Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.

Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-

1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

 Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

 Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-

1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE. 

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

 Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

 Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.

Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Nota Penting Untuk Gear Auto:-

Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,

Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter  yang dipanggil Transmission pressure solenoid.

Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.

Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum..sy pengguna sm4 cb3 single cam auto tranmisi.. pertanyaan saya adalah:
1. Gear R kadang kala senang masuk..kadang kala susah dan terpaksa high rem..

2. Gear D dan R kang kala masuk lembut je..x menyentak2..tapi kadang kala menyentak..

3. Gearbox sm4 auto transmisi ade x auto filter? Jika ada dimanakah kedudukannye??

Tq
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan kedua2 speed sensor,minyak gear dan autofilter,insyallah,kedudukan autofilter dalam takung minyak auto
adi said…
salam tuan, sy pakai kereta persona elegan auto 2010. benda ni jadi kadang2. tp agak kerap. bila sy tukar dari P ke R akan rasa kereta bergegar kuat mcm ade hentakan. dan kalu sy masuk ke D kereta akan bergerak tp xde rasa ade tukaran gear.maksudnye die mcm dlm gear 4 saje.so kereta akan mengaum tp susah nk jalan. sy terpaksa bwk secara manual (main gear sndri). bwk proton diorg kate ade mslh wiring. kalu sy mati enjin then start balik kereta bole jd normal balik.ape masalh sbnr nye ni? mintak jasa baik encik tlg bg penjelasan sket....
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan speed sensor insyallah baik semula
Unknown said…
Assalammualaikom en,

Solenoid shift gear box grand livina 1.6 mcm mana kita nak tahu part no nya ada supplier tanya
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tanya di kdai alatganti kereta
Unknown said…
Salam..sya nk tnya.sya pkai myvi 1.3auto model lgi best...bila first start enjin n gear normal.first jln 2 3 kilo pking n nk jln blik enjin jdi tiba2 kuat gear xmasuk mcm biasa..mnyak auto dh tukar..auto filter dh tukar..adkah mslh ni ad kna mngena dngn speed sensor?..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah speed sensor
Unknown said…
bang kalau kereta auto avanza bila masuk kat d dia tak jalan,macam mana eh nak buat? urgent
Mekanik Kereta said…
periksa minyak gear,mungkin tiada minyak gear dah,ada bocor
Unknown said…
Assalamualaikum Tuan..
Kereta Nissan Latio 1.6 Auto 2007

Masalah pd gear seakan loose dr P ke N.Tiada perubahan pd screen(kekal P) samada gear bertukar dr P ke N.Kereta tak bergerak.
Sebelum ni tiada masalah.

Apa penyelesaiannya Tuan?
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,panel gear ada masalah teknikal,perlu buka untuk cari punca sebenarnya
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukar speed sensor output dan input,insyallah ok
Unknown said…
Salam...sy ad mslah bhagian enjin...ia mngeluar kn asal putih ketika pnas enjin pg...tp apabila dh bwa jln2 dan parking blik...msalah asap tu dh ilang...snang fhm..mse jlan x mngeluar kn asap kt ekzos..hnye mse parking enjin idup je nmpak asap putih...mntak tnjuk ajr musabab
Mekanik Kereta said…
wsalam,asap putih mesti ada kaitan dengan piston ring yang haus,perlu ganti,walaupun hanya sedikit asap putih
Unknown said…
Salam Sejahtera..
Maaf,sy ingin bertanya..
Sy pakai kereta proton iswara aeroback auto..
Masalah kereta sy,bila sy masuk gear kereta macam lambat nak bergerak..
Time kereta sy bergerak,dia gerak sgt slow dan dalam 5-10minit perjalanan tiba2 kereta langsung x gerak..
Sy matikan enjin dan tunggu dlm 5-10minit kemudian start balik dan masukkan gear..kereta bergerak semula tetapi slow..bila perjalanan dlm 5-10minit kereta sy akan buat hal balik..tiba2 x gerak langsung..
Apakah masalah kereta iswara sy ni?
Adakah masalah gearbox?
Berapa agaknya kos untuk sy repair kereta sy ni?
Di harap tuan dapat membantu..
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,ini memang masalah gearbox terutamanya klac plate yang habis,tukar set klac kos kira2 RM800
awi perodua said…
Salam..saya ada masalah dengan ford everest2.5 xlt auto tahun 2005..lampu hold (od) berkelip dan gear bila masuk D susah nak bergerak umpama sangkut gear dlm gear 3..dan bila dah laju takkan pergi gear 4 rpm tinggi..saya dah hantar ke ford service malangnya semua komputer mrk untuk model baru..boleh bantu saya untuk khidmat nasihat..tksh
Mekanik Kereta said…
w/salam,gantikan shift solenoid untuk gear 3 dalam kotak autofilter,in sha allah berhasil masuk gear 4
Unknown said…
salam..sya ingin bertanya tntg satria 1.6 auto..ade masalah gearbox..bila select D kereta boleh gerak ke depan..tapi bila select R kereta jdi free..seblom nie dua2 free lngsung xgerak tp selepas sya tukar valve hnya D shja yg ok..boleh tau ape yg problem??
Mekanik Kereta said…
wsalam,sensor solenoid shift ada masalah
Unknown said…
As salam dn slamt sejahtera....saya memakai kereta exora bold cfe,kereta kadang2 menghadapi masalah utk menukar gear dri R ke D....dn apabila di jaln yg agk menjunam sdkit,gear R tidak masuk dn lampu warning gear akn menyala...adakah saya perlu menukar keseluruhan gearbox,dn kalo saya tidak mahu menukar apakah cara yg lain?
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan solenoid shift sensor,dan minyak gear insyallah ok
Unknown said…
Salam..tuan..gear dari N ke D de sentakan ckit.klau D Ok je..smoth..adakah masalah driveshaft
azrimy said…
Assalam tuan,
Nama sy Azzri kereta sy E46 325i. Masalah minyak itam jd kurang pd servis mileage 8k dn selalunya 10k baru servis. Bila start pagi bau mcm minyak kluar dr exzos dan asap xda walopun semasa mmandu. Da tukar valve seal baru tahun lepas tp minyak itam jd kurang balik 1 liter tp peliknya baru tukar minyak itam xsampai 2bulan dia jd kurang lg cepat pd sebelum bt valve seal. Untuk pengetahuan tuan pd masa tu kereta hanya jalan 3 hari je dlm seminggu dn jarak xsampai 30km tiap2 kali jalan. Mohon pencerahan. Jazakallah khair
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak yang kurang cepat biasanya ada bocor,juga kereta yang kurang bergerak akan sebabkan minyak bertakung pada satu tempat,kadangkala ia mudah bocor pada skru minyak hitam dan oil filter
Unknown said…
Salam...saya baru beli persona 2017 dalam 3 bln lebih...baru2 ni saya prasan bila mula masuk gear P ke D ada sentapan..tp x la kuat sgt....apa ptt sy buat?.bawa ke pusat servis proton utk cek?yg lain2 saya x dpt detect lg...apa punca ni jadi...saya baru pakai ja kereta ni...guna pun utk pergi dan balik kerja...x penah jalan jauh lagi...apa patut saya lakukan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,bawa semula ke SC jika ada kerosakan sensor biasanya mereka tukar kerana masih dalam waranti
Helang Arrivals said…
Saya ade naza sorento lama outo diesel .. Sy ade masalah setiap kali saya paut habis , kereta sy seperti mahu mati , bergetar2 satu keta , kalau terus tiada masalah , adakah itu masalah gear box , sy pernah tak perasan semasa sy berjalan .. Tapi kereta gear R , saya terkejut .. Ape pandangan tuan ?
Mekanik Kereta said…
Enjin ini dibawah kuasa sebenar,perlu stabilkan semula,servis fuel pump boleh membantu,pastikan juga bleeding injector dibuat
Unknown said…
Assalamualaikum
Sy nk kepastian adakah jika keluar simbol automatic gearbox warning kita masih boleh gerakkan kereta?ada kesan ke?
Unknown said…
Assalam..tuan..

