah nak dapat. Adakah saya perlu tukar gearbox lain atau minta formen check lain yg mungkinterdapat masaelah nya. Atau ada apa-apa masaelah lain ,apa pendapat tuan.
Terima kasih
Terdapat satu penutup berskru/bersuis pada gearbox diatas dan dibawah gearbox,sebelah atas untuk masukan minyak dan dibawah untuk keluarkan minyak gear.
2.Boleh juga masukan minyak melalui speedometer.
saudara perlu periksa kebocoran seal pada d/shaft pada gearbox,gasket autofilter dan gasket pada penghujung gearbox.
Terdapat dua pemberat bermagnet dalam autofilter ,bersihkan pemberat tersebut atau tukarkan.
sensor yang banyak memainkan peranan pada kereta auto,periksa sensor pada gearbox kereta auto saudara.
masalah sentakan boleh terjadi sebab:-
1.torque converter rosak
2.housing drive shaft yang dah longgar
3.mounting gearbox pecah
Masalah saudara terdapat pada mounting gearbox dan housing drive shaft.
saya baru menggunakan wira 1.5 auto.masalah yg saya hadapi ialah bila nk msk gear reverse kete bbunyi mcm mnjerit dan x bjln.utk gear 1,2 adakalanya msk lmbt tpi kdgkala ia btukar ke gear seterusnya dgn cpt.saya tlh mnhntr kereta ke pomen dan tlh mnukar mnyk gear dlm pnapis dan tdpt habuk halus.saya ingin bertanya adakah habuk tsebut dtgnya dr clutch atau gearbox.adakah saya perlu mnukar gearbox?
jawapan:
Tukar speed sensor pada gearbox auto wira tersebut.Habuk yang sedikit datangnya dari minyak yang lambat ditukar dan membentuk kerak pada gearbox.Tidak mengapa cuma pastikan minyak auto ditukar setiap 2 kali servis
auto filter dan oil filter adalah 2 komponen berbeza.
1.autofilter untuk gearbox dan diletakan untuk menapis minyak gear dalam gearbox pada kereta auto sahaja.
2.Oil filter adalah penapis minyak hitam dalam enjin dan berkedudukan bersebelahan tangki minyak hitam
selain dari kabel plug yang pecah api,enjin honda biasa terjadi demikian sebab fuel pump yang hampir rosak.
Kalau nak repair gearbox ada juga kedai di bandar saujana putra,gearbox memang boleh dibaiki dan kosnya jika barang tak banyak ditukar harganya lebih murah.
Gearbox lama biasanya ditukar dan part dalaman akan diambil untuk membaiki kerosakan pada gearbox lain oleh kedai potong,ada lebih baik saudara baiki gearbox tersebut.
tukar spring absorber jika ia belum ditukar.
jawapan,
1.Tukar plug
2.tukar auto filter
3.tuning enjin
clutch pump kena pastikan tidak bocor,pergi kedai lain untuk cek clutch pump.
sy pengguna toyota vios tahun 2006.baru2 ni saya bru tukar minyak enjin,minyak atf dan gasket enjin sebb enjin leaking skit.2 hari selepas itu enjin terasa berat dan kurang pikup.bila sy tukar dari N ke D,enjin bergegar skit bila rpm rendah..adakah masalah ini disebbkan mounting??atau disebbkan kesilapan mekanik semasa tukar gasket enjin itu sama ada plug x dipasang dengan sempurna pada enjin atau sebagainya..mohon pencerahan dari pihak tuan.terima kasih
jawapan,
1Saya rasa minyak gear yang digunakan agak kurang licin dan cepat panas sebaiknya saudara tukar semula minyak atf kepada castrol atau petronas.
sy pkai nissan sentra auto 05. masalahnye bila mula start o/d blingking byk kali dan bile msk gear 1 ke 2 kadang xmsk.. kene bhnti dan start smule. adakah masalah gearbox
Masalah shift dan gear tendang memang terjadi atas dua sebab iaitu speed sensor rosak dan gearbox rosak.
Apa yang saudara perlu kawal ialah kebocoran minyak gear samada dari gasket atau dari tangki minyak gear auto.
