Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi
Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.
Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.
Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Nota Penting Untuk Gear Auto:-
Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,
Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.
Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.
Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah

Comments
Kalau minyak gear auto tak bocor masalah selalu berlaku begini jika sensor gearbox rosak,tukar sensor gearbox
Kedua perlukah buat tiuning selepas servis trottle body. Tq
Jika nak cuci throttle body perlu gunakan carb cleaner kerana bahan dan kandungannya sesuai.Spark plug pula boleh dicuci dengan petrol pada kadar petrol yang sedikit tanpa membasahkan keseluruhan dinding elektrod spark plug.Jika dah cuci keseluruhan spark plug jadi rosak dan perlu tukar.
Throttle body perlu dibersihkan semula dengan carb cleaner dan mekanikal gerigi dalam throttle body juga perlu diperiksa dan digantikan dengan repair kit jika perlu.
Saya pengguna gen2 1.6 auto.
Mslh saya:
1. Bila mula2 nak jalan mcm mengejut. Tekan minyak byk sikit baru gerak secara mengejut. Tanya bengkel dia ckp kne tukar gearbox seketol. Boleh repair x kalau masalah mcm ni dan berapa anggaran kos. Sethn lps dh tukar gearbox sbb bila shift gear akan sentap kuat. Gegor abis.
2. Lampu engine saya menyala dh setahun lebih. Bila cek pomen ckp gear selector problem. Gear selector ni sama ngan speed sensor ke? Jln xda mslh cuma skrg je bila nk jalan jd mcm mslh no 1 tadi.
Mohon bantuan tuan yg arif.
Masalah 1.
Saya guna gen2. Bila mula nk jln akan gerak secara mengejut. Tu pun kne tekan minyak lebih cket. Slalunya tekan trus gerak.pomen ckp kne tukar gearbox seketol. Sethn lps dh tukar gearbox. Tu pon sbb bila shift gear ke D gegar abis 1 keta. Boleh btolkan ke mslh saya ni.
Masalah 2.
Lampu enjin menyala dh setahun lebih. Pomen ckp sbb gear selector. Gear selector ni sama ke ngan speed sensor?selama ni xda mslh walaupun lampu enjin nyala. Cuma baru2 ni je berlaku masalah diatas.
Mohon penjelasan yg arif. Hihi.. Tq.
Mana bengkel bleh repair mslh saya ni kt teganu... :)
Mohon bertanya. Baru kali ni myvi saya tak hantar servis di SC. Bacaan Mileage sekarang 117230 manakala last sy tukar minyak ATF di SC pada bacaan mileage 94530.
Soalan saya, minyak ATF jenama apakah yang sesuai, berapa literkah yang perlu dibeli dan di kedai mana perlu saya dapatkan minyak original ini? Thanks in advance.
Sebaiknya tukar minyak gear auto,autofiolter,spark plug dan airfilter,sebab itu semua tanda2 rpm yag rendah dan gear auto yang tak lancar.
Soalan kedua, brpkh harga taiming belt untuk toyota ipsum...
2.Harga timing belt sekitar rm250
Nama saya khairil.ini merupakan kali ke dua saya mengajukan soalan..:).saya menggunakan ford ranger xlt turbo 2002.soalannya adalah..
1) minyak gear box apa yang sesuai untuk kereta saya dan adakah sama penggunaan minyak gear box dan minyak untuk excel belakang?
2)terasa gegaran di bawah lantai bila menggunakan gear 5.tp kalau saya lepas padle minyak gegaran hilang dan kembali bergegar bila saya tekan padle minyak semula.
Terima kasih...;)
2.perlu periksa long shaft pada gearbox belakang ada kemungkinan bering penyambung rosak
Kos tukar gearbox adalah sekitar rm 1000-3000 saja jika diw/syop biasa kerana alatganti yang digunakan juga adalah dari terpakai yang masih boleh guna melebihi 5 tahun.
Saya nak tanye sikit boleh?
