Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Baiki enjin diesel(overhaul)

Enjin diesel  bekerja agak lain kerana ia tidak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula.

Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi.

Mengikut pengalaman aku enjin diesel tidak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:-

1.Minyak enjin
2.silinder head gasket
3.grind valve-atau cuci valve/tukar
4.piston dan ring
5.Liner(alas kebuk piston yang nipis)
6.alat pancitan diesel
7.enjin bearing
8.crankshaft bearing

Enjin diesel ni selalunya banyak asap hitam,disebabkan cara pembakarannya menggunalan pancitan tanpa plug jadi asap hitam banyak le sikit,tetapi boleh dikawal dengan melaraskan pancitan minyak atau bahasa mekanik "buang minyak".Ia boleh dilakukan semasa enjin hidup dengan buang minyak diesel dari injector perlahan-lahan dan jangan biarkan enjin berhenti .Terus buang minyak sehingga enjin stabil.

Untuk sesiapa yang nak baiki enjin diesel perhatikan juga larasan fuel pump supaya enjin dapat dihidupkan dengan senang.

wassalam

Comments

Unknown said…
Helo bos apakah masalah kereta jnis Isuzu trooper diesel turbo bila engine hidup engine pandai rest sendiri dengan kuat tnpa henti
Unknown said…
Salam tuan arsyad. Saya bercadng nak beli 4x4 terpakai untuk kegunaan peladangan dan dalam bandar. 2005 ford ranger 2.5 xlt A mileage 200k dan 2005 nissan frontier 2.5 M mileage 129k baru overhaul. Ini mengikut bajet saya 25k. Antara pick up diatas, yg mana lebih berbaloi, dan maintenance murah. Sekian terima kaih tuan.
Mekanik Kereta said…
Hello,periksa kabel minyak atau throttle body butterfly yang sangkut
Mekanik Kereta said…
butterfly throttle body sangkut,periksa kabel minyak
Mekanik Kereta said…
wsalam,dengan mileage yang sedikit dan baru saja dioverhaul adalah baik untuk kegunaan perladangan kerana ia lebih lasak dan maintenance murah serta mudah dapat barang alatganti
Unknown said…
Abg arshad..ford ranger WL bila sejuk senang hidup..tapi bila enjin dah panas susah nak hidup..apa masalah nya abg?
Mekanik Kereta said…
perlu gantikan solenoid sebelah kepala torpedo starter yang fungsinya makin kurang
Unknown said…
Salam tuan saya ada frontier nissan 2005. Masalah bila jalan dalam 30 minit pandai mati enjin bila nak start tak boleh hidup,kena tuggu enjin sejuk baru boleh hidup balik, iyanya berterusan mcm tu dlm perjalan,banyak dah jumpa mekanik,sampai ke kedai nissan cek guna computer pn tak boleh jumpa penyakit kereta saya ni,
Unknown said…
Assalam tuan....lori sy hino 300...3 tan....masalah sekrg bila laju tiba2 drop sampai 60kmh....semput...sy dh tukar filter diesel atas n bawah....lepas tukar 2 minggu ok...selepas hujan lebat dia jadi balik....ada yg kata fuel pump atau tangki kotor
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar starter dan electrical konduktor bersebelahan starter insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa injektor ,ada kemungkinan terdapat injektor yang tidak berfungsi dan RPM drop banyak,fuel pump servis baik juga
Unknown said…
Terima kasih tuan sudi jawab pertanyaan saya, starter saya berfungsi mcm biasa tuan cuma enjin tak boleh hidup,kena tunggu 1/2 jam @ 1 jam macam tu baru boleh hidup, senser ckp baru ganti dlm 200
Mekanik Kereta said…
gantikan main relay dalam fuse box,jika ada mana2 relay seperti relay RAD yang hitam dan hangit gantikan juga
Unknown said…
Assalam tuan..sy guna storm 2.5 thn 2003.auto. masalahnya ialah gegaran dan kurang power..setiap kali nk change gear gegaran kuat...masuk je gear slow semula gegaran ..adakah masalah gearbox atau enjin punca gegaran....power tkd klu nk memotong..apa punca...tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila gear dalam keadaan rendah terasa bergegar ia adalah masalah pada gearbox,ini boleh disahkan dengan memeriksa mounting gearbox yang pecah
Unknown said…
Hello tuan..fuel injector sudah tukar semua, minyak sdh jimat tp idle masi tdk ok dan kluar asap biru. Kereta masi power cuma idle yg bergegar. Adaka di sebabkan masalah fuel pump?
Mekanik Kereta said…
idle airflow sensor/stepper motor perlu ganti di throttle body
kamal said…
Salam tuan..mntak pandangan antara ford ranger..mitsubishi storm..nissan frontier..toyota hilux..mne tua rase yg paling ok..dari segi ketahanan engin..
Mekanik Kereta said…
wsalam,paling tahan enjin adalah ford ranger manakala paling lasak adalah nissan frontier,kurang penyelenggaraan ialah toyota hilux dan enjin lembut ialah mitsubishi storm
Unknown said…
Assalam.. Sy guna kereta ssangyong stavic.. Kereta sy sblm ni x pernah ada mslh x blh start enjin jika berjln jauh.. Tp smlm selepas sy matikan enjin.. Kemudian start semula x blh nk start. Enjin bunyi sekejap tp x sampai 1 minit enjin mati semula... Blh tau x apa mslh kereta sy tu. T.ksh
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah crank sensor,gantikan crank sensor
Unknown said…