Saudara mesti tukar speed sensor tersebut untuk kembalikannya berfungsi seperti asal,lambat menukarnya akan menyebabkan gearbox rosak.
Bila kereta tak boleh distart semua nya akan tidak berfungsi termasuk gear dan brek,
Tukar bateri kereta tersebut.
Memang benar kompressr yang terdapat turbo yang ditambah pada kancil akan cepat rosak kerana enjin yang panas.Walaupun kepanasan terkawal enjin akan cepat panas pada kancil turbo.
Kompressor mira biasa digunakan pada kancil turbo.
Masalah begini adalah masalah gearbox,o/d akan blink bila gearbox ada problem.
sy ada bace reply encik pomen utk comment saudara beginfx yg pkai vios 2006 tu. sy rase sy pn alami prob yg seakan2 same. bleh sy dptkan cost estimate utk tukar speed sensor tu? lain jenis kereta, lain harga la ye?
Periksa fuel pump kos sekitar rm300
benar,lain kereta lain harga .Kos komponen dianggarkan sekitar rm150 campur pemasangan rm200
1.Tukarkan exhaust sensor untuk mengurangkan asap putih waktu pagi.
2.Klac plate saudara perlu ditukar,kosnya sekitar rm700
Terimakasih!
Saya pengguna Savvy,MT. Saya nak bertanya, apa jenis masalah yg ada apa bila,semua gear saya boleh masuk kecuali gear 5. Bila masuk gear 5 kosong,xder traction dgn tombol gear.Sblm jadi seperti ni,gear 5 saya FREE dgn sendiri nya ketika saya sedang memandu,dan ada bunyi seperti gigi gear mcm tak grip.di harap dpt membantu saya.
Ini adalah masalah gearbox tersebut,tiada yang boleh dilakukan melainkan saudara tukar gearbox atau membaiki gearbox tersebut dimana2 kedai yang boleh membaikinya.
Carnalis.
Carnalis
saudara Carnalis,
Gear 5 tak dapat dimasukan kerana terdapat masalah gerigi dalam gearbox yang telah haus dan perlu ditukar.
Masalah ini tiada kena mengena dengan clutch plate atau minyak gear ia adalah masalah gerigi dalaman pada gear 5.Hanya mekanik yang ada altganti untuk gerigi 5 gearbox savvy boleh menukarnya.
Ramai yang hadapi masalah begini menukar sebuah gearbox kerana ia lebih pantas dari membaikinya.
saya alias dr kedah,perdana v6,maslah yg dihadapi bila masuk gear d atau r enjin trus mati..minta tolong terangkan apa puncanya dan cara nak pebaik..trima kasih banyak..
Sensor tersebut berdekatan dengan drive shaft jika berdiri di sebelah gearbox enjin ia berkedudukan sebelah kanan
Sensor adalah punca utama jadi demikian,tukar speed sensor pada gearbox,periksa juga drive shaft jika saudara ada buat tukar drive shaft.
saya guna kereta wira 1.3
mslh sy ialah bila sy nk tkr gear...gear tu mcm t'sekat...
mksd sy...bila sy drive..sy nk tkr gear 1 ke gear 2...tak bleh msk...mknanya...nk msk gear 2 t'sekat..kadang2 menyebabkan t'pksa menukar gear 1 ke gear 3..apa yg rsk? dan berapa kos kalau nk baiki? mohon bantu..
Tukar gearbox adalah jalan pantas untuk membaikinya kos sekitar rm700.
Adjust dahulu kabel jika belum mahu menukar gearbox.
kereta saya acord SV4 (enjin h22a) auto,sebelum ni takde masalah. Bila lepas tukar minyak gear original honda (ada label 'do not use for CVT') yg sepatutnya boleh digunakan, bila enjin panas 45-1jam driving 110-120km/h kereta mcm tersentap2 & gear mcm free (masa tu D4). bila henjut padel, baru masuk (torque)& kekadang jadi balik lebih2 lagi bila enjin dh panas. bila saya check, mmg minyak gear ada terlebih 0.4cm dari line maximum... sekarang ni dah tukar minyak lain dan kuantiti minyak pada line maximum.
kekadang.. enjin agak berat (torque lambat)
boleh bagi komen puncanya
Terima kasih
minyak gear diukur pada sifat kepanasan ada sesetengah gearbox yang hanya menggunakan minyak gear tertentu.Mengenai torque lambat ni samada ada air sedikit dalam gearbox atau minyak gear lama yang saudara gunakan masih ada baki.
