Skip to main content

Posts

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Satay atau sate

Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka. Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.

Mengapa gasket silinder terbakar apabila enjin panas

 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya.Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.  Jika terjadi overheating meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu. Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima ,jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).

Menjimatkan petrol secara teknikal

Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Ini bukan untuk curi kereta

Pada ketika kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian ada kalanya kita lupa dan tertinggal kunci kereta di dalam kereta. Kecuaian ini sering terjadi dan menjadikan satu masalah yang rumit bila memikirkan bagaimana hendak mengambil kunci kereta sedangkan pintu telah terkunci dari dalam samada secara automatik mahupun manual.

Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta

Torque wrench adalah alat yang digunakan untuk mengetatkan dan menguncikan bolt dan nut atau skru mengikut tahap dan kadar yang sesuai untuk sebuah komponen enjin kereta.  Pada kebiasaannya semua skru,bolt dan nut dikunci dan diketatkan menggunakan kaedah spanar biasa yang berbunga dan bergerigi samada bulat atau bunga.Manakala skru yang pipih pada permukaannya dikunci menggunakan spanar philips biasa. 

Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm dan u stand.