Sy mnggunakan saga lama auto 1.5 3speed..ngalami getaran gegaran gempa bumi dan sgala..ad bnyi ketukan bila tuka gear p ke d..n ke d..n ke r..bila mula brgerak akn ad bunyi keriuk d tayar kanan..dia pnya getar ambipur kt aircond pn tanggal...naik geli duduk atas seat..sila bntu sy..
Unknown said…
Assalammualaikum,sya pemilik serena c23 tahun 1997.nk tya spare part kabel gear dimana blh dapat?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,dimana2 kedai alatganti kereta
Mekanik Kereta said…
wsalam,gegar bahagian gearbox adalah sebab mounting gearbox pecah,ganti mounting dan minyak gear serta autofilter
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh gerakkan cuma mesti periksa kuantiti minyak gear auto jangan sampai ia bocor dan kering dan merosakan gearbox
Unknown said…
Salam semua..kereta myvi saya ada problem bila bawa 70km/h keatas od berkelip dan gear sangkut kat 3..ker
eta meraung..lepas service g
ear box dan tukar timing chain..ker
eta tidak lagi meraung dan tidak lagi sangkut pada gear 3..tapi od masih berkelip bila bawak lebih dari 70km/h..tapi kereta bergerak normal..boleh tuan2 tolong jelaskn
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya od berkelip adalah berkaitan speed sensor
Unknown said…
Boleh tuan beritahu kat mana lokasi speed sensor dan berapa bajet..
Mekanik Kereta said…
atas dan hujung gearbox kos setiap satu rm400
Fiq said…
salam, semasa kereta sedang bergerak saya telah menukar gear dari D kepada N, kemudian dari N ke D dan ada kesan bunyi pada gearbox. Adakah ia dapat merossakkan gear
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar dari D ke 2 atau 3 semasa naik bukit tidak merosakan tetapi jika tiada apa2 tkar ke N ketika bergerak ini membuatkan torque terganggu dan menyebabkan torque cepat rosak
Samsul said…
Salam tuan.masalah yang saya hadapi ialah,bila masuk gear R, enjin tersenguk2 dan power tak ada.seolah olah menggunakan gear 5.masalah ini hanya berlaku apabila enjin sudah panas.ketika enjin berada dalam keadaan sejuk semuanya berjalan lancar.untuk pengetahuan saya menggunakan ford ranger t6 auto 2014
Mekanik Kereta said…
wsalam,gklau long shaft perlu ganti minyak gear belakang,ganti shift solenoid juga
oppie wawa said…
assalamualaikum
page ni masih active lg ke?
sy ada soalan nak tnya
saya jarang pakai kereta sy
seminggu sekali je saya pakai
dalam setahun setngh ni,, gear kereta saya jadi ketat... dr N ke D jd ketat.... skrg da merebak P ke D pun ketat juga... ada ke gear box sy da ada mslh??? tp bile sy kerap pakai keta.. dia ok lak.. xketat... tp keta sy bile tekan break lps tu tekan minyak balik dia bunyi mengaum... takut gak dgr... apa mslh ye.. risau lak.. mcm kena standy duit byk je ni... harap dpt jelaskan ye ��
Mekanik Kereta said…
https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/09/setelah-sekian-lama-ditinggalkan-dan.html
Unknown said…
Saya pakai kenari euro sport tahun 2005 auto.masalah skrg, bila sy mskkan gear reverse kete xnk gerak..gear box baru tukar,pakai dlm 4 bln..hanya gear reverse je,yg lain ok
Mekanik Kereta said…
periksa atas gearbox,pin gearbox dan mechanical connection gearbox kadangkala ia sangkut,jika mnyak auto tidak bocor dan kotor gear pasti ok
Unknown said…
Saya ada kereta wira auto tahun 2001. Masalah sperti Minyak itam leking . Then lambat change gear . Bila tekan minyak . Dia akan meneran and bunyi sperti kita main padel minyak. And bila on accond kereta bunyi bising kat enjin . Agak agak apa masalah nya yaa .
Mekanik Kereta said…
masalah lambat tukar gear berpunca dari solenoid shift sensor yang kurang baik,ia jadi begitu jika minyak gear bocor dan kotor ,
sambapedas said…
Salam Tuan..
Kereta saya waja auto keluar lampu enjin (kuning) dan gear auto tak boleh tukar bergegar semasa bergerak. Masalah bila naik bukit gear auto tidak bertukar. Rpm menjadi rendah.. apa masalahnya tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak gear mesti cukup dan tidak bocor,jika sukar bergerak minyak gear dikhuatiri kurang dan bocor
Unknown said…
Assalamualaikum...
gear auto kereta jenis Honda EK B18c Auto ,semasa pemanduan dalam gear D enjin tiba-tiba menjadi seperti gear neutral walau kedudukan gear masih dlm D,berhenti dan matikan enjin dlm berapa second,hidupkan semula enjin dan kereta dpt berjalan seperti biasa tapi tak lama,situasi berulang lagi..kereta kne buka bateri reset baru boleh jln semula..saya terus kebengkel yg brhampiran untuk tkr minyak gear..stelah selesai tukar mnyak gear teruskan kembali pemanduan,tp setelah pemanduan yg agak jauh,situasi kerosakan tadi berulang kembali..berkali kali brhenti matikan enjin dlm berapa saat utk dpt gerakkan kereta smpai kerumah..

