Dapatkan 10 peratus sampel online percuma-klik gambar

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.

Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-

1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

 Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

 Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-

1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE. 

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

 Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

 Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.

Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Nota Penting Untuk Gear Auto:-

Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,

Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter  yang dipanggil Transmission pressure solenoid.

Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.

Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah

Comments

Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tukar solenoid shift dalam kotak minyak gear auto
TEAM KISSM said…
Hai... sy pengguna perdana v6. Nak tanya kat mana blh dpt solenoid sensor
Mekanik Kereta said…
Di mana2 kedai alatganti
Unknown said…
Assalamualaikum...Saya nak cuba mohon pencerahan masaalah gearbox auto...Toyota Harrier 3.0.Masaalahnya...bila masuk D...kereta tidak berjalan...bila enjin panas dan main main minyak baru bergerak...selepas itu kembali normal...keadaan tukar gear 1 2 3 4 normal tanpa sebarang bunyi...mohon pencerahan tuan...
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah speed sensor,perlu tuar speed sensor
Unknown said…
Assalamualaikum
Tmpg tanya.. Kancil sy auto dan ada leaking pada gearbox bila enjin hidup..
Apa kerosakan dan anggaran kos baik pulih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,leaking tersebut berpunca dari kotak autofilter gasket yang rosak,tukar gasket dan autoflter,kos sekitar rm200
nahd said…
saya pakai kereta perdana tahun berapa x pasti. setiap kali nak masuk gear, ketat sgt even nak tukar gear dari P ke R. kadang2 senang pulak nak tukar dari P ke D. sampai saya takot nk tukar gear.
Mekanik Kereta said…
salam,ada 2 clutch pump,pada brek dan atas gearbox,perlu tukar kedua2nya sekali terutamanya pada gearbox ,insyallah ok
dea said…
Asslm tuan. Sy pkai avanza auto. Tp 2 3 hari ni nk masuk gear R dr P sy terpaksa tekan shift lock sekali br dia blh masuk R. Apa mslh nya ye? Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam ini masalah panel dan pin gear panel ,perlu diperbaiki mungkin tercabut
Unknown said…
masalah yg sama mcm kereta sy.. muhamad firdaus dh ok ke kereta.?
Unknown said…
assalammualaikum... saya ada soalan mengenai aoto gear saya pakai kereta proton waja 1.6 auto 2004 masalahnya ialah ketika gear pada D kelajuan gear 5 tiba tiba dia bertukar gear 3 dan lampu N berkelip kelip, tetapi apabila saya berhenti dan matikan engine dan start balik dia normal kembali nanti kadang kadang dia jadi lagi
Mekanik Kereta said…
wsalam,slip gear biasa terjadi akibat kurangnya minyak gear atas sebab bocor,perlu periksa paras minyak gear dan baiki kebocoran
nazreenhasan said…
Salam tuan, kereta kancil manual 850 saya ada masalah clutch berat dan minyak gear keluar melalui soket kabel meter. Kemudian enjin berbunyi sedikit kasar dan hilang selepas clutch ditekan. Boleh saya tau apa masalahnya dan berapa kos untuk membaikinya.
Unknown said…
Salam sy puan Ann..minta pendapat nie
Nak beli kereta second seperti wira auto 2000 tapi risau kerosakan di kemudian hari..ada sesiapa yg boleh bgi cadangan terimakasih
Mekanik Kereta said…
wsalam baca post saya di alamat ini untuk pengetahuan https://mekanikkereta.blogspot.my/2012/12/kereta-baru-atau-kereta-terpakai.html
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti bering klac,bunyi hilang bila tekan klac adalah maalah clutch bearing yang sudah rosak
Unknown said…
Salam tuan...saya guna kereta myvi auto 1.3..gearbox da rosak so tukar gearbox passo auto..then mslh ptma lmpu OD xmyala n xbfungsi then da 3 kali da tukar gearbox masi lg rosak..pakai 2 3 hari rosak lg...pomen tu ckp radiator xkuat da pam ke gearbox..tkar radiator da..tp masih lg xbaik...hmmm...da 3 bulan kereta tu tersadai pomen2 tu xdpt nak cari jln pyelesaian..mohon pencerahan...
Mekanik Kereta said…
wsalam,overdrive sensor perlu diganti jika tukar gearbox kemudian reset sistem ECU ,insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan
Kereta alza auto saya lampu AT kekadang menyala tapi pomen test bawak semua keadaan baik.
Mekanik Kereta said…
wsalam,lampu AT menyala jika ada masalah pada sensor seperti speed sensor dan ECS (Electronic Control System).Sensor mudah dijangkiti jika sensor kena air atau minyak hitam,minta mekanik cabut soket speed sensor dan keringkan,jika ia masih bermasalah dan menyala speed sensor perlu diganti
aku.kusut said…
Salam encik. Myvi saya pelik sikit, bila gear keadaan D waktu berhenti, kereta akan bergegar. Sebaliknya jika gear berkeadaan N. Mengapakah?

Kilometer saya juga telah mencecah 200 000. Apa yang patut saya tukar? Servis 5000km & atf tak pernah tinggal.

Mohon pencerahan lampu spotlight drpd encik. Terima kasih.

Mekanik Kereta said…
wslm,periksa mounting enjin dan gear,jika ada yang pecah gantikan,ini boleh mengurangkan gegaran
Unknown said…
Selain dari gear yg damsukkan terlepas sendiri... ade punca2 lain x yg megatakan gear box nak rosak..
Boleh advice?
Mekanik Kereta said…
Gearbox sukar rosak jika minyak dijaga rapi,tanda2 ia akan rosak ialah gear tak dapat dimasukan dengan baik,berbunyi kuat dan bergegar
Unknown said…
Minta bantuan...saya pakai kereta nissan serena C24, kenapa gearbox tidak bertukar, saya rasa ia jalan pakai gear 4, saya telah buat tukar minyak gear baru, filter minyak gearbox telah tukar baru. saya beli kereta second hand, sensor gearbox dah tukar dah tukar, sdemasa tukar sensor gear berada dlm keaddan gear 2 sahaja. telah buat scan komputer untuk reset balik, tapi x boleh reset....nie kena ganti gearbox baru ke
Unknown said…
Aslmalkm tuan. Saya penguna honda city i-dsi. Saya baru-baru ini mengalamin masalah dgn kerata saya. Bila masuk gear tak boleh. Boleh jalan tapi kena tunggu masa yg panjang. Kena tunggu dlm mase 30 menit baru boleh jalan. Klu sudah boleh jalan kalau berheti enjin dan sejuk sikit. Kena tggu mase dlm 3 menit baru boleh jalan. Apakan kerusakan dgn gearbox. Jika gearbox rusak apakan baiknya menukar gearbox. Atau msh boleh di baiki.
shanizzzz said…
Askm cik arsad... brp kos tkr mounting gearbox kia carren terkini. 1 depan 1 blkg.
toyol said…
Assalam Tuan
Saya memiliki Ford Fiesta 1.6 tahun 2012.

