Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya.


Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Komponen tersebut seperti berikut:-

1.compressor

Pada compressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada kompessor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada Kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan.

Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi,kompressor tersebut juga mengalami kerosakan bering.Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.

2.Cooling Coil

Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi.Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas.Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil.Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau  melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.

3.Valve aircond

Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.

4.Aircond fan

Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta.komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk samasekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa.Gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan.

5.condenser

Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser.Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas kondenser anda rosak samasekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.

6.Suis aircond

Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya  berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil.Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi.Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik.Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.


7.Gas aircond 

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian.HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda.Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu.Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.

Comments

Mekanik Kereta said…
@Mey Daw/salam,bunyi dari dalam hanya datang dari blower jika terdapat sampah atau kotoran dalam kotak blower dan bunyi dari luar pula jika ada belting yang kendur
Unknown said…
Salam,
Saya menggunakan Satria Neo 1.6 tahun 2007. Masalah kereta saya ialah aircond dan radio akan mati skejap2 (mati dalam 1 saat) dan kemudian on balik semula, selang 10-30 saat akan off-on balik. Kalau waktu malam, buka aircond, radio dan lampu, lampu pun akan dim utk 1 saat serentak dengan aircond dan radio akan off dan lepastu kembali mcm biasa. Masalah ni kerap terjadi kalau selalu tekan brek, contoh dalam traffic jam atau berhenti di kawasan yang banyak traffic light. Kalau di highway kereta sedang bergerak laju, hampir tiada masalah aircond/radio on/off ni.

Masalah tambahan, kalau aircond sedang on, dan sedang tekan pedal brek dalam gear D atau N, akan ada bunyi seperti dari compressor "grenggrr grenggrr". Saya terpaksa off kan aircond supaya bunyi tu tak keluar. Saya agak masalah bunyi grenggrr tu disebabkan aircond, tapi walaupun aircond sudah off, tapi radio on, radio masih akan on/off seperti masalah pertama tadi.

Apakah punca dan bagaimanakah menyelesaikn dua masalah ini?
Mekanik Kereta said…
w/salam saudari nur syafikah

minta mekanik periksa sambungan alternator dan bateri,minta ketatkan jika longgar pada sambungan bateri dan alternator juga kepala bateri mesti bersih dari kotoran
Unknown said…
salam, nak tanye dalam 2 , 3 hari ni bila sy start enjin kereta proton gen 2 sy ade bunyi angin atau bunyi kipas dekat dengan kawasan belting sy.. boleh sy tau ape punca bunyi tu eyh..
Mekanik Kereta said…
@Adib Rahim Muhamad Zainalw/salam,perlu diperiksa mungkin memang bunyi kipas
Anonymous said…
salam en pomen..

sy pakai myvi.. masalah yg sy hadapi adalah bila kereta bergerak aircond memang sejuk.. tp bila sampai di lampu isyarat @ jammed, aircond akan jd panas & apabila sy memandu dgn kelajuaan 100/km, wap kabus akan kelihatan di corong udara.. tlg email jawapan masalah sy daus0684endurance@gmail.com
Mekanik Kereta said…
@daus samadw/salam,wap kabus jadi sebab suis cooling coil yang tak dapat beraksi elok kerana kompressor yang rosak,kompressor perlu tukar
Unknown said…
hello..ingin bertanya bro..sy guna proton saga flx..kipas pda cooler sentiasa berpusing dgn laju.saat kita matikan aircond biasanya kipas tu pusing slow dn xde timing pusing..masalahnya..suis aircond mati pn cmpressor masih running..kipas alltime full speed running..bro tlong bagi pnjelasan masalah ni dan fix..
Mekanik Kereta said…
hello jamilah,