1 lagi soalan ke benda ni terjadi di sebab kn saya mengunakan Minyak ATF dexron3 dr castrol bkn Atf dr Honda untuk gearbox saya..ada yg ckp Honda hanya blh guna Atf honda sahaja..btl ke??

minta tolong tunjuk ajar abg arshad dlm situasi tersebut..
Terima kasih abg arshad...
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,jika tidak pernah terjadi sebelum ini ia ada kaitan dengan minyak juga kerana ada sesetengah minyak cepat panas dan mematikan sensor speed digearbox
Dr Razak said…
saya memggunakan viva auto, masalahnya adalah pertukaran gear 1,2,3,4 lambat masuk dan menyebabkan penggunaan minyak petrol yang terlalu kuat, bagaimana untuk menjadikan gear seperti asal?
Mekanik Kereta said…
Perlu gantikan solenoid shift sensor gearbox
Unknown said…
Salam pagi tuan mekanik.
Saya harap tuan dpt beri pendapat.
1)Saya sedang mencari kereta terpakai untuk saya guna sendiri,saya minat dgn kereta kancil dan proton wira 1.3 tapi saya tak tahu mna satu yg lebih bagus dan senang d jaga auto atau manual.
2)mana yg lebih jimat minyak
3)betulkah tidak kereta yg ada turbo kuat makan minyak
4)mana satu yg saya senang nak cari part dan murah.
Saya minta maaf kalau ada pertanyaan yg tak masuk,saya tak tahu mmcmna cara nak tanya hihi...
Harap tuan beri pendapat dan penjelasan pada saya.
Terima kasih

Mekanik Kereta said…
wslm,kancil ber cc kecil sudah tentu jimat minyak.kancil cc maksima hanya 850mselain itu tiada
https://mekanikkereta.blogspot.my/2012/12/kereta-baru-atau-kereta-terpakai.html
Unknown said…
Salam tuan..sya nk mntk ajar dan pnjelasan yg terang drpd tuan..sya bau beli keta 2nd honda city 2006..dh pkai smggu bru la dtg gejala plek dia..msa rverse kdang2 dngar bnyie besi blaga..pstu klau benti kt trafik light tkn brek smbl D..kdang2 rpm drop smbl jerking..rpm pn kdang2 mmg x brp stail msa aircond on..mcm agak jaoh trun rpm dr yg normal..so bru 2 hri lpas sya hntar tkar mnyk gear dan enjin..pstu trus servis throttle body..check coil plug n spark plug. Slps buat tu mslh mcm ada kurg tp mseh ada..mslh tu x ilang lg..n rpm pn mcm stay d bwh 1 mcm rendah dr normal msa on aircond..lgi 1 tuan..klau msa nk jln tu ada bnyi 'DUK' bila tkan mnyk d gear D..apa yg blh sya buat utk slesai kn mslh ni tuan..jauh2 kn la sya dgn mslh smpai kne tukar gearbox.
Unknown said…
Assalamualaikum,

Saya pakai grand livina 1.6 auto...masalah yang saya hadapi ialah bila kereta di letakkan pada pedal D, kereta mengambil masa yang agak lama lebih kurang 5 hingga 10 saat utk bergerak.. sblm ni saya dah tukar minyak gear dan filter sekali tp masalah yang sama masih berlaku...adakah gearbox kereta saya hampir rosak.
Mekanik Kereta said…
wslmm,periksa mounting dan besi sambungan atas gearbox,kadang2 ia telah terlalu longgar manakala bunyi duk ialah drive shaft dalam gearbox yang telah lusuh.Masalah RPM turun naik ganggu aircond perlu ganti stepper motor atau idle sensor
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,gantikan solenoid shift sensor,in sha allah
Unknown said…
Saya menggunakan kereta viva 850.. Kalau menggunakan gear 4 dan 5 engine kereta akan berbunyi kuat dan apabila tekan minyak akan semakin kuat bunyi seperti kerta sport.. So apakah masalah yang saya hadapi
Mekanik Kereta said…
Enjin ini turun prestasinya,pastikan minyak gear cukup dan tidak kotor,ada kemungkinan clutch plate hampir habis,sebaiknya tukar
Unknown said…
As'salam bos sye ade sdkt kemusykilan nk tnye. Sye pkai persona auto 2009.. Mslh yh d hdpi skrg ni ialah ble slow n then nk speed sikit mcm naik bukit jd sentap mse tekan pedal myk. Mse slow nk motong pun kdg jd jgk. Bunyi agk kuat.. Pdhal bru tuka mounting gearbox n mounting yg lain2..sye konfius ape lg yg kne tuka nk hilang kan bunyi sentap tu.. Trima kasih bos..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa minyak,minyak perlu cukup dan sesuai,gunakan minyak yang panas dan sejuk adalah paling baik untuk kereta malaysia ,seperti petronas ATF
Ajik said…
Salam admin..

Saya pakai keta nissan xtrail 2.0 (T30)

Masalahnya gear lambat bertukar & naik bukit pun lembap..