Masalahnya:
1. Pada mulanya gear R x berfungsi.
2. Kemudian sensor engine menyala
3. Gear D sangkut2

Hantar kebengkel yang arif pasal gearbox untuk check. Komen Mekanik:
1. Ada clip yg tertanggal/rosak
2. Semasa penukaran minyak gearbox, bengkel yang selalu saya hantar kereta untuk servis tidak menggunakan minyak khas untuk kereta ford menyebabkan berlakunya kerosakan.
Selepas itu, buat full servis gearbox & gantikan clip yg rosak. Gear R & D dah ok tetapi setelah saya memandu dalam 40km signal gearbox pulak yang menyala.

Diharap Tuan dapat membantu.
Unknown said…
As salam bro...mcm mna keta? Da ok ke? Sy pnya sma penyakit ngn keta bro...tahun yg sama...keta yg sma...n penyakit pn sama...mcm mna bro buat?
Unknown said…
As slam tuan makenik..

Saya ada maslah dengn nissan sentra n16 saya. Semasa gear d tetibe jadi free.. dalam 10 saat..

Pastu maslah tkar gear 1 ke 2 yg x masuj.. kena berhenti dan mati kan enjin baru ok balik..

Kete auto.. boleh saya tahu sama ada gbox saya rosak atau lain2 msalah..

Kos repair gbox berapa.
Tq

Mekanik Kereta said…
wsalam,ini adalah kerosakan solenoid shift sensor,perlu diganti,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam ada masalah pada speed sensor gearbox ini ,pastikan menggunakan scanner tool ataupun reset dulu sistem ECu dengan mencabut negatif kabel 10 minit dan hidupkan enjin 10 minit selepas dipasang semula.
Mekanik Kereta said…
wsalam,kira2 rm400
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu gantikan solenois shift sensor dalam auto oil box
azmi maran said…
masalah says gear reverse Honda Odyssey auto 1996 xmasuk time enjin sejuk. time pan as OK pulak.
Mekanik Kereta said…
ada masalah pada reverse switch
Jammy Lee said…
Salam.. Saya pakai kia spectra auto tahun 2005.kereta baru tukar gearbox dlm 3 minggu lps. Td masa drive td kereta jd sangat berat kalau nak reverse, tekan minyak kuat2 bru kereta akan reverse. Masa tngh drive pun kereta jd berat. Kalau tekan minyak kereta mcm mengaum. RPM akan naik sampai 5000.apa masalah dia ye?
Orked Hutan said…
salam..sy pkai saga blm.auto.
kalau kite berhenti nak park..tp gear xleh ltk park.. dia sampi reverse je. . knape ye..tpkse ltk kt neutral je jdnye..
Mekanik Kereta said…
wsalam,panel gear tu sangkut
Mekanik Kereta said…
wsalam,speed sensor ada masalah,bawa semula ke mekanik untuk pastikan sensor speed dapat menghantar isyarat ke ECU
Jammy Lee said…
Berapa estimated kos untuk repair ye.. Thank you
Mekanik Kereta said…
kos kira2 rm400
Unknown said…
Sy ade masalah keta chery. Lampu engin menyala kadang2 naik dlm stgh jam lampu hold berkelip2. Time bawa. Bila dlm 10 mint tekan button hold hilang balik. Tapi lampu engin still nyala. Kadang2 tarik tempat minyak petrol dgn buka air con hilang lak lampu. Bila berhenti kt t.light gear dlm N lampu engin myala blik. Engin lemah terus engin keta mati. Start jln blik keta?
Ape pblem?
Bawa p workshop check pkai komputer x dpat detect kena check lebih detail lagi.
Blom htar check lagi utk kali 2 .
Mekanik Kereta said…
tukar speed sensor atau overdrive sensor,insyallah ok
Unknown said…
salam bro.. nak tnye kereta sy honda civic fd2.0 auto.. bile enjin sejuk gear akan ade sentap bile nak shifting.. tp bile dah panas enjin lama2 akan hilang selepas sy off kereta dan start kembali.. sekarang problem pulak makin kerap lambang vsa akan timbul dan 'D' akan berkelip bile masuk gear.. bile dalam keadaan tu kadang2 tekan minyak gear x masuk dan bile masuk pon akan ade sentap yg kuat dan ape yg sy perasan gear akan mcm sangkut gear 2 dan 3 sahaja.. sy dah tukar minyak atf dgn filter.. sensor 2 dan 3 gear pon dah tukar.. ade kah solenoid yg bermasalah seperti ape yg sy baca di atas.. kalau berkenaan solenoid boleh x beri no kod item atau nama item berkenaan mudah untuk sy refer kepada kedai nnt.. terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini biasanya adalah masalah solenoid shift sensor,selusuri dikedai2 alatganti untuk kod ,nama item tetap sama transmission shift solenoid sensor
Unknown said…
saya mempunyai HONDA Odyssey RB1 dan masalah lampu "D" berkelip2 mcm xtouching ngan board tpi yng hairan kt meter pun xidup..bila tukar manual mode pun xda display.. Ia nya berlaku dalam jangkaan kekerapan 15 kali berlaku sekali.. keadaan gear setakat ni tidak ada menampakkan sebarang masalah dan masih lancar.

