Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Showing posts with label Mukaddimah (Pengenalan). Show all posts
Showing posts with label Mukaddimah (Pengenalan). Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Makluman tukar nama dan alamat ke mekanik kereta

Assalamualaikum,

Pertama sekali blog yang dahulunya dikenali sebagai kerosakan kereta mengucapkan salam maulidur rasul dan bersyukur serta berterimaksih kepada sokongan pengunjung yang tak putus-putus sejak blog ini dimulakan sekitar tahun 2008.

Olehkerana faktor-faktior keselamatan secara teknikal untuk terus  menerbitkan post secara online maka pada tahun 2014 ini ,blog ini yang dahulunya beralamatkan kerosakankereta telah menukar nama kepada Mekanik kereta serta alamatnya juga telah ditukar kepada mekanikkereta.com atau www.mekanikkereta.com .Semuga blog yang beralamat baru dan bertajuk baru ini akan terus menyumbangkan manfaat kepada pengunjung seperti sebelumnya.


Blog Mekanik Kereta juga secara rasminya tidak akan menerbitkan post yang lain selain dari automotif repair iaitu semuanya adalah mengenai permasalahan kerosakan dan pembaikan samada penyelesaian,masalah,baiki,modifikasi,enjin,badan kereta,dan keselamatan penggunaan komponen serta alat.

Ruangan komen pula masih mengekalkan corak sama dan tiada perubahan yang lain cuma terdapat sedikit image yang terpaksa dibuang pada ruang REPLY yang dulunya berimage dan sekarang menggunakan butang Reply oleh Google

Topik enjin kereta masih kekal sebagai topik utama dalam post dalam blog ini

Akhir kalam Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 bersamaan 1435 Hijrah .Sekian.

Sunday, May 31, 2009

Coretan pengenalan

Salam kepada semua pengunjung blog,

Ku mulakan dengan lafaz bismillah sebagai pengenalan kepada semua.Terlalu banyak yang ingin ku coretkan mengenai automotif ini dan terlalu sikit pula masa yang dapat ku luangkan untuk tatapan semua. Lebih 20 tahun aku menceburkan diri dalam bidang baiki kerosakan kereta, automotif mekanik, dan dalam tempoh itu juga aku dah jumpa macam2 kerenah kereta termasuklah kerenah tuanpunya kereta.

Nak ku luahkan tak dan pulak masa,jadi kepada semua aku akan update blog ini setiap masa so semua pengunjung jangan risau ada lah yang tentu akan dapat manafaat darinya.

Ini hanya sebagai permulaan bak kata orangtua2 mana kan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung!

Pengenalan kena panjang ke,ntah aku pun tak tau kalau suka ,korang baca kalau tak, korang scroll nanti bila dah banyak label kat bawah tu,semuga semua dapat ilmu di sini ,Inshaallah Takbir

Aku tulis semua pasal kerosakan kereta atau yang sama dan sipi2 sama saja lain dari tu tiada!