Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal

Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta.

Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu.







Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekatkan kembali dengan yang baru bila terdapat kerosakan sebegini pada kereta.

Kedudukan flasher relay ini pada kebanyakan kereta ialah dibawah dashboard sebelah pemandu iaitu diatas pedal minyak bagi kebanyakan kereta jenama Proton dan Perodua.manakala kebanyakan kereta Honda ianya terletak di bahagian enjin sebelah kiri didalam ruangan kotak fuse didalam enjin.Alat ini boleh digantikan sendiri oleh pengguna kereta dan kebiasaannya kedudukan relay ini bersebelahan dengan relay air cond kereta.

Apa yang diperlukan ialah flasher baru,hanya tanggalkan yang lama dan cucukkan yang baru pada wiring relay tersebut.Relay tersebut kebiasaannya berpanel elektrik tiga  dan ianya dalam bentuk bulat .

Flasher ini adalah berlainan dari relay biasa ,relay biasa mempunyai 4 atau 5 kaki dan ada tanda berbentuk nombor pada kakinya.

Comments

Unknown said…
Salam tuan...sy dr swak...sy paki kreta kia optima tiba² signal sebelah kanan kelip² laju...sebelah kiri normal mcm biasa...
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan flasher relay berkedudukan di fusebox dalam kereta,inshallah ok
Jiehan said…
Salam, kepada admin@atau yang tahu mengenai masalah ini, kerrta saya bila lock kereta je, signal sblh kiri x nyala, biasa dua2 nyala, tpi bunyi ada, lock ok, cma signal seblah je x nyala. Kalau tekan signal, ok 2 dua nyala. Apa masalah tu ye
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tykar mentol lampu signal kiri dan yang lusuh samada belakang atau depan,inshaallah ok
kantaikancolle said…
salam tuan..sye gna iswara..masalh pda kereta sya,knci dh mti pn lmpu hazard mash mnyala...smpai bteri sya weak..ap punca ya tuan??tq..
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan semua mentol sisi depan dan belakang,ada antara mentol sisi tersebut yang short body
Arron painter said…
Salam tuan....kenapa signal sebelah kiri saya hidup tetapi tak berkelip.....dekat relay pla ada bunyi sperti cengkerik....mknanya arus jaln tp tak berkelip....tp lmpu nyala? Sblh kanan ok tiada mslah....cuma sblh kiri on je dah kluar bunyi cengkerik kat relay....tp signal myala cuma tk berkelip.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika di relay ada bunyi itu tanda relay ada masalah ,perlu ditukar,inshaallah ok
Arron painter said…
Salam tuan.....kenapa signal saya sblh kiri hidup tp tak berkelip......yg lain normal......sblh kanan,emergency ok teda mslah bkelip mcm biasa tetapi bila saya pasang single ja sblh kiri tak berkelip...dan relay mengeluarkan bunyi mcm cengkerik mkna relay mcm tak bgus......tp peliknya signal kanan guna relay yg sama juga tp ok berfungsi...apa solusinya tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar dua2 mentol kiri kanan,ibshaallah ok berkelip
Unknown said…
Nak tanya tuan,kenapa lampu fender tak menyalah,signal semua ok,cuma fender jx tak on,lampu baru,kereta iswara
Mekanik Kereta said…
Perlu periksa rumah soket mungkin ada yang karat dan sukar terima arus letrik
Unknown said…
Salam tuan .. nak tanya , kenapa proton wira 1.3 sya bila buka pintu emegency dia tak nyala .. biasa bila buka pintu je mesti emegency signal nyala tapi skrang ni buka pintu signal emergency tu tak nyala sedangkan bulb dia masih ok signal kiri kanan pun ok emegency pun ok .. kalau relay pun tak mungkin juga sebap dia berfungsi bila tekan signal kiri dan kanan ..
Mekanik Kereta said…
wslm,suis untuk lampu emergency terletak pada pintu,jika ada salah satu suis tidak berfungsi,lampu isyarat tersebut akan turut tak berfungsi,perlu periksa yang mana satu suis tersebut yang rosak
Unknown said…
Salam...kereta Mazda Mpv 2002, signal kiri, kedua-duanya tak menyala. Spa masalahnya
Mekanik Kereta said…
Wslm,selain mentol terbakar ,signal fius juga perlu diperiksa jika ia juga terbakar dan perlu ganti
Unknown said…
Salam bos. Kenapa signal saya sebelah kiri depan sekejap hidup, sekejap x hidup.macam saya bru nk panas kn enjin, dia x hidup. Enjin panas, baru dia ok. Lps tu jadi smula. Berulang2. Ada kene mngena dgn flasher unit atau whole wiring?
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau hidup kejap,mati sekejap ini masalah mentol mungkin ada karat atau dah hampir rosak
Unknown said…
Salam tuan.jazz gd..lampu signal berkelip laju..tekan lampu kecemasan normal...relay jugak ke tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa fuse jika ada fuse yang putus perlu diganti terutamanya fuse dalam kereta
Unknown said…
As'salammualaikum...sya nak tanya flasher sya dah tukar baru, lampu nyala sja x berkedip langsung apa masalahnya tu
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam ,biasa jadi ada antara mentol signal perlu diganti,gantikan juga mana2 mentol yang telah lama digunakan,inshaallah ok
Nizam said…
Assalam bos..kereta sy lampu signal belah kiri depan dengan lampu indicator signal dekat side mirror tak menyala..tp bila on lampu hazard semua menyala elok..sbb flasher relay ke tu
Mekanik Kereta said…
wslm,bukan flasher rosak,periksa mentol.gantikan myang terbakar dan hampir terbakar,inshaallah ok
Zzz said…
Salam tuan,, flasher nak tukar yg sama ke atau lg besar
Mekanik Kereta said…
yang sama dah cukup
Zzz said…
Slm..Flasher nak tukar yang sama ke atau lg besar ke mcm mne?
Mekanik Kereta said…
gun akan flasher yang sama sudah memadai
JFT4344 said…
salam..saya nak tanya...apa akan jadi jika flusher relay tidak sama volt?
Mekanik Kereta said…
bila penggunaan kuasa pada satu ko mponen bertambah ia akan melibatkan kepanasan yang lebih kepada relay dan cepat rosak
Unknown said…
salam..lampu signal sebelah kiri depan belakang x nyala..kanan ok..da tukar relay masih jga??
Assalam tuan..tumpang tanya bila tekan brake, android player mati,lampu signal kanan jadi laju serentak dengan bunyi sensor reverse.kerta triton 2010..apa perlu saya buat? Mohon bantuan
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar juga mentol lain yang nyala
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar suis dibawah pedal brek kaki inshaallah ok
Sal said…
Assalam tuan..nak tanya..saya x de hidupkan lampu kecemasan..bila saya buka signal kanan..signal kiri pun hidup..mcm saya hidupkan lampu kecemasan..hidupkan kiri...kanan pun menyala .kereta saya jenis myvi lg best yg gear kat atas..mohon info
Sal said…
Saya tak hidupkan signal pun..signal kanan menyala..
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya masalah begibi ialah masalah pemetik signal tersebut,kalau kereta ini lebih 5 tahun memang ada masalah begini pada pemetik signal di stereng
Mekanik Kereta said…
ini masalah pemetik signal yang lusuh boleh ditukar suis peemetik tersebut
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. dimana letaknya flasher relay untuk kereta Toyota Corona model tt140 tahun 1981. Sbb signal tak menyala.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,flasher biasa diletak di dashboard di bahagian kaki pemandu sebelah kanan
Amin Fadzil said…
Nak tanya pasal lori