Apa yang perlu ialah flushing gearbox dan gunakan minyak yang sesuai.Gantikan oil seal d/shaft pada gearbox untuk menahan kotoran dan air masuk dalam gearbox
salam tuan,
persona auto sy pun mengalami masalah sama spt keta cik amin...perlu buat flushing gearbox tak? mileage dh 90k.
Terima kasih
Kancil auto 2003 saya mempunyai masalah untuk digerakkan setiap pagi.. masuk gear D tp kereta tak bergerak, kene tunggu dlm 10 minit baru boleh bergerak. saya baru je ganti minyak gear sabtu lepas tp maslahnye ttp sama, mmg pagi2 tak leh gerak..ape agaknye masalahnye?
Kancil auto 2003 saya mempunyai masalah untuk digerakkan setiap pagi.. masuk gear D tp kereta tak bergerak, kene tunggu dlm 10 minit baru boleh bergerak. saya baru je ganti minyak gear sabtu lepas tp maslahnye ttp sama, mmg pagi2 tak leh gerak..ape agaknye masalahnye?
ada 2 sensor pada gearbox,tukar sensor tersebut
Berapa angaran kos untuk tukar sensor tersebut dan boleh cadangkan workshop mana yang bagus sekitar kl dan selangor. kebanyakan workshop yang saya pergi sumua suruh tukar gearbox.
saudari perlu ke kedai gearbox untuk tukar sensor.Di selangor ada di Bandar Saujana Putra.
saya guna kancil... saya ada tuka drive shaft.. lepas tu tak perasan minyak gear box leaking.. saya dah tuka oil seal dan minyak gear box... lepas tu gear box pulak bunyi bising.. bila pijak clutch hilang pulak bunyinya.. time jalan masuk gear 4 ke 5 ada keras sikit dan berbunyi.. adakah langkah terbaik utk atasi semua ni selain tuka gear box?
Nama saya Ruzlam dan saya menggunakan ISUZU DMAX 4X4 3.0 ... sejak kebelakngan ni apabila saya menukar gear 3 dan 4 semasa bergerak, saya akn terdengar bunyi 'eeekkkk' tetapi sekejap sahaja. Boleh bantu saya apa masalanya?
Saya ada masalah besar huhu.
1-bulan ogos 2012 pergi servis biasa di kedai ah chong. Beberapa hari selepas tu OD indicator berkelip kelip. So sibuklah saya pergi ke pusat servis, mahu pun kedai apek. Dorang kata takde masalah yang besar. Just wiring problem. So saya gunalah keta ni (myvi auto 1.3) sampai hari ni.
2-pada hari ini, dalam perjalanan balik dr kl ke kota tinggi, saya dapati pada gear D jika saya nak memecut lebih kurang 100km/jam gear mcm tak masuk. Meter rpm naik tapi kee still tak laku. Pastu kena drive slow dan kena tekan OD baru lah boleh jalan. Itu pun tidak boleh memecut. So bawak pi p2 servis muar dorang cakap kena overhaul dgn kos 23k...ye 23k. Pitam. Atau tukar gearbox kat kedai biasa yang lagi murah. Pastu kat p2 ni baru perasan kereta tak boleh reverse.
Nak mintak pendapat encik apa yg perlu saya buat sbb saya baca komen kat atas tukar gearbox ni macam last resort atau keputusan terakhir.
Yg benar,
Shahril
Shopatkits@gmail.com
saya ada sedikit masalah, harap tuan sudi memberi jawapan.
Saya pakai keta hyundai matrix 1.6 auto.
Masalahnya keta saya ni taknak masuk gear 4, gear 1,2,3 ok takde masalah.
Saya dah tukar minyak gear dan filter, tp masalah tak hilang.