Hiloo.. Jenis kerita Nissan frontier.. Masalh nya tiada power. Gear 5 hanya lari 80 km/j. Klu niak bukit tiada power.
Kawe said…
Triton 4x2 gegar bila enjin dimatikan. Knp ye
Mekanik Kereta said…
Enjin gegar kerana ada lagi petrol yang belum habis terbakar dalam enjin,jadi perlu servis karburator/throttle body untuk melawaskan lagi pembakaran lebih sempurna dalam enjin
Mekanik Kereta said…
hiloo,tukar minyak gearbox belakang
Unknown said…
Salam tuan, sy pkai nissan frontier baru lpas tukar enjin bulan 7 baru2 ini, skrang minyak hitam masuk dalam tangki radiator.. xtaw dr mana dtg minyak itam ni, byk jgk dok ada dlm tangki reserve tu. tp minyak itam cek xde plak kurang.. apa mslah nye ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam pada radiator ada 2 hose penyejukan untuk gearbox untuk kereta auto,jika laluan minyak terganggu seperti bocor dan sumbat ia akan menyebabkan ada minyak dalam radiator,perlu dibaiki samada tukar radiator atau hose
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..saya ada memiliki nissan frontier yg telah lama tersadai akibat masalah pada enjin n tiada pomen yg mahu membaikinya kerana terlalu bnyk komplen ttg nissan frontier..saya berfikir utk menukar enjin lain..pendapat tuan enjin apa yg sesuai utk nissan frontier?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,RB25 adalah enjin paling sesuai!
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. brapa kos servis fuelpump hilux + tkar 4pcs injector.. tq tuan..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kira2 rm1000
yat said…
As salam tuan..kereta saya jenis mazda fighter 2.5 manual..sebelum ni enjin saya tiada masalah besar..cuma pada bulan lepas saya pergi ke fraser hill dan banyak guna gear 3..semasa diatas enjin sukar hidup dan bila hidup saya pulang..terdengar sedikit bunyik 'tik tik tik' pada injection ( seperti bunyi tepet) tapi tiada bunyi tu sebelum ni..performance masih ok cuma bunyi sedikit mgganggu..ape masalahnya dan ape yg perlu dilakukan?..t.k tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,cuba gunakan injektor cleaner
jarijariliar said…
As salam tuan mekanik.. saya ingun tahu adakah diesel (SCV)suction control valve boleh di servis atau kena juga ganti yang baru? Apakah pengaruh utama SCV ini tuan? Harap ada penjelasan terima kasih tuan..
Unknown said…
Salam tuan,
Triton 2.5 Commonrail (model 2006) saya ada bocor di bahagian diesel fuel pump,
saya ada hantar di sebuah bengkel dan dia caj rm2200 untuk repair dan servis. adakah harga tu murah atau mahal?
jarijariliar said…
As salam tuan mekanik.. saya ada nak bertanya mengenai hilux SCV.. adakah ianya boleh di servis atau kena ganti baru?
Unknown said…
As salam tuan..kereta saya hilux sr turbo 2.5..sebelum ni asap hitam dan bau asap tengik..saya tukar fuel filter..pick up masih kurang..dan dpt kenal pasti turbo ada bocor sikit tapi masih berfungsi..mana perlu buat dahulu samada servis fuel pump atau tukar turbo..mohon pencerahan..tq tuan.
Mekanik Kereta said…
Wslm,asap yang keluar berbau busuk dan hitam adalah sebab turbo yang bocor,baiki turbo ,semuanya kembali normal tak perlu servis fuel pump
Unknown said…
As salam tuan..kereta saya hilux sr turbo 2.5..sebelum ni asap hitam dan bau asap tengik..saya tukar fuel filter..pick up masih kurang..dan dpt kenal pasti turbo ada bocor sikit tapi masih berfungsi..mana perlu buat dahulu samada servis fuel pump atau tukar turbo..mohon pencerahan..tq tuan.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti sahaja tiada servis
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk servis fuel pump kos sekitar rm500-1000 dan jika ada alat2 dalaman yang diganti ia berkemungkinan lebih
Mekanik Kereta said…
wslm,SCV ialah suction control valve yang mengawal aliran tekanan minyak masuk ke injektor seperti juga fuel regulator,jika ia rosak ECU akan mengesan dan menjadikan enjin tidak stabil
Unknown said…
Cik arshad..nk tya nissan frontier sy bru tukar fuelpump...bila bleeding bg hdup enjin..ok..bila mati enjin..minyak dalam paip dn fuelter akn masuk balik ke tangki dn dlm paip dn fuelter kosong..kna pump blik..paip xda bcor..
rusdi said…
Salam en arsad..saya pun pakai ranger yg sama..masalahnya..enjin kurang power..klau naik bukit merayap mcm bawak barang full,lori pun boleh potong..apa masalahnya?
rusdi said…
en asraf..boleh tahu tak masalah apa ye pada clutch cover
Mekanik Kereta said…
Minyak tak disedut sepenuhnya dengan kuat ke atas,itu sebabnya ia kembali semula ke tangki,fuel pump mungkin kurang elok
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada bocor pada turbo dan hose ke filter,semak juga MAF sensor
Unknown said…
Mcm mana nk bg jimat diesel sebab terasa banyak pula pengunaan diesel xkira bwk laju atau pelahan triton 2010
Awang said…
Assalamualaikum tuan,berapakah kos yang paling tinggi untuk servis feul pump nissan frontier,ada kedai di sabah yang minta sampai 5k...minta pencerahan..
Unknown said…
Salam Tuan,