mohon perjelaskan adakah petanda gearbox bermasalah atau pun sebaliknya.
Asalamualaikum. Saya Jasni dari Sabah. Saya menggunakan kereta Atos Hyundai automatik. Masalah saya sekarang berkaitan gear kereta saya tidak berfungsi, bila masukkan gear D, D2 dan L, kereta tidak dapat bergerak langsung. Tetapi gear R berfungsi spt biasa, kereta boleh undur. Mohon nasihat dan tips dari tuan yang pakar. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa minyak gear,minyak gear mungkin tiada,kurang atau ada bocor,tambahkan minyak gear dan tukar autofilter
Mekanik Kereta said…
perlu periksa panel gear auto tersebut,soket gear ke panel mungkin tercabut atau longgar
Jammy Lee said…
Salam.. Bahaya tak kalau kereta tu bawak berjalan jauh. Sy tukar gearbox dengan mekanik d kelantan. Sy sekarang di KL. Ke bawak mekanik mana2 pun blh? Kereta lgsg dh tak blh reverse and bila drive kereta akan mengaum kuat dan jerking, lama2 akan smooth balik tp bila sy tekan brake dia jd balik. Thanks for sharing your knowledge
Mekanik Kereta said…
wsalam,tak bahaya cuma tak sesuai digunakan kerana kerap enjin tak menentu,rpm mudah naik tinggi,repair dimana2 boleh,minta mekanik tukar speed sensor,minyak gear dan autofilter periksa jika ada bocor
sheikhshahir said…
salam.

sy nak tanya. sy pakai proton persona auto tahun 2012. baru2 ni gear auto sy ada masalah. sy masuk gear reverse akan ade sentakan, dan pada meter gear akan tunjuk kereta dlm gear neutral. tapi walaupun meter gear tunjuk neutral, kereta tetap boleh reverse. dan yang buat sy lagi pening, masalah ni kadang2 je jadi. kadang2 yg kerap. apa masalah gear auto kereta sy ya?

tq. harap dapat jelaskan...tqq
Mekanik Kereta said…
wsalam,pastikan minyak gear cukup dan autofilter adalah baik dan jika ini ok bermakna ada masalah pada transmission shift sensor gearbox ini
dedek said…
Salam..normal ker kalo tukar gear auto P-R-N-D-S dan sebaliknya akn menghasilkan bunyi seperti 'tak'setiap kali tukar gear...namun dari segi pickup/performance tiada mslh..cuma bunyi tersebut shj..-honda city 2010-
Mekanik Kereta said…
wsalam,pastikan min yak gear auto dan autofilter dijaga ,ditukar tepat masa,insyallah jadi ok,bunyi tiada.
Unknown said…
Salam tuan..saya menggunakan toyota hilux..baru2 nie saya ada menukar minyak atf..persoalan nya ialah bila kreta dah jalan lama bila saya cek atf stick nmpk takat myk atf sya terlebih dari takat hot..apa kah kesan bila myk atf terlebih isi??
Mekanik Kereta said…
wslm,kereta akan jadi berat dan akan cepat leaking jika ada mana2 ruang yang leka pada gearbox
SEALIFE INN said…
Salam
saya nazir. Kereta ford escape 2.0 auto (2003) saya hanya boleh masuk gear reverse. D, 1, 2 masuk, x bergerak langsung. Apa yg perlu saya buat?
Terima kasih di atas naaihat tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu gantikan kedua2 belah drive shaft kiri dan kanan.
rahim'mah said…
assalamualaikum.. sy nk tnye... ape kemungkinan masalah yg berlaku... bile kereta saga blm auto.. gear xleh nk tukar dr N ke R..
Mekanik Kereta said…
wsalam,reverse switch problem
Jammy Lee said…
Salam.. Sy ada tnya bengkel2 di KL tentang kereta, diorg kata gearbox kena bukak balik. Bengkel yg sy repair kereta hari tu d kelantan. Sy pening sekarang sbb gearbox masih dlm warranty, tp nak bawak balik Kelantan jauh sngt, risau takut jd apa2. Kereta sy sekarang lgsg takleh nak reverse.. Nak repair d KL kos mahal . Ke bawak pergi bengkel sini dan terus suruh diorg tukar speed sensor? Dan ada tak kemungkinan yg kereta sy ni rosak benda lain, bukan speed sensor? Sorry bnyk tnya.. Dah taktau nk tnya sapa.. And thank you sesangat sbb reply.
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika gearbox yang dibaiki semula ada 2 kemungkinan,iaitu tersalah kedudukan dalam gera itu sendiri dan bocor minyak gear serta kotoran yang banyak dalam minyak gear ketika ia dibaiki semula,kadangkala dengan tukar minyak gear boleh melancarkan semula pertukaran gear depan dan reverse,sebaiknya periksa paras minyak gear dan periksa teliti jika minyak gear telah bertukar warna akibat kotoran
Jammy Lee said…
Gearbox tu ditukar, bukan repair. Hari tu dh check minyak gear, still on acceptable level, tp tak sure contaminated ke tak. Nnt sy cuba tukar minyak gear dulu. Thank you cik mekanik. Semoga dimurah kan rezeki
Unknown said…
asslam en, saya pakai kete kancil 850 auto, masalah kereta saya ialah bila saya ingin mula perjalanan, saya masuk gear D, ia makan masa yg lama untuk kereta bergerak tapi kalau saya reverse kereta bergerak seperti biasa, cuma ingin bergerak gunakan gear D sahaja ia jadi masalah mcm tu. dan satu lagi masalah kereta saya, kereta menjadi seolah olah berat bila speed diantara 40-80.. boleh saya tahu masalah dan penyelesaiannya tak en? tq
Unknown said…
Salam. Nak tanya, anggaran kos ganti clutch plate proton waja auto 2001 berape ya?
Mekanik Kereta said…
wslm saudara meeei85.