Lagi satu, apa kesan jika minyak gear auto di isi lebih.
1.Sensor rosak
2.minyak gear bocor/kurang
3.minyak gear yang tak sesuai
4.minyak gear terlalu banyak
Periksa atau tukar komponen sensor dan minyak gear kepada yang lebih ssuai
saya pengguna kereta Myvi Auto 1.3 tahun 2006, saya ingin bertanya mengenai masalah kereta saya..
Apabila tukar dari gear P ke D dan saya tekan minyak akan berlaku sentapan seperti kereta xnk pergi, ianya berlaku sekiranya saya tekan minyak secara mengejut, akan tetapi sekiranya saya tekan perlahan-lahan ianya tidak berlaku..apakah punca masalah ini? ianya juga berlaku dari gear N ke D terutama di lampu isyarat, bila lampu hijau saya tukar gear D dan tekan minyak maka akan berlaku sentapan disitu...
salam tuan, saya ada pergi ke bengkel untuk tukar drive shaft tapi kebanyakan bengkel kata kalau kereta tak gegar atau xde bunyi sewaktu kona ataupun jalan street maka tak perlu tukar...dalam kes saya ni tiada masalah waktu kona ataupun street, cuma masalah jerking@sentapan sewaktu awal kereta hendak bergerak, adakah saya silap tanya pada bengkel tersebut? atau driveshaft ni terbahagi kepada byk bnda?? boleh tuan bagi detail tentang nama part yang perlu sya tukar..?
saya ada masalah yang ingin saya bertanya.. kereta myvi saya tiba-tiba sahaja tersengguk dan lampu o/d saya tiba-tiba sahaja berkelip semasa kereta tengah bergerak padahal saya tidak menekan langsung button od. mengapa jadi begitu? adakah gearbox saya bermasalah?
Saya Maya baru membeli honda civic 1.8 i-vtec s-l pada jun 2012. Maaf saya nak tanya kenapa gear box kereta saya apabila di pegang terasa panas. Maaf sgt2 pengetahuan saya berkenaan kereta sgt cetek. Saya nak tau kenapa perkara ini terjadi sebab saya survey kereta kawan2 tiada masalah begini.Harap dapat jawapan dari saudara. Thanks.
Kereta yang ditinggalkan seharusnya bukan saja dihidupkan malah mesti digerakan iaitu memasukan gear dan bergerak supaya klac tidak melekat serta brake juga tidak melekat.Masalah sekarang saudari perlu tukar minyak gear dan servis brake depan dan belakang,bersihkan dari karat dan kotoran.
Setelah itu tukar minyak itam,oil filter dan plug.minta mekanik pastikan semua plug berfungsi dan tidak bergerak hanya 2 plug atau 3 plug sahaja.
Saya mempunyai masalah klac terasa berat. Tapi masalah ni belaku masa siang atau kereta telah lama berjalan. Masa bergerak malam atau pagi mula nak jalan ok la pulak. Lama2 jadi balik. Semua gear tak de masalah. Senang masuk. Pickup pun ok lagi. Untuk pengetahuan saya menggunakan kereta putra 1.8 manual.
Saya ingin bertanya. Masalah kereta saya klac terasa keras bila ditekan. Tapi masalah ni kerap berlaku masa drive siang atau tengah ari panas ajer. Masa drive malam atau pagi ok la pulak. Semua gear masih ok senang nak masuk. Pickup pun tak de masalah. Adakah ia masalah clutch pump atau clutch plate yang dah nak kong. Untuk pengetahuan saudara. Saya menggunakan kereta proton putra 1.8 manual. Bantuan anda amat saya hargai.
Ini adalah masalah klac pam.Sebaiknya tukar pam pada pemijak klac dlm kereta.
Tukar plug dan reset sistem suis dengan hidupkan kunci pada ON sambil tekan pedal minyak tapi enjin jangan hidupkan kemudian tutup dan ON semula ,ketika itu berbunyi detik pada fuel pump dan sistem fuel serta suis jadi asal.
Fuel pump dan sistem yang telah diresetkan memungkinkan enjinuntuk mati ketika meluncur adalah sifar.