Sekian..terima kasih
free software said…
Assalamualaikum,
Kereta saya wira 1.5 auto tahun 2002.
Bila kereta saya berhenti pada kedudukan yang mencuram dan pada gear D..kereta saya mengundur ke belakang.
Apakah punca masaalahnya?
Harap mendapat penjelasan dari tuan...TQ
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,drive shaft dalam mencengkam kuat pada gerigi gearbox jika cengkaman menjadi kurang akibat drive shaft dalam yang lusuh,cengkaman jadi kurang,ini boleh dibaiki dengan menukat shaft dan drive shaft luar serta dalam
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan solenoid shift sensor dan minyak gear auto
sayang said…
Assalamualaikum .. saya nak minta pertolongan ... saya pakai kereta Toyota Ipsum 2.4cc. Kereta saya tahun 2016 yg saya beli dan bawa balik dari Jepun .. bukan recond. Kereta saya mula2 mati tiba2. Pergi baiki tapi ekon pulak tak berfungsi. Sekali lagi pi baiki kedai yang lain pulak katanya fusebox tak berfungsi .. hampir 7 bulan kat bengkel tap tak siap2 atas alasan tak de jumpa fusebox .. boleh tak bg idea atau cad nak selesaikan masalah yg saya hadapi ini. Tqvm
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,fusebox terletak dibawah dasbod kaki pemandu,dalam enjin bersetentang dengan bateri atau keatas sedikit.Aircond yang mati atau enjin yang mati apabila buka aircond adalah atas sebab suis pressure aircond yang rosak dan juga perlu ganti camshaft sensor untuk enjin yang mati tiba2,ini juga boleh berkait dengan kerosakan ECU
Unknown said…
Salam admin sy pkai perdana v6 auto..msalah krte sy hnya akn brgerak kalaw button o/d off dh akn pergi smpai gear ke 3 shj..klaw on kn o/d gear 4 jd xleh msk...bgaimana nk mgatasi mslh sy ni bos blh tlg x.
Mekanik Kereta said…
wslm masalah ini ada kaitan dengan bearing gear belakang gearbox ada kemungkinan ia patah dan sukar bergerak
Unknown said…
Salam tuan,
Saya pakai h22a auto..baru2 ni tukar gearbox.. Skrang ni gear 2 ke 3 rpm akan naik sikit semasa penukaran gear.. Contoh ketika tgh rpm 3000..ia akan naik ke 4000 pastu turun balik ke 3000.. Adakah ini normal atau ada masalah dgn keta saya ni.. Mohon tunjuk ajar tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu ganti solenoid shift sensor,insyallah ok
Honda Accord 2007 , gearbox D tekan minyak tapi kereta tak ada power. terpaksa masuk gear D3, R bunyi bising pada engine. jerking semasa pemanduan. Minyak baru di tukan dan service. Bila stop engine dan start ok . After beberapa jam jadi balik. Ada ckp sensor. Help please.
Mekanik Kereta said…
drive shaft pada gearbox tiada cengkaman lagi ,perlu ganti kedua2 belah
Unknown said…
Salam bos sy pakai waja campro.baru2 sy servis gearbox..lpstu sy hadapi masalah bila kereta duduk dlm keadan depan atau belakang lebih tinggi atau rendah susah sy nak tukar gear..automatik.
Mekanik Kereta said…
wslm,keadaan shift solenoid sensor tidak stabil,perlu ganti juga minyak gear dan autofilter
Unknown said…
Assalm.,
Sy Ade masalah keta slpas behenti atau slow. Apabila tekan minyak rasa mvm gear sangkut and sentak2 kemuadian jlan mcm biasa.keta Chevrolet Aveo.
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa keadaan roda,adakalnya balancing tayar akan sebabkan keadaan begini
Unknown said…
Assalam..sy pakai waja mmc auto 1.6..sy dh melakukan kesilapan menggunakan minyak gearbox auto perodua..kwn2 kata boleh..dan sekarang gearbox sy dh problem..2x gear reverse masuk tp xjalan..n last jd sy paksa tekan minyak..kereta jd menyentap undur..pastu sy free n masok gear R semula..ok bole jln..kemudian sy bawa kereta balik ke rumah..dlm perjalanan apabila gear 2 tukar ke gear 3,ada bunyi berdesing..bunyi masa tukar gear sj..yg lain ok..bole sy tau apa masalah..adakah bole guna lg gearbox tu.. Skrg sy dah tukar minyak asal proton..ada kurang bunyinya..tapi bunyi tu ada lg..cuma xkuat..tlg la sy..
Unknown said…
Kerata saya hyundai accent.2005 masaalahnya gear r kosong bila memandu gear 2dan3 tak masuk minyak auto dan filter baru tukar 3 minggu selepas itu masaalah ini terjadi harap tuan jelaskan apa harus saya lakukan
Mekanik Kereta said…
Masalah ini telah menjangkau ke bahagian gearbox dan geriginya,sebaiknya saudara baiki/bina semula auto gearbox ini
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh gunakan lagi,tapi lagi baik sekiranya saudara tukarkan sekali lagi termasuk filter supaya minyak lebihan kancil tersebut dapat dinyahkan semuanya
Unknown said…
salam sy nk tny, keadaan gear auto sy..jika tekan dr P ke D ada bunyi mcm tersekat.gear tu mcm ketat x smooth .kereta viva dh 6 tahun . sy risau jd apa2 so far gerak msh ok.cuma gear tu.
Unknown said…
Salam tuan, gear box msuk air ni boleh di baiki or kena tukar baru?
Mekanik Kereta said…
wsalam,pin atas gearbox ketat,saudari perlu bawa ke wsyop untuk diperiksa
Unknown said…
Aslm.nak tanya kereta saya kenari 1.0 auto.masalah nya bile saya masuk ke gear D kereta saya ambil masa untuk bergerak.kadang kala perlu ramp padel minyak beberapa kali untuk bergerak.
Unknown said…
Tapi bila berhenti engine keta rasa bergetar mcm putus2 rasa tersertak2 engine mcm nk mati. Bila Jln x de mcm biased aje
Unknown said…
Assalamualaikum
Tuan saya ada problem berkenan dgn gear auto kereta waja. Masalah yg jadi bila dlm keadaan gear D engine jadi macam sentap.Bila nak speed engine jadi mcm nk semput.Sebelum ini tak pernah saya alami. Sekian
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah solenoid shift sensor,perlu tukarkan sensor tersebut,ia ada dalam kotak minyak gear
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ganti speed sensor input dan output,ia sukar bekerja dengan baik dan kecelaruan gear ratio jadi sentap gearbox
Mekanik Kereta said…
ganti fuel filter dan plug coil
Klv said…
Salam,kereta saya viva 850 manual.4 hari lepas saya melimpas masa banjir.sekarang tak dapat masuk gear 12345reverse.lepas mati enjin start balik cuba tekan2 clutch dah boleh masuk gear.ada kah masalah gear box rosak kena tukar gearbox.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika minyak gear telah ditukar biasanya hingga 2 kali dan telah flush semua lebihan air dalam gearbox ia akan pulih sediakala tetapi jika tidak,ia perlu tukar gearbox
Toyeng said…
Assalamualaikum tuan
Saya menggunakan Naza citra..
Apabila kereta hendak mulakan perjalanan akan berlaku sentakan apabila gear membuat penukaran.. masalah ini berlaku apabila keadaan kereta dlm keadaan enjin sejuk.Saya sudah menukar auto filter n oilseal gearbox..adakah sistem selenoid menyebabkan perkara itu berlaku?
Harap tuan dpt memberi sedikit nasihat
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,shift solenoid sensor bekerja dengan baik jika ia dalam keadaan baik,isyarat bertukar bermakna tiada kelewatan atau terlalu cepat untuk tukar,sebaiknya tukar shift sensor ini
Unknown said…
Assalamualaikum tuan. Saya guna Accord cm5 2.4 auto. Soalan saya:
1. Setiap kali gear auto bertukar, rasa spt berdengung atau meneran. Adakah itu hal biasa?
2. Baru pertama kali berlaku hari ini, smasa kreta bergerak perlahan dlm D, rasa melonjak laju spt menyentap bila nak btukar ke gear 2. Knapa ya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika minyak gear dan autofilter tidak pernah tukar,tukar segera sebelum ia terus merosakan shift solenoid sensor