Kos anggaran adalah kira2 RM800
Unknown said…
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai Masalah AT menyala secara tiba tiba semasa kereta berjalan. Bila drive D tiba tiba lampu AT menyala dan kereta jadi tersentak. Apa masalah n penyelesaian. Terima kasih kerana membantu
Mekanik Kereta said…
wsalam,speed sensor atas gearbox dan solenoid sensor dalam autofilter perlu ditukar,ganti juga minyak gear
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa minyak gear,tambah jika kurang dan baiki bocor gasket ,tukar jika ia kotor.Jika semua ini telah dibaiki sepatutnya ia tidak akan keluar lampu AT lagi melainkan ia telah merosakan sensor speed
Unknown said…
Assalamualaikum tuan. Baru2 ni saya cuci enjin keta. Waja auto 1.6. Takut nk cuci sebenarnya tapi sebab pomen suruh cuci utk detect leaking so saya cuci. Immediately lepas cuci saya drive x sampai 10 minit problem trus. Tgh drive gear D tetiba sentap dan drop ke gear 3. Pastu lampu N berkelip dan gear stuck kt gear 3. Meter speed pun tetiba x jalan. Bila brenti dan stop enjin pastu start balik, masuk gear D ok tapi bila jalan sekejap terus lompat ke gear 3 dan lampu N berkelip semula dan meter speed mati semula. Dah tukar camshaft sensor tapi masih sama. Pegi scan pomen cakap input output sensor. Mohon penjelasan tuan. Tq.
Mekanik Kereta said…
wslm,reset ecu dulu dengan cabut negatif bateri 10 minit kemudian pasang semula dan biarkan enjin dihidupkan selama 10 minit juga,jika ini tidak membantu terpaksa ganti speed sensor
Unknown said…
Salam brother tumpang tanya masalah kereta waja 1.6 auto masalah gearbox atau masalah lain saya pun sampai sekarang pening masukan gear D berjalan lancer tapi pertukaran gear macam tertarik panjang untuk bertukar
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah solenoid shift sensor,perlu tukar
zudin said…
Salam tuan,sy pengguna Exora Bold CFE..
Masalah yg dihadapi,
Gear P,N D dan L tidak berfungsi normal..
situasi nya kereta tetap bergerak ke depan pada ke 4 empat gear tersebut..dan gear reverse hanya berfungsi beberapa saat sebelum menganjak ke depan semula. Harap tuan boleh bg pandangan.terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa dulu minyak gear auto samada kering atau bocor,kemudian beralih ke sensor speed jika minyak ok
Unknown said…
salam tuan, saya ada kereta kia spectra 1.6 auto. stereng saya kadang terasa ringan kadang terasa berat. apa masalah dy ya? dan aircond kereta saya dah kalau on lama2 dy pandai panas. dah servis pun still jadi mcm tu. apakah tu masalah pada sensor? dan driveshaft sy kdg2 pandai berbunyi ketika berjalan slow pomen kata kurang gris btul ke? harap tuan dapat menjawab persoalan saya terima kasih
Unknown said…
Asalammualaikum abg.. Saya nak tanya abg ni.. Kenapa ya enjin wira 1.8 auto saya ni nak masok gear nya lambat.. Sampai habis tekan minyak pon tak masok masok lagi.. Contoh nya.. Dr gear 2 nak masok gear 3.. Bila lepas minyak ja.. Baru masok.. Tu pon tiba tiba enjin tersentap hampir hampir nak terberhenti kereta... Apa masaalah nya ya.... Dan apakah cara nya yg perlu saya buat ye... Saya ni baru ja menggunakan enjin auto... Harap2 abg dpt memberi pencerahan kepada saya.. Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,gear auto banyak bergantung kepada minyak gear,minyak gear jangan bocor,kotor dan terdapat habuk kasar dalam minyak,selain itu solenoid shift sensor yang berkedudukan dalam kotak autofilter juga akan kurang berfungsi serta mudah rosak akibat kesan minyak gear seperti disebutkan,periksa semua ini dan jika ia ok gantikan solenoid shift sensor
Mekanik Kereta said…
wsalam,pastikan pam power stereng tak bocor hose ,manakala kompressor yang sudah tidak tahan tekanan akan jadi panas kerana piston dalamnya sudah ketat walaupun ditambah minyak kompressor,kompressor ini perlu diganti
Mekanik Kereta said…
drive shaft bunyi bila belok perlu tukar kerana ia tak boleh dibaiki,kliang saja baiki
Unknown said…
salam tuan....
nak tanya banyak.....
saya guna murano 3.6 cvt..
prob nya ialah sensor/indicator 4wd selalu tiba2 muncul lepas bawak dalam 2-3 kilo... dan rasa mcm dia on sendiri gear 4wd...(sepatutnya kena stop dulu baru bole on)...
masalah ni belarutan dah 2-3 bulan....
da check dengan computer sensor ok...
dan sekarang kereta saya dia jadi stuck... masa bawak dia jerk n terus stop...
adakah ini gearbox prob @ gear 4wd punya prob??
Unknown said…
salam tuan.....
apa kesan kalau kita bawak kereta dalam keadaan gear 4wd sepanjang masa??
Mekanik Kereta said…
wsalam,seperti yang diketahui,kegunaan 4WD ini untuk mendaki bukit tinggi dan bergerak dalam keadaan lasak dipaya,sungai dsbnya,jadi bila kita sentiasa guna walaupun jalan biasa ia boleh merosakan bahagian gearbox kerana bergerak secara berat tanpa beban
Mekanik Kereta said…
wslm,gear 4wd problem
Unknown said…
Wira 1.6 auto saya ada masalah gearboxnya.

Gear 1 ke 2 ada sentak bunyi 'duk'

Gear 3 ke 4 kadang2 ada freeplay

Gear downshift masa kereta stop ada sentak bunyi 'duk'

Gear 4 akan downshift sendiri masa kereta dlm kelajuan 80 ke gear 3 dan takmau naik ke 4 even kita pijak pedal utk laju.

Tolak D ke R ada sentap.

Saya dah cek minyak gearbox ok lagi sbb baru servis dgn auto filter sekali.