Nak tanya frontier saya masalah tak boleh mendaki bukit engine jadi semput..apa punca masalahnya yang menyumbangnya? kalau highway biasa engine boleh cecak 140km sejam tiada masalah..satu lagi kalau pagi nak start kena pump tangan minyak diesel dulu..tq
Mekanik Kereta said…
buat bleeding minyak pada injektor
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat bleeding minyak pada injekter supaya angin dapat dikurangkan dan pembakaran lebih baik,baik juga jika dapat servis fuel pump
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam wah mahal itu di Sabah harganya,disini hanya 1500-2000 saja,aku tidak tahu itu sampai mahal begitu sekali
Mohd said…
Ford ranger 2.5 XL... Gear 1 pickup ok tapi rpm cepat dan kena tukar gear 2 dengan cepat.. Masuk gear 3 kuasa pecutan hilang sebentar dan baru naik semuala... Naik bukit kurang pickup..
Mekanik Kereta said…
servis fuel pump insyallah ok
BundleKami said…
Salam tuan.. Saya ingin Tanye..saya Ada Toyota hiace tahun 2007.. Bila Tengah Bwk masuk gear 2 Akan semput.. Lepas air menyala. Lepas ISi air kering.. Sy tengok di bwh air tu keleuar.boleh Bgtau kenapa ye
Mekanik Kereta said…
Wsalam,jika ada air pada bahagian bawah enjin terutamanya sebelah kedudukan Timing belt maknanya water pump perlu diganti
Faizol said…
Salam Tuan..

Saya mempunyai sebuah Chevrolet Captiva 2.0 Diesel (VCDi Engine, Commonrail Direct Injection dgn VGT turbon)

Sekarang kereta ini mempunyai masalah kerap mengalami kenaikkan suhu (temperature rising) apabila RPM mencecah 2000 dalam keadaan kereta berjalan. Sekiranya kereta berhenti atau berada didalam kesesakan lalulintas, suhu engine berada didalam keadaan normal (biasa)

Mohon pandangan dan penyelesaian daripada tuan..

terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk enjin disel kepanasan enjin yang kerap adalah sebab liner yang telah haus ,perlu diganti selain itu perlu pastikan dulu turbo tidak bocor,radiator dan hose radiator kecil atau besar tidak keras,jika ia keras perlu diganti dahulu
~ p a k n g a h said…
Tuan, normal tak Storm max 120km/j shj?... Tk
Rahman said…
Assalam tuan..