Unknown said…
Tkasih tuan. Minyak tu baru je tukar. Filter je blum. Saya akan tukar dgn kadar sgera.
ahmad said…
saya pakai kereta grand livina tahun 2009 masaalahnya
bila nak jalan kena guna gear 1 , 2 dan Baru boleh D kereta auto bukan manual , apa masaalah nya terima kasih
Mekanik Kereta said…
Ada masalah pada pin panel atas gearbox dan perlu diperbaiki
Unknown said…
Salam bro,saya punya masaalah kereta kancil 660 auto bila masuk gear reverse dashboard gegar,bila masuk d ok skit dia punya gegar..tapi ini bkn ori auto..di convert auto..tapi meter n wiring semua manual..sekian.tq.
Mekanik Kereta said…
wslm,mounting perlu kemas,jangan ada pecah terutamanya mounting gearbox,perlu sesuaikan dengan enjin auto
Unknown said…
keta saya alza 2010 auto....AT menyala selepas kelajuan 80 - 100km/h....gear 1 - 4 smooth masuk normal....AT akan padam jika berhenti dan letak pada N @ P...scan code P0741 lockup revolution speed not coincident.....mengapa AT menyala?...fuel consumption tinggi....
Mekanik Kereta said…
buat flushing minyak gear auto,ada kotoran yang melekat dan mengganggu sensor
Unknown said…
Salam.nak tanya,kereta saya saga flx,lampu amaran cvt kadang2 menyala dan bila menyala, dalam masa sama, bila saya tambah kelajuan akan jadi xberapa masuk n rpm tnaik tinggi.bila saya benti kejap dan gear masih d, kereta akan mengeluarkan bunyi.bila jalan, bunyi tersebut hilang.boleh saya tau apa punca?
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa minyak cvt,pastikan cukup dan tidak bocor
Unknown said…
Salam..sy guna kereta toyota seg..gear 3 nk ke4 lmbt masuk..pastu ada bocor sikit..bila sy hantar ke pomen,dia cuci enjin pastu suruh bawa dl utk kenal pasti bocor..adakah xde masalah utk sy bawa dalam 2-3 hari..sy takut nnt kena tukar terus gearbox..
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah untuk guna,gear yang lambat biasanya atas sebab sensor solenoid shift yang kurang baik
Unknown said…
Salam boss..keta sy kenari 1.0 tukar ke auto..tapi knapa mengerang bila laju.Gearbox 1.0.dan berat sgt time jalan.
Mekanik Kereta said…
wslm,inner drive shaft kiri kanan telah haus
Unknown said…
ass..bolehkah kereta bergerak seperti sediakala jika gearbox bermasalah..bila engin direhatkan sehari semalam..
Mekanik Kereta said…
Boleh,gearbox perlukan minyak untuk bekerja,jika masalah tiada minyak dan bocor,gearbox tidak boleh digerakan
Unknown said…
Knp bila tukar gear pergi R akan ada sentappan yg kuat apa puncanya
Mekanik Kereta said…
periksa mounting gearbox,pastikan tak pecah
Unknown said…
Hello...
saya pengguna toyota corolla ae101 auto..nak tnya sikit..
Kenapa ya bila sya bwa laju,,bunyi macam dah 120 130 tpi meter baru 40..mcm manual gear1 x ble masuk gear2..
adakah masalah gearbox??
Unknown said…
Assalamualaikum...
Saya saya pakai kereta wira auto plat (PET)xingat tahun bila..hehe...
Masalahnya sekarang kereta saya akan bergegar bila buka aircond dan masuk gear ,klu dh bawa laju dia ok tp bila berhenti lagi gegar , klu N dia x gegar dan klu saya x buka aircond dia xdak masalah ok ja...tahun 2015 saya pernah tukar mounting 4 biji,adakah saya kena tukar maunting lagi? Lg satu, ini baru terjadi, dlm 2@3 kali dah, bila masuk gear dia jadi mcm free gear tp sat ja pastu boleh jalan...apa masalahnya yer tuan?
Mekanik Kereta said…
waaalaikumsalam,tukar minyak gear dan autofilter,flush gearbox kalau boleh,masalah gegar akan hilang jika gearbox berjalan dengan baik
Mekanik Kereta said…
hello,benar masalah gearbox tak bertukar,jika minyak gear tidak pernah diganti dan terlalu kotor,ia mudah jadi begini,pastikan flush dulu kemudian ganti minyak gear dan autofilter.
Unknown said…
Boleh sya tau x..mslh kreta sya saga fl auto bila masuk gear reverse,enjin trus sentak kuat dan huruf R xda muncul d meter..bnda ni jadi dari Park ke reverse/dari neutral ke reverse..utk gear yg lain berjlan dgn lncar..boleh bantu sya apa msalahnya.
Mekanik Kereta said…
ganti minyak gear auto,buat flushing gearbox dan ganti autofilter,jika tanda R tidak keluar ini tanda ada masalah pada panel gear
Saiful said…
Asalammualaikum tuan..saya nak tanye..saya pakai kereta waja mmc 1.6 auto...masa saya masok gear D dan jalan,masa gear D nak tukar ke gear tinggi maksud dri first jalan gear D dri gear rendah,masa gear bertukar kereta saya akan mengaum dulu bru gear bertukar ke gear tinggi...kenape yerr???
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,speed sensor perlu ditukar dan jika ada bocor serta minyak yang lama tidak diganti,perlu ganti segera,autofilter juga perlu ditukar
Unknown said…
Salam sy pakai toyota rush...
Masalah dia starter tak function...
Tapi bila sy buat direct terus k bateri....baru kereta boleh start...
Sy duk k.l..
Ada tak no pomen yg pakar ttg masalah nie
Unknown said…
Gearbox kelisa auto bermasalah. Kereta lambat bergerak selepas tukar dari N ke D. Sering berlaku pada pagi dan di traffic jam. Perlu overhaul atau tukar gearbox?
Mekanik Kereta said…
gantikan speed sensor atas gearbox,ganti minyak dan autofilter
Mekanik Kereta said…
wslm,pasang wayar relay ke starter ,dapatkan dari kedai alatganti
ctsarah said…
Askum tuan saya pakai waja 1.6 auto kereta saya boleh bergerak dekat gear 3 ja dan N blinking..bila masuk Gear R bunyi berdesing..kenapa yer tuan
bard said…
Assalammualaikum.. Workshop tuan di mana yer . Share loc tuan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,location 0173023492
Salam tumpang tnya, ada x sesiapa pernah alami kereta myvi auto xbly drop gear,. Teman tgh alami ni 😢Lampu o/d berkelip
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar speed sensor in sha allah
salam Bos , boleh ke gearbox viva 850 sarung ke engine kancil 850 biasa ?
Mekanik Kereta said…
wslm,tak sama tak sesuai
Unknown said…
Salam tuan.. Sy ingin bertanya.. Krte sy model satria 1.6 auto.. Mase bawak gear lambat bertukar dari 3 ke 4.. Mcm slip.. Sy jalan lg sampai x bergerak ke depan dn belakang.. Jd sy bukak sendiri gear tu.. Tgok clutch dh makan.. Sy tukar smua clutch baru.. Filyer baru minyak baru.. Valve body pon sy bersih kan.. Tp bila pasang balik gear depan ok.. Gear reverse x de.. Lampu kat meter tu x nyala huruf R.. Tuan rase ape masalah krete sy? Trima kasih banyak2 tuan.. Harap masalah dapat diselesai kan..
Mekanik Kereta said…
wslm,reverse switch perlu ditukar
Nizam said…
Salam tuan,
Kereta saya kembara dvvt auto. Saya ada masalah dengan bunyi gearbox berdengung makin laju makin kuat bunyi nya. Saya baru tukar minyak dan filter gearbox serta oil sealnya. Pertukaran gear semua cantik.
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak mungkin tidak sesuai,tukarkan dengan minyak yang biasa saudara gunakan semula.in sha allah tiada dengung
Ijoy said…
Salam bro nak tanya.. kereta auto kelisa tak masuk gear 4 kenapa yee?. Untuk perawalan jalan cantik smooth jee.. gear bertukar gear.. sampai ke gear 4 engine mengerang mcm tengah free gear.. apa yg rosak yee? Dan apakah yg perlu dibaiki atau ditukar
Unknown said…
Assalamualaikum