Tukar minyak gear dan minta mekanik bersihkan semua kotoran dalam kotak filter kemudian tukar sensor atas gearbox.
Saya pemilik kenari first model. (tak ingat tahun berapa).
baru jap tadi saya drive ke opis steering jadi berat. dah rasa mcm bawak lori. dah check minyak steering masih penuh lagi.
bleh Master Sord bagitau masalah nya?
terima kasih.
Saya guna toyota wish 1.8. Saya menhadapi body bergegar jika sampai 60km/j. Mmg confirm body gegar. Yang peliknya tadi masa drive perlahan ada bunyian besi berlaga. Lagi satu masa tekal pedal sedikit laju ada bunyi besi dan masa lepas pedal secara cepat pun ada bunyi sedikit aeperti menarik. Apa pendapat tuan
Tetapi jika rpm terlalu rendah enjin bergegar dan buni besi berlaga mungkin ada mounting pada gearbox yang pecah.
2.Masalah kedua saudara mesti tukar sensor gearbox
Nak tanya solanoid tu apa ya dan agak brapa koz nak repair dan boleh rekomen workshop mane2 x
Q2)tau x knp enjin x boleh dimatikan...saya dah swicth off kmdn tarik kluar kunci namun enjin masih hidup kmdn akan off sendiri...masaalah ni kekadang aje.
Terima kasih
2)Kalau ada timer kereta memang mati lambat sikit tapi kalau takde maknanya problem pada throttle body.
sy ade masalah yg agak2 nye dr gearbox..
gearbox manual..bila nk memula kn perjalan..masuk gear 1 ade bunyi..kruk2..pas2 gear 2 pon ade bunyi gak...tp gear 3 ke atas xde bunyi..ape sebab nye tu yer?
pas2 kt area gear console sy..panas je ble jalan...nk penjelasan...tq
yg bunyi2 pon psl minyak gearbox yer?..
ok..akan sy g ke bengkel utk tkar myk gear...anggaran harga berape yer?...xpnah tkar..xtaw plak sy
Che city saya idsi 05,terjadi simpton yg same. Adakah sekarang masalah ni dah settle?
Kalau saya ingatkan semula masalah ini terjadi, ialah selepas saya tukar cover drive shaft kanan dan kiri. Sblm ni, cover getah tersebut koyak, so pomen tukar. adakah benda ni ada kaitan
Bunyi duk tersebut biasa datang dari drive shaft dalam ke gearbox bukan sebab minyak gear.
masalahnya, gear 3 dan gear 4 tidak menunjukkan power berbanding gear 1,2 dan 5.
sepatutnya gear 3 kuat pickup dan gear 4 ble naik smp 110km/jam tp ni sangat lembab.
Adakah ini disebabkan turbo intercooler?...atau sensor gear?..tp sa dah tukar baru sensor gear...
Saya pakai kelisa auto tahun 2007. Saya bli 2nd hand. Masa tu mileage l/kurang 38000 pd tahun 2012. Masa masuk gear reverse je, enjin gegar..mengapa ya?check minyak gear bnyk lg..minyak gear kena tukar every berapa KM? cemana nk tahu dh smpai masa tukar minyak gear?
Ada 2 sebab kereta gegar ketika reverse pertama sebab enjin yrpm yang terlalu rendah dan kedua ialah klac plat yang hampir habis,minyak gear tidak memberikan apa2 mudarat kepada enjin gegar ketika reverse.Minyak gear ditukar setiap 40000 km.
saya adalah pengguna Saga Blm bertranmisi manual.. masalah saya dan rakan saya yg lain ialah berkenaan clutch plate yg cepat haus.. penukaran clutch plate terpaksa ditukar satu set termasuk piring jejari itu yg kembang dan tidak kembali ke posisi asal apabila diperiksa.. sebaik penukaran dilakukan ia kembali kepada keadaan normal dan tidak keras semasa kerosakan mula dikesan apabila menekan pedal clutch..
soalan saya..
- apa yg perlu dilakukan utk memanjangkan jangka hayat clutch plate..? umum mengetahui, kerosakan dtg apabila amalan memandu baik diketepikan yakni menekan sedikit pedal clutch semasa kereta bergerak dan tidak menekan habis apabila menukar gear..