Saya guna isuzu dmax 3.0 2006..masalah kereta saya sekarang enjin jd semput bila paras minyak diesel di garisan pertama.tp bila minyak separuh tak ada masalah..
Pomen dh cuci tangki diesel..filter dh tukar tp masih macam tu.apa pendapat tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk enjin ini berkuasa tinggi (3 cubic centimetres) jadi fuel pump mesti baik untuk sedut minyak dengan baik juga akantetapi jika berlaku demikian ini menunjukkan kuasa menyedut minyak oleh fuel pump telah berkurangan dan biasanya jika fuel pump diganti keadaan ini insyallah tidak berlaku
Mekanik Kereta said…
159km/j adalah biasa untuk Storm tetapi jika tidak boleh bermakna enjin mempunyai masalah karbon yang banyak dalam ekzos dan injektor juga perlu ditukar
sempot88 said…
Salam tuan nk tanya skit piston tata telcoline blh dpt tak
Mekanik Kereta said…
Wslm dail talian 0193716023
Mekanik Kereta said…
0193716023
Taman Abok said…
Salam tuan,
Ford ranger XL 2.5, enjin semput dan berat pickup masa nak jalan. RPM tinggi tapi speed tak kemana pun. Apa pendapat tuan turbo? injector kotor? thanks
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis fuel pump insyallah ok
Unknown said…
Salam cik sy nk tnya knapa nissan frontier sy thun 2005 minyak x kluar ke injector....dari tngki ke handpump fuel pump ok...tpi xnaik ke injector apa msalahnya
Unknown said…
Salam cik sy pkai nissan frontier thun 2005 knape keempat2 injector xkluar minyak....hand pump ada minyak fuel pump ada tpi xkluar pda injector....ke ada sensor2 yg rosak...
Mekanik Kereta said…
wsalam,injektor tersebut bermasalah,perlu ganti
Unknown said…
sallam encik arsad,sy pgi scan nissan frontier,keluar masalah rosak acceleration position sensor,,,mahal gila 1k lbh,,,nk tanya ada bpunca dpd rosak sensor nh keta jd lembab
Mekanik Kereta said…
wsalam,sensor pedal ini biasa rosak,tetapi boleh cuba dulu periksa soket sensor,kadang2 kotor atau tanggal juga boleh berlaku
Anonymous said…
Lebih 1k kalau hantar spacialised fuel pump....blh cecah 3k untuk 4x4
Anonymous said…
Lebih 1k kalau hantar spacialised fuel pump....blh cecah 3k untuk 4x4
Anonymous said…
Ok
awang said…
Salam bagaimana Cara resit signal enjin pada Kereta Ford ranger xlt Tahun 2005
Mekanik Kereta said…
wslm,jika signal lampu yang ingin diresetkan,ia tidak boleh kerana lampu tersebut guna flasher saja tetapi jika reset signal enjin yang saudara maksudkan ,saudara perlu cabut fuse ECU kira2 30 minit dan pasang semula
Cici Karina said…
Assalam bos.sy pnye lori isuzu 3 ton keluar asap putih yg memedihkan mata.ap puncanya.air pula hri2 kne tmbah sebotol
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah asap putih biasanya sebab piston ring yang haus tetapi boleh juga terjadi akibat ada bocor air yang masuk kedalam enjin ,periksa semua hose sisitem penyejukan enjin dan suis coolant kadangkala jika pecah sedikit air mudah masuk ke ruang pembakaran dan asap jadi putih
Unknown said…
Encik arshad..brpa hrga untuk clutch nissan frontier..dn kis untuk tukar clutch..sbb keta sy lpas clutch bunyi kasar..rpm naek tp kreta xde pickup..
Unknown said…
En arshad..bpa hrga utk clutch set nissan frontier..dn kos uph tukar..
Mekanik Kereta said…
sekitar rm1500
Unknown said…
Sy nk tnye brpe kos tukar head gasket lori ngn skim head isuzu 3 tan.
Brpe plk kos top overhaul
Mekanik Kereta said…
Tukar head gasket dan skim head saja kira2 RM800.top overhaul rm2000
Unknown said…
Bos,brpe kos nk buat top overhaul lori isuzu 3 tan.brpe plk kos nk tkr head gasket dan skim head
Mekanik Kereta said…
kira rm3000 untuk top overhaul termasuk skim dan head gasket
Unknown said…
saya pun ada masalah yang sama...mekanik yang ada ni pon pening dah nk buat...kat mana rasanya tempat yang sesuai utk sy hantar
Unknown said…
Saya punya nissan navara bila dia start hidup tapi tak lama lepastu dia mati. Kenapa ye encik
Unknown said…
Assalamualaikum tuan. Saya ada toyota hiace 2.8 diesel masalahnya kadang-kadang enjin semput. Saya sudah tukar fuel pump dan fuel filter tapi selepas 2 minggu benda ini terjadi lagi cuma tidak sekerap sebelum tukar. Adakah fuel pump atau fuel filter ini rosak? Atau masalah ini ada berkaitan enjin? Dan apa yang harus saya lakukan?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cuba buat bleeding injektor,mungkin banyak angin dalam laluannya