Saya nak Tanya kenapa untuk kereta wira 1.5gl auto.. Kereta saya susah untuk masuk gear N ke D masa awal start kereta.. Bagaimana nk selesai masalah ini

Terima kasih.. Harap dapat tolong saya
Unknown said…
Assalam bro..
kalau bro berkesudian..minta tolong pm kite 0123473021 Tam.
Ada pertanyaan berkenaan gear auto.
Diharap bro dapat membantu dengan penerangan yang lebih.
TQVM kerana membuat blog ini.
��✌️
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,in sha alah jika tiada aral
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika lambat masuk gear ,gear sensor bermasalah terutamanya solenoid shift sensor manakala jika sukar menolak handle panel gear ia perlu dibaiki pada gear pin atas gearbox atau panel itu sendiri
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan shift solenoid sensor no 4 dalam kotak minyak gear auto gearbox,in sha allah ok
Unknown said…
Salam.. nk tnya.. sy pengguna myvi ezi 1.3 auto.. dah pkai kereta ni dlm 5thn lebih.. semalam simbol AT menyala pada kereta dan gear jd mcm loose.. check di workshop guna komputer dia kata gear 1 lompat ke gear 3 dan x pergi gear 4 kena tukar apa ntah sy x ingat kos dlm rm2500.. sblum2 ni pon gearbox sy agak ketat masa nk tukar gear P ke R.. dan masa gerak rasa gear lmbt tukar kdg2 enjin menjerit bila tekan minyak.. boleh bagi pencerahan apa sebenarnya masalah gearbox sy tu sbb sy mcm X percaya kata org workshop tu mcm nk menipu mgkin sbb sy perempuan..hurmmm..
Mekanik Kereta said…
wslm,cari wsyop yang boleh tukarkan sensor solenoid shift untuk keempat2 gear,kedudukan sensor dalam tangki minyak gear
Unknown said…
assalamualaikum..nk tanya gear auto kembara gear L jalan R pun tak bermasalah..yang haru biru nya gear D mcm nak jalan tak nak..haruuuuuuu....
As salam nak bertanya, saya pengguna myvi 1.5 auto, bila driving, gear 1,2,3 ok, msuk gear 4 sentap2 ,pastu terasa free gear, rpm naik.Lagi satu,masa buat pertukaran gear dari P ke D kereta cm nak mati,minta tlong bro jelaskan apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wslm,semua masalah gear berpunca dari minyak gear yang lambat diganti dan tidak menukar autofilter,jika kejadian ini berlarutan shift sensor solenoid akan rosak dan akan terjadinya free gear dan seterusnya boleh merosakkan gerigi dan sistem dalaman gearbox,sebaiknya tukar minyak,autofilter dan shift solenoid sensor
Unknown said…
salam tuan...
saya guna kereta myvi auto.. masalahnya bila nak jalan, masuk gear dari P ke R ada satu sentakan yang kuat...sy sedar yang kereta lambat untuk penukaran gear apabila dalam keadaan laju... mohon penjelasan...tq tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah lambat tukar gear adalah kerana solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear yang tidak bekerja dengan baik,akibatnya sentakan akan berlaku kerana kecelaruan isyarat bertukar yang diterima oleh solenoid shift sensor,sensor ini perlu ditukar
Unknown said…
salam sy guna kete honda city 2004 vtec auto. nk tny ape mslh kete sy berdasarkn sitiasi di bwh.
1) pg2 pick up kete slow walauon dh pans kan enjin
2) bile gear 2 nk msuk gear 3.kete tersengguk sengguk.mnyk pressure mcm di pam2.sdgkan pedal mnyk tekan mcm biase.
3) kdg2 bile bw 60km/jam.pressure mnyk sangkut dekt 3.bile paksa press myk. gear D akn berkelip kelip.
4) bile bw 100km/jam.bile lepaskan myk.meter akn hang dlm 5saat sblm trun dan kete dlm keadaan mengaum.
mntk tlg jasa baik bg nasihat utk tindakan selanjutnya.
Mekanik Kereta said…
wslm,semua masalah dia atas adalah masalah gear yang tidak bekerja dengan baik ,gati minyak gear dan autofilter serta shift solenoid sensor dalam kotak minyak autofilter
Unknown said…
Assalammualaikum..
Saya pakai Myvi auto 2009 secondhand.
Masalahnya sekarang kereta sering bertukar jadi gear O/D walaupun tak tekan button O/D. Selalunya saya akan berhentikan kereta, start balik dan tekan balik button o/d pastu ok je jalan. Sekarang, kereta tak boleh naik gear dan lampu o/d menyala tak henti henti. Dah try buat macam biasa tak jadi jugak. Harap boleh jelaskan masalah dan solution yang saya kena buat lepas ini. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan speed sensor,in sha allah ok
Unknown said…
salam... saya guna wira 1.6 gear 5 dah x letak/free. sebelum jadi gear mula tendang..pertanyaan sy,boleh x gear 5 wira 1.5 masuk ke gear wira 1.6.. terima kasih membantu..
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh
Anonymous said…
Assalamualaikum saya pkai krta waja auto, msalah skrang gear 1-2 telalu lama pertukaran, Ape masalahnye? Terima kasih harap dpat jelaskan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saudara perlu tukar kesemua 4 sensor shift solenoid yang ada di kotak autofilter,in sha allah baik dari sakit
Sandah said…
Kereta navara saya terkedu-kedu apabila gear rendah.Bila saya tekan minyak dalam gear 2,rasa macam terhenjut-henjut...Apabila gear tinggi cth gear 5 @6..ok pula dia.Apa masalah sebenarnya kereta saya ni?
Mekanik Kereta said…
Throttle body kotor dan kemungkinan butterfly pada throttle tidak buka penuh akibat sangkut,servis throttle,ganti plug dan coil serta fuel filter
Unknown said…
salam tuan, toyota wish 1.8 tahun 03 masalah gear box berdengung bila kelajuan mencecah 50-60km.. selepas itu bunyi hilang. apa masalah dan kemungkinan kerosakannya tuan?
Mfriehas said…