Adakah gearbox kena tukar gearbox baru ?
Dhia said…
Salam nk tanye kete sy kadang2 tiba2 tersengguk2 dkt gear 2&3 bile change gear .kelisa 2006
Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar drive shaft dalam kiri dan kanan
Mekanik Kereta said…
minyak gear ada bocor,jika ada baiki bocor tu,pastikan tukar minyak gear dan autofilter setiap 2 kali servis jangan biarkan minyak kotor
Unknown said…
Ada no tepon tak
Mekanik Kereta said…
ada atas blog ini
Unknown said…
Keta saya ade masalah bila turun dari tempat parking bertingkat. Bila belok kiri atau kanan ade bunyi mcm ketukkan di hadapan area tayar?
Mekanik Kereta said…
Perlu ganti kedua2 belah drive shaft,insyallah ok
EarthDream said…
Salam sifu,
sy pakai Accord TAO 2008. Problem bila kelajuan rendah (gear 1) kereta akan jerking mcm melompat (bila tekan minyak) dan tersengguk (bila lepaskan minyak).
Harap sifu dapat membantu
Mekanik Kereta said…
wsalam,adjust kedudukan kabel minyak dan karburator atau throttle body,pastikan tukar fuel filter dan servis throttle
out'spo'ken said…
Saya menggunakan kereta waja auto 1.6 2001. Baru2 ini berlaku masalah semasa pertukaran gear kereta, seperti tuan kata ada bunyi "duk". Timing gear bertukar tidak menjadi masalah dari 1 ke 2, ke 3, dan ke 4. Cuma ada bunyi Duk sahaja. Saya tukar bateri baru dan masalah itu hilang utk 5 6 hari. Sekarang ada bunyi lagi...apa spesifikasi bateri waja tuan ?
Mekanik Kereta said…
Bunyi boleh datang akibat dari drive shaft haus atau torque converter,periksa mounting gerabox jika ia pecah juga boleh menghasilkan bunyi ini
Anonymous said…
Salam, nak tanya berkenaan kereta alphard xdpt masuk gear reverse. Seperti stuck d bahagian belakang kreta. Apa masalah tu yer? Thanks.
Unknown said…
Aslkum,
Toyota vios auto, bila gear d,3,2 jalan tak lancar (mcm nk mati) tp bila gear reverse ok jalan semua lancar. Apa masalahnya ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam tuka speed sensor,minyak gear,autofilter pastikan ok tak kotor dan ikut skala pertukaran setiap 20000 km
Mekanik Kereta said…
wsalam,Alphard menggunakan long shaft,jika terasa seperti ia sangkut dibelakang,ada kemungkinan yang gearbox belakang sangkut pada shaft panjang dan juga joint yang menyebabkan ia tidak berpusing
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar speed sensor dan solenoid shift sensor,isyarat voltan ke ECU yang kurang menyukarkan gear untuk menerima isyarat bertukar,pastikan minyak gear dan autofilter tidak kotor
Unknown said…
Salam. Di bandar saujana putra kedai yg repair gearbox apa nama kadainya ye....?
Mekanik Kereta said…
NZ Auto Garage saudara Hardi Rnovation
jebat derhaka said…
assalam, saya guna myvi 1.3 manual..masalah saya bila masuk gear 3,4,5 kereta jadi berat utk memecut...ape masalahnye?
Unknown said…
Assalamualaikum..

Sy pakai saga blm (manual).