Mekanik Kereta said…
mungkin masalah crankshaft sensor
Unknown said…
Salam, berapa kos buat bleeding injector ford ranger xlt 2.2 2014..Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,rm100
Unknown said…
Slm .saya ada pakai triton 4x4 2.5..nak tanya ja..sesuai tak klu saya pakai exhaust stright paipes tanpa bullet atau muffler...ada kelemahan dan kebaikan tak..
Mekanik Kereta said…
wslm,ok boleh guna,kebaikannya kurang karbon tertinggal dalam ekzos manakala kekurangannya,bunyinya bising
rusdi espy said…
salam.nk tanya sedikit..ranger 2.5 saya lembab dan tak pikup..naik bukit merayap..tp speed jalan biasa 80-90 ja..sekarang ni ada sedikit gegaran enjin mcam timing tak betul tapi masa bawak ok..apa masalah ye?
azrazahari said…
Salam tuan..saya pakai dmax 2.5 4x2,masalah saya bila dmax saya jalan jauh 200km,enjin jadi semput,x kuat dan keluar asap hitam,bila berhenti 1 jam enjin ok balik..
Mekanik Kereta said…
w/slm,ada angin dalam injektor,perlu bleeding untuk menghilangkan angin tersebut dan mengurangkan asap yang hitam
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding injektor dan tuning
Unknown said…
Salam Tuan Arsyad,
Saya berminat dengan kereta Ford Focus TDCI model 2011
adakah tuan pernah servis kereta model ini dan apakah kerosakan biasanya?
Mekanik Kereta said…
Wsalam,agak kurang kerosakan kereta model Ford cuma sedikit masalah power stereng yang kerap bocor pada hose dan pam
Unknown said…
Salam bos... sya nk tnya knapa krta ni tiba2 xhidup bila start ad bunyi...tpi dia xnk hidup...nissan frontier...sblom tu tngah memandu...dan msa tu trsalah gear naik bukit trlepas clush mngejut..dn trus xhidup...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini masalah biasa,tunggu sekejap,enjin akan hidup semula setelah fuel pump kembli bekerja secara normal
bahar1968 said…
frontier saya buat overhoul engine..lepas tu power xde..rpm tekan tak sampi 3000 boleh naik.Lampu lambang check engine menyala.agak2 apa masalah tu
Unknown said…
Bg no telepon pomen nissan navara area kedah.. Tq
Mekanik Kereta said…
Nordin Bin Majid @ Aziz
KM. 21, Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah
04-4472575
Mekanik Kereta said…
Overhaul disel perlu ganti liner,kemudian angin dan injektor perlu dibuat bleedin,injektor sebaiknya tukar dan periksa teliti heater core yang tidak bekerja dengan baik perlu diganti
rusdi espy said…
Saya punya f.ranger 2.5 enjin bergegar2 dlm keadan ideling...bila letak kaki atas pedal minyak enjin makin kuat bergegar mcm edjust angin tak betul pada kaburetor...bila on aircornd pun sama..tapi masa bawa mcm ok je...apa masalah ye tuan?
Mekanik Kereta said…
buat bleeding injektor,tukar fuel filter
rusdi espy said…
Sy dah bleeding dan fuel filter pun dah tukar baru...masih lagi masalah enjin bergegar masa ideling...adakah perlu servis fuel pump atau masalah lain
Mekanik Kereta said…
Ada 2 sebab enjin yang bergegar,fuel pump bermasalah atau heater core yang tidk bekerja penuh,servis fuel pump dan gantikan heater yang kurang kuasa
rusdi espy said…
Heater core ni klau ikut sy google keluar cooling coil aircond..betul ka?
Mekanik Kereta said…
maksud saya injecor nozzle
Unknown said…
Nak tanya kereta nissan frontier...baru lepas angkat enjin.bila dah siap mahu start tak boleh.bila advan kuar error e3 breakdown...e1 breakdown....95 boost presure...apa yg patut saya buat...minta tolong penjelasan...skrg tinggal fuel pump je belum usik....ada yg saya miss sesuatu tak
Mekanik Kereta said…
Periksa compression,jika tiada compress,enjin tidak boleh dihidupkan,pastikan camshaft dipasang betul 2 dengan ketepatan pusingan
Obot said…
Nak tanya tuan makenik
berapa harga block isuzu 4JB1 2.8 TURBO
Mekanik Kereta said…
blok disel biasa sekitar RM5000
Salam tuan mekanik, nak tanya, nissan frontier sya kadang semput kenapa ye? (Kalo enjin petrol tu mcm masalah spark plug) tp jadi kadang2 ja..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding injector
joenakajima said…
