Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya.


Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Komponen tersebut seperti berikut:-

1.compressor

Pada compressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada kompessor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada Kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan.

Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi,kompressor tersebut juga mengalami kerosakan bering.Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.

2.Cooling Coil

Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi.Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas.Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil.Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau  melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.

3.Valve aircond

Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.

4.Aircond fan

Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta.komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk samasekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa.Gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan.

5.condenser

Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser.Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas kondenser anda rosak samasekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.

6.Suis aircond

Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya  berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil.Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi.Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik.Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.


7.Gas aircond 

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian.HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda.Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu.Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.

Comments

Mekanik Kereta said…
Periksa fuse ,mungkin fuse ada yang terbakar terutamanya fuse ACC dan Ignition,gantikan jika ada yang terbakar
Unknown said…
Saya guna saga blm,bila jalan jauh,aircond saya x mengeluar kan angin,bila stop kira2 5 minit,aircond berfungsi seperti biasa,APA kah masalah aircond saya?
Mekanik Kereta said…
ini masalah blower resistoe,perlu diganti
Unknown said…
Ingin bertanya..sy pkai wira..suhu jd pns dan rpm nek smpai mencecah rpm 2 kdg2 bile on aircond..
Mekanik Kereta said…
perlu ganti water pump
Unknown said…
salam..mohon pncerahan.. sy mggunakan kete iswara keluaran 2008. Sy mmg tdk pnh servis aircond scara mnyeluruh hanya tambah gas shj & pd bln 6/2016 adalah kali ketiga sy berbuat demikian. Namun, aircond msh kurang sejuk & kdangkala tempeture naik scara mendadak pabila aircond dihidupkan dlm cuaca pns. Jika benar aircond sy rosak teruk, berapakah anggaran kos yg perlu sy sediakan? Mohon tuan emailkan jwpn ke lavendar9573@gmail.com
Mekanik Kereta said…
wsalam,aircond perlu ganti kompressor dan untuk temperture pula water pump perlu diganti dan radiator perlu dicuci,anggaran kos adalah RM1500
Unknown said…
salam tuan kereta saga sv saya masa bawak td dia bau minyk dlm kete n enjin berasap sy mtikn aircond dan hidupkn semula tp dah kembali normal ad kerosakn ke sbbb bru lepas ujan je td ujan lebat
Mekanik Kereta said…
wslm,bau minyak mungkin datang dari hose air filter dan hose yang berada pada tangki minyak seat belakang,mungkin agak lusuh dan perlu diganti ,enjin yang berasap tidak semestinya akibat rosak ,mungkin ada minyak hitam menitis pada ekzos dan jadi asap
f@_is95 said…
Kancil saya dah tukar piping aircond, condenser dan topup gas. Tapi, aircond tetap x sejuk dalam 2,3 hari lepas servis. Apa lagi masalah yg mungkin ada ye encik?
Mekanik Kereta said…
kompressor telah tidak tahan tekanan dan perlu ditukar
hadri said…
mohon bertanya tuan..compresor myvi yg recon ok x..brape harga..sbb pegi cek kedai kt dpn compresor ada kesan terbakar..adakah blh dibaiki smula tuan..
Mekanik Kereta said…
Compressor Myvi sekitar rm800.Compressor memang boleh dibaiki semula tetapi hanya ada woksyop aircon tertentu yang baiki
f@_is95 said…
Harga compressor kancil 660 agak2 brapa eh? Tapi, gas aircond tu macam dah kosong
Mekanik Kereta said…
sekitar rm500
Unknown said…
Salam. Saya nk tnye sikit. Enjin kreta kancil saya bergegar dan gayanya mcm nk mati apabila saya on aircond. Knp tu ek?
Mekanik Kereta said…
wsalam,FICD mati perlu dibaiki atau tukar
Unknown said…
Assalam tuan..
Kereta =honda city 2009
Masalah:aircond langsung x de keluar angin..
Apa masalah nya tuan..
Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,blower motor dah rosak
Unknown said…
salam saudara admin..sy ada masalah aircond kereta,apabila sy memandu melebihi speed 100 tiba2 aircond sy menjadi panas,tp klu cuaca terlalu panas speed 80 pun aircond menjadi perkara yang same..mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
wsalam,kompressor telah tidak boleh menahan tekanan dan kepanasan ,perlu diganti
Unknown said…
Kereta saya blower kipas mati..check check..fius 30A kat kotak putus....tukar fius baru...ok ...dalam 2ominit..blower kipas mati balik...chexk fius putus lagi...tukar fius baru..on blower putus lg fiusnya..tolong encik masalah saya ini....
Mekanik Kereta said…
wsalam,motor telah mengalami short circuit dan keadaan ini perlukan motor blower yang baru
shah said…
Cik sy na tanye ni,enjin kereta saya wira auto,sering berbunyi naik turun naik turun apa bila saya tutup aircon.bila aircon on balik bunyi tu kmbali normal.apa masalah die?
Mekanik Kereta said…
Thrttle body perlu diservis dan tukar stepper motor pada Throttle body tersebut,insyallah ok
Unknown said…
Hai, sy ingin bertanya. Kereta sy berbunyi bingit apabila sy on kan suis aircond sedangkan apabila aircond ditutup, bunyi bingit tu hilang. Boleh saya tahu apa masalahnya ya? Dan kos utk baiki berapa ya? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
hai,tukar belting dan bering pulley,kosnya sekitar rm300
asy said…
Salam. Sy mahu brtanya. Ade bunyi kuat semasa sy turn on aircond. Ape pnca nya ya?. Kereta nissan almera 2013.
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya magnetic clutch yang melekat pada pulley akan berbunyi kuat akibat dari clutch tersebut rosak atau bering yang juga rosak selain dari belting yang kendur
Sabar said…
assalam. sy menggunakan proton satria SE 1.5, ingin bertanya aircond kereta saya hanya mengeluarkan angin panas dan kerap mati enjin. adakah disebabkan aircond boleh mati enjin. jika ya apakh punca nye
Mekanik Kereta said…
wsalam,angin panas adalah sebab magnetic clutch yang tidak melekat pada pulley kompressor.Jika ada masalah pada bering klac magnetic clutch tetap melekat dan menjadikan enjin berat dan mati,sebaiknya periksa kompressor dan beringnya yang ada masalah
Unknown said…
saya baru je repair aircond kereta WIRA SE 2006 pada Jun 2016...tukar valve, drier, servis a/c blower, vacum + gas, compressor oil, tukar ND radiator motor...soalannya...kenapa aircond perlu naikkan switch (FAN) dan naikkan ke tahap no 4 utk sejuk....adakaha suis aircond problem?
Mekanik Kereta said…
Kompressor dan condenser tidak lagi bekerja dengan baik,jika ditukar insyallah ok
YAMAHA said…
salam,tumpang tnya,brapa kos plg mahal kalau repair aircond bocor honda,brapa plak harga klau tkar oiseal
YAMAHA said…
salam,sya nk tnya skit,brapa kos plf mahal kalau gas bocor,brapa plak harga klau tukar oilseal,tolong ya encik sord
Mekanik Kereta said…
wslm,kos tukar bocor cooling coil sekitar rm800 sahaja,kos tukar condenser kira2 rm400,tukar,tiada tukar oil seal untuk baiki aircond,oils seal ditukar hanya jika bocor oil seal timing belt kos kira2 rm500 untuk buka dan pasang semula guna timing belt yang lama
Mfriehas said…
salam tuan
honda crv 2002...
aircond sejuk tpi bru2 ni compressor engaged lma sgt kdg2 lbih 5min...skrg engaged memanjang, saya perlu off suis aikrcond utk merehatkn compressor...
apakah itu tanda gas aircond nak hbis atau problem lain...
mintak bantuan...
Mekanik Kereta said…
wsalam,compressor yang tidak cutt off adalah kerana cooling coil sensor yang kurang berfungsi,servis aircond,akantetapi jika masih cut off cuma agak lama ia juga ada kaitan dengan gas yang berkurang,tambahkan gas
Unknown said…
salam, saya nak tanya kete saya estima model tcr11 aircond die bahagian depan jadi tetibe x sejuk angin je tapi aircond bahagian belakang kekal sejuk. bila tukar mode angin ke kaki baru sejuk. bila saya check kondenser bhgian penyambung masuk ke kondenser tu agak berminyak, kenape ye? -quba-
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada bocor,gas dah semakin kurang,perlu tambah gas,ingin lebih baik,baiki kondenser yang bocor
Salam En Ghazi..
Saya menggunakan kereta vios 2007. masalah saya ialah kedengaran bunyi bising semasa start ignition kereta.. bunyi mcm screehing.. dan ketika awal pemanduan ketika tayar dalam keadaan membelok.. tapi semasa pemanduan jalan lurus tiada bunyi.. satu lagi bunyi ini andai saya tutup aircond dahulu bunyi hilang..
ada kawan serta mekanik kata mungkin berkait belt atau aircond compressor pulley .. minta pencerah dan pengesahan saudara terima kasih..
cara selesaikan problem apa yg perlu dibaiki dan ganti??? TK wassalam
Mekanik Kereta said…
wslm,saya Arsad mekanik blog ini,benar bunyi ini ada kaitan dengan belting aircond yang lusuh dan kendur,gantikan belting tersebut dan tensioner sudah memadai
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut negatif bateri ketika enjin hidup,jika enjin masih hidup itu tandanya alternator masih ok,lampu yang nyala biasa disebabkan oleh wiring yang kena minyak atau soketnya kurang kuat,periksa dulu samada alternator masih boleh digunakan sebelum ganti yang lain
zha said…
kalau timing kereta below 1 bila start enjin kenapa ye..lepas tu bila enjin bergegar dia terus terhenti..adakah itu berkaitan kipas problem?
MSZ Technition said…
Assalam tuan, sy nak tnya..saya guna kereta kancil 850 auto, kalau bukak.ekon lpastu msok gear dy gegar trok sngt tu standard ka atau ad masalah? Tlg email kan saya bole?
Unknown said…
salam,nak tanye,tuan..wira lama saya naik tempeture,aritu dah tukar tutup cap pastudah ok,dlm 5hari jadi lgi,apa saya leh buat?camne nak tau klu bocor sikit tak nampak mata kat hos waterpam ?apakah exos bocor leh naik tempeture?atau overhol?sbb mmg ada minyak hitam kluar?tq tuan.dah bnyak tanye pomen tapi tak periksa pun..n tak cari penyebab nye.takkan nak tukar semua kot,pleaseee
Mekanik Kereta said…
saudara Fiq Syafiq,

Perlu ganti FICD untuk Kancil 850 saudara
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis radiator,tukar thermostat dan gunakan coolant,pastikan air tiada bocor atas lantai apabila parking kereta,jika ada bermakna ada bocor dan komponen tersebut perlu diganti
Unknown said…
As slm tuan, sy guns proton persona tahun 2008, Sejak 4 tahun Sudan kereta sy selalu sentap sentap bila air con do buka Dan asap ekzos kereta luar akan masuk dlm kereta ini akan jadi bila sy Ada dlm kesesakkan lalu lintas atau ketika berada di lampu isyarat. Harap tuan dapat membantu..
Unknown said…
Berapa kos tukar kipas ekon ye encik mekanik?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm150
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti stepper motor dan tps sensor throttle untuk sedak2 tersebut manakala asap luar yang masuk gantikan getah pintu keempat2 pintu supaya angin luar dapat disekat dari membawa bau asap ke dalam kereta
Unknown said…
asalamualaikum bg...sy nk tanya....mula" icon tk da hal....kemarin saya on icon jalan ok...lepastu tiba tiba icon tu rasa panas...sy of icon sy berhenti sejenak...sy tengok timing belt pda kompresor mengeluarkan asap panas...& skarang bila on icon langsung tak sejuk dkat compresor pun bunyi nyaring kuat.....mohon pencerahan tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,bering kompressor jammed,perlu gantikan bering dan belting aircond
Hafiy said…
assalamualaikum.. sa.nak tnya tuan berkaitan aircond kerta sy..bila on aircond dan ada masanya bau aircond seperti bau gas..
kereta pesona manual..
Unknown said…
saya ingin bertanya, saya guna blm saga lama. bila on aircond, lepas 5minit angin aircond xkeluar seperti tersumbat. tp bila off aircond, on angin sahaja, angin akan keluar balik dan akan sejuk kembali. aircond sgt sejuk sepeti kawalan suhu tidak berfungsi. apa masalah? mohon bantuan.
Mekanik Kereta said…
Saudara perlu ganti cooling sensor pada cooling coil,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada bocor pada cooling coil,saudara perlu buka dan periksa
Hafiy said…
cooling coil tu blh repair ka tuan? atau kena ganti terus?..brpa harga nya tu?
abarai said…
Kancil saya dapta ON blower saja, tapi kipas radiator tak jalan(masa enjin panas saja jalan) Kalau relay dah rosak adakah masa aircon di'ON' akan menyebabakan kipas radiator tak jalan dan compressor aircon tak jalan? .
Mekanik Kereta said…
kilang mungkin boeh baiki tetapi kebiasaannya ditukar,kos sebuah cooling coil pesona kira2 RM500
Mekanik Kereta said…
Kipas kancil hanya satu,untuk panas enjin kipas akan berpusing begitu juga bila aircond di ONkan,jika aircon dihidupkan kipas juga berpusing dan pulley kompressor juga akan bekerja ,jika salahsatunya tidak berfungsi biasanya sebab relay aircond rosak atau fuse ACC putus atau suis rosak dan juga cooling sensor tidak berfungsi
Muy_yaQ said…
Salam.
Encik, sy nak tanya.
Baru2 nie sy ada servis aircond myvi sy.
Myvi auto tahun 2009.
Kedai tu buat full servis cabut dashboard sekali.
Yg dah tukar hanya cooling coli.
Kedai cakap xde bocor tpi lepas seminggu gas kurang balik.lepas tambah gas jadi kurang balik.tapi yg peli bila check gune meter yg check gas tu, masih
Ada lagi gas nya. Tak sampai seminggu dah panas balik dan stat bunyi bising mcm gas dah kurang.tau tak apa mslhnye.
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila tukar cooling coil,kondenser biasanya perlu diganti sekali kerana kondenser yang kotor saja akan menyebabkan cooling coil bocor dan rosak
Unknown said…
Boss.. sy mengunakan kancil 660..masalah compressor sy xda cutting temperature.mula mula ia berbunyi mcm bearing crack tp lepas tu senyap.sensor enjin sdh sy tukar, amplifier box hitam aircon sdh sy tukar, relay aircon sdh tukar.. tp maseh jg.



Tolong dulu bussku..
zahrafabric said…
Salam Tuan, pulley compressor kereta saya berbunyi kuat macam besi berlaga. Tekan minyak lagi kuat bunyinya. Ada percikan api dan bau belting terbakar. Aircon bila on ok..masih sejuk. Nampak.macam pulley tu jem je..ye ke tuan?? Sebelum ni pernah beberapa kali enjim mati bila on aircon..tapi bukan selalu..sekali sekala je. Nak tukar compressor mahal.sangat..boleh ke kalau tukar pulley je. Mohon pencerahan tuan. Tkasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh tukar pulley dan bering
Mekanik Kereta said…
Perlu ganti cooling coil sensor dalam cooling coil
Unknown said…
Encik tmpng tnyk...apa masalah kereta sya apabila sya switch on aircond selepas itu ada bunyi bising dah rendah timing pada kereta sya...mhon blsnya segera
Mekanik Kereta said…
FICD tidak berfungsi
Unknown said…
Nak tnya pasal kete sy. Bila bukak aircond, x smpai 10 saat compressor dah off. So aircond x sempat sejuk. Adakah masalah sensor suhu?
Mekanik Kereta said…
sensor suhu kawal keseluruhan suis tekanan sejuk panas pada kompressor,mesti tukar sensor suhu dalam cooling coil
Unknown said…
aq nak bertanya...pasal kancil 850 aq tu...asal pasng aircond..enjin terlalu panas hot.tgk kat meter hampir kat tgh2..lepas tu..gas aircond cepat habis...boleh tuan terang kn
Mekanik Kereta said…
Aircond jadikan enjin kereta lebih berat jadi sistem penyejukan mesti baik,servis radiator tukar thermostat pastikan coolant ditambah juga
Unknown said…
Ok terima kasih utk info yg sgt berguna ni...cuma sy nk tnya bengkel untuk baiki aircond yg boleh dipercayai...sbb aircone kereta sy nmpknya mcm kompresor yg rosak sebab ada kesan hitam sekitar pludge tu...sy skrg di area nilai...klu sedara ada knalan mekanik muslim pun ok...nk tahu kos baiki je...terima kasih
Mekanik Kereta said…
Kos tukar kompressor sekitar rm800-1000
Unknown said…
Salam saudara...just nk tnya ade x bngkel aircond yg saudara kenal dan dipercayai sekitar nilai atau bangi...sbb sy dh hntr check kt kdai c dan dy ckp mslh compressor kereta sy...dan dia suggest suruh tukar smua bnde berkaitan dgn aircond total dlm rm900 lebih...sy mcm xpercaya la smpi kne tukar smua bnde...ape pndapat saudara tntg mslh sy ni?
Mekanik Kereta said…
wsalam,saya sarankan saudara ke Chipo Auto Puchong Taman Maju Jaya kerana mereka memang ada baiki kompressor dan baikpulih serta senggaraan aircond lengkap,jika ia masalah bukan kompressor pun insyallah boleh jumpa
Unknown said…
Ingin bertanya saga lmst saya Tiba2 on econ blower dalam kipas kat enjin Dan kopresor x hidup nape her email saya junz7979@gmail.com.
Unknown said…
Ingin betanya nape bila on econ blower kipas kat enjin Dan kopresor x hidup junz7979@gmail. Com
Mekanik Kereta said…
jika ada 2 kipas salah satunya saja yang tidak akan hidup,jika putus fuse ACC kipas juga tidak hidup untuk aircon saja,perlu ganti fuse ACC dan RAD untuk radiator jika putus,relay yang bermasalah juga akan menyebabkan kipas tidak bekerja
Unknown said…
Saya ingin bertanya apakah punca utama kipas aircond rosak?..jika kipas tidak berpusing apakah yang perlu dibuat?..apakah punca belting aircond mengeluarkan bunnyi..terima kasih
Mekanik Kereta said…
Kipas aircond cepat rosak jika wiringnya telah diubah kesambungan terus dan merosakan motor dengan cepat.
2.Kipas aircond yang tidak berfungsi adalah kerana motor kipas yang telah terbakar dan perlu diganti manakala belting akan berbunyi jika kendur serta tensioner yang telah lusuh
Anonymous said…
Salam bro sord...trima kasih ats blog ini..
Sy nak tnya..sy pakai kreta axia advance...sdah guna 2 tahun lebih..blm pnah servis enjin lg...atw air on..msalahnya di sini..setiap pagi bla sy start kreta lps tu on aircond bunyi bising akan kluar..tetapi lps kreta sdah panas bunyi tu akan hlg..stu lg,klu off aircon bunyi tu x ada..apa msalahnya yaa?and apa yg ptut sy tukar? Blh emailkn jwapan kat sni yaa.. aeroyave@gmail.com
Trimah kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,belting aircond perlu diketatkan,ini sudah memadai untuk hilangkan bunyi
Unknown said…
salam..sy pakai wira 1.3 inj..masalah sy ialah lampu check engine sy menyala apabila on aircond...mcm mna nk buat
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila RPM rendah ia memudahkan sensor untuk tiada supply penuh ke ecu ,cabut soket speedometer dan bersihkan atau ganti airflow sensor dithrottle body
Unknown said…
Salam pomen,keta sy baru2 ni aircond xsejuk cuma kluar angin ja.. Bila sy p bgkel, apek tu bgtau ada msalah wayering dlm kompressor. Dia sruh tgl keta dlm 2 jam setengah klu nk repair. Tapi dia kata bleh buat bg elok la utk sementara waktu sj. Dia tmbh gas n tukar fius aircond. Bila sy starting baru nk masuk gear 3 ja, putus terus fius aircond td. Aircond dlm keta pun tukar jd panas blik.. Huhu! Boleh pomen bgtau x, apa masalah aircond keta sy ni?? Kalau masalah wayering, cmna sy nak cek punca kerosakan.. Sy harap pomen dpt tunjuk ajar kt sy ni!!
Mekanik Kereta said…
Wsalam,perlu diperiksa wiring belakang fuse yang ada kemungkinan terbakar dan bersentuhan juga pada suis dalam kereta
Unknown said…
Terima kasih. Information anda sgt membantu. Tetapi sy ada satu pertanyaan. Sy masih tdk faham wlaupun ada sesetengah yg alami hal yg sama. Soalan saya, apakah kerosakan jika aircond kereta saya menjadi panas jika kereta dihentikan seketika (cth: sy tinggalkan kereta yg masih hidup seketika utk beli makanan, dan bila kembali shaja, aircond kreta menjadi panas) dan bila sy mula jalankan kereta, sy dpt rasakan aircond kereta itu perlahan lahan menjadi sejuk kembali. Adakah ia patut ditukar atau apa? Terima kasih utk membalas.
Mekanik Kereta said…
Ini adalah kerana kompressor yang hilang keupayaan dan perlu ditukar untuk mendapatkan sejuk serta merta
Unknown said…
As Salam, macam mana saya nak tahu jenis kompressor air Cond saya, sanden or denso? Dan jenis gas yang digunakan
Mekanik Kereta said…
wslm,ada dicacah pada badan compressor
Unknown said…
As Salam, macam mana saya nak tahu jenis kompressor air Cond saya, sanden or denso? Dan jenis gas yang digunakan?
Mekanik Kereta said…
Wsalam,ada dicacah pada compressor
Unknown said…
assalam. sy ada masalah aircond kereta tidak berbalik semula jadi sejuk selepas saya tukar dari cold ke hot. sekarang aircond kereta jadi panas. bukan panas angin tapi panas seperti temperature yang saya tukar panas tu. apa masalah kereta saya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada kerosakan pada panel temperature control tersebut,perlu diganti
Unknown said…
salam...boleh tak tuan bagi alamat bengkel tuan.Saya nak.hantar kereta saya untuk.diperiksa.Masalah air cond.terima kasih..
Fauzi hamzah said…
salam...boleh tak saya dapatkan alamat bengkel tuan.Kereta saya mempunyai masalah air cond.terima kasih.
Unknown said…
Salam sy guna pesona nk tanya tuan kenpa radio powerwindo sy x berfungsi sedang kn sy dh cek semua fius x ade masalah lg lampu undur dan wiper pon skrg x hidup ape masalah kpd kereta sy tuan...
Mekanik Kereta said…
Salam sy guna pesona nk tanya tuan kenpa radio powerwindo sy x berfungsi sedang kn sy dh cek semua fius x ade masalah lg lampu undur dan wiper pon skrg x hidup ape masalah kpd kereta sy tuan-viva hijau

jawaban:-periksa semua relay juga,ada relay yang tidak bekerja,reset ECU juga dengan mencabut fuse ECU 30 minit
Unknown said…
Assalam, sy ika. sy nak tanya psal kereta waja. knp ye bila sy on aircond tak berbunyi, tapi bila sy tutup aircond baru berbunyi. dan bunyi tu bukan bunyi halus. bunyinye kasar dan kuat. ada member yg kata bearing aircond problem sbb xmemusing skali. betul ke ? sy low pengetahuan tentang kereta ni. Dan kalau boleh sy tahu, brp anggaran kos utk repair kerosakan ni ? trm kasih :)
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,betul kata rakan saudari,perlu periksa bering aircond dan magnet clutch
Unknown said…
sy pakai enjin l2s kt kreta kancil sy..compressor bru tukar..skrg ni kalau jalan,aircond sejuk,dan kalau brhenti trafik light,masih sejuk,tp klau tggu lampu merah btukar hijau,air cond jd pnas,dan timing tggi cam xbuka aircond,bila tekan minyak skit,bru ada bunyi "ketakk" dan compressor trus hidup dan aircond kembali sejuk..masa kreta jalan,kdgkala ada bunyi "ketakk,ketakk,ketakkk" gtu kt dlm dashboard belar kri dkt ecu..apa msalah ek??suis atau apa yg mslh??
Unknown said…
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal kereta iswara. Saya ON aircond hanya blower sahaja yang berpusing, manakala kipas aircond tak berpusing. Saya dah bypass kipas dan cek ok. Relay dan fius ok. Jadi saya ingin tahu apa masalah sebenar aircond kereta saya? Tq.
Unknown said…
Lau pasang aircond enjin bergegar pasal apa ya
Mekanik Kereta said…
FICD perlu dibaiki atau ganti
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,kipas aircond berpusing apabila gas aircond cukup dan cooling coil sensor yang juga berfungsi,perlu diperiksa kedua2 ini kerana kipas aircond adalah auto
Mekanik Kereta said…
Saudara perlu gantikan cooling coil sensor yang telah rosak
Unknown said…
Salam boss...kalau on airdond pastu kereta bergegar pasal apa plk boss
Mekanik Kereta said…
wsalam,FICD tak jalan
Kancil 650
Masalah - enjin selalu mati apabila free gear semasa memandu.

2-Ada bunyi geseran ketika aircond dipasang

3-pick up yg agk tersangkut sangkut
Mekanik Kereta said…
Tukar contact point dan fuel pump mekanikal ,manakala bunyi geser,gantikan belting aircond dan belting luar yang keras
Unknown said…
Assalamualaikum.air cond kereta sy tiba2 tiada semasa sedang memandu(tiba2 off).fius ok tak tbakar tp bila tekan suiz air cond tidak berfungsi.0177664617
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,suis pada panel rosak
Unknown said…
Saudari Leen...apa punca sebenar kerosakn yg berlaku...kete sy pon jadi cm2...share sket..tq...byk bengkel sy tye depa xtau/mls nk cri...
Unknown said…
Salam encik.macam mana nk pastikan samada cooling coil bocor atau tidak tanpa membuka dashboard?
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila sejuk hilang dengan cepat dan magnet clutch tidak melekat lagi tandanya ada gas bocor dan bila berbau gas dalam kereta ia tanda bocor cooling coil
Fadlie said…
Assalam.mslh kereta kancil 850m sy bermula apabila choked plungger jem,bila hidupkan enjin rpm naik hingga 3000rpm ke 3500rpm.jd sy buka karburator dn baiki choked plungger tersebut.mmg kotor berkarat la dlm plungger tersebut.karat2 itulah punca choked plungger jem.lepas servis karburator sy psg semula.lps tu sy hidupkan enjin dan buat tuning minyak/angin dn ejas sedikit distributer.mslh kereta sy skrg bila on air cond idle rpm jd naik turun x stabil sprti sblmnya dn kereta jd berat bila bergerak.air cond juga tidak berasa sejuk hinggakan pd waktu hujan cermin kereta jd berkabus sedikit.time pressure juga naik hingga separuh iaitu bila berhenti lama tanpa air cond.akan tetapi apabila sy on suiz air cond pd waktu ia naik,time pressure perlahan2 turun.sedangkan air cond langsung tidak sejuk.amat berharap tuan dpt membantu sy beri pendapat juga cara menyelesaikan mslh ini.
faizal said…
Saya ada masalah dengan aircond kenari aero 2005 manual..compressor aircond bunyi terlalu kuat walaupun tak on aircond,..aircond mmg dah tak sejuk..minyak aircond pun dah jadi hitam..yg membimbangkan saya bunyinya terlalu kuat..adakah ia melibatkan enjin?
Mekanik Kereta said…
Tidak libatkan enjin,bearing kompressor telah pecah,perlu ganti kompressor
Mekanik Kereta said…
wsalam,angin masih banyak dalam karburator,perlu buang dan setting semula karburator tersebut,ini agak sukar untuk mendapatkan idle yang baik ,perlu teliti
Unknown said…
As salam..sya ade soalan sikit..masalah sya skg bila start enjin dan aircond ade kedengaran bunyi bising mcm berdesing..apakah masalahnya ye? Jika perlu ditukar berapa kosnya?harap dpt mmbntu
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa laluan hose ke air filter,mungkin ada bocor atau tidak rapat
Unknown said…
Salam pakai honda fd2 .. apabila dihidupkan aircond (compressor kickin) enjin kereta saya tida2 mati sekejap dan selepas itu kembali hidup balik .. ia terjadi bila kereta bergerak idle dan compressor hidup .. so ape masalahnye ??
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah pada idle sensor pada throttle,perjalanannya terganggu akibat arus elektrik,airflow/idle sensor perlu ganti
Unknown said…
Kereta iswara saya... Bila saya tekan suia aircond.. .ia xberfungsi.. .apabila saya main fius dy.. .relay bunyi macam ketukx3...apa masalah dy yaa.. .
Mekanik Kereta said…
Ini masalah connection tak kukuh pada sambungan fuse,gunakan fuse yang lain
Unknown said…
Salam bro..suiz kereta waja hanya berfungsi pada suiz 3 dan 4..suiz 1 dan 2 xberfungsi..sbb apa ya bro?
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika suis aircond yang dimaksudkan,perlu ganti blower resistor
Unknown said…
Salam, sy guna kancil 660 2005. Masalahnya, bila sy hidupkan aircond, enjin kereta saya mati.
Boleh tahu sebab dan anggaran kos repair?
Mekanik Kereta said…
wsalam,RPM jadi terlalu rendah,perlu servis karburator dan ganti contact point,kos baiki kira2 RM300
lenzz84 said…
Salam..sy nk tnya..sy mggunakan saga blm..knapa ada air yg keluar di atas tempat letak kaki sebelah pemandu ye?apa punca & brapa kos baikinya?
LeonKennedy said…
Assalam bro nak tnye sy pakai saga blm 1.3 aircon bile hidupkan suis kipas berpusing dan hidup tapi angin air con tak kluar langsung kenape ye masalah tu
Mekanik Kereta said…
w/salam,angin tak keluar adalah masalah b;ower samada motornya rosak,fuse terbakar biasanya motor rosak
Unknown said…
salam en.sord..saya menggunakan kereta myvi..apakah masalah gas air cond selalu habis?
Mekanik Kereta said…
w/salam,gantikan getah penebat dipintu pemandu
Unknown said…
Assalamualikum tuan aircond sy dah servis kompresor baru tukar....aircond sejuk xboleh control sampai paip beku air cond xde cut off...valve sensor pada cooling coil rosak ke tuan....
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,betul sensor cooling coil rosak
zack said…
Assalamualaikum.paip dari compressor ke dinding sblum masuk ke dashboard sejuk..tapi koatak dibawah dashboard suam jer...angin yh keluar pun suam jer...apaa masalah nya tuan.boleh beri tunjuk ajar....
Aslmkum.
Sy ada problem dgn aircond kete wira sy yg x sejuk. Biasa bila sy on kan suis aircond (tombol yg nak adjust suhu), sy akan dengar bunyi pulley compresor engaged dgn magnetic clutch. Tp skrg xde dah dengar bunyi tu. Bila on, senyap je. Apa problemnya ya? Pastu nk tnya ada ke relay yg connect dgn magnetic clutch tu?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,aircond gas kurang juga suis auto tidak engage,relay pula ada didalam kotak fuse enjin
PAK ABU WORLD said…
Salam tuan,1/11/16 kete persona saya ade mengalami leaking area tmpt letak kaki duduk penumpang sebelah driver.so saya dh tukar cooling coil selepas disarankan pomen..arini jd balik leaking semula..aircond tetap sejuk..cammane tu boss?
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika leaking air,perlu selenggara dan selesakan kotak cooling coil supaya air yang keluar mengalir terus keluar kereta dengan elok
hafriz said…
Asslmlaikum bang,nk tnya sikit..xpa ka kalau bt kipas radiator ni brjalan serentak dgn kipas aircond..pomen kata bru xterlampau panas sbb kipas radiator ad masa berhenti ...jadi dy minx sy bt bg kipas radiator brjalae serentak dgn kipas ekon...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kipas kereta yang sekarang kebanyakannya berjalan serentak dan apabila ia telah sejuk ia akan berjalan hanya apabila ia panas
Unknown said…
Saudara, saya nak bertanya kenapa bila ac dihidupkan ia akan mengeluarkan bunyi yg kuat dan kasar bunyi itu akan bertambah kuat bila saya tekan pedal minyak. Bila kereta berhenti ac tidak sejuk. Minta penjelasan
Mekanik Kereta said…
Ada masalah pada kompressor samada bering pulley pecah atau belting kendur
Unknown said…
salam..ingin bertanya..kereta saya jenis saga flx tahun 2013..masalah sekarang enjin kereta saya akan berbunyi kuat dan kasar apabila kompresor aircond di hidupkan dan akan kembali normal selepas kompresor berhenti..sentapan pada enjin juga berlaku apabila kompresor sedang berfungsi..sebelum ini saya sudah menukar kompresor baru di sebabkan kompresor yang lama telah rosak..boleh mohon pencerahan dan bantuan saudara apa yang menyebabkan masalah ini dan apa yang perlu saya tukar dan perbaiki..terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor guna tekanan dan enjin akan bekerja dengan lebih kuat.bila sentapan kuat enjin akan ditarik,FICD,stepper motor,airflow sensor perlu bekerja dengan baik utuk sentapan kemasukan aircond,gantikan airflow sensor dan MAP sensor untuk kurangkan bunyi kasar enjin
Unknown said…
Assalam saudara, kereta saya mengeluarkan asap dari bahagian kompresor saya rasa kerana apabila saya tutup ac asap sudah tiada dan sebelum keluar asap ada bunyi yg sgt kuat dan kasar dikeluarkan dari bahagian kompresor apa bila ac dibuka, apabila kereta berhenti ac tidak sejuk dan bunyi semakin kuat. Kompresor ac tidak berhenti running. Adakah kompresor tersebut sudah kong atau ada masalah lain? Apakah masalahnya? Adakah serius dan memerlukan perbelanjaan yg banyak? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kompressor mengalami bering pulley jammed ,perlu ganti bearing,kos ganti sekitar rm400
Unknown said…
nk tumpang tanya...sy aida.mslh sy dgn kereta avanza sy thn 2004. air cond akan jd seolah x berfungsi dan panas jika dlm keadaan statik @ berhnti tanpa mematikan enjin, terutama waktu tghari...dan kadang kala temperature jg akan naik tiba2....kipas aircond pusing, gas aircond dh tmbah..bile pagi atau malam, aircond memang sejuk walaupn pasang 1 je suhunye...blh sy tau, apa kemungkinan mslh aircond kereta sy ni...dh hntr servis aircond tp mekanik still x dpt carik punca...harap dpt membantu..tq
Mekanik Kereta said…
Masalah begini adalah masalah kompressor,perlu ganti kompressor
paci diwan said…
salam bang sord.nk tnya psl ekon kreta waja.sblm ni ekon sy bfgsi dgn baik dan rsanya tiada mslh.tiap kali on ekon dan smpai msa ekon akn off sndiri scara auto.cma skrg bru sy prasan ekon sy x off dgn sndiri wlaupn sy rsa suasana dlm cabin dh ckup sjuk tp ekon msh x off dgn sendiri spt sblm ini.utk suhu pla,sy x pnah putar smpai full.sy putar suhu tu sparuh je.sblm ni smua nya baik.on ekon dan akn off dgn sndiri nya.jd apakah mslh ekon sy?suis ekon dh rosak ke atau sensor kt coil tu yg dh rosak.dan klu nk ganti sensor tu anggaran brapa hrga?
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti sensor cooling coil,kos sekitar rm300
Unknown said…
Assalam tuan arsad...belting ekon kete iswara sy terputus.adjuster bearing jammed.so nk tau klu jln jugak kete water pump effect x?
Mekanik Kereta said…
wsalam ,ada 2 belting,jika putus yang di aircond tiada masalah
Unknown said…
Cik, Terimakasih banyak blog anda dah banyak tolong kita dengan informasi2, sy nak tanya kerete sy saga iswara aerobag 2006, bulan lepas baru cek paip ape semua pomen kate okey x de bocor, terus depe tambah gas, nah br 3minggu dh mule balik air cond kereta jadi panas, kadang sejuk, kadang panas, banyak seeing panas, itu hari sy main kan kabel dia okey sikit, kabel tu sy ikat, sebelumnya berserabut, kemudian belting ada bunyi pelan cisss cissss, agak2 ape yang kene ye cik? Dan agak2 bape kos kene nanti?
Mekanik Kereta said…
Sama2,Perlu ganti kompressor,kos kira2 RM500
Unknown said…
Sy guna kereta kenari tb2 kereta sy da kluar asap dibhgian hadapan sedikit aircond jd pans dan ada air keluar dari bwah sebelum asap keluar ada bunyi sentakan kuat
Mekanik Kereta said…
ada hose aicond yang pecah sila periksa
Unknown said…
terima kasih sbb ada blog yg byk mbantu mcm ni... nk tnya, sy pkai kereta kneari..aircond sy sy g check dgn satu kedai dy ckp kompressor rosak...jd, ape rekemen tuan sbb ade org ckp klu repair aircond kne ganti smua komponen.. atau boleh sy ganti kompressor saje? terima kasih
Mekanik Kereta said…
boleh ganti kompressor saja
Luke said…
salam sy pengguna kereta gen2..pada mulanya aircond kereta sy sejuk setelah saya menaikan tahap suhu sejuk tiba2 aircond dah panas...kenapa ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah pada cooling sensor dalam kotak cooling coil
Unknown said…
Salam ni nak tanya ni sye pakai pesona aircon sye awal2 on sejuk bila enjen panas.aircon pon panas ape masaalah nye ye nak hantar reper rakut kene kencing
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor bermasalah,tidak tahan tekanan lagi,perlu ganti segera jika ingin sejuk seperti sediakala.
Kucengumuk said…
kompresor saga lmst 2004 berbunyi bila enjin hidup..tapi a/c dihidupkan..bunyi tu hilang? adakah bearing kompressor rosak? so tukar bearing kompressor sahaja ke?
Mekanik Kereta said…
tukar bearing kompressor saja
Kucengumuk said…
agak2 brp kos?
Unknown said…
Berapa kos compressor myvi model lama 1.3
Unknown said…
salam tuan.sye pakai saga blm kenapa aircond sebelah je sejuk.2sebelah penumpang sejuk.2 sebelah pemamdu tak sejuk.terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,ada gas bocor,ganti cooling coil dan kondenser
nasir hamzah said…
Assalamualaikum tuan.. saya guna kereta viva 850.. masa sy nak start kereta ada bunyi krik bawah dashbord.. kemudian compresser aircond sentiasa on.. tak off langsung.. biasanya outo on off kan.. aircon sejuk macam biasa.. tp kalau dah terlalu lama akan hilang sejuk.. dan angin aircon jadi slow tak kuat.. saya matikan aircond dlm 15minit dan on semula baru sejuk..ape problem nya tu.. harap tuan dapat jelaskan.. terima kasih..
Anan Azri said…
Salam 2017,

Masalah aircond kereta Chevrolet Nabira saya ialah:

Bila on enjin, meter temperature saya tak naik2 langsung. Tapi bila biar enjin biar lama2 sikit dia akan berfungsi kembali. Lepas tu meter temperature akan jatuh to 'zero' balik dan aircond tak sejuk. Kipas di radiator pula akan pusing terlalu bising bila jadi begitu.Saya terpaksa off dan on enjin balik untuk dapatkan aircond yg sejuk. Pernah tanya di bengkel, diorang cakap problem ECU..harga pula 4ribu lebih..mahal tu..mohon bantuan & pandangan encik.

Terima kasih byk2.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,perlu tukar cooling sensor bawah dasbod kerana tidak bekerja lagi,senor ini on/off jika tidak aircon tidak sejuk
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan dulu suis temperature,aircond yang tidak sejuk berpunca dari kipas yang berpusing bising dan kesat akibat kerosakan pada laluan wiring,gantikan juga relay aircond dulu
Unknown said…
Assallamualaikum..akk ada masalah kereta peugout 3008..acon x sejuk..sensor cooling coil dh tukar..acon sejuk bila jln..kalau berhenti x sejuk kenapa ya..ada kah pasal compressor..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,benar ia masalah kompressor yang lemah tiada pressure dalamnya lagi
mrsJ said…
hai.....
saya ingin bertanya, sya pakai myvi 1.3 manual(2007), mslh yg sy hdpi baru2 ni, stiap kali on aircond je, bunyi enjin trus jadi mcm garau+ ad bau mcm hangit2. dia akn jdi lbh kuat sms tukar gear n akn stop ble sye break.. adkh serius mslh tue, sye tkut jgk, sbb sye ulang alik kje ngan cik myvi sye tue... mohon pencerahan, terima kasih.
Mekanik Kereta said…
hai,getah belting agak keras dan mungkin tensioner bering juga keras dan menyebabkan pusingan belting ketat dan berbau hangit,perlu ganti tensioner bering dan belting juga
Unknown said…
Salam Tuan,
Kereta saya Kancil 660, masalah airocnd. Bila berhenti di traffic light atau kelajuan slow dlm 5-10Km/j. Compressor aircond x jalan. Kena tekan pedal minyak sikit baru dia jalan & bunyi "klik". Apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,pressure switch pada kompressor telah keras dan tidak sensitif lagi ganti kompressor adalah lebih baik
Unknown said…
Assalammualaikum saudara..
Disini saya nak beritahu masalah kereta saya kenapa bila buka aircond compressor aircond dan kipas xjalan ya adakah sensor problem ataupun compressor telah rosak.Terima kasih membantu.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa fuse ACC dulu,jika putus ganti,jika ok maknanya motor kipas rosak,perlu buat servis aircond gant sekali cooling coil sensor
Unknown said…
slm.kereta saya dah 3 kali dah topup gas.yang ke 3 ni tak tau berapa lama bole tahan.adakah paip sy dah bocor?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika kerap perlu topap bermakna ada bocor,biasanya pada cooling coil dan valve,buat servis aircond
Bobby Lau said…
Salam tuan.. sy pakai kereta kenari, masalah yg sy hadapi skrg ini adalah gas aircond kereta baru di isi mengikut sukatan yg betul.. tetapi bila on aircond timing rpm pandai naik turun.. sampai 1800 rpm.. bila off aicond timing stabil 900 rmp.. agaknya masalahnya.. TQ..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada airflow sensor/idle sensor/stepper motor pada throttle body,perlu setting semula
Unknown said…
Saya pakai kereta mazda 5...masalahnya aircond akan menjadi panas bila berhenti dilampu isyarat dan bila jalan sesak...dah buat service aircond tapi tetap jadi masalah yang sama.kalau macam tu apa masalahnya...harap tuan boleh membantu.terima kasih
Mekanik Kereta said…
ini masalah kompressor,kompressor dan condenser sebaiknya ganti
Rock batu said…
salam..saya pakai wira 1.3 masalah saya bila on aircon paiping kompresor dan paiping ke cooling coil jadi beku..aircon jadi x sejuk dan angin x keluar
Mekanik Kereta said…
wslm,bila keadaan dimana terjadi gas beku dalam saluran adalah disebabkan terjadinya fros dan sejuk tidak dapat keluar,servis ,gantikan valve dan cooling sensor,pastikan kipas berpusing dengan baik,bilah kipas pastikan tidak longgar pada tempatnya
Anonymous said…
boleh tlg anggarkan apakah kerosakan aircons kreta myvi saya. ari tu belting bunyi bila on.tpi kejap ja la..sooo sya biarkan saja sebab bunyi tu hilang bla da kreta gerak lama ckit. 1hri tu..tiba2 aircond tidak sejuk..cek ke kdai,itu achai bilang gas tiada..soo p tmbah la...2 jam kemudian,aircond tidak sejuk pulak semasA dlm pjlanan.yg sya prasan,sebelum aircond tidak sejuk.tempreture engine naik bar merah. lepas tu...gas habis semula. bila isi...cmpresor tu tidak bertindak balas suda/magnet tu suda tdak bfungsi. blh tlg ka angarkan apa ka rosak sebenar aircond kreta sya? adakah magnet tdak bfungsi sb cmpresssor suda rosak atau mcmna...
Mekanik Kereta said…
magnet clutch tidak akan berkerja jika gas habis,perlu baiki kebocoran gas baru lah semua komponen aircond akan kembali bekerja dan sejuk semula,kos servis atau tukar cooling coil jika bocor ialah sekitar rm1500 itupun jika cooling coil yang bocor
Unknown said…
assalamualaikum
kereta kancil saya 850 lampu bulat
aircong kereta saya kadang2 sejuk sgt sampai keluar ais dari lubang aircond tetapi selapas tu akan jadi panas macam aircond tak berfungsi langsung.

bolehkah tuan maklumkan apakah masalah aircond pada kereta saya

terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah cooling sensor yang tidak elok lagi,perlu diganti,buat servis ,ganti cooling sensor dan valve
Unknown said…
Salam..saya ada myvi 1.5..dalam keadaan idle..bila saya on aircond..RPM saya turun naik turun naik 1000-700..lps off aircond baru satbil..air masih sejuk..cuma waktu pagi ada asap putih keluar..minta beri penjelasan

Popular Posts