As salam wbt, salam aidil fitri...tumpang tanya, crv gen2 auto transmission problem...mula start enjin masuk gear ok, tpi bila tngah jalan kadang2 gear susah/tak masuk terutama bila kelajuan diperlahankan sebab msuk simpang atau traffic light..kna off enjin dan start balik baru dia ok, selain itu D pn kadang2 flashing, tq...
Unknown said…
Assalam..
Tuan saya nak bertanya berkenaan kereta saya mazda premacy 2.0..sebelum memulakan perjalanan saya memang kene panaskan engin sekitar 10 minit..sebabnya..kalau tak macam gear meraung..n saya jalan jugak..lepas 5 minit gear akan ok..masalah ini berlaku setiap kali nak memulakan perjalanan shj..tp bila dah jalan ok..lepas tue esok pulak pun macam tue..pening dah saya..tolongg..
Mekanik Kereta said…
wslm,mounting periksa dulu,mungkin mounting pecah kedudukan gearbox tak ok,jika auto ,torque converter kuat bergegar
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah speed sensor,perlu tukar speed sensor
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah sensor solenoid shift dalam kotak minyak auto transmission,perlu ganti
Unknown said…
Salam, naza citra saya mengalami masalah gear(transmission slip). Saya tukar gearbox second tapi masalah tetap sama.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika torque converter lama masih digunakan ia ada kemungkinan gearbox yang baru tidak sesuai,gantikan torque converter juga serta solenoid shift sensor
Unknown said…
salam..sy memakai kereta proton saga FLX thn 2012..thn lps da kluar simbol cvt...malah sy da tukar timing belt dan bila sy tukar ,simbol cvt da hilang ..tp baru2 ni timbul lg masalah cvt...sy da tya pomen,tp pomen xtahu masalah apa n nk kena tanya ejen proton..masalah apa sbnrnya cvt dan apa tindakan yg sy perlu lakukan...
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara perlu cuba dulu reset ECU kerana ECU yang tidak dikembalikan ke default biasanya simbol akan menyala semula.Cabut fuse ECU 30 minit ketika enjin mati dan pasang semula,hidupkan enjin seperti biasa
Unknown said…
Salam, sy nk tya sikit.. Vios sy model NCP42 auto, ada bunyi hentakan duk" bila masuk gear 2 ke 3, apabila jarum meter naik dri 40km - 50km.. Lps masuk gear 4, tiada pula hentakan tu.. Blh bantu masalah sy.. ��
Unknown said…
Salam.. Kereta exsora bold.apabila hidupkan enjin selama 5 minit.enjin kereta mula berat seolah2 ada gear.apbila memasukakn gear ke R.N.P Kereta tetap begerak kehadapan.adakah ini masalag gear box.kereta saya sudah 5thn.
Unknown said…
Assalamualaikum Tuan, saya guna kereta Kia Sportage 2005. Masalahnya, apabila stat kereta dan masuk D, gear kereta terus ke gear 3 dan tidak bertukar ke gear yang lain. Apabila saya ubah ke manual dan cuba ubah gear tetap tidak berubah dah kereta tetap menggunakan gear 3. Apabila saya ubah je gear R, ada hentakan kuat pada kereta sbelum gear bertukar ke R dan mengundur.. Adakah Gearbox perlu ditukar atau ada part lain yang perlu di chek dulu. Terima kasih Tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan drive shaft ke gearbox untuk kedua2 belah kiri dan kanan serta gantikan juga jika mounting gearbox pecah
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam sebaiknya ganti gearbox atau baiki gearbox kerana masalah yang begini hanya terjadi apabila gerigi dalam gearbox tidak lagi mampu bekerja dengan baik
Mekanik Kereta said…
wslm,reset dulu ECU system dengan cabut negatif bateri 10 minit,pasang dan hidup enjin 10 minit,jika tidak membantu sebaiknya saudara ganti shift solenoid sensor dalam kotak autofilter kerana terdapat kecelaruan
Unknown said…
Salam, kereta saya kancil 850. Minyak gear saya sangat cpt berkurang. tapi tiada kebocoran dibawah. Saya perasan ada takungan di belah atas berdekatan dgn tmpt biasa kita check minyak gear. Mungkin ke leaking kat belah atas ?
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak gear boleh bocor hanya pada drive shaft dalam oil seal dan gasket takung minyak,yang paling banyak sekali boleh mengeringkan minyak gear ialah pada gasket takung minyak gear,perlu periksa dan ganti gasket,manakala dibahagian pin atas gearbox hanya sedikit
Anonymous said…
assalam..tuan..saya pakai naza citra 2.0 auto..masalanya bila masuk gear D,R,1,2 tapi kereta tak berjalan..bila masuk gear P ada bunyi macam geseran.apakah punya nya,,dan berapa kah anggaran kos kerosakan tersebut..harap bantu..terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalh ini masalah gearbox ,perlu ganti ,kosnya sekitar Rm2500
Unknown said…
Assalamualaikum..
Tuan.
Saya memiliki kenari auto tahun 2005.
Saya ingin bertanya beberapa soalan pada pihak tuan,
1.gear reverse kereta saya tidak berfungsi bila saya tolak..kereta tidak bergerak walaupun gear reverse sudah di masukkan,cume meraung saja..
2.adakah boleh dibaiki?
3.jika boleh dibaiki,boleh tak tuan cadangkan di bengkel mana saya boleh pergi?
Untuk pengetahuan tuan,saya tinggal di ampang..rata2 bengkel yang saya pergi mencadangkan saya menukar terus seketul gearbox.
Di harap pihak tuan dapat membantu..
Sekian.terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah shifting gear biasanya berlaku akibat minyak gear yang tidak dijaga dengan baik,seperti tidak menukar setiap 20000 km dan minyak jadi kotor manakala sebahagiannya pula akibat tahap minyak gear yang terlalu rendah/sedikit menjadikan gear sukar masuk dan juga boleh merosakkan shift solenoid sensor.