salam tuan.. sy nak tnyak pasal hilux vigo 2.5 model lama... baru2 ini engine mcm ada masalah ja.. dlm perjalanan pndai mati sendiri tuan.. bila sy start balik ok saja.. tpi semlm buat hal lagi.. kali bila sy tekan minyak ada bunyi ketak2 dkat engine tu.. bila sy engine dan start balik bunyi tu hilang balik.. sakit palak sy tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,pedal sensor ada masalah,perlu ganti pedal sensor atau APPS sensor
Unknown said…
Boleh bagi nombor phone pomen Nissan Navara area Shah Alam/Petaling Jaya
Mekanik Kereta said…
60355414466
Unknown said…
salam tuan, lori diesal 2.8cc,tukr minyak gear depan dan axel, berpa kilometer sakli tukar/
Mekanik Kereta said…
wslm,40000 km depan belakang
Unknown said…
mitsubishi storm 2.5 auto diesel turbo ok ker kalo nk beli second?ape yg dicheck ketika nk beli.
ariel said…
Salam..saya pakai nissan frontier 2005. Masalah saya minyak hitam keluar melalui getah nozzel.kalau saya nak jalan kereta makin kerap minyak hitam menitis..minta tolong encik
Mekanik Kereta said…
wsalam,injector kemungkinan bocor
Mekanik Kereta said…
baca pos saya di sini,
https://mekanikkereta.blogspot.my/2012/12/kereta-baru-atau-kereta-terpakai.html
Unknown said…
Salam tuan. Adakah enjin diesel di santa fe CRDi tahun 2012 lasak dan tahan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,setakat ini santa fe antara yang terbaik selain isuzu dan nissan
Unknown said…
Fuel pump juga uda servis
Unknown said…
Assalamualaikum
Tuan tumpang tnya Hilux 2.5 A 2010 xde pickup langsung mcam bwk gajah kt blakang,h/way top 120km/j je turun bukit,naik bukit 90km/j je...
Ape yg boleh di perbaiki?...tlg tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding injector jika itu tidak membantu berkemungkinan injector perlu diganti atau boleh juga gunakan injector cleaner
sharo2legend said…
Assalamualaikum tn..kereta saya mazda bt50 lama..nozzle injektor cair..ada pomen bgtau minyak lebih..ada pomen bgtau minyak krg..sekarang nozzle servis n ganti baru..nak pasang takut rosak semula.. ada kemungkinan perlu overhaul kah tn..coz tpt nozzle makin besar n tdk rata..ini kali kedua ganti nozzle..mohon bantuan tn arsad..tq
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,nozzle cair bermakna gas terlalu panas dalam kebuk pembakaran ,perlu kurangkan kepanasan enjin,tambah wire ground,ganti air dan gantikan mana2 hose air yang telah lama digunakan supaya enjin lebih sejuk
Unknown said…
Aslkm Tuan, kereta hyundai santa FE diesel sy menghadapi masalah air radiator keluar dari overflow tabung spare/reservoir sehingga engine akan panas bila air dlm raditor berkurangan. Sy sudah tukar baru radiator cap, termostart dan juga water pump...tapi masalah masih tak hilang. Mohon bantuan kepakaran tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar juga hose atas bawah radiator dan u hose,laluan air di belakang amnifold hingga water pump juga perlu ditukar supaya laluan air menjadi bersih,sebab utama air membuak keluar adalah laluan terlalu kotor dan berkarat
Taman Abok said…
Tuan,
Nak tanya berapa kos kalau tukar drive shaft depan 4WD ford ranger xl 2.5?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm400
Dmax 2010 said…
Salam Tuan,
Pening kepala dengan Dmax 4x2 2010 manual saya, diesel dah bercampur dengan minyak hitam, asap hitam dan putih selalu kluar, keladak dah penuh sampai ke turbo, minyak pon dah sampai ke air filter. power memang xde, boleh bawak tak lebih 65. bukit memang xboleh naik. semput macam kura2. sekarang dah tak boleh nak grk langsung. fuelpump ngan injector dah check smua ok..cuma sebelom buat hal baru ni enjin selalu mati dan kene pump minyak kat enjin baru boleh jalan balik..apa perlu saya buat..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat top overhaul,in sha allah kembali normal
Unknown said…
Salam...nk tnya kenapa triton ambe ni bila tekan minyak kdg2 jd kosong...kdg2 ok
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pedal sensor,accelerator pedal sensor,perlu tukar
Salam..sy bru beli toyota hiace petrol 2.7 model 2013..sy rse penggunaan minyak yg terlalu kuat (80km/15 liter)
..adakah tuan tahu masalahnye atau memg kuat mcm tu?
Mekanik Kereta said…