Lori sy ada guna flasher relay, baru ni sy ada pasang side lamp marking body + signal, untuk lampu marking okey cantik nyala mengikut lampu depan lori bila on, cuma untuk signal nyalaan lampu tak penuh, mcm kelip2 laju tp signal depan dan belakang normal. Sebab apa ye tuan?
Mekanik Kereta said…
Alihkan supply positif wiringkan ke kuasa api yang lebih kuat,laluan supply positif yang digunakan itu lemah,perlu tukarkan wiring lampu marking ke positif yg lain dari lampu depan
Unknown said…
Hai sy nak tanye lah..kete sy muvi 2013 sebelum nak start enjin kerete double signal akan hidup dulu dah start enjin bru sy bole offkan klu x die akan berbunyi alarm pulak..selalu jdi bile waktu pgi nak pegi keje..knp yer admin?
Mekanik Kereta said…
Hai,resetkan alarm dulu jika ada butang reset,jika tiada onkan suis cabut positif bateri,sentuhkan semula ke kepalanya dua atau 3 kali sehingga ada bunyi reset dan nyala dua lampu depan.Kemudian pasang semula positif dan hidupkan enjin macam biasa. Jika ini juga tidak membantu,bermakna alarm ada masalah dan perlu periksa kotak hitam di dashboard pemandu untuk pastikan jika ada soket yang longgar atau putus,gantikan juga bateri remote di kunci
Unknown said…
Kenapa wira sy tiba² terlock sendiri n double signal terus nyala .. ape perlu sy buat ye
Mekanik Kereta said…
alat autolock di pintu driver sangat lembut dan senang terima isyarat lock,perlu tukar alat tersebut
Anonymous said…
nak tanya.. krta saya honda sm4, lampu signal saya bermasalah bila saya tolak signal kiri ataupn kanan, kesemua lampu signal saya menyala.. knpa ya?
Mekanik Kereta said…
Ini adalah masalah pemetik signal di stereng ,kepingan elektrik sesentuh dalam stereng telah lusuh akibatnya ia bersentuhan semua dan hidupkan semua lampu sigmal. Tukarkan satu set pemetik signal tersebut inshaallah ok
Amayrah said…
Assalam tuan.. Sy nak tnya, kereta sy kelisa bila on signal menyala tapi tk berkedip
Mekanik Kereta said…
memang ada penggunaan flasher di setiap kereta,gantikan flasher relay dan semua mentol signal,inshaallah ok
fiqqema said…
Salam tuan... Masalah myvi saya, bile gear berada pada kedudukan N and P lampu kecemasan msti menyala.... Apa masalah ya tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ini berlaku sebab connection ada gangguan,biasanya sebab panel itu sendiri,kemungkinan ada tumpah air dan connectionnya terganggu dan mungkin ada wayar yang bersentuhan laluan letriknya,perlu buka panel dan periksa
Wan said…
Sama kereta saya pun jadi macam tu , apa tindakkan tuan bile jadi mcm tu? Saya pergi kedai mereka kata wiring short..risaulah.. please advise saya.
Wan said…
Salam tuan , kereta saya pun jadi macam tu , kenapa ya? Saya pergi kedai mereka kata wiring short, tukar relay asik terbakar je..lampu semua hidup bile start enjin..apa tindakkan tuan ya? Tolong ajar saya
Mekanik Kereta said…
Jika tiada masalah alternator ia memang ada 2 tempat saja bermasalah samada pada soket meter atau pada fusebox,teta[i jika fuse/relay kerap terbakar ia tanda ada masalah di fusebox,cara terbaik dan tahan lama ialah dengan tukar fusebox,inshallah ok
Oldest Older 201 – 255 of 255

Popular Posts