Minta mekanik tukar minyak gear auto,flush minyak gear lama dan gantikan dengan baru.jka tidak begitu baik perlu gantikan shift solenoid sensor didalam kotak minyak gear auto
Unknown said…
Salam..
Sya pakai gen2 auto tahun 2004
Masalah setiap kali sya bawak keta naik bukit ok tp gear berat la ckit..cma bla turun bukit je keta jadi buang gear..rsa buang gear 2@3 kot..jadi mengerang terok keta..knapa ya?gear box problem ka?tlg bgtaw sya xla pndai sngt pasal keta nih
Unknown said…
Salam sy nk tanya klu kita masuk kan gear D tk blh nk jalan..kena tggu 30 minit atau jln guna gear satu dulu..apa puncanya ye..atau nk kena tukar gear box
keyroll said…
tuan apa solusion dia tuan..hampira sama ngan kereta saya
Mekanik Kereta said…
wslm,bila menaiki bukit beban banyak pada gearbox dan jika terdapat kurang minyak gear atau bocor akibatnya kuasa hilang dan gear tidak menentu apabila beban kurang menuruni bukit,apa yang perlu ialah periksa jika terdapat bocor minyak gear,baiki bocor tersebut
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara perlu tukarkan 4 biji shift solenoid sensor dalam kotak minyak gear auto,tak perlu tukar gearbox
Unknown said…
Assalammualaikum
Sy guna keta perdana sei auto
Nk tanya sikit time engine panas gear x nk masuk,kadang2 time tgh sedap layan haiway dlm kedudukan gear 5 tiba2 tersentak drop gear.. Itu masalah gear box ke?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,solenoid shift sensor ganti dan minyak gear perlu periksa jika ada bocor
bidabida7878 said…
assalam... kereta saya vios 2012... pagi ini dia dpt jalan tetapi macam guna gear 1 je memanjang... clutch pad habis ke gearbox rosak ya tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar shift solenoid sensor ,4 biji kesemuanya
Unknown said…
Asalam nak tanya boleh sy pagi pki alza tp bila sy bw dia mcm tersentak masalahnya bw D4 sahajanrasa mcm tu klu 3 x plk rasa. Lepastu Akan keluar At bila kt matikan enjin dia padam tp nak msk gear tu tersentak. Knp ye
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah shift solenoid sensor,tukarkannya
bidabida7878 said…
assalam encik... saya pakai toyota vios 2012... gear r dpt reverse... gear d dpt masuk tapi pergerakan kelajuan cuma gear 1... kenapa ya encik... tqvm
Unknown said…
Anggaran nak tukar tu berapa ye
Mekanik Kereta said…
sebiji rm200 ada 4 semuanya

Popular Posts