w/salam,untuk c.c besar 2.7 begini minyak sedikit kuat jika dibandingkan dengan enjin ber c.c 1.0 dan ke atas ,jika saudara baru saja menggunakan enjin berkuasa besar begini saudara sukar bezakan penggunaan minyak,saudara gunakan dulu sehingga benar2 pasti ia adalah terlalu kuat ,jika benar,saya akan berikan sebab2 mengapa enjin menggunakan minyak yang banyak
Unknown said…
tuan nak tanya pasal kereta ford ranjer 2003.masalah gear 3 dan gear 4 susah nak masuk bila dah brada d gear 5.tapi kalau dari 1.2.3.4.5 boleh masuk. jika sy guna gear 5.nak turunkan ke gear 4 atau 3 jadi susah. kna droup gear 2 dlu baru boleh ke gear 3 dan seterusnya ke gear 4.apa masalah??
Mekanik Kereta said…
Pin gearbox atau bahagian sambungan pada gearbox serta clutch pump pada pedal dan atas gearbox perlu diganti
sham said…
salam tuan.saya pakai toyota fortuner 2.5G diesel manual.masalah saya...
1)asap pedih mata dan menyengit baunya
2)enjin semput bila nak dihidupkan
mohon pencerahan.terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding injector,banyak karbon dalam ruang bakar,gantikan heater plug juga
Sy pasti penggunaan mnyaknye terlalu kuat..sb penggunaan mnyak skali ganda dengan kenderaan lain.
Harap tuan dpt jelaskan ape puncanya.terima kasih
acer said…
Salam..sy nak tanya sy pakai rexton 2.9cc diesel..engine tak stabil macam tak cukup minyak..sy try buang air dlm paip minyak tp kluar buih buih jer..kalu ada mnyak pn meleleh jer..biasa rusak apa tu..
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump rosak,tangki cuci mesti kotor dan ada masuk air
Mekanik Kereta said…
minyak akan jadi kuat jika beban banyak iaitu berat dengan muatan,kedua jika roda berat akibat bering roda yang kurang baik,ketiga jika fuel pump kotor dan fuel filter kotor,keempat air filter kotor,kelima enjin panas akibat overheating atau air radiator yang tidak berganti,keenam minyak enjin tidak ditukar dengan berkala
Unknown said…
salam tuan..saya ada kereta dmax tahun 2009 3.0 cc....enjin dia tetiba bunyi berdengung..kejap ada kejap ok..pastu vibration kuat kalo x jalan..kalo jln ok...apa masalah..kena sevis fuel pump ke
Unknown said…
salam tuan.sya ada dmax 3.0 tahun 2009..enjin tetiba bunyi berdengung2..bunyi tu kejap ada kejap xde..pastu vibration kalo kat trafic light kuat sngt..kalo jalan dah ok...apa masalah..ada mekanik kata kena servis fuel pump
Unknown said…
blh tak bls comment sya kat marianah_moktar@yahoo.com
Unknown said…
ford ranger 2.5XL 2011, bila bawa lebih dari 80KM kereta akan jerking dan xblh pecut lebih dari 90KM kereta akan lost power dan tersedu sedu, adakah masalah berkaitan dengan sensor, fuel pump atau turbo?
Unknown said…
Salam chip...apa mslh ya kalo dmax 3.0 bunyi enjin tetiba berdengung..kejap ok kjp x ok..kemudian kalo kat traffic light gegar kereta tu rasa kuat...kalo tekan mnyk nk speed ada kuar asap hitam
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump kotor adalah punca utama enjin diesel yang tidak lancar,juga fuel filter dan air filter yang kotor.Boleh juga buat bleeding minyak jika angin banyak dalam injektor.
Mekanik Kereta said…
Jerking biasa ada kaitan dengan api,ganti ignition coil
Mekanik Kereta said…
wslm,angin banyak dalam injector,buat bleeding minyak
Unknown said…
Assalam tuan . Triton lite turbo manual. Top speed berkurang banyak dan fuel consumption sangat parah. Apakah puncanya. Tq
Mekanik Kereta said…
Wslm,injektor servis dan fuel pump juga
kasim said…
salam, bila start masa injin sejuk ok aje, dalam 10 minit lepas tu bila injin panas, injin jadi semput2 macam kereta 3 piston dan injin bergetar kuat . bila drive jalan ok je tapi kat trafik light akan jadi semput2. turbocharger dah oil pump dah tukar. egr dah di bersihkan. kereta saya hyundai santa fe 2.2 cdri tahun 2008. boleh cadang workshop sekitar kajang dan bangi yang biasa dengan kereta hyundai.
Mekanik Kereta said…
wslm,api tidak elok,tukar plug,karbon juga banyak dalam ekzos ganti tabung
Unknown said…
Salam tuan. Saya nak takeover kereta adik saya triton lite 2008 2.5 diesel 2wd manual. Kereta tersebut dah tersadai selama dekat 1 tahun sbb enjin dah habis. Tak pasti kena overhaul atau tukar enjin.