- ada terjadi slip gear ketika berada di gear 3 dan 4 semasa rpm 4000.. terasa gear lambat berada diposisi yg sepatutnya sekitar 2-3 saat apabila memandu laju.. adakah pump clutch memain peranan juga..?
saya minta jasa baik tuan utk berkongsi pandangan dlm hal ini.. mungkin juga cadangan penambahbaikan utk merungkai masalah clutch plate dan slip gear ini.. utk pengetahuan.. kereta baru yg belum smpi 2 thn usianya..
terima kasih..!!
2.Untuk memanjangkan hayat klac plate yang paling mudah adalah meletakan gear free ketika berhenti dan jangan biarkan klac pam tidak ditukar jika bocor sedikit dan gear tidak berjaya dimasukan dengan mudah.
ini berlaku semasa kereta diparking utk mengisi petrol@ parking sekejap.
Adakah ini masalah berkaitan dgn gearbox? masalah lain yg timbul slps tu adlh lampu penunjuk gear pada bhgn tombol gear kejap malap, kejap terang.. sekarang dh tak nyala langsung (bila on lampu keta). Apa yang perlu sy buat? dh 2-3 bengkel proton sy g tp masalah sama masih berlaku. harap tuan dpt membantu sy.
terima kasih - edi
sensor gear auto saudara rosak tukar sensor pada gearbox ,pin pada tombl gear juga perlu dibetulkan
agak-agak, berapa kos untuk menukar sensor gear auto baru dan betulkan pin pd tombol gear?
adakah semua bengkel boleh melakukan kerja menukar sensor gear auto? atau tuan boleh cadangkan bengkel yang sesuai utk melakukan kerja tersebut.. sy duk area dengkil..tkasih
Sebab2 ia dibuang mungkin ia telah rosak teruk atau spare partnya tiada dan jika dipasang pengguna akan tetap meletakan gear 1 atau 2 sekali sekala dan boleh merosakan keseluruhan gearbox
Maaf mganggu..sape2 yg tau pasal kereta ipsum..saya nak tanya..saya nak beli toyota ipsum 2.0 auto.tp kawan saya ckp tak payah ambil ipsum..rugi klau ambil..ckp spare part susah cari..mcm2 lg lah..sy ingin tau..mcm mana dgn spare part..senang cari tak...maintenance..mcm mana keadaan enjin..adakan mudah utk mhadapi masalah kerosakan.harap2 tuan/puan dpt berikan pjelaskan dan pendapat..
Terima kasih.. Assalamualaikum..
saya pakai naza suria auto keluaran 2008. mileage dah cecah 122000km..baru2 ni sy lambat tukar gear oil (lebih 260 km)..masa mekanik tukar, minyak dah pekat n ada serbuk2 besi berkilat dalam minyak tuh..dia kata dah teruk. lepas dah tukar minyak, dia buang balik. minyak yg keluar jadi hitam..pastu dia masuk lagi minyak baru. Sekarang ni, masalah kete tu, bila nk tukar gear dari N ke D atau N ke R, dah macam loose.senang sgt nk tukar gear, macam tak cengkam. pastu bila drive, tekan minyak cam biasa pun bunyi dia mengaum tu mcm lebih kuat dari biasa (sblm2 ni tak jd camni)..kalau perjalanan jauh, engine akan bau hangit & aircond start mnjadi panas..sy kurang pasti hangit tu datang dari gear or aircond. Utk pengetahuan, aircond saya tak pernah servis, stakat tukar filter jer sbb mekanik tu kata, kalau dia service takut jd lg rosak.. Mohon tuan rungkaikan masalah saya..adakah gearbox kami bermasalah? & kalau nk service aircond, apa jer yg perlu service?