saya tak pasti kipas mana yang saudari maksudkan.Dalam kereta atau dalam enjin?dalam kereta tu dipanggil blower,kipas kat luar plak ada 2 satu untuk a/cond,satu lagi utk radiator,kalau kat a/cond terus pusing itu rosak suis penyejuk dalam cooling coil,manakala kipas radiator pula hanya akan berhenti bila enjin sejuk menggunakan thermostat,manakala blower aircond dalam kereta pula akan berhenti jika dimatikan dan jika tak berhenti ia rosak resistor yang terdapat pada blower
Assalamualaikum encik..
Boleh tak saya ingin tahu bagaimana menyambungkan wayar2 Dari compressor untuk pemasangan aircond perodua viva? Sudah beberapa bengkel servis aircond kami pergi tapi sukar mencari wayar.. Bagaimana caranya? Compressor sudah Pasang. belting baru tapi tidak dapat isi gas sebab wayar susah di cari. Tq
Bagaimana memasang water Dari compressor perodua viva? Mekanik2 tidak jumpa wayarnya. Tq
Mekanik Kereta said…
@mrs. DZULKARNAIN de AINNIN lurve owezw/salam,saya tak pasti apa soalan saudara sebenarnya,pada saya memasukan a/cond gas cuma pasangkan alat masuk gas a/cond pada penyambung gas sejik dan panas dan hidupkan enjin,manakala wayar kompressor pula terdapat soket pada kompressor dan pada enjin perlu disambungkan semula
Unknown said…
Salam....tuan sy duk area selangor.blh tnya sikit tentang kerosakan aircond pada myvi 2008 ezi sy.bila dlm keadaan pemanduan pada rpm 2000 aircond mcm x berfungsi dan panas pada rpm3000 aircond akan berfungsi secara normal tp keluar kabus y tebal.pada keadaan timing pula timing akan turun naik jika on aircond dan on lampu tetapi aircond sejuk.waktu siang dan panas pula temperature akan naik setelah 10 ke 15 mnt ketika on aircond.kipas dan kompresor x berhenti dan aircond menjadi panas.penjelasan tuan amat sy hargai.
Unknown said…
Salam....tuan sy duk area selangor.blh tnya sikit tentang kerosakan aircond pada myvi 2008 ezi sy.bila dlm keadaan pemanduan pada rpm 2000 aircond mcm x berfungsi dan panas pada rpm3000 aircond akan berfungsi secara normal tp keluar kabus y tebal.pada keadaan timing pula timing akan turun naik jika on aircond dan on lampu tetapi aircond sejuk.waktu siang dan panas pula temperature akan naik setelah 10 ke 15 mnt ketika on aircond.kipas dan kompresor x berhenti dan aircond menjadi panas.penjelasan tuan amat sy hargai.
Mekanik Kereta said…
@NAHARMAN SAHARIw/salam,kebanyakan masalah begini pada myvi adalah sebab kompressor akantetapi saya sarankan kereta tersebut disikan gas aircond semula untuk hidupkan suis secara automatik dan membolehkan kipas berhenti tutup secara auto semula
Mekanik Kereta said…
@NAHARMAN SAHARIw/salam,sila tambah gas dulu,kalau tak ok kompressor ada masalah
Unknown said…
As salam sord87
Tahniah kerana ruang yang sangat informatif ini. Saya mohon pendapat tuan. Honda city idsi thn 06. Paking lama atau dalam jem aircond tetiba panas. Dah tukar kondenser dan valve baru serta servis. Pakai tidak sampai dua minggu berlaku semula. Kipas berfungsi sempurna. Gas ok tidak bocor. Compressor senyap tidak bising. Tapi still bermasalah. Mohon pencerahan dan bantuan tuan.
Terima kasih. Amean.
Mekanik Kereta said…
@Amin Noorasid Abdul Jalilw/salam,masalah gini biasa disebabkan kompressor yang dah tak tahan tekanan,mau tak mau saudara perlu tukar kompressor tersebut
Unknown said…
salam tuan, nak ty kenapa air aircond menitik bhagian kaki sbelah penumpang? aircond ok je n sejuk.... cuma nak thu ape masalah air menitik tu dan kos pembaikan dia...tq
Mekanik Kereta said…
@Fizuan Norzilanw/salam,saya rasa hose air a/cond untuk keluar samada dah tersumbat,pecah atau tercabut,periksa bawah dashboard kaki penumpang,hose hitam tu ada atau tidak.Kosnya betulkan sekitar rm10
Unknown said…
Salam saya pakai kancil 660 bila saya on switch aircond automatic Akan bunyi kuat di bahagian enjin and then bila switch off okay tapi bila saya tekan minyak pada rpm 4 Akan bunyi kreng kreng so apa yang masalah disitu
Unknown said…
Salam saya pakai kancil 660 so bila switch on dia Akan Ada bunyi di bahagian enjin and bila saya tekan minyak smpi rpm 4 dia Akan bunyi Lagi kuat kita saya tak boleh speed apa masalah distu ?
Mekanik Kereta said…
@zaherin zamriw/salam,minyak hitam cukup ke,kalau tak cukup tambah minyak,enjin kancil ber cc kecil jadi pastikan contact point pernah ditukar dan tuning enjin dalam keadaan baik,jika tidak enjin mudah berbunyi knocking
Mekanik Kereta said…
@zaherin zamriw/salam kalau sampai xboleh speed perlu tuning enjin ,filter minyak perlu tukar,contact point serta plug dan air filter juga
Unknown said…
Salam..sya pkai kenari dan saya ada 2 soalan..
1)bila sya on kunci ad bunyi ktik ktik pada kotak fius sebelah bateri..
2)bila enjin hidup magnet compressor da tekan walaupon aircond tidak buka..
apa masalah yg dihadapi kereta saya ini..trma kasih
Mekanik Kereta said…
@khairuddin rashidwslm,buka penutup kotak fius,gantikan relay yang bunyi ktik2 tu dan gantikan juga relay bertanda ac untuk aircond
Unknown said…
Assalamualaikum,

Tuan, kereta saya bila on aircond ad bunyi nyaring sebelah dalam.. berdekatan dengan dashboard. Apa puncanya?
Mekanik Kereta said…
@Mohamad Muhaiminwslm,bunyi blower bergesel
Unknown said…
Nak tnye ckit bab air con x juk
Unknown said…
Viva 850 tahun 2009, hnya skali je servise las 2013 i servise air con
Mekanik Kereta said…
@ejeay jonyjika masih sejuk,topap gas saja memadai
Mekanik Kereta said…
@ejeay jonytambah gas sudah memadai
wanlegend said…
Asslm tuan,
kereta sy wira aeroback 1.5 2002. Masalah sy, bila mula start enjin, kemudian sy on suis aircond, aircond dan angin sejuk tu akan berfungsi selama 10 saat saja, kemudian dia akan off dgn sendirinya (aircond dan angin tu akan off) walhal suis a/c masih lg di kedudukan on. Selepas itu, sy offkan suis a/c dan on kan semula suisnya. Proses yg sama akan berulang (aircond on selama 10 saat dan off dgn sendirinya).
Apa yg perlu sy check ya? Mohon bantuan, terima kasih.
wanlegend said…
Saya nk tambah, yg selepas 10 saat tiba2 aircond dan angin sejuk terus off tu, ianya tidak akan on kembali walaupun dibiarkan lama.
Mekanik Kereta said…
@wanlegendwslm,saudara tukar dulu relay AC pada fuse box insyallah ok
wanlegend said…
Terima kasih byk en arsad. Akan cuba nanti.
wanlegend said…
Tuan, relay AC pada fuse box tu, relay yg warna hitam tu kan? Sy baru teringat sy pernah tukar relay tu dulu, dh 2 kali rasanya. Paling baru dalam 4 bulan dulu. Ada kemungkinan base relay tu yang longgar, sbb kalau kadang2 tersentuh relay tu, aircond n kipas ada hidup sekejap. Pastu mati balik. Soalan sy, boleh tak saya connect direct kaki relay hitam tu dgn wire nya? Tanpa gunakan base fuse tu?
Mekanik Kereta said…
@wanlegendBoleh sambungkan terus tapi pastikan kesemua lima kanki tersebut diletakan dengan betul dan terlekat kukuh
Unknown said…
Salam,sy nak bertnye.sy pkai kereta naza suria n last year kete sy penah ada mslh air cond,bla berhenti air cond sy akan panas.then sy dh anta repair,bengkel kata paip bocor,so diorg dh repair tp bru2 nie dier jd blk,bla berhenti je,air cond sy x rse sejuk.blh sy tau sbb ape nye jd mcm 2.
Mekanik Kereta said…
@dayah idriswslm,saya rasa cooling coil kereta juga bocor gas
Unknown said…
Assalam..sy ad mslh dgn myvi sy..tahun kete 2008.aircond x sejuk..mggu lepas dh tukar cooling coil..tp dua tga hari ni die jd x sejuk balik..ad bnyi mcm bergeser..bolh x thu mslh ape pd kereta sy tu..kwn kate mslh motor aircond..sy pun x pasti sbb x reti bab2 kereta ni
Mekanik Kereta said…
wslm carrot susu,

