Skip to main content

Posts

Sumber kuasa untuk enjin

Olehkerana kita ni tinggal dalam Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa jadi pada mereka yang menyambut hari natal Selamat hari Krismas yang akan menjelang pada 25 haribulan december ini,dan pada mereka yang bercuti pada 25 dec ini Selamat bercuti dan hati2 bila memandu. Sumber kuasa adalah amat penting dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan.Sebuah kapalterbang,kapal selam,keretapi,jentolak,robot,mesin malah manusia memerlukan sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti2 seharian.   Dalam sebuah kereta sumber kuasa utama adalah bateri,olehkerana bateri menjadi sumber kuasa utama dalam menghidupkan enjin jadi bateri adalah elemen terpenting dalam sebuah kereta.Tidak dapat dinafikan sekarang kereta berbentuk hybrid menggunakan hampir keseluruhan sumber kuasa dari bateri. Dalam penjagaan bteri sebuah kereta terdapat beberapa kaedah penting yang harus diikuti oleh pengguna kereta supaya bateri tersebut akan tahan lama dan dapat menyambung hayat sekurang-kurangnya 2 tahun melepasi tempo...

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri . Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik

Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendengar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.