Terima kasih..
saya pakai kereta Naza Suria auto. saya baru tukar gear oil ( sudah lebih adometer masa tukar). sebelum minyak ditukar mekanik cakap sudah lama x tukar gear oil ker sebab dia tgk dekat pencucuh minyak ada besi2 kecil. pastu bwk keluar minyak lama dan masuk minyak baru pastu mekanik check blk pencucuh dan dia kata still kotor pastu bwk keluar bailk minyak dan ganti yang baru, dia kata baru ok la.
selepas tukar minyak baru nie timbul pulak masalah lain antaranya ialah gear senang ditukar walau ditolak dgn perlahan dan kadang2 mcm gear x masuk cth dr D ke R. masalah lain adalah bunyi gear yang kuat seperti mengaum. selain itu kadang2 ada bau hangit dan aircond jd panas (yg tengah saja yang aircond tepi ok sejuk).
apa yang perlu saya lakukan.
terima kasih
2.A/cond tersebut tiada kena mengena dengan minyak gear atau gear yang loose tersebut,ia adalah kerosakan a/cond semata2.Servis a/cond ber,aksud mencuci cooling coil,menukar valve a/cond dan membersihkan blower serta menukar hose yang bocor dan mengisi gas baru semula.
2.a/cond tengah tu tercabut hose nya atau angin blower telah disekat oleh kotoran pada cooling coil,servis a/cond tersebut.
kalau cuma cuci cooling coil ,tukar valve dan gas kos sekitar rm 200 tapi kalau kena tukar cooling coil melebihi rm300
1)Berapa mileage yg recommended untuk tukar filter minyak auto tranmission Toyota Innova G Spec 2006?
2) Sya bca bnyak komen2 di atas ckp psal torque converter..Mcm mna kita nk tau kreta sya ada problem dgn torque converter..Klau nk tukaq untk kreta saya ni brapa kos?
Aaftab Jitra
sy pakai honda crv 04.sy punya mslh gear box jgk. shifted dari 1-2 dia amik masa.kereta sy auto.
lps dpt info dari cmnt2 saudara, patut ke sy buat:
1) bersihkan ruang auti filter and tukar auto filter.
2) tukar myk auto
3)tukar pin pada panel gear
4) tukar kedua dua oil seal gbox
agak2 berapa kos keseluruhan?
ada fav bengkel tak boleh suggest?
Kos keseluruhan sekitar rm400
2.tanda rosak torque ialah bila gear susah masuk dan berbunyi kuat bila dimasukan ke D dan P.Juga bila kereta tidak bergerak kuat menaiki bukit dan cerun.Torque bertindak seumpama klac plate gear manual.
Saya pakai kereta Gen2 IAFM Auto thn 2008. Baru ni kereta problem:
1. nak masuk gear D ambik masa 10 seconds then macam sangkut sikit.
2. Bila driving pon dari perlahan ke laju (normally lepas masuk simpang/bumper) engine mesti mengaum n sangkut2.
Bila check, minyak gearbox mmg dh kering. Baru ingat lepas tukar tinted kereta, sticker tu dah hilang mana. tak ingat bila last tukar minyak gearbox.So pomen dah tukarkan. Kena RM150. Lepas tu bila dah sehari:
1. pagi nak pergi kerja, dah panas engine, nak masuk gear D, kuat menendang.
2. bila drive dalam 1800 rpm bunyi jerking "Duk" macam tu plak.
3. but bila dah drive ok je. Yg jerking time masuk simpang dah takde dah.
tapi tiap kali tukar gear N/R - D ke, mesti macam nak melompat kereta. Kenapa ye?
saya menghadapi masalah tentang gear auto dan tercari-cari ruangan yang boleh membantu merungkaikan permasalahan yang agak lama kami lalui tentang gear auto.. setiap kali memulakan pemanduan gear mesti guna "L" .. jika nenggunakan "D" seperti tiada power dan berat.. apakah punca dan bagaimana untuk membaikinya seperti asal?
ada 2 sebab gear auto berat
1.sensor gear tak fungsi baik
2.Minyak gear yang tak sesuai digunakan
2 cara juga samada menukar sensor gearbox atau menukar gearbox
Sy pengguna honda city 2013 auto.. masalah kereta ialah..
1-payah nak masok gear dr P ke R. Dan enjin jerking masa mula2 nak reverse.
2-bila slow /pasang aircon /slow.. enjin akan tsengguk2 mcm nak mati enjin tp tiada masalah kalau dah laju sikit.