Nak tanya tuan:

1. Workshop yang pakar enjin diesel di sekitar pj/shah alam?
2. Mana boleh dapatkan enjin recond atau 2nd hand untuk triton tersebut dan berapa anggaran?
3. Berbaloi dan adakah disyorkan untuk tukar enjin diesel turbo 2.5? Harga banyak beza ke?
4. Boleh ke tukar 2wd ke 4wd dan adakah disyorkan?

Cadang nak guna kereta untuk masuk ladang dan angkut barang2.

Harap tuan dapat bantu sbb sy masih baru dalam bidang ni.

Ribuan terima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar enjin 2wd juga sudah memadai,kos sekitar rm20000
Unknown said…
Terima kasih atas respond yg segera dari pihak tuan. Maaf, 20k ke 2k tuan?
Unknown said…
Salam,,,, saya ada masalah nissan navara yg keluar asap hitam byk apabila accelerate pedal.. kereta juga mcm loss power. Blh bagi pencerahN
Mekanik Kereta said…
wslm,asap hitam boleh dinyahkan ,buat bleeding minyak diesel,in sha allah ok
Unknown said…
selamat pagi bos..minta bantuan pencerahan..sya skrg pakai keta nissan frontier.. tapi masalahnya sekarang, enjin keta susah nak on terutama awal pagi, fuel pump da tukar juga ..tq
Mekanik Kereta said…
swlamat pagi diesel heater plug tidak berfungsi dengan baik
Manchoycoolz said…
Aslm En.Arsad...saya membeli Navara 4x2 auto 5 gear, thn 2012 bbrp bulan lepas. Asap hitam agak bnyk jika tekan minyak pada 3000rpm ketika naik bukit. Krta rasa berat dan kurang kuasa. Gear tak stabil pada rpm 1700-2000.ATF gearbox,myk enjin,airfilter,oilfilter smua baru tukar. Fuel filter je blm tkar. Adakah disebabkn oleh sy menambah aksesori LED di bhgn luar krta & dlm (bwh dashboard & bwh seat). Adakah dia menganggu Electronic Transmission Controller,Body control dan bbrp komponen sistem elektronik lain. Adakah wiring tmbhn dlmn & luar ni mganggu sistem keseluruhannya..kerana mekanik tu ada buat scan dan dapati ETC,BC ada fault. Mohon pencerahan...
Mekanik Kereta said…
wslm,asap hitam yang banyak perlukan bleeding injector supaya kotoran dan angin dapat dikeluarkan ,tiada kena mengena dengan wiring dll
jarijariliar said…
As salam tuan mekanik.. saya ada masalah dengan clutch pedal melekat ke lantai ketika gear sedang masuk.. kalau da masuk gear reverse gear tak boleh nak kembali ke position N dan enjin akan mati.. apakah masalah yang di hadapi saya sekarang harap tuan dapat membantu.. (jenis kereta toyota hilux sr turbo lama)
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu baiki kebocoran minyak clutch gantikan hose juga perlu periksa keaddan hose pada brek dan master pump,kemungkinan master pump perlu diganti sangat tinggi
Unknown said…
Tuan sya nak tanya ni injin d max timing chain tensioner terlepas....sekarang injin jem.so ap yang kena tukar?
zdane said…
Fortuner 2005 diesel 3.0 kenapa apabila masuk gear 1 n seterusnya...rasa tak pikap mcm tersekat2 or lemas...
Mekanik Kereta said…
Jika timing chain terlepas ia sama juga dengan enjin guna belt,perlu tukar valve yang mesti bengkok dalam silinder head,perlu buat top overhaul,ganti timing chain juga
Unknown said…
Assalam tuan...kereta saya ford ranger 3.2 thn 2014...masalah skrg engin nya bergetar...knape ye...apa yg harus ditukar...saya tggl di puncak alam..ada x mekanik yg berdekatan dan brp kos repair ...terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslam,ganti spark plug dan coil,kos kira2 rm300
Unknown said…
Boleh bagi no fon saya.boleh hubugi tuan.kereta saya pun ada masaalah tengtang enjin desil
Mekanik Kereta said…
Enjin turun prestasi,buat bleeding injector dulu
Unknown said…
Salam en arsad, klu
mazda fighter, lampu kunci tu asyik menyala, n enjin xnak hidup wlaupun boleh crank, ape masalah sebenarnya? dh 2-3 org pomen dtg tgk, masih x dpt detect prob.
n kdg2, bile on, klu lampu kunci tu x nyala, kete bole hidup senang je, skali crank je.
Mekanik Kereta said…
wslm,ada,immobilizer,perlu reset code
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..sy nk tanya kos untuk overhaul kreta hyundai matrix auto..kes overheat smpi dah bunyi meletup kt enjin..tp kreta still bleh start..hntr kt bengkel kt kena tkar cilinder head sbb machinist kt dah x bleh pki
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,sekitar rm1500
Unknown said…
mcm mane nk reset code, mazda fighter, yhn 2005, yg prob nye ialah lampu kunci berkelip2, kete x boleh start wlaupun boleh crank?
Mekanik Kereta said…
reset immobilizer perlukan alat OBD (On Board Diagnostic)
Unknown said…
Assalam Tuan, ford ranger model 2.5XL 2012 tiba2 masa tgh drive hilang power. Menurut mekanik rocker arm patah dan kos membaiki RM6000. Mohon pandangan dari tuan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,hanya compress yang hilang saja ajkan membuatkan enjin hilang kuasa total,jika minyak hitam ditukar tidak sesuai akan sebabkan komponen patah ,enjin akan sebu dan asap berbau pelik serta seperti sukar hidup adalah tanda komponen bermasalah
Unknown said…
mohon bantuan dan pertolongan..saya ada ranger thn 2004..masaalahnya, saya baru lepas tukar gasket head, skim head, tukar valve seal, dan grind valve..utk 5minit pertama, enjin hidup dgn stabil, semuanya okay. selepas itu, asap biru mula keluar ikut ekzos, dan enjin bergoyang, mcm hidup 3 cylinder. setelah dimatikan, kemudian start balik, tak hidup. tunggu sehingga enjin sejuk, skali start saja baru hidup. tapi utk 5 minit pertama, kemudian masalah spt tadi berulang..tolong tuan bg pendapat..terima kasih
Unknown said…
Brape kos untuk overhaul enjin kia pregio
Mekanik Kereta said…
alatganti Kia agak mahal iaitu dua kali ganda harga alatganti kereta biasa,kos overhaul boleh mencecah rm3000++
Mekanik Kereta said…
periksa compress,jika salah satu kurang atau tiada langsung ia tanda minyak bocor pada valve dan compression hilang,perlu periksa semula
Unknown said…
nak tanya.aku pkai crolla diesel engin 2c.masa ne buat overhaul all setting dh ok,pasang sudah semua tetapi masa ane tak mau dihidup kn(diStart)mcm lose compression?tulung tunjuk ajar.pening sudah memikir kan macam mna apa lagi mau dibuat
Mekanik Kereta said…
compression yang hilang biasanya sebab calar pada head,semak semula piston,jika calar dan patah ring biasanya compress akan hilang

Popular Posts