Kerets sy honda ek sebelum ni pernah kehabisan minyk gear . Selepas itu nk masuk gear mesti x masuk. Kene matikan enjin kereta start balik baru boleh masuk gear. Kereta sy jenis auto. Sy prempuan n takot kne tipu bile pegi bengkel dimana sblum ni mmg slalu kene tipu pon. Repair2 baya tapi mcm x dr perubahan pon. Skrg tkot nk g vengkel lgi. Mohon pencerahan. Perluke smpai tukar gearbox?
Saya nak tanye satu soalan.. Sy pakai kereta honda ek auto. Haritu minyk gear dye habis sbb mungkin dh lame x guna. Selepas pada itu. Mcm x boleh masuk gear. Even dh tuka gear pon stil x masuk2 gear. Kene tutup enjin then start balik bru boleh tuka gear. Mohon pencerahan. Sbb sy prmpuan n banyak kali dh kenne tipu. Kene tuka gearboxke? Dn berape kos kalau mslah mcmni
Tumpang tanya. jika oil seal steering rack bocor (wira) & power steering berat, masih boleh drive lg ke atau tak? risiko kalau drive dalam keadaan bocor? estimate harga kalau baiki.
Terima kasih
Saya menggunakan van jenis Toyota LITEACE 1.8, Van ini menggunakan gear box manual, semalam ketika mula memandu saya cuba memotong sebuah kereta pada kedudukan gear 2 ke gear 3, tiba-tiba sahaja van kehilangan kuasa dan mati. Apabila cuba dihidupkan hanya terdapat bunyi starter sahaja. Namun van tetap tidak boleh dihidupkan. Dan terdapat bau minyak apabila cuba dihidupkan
Adakah ianya disebabkan masalah gear box atau selain daripadanya.
Diminta jasa baik abang berikan pendapat secepat mungkin, apakah punca masalah van saya kerana van masih lagi tersadai..
Saya ade satu lg pertanyaan. Saya dh gantikan distributor dan engin berjaya dihidupkan , tetapi terdapat satu lagi masalah. Apabila telah distart, engin tidak berfungsi dengan baik dan akan mati dengan sendiri nya jika tidak dimain minyak. Setelah adjust timing bru ok..namun begitu apabila saya memandu dan menukar ke gear dua engin seperti hendak mati(gear 2 sahaja gear lain semua ok), rpm drop hampir ke kosong..boleh abg bagi pendapat mengapa gear dua jadi begitu..kerana saya kurang mempercayai kata2 pomen cina ditempat saya takut2 lagi banyak barang yg nk kena tukar..
Salam tuan Arshad. Rupanya kereta saya pernah kurang minyak gearbox. Mekanik kata mungkin bunyi degung 30-40km tu disebabkan krg minyk.
Saya dah tukar minyak gear dan filter, tapi bunyi tu masih ada lagi. Takda perubahan. Seingat saya, dah 2 tahun bunyi dengung tu ada dan mcm2 cara diusahakan tapi masih tak berhasil.
Tuan, klu clucth converter di bahagian mana. Perlu turun gearbox ke? Kereta saya guna gear auto, jenis toyota camry 2008. Ada workshop yg tuan blh suggest area bangi, kjng atau sekitarnya
saya telah telah transplant enjin toyota starlet 1.3 auto ke kereta proton savvy saya.
sekarang ni bila tukar gear dari N ke D kerete jerking agak kuat. tetapi upshift gear 1 hingga 4 (OD) dan downshift takde masalah.
apa masalh gearbox saya pada pandangan tuan?
terima kasih
Saya nak bertanya, kereta Saga BLM mempunyai masalah gear susah di tolak ke Neutral. Ini hanya berlaku ketika menggunakan gear undur (Reverse Gear) Tombol bagaikan tersangkut. Apa masalahnya? Gear yang lain adalah normal.
Terima Kasih.
