Posts

Showing posts from 2009

Cara lakukanTop overhaul (DIY)

Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan Top Overhaul ini. Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos. Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta maka bermulalah proses Top Overhaul. Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel. Tapi kali ini aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol.

Baiki enjin diesel(overhaul)

Enjin diesel  bekerja agak lain kerana ia tidak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula. Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi. Mengikut pengalaman aku enjin diesel tidak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:- 1.Minyak enjin 2.silinder head gasket 3.grind valve-atau cuci valve/tukar 4.piston dan ring 5.Liner(alas kebuk piston yang nipis) 6.alat pancitan diesel 7.enjin bearing 8.crankshaft bearing Enjin diesel ni selal

Komponen-komponen kereta yang boleh diservis

Image
Salam, Olehkerana blog kerosakan kereta ini aku wujudkan untuk membantu semua dalam mencari maklumat yang boleh menyenangkan semua, jadi pada kali ini aku nak beritahu pasal komponen2 kereta yang boleh diservis selain dari servis biasa yang tukar minyak enjin dan oil filter. Ini juga termasuk dalam salah satu cara yang terdapat dalam kerosakan kereta juga ya!. cara ini adalah cara yang terbaik untuk menukar minyak enjin dan oil filter semua orang boleh buat sendiri kerana prosesnya tidaklah rumit,cuma korang perlukan alat seperti pembuka oil filter,spanar biasa ukuran 17,14 ataupun 12mm diameter. Kerosakan kereta korang boleh senang dikenalpasti jika kena cara dan kaedah yang betul walaupun hanya sekadar pengetahuan tanpa melakukannya sendiri. Enjin 1.servis karburator 2.servis alternator 3.servis fuel pump 4.servis starter 5.servis radiator Aircond 1.cooling coil 2.compressor Disini aku terangkan sedikit mengenai cara-cara servis alternator kereta dan starter keret

Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh

Rasanya tak lama puasa tup-tup dah nak raya lagi ,mana tidaknya lebihkurang beberapa hari dan minggu saja lagi.Cerita pasal raya memang seronok dapat balik kampung,kalau kat kampung,macam-macam ada,ketupat,rendang,dodol,wajik,semua itu wajib,yang lebihnya ada ramai sanak saudara boleh jumpa kemudian ada marhaban pulak, tak terkira  aktiviti banyaknya! Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa  kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta  tak sangkut di jalan.Sebenanya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa  buat ,ini adalah tips2 yang sangat baik dari mechanic khas untuk penggunakereta :- 1)Bateri dan alternator-Kita pastikan enjin kereta dihidupkan dan cuba buka penutup air bater dan pastikan ada sedikit gelembung udara keluar dalam bateri

Pasal aircond kereta lagi

Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru je lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya ok gak.Dah lama gak aku tak update blog ni jadi pagi nie aku pun tulih le pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mane le cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru. Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 nie selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.

Pasal aircond kereta

Hari ini dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah habis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening pula, dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak hutang jadi pokok pangkalnya dalam hidup ni ade saja yang nak kena diselesaikan. Tapi hari ni bukan ini yang aku nak citer kat korang semua,hari ni aku rasa nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lama aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritahu pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.

Macamana yang sebaiknya pasal servis kereta

Pertama sekali mengenai servis kereta,ramai orang tahu kalau servis keta je kena ganti minyak hitam dan oil filter dan yang mana pandai pulak tu bagi je kat foreman suruh servis,memang betul pun tapi kita sebagai pengguna nak kena tahu gak serba sedikit pasal servis ni,Nak tau apa sebabnya ialah bila kita tak tau langsung selalunya mekanik cuma tukar minyak hitam,oil filter dan plug tapi yang sebenar-benarnya servis ialah tukar tiga parts tersebut ditambah dengan senarai dibawah dan pastikan semua yang 10 ini mekanik dah periksa:- 1) periksa air bateri jangan sampai tak cukup 2) periksa air radiator jangan biarkan tak penuh 3) periksa timing belt supaya senang tau patut ke kena tukar 4) periksa belting dan bearing supaya tau mana yang dah bunyi dan haus 5) periksa 'air filter'sebab ini adalah jika dah hitam berkeladak enjin cepat semput 6) periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal 7) periksa alternator samada berfungsi atau tidak 8) periksa segala min

Coretan pengenalan

Image
Salam kepada semua pengunjung blog, Ku mulakan dengan lafaz bismillah sebagai pengenalan kepada semua.Terlalu banyak yang ingin ku coretkan mengenai automotif ini dan terlalu sikit pula masa yang dapat ku luangkan untuk tatapan semua. Lebih 20 tahun aku menceburkan diri dalam bidang baiki kerosakan kereta, automotif mekanik, dan dalam tempoh itu juga aku dah jumpa macam2 kerenah kereta termasuklah kerenah tuanpunya kereta. Nak ku luahkan tak dan pulak masa,jadi kepada semua aku akan update blog ini setiap masa so semua pengunjung jangan risau ada lah yang tentu akan dapat manafaat darinya. Ini hanya sebagai permulaan bak kata orangtua2 mana kan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung! Pengenalan kena panjang ke,ntah aku pun tak tau kalau suka ,korang baca kalau tak, korang scroll nanti bila dah banyak label kat bawah tu,semuga semua dapat ilmu di sini ,Inshaallah Takbir Aku tulis semua pasal kerosakan kereta atau yang sama dan sipi2 sama saja lain dari tu tiada!