Perlu periksa semula,saya pasti gas a/cond telah bocor dan menyebabkan bunyi geseran pada kompressor
Unknown said…
Hi bos lau kelisa pipe 5 inche sejuk tapi dalam tak berapa sejuk,meter merah hi presure naik ke250 kipasnya jalan juga,siram air bru turun tu meter dalam sejuk balik dah,pamasalah tu ah,adakah kodensornya sumbat?
Mekanik Kereta said…
hi Yoyo man,

ya betul kondenser ada problem tapi jangan cuci thinner saja ia tak membantu,kalau tukar insyaallah ok
Unknown said…
salam.. sya pkai perodua kelisa..masalah kete ni akon akan jadi panas bila enjin da lme dihidupkan..angin blower jer yg rse..
Mekanik Kereta said…
@Ikin Shahwslm,isi gas aircond insyallah ok
Unknown said…
Say a menggunakan saga blm,asal delat simpang atau traffic light,terpaksa say a off aircond,kalau tak enjin saya nak mati2..apakah masalah nya saudara?
Mekanik Kereta said…
@chong aliFICD enjin saga tu perlu ditukar
Unknown said…
Terima kasih kerana tubuhkan blog ni..sya pakai kereta waja..apabila sya on aircond bunyi kereta bedengung dan terdapat air keluar dri bawah dashboard..tetapi suhu ttp sejuk..tlng bg pencerahan
Mekanik Kereta said…
@Faizrul Adiriswslm,saya rasa hose untuk keluarkan air aircond tercabut atau bocor.periksa bawah kotak hitam cooling coil sebelah penumpang depan
Unknown said…
Assalam..
sy menggunakan kereta proton saga BLM thn 2010, masalah yg dihadapi skrg ni b7edrkaitan dgn aircond. Air aircond menitik dgn banyak di bwh dashboard tempat duduk penumpang sebelah kiri..Mohon penjelasan drp tuan ape sebab dan puncanya..terima kasih..
Mekanik Kereta said…
@haznizam hamzahwslm,ada hose yang disambungkan ke kotak cooing coil digunakan untuk mengalirkan air keluar,periksa hose tersebut,selalunya ia tanggal dari tempatnya dan air tak mengalir keluar dari kereta
Unknown said…
{\rtf1\ansi\ansicpg1252
{\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
{\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
\deftab720
\pard\pardeftab720\partightenfactor0

\f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
\outl0\strokewidth0 \strokec2 Salam tuan, kereta sy jenis viva 1.0\
Ekon mula jadi panas bile jem, keta bergerak br ekon jd sejuk\
Apa perlu sy buat}
Mekanik Kereta said…
@shamsul bahriwslm,masalah ni masalah kompressor tapi boleh cuba ketatkan dulu belting tengok macamana,gas juga perlu ditambah
Unknown said…
salam. saya ingin bertanya...kereta perodua viva sy mengalami masaalah aircond kemungkinan ada kebocoran...dimana sy telah mengisi gas aircond tetapi hanya bertahan sehari...ke esokan nya...gas aircond telah tiada...bagaimana untuk sy buat pemerisaan sendiri kebocoran tersebut dan dibahagian mana selalunya kebocoran tersebut terjadi atau ada bahagian bahagian yg lain mengalami kerosakan...sbelum sy menghantar kereta ke workshop agar tidak terlalu mahal kos baikpulih....terima kasih
Mekanik Kereta said…
@faizal shariwslm,gunakan air sabun yang pekat berbuih ,letakan pada sekeliling hose,kompressor,kondensor,pada hujung sambungan hose dan komponen ,jika berbuih kuat maka ia ada bocor,biasanya bocor pula jadi pada cooling coil,jika tak dapat kesan kebocoran diluar pada hose,kondensor dan kompressor maknanya bocor pada cooling coil bawah dashoard
Unknown said…
Assalamualaikum Tuan Mekanik, saya shaifuddin Dari Melaka, saya beli Toyota Camry second hand tahun 2007, tak sangka selepas 3 bulan pakai rupanya rear air cond ada masalah, sewaktu memandu malam rear aircond kereta saya tiba2 Akan panas sgt terasa sehingga ke kotak gear. Manakala wap Akan terkeluar melalui dashboard cermin depan ketika memandu. Saya takut utk hantar ke workshop sbb risau di tipu cost baik pulih keseluruhan air cond kereta saya. Harapan saya ingin dtg ke kedai Tuan mekanik berapa anggaran kos baik pulih keseluruhan masalah air cond kereta saya? Boleh tuan wasap saya di 016 218 5758. Terima kasih byk tuan mekanik
Mekanik Kereta said…
@shaifuddin semailwslm,ini masalah kompressor,bila tukar saja akan ok.kos sekitar rm1500
Unknown said…
asssalam.....sya menggunakan myvi 1.0, bunyi kuat di bahagian belting dan timing enjin jadi rendah bila aircond di hidupkan. Sebab belting atau kompresor? Atau mungkin masalah lain? Untuk pengetahuan, sebelum jadi macam ni, belting ada bunyi sekali-sekala tetapi aircond masih sejuk...TQ
Unknown said…
Assalam.....myvi 1.0 bila tekan suis aircond....bunyi nyaring bhg belting & enjin hilang kuasa (mcm nk mati). Sebelum tu mmg ada bunyi tapi x berpanjangan dan aircond kira ok la sejuknya. Pernah redah banjir yg agak dalam beberapa bulan yg lalu.TQ
Mekanik Kereta said…
@Arjuna Akustikawslm ,belting dah rosak dan kendur,perlu ganti supaya ia tak slip dan beratkan enjin
Mekanik Kereta said…
@Arjuna Akustikawslm,kena tukar belting tu,dah keras dan kendur
Unknown said…
aircond kereta sy sejuk tp,knapa aircond kereta sy berbau udara dari luar?mohon pencerahan..sy pakai kereta persona sv
Mekanik Kereta said…
@Unknownperiksa bawah cooling coil,terdapat satu penutup udara luar,jika ia tersangkut tak dapat tutup penuh,udara luar akan masuk dan berbau sedikit walaupun suis pada panel telah dihidupkan
Ridwan said…
Assalamualaikum en.pomen,
Nk tnye..viva 1.0 AT..timing skjp tggi n rendah..ble ON ac timing drop..rpm dr 1.5 ke 1.0..klu 1.0 trus drop 0.5 rpm tu n kete mapuh ble msk D..klu N ok plk..ble bwk kete rse sengguk2 w/pn speed 100kmj..
Ridwan said…
Nk tnye viva 1.0 AT..timing tggi n rndh..xmnentu..ble ON ac..blh drop rpm tggi dr1.5 trus 1.0..msk je gear D..trus drop lg ke 0.75rpm..klu rpm dr 1.0..trus enjin mati..kete dh tukar idling sensor xjd jgk..lampu check enjin sntiasa nyale..xthu dh nk bt ape dh..throttle body dh cuci pn.sme jgk..plug pn dh tkar..
Ridwan said…
Assalamualaikum en.pomen..
Ridwan said…
Assalamualaikum en.pomen,
Nk tnye..viva 1.0 AT..timing skjp tggi n rendah..ble ON ac timing drop..rpm dr 1.5 ke 1.0..klu 1.0 trus drop 0.5 rpm tu n kete mapuh ble msk D..klu N ok plk..ble bwk kete rse sengguk2 w/pn speed 100kmj..
Mekanik Kereta said…
@ridwan sapudinwslm,servis throttle body dan throttle position sensor,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
@ridwan sapudinidling sensor yang pada throttle body dh tukar ke?ekzos sensor pun tukar!
Ridwan said…
Trimeksh krn jwb soklan sy..idling sensor dh tukar..plug dh..throttle body dh servis..lmpu check enjin asyik nyale je ble drive..ficd xtukar lg..ac sejuk molek..pasni ape yg prlu dbuat@tukar..
Mekanik Kereta said…
@ridwan sapudintukar FICD,kalau RPM tak stabil,turun naik itu idling sensor,tapi dah tukar ok la tu!
Ridwan said…
Ficd jgk ke pnyebab kompresor ac jd ON OFF..mcm gile..
Mekanik Kereta said…
@ridwan sapudinficd cuma naikan rpm,on off kompressor bergantung pada cooling coil sensor
Unknown said…
Salam tuan..saya mahu bertanya..
1.berapa kos utk tukar sensor suis cooling coil.?.sy punya kereta myvise 2009.. sebb kerta sy bila xjalan aircond jd panas..pastu asyik running je xberhnti..semasa keta bergerak ok je..
2. Sy punya kereta myvi..bila jalan perlahan dlm 20-30km rasa mcm berat je gear nk masuk dr gear 1 ke 2..bunyi pun macm mengaum skit.. ad kaitan dengan air cond ke?
Mekanik Kereta said…
@fary rizanwslm,