3-setiap hari enjin light akan menyala tp matikan enjin kereta skejap.. start dah tiada lg..
Harap tuan dpt membantu.. berapa kosnya? Bengkel tuan dimana?
Bolih tuan doktor bagi diagnosis dan prescription nya.
Terima Kasih
Terima kasih
1.ada bocor minyak gear
2.rpm rendah perlu adjust,tukar plug dan air filter
3.kalau dibaiki yang diatas insyallah tak menyala dah
kos sekitar rm500,
Masalah auto gear atau auto transmission biasanya terletak pada minyak gear,jika gear oil kurang,bocor dan kotor akan menyebabkan gear susah masuk,akantetapi masalah saudara rasanya pada pin panel yang tersangkut,minta mekanik tukar pin panel gear.
Sebab gegar biasa pasal steering rod dan tayar yang bengkak atau makan sebelah
Sy ade.mslh kereta persona auto..bila masok gear N ke D dia tersentap..pastu meter smpi 90km/h jr..gear x tukar.. ni mslh gear box kr?mhl x kos?ape yg patot nk di tukar..plz help..huhu
Saya ada 2 masalah kereta.
Pertama gear D saya tidak terasa penukaran gear yang ke empat cuma rase 1,2 dan 3 sahaja. Jika saya memberhentikan kereta seketika Gear D saya akan kembali normal boleh rase pertukaran 1,2,3 dan 4, tetapi bila hendak maintain kelajuan 80km keatas ade berlaku semput/ tersengguk engine. Adakah gearbox saya perlu ditukarkan.
Masalah kedua pula ekzos mengeluarkan asap hitam yang banyak apabila diram keluar asap hitam berkepul2 dan berbunyi kuat, adakah engine saya perlu dilakukan overhaul. untuk pengetahuan tuan saya menggunakan kereta toyota ipsum auto 2.0 tahun 1998. Saya berharap sangat tuan dapat memberi tip dan nasihat tentang masalah yang saya hadapi ini. Tq
1.speed sensor perlu ditukar,pastikan juga minyak gear auto tak bocor
2.Karbon banyak,servis throttle body atau karburator,decarbonizer juga boleh digunakan
2.Mesin flushing hanya baik jika gearbox terlalu kotor,tetapi jika gearbox masih elok menukat atf cara biasa memadai.
3.Boleh guna minyak dari mana-mana jenama asalkan tidak menggunakan minyak gear manual ep90 dan ep140
saya memandu kereta perodiua viva auto 1.0 basic.kereta sdh sy gunakan slama 2 tahun lebih.soalanya.,sy nak tanya..
1.auto filter,minyak auto,mounting gearbox,pin pada panel gear dan oil seal gearbox perlu tukar setiap tempoh masa bila?? sy telah menukar minyak auto utk thun ini...
2.kdg2 bila sy bw kereta pd kelajuan 50km-70km dan sy brek,kereta spt bergegar seakan ingin berhenti kdg2 shgga 10 saat,bila sy lepaskan brek barulah gegaran berhenti.mohon pandangan tuan..
Minyak auto hanya ditukar setiap 2 kali servis iaitu kira2 setiap selepas 10000 km atau 20000 km manakala mounting,gearbox pin dan oil seal berg`antung kepada `kerosakaan.
2.Jika enjin terasa seakan ingin berhenti periksa rpm,rpm perlu berada sekitar 900-1000 rpm jika rendah enjin akan terasa ingin berhenti ketika membrek.
boleh bg anggaran kos utk tukar gearbox sensor and tune gearbox.
tq
Kereta : Proton Iswara '03
Saya ade mslh bila mematikan kereta enjin akan lmbt mati dan bergegar wlupun kunci sudah off. Ape mslhnya
sekian, terima kasih
Kereta : Proton Iswara '03
Saya ade masalah bila mematikan kereta enjin kereta lmbt mati dan bergegar sedikit meskipun kunci tlh off. Ade skali tu sy check buka bonet dpn matikan enjin ade sikit asap putih keluar dari lubang air filter. Ape mslhnye ye..
Sekian, terima kasih