Semasa gear dlm keadaan digunakan (1,2,3,4,5 @ R) kenapa gear shift masih boleh digerakkn seolah2 dlm keadaan free gear. Bila dlm keadaan free gear pulak,gear tak kembali ke tengah selepas ditolak ke kiri atau kanan. Masa memandu laju pn gear akn berbunyi..
Utk makluman tuan, semasa memandu sy tiada masalah utk masuk atau menukar gear.
Adakah tu pun tanda2 gearbox problem?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar minyak gear yang lebih baik dan pastikan autofilter ditukar setiap 20000 km
Assalamualaikum, tuan...
Saya, menggunakan jentera daihatsu hijet 1.3cc..
Masalah, kenderaan saya ialah kepanasan enjin yg melampau/overheating...
Utk, pengetahuan tuan... Saya, dh tukar waterpump, thermostart, silinder head, head gasket dan service radiator.. Tetapi enjin masih lagi overhating..
Apakah, masalah sebenar kenderaan tersebut?
Jika waktu hujan atau bawa slow 50/60kmj suhu stabil... Kelajuan melebihi 80kmj suhu naik mendadak sampai melepasi tahap sejuk...*jarum sampai ke tanda merah*
Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,head yang digunakan tersebut samada telah terlalu nipis atau retak sebaiknya gantikan head yang lain
Mekanik Kereta said…
Wsalam gear panel ini longgar,boleh digantikan ,ganti dengan yang lebih elok,boleh dapat dikedai alatganti terpakai
Unknown said…
Salam..
Saya pun kena mslh yg sama mcm sedara kt atas.. Klu mcm ni mmg gearbox dh rosak & kena ganti baru ke?
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh dibaiki cuma perlu dihantar ke wsyop yang baiki gearbox tetapi jika masih baru saja kena air boleh flushkan semua minyak dan air tersebut 3-4 kali dengan minyak gear insyallah ok
Din said…
Pendapat yg mengatakan pengunaan minyak auto lg jimat tu mcm kurang tepat....Saya dah guna banyak jenis kereta auto dan manual rata manual lagi jimat minyak
mila said…
saya bru setahun guna alza advnce auto... dlm beberapa hari ni bila keta mula nk gerak perlahan tekan myk ada sentak.. bila laju ok... bila slow jadi.... boleh en jelaskn apakh agknya mslhnya... trima kasih
mila said…
aslkm... sya bru sethn guna keta alza advnce auto.. beberapa hri ni bila msuk d jln perlahan tekan je myk ada sentakan.. bila laju ok.. slow blik sentak lagi... blh en trangkn agaknya masalah ni di mna ye.. tq
Mekanik Kereta said…
tukar minyak gear dan autofilter,jika masih jadi tukar sekali solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear
Unknown said…
baru kelmarin mengalami masalah gear jam di D. tekan2 minyak sampai kereta meraung tetapi kereta langsung xbegerak.tapi bila enjin sejuk dapat pula jalan dgn baik.masalah ini ada kaitan dgn gearbox ke?
Rez Rizal said…
Salam Tuan. Saya memandu kereta Honda City iDSI tahun 2007. Masalah saya kereta tersentak kuat ketika saya nak memberhentikan kenderaan dan gear masih di D. Saya telah tukar flywheel dan minyak CVTF ... Masalah sentakan dah kurang ... cuma sentakan masih ade sikit. Time naik bukit ataupun rooftop parking pickup dia lambat sikit apalagi jika ramai orang naik sekali sampai saya kena turun ke gear S. Harap dapat membantu
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar kedua2 belah drive shaft ke gearbox,ini memberikan kekuatan lebih pada gerigi dan mendapatkan pikao semula,gerigi inner drive shaft telah terlalu haus
Mekanik Kereta said…
ini ada kaitan dengan solenoid shift sensor,tukar minyak gear,autofilter dan shift sensor
Unknown said…
salam sy gune kancil 660 masalah gear 1 dan 2 x boleh masuk. ape masalah nye ek
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu adjust kabel klac
kos breaces said…
Assalamuulalaikum.saya pkai perdana sei.masalah leking kat bulat depan gearbox yg warna hitam.situ ada 1 soket wayer.apa nama tu?
Mekanik Kereta said…
reverse switch
Unknown said…
Assalamualaikum tuan,
Sya mnggunakn Proton Persona 1.6 auto... skrg sya mngalami masalah kotak gear yg mna gear 1,2,3 dan mundur shaja yg berfungsi mnakala gear D tifak berfungsi dan paparan pada meter gear pun tidak berfungsi... adakah ini masalah sensor atau kotak gear itu sendiri... minta nasihat dan kaedah dri tuan.. InsyaAllah
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam.ini masalah panel gear ,baiki connection antara panel gear dan meter
Unknown said…
assalam tuan..nk btanya kos repair kete jenis ford escape 2.0l LXT.
lampu check engine naik..bile pegi ke ford centre slps pernukaran minyak itam..perlu di reset kan balik..supaya lmpu cek injin padam..tetapi still xhilang lmpu nye..ape kah permasalahan die dan brapa kah kos nye utk repair..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut fuse ECU untuk kira2 30 minit dan pasang semula
Unknown said…
Salam..sya nk kngsi pngalaman psal auti filter..kreta myvi sya bru shja siap srvice auto filter..sblum ni kreta sya memg mslah gear xmasuk..enjin jdi kuat..rpm smpai 60...bgi sya yg xthu apa2 psal kreta auto ni memg pening..prgi cek kt produa siap repair hmpir 3k..tpi nsib baik la ada hmba allah yg sdi tlong..cek stu2..first tngok wring .soket..sensor.smua ok..last skali tngok auto filter..rupa2nya auto filter xprnah tkar..skrg 90rbu lbh km dh..nsib baik xde efect lain..syukur sngt...klau korang ada mslah yg mcm ni knjungi la kanani service jalan tembusu 1..taman impian ehsan...owner memg trbaik
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk kereta auto ,servis adalah tukar minyak hitam,oil filter,air filter dan plug setiap 5000 atau 10000 untuk minyak 10000km manakala 20000km untuk tukar minyak gear auto dan autofilter,ini semua mesti dipatuhi untuk penjagaan kereta lebih baik.Untuk manual tukar minyak gear setiap 40000km
Mat Peroih said…
Asslkum admin. Saya fairuz pengguna Hcity06. Saya ada masalah berkenaan timing RPM tak stabil. Bila enjin dalam keadaan idle, enjin x sampai pun 900 atau 1000rpm. Dan bila kipas aircond mula on,timing rpm hampir jatuh dan enjin mula gegar hampir mati tetapi tidak mati kembali ke 700-800rpm. Masalah ini berlaku jika kereta dalam keadaan idle saja,jika kereta berjalan tiada masalah pun. Minta penjelasan dan tunjuk ajar admin.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini melibatkan idling stepper motor pada throttle body,perlu servis throttle dan gantikan stepper motor
Mat Peroih said…
Asslkum admin. Saya fairuz memandu Honda city06. Nak bertanya, masalah saya dengan timing RPM yang tak sampai 1000 atau 900rpm. Ianya akan tambah teruk bila kipas air cond mula on. Rpm akan mula jatuh sehinggakan hampir enjin mati tetapi ia naik balik ke 600 atau 700rpm. Ia akan berlaku bila enjin dlm keadaan idle saja. Bila kereta berjalan tak ada masalah.Cuma waktu berhenti trafik light saja dia jadi. Minta perjelasan tuan admin.
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis throttle body,tukar stepper motor insyallah ok
Mat Peroih said…
Throttle body sudah pun saya service pada mulanya tapi still x ok juga. saya x puas hati saya tukar baru tetapi barang half cut la still kena juga sampai sekarang masalah belum settled. Cuma sekarang stepper motor yg admin ckp tu saya belum tukar. Akan saya usahakannya tuk tukarnya. Tapi boleh saya tau stepper motor tu ada pada bahagian mana yer? dalam throttle body tu sendiri kerr admin?
Mat Peroih said…
Terima kasih banyak atas segala info bro. Dan lagi satu boleh saya tau cost tukar stepper motor tu berapa?
Mekanik Kereta said…
dalam rm200
Mat Peroih said…
Terima kasih bro atas segala maklumat yg berguna ini.
Unknown said…
Salam nak Tanya sikit ba kereta viva daya Ada sedikit masalah,dmna bila rpm sampai 2000 asalkan Ada bunyi bergegar tapi bunyi tu akan hilang bila rpm mencecah 2500 tak Kira lah gunakan gear apa 1,2,3,4,5 sma juga....apa masalah tu ya...bila gear x masuk xde bunyi pula!...tu Yg bawa bengkal...pomen bengkal bengang....minta bantuan bole?....
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa mounting gearbox,tukar jika pecah,bunyi boleh hadir jika gearbox tak stabil,minta pomen periksa atas gearbox jika ada lock gear atas klac pam dan gearbox longgar
Unknown said…
salam smua...saya mau tanya apa masalah dgn kreta saya bila saya bru start utk jalan saya masuk gear D..tpi bila kreta begerak ja..automatik gear tendang masuk OD..tekan button pn nda ble of od tu...paksa cabut betry bru of od tu...tolong2 info siapa yg tahu masalah ne...tq
Unknown said…
assalamsaya pakai kereta saga flx....problem kereta saya...ada bunyi macam bering class...bila tekan clas hilang bunyi tersebut...tapi bila dah jalan jauh panas..bunyi tersebut hilang..pless saya nak ke pastian..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini memang masalah klac bering,bila ditekan dia hilang bunyi
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah gerigi gearbox
Unknown said…
Salam,saya guna altis 1.6,masalah saya nak tukar gear dari 'P' ke gear lain kadang kadang tombol gear tak boleh tekan walaupun sudah tekan brek.apa masalahnya tu?
Unknown said…
Salam boss...kedai boss area mna? Sy nk boss tgk kerosakan kte sy..kenari auto. Klo bleh boss bg no fon.
Unknown said…
Assalamu'alaikum bro,saya baru jer lepas isi minyak gear tapi gear tetap stuck kat neutral x nak masuk gear 1,apakah penyelesaian yer?
Mekanik Kereta said…
wsalam ada pin tersangkut samada pada panel atau gearbox,periksa di mekanik
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukar solenoid shift sensor untuk kereta auto jika manual gearbox telah rosak
Mekanik Kereta said…
wslm,0193716023,balakong
A' Joy said…
Salam,
Saya memandu avanza 1.3 auto. Masalah yg dihadapi O/D lampu berkelip, lampu enjin menyala dan kereta hanya berada dlm gear 3. Klu nak masuk gear empat kene bawa perlahan² tunggu sampai lampu enjin x menyala, berhenti sekejap utk change gear to P, tgu smp lampu O/D berhenti berkelip baru boleh masuk gear 4. Jadi adakah ini disebabkan oleh solenoid? @ ada gaya tuka gearbox. Jangan .....
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan solenoid shift sensor,minyak gear auto dan autofilter,insyallah boleh diselamatkan
Unknown said…
Salam
Saya nk tnya knpe keta saya gear susah masuk dan ada kebocoran minyk gear box
Wan said…
Assalamualaikum, kereta apv suzuki saya br keluar bengkel. Atas masalah enjin. Bila saya ambil kereta, masalah gear. Gear auto saya terlalu lembut. Antara D dan N. Bila dah dibaiki. Masalah pedal minyak jadi keras. Saya terpaksa tunggu lama,apabila berhenti di trafik light dlm gear N. Bila beralih ke gear D, pedal minyak keras ditekan. Bila saya biar kereta bergerak perlahan.lama kelamaan baru pedal minyak boleh ditekan. Itupun setelah saya menekan dengan kuat. Apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kabel minyak boleh diganti jika ia terlalu keras,manakala gear yang lembut boleh dibaiki atau di adjust
Unknown said…
slm saudara sord87,disini sy ade kemusykilan berkenaan lampu od off menyala pd kete myvi auto 1.3,gear oil apa semua dh tukar,check pd sistem sensor semua ok,pomen kata timing chain problem,blh sy th brp kos timing chain utk myvi auto.kakau sy x tukar timing chain ni,adkh menjejaskan kete
Mekanik Kereta said…
wslm,tak tukar timing chain tidak mengapa cuma lampu od tersebut akan terus menyala seperti yang saudara sebutkan
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak gearbox bocor dari tepi drive shaft dan flywheel,kedua2 jenis oil seal ini boleh diganti
Wan said…
Assalamualaikum tuan, suzuki apv auto.pedal minyak Bila ditekan berasa pijak sesuatu. Apabila tukar dari gear D ke N, dan bertukar semula ke gear D, pedal minyak bila dipijak,seperti pijak tersangkut. Perlu pijak pedal minyak dengan kuat,baru boleh berjalan.apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kalau tak silap throttle body ini guna kabel,kabel tersebut telah ketat,sebaiknya ganti
Unknown said…
Salam abg makenik sy nk tya npe wira sy bila enjin hdp n trs msuk gear 3 mcm ssh nk masuk ek?tp bila enjin off trs msuk gear 3 sng n smooth je. Dh gnti clutch baru pn sma gak.....adakah sebab flywheel bos?
Unknown said…
salam abang mekanik,
nak tanya kereta wira auto 1.5
1- berapa liter ya diperlukan untuk minyak gearbox?
2-minyak gearbox brand ape sesuai
3-apa perlu tukar skali semasa tukar minyak gearbox(yg berkaitan dgn gear yg perlu ditukar bsama2)
terima kasih tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,
1.2 liter setengah saja
2.gunakan Pennzoil sudah memadai
3.autofilter saja
Unknown said…
Salam tuan,
Sy ingin bertanya berkenaan dgn APPS (accelerator pedal position sensor).
Sy pakai kereta honda city thn 2009. Masalah nye bila tekan pedal minyak, rpm xnaik langsung. Bila sy masukkan gear dr P ke D atau dr N ke D, kereta jd tersentap kuat. Bila bawak pegi bengkel, pormen check guna komputer, APPS problem.
Persoalan sy, adakah APPS masalah ada efek bila masuk gear D?
Atau gear box dan APPS kereta st problem?
Mohon penjelasan dari tuan.