1,kos tukar sensor cooling coil kira2 rm200,saya rasa ada bocor pada hose atau cooling coil,gas yang kurang melambatkan suis untuk berhenti dan hidup semula,ganti kondenser jika perlu.

2.Sensor speed perlu ditukar supaya kereta dapat bergerak lancar,tiada kaitan dengan aircon
Unknown said…
Assalamualaikum...

Model Kereta: Proton Gen2 Manual
Tahun: 2007

Masalah:
1. Compressor lambat hidup. Apabila aircond di"on"kan, selepas 5 minit baru compressor hidup.
2. Compressor "on-off" terlalu kerap
3. Angin yang keluar tidak kuat walaupaun level blower ditingkatkan menyebabkan kereta lambat sejuk lebih2 lagi pada waktu siang.

First time aircond meragam sejak tahun 2007. Harap saudara dapat beri penjelasan.
Unknown said…
Model kereta: Proton Gen2 Manual (2007)

Masalah:
1. Compressor lambat hidup. Compressor hanya akan hidup setelah aircond di"on"kan selama 5 minit.
2. Compressor "on-off" terlalu kerap
3. Angin aircon perlahan walaupun level blower ditingkatkan

Harap saudara dapat beri serbsedikit penjelasan.
Mekanik Kereta said…
@Mohd Nasirwslm,kompressor dah problem,perlu tukar,mungkin dah banyak bocor dan tak tahan panas dan tekanan lagi
Unknown said…
Assalam...suis aircond proton wira x brfungsi..kipas aircond dn radiator berfungsi .bila on aircnd x kluar desiran angin lansung..blh bgtau puncanya tuan.tq
Mekanik Kereta said…
@muhamad ismailwslm,suis aircond memang ada masalah,sebelum tu periksa fuse blower samada putus atau tidak
Unknown said…
Salam satu malaysia...sya nak tanya pasal aircond kereta proton iswara sya..apabila saya on aircond kereta saya kadang2 pandai keluar angin panas waktu dlm pejalanan.. Dan apabila saya cek hos aircond semua panas.. Boleh encik tolong perjelaskan apa sebenar nya masaalah aircond kereta saya.. Jawapan tolong email kan ke simon@airasia.com. Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
@Boysimon Simonsalam,gas aircond sudah tiada,isikan semula
Fallen Angel said…
Salam..saya ingin bertanya..kereta blm saya tahun 2008 baru2 ni mengalami kemalangan dan selepas dibaiki,saya perasan yang angin acond yg keluar dari sblh penumpang lebih sejuk daripada sebelah pemandu...kalo cuaca panas,udara sebelah pemandu hampir xsejuk langsung. Harap saudara dapat membantu. Terima kasih...
Mekanik Kereta said…
@Fallen Angelwslm,ruang laluan angin sebelah pemandu tersekat,ada mekanikal pembukanya tersangkut,perlu buka dashboard dan baiki
Mekanik Kereta said…
@Fallen Angelpastikan gas aircond ditambah
jimmy said…
Asalammualaikum...saya pakai perodua kembara tahun 2002..masalahnya bila saya onkn aircond..sensor bateri menyala..power stering jdi paut stering bak ang!..dah tukar bateri baru pun..masalah sama juga..boleh saya tahu apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
@jimmy faizalwslm,periksa alternator,samada wiring atau rosak,salah satunya ada masalah
Reza said…
salam..saya pakai keta viva manual 660..apabila saya buka aircond xsjok dan slpas itu enjin trus mati..dan ada bunyi sentapan dan bunyi bising sebelum enjen mati.
Mekanik Kereta said…
@syed hafizwslm,belting mungkin putus atau juga bering kompressor jammed.
Unknown said…
salam..
saya nk tanya,kenapa aircond kereta saya keluarkan bau busuk?
Saya ada bertanya kt kedai service aircond,dia ckp mungkin sbb cooling coil dah berkarat..dia ckp kalau saya nk service and bersihkan boleh,tp takut bocor..so dia suggest tukar baru terus dlm RM600..betul ke masalah cooling coil?
Mekanik Kereta said…
@Nor Shakirah Hashimwslm,gas aircond lalu pada cooling coil yang terletak dalam sebuah kotak,kadangkala kotak terdapat sampah atau mungkin juga cicak mati atau apa saja serangga kecil yang muat.Saya pernah menjumpai cicak yang telah mati dalam kotak cooling coil.Cooling coil adalah susah untuk berkarat kerana ia diperbuat dari gentian aluminium.
Apa yang perlu dilakukan ialah minta mekanik keluarkan kotak cooling coil dan servis serta bersihkan insyallah hilang bau busuk
Unknown said…
Aslamualaikum, saya nak tumpang bertanya. Saya mempunyai kereta proton waja enjin campro. Masalah yg saya hadapi skrg ialah pada setiap pag, kerta saya susah nak start sehingga saya perlu mencuba sebanyak 10 kali atau lebih barulah boleh hidup. Semua alat ganti telah saya tukar tetapi malangnya masalah yg sama masih berlaku.
Unknown said…
Aslamualaikum, saya nak tumpang bertanya. Saya mempunyai kereta proton waja enjin campro. Masalah yg saya hadapi skrg ialah pada setiap pag, kerta saya susah nak start sehingga saya perlu mencuba sebanyak 10 kali atau lebih barulah boleh hidup. Semua alat ganti telah saya tukar tetapi malangnya masalah yg sama masih berlaku.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar knock sensor belakang enjin
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar knock sensor
Salam tuan. Sy pakai keta kancil-masa berhenti.suhu naik,bw laju-suhu ok,pastu pasang aircond-suhu naik,kipas semua ok.jalan lancar,adakah sebb wiring pd cmpresor?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar air dan tambah coolant jika masih juga jadi panas,water pump perlu ditukar
muzliamirul said…
nak tanya aircond sjuk time kereta bergerak je..rosak ap ye
Mekanik Kereta said…
kompressor tak kuat
Unknown said…
Assalam..saya nak bertanya..saya pengguna viva..apabila saya memandu pada kelajuan 100km/j dan keatas, tiba2 aircond saya tak sejuk..apa masalahnya ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila tak sejuk bermakna magnet clutch kompressor tak melekat dan gas sejuk tak disalurkan,kemungkinan gas habis atau suis rosak atau mungkin juga sebab kompressor rosak.
Unknown said…
Saya pakai kereta proton iswara. Mende ni dah lame berlaku. Aircond terasa panas. Hari tu saya ade tambah gas aircond, terasa sejuk la hari tu. Lepas due tiga hari terasa panas semula. Mohon penjelasan
Mekanik Kereta said…
salam,ada bocor gas dimana2 seperti dicooling coil dan hose.Bila gas keluar sejuk akan berhenti sendiri kerana kompressor tidak dapat memproses gas
Unknown said…
assalam, sy pki waja.bila aircond buka hanya angin yg keluar kdg2 je aircond sejuk, tp bila buka aircond ada masa lambang enjin menyala dn kereta akan sentap dlm sesaat cm tu, tp enjin tk mati, mohon penjelasan, trima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor bermasalah,check enjin akan menyala disebabkan sentapan dan rpm yang menurun mendadak,kompressor perlu ditukar
Unknown said…
Assalam tuan.keta sy problem aircond.ble pusing suis suhu xde fungsi.senyap saje cmtu jer.pas 15,20 minit bru de bunyi klik n baru sejuk.bila tgh drive pun tibe2 jd balik.tnye kedai de kate panel suis.satu kedai ag compressor.last sy pun pening kpla
Mekanik Kereta said…
wslm,suis temperature dalam cooling coil kurang baik,suis tersebut perlu diganti.
Unknown said…
As salam encik.byknya info dlm blog ni..hanya Allah yg mbalasnya
Kereta saya chery easter 2.4..hrty a/con sy kurang sejuk, saya tlh mengisi gas semula, tiba2 harini air cond saya tiba2 tidak berfungsi, saya blank, terus saya google n terjumpa dgn blog tuan, sy risau hndak menghantar ank ke asrama dlm keadaan kereta yg panas & perjlnan yg jauh..
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu servis aircond kereta tersebut kerana dikhuatiri ada bocor pada cooling coil
Abamfaiz said…
As salam...sy menggunakan kereta myvi 1.3 auto..bile start ade bunyi pd enjin...bila reverse pon ade bunyi..krok...krok...bila kereta jalan xde bunyi pulak..
Mekanik Kereta said…
wslm,mounting mungkin ada pecah,enjin bergetar bila start dan reverse
Sabariah awang said…
Sya memiliki kancil 850 EZi.. Masalah kereta sye apabila on aircond gegaran kuat pada dashboard dan stering tetapi bila dah drive tk dak dah gegar..
Mekanik Kereta said…
FICD yang tak berfungsi akan mematikan sedutan vakum untuk meninggikan RPM ketika aircond bekerja jadi ia akan menyebabkan gegaran enjin bila beban bertambah.Tukar FICD tersebut.
zamri6060 said…
Salam,nak tanya sikit,kenapa kipas aircond sentiasa pusing sedangkan compresor dah berhenti pusing,harap dpt membantu.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar coolant sensor dan thermostat serta relay tanda RAD
Unknown said…
Salam bro...

Saya ada myvi 1.5se..sudah pakai 4 tahun...harini saya start kereta mcm biase lepas tu jalan..pada mulanya aircond ok...jalan lama sikit mula rasa angin sahaja yang keluar..bila matikan aircond dan buka balik sama sahaja..cuma angin yang keluar..sekarang bila buka aircond cuma angin yang kluar..nak g bangkel kereta takut kena kencing..boleh saudara tolong explain...apa yang x kena
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor yang tidak berfungsi untuk sejukkan kereta atas sebab2 seperti,fuse ACC putus dan gas yang terlalu kurang .Saudara perlu tambah gas dan periksa fuse ACC jika putus
Unknown said…
Tumpang tanya...kalau suis on off air cond...untuk trigger compressor yg bertulis a/c pada kereta kancil memjadi panas dan hampir cair adalah disebabkan apa?tq
Unknown said…
salam tuan.. kereta iswara sya on aircond time drop abis..dah install ficd.. sebelum nie ok.. x kan ficd dah kong.. pkai brand denso.. host dia satu sambung kat manifold satu ld yg kat mcm hon moto tu.. atau tuan bg no hp sng sya nak call tq tuan
Mekanik Kereta said…
suis itu rosak perlu tukar
Mekanik Kereta said…
wslm,ficd guna letrik atau kuasa bateri,bila kuasa hilang ia tak berfungsi,periksa fuse mana yang putus gantikan,periksa juga hose FICD kadang2 ia bocor atau tercabut
Masalah waja ku said…
Assalam tuan mohon bantuan sy guna keta waja thn 2001 masalah ya bila on button kipas dia akan trip trus smua lampun untuk aircon trus takde relay bunyi berdetik kena tunggu dulu baru afa lampu klu on blk sama saja,dah tukar relay kat bawah dashbord sama gak,kadang2 ok tapi tak boleh buka lebih dari no1 harap dapat pertolongan terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,blower motor dan blower resistor perlu diganti,terdapat circuit yang memintas aliran elektrik pada motor dan resistor
Ridwan said…
Assalamualaikum en.arsad..sy gne myvi 1.3 thn 2010..mslhnye..sy xon a/c pn tp magnet clutch pusing kdg2..dan bnyi sreet2..kdg2 grong2..mnyebabkn enjin jd beban..klu on a/c bnyi tetap ade dan lmpu jd malap ble compressor active..kdg2 rpm drop 0.5..dr 2.5 kd 2..kjp je..tp rse drop nye tuh..altrnator,btri ok 14v..pastu mgnet clutch rubber putus membulat..tggl screw je ngn baki rubber tu..psg br sme jgk..a/c sejuk molek..compressor ok,myknye ok,R134 ok..mslhnye mne tu??
Ridwan said…
Kes sy tu mmg pelik skit dr yg lain..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada setengah magnet clutch yang kurang tahan dan ada juga yang telah dibaiki semula dan lagi magnet clutch juga boeh tersangkut akibat kotoran ,kerikil batu dicelah dn juga akibat minyak kompressor yang bocor
Ridwan said…
Magnet clutch brand SWJ..compressor Denso..Denso pnye kontet skit..SWJ kontet byk..mgkn sbb tu kot blh bgrk skit2 magnet walaupun off a/c..ataupun ade karan x xcut pd compressor w/pn dh a/c lgsung xbkak??
Ridwan said…
Enjin xde tarik dh..lmpu pn xmalap dh ble température set maximum..jeng..lain plok nyakitnye nih..klu slalu max temp.tkot compressor@cooling coil punoh plok nt..tulun..tulun..
Ridwan said…
Dh spray silicon spray tetap bnyi jgk..
Unknown said…
Assalamualaikum, saya izudin, sy skrg guna kreta iswara a/back 1.3se. Masalahnya yg dihadapi kipas aircond berpusing direct tanpa henti, bacaan pada meter rpm di bwh 1 jaa, timing jd rendah. Aircond pulak angin dia x brapa sejuk, slow . bila tekan pedal miñyak barulah àngin sejuk tu keluar kuat..àircond sya bila kereta dh bgerak dan waktu mlm sejuk, tgh hari langsung xrasa aircond. Apa masalahnya Encik.?
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor telah bermasalah ,perlu diganti dan kipas pula saya rasa mekanik telah directkan wiring tersebut ,jika ingin dibaiki minta mekanik sambungkan semula mengikut suis asal
Mekanik Kereta said…
masalah bunyi kena buka semula,ada bering pada magnet clutch ,mungkin bering tu perlu diganti
Mekanik Kereta said…
magnet clutch tu tak ok,yang baik punya ia takan bergerak walaupun sedikit
Mekanik Kereta said…
masalah masih sama,magnet clutch u mesti dibuka ,ganti bering dan clutch sekali kalau boleh
Aly said…
Apabila saya start enjin kereta..kemudian buka aircond...kat tali kipas aircond berbunyi...bila saya tekan minyak..bunyi kuat sekejap lps tu hilang..apa masalah
Mekanik Kereta said…
ada 2 sebab,pertama belting kendur,kedua tensioner bering dah lama dan mengendurkan belting sekali sekala
Unknown said…
nak tanya nih,knpe bila sye on aircond,dye tak sjuk??tengok pada pulley,dye tak sma lurus dengan magnet clutch..magnet clutch pun tak melekat bila a/c dihidupkan
mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
periksa fuse ACC,gantikan jika putus,periksa juga relay aircond dalam kotak enjin gantikan juga relay
Unknown said…
Nak tnya.. sy pakai proton saga aerobac.bila sya on suis aircond srta merta.. fius putus...tukar apm pun sama juga
Mekanik Kereta said…
ada short circuit pada litar sistem penyejuk,ada wayar yang putus dan terkena body,periksa wayar pada kipas atau kompressor serta relay acc dalam enjin
Unknown said…
Assalam. Aircond myvi sy kurang sejuk bler x grak...ad mse sejuk kjp bler x gerak. Tp bler da gerak baru sjuk je..tp ad mse ngh gerak pon x sjuk sngt..huhu..knp ye saudara...gas baru tmbh n minyak compressor da tmbh..tq saudara
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor tersebut dah rosak,biasa bagi myvi terjadi begini bila kompressor rosak,kos ganti rm800
Unknown said…
saya ingin bertanya...saya memakai honda city 2009...aircond sy ble sy bka de bny kasar..ble compsr jln..sejuk pon kurang..lagi2 klau sy bawa laju dlm 140 mcm tu..angin sahaja yg keluar..kadang benda ni terjadi..sem alam terus aircond sy jd panas..
Azmi said…
As salam,

Tuan nak taya,kipas sy till berpusing walaupun enjin dah dimatikan.kenapa ye
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar relay RAD dan thermostat,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
Masalah ini masalah kompressor,piston juga berbunyi dan tidak kuat lagi untuk menahan tekanan
Unknown said…
tuan nak tanya..saya ada kereta honda city idsi 2005. masalahnya bila waktu pagi enjin sejuk, bila saya start enjin dan on aircond enjin saya akan bergegar bila tukar gear dari n ke d dan juaga bila saya biarkan idle dlm d sambil tekan break dia akan jerking juga. saya baru saja tukar throtle body baru tapi masih lagi ada gegaran yg kuat dan jerking ketika enjin sejuk.
Mekanik Kereta said…
wslm,jerking jadi sebab api yang terganggu,tukar kabel plug dan fuel filter untuk stabilkan idling.Jika sensor Tps masih gunakan yang lama pastikan ia diganti
ct_cutie said…
Assalamualaikum..sy pguna kreta kelisa manual.. sy pnyer aircond jd pnas bila laju 100km ke atas.. bila dh ttup sejam @ agak2 enjin sejuk, aircond jd ok blk.. ape msalahnye ye encik?
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor dah tak tahan tekanan ,perlu ganti kompressor
Unknown said…
Salam nk tanya. Kereta saya satria 1.3 ada masalah kalau tengah drive on aircond enjin mesti termati, kalau tk on air cond ok je. Apa yg rosak? and berapa kos nak baiki
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu servis karburator,kos dalam rm200
Unknown said…
Assalam.. sy mempunyai kereta viva elite.. Sudah 4 kali saya tukar timing belt tetapi kereta tetap bunyi.. apa masalah kereta saya?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar semua?masyallah,biasa bunyi sebab terlalu ketat saja dan seal yang bocor ,pergi ke mekanik yang lain jika masih tak berubah pada pertama kali dibaiki semula
Unknown said…
Salam en. Sord, sy mengalami masalah yg sama. Time off enjin ada bunyi dari dashboard seakan relay berdetik xhenti. Sebab ape dan berapa kos utk repair bg Honda city ? Tq
Mekanik Kereta said…
wslm saudara Naz Role,

bunyi tersebut yang saya maksudkan adalah daripada kotak hitam aircond,kos baiki sekitar rm200
ApisTechnology said…
Salam sedara..sy nk tnya sikit pasal myvi sy ni punye aircond..bila on aircond n press minyk kuat ad bunyi bising sekejap..bila hujan n langgar air akn ad bunyi yg sama...kalau aircond x on xde bunyi tu..adakah itu masalah compressor aircond???...
Mekanik Kereta said…
wslm,ketatkan belting aircond ,jika bunyi itu masih ada gantikan bering pulley kompressor
Unknown said…
Salam..tuan.pertama skali sy nk mohon maaf krn sy mmg zero bab kereta..mohon tunjuk ajar n bantuan.tnye kedai mcm2 jawapn beri..x tahu nk percaye sape..hilang arah.sy pakai kereta nissan sentra 1.6 thn 2010..maslh skang ni bile nk on suis aircond.langsung x rase ape2..sblm tu aircond kluar mcm kabus2 asap sampai berair menitik dkt dashboard..td cek kedai..tokey kate bocor ape bnde ntah..bile tny bende ape yg bocor die x de respon..just kompomkn nk buat ke x..kalau nk buat tokey just sebut harge rm380..tokey tu cek kerete sy gune alat mcm meter gas..then cek pakai air sabun..intai2 n suluh2 ckit..mohon sangat bantuan n tunjuk ajar..bukan ape..sy takut kn tipu..kos tu pun sy x reti nk deal..betul ke gitu..risau kalau die baiki mende lain..yg rosak mnde lain..ape yg rosak sy pun x tau...plis..sgt buntu..
Mekanik Kereta said…
wslm,jika kurang arif mengenai aircon kereta,pergi ke wsyop baiki aircon saja,mereka akan terangkan apa yg bocor,yg pasti bocor pada hose aircond dalam enjin dan pada kondenser,jika bocor pada cooling coil harga baiki lebih mahal
Unknown said…
Salam tuan...saya ada wira 1.5..bila on aircond tak smpai stengah jam tiba2 kipas aircond tak jalan...kenape tu ye tuan ??
Mekanik Kereta said…
wslm,kipas tak berpusing perlu periksa fuse acc jika putus gantikan,jika tidak berpusing juga disyaki motor kipas sudah terbakar
Unknown said…
Nk tanya sikit, knp air cond blower di sblah pemandu tidak sejuk dan di sblah penumpang hadapan sejuk? Kereta saga fl...
Unknown said…
Nk tanya sket, knp air cond blower di sblah pemandu tidak sejuk dan di sblah penumpang depan sejuk?
Mekanik Kereta said…
wslm,gas kurang,kondenser bocor,cooling coil bocor adalah penyumbang utama aircon kurang sejuk
Unknown said…
Salam bro.....kenapa pully compressor a/c sy berputar walau dah stop...dan.ada bunyi krekk2 kuat plak tu...time enjin off pon bunyi dan berputat dlm 10saat mcm tu la.....hadoiiiii
Mekanik Kereta said…
wslm cabut relay acc.jika tak mati cabut fuse acc,ada kemungkinan wayar pada relay bersentuhan dan terbakar dan mungkin juga suis pada panel mengalami short circuit
Mekanik Kereta said…
kurang gas,topap gas,jika masih sama gas ada bocor dimana2 terutamanya cooling coil
mEe said…
Tuan,
Air-cond kereta sy bermasalah.. kompressor magnet x stabil.. kalau dh lama sgt on (jln jauh) kompresaor off, x nak on smula.. kena off air-cond 5-10 minit, on smula, baru kompressor jln.. kalau x off, angin blower je kluar.. ksian anak2 panas dlm kereta.. apa mslh dia, tuan? Sensor suhu kah? @ mslh lain kah? Jazakallahu khoiron..
Mekanik Kereta said…
Perlu Ganti cooling coil sensor,insyallah ok
Unknown said…
bro nak tnya kereta saya iswara lmst bila on aircond temp kereta akan naik bila off ja aircond dlm 2-3 minit akan turun balik.
Mekanik Kereta said…
Aircond adalah penambahan beban pada enjin jadi sistem penyejukan dilambatkan,keadaan seperti ini perlukan radiator yang bersih,thermostat tak karat dan water pump yang juga tidak karat
Unknown said…
Saya pengguna viva 660,acc kjp sejk kejp x..gas dh topup tp mslh tetp sma.lps 2-3 suis acc ble tekn x mnyala.angn pns je yg kluar..tlg bg nsht
Mekanik Kereta said…
perlu ganti cooling coil sensor,ada masalah pada alat tersebut
Hamba tuhan said…
assalamualaikum saudara,
di sini sy ingin bercerita sedikit masalah kereta kenari(A) 2006 saya. asyraf hassan

semalam saya pergi kedai aircond ebab aircond saya x rasa sejuk lansung. pomen ckp suiz rosak, so dia kata dia x tukar suiz tapi dia buat terus direct...sy tgk dia selotip2 wayar lps 2 sambung.

harini masalah baru sampai.. masa sy berhenti kereta dalam masa 10minit dalam keadaan enjin n aircond hidup tiba2 keluar asap dari enjin.. sy bukak tgk bahagian kompresor berasap dan bau hangit getah..

soalan saya apa yang berlaku dan adakah yang terbakar tu selotip yang dia tampal semalam..sy pergi kedai dia tadi dia kata kompresor rosak..sy x tukar lagi dan masa perjalanan pulang kerumah sy bukak aircond , sejuk macam biasa dan tiada masalah... jadi apa masalah kereta sy... harap saudara paham cerita saya...maaf saudara... mintak tolong emailkan jawapan saudara di asyrafhassan@rocketmail.com
TERIMA KASIH BANYAK
Mekanik Kereta said…
wslm,direct switch tersebut telah terbakar dan ada kemungkinan suis lama elok kembali,saya rasa ada fuse diletakan pada direct switch yang pomen buat ,periksa berkemungkinan tampalan terbakar sebelum fuse tersebut putus
khairul said…
Salam. Sy pakai kereta honda city 2010 (TMO). Masalah aircond sy kalau waktu siang tengah panas, mmg tak sejuk. Bukak temperature aircond paling low baru la ade sjuk2 sikit je.. kalau petang2 dgn malam, bole la sjuk dia.. Sy dah pegi check gas kt kedai aircond. Diorng cakap gas penuh lagi.. jadi ape masalah sebenarnye ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah compressor,saudara perlu tukar compressor,buat servis cooling coil dan ganti valve serta condenser,insyallah ok
Unknown said…
Salam saudara..sy nak tumpang tny psl aircond ni..cari kt internet x jumpe pulak n nk bace komen kt sini mcm panjang sgt..heheh.. skrg sy pakai Peugeot 206 n mslhnye adlh bila speed cecah 150 je(tu je paling laju pon huhu) aircond tu tibe2 x sejuk mcm kite off a/c..mslh yg sama juga msa sy pakai Chevrolet aveo dulu bezenye bila kereta slow aircond sejuk balik..mcm pijot ni aircond die x sejuk2 dah.. kalo mcm ni aircond rosak ke ke nk tgu enjin sejuk dlu then tgok mcm mna? Jwpn anda tersngat sangat la membantu tolong sayeee
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah kompressor,insyallah ok bila ganti
Unknown said…
Salam...sya nak tanya....kenapa kancil 850cc....bila on aircon dan stop....ada bunyi krik krik di bawah penumpang sblh....dan rpm trun naik dibuatnya....
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu baiki relay yang terdapat didalam kotak hitam sebelah penumpang,bunyi krik-krik tersebut adalah bunyi relay yang tidak berfungsi
Unknown said…
Saudara...saya pkai keta kancil 850 lampu bulat...bila sya on aircond....ada bunyi krik krik di bhgia enjin....bila keta behenti di trafik lgh....rpm jadi trun naik di buatnya....ada bunyi di hadapan tmp ddk penumpang krik krik....apa masalah tu....
Mekanik Kereta said…
Bawah dashboard penumpang depan terdapat satu kotak hitam berisi relay dan litar untuk kawalan isyarat panas sejuk cooling coil.Alat ini akan berbunyi jika ia rosak
Zalie said…
Salam bro...

Saya ada honda city..sudah pakai 5 tahun...kereta saya start pagi jalan aircond sejuk... Bila jalan lama dan tempoh keadaan jammed akan mula rasa angin panas sahaja yang keluar...bila matikan aircond dan buka balik pun sama sahaja...cuma angin yang keluar.. Jika berhenti atau parking dalam 1 jam start enjin aircond akan sejuk semula.. Boleh saya tahu apa masalahnya dan anggaran kos pembaikan.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah kompressor,perlu gantikan kompressor kerana tidak boleh menahan tekanan lagi,kos kompressor sekitar rm950-1200
Zalie said…
Ok terima kasih
Zalie said…
Kos di atas sudah termasuk labaour cost buka dan pasang atau cuma harga barang.
Unknown said…
Saudara,enjin kereta sy wira 1.5 ada masalah.Ketika aircond dihidupkan,rpm enjin menjadi turun dan naik.apabila kita bergerak,enjin menjadi mcm berat utk bergerak.Aircond so far sejuk.apabila kita off aircond,rpm menjadi normal dan enjin ringan je apabila memandu.terima kasih
Mekanik Kereta said…
termasuk upah
Mekanik Kereta said…
Ada masalah pada kompressor tersebut,kebiasaannya bering yang ketat dan menyebabkan enjin terganggu,perlu juga mengganti FICD jika ada guna atau stepper motor untuk meninggikan RPM ketika aircond dihidupkan
Unknown said…
Aircond tetiba pagi ni keluarkn angin panas sahaja. Ada bunyi berdesing dlm cabin , dari aircond vents. Pegang paip aircond xde rasa sejuk langsung. Apa puncanya ? Xde bau gas aircond kat dlm
Mekanik Kereta said…
gas dah habis keluar,perlu periksa mana tempat yang bocor
Unknown said…
assalamualaikum tuan..
masalah aircond kereta myvi 1.3 saya,skejap sejuk skejap tak sejuk..kipas bjalan mcm biasa..tapi kompresor kdg2 hidup,kdg2 tak hidup..agak2 ape msalah kereta sy yek?
Unknown said…
Salam. Baru2 ni air aircond kereta kancil sye menitik kuar dri dlm. Aircond sejuk. Tpi risau sbb air keluar tnpa henti. Takut shot pada wirering. Kalo pg hntar bengkel ape yg biase makenik buat dan anggaran dlm brpe? Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,mekanik akan betulkan salur untuk keluarkan air tersebut,kosnya mungkin percuma
Mekanik Kereta said…
wsalam,cooling sensor pada cooiling coil tidak bekerja dengan baik,perlu ganti dengan yang lain
Unknown said…
Sy nk tanya, sy pakai kereta wira se... Kenapa bila buka aircond lama lampu check engine nyala... Lepastu aircond jadi x sejuk sb compressor x bekerja...

Popular Posts