Sy pengguna kereta manual kancil 850cc..sy ad masalah dengan gearbox.. Gear 1,3 ad problem..x boleh masuk gear..dye akan neutral balik kalo sy tekan clush masukkn gear..gear 5 boleh masuk ..tp susah sikit..gear 2,4, dgn reverse xde masalah..ok..boleh x tuan bg pendapat tuk masalah sy ni? Terima kasih..
masalah bering roda depan ,perlu tukar
masalah bering roda sebelah kanan,perlu tukar
Tukar minyak auto dan autofilter ,jika ia masih sama saudara perlu tukar sensor gearbox
Saya ada masalah O/D blinking selepas menukar minyak gearbox dan bila masuk gear R n D mesti jerking...adakah masalah ini di sebabkan oleh speedsensor @ wiring di dlm gearbox ? Minta pencerahan dari Tuan dan apa yg patut saya bt dan berapa kos utk repair...Terima Kasih
Saya pengguna myvi se 1.3at..masalah saya O/D blinking bila start bergerak...bila masuk gear R atau D akan jerking..saya baru tukar minyak gearbox tapi still blinking..adakah masalah ni disbbkan oleh sensor speed atau wiring gearbox ? Boleh bagi pencerahan x tentang masalah ni...dan berapa kos utk membaikpulih kereta saya..sekian terima kasih
Saya pengguna myvi se 1.3at ada masalah O/D blinking...bila start bergerak ja mesti jadi..masuk gear R atau D mesti jerking..minyak gearbox dah tukar tapi masalah tu ada lagi..adakah masalah saya disebabkan sensor speed atau wiring gearbox ? Boleh tuan bagi pencerahan ? Dan berapa kos utk membaikpulih masalah kereta saya ?
Sekian terima kasih.
Gear auto gen2 sy ni dh sewel.. kereta tak boleh dlm stage P even sy dh masuk smpi P. sy masuk ke R, kereta jd N. kiranya kt gear dh telebih 1 stage. now bila nk parking terpaksa guna N. En. rasa serius ke prob ni? smpi kena tukar gearbox ke...
tukar brek pad,plug,air filter,autofilter dan minyak auto,insyallah ok kos sekitar rm200
1. Kereta dah mulai keluar asap putip..asap byk semasa idle..tp kurg semasa drive.
2. Gear x engaged semasa drive..jd enjin kereta jd meraung dan sembab.
3. Air dalam radiator dan botol putih selalu kering dlm ms sehari selepas dipenuhkan..tp semasa/selepas drive x nmpk pengurangan mendadak air tu.
Terima kasih tuan!!
1.kereta saudara mengalami keadaan piston ring yang haus dan enjin perlu dioverhaul serta top overhaul untuk menggantikan top set sebelah head manakala overhaul untuk gantikan piston ring,engine bering danmembersihkan keseluruhan karbon dalam enjin.
2.Gear takan engage dengan baik jika enjin mengaum kuat
3.Enjin mengalami kepanasan melampau walaupun tidak overheat tetapi semua parts dalam head dan bawah telah haus teruk
saya pakai kancil manual
* gearbox selalu tak nak masuk gear 1 n 2...
3 n 4 ok.. 1 masa clutch tak boleh tekan. keras. gear tak nak masuk langsung. Bunyi kuat.
*lepas tu tukar clutch. Masalah gearbox masih ada.
gear 1n 2 x boleh masuk. Apa masalahnya?
- selalu gearbox tak mau masuk gear 1 n 2.
1 masa clucth keras tak boleh tekan. Gear tak mau masuk. Bunyi kuat.
- lepas tu tukar clutch. Masalah gearbox masih ada. Gear 1 n 2 tak mau masuk. Apa masalahnya..
Mntk pndpt,Kereta saya persona 2008,baru 6 bulan pakai beli 2nd,bila dlm kelajuan 100-110 ,sy lepaskn pedal minyak gb ada berbunyi berdesing sedikit.bwh 100 kmh lepas pedal tiada bunyi pulak..terjadi hnya pada kelajuan tersebut.minyan GB baru tuka..nk tuka GB oil filter Bengkel kata xde buat sebab kne turun GB..mintak bantuan sebelum melarat..masa dapat Kereta test tiada bunyi tersebut
Saya nak bertanyakan tentang Kos baikpulih (Berpatutan) & bengkel yg diSyorkan di area Lembah Klang / Puchong / Shah Alam.
Kereta : Waja 2004-05 (Auto)
Gejala : Gear 1~2 / 2~3 selalu freeplay sejak 2 bulan ini. Agak menyakitkan hati juga..bila tukar gear..
Harap dapat membantu.
Terima Kasih
Saya ingin bertanya..saya ada kereta myvi 1.3 tahun 2011..saya memang jarang naik n mileage baru 60k..baru2 ni sebelum service jadi gear 1 n 2 susah nk masuk..lepas service bulan lepas..jadi lagi susah nk masuk gear lepas lalu banjir yg tak seberapa dalam..jadi lagi susah nk masuk gear 1 ke 3..nk gerak kena masuk gear 4 dlu n main2 sikit baru boleh masuk gear 1.Adakah ini masalah gear box ke part lain?sebab saya jarang naik n tidak lasak.Apakah yg saya perlu buat?
Kereta iswara 1.3 manual saya ada mengalami masalah
1. gear 1 susah nak masuk dan bila masuk gear riverse ada bunyi kuat seperti clutch tak tekan abis.
2. Bila start engin ada bunyi pelik dari starter.
Berapa anggaran kos membaiki masalah diatas.
terima kasih.
2.starter tersebut lambat masuk semula selepas start,perlu servis starter tersebut
Sy guna wira 1.5 injection..
Masalahnya enjin keta kerap mati di persimpangan jln, t.light dan time ambik selekoh.. Masalah ini terjadi bila guna ac.. Jika x guna ac masalah x terjadi..
Selepas enjin mati, xde masalah utk dihidupkan semula.. Apakah masalah keta sy?? Tq...
Salam, saya Saufi, pengguna Suzuki Vitara 1995 Auto di Senai, Johor. Masalah saya paling ketara gear R pagi2 susah nak masuk.Tombol sudah dialihkan ke R tapi mase yg lame untuk engage R gear. Perlu panaskan enjin agak lama waktu pagi. kalau baca thread2 atas ni, tuan kata speed sensor. Tapi gear D xde masalah, cuma baru2 ni mula jerking sket mase masuk ke D. Minyak gearbox sume sudah ditukar.Kesan leaking xde.
Kereta saya mmg ade masalah piston ring haus, enjin dah mula makan minyak hitam, tapi xterlalu teruk. Saya plan nak overhaul enjin dalam mase terdekat. Adakah ia jua salah satu punca masalah gear? Mungkin saya nak tukar sekali ape2 yang patut pada gearbox. Boleh tuan cadangkan?
Kereta myvi se thn 97. 2 tahun lepas lampu o/d blinking.
-Dpt tahu klu jadi camtu, kereta x boleh bawa slow-
- perlu bawa 100km/j at least.
Then i tukar wiring di sc then ok for a while.
After 2 years it happened again. So apa masalah kereta saya ye n apa yang sebenarnya perlu ditukar
Sy da myvi 1.5 (2013). Masalahnya lampu (AT) light menyala. Pergi hantar perodua dan diorg suruh tukar turbine speed sensor. Ada solution laen tak yg lebih menjimatkan kos? @ boleh ke tukar dekat workshop luar... biasa kos nye berapa?
Terima kasih
Kereta saya saga1.3(AT) tahun 2011.masalah yang saya hadapi adalah bunyi seperti mesin jahit selepas 1minit warm up engine.adakah bunyi ni boleh mendatangkan kerosakan?atau saya perlu tukar?mohon pencerahan yer tuan...terima kasih.
Saya pemilik Toyota ipsum 2.0 auto
Problem : masuk gear kt D jalan sat ..dlm 50 m enjin terus mengaum ..tekan paddle minyak loose ...stop matikan enjin and then buat mcm tu lg . Dan kena lg ...ada minor leaking ..tp level minyan still OK Dan Baru tukar gear oil ..kete tak jalan selalu ..bila balik Kpg shj ..hari lain guna 2 nd car atau naik motor shj ..any opinions Mr Car Doc...?
kereta saya civic ek3 tahun 1996 multimatic gear, masalahnya bila nak jalan samada D atau R teramat berat sehingga terpaksa perabis tekan padle minyaki baru dapat jalan, tu pun perlahan2, seolah2 mcm guna gear 5 shj, apa masalahnya
2.Masukan gear D dan tekan minyak secara pantas jika gerigi drive shaft gearbox dah haus kereta sedikit pun tak menyentap