Tq..
Mekanik Kereta said…
wsalam,APPS melibatkan pedal minyak yang kadangkala terasa kosong akibat sensor rosak,begitu juga RPM yang tidak naik dan tinggi kerana ECU yang tidak menerima isyarat dengan baik.RPM yang tinggi akan menyebabkan terasa sentakan kuat bila gear dimasukan
Mekanik Kereta said…
Wsalam,masalah sukar masuk gear kereta manual adalah sebab clutch pump samada pada pedal kaki atau atas gearbox dan biasanya pada pedal kaki ia agak mudah rosak,gantikan segera
Hafiy said…
aslmualaikum wbt tuan..
sy ingin bertanya kereta sy kenari auto.. smlm sa rasa pertukaran gear kereta sy x normal.. rasa meraung bunyi enjin bila meter dari 20 ~ 30.. rasa mcm gear tu lambat bertukar.. knla tu ya??..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,solenoid shift sensor dalam kotak minyak autofilter perlu diganti
Hafiy said…
satu lg tuan... masa drive tu bila lepas tekan padel minyak tu then bila tekan balik padel minyak rasa seperti terseguk/seperti menekan break mengejut..rasa tu sekejap saja .. masalah tu dr solenoid shift sensor juga?
Mekanik Kereta said…
Bila ia lambat masuk ,ia juga akan tersentak bila masuk gear akibat dari shift sensor yang tidak stabil
Unknown said…
Tuan mekanik sy memandu waja 1.6 cps masalah sy di sini masa nk gerak dan sy masukakn gear ke D dan gear runing 1,2 bila time dia nk masok 3 enjin ada teriak dan gear 3 tu x jd masuk serta ada sentakan seolah2 gear kembali ke 2..masa tu jg lampu N berkelip2..apa masalah gear sy ni tuan..tolong org ssh dulu tuan.
Mekanik Kereta said…
Ini masalah solenoid shift sensor,pastikan minyak gear cukup dan autofilter bersih setelah menukar shift sensor ini
Wan said…
Assalamualaikum en mekanik,kereta saya dah seminggu x berjalan. Bila saya start enjin, x boleh. Tapi lampu dan hon,serta lampu pada panel meter menyala. Adakah sebab bateri? Saya dah cuba jumper tapi masih x boleh start enjin.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bateri lemah walaupun guna jumper ia tidak membantu melainkan ia dicas penuh semula atau tukar bateri
Unknown said…
salam tuan. nak tanya mgenai beberapa perkara..
1)berapa liter minyak gear diperlukan untuk proton wira 1.5 auto?
2)masa nak check dipstick gearbox tu enjin kena on atau off dan ltk gear pada N ke?
3)berapa lama kene tukar semula minyak gearbox?(mohon jwpn dlm kiraan masa bkn KM sbb saya 1 mggu sekali je bwk kereta)
4)berapa kos upah sahaja oleh bengkel untuk kos penukaran minyak gear dan autofilter?(barang beli sendiri)
harap dpt membantu.terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,

1.2 liter sahaja
2.Letak gear pada N atau P,masa enjin hidup atau mati
3.Kira2 20000 km guna tapi jika tak selalu bawa tukar bila cukup km
4,Upah kira2 Rm100
Unknown said…
Assalamualaikum, sy pemandu proton persona mengalami masalah bunyi berdensing/ bersiol pada gearbox. Pada kelajuan 100-140 enjin mengaum seolah olah mintak gear lagi. Padle minyak turut bergegar. Apa masalah dan penyelesaiannya.
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar klac set,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,minyak gear mungkin kotor dan gearbox jadi lebih panas dan bergetar
Unknown said…
assalam, saya pengguna waja 1.6 mmc auto, masalah nya, kalau gear dari P nak masuk ke R ada bunyi, asal masuk gear R je msti ada bunyi, satu lagi, kalau enjin tngah sejuk, saya drive, gear satu nak masuk ke gear 2 jadi lmbt, knpe ye jadi gini? adakah gearbox saya perlu dibaiki
Mekanik Kereta said…
wsalam,shift solenoid sensor perlu diganti,inshallah
Unknown said…
kalau terjadi perkara mcm di atas..apa yg perlu dibuat?adakah perlu buang mnyk enjin dan mnyk gearbox?lpass tuu isi semulaa
Unknown said…
Salam bos,Saya pakai Mazda 2 sedan 2010,Nak Tanya,kenapa yekk bila drive bunyi mcm berdengung jek and kalau auto gear mcm lambat masuk je..
Anonymous said…
i guys, I am facing a problem with my kia forte automatic transmission system. Once I accelerate to shift from gear 1 to gear 2. It make a sound than followed by a jerk. It doesn’t shift the gear instantly, but it take such seconds than it shift to the second gear with an audible sound in the transmission box. However in the other shifts from 3 to 4 it works smoothly and without any problem.
Note that the problem never appear when the vehicle is cold, but once heated it start jerking especially the 1st and 2nd gears.
Mekanik Kereta said…
The transmission is facing a sensor solenoid problem.it needs to be replaced as well as gear oil and autofilter
Unknown said…
Assalammualaikom wbt Tuan..
Saya kereta saya Nissan grand livina 1.6 auto tahun 2009 menghadapi masaalah berikut, mohon advice Tuan..

1. Kereta mengambil masa yg lama ketika gear (D)ataupun kdg2 perlu menggunakan gear satu (1) untuk gerak ke depan.

2. Kelajuan hanya boleh maksimum 120 km/h je klu lebih meter rpm akan tiba2 melonjak dari tiga terus ke 6 7 8 dan menghasilkan bunyi enjin yg kuat

3. Kalau nak tarik pikup tak blh enjin tak lawas ( refer mekanik dia kata masalah gear 4 tak masuk)

4. Adakah saya perlu tukar gear box ataupun tukar solenoid shift shj. Berapa ya anggaran kos solenoid shift tu. Terima Kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar solenoid shift,kos kira2 rm500
Unknown said…
assalammualaikum... giar sy ada bunyi sangkut la bila nk tukar ke giar seterusnya, tambah kalau nk tukar ke giar rendah, lagi la bunyi sangkut tu, dia org ckp, giar tembaga.. btul ke? wira 4g92 menual
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gear hanya susah bertukar bila minyak gear kurang,kotor dan kabel yang ketat dan perlu diganti,bunyi akan ada kerana klac bering tidak dapat menekan klac cover dengan sempurna kerana kabel yang ketat
Anonymous said…
Assalam..sy pakai kete grand livina 1.6 auto 2008,(1) bila tgh drive di highway akan terasa bergegar bila nak naik bukit (landai)je & lmbt pick up..lps tu ok..(2)bila belok kiri@kanan Ada bunyi 'tuk'..masalah drive shaft ke..brapa anggaran kos utk semua.
Mekanik Kereta said…
wsalam,benar ini masalah drive shaft dalam dan luar yang haus geriginya,perlu ganti kedua2 belah supaya kereta dapat pick up semula dan mudah naik bukit
Unknown said…
Salam tuan
Kereta saya caldina gt4.. bila rpm dlm 3k ke atas..akan kuar bunyi macam bersiul... gear 1-2-3 ok...bila 3 - 4, akan rasa sentak kuat skit. Boleh tuan jelaskan sikit x pasal perkara ni... myk gearbox merah ok, tp skrg mcm bau hangit dah skit...
Mekanik Kereta said…
wsalam,terdapat kotoran dalam gearbox,mungkin sedikit,perlu flush minyak gear dan periksa juga bocor jika ada
Unknown said…
ASSALAMUALAIKUM, DISINI SY NAK TANYA..SY PAKAI KERETA PERSONA AUTO, APA MASALAHNYA IALAH SY MASUKKAN GEAR "R" DAN KESANNYA MCM SEPERTI ADA HENTAKAN (MACAM KITA LANGGAR KERETA DEPAN, DAN ADA 1 MASALAH BARU YG SY HADAPI SEKARANG IALAH GEAR "D" X MASUK DAN X ADA DI PANEL METER PUN, SY JALAN TADI PUN TERPAKSA MENGGUNAKAN GEAR "3" SECARA PERLAHAN2, APA KAH MASALAH NIE?
Mekanik Kereta said…
WAALAIKUMSALAM,jika minyak gear kurang atau bocor gear sukar masuk,manakala hentakan adalah sebab speed sensor tidak berfungsi juga menghilangkan tanda pada panel,perlu ganti minyak gear,autofilter dan 2 speed sensor output dan input
rosak rasanya